Top Banner
1 BAHAGIAN 1 PENERANGAN AM Guru boleh mendapat satu gambaran dan kefahaman tentang Modul Celik Mol yang dibina
48

BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

Jun 11, 2018

Download

Documents

trinhtu
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

1

BAHAGIAN 1

PENERANGAN AM

Guru boleh mendapat

satu gambaran dan

kefahaman tentang Modul

Celik Mol yang dibina

Page 2: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

2

BAHAGIAN 1

1.1 Pengenalan

Mata pelajaran kimia merupakan antara mata pelajaran yang terpenting dalam

institusi pendidikan negara. Di Malaysia, laporan pencapaian Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM) menyatakan bahawa topik ‘formula kimia dan persamaan’,

‘struktur atom’, ‘jadual berkala’, dan ‘ikatan kimia’ merupakan asas kimia yang

perlu ditekankan.

Namun, di kalangan para pelajar, mereka rata-rata mempunyai masalah dalam

tajuk-tajuk kimia yang mengandungi asas-asas matematik. Sebagai contoh,

konsep mol. Pelajar kerapkali mempunyai masalah tentang konsep mol kerana

pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik

yang lemah.

Justeru, satu modul pengajaran yang dinamakan ‘Modul Celik Mol’ telah dibina

bagi mengatasi masalah ini. Modul Celik Mol ini adalah usaha untuk membantu

guru memilih kaedah yang bersesuaian untuk mengajar tajuk konsep mol dengan

lebih mudah. Modul ini mengandungi empat bahagian utama :

1 Bahagian 1

Penerangan Am

2 Bahagian 2

Konsep Mol dan Kesukaran Menguasainya

3 Bahagian 3

Kaedah Analogi

4 Bahagian 4

Kaedah Penyelesaian Masalah

5 Bahagian 5

Kaedah Kontekstual

PENERANGAN

AM

Page 3: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

3

6 Bahagian 6

Refleksi Kendiri

1.2 Objektif Pembelajaran

Pada akhir modul latihan ini, guru boleh :

Memahami permasalahan pelajar dalam menguasai konsep mol

Memahami penggunaan ketiga-tiga kaedah yang digunakan untuk mengajar

konsep mol iaitu kaedah analogi, kaedah penyelesaian masalah dan kaedah

kontekstual

Mengaplikasikan kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran

1.3 Kepentingan Modul

Meningkatkan kefahaman guru terhadap permasalahan

pelajar dalam menguasai konsep mol

Meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran konsep matematik dalam kimia

Guru dapat memilih pelbagai alternatif kaedah pengajaran

berkesan dalam usaha untuk membolehkan pelajar lebih

memahami tentang konsep dan penggunaan mol itu sendiri.

Tiga kaedah yang dicadangkan iaitu analogi, penyelesaian

masalah dan kontekstual telah diterapkan dalam pembinaan

modul ini dalam usaha untuk menjadikan pengajaran lebih

aktif dan efisien.

Membantu meningkatkan tahap motivasi pelajar pada

pengajaran dengan merangsang minat dan semangat mereka

dalam tajuk konsep mol.

Page 4: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

4

ISI KANDUNGAN MODUL

BAHAGIAN 1

BAHAGIAN 2

BAHAGIAN 3

BAHAGIAN 4

PENERANGAN AM

KAEDAH ANALOGI

KAEDAH PENYELESAIAN

MASALAH

KONSEP MOL DAN

KESUKARAN

MENGUASAINYA

BAHAGIAN 5

BAHAGIAN 6

KAEDAH

KONTEKSTUAL

REFLEKSI

KENDIRI

Page 5: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

5

BAHAGIAN 1

BAHAGIAN 2

PENERANGAN AM

Guru boleh mendapat

satu gambaran dan

kefahaman tentang

Modul Celik Mol yang

dibina

* Pengenalan

* Objektif Modul

* Kepentingan Modul

* Prinsip Organisasi

* Pengoperasian Modul

KONSEP MOL DAN

KESUKARAN

MENGUASAINYA

Guru boleh memahami

konsep mol dan

kerangka alternatifnya

bagi mendapat gambaran

jelas tentang konsep mol

* Apakah Konsep Mol

* Kepentingan Menguasai Konsep

Mol

* Kerangka Alternatif

* Kesukaran Menguasai Kemahiran

Matematik

Page 6: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

6

BAHAGIAN 3

BAHAGIAN 4

KAEDAH

PENYELESAIAN

MASALAH

Guru boleh mendapat

kefahaman tentang

penggunaan kaedah

penyelesaian masalah

dengan lebih mendalam

dan dapat

mengaplikasikan dalam

pengajaran dan

pembelajaran

* Apakah Kaedah Penyelesaian

Masalah

* Model Penyelesaian Masalah

Polya

* Strategi Pengajaran dan

Pelajaran

* Ujian Diagnostik

* Perancangan P&P

KAEDAH ANALOGI

Guru boleh mendapat

kefahaman tentang

penggunaan kaedah

analogi dengan lebih

mendalam dan dapat

mengaplikasikan dalam

pengajaran dan

pembelajaran

* Apakah Kaedah Analogi

* Kaedah Analogi

* Strategi Pengajaran dan

Pelajaran

* Ujian Diagnostik

* Perancangan P&P

Page 7: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

7

BAHAGIAN 5

BAHAGIAN 6

KAEDAH

KONTEKSTUAL

Guru boleh mendapat

kefahaman tentang

penggunaan kaedah

kontekstual dengan lebih

mendalam dan dapat

mengaplikasikan dalam

pengajaran dan

pembelajaran

* Apakah Kaedah Kontekstual

* Kaedah Kontekstual

* Strategi Pengajaran dan

Pelajaran

* Ujian Diagnostik

* Perancangan P&P

REFLEKSI KENDIRI

Guru dapat merumuskan

permasalahan yang

dihadapi dalam mengajar

konsep mol dan strategi

yang berkesan untuk

menanganinya

* Rumusan

Page 8: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

8

BAHAGIAN 2

KONSEP MOL DAN

KESUKARAN

MENGUASAINYA

Guru boleh memahami konsep

mol dan kerangka alternatif

yang sering wujud di kalangan

pelajar bagi mendapat gambaran

jelas tentang konsep mol

Page 9: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

9

APAKAH KONSEP MOL??

KEPENTINGAN MENGUASAI KONSEP MOL

Konsep mol yang terkandung dalam kurikulum kimia merupakan konsep asas

yang tergolong dalam kategori yang sukar difahami dan pelajar perlu berusaha

untuk menguasai pengetahuan konsep ini dengan tepat

Jika pelajar gagal memahami konsep ini, berkemungkinan besar mereka akan

menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan soalan berkaitan konsep mol

Jika ini berterusan, pelajar akan lebih bermasalah untuk pembelajaran yang

seterusnya yang akan menggunakan asas konsep ini.

Perkataan mol berasal daripada Latin iatu ‘moles’ yang bermaksud

longgokan atau timbunan. Dalam konteks kimia, perkataan mol

membawa maksud longgokan atau timbunan atom, molekul, ion dan

sebagainya. Menurut unit SI, 1 mol ditakrifkan sebagai kuantiti

bahan yang mengandungi bilangan zarah (atom, molekul, ion) yang

sinonim dengan bilangan atom yang terdapat dalam 12.000 g karbon-

12, iatu 6.02 x 10²³ atom.

Page 10: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

10

KERANGKA ALTERNATIF BAGI KONSEP MOL

Definisi Dan

Istilah

Definisi yang diberi oleh IUPAP tentang mol pada

tahun 1958 adalah berbeza dengan definisi yang

diberikan oleh IUPAP pada tahun 1967.

Istilah mol yang pelbagai telah menimbulkan banyak

kekeliruan

Perkara asas yang mengelirukan tentang mol ialah

mengenai interpretasi definisinya iaitu ‘unit piawai

untuk amaun sesuatu bahan’.

Cervellati et al (1982) telah memeriksa 13 buku teks

kimia sekolah yang digunakan di Itali. Kebanyakan

teks tersebut memberikan definisi yang tidak tepat dan

ada di antara buku teks yang memberikan definisi

yang salah.

Antara kerangka alternatif pelajar dalam memahami

definisi ialah :

1) Mendefinisi mol sebagai suatu nombor tetap

bersamaan dengan 6.02 x 10²³

2) Mol ialah bilangan zarah yang terkandung dalam 1

gram sebarang bahan

3) Mol ialah isipadu bahan mengandungi bilangan

Avogadro molekul

4) Satu mol sebarang zarah dalam semua keadaan

selalu memenuhi isipadu yang sama

5) Satu mol bahan yang berbeza selalunya

mempunyai jisim yang sama

6) Pelajar tidak dapat membezakan antara ‘mol’

dengan ‘molekul’

7) Bilngan mol adalah hanya berkadar terus kepada

bilangan atom dan tidak kepada bilangan zarah

yang lain

8) Untuk menimbang 1 mol NaCl maka diperlukan 1

mol logam Natrium dan 1 mol gas Klorin

Page 11: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

11

Kaitan Mol

Dengan Jisim,

Isipadu Dan

Bilangan Zarah

Kajian mendapati pelajar menjadi keliru apabila

konsep mol dikaitkan dengan isipadu dan jisim bahan

yang berbeza

Timbul berbagai-bagai percanggahan pendapat apabila

ada pihak yang mengatakan bahawa mol ialah kuantiti

bahan mengandungi bilangan tertentu zarah-zarah atau

satu unit bilangan sedangkan di pihak lain pula

mengatakan mol ialah unit pengiraan.

Musa Uce (2008) pula dalam kajiannya menyatakan

bahawa pelajar tidak dapat menghubungkait antara

jisim molar dan jisim atom relatif dan juga hubungan

antara jisim molar dan jisim atom relatif dengan mol

dan unit jisim atom.

Antara kerangka alternatif pelajar dalam mengaitkan

mol dengan jisim, isipadu dan bilangan zarah ialah:

1) Tidak memahami perhubungan mol dengan

bilangan zarah bahan

2) isipadu molar 22.4 liter lebih penting berbanding

dengan keadaan bahan kimia itu sendiri

Kelemahan

Memahami

Sesuatu Hukum

Atau Konsep

Penggunaan konsep kimia pada setiap peringkat

tertentu dalam menyelesaikan sesuatu masalah

adalah penting bagi mendapatkan keputusan

yang menepati kehendak soalan.

Dalam konsep mol, pengetahuan konsep

merupakan kefahaman pelajar tentang pengertian

mol dan perhubungan mol.

Pelajar yang dapat menguasai konsep mudah

membuat perkaitan perhubungan mol dengan

jisim, jisim relatif, bilangan zarah, kemolaran

dan isipadu.

Antara kerangka alternatif pelajar dalam

memahami sesuatu hukum ialah :

1) pengetahuan konsep tentang pengertian

mol dan perhubungan mol

2) konsep mol dan nombor avogadro

Page 12: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

12

Pelajar yang menguasai pengetahuan matematik dapat membuat pengiraan dengan

betul berhubung dengan operasi matematik. Pelajar yang tidak menguasai

pengetahuan matematik adalah sukar untuk menyelesaikan masalah konsep mol.

Suhaimi (1995) dalam kajiannya berkenaan analisis kesukaran konsep mol di

kalangan pelajar tingkatan empat mendapati kebanyakan pelajar yang lemah

dalam pengetahuan matematik tidak dapat menunjukkan proses pengiraan hingga

ke penghujungnya.

Begitu juga pandangan Hein (1986) bahawa pelajar perlu menguasai pengetahuan

matematik dalam pengiraan berhubung dengan mol supaya mereka dapat

membuat pengiraan sehingga mendapat jawapan yang tepat.

Bagi tajuk konsep mol, masalah yang dihadapi berkaitan kemahiran matematik

dibahagikan kepada tiga iaitu algorithma, penaakulan matematik dan nombor

bentuk piawai.

MASALAH KEMAHIRAN MATEMATIK BAGI KONSEP

MOL

Algorithma

Dalam konsep mol, pengetahuan algorithma

digunakan untuk menyelesaikan masalah

mengikut peraturan atau prosedur peringkat demi

peringkat sehingga mendapat jawapan.

Menurut Siti Eshah (1989), kesukaran yang

ditunjukkan oleh pelajar ialah mereka tidak

berupaya menyelesaikan masalah hingga akhir

iaitu kurangnya pengetahuan algorithma.

Justeru itu, pengetahuan algorithma dapat

membantu dan membimbing pelajar dalam

penyelesaian masalah konsep mol dengan secara

mengikut prosedur peringkat demi peringkat

sehingga akhir (Abd. Rahman, 2005).

Page 13: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

13

Penaakulan

Matematik

Dierks et al. (1985) mendapati penaakulan matematik

yang rendah di kalangan pelajar menyebabkan mereka

sukar memahami mol.

Mereka berpendapat kesukaran ini dapat dikurangkan

dengan cara membezakan antara unit kuantiti dengan

bilangan dan menggantikan mol dalam pengiraan

stoikiometri dengan bilangan zarah sebagai unit

pengiraan.

Lazonby et al. (1982) pula mendapati secara umumnya

pelajar tidak mendapati kesukaran dalam satu langkah

tetapi menghadapi kesukaran apabila soalan

memerlukan beberapa langkah penyelesaian dan

operasi matematik.

Nombor Bentuk

Piawai

Menurut Esguerra dan Punzalan (1983)

kesukaran berhubung dengan konsep mol

disebabkan oleh faktor nombor bentuk piawai.

Nilai 6.02 x 10²³ adalah terlalu besar dan ia juga

adalah satu angka yang sukar kepada pelajar

untuk dilakukan operasi matematik dalam

pengiraan.

Operasi matematik seperti darab dan bahagi yang

melibatkan angka ini menambahkan lagi

kesukaran kerana ia melibatkan juga titik

perpuluhan dan eksponen.

Page 14: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

14

BAHAGIAN 3

KAEDAH ANALOGI

Guru boleh mendapat

kefahaman tentang

penggunaan kaedah analogi

dengan lebih mendalam dan

dapat mengaplikasikan

dalam pengajaran dan

pembelajaran

Page 15: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

15

APAKAH

KAEDAH

ANALOGI

Kaedah analogi merupakan satu teknik pengajaran menggunakan

'perumpamaan' dibuat untuk mewakili sesuatu konsep yang hendak diajar

Ada ketikanya untuk menerangkan sesuatu konsep yang sukar difahami

atau membuat orang yakin pada sesuatu, kita membandingkan konsep

atau perkara itu dengan sesuatu perkara lain dan perbandingan ini disebut

analogi.

Faedah penggunaan kaedah analogi:

Membantu memudahkan kefahaman dan menyelesaikan

masalah

Membenarkan pelajar membina pengetahuan sendiri dengan

memaksa mereka melihat pengetahuan baru dalam rangka

kerja analogi

Page 16: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

16

STRATEGI KAEDAH

ANALOGI

FASA FOKUS

Mengkaji sama ada

pelajar sudah

mengetahui tentang

target konsep yang

ingin diajar dan

sama ada pelajar

mempunyai

alternatif konsep

tentang tajuk

tersebut

Penting untuk

menentukan sama

ada kaedah ini

dapat digunakan

atau pun tidak

FASA TINDAKAN

Membina

pengetahuan

tentang persamaan

yang digunakan

melalui kaedah

analogi dengan

keadaan yang

sebenar

Proses menghurai,

berbalah,

berunding, melukis

dan menulis

dilakukan untuk

membantu pelajar

memahami target

konsep yang ingin

disampaikan

FASA REFLEKSI

Membuat refleksi

berkaitan

kepentingan

analogi

Mengambilkira

dengan membuat

penilaian sama ada

kaedah ini dapat

membantu pelajar

atau tidak

Penambahbaikan

pengajaran yang

dijalankan

Page 17: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

17

Strategi Pengajaran dan Pelajaran

Dalam fasa ini, guru akan mengkaji sama ada pelajar sudah mengetahui tentang

target konsep yang ingin diajar dan sama ada pelajar mempunyai alternatif konsep

tentang tajuk tersebut. Dalam fasa ini, satu analogi akan diberikan iaitu analogi

sebuah kawasan yang mengandungi lima buah pulau yang digunakan untuk

menunjukkan analogi kepada tajuk konsep mol seperti rajah di bawah.

Rajah 1

Fasa Fokus

C

MOL

A

Bilangan

partikel

(atoms atau

molekul)

B

JISIM

Dalam gram

untuk unsur

(atom)

E

JISIM

Dalam gram

untuk kompoun

atau molekul

D

ISIPADU

dalam dm³

untuk setiap

gas pada s.t.p

r.t.p

Page 18: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

18

Rajah 2

Fasa ini merupakan fasa yang penting kerana dapat menentukan sama ada kaedah

analogi ini dapat digunakan atau pun tidak. Hal ini kerana guru perlu mengetahui

sama ada pelajar mengetahui dan memahami penggunaan analogi yang boleh

meningkatkan tahap pemahaman mereka terhadap konsep yang ingin diajar melalui

penggunaan contoh dan penerangan.

Dalam fasa tindakan pula, guru akan memberi perhatian penuh kepada pelajar

untuk membina pengetahuan tentang persamaan yang digunakan melalui kaedah

analogi dengan keadaan yang sebenar. Dalam fasa ini, guru akan melakukan proses

penerangan, menghurai, berbalah, berunding, melukis dan menulis serta yang

dirasakan perlu untuk membantu pelajar memahami target konsep yang ingin

disampaikan.

C

Pulau

BESTARI

E

Pulau

PINTAR

B

Pulau

BIJAK

A

Pulau

CERDIK

D

Pulau

PANDAI

Fasa Tindakan

Page 19: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

19

Pulau

Pintar??

Kisah Pulau Bestari

Pada suatu masa dahulu,terdapat lima buah

pulau iaitu Pulau Bestari, Pulau Cerdik, Pulau

Pandai, Pulau Bijak dan Pulau Pintar seperti

dalam rajah 2. Untuk pergi dari satu pulau ke

satu pulau, terdapat laluan jambatan yang

disediakan iaitu ditunjukkan melalui anak panah

di dalam rajah. Sesiapa sahaja boleh pergi ke

pulau tersebut dengan berjalan kaki, menaiki

kereta dan sebagainya. Namun, feri, kapal, bot,

helikopter dan kapal terbang tidak disediakan

dan tidak boleh digunakan. Hanya jambatan

tersebut sahaja yang dapat menghubungkan

perjalanan dari satu pulau ke satu pulau.

Katakanlah saya berada di Pulau

Bestari dan saya mahu ke Pulau

Pintar. Jalan yang perlu saya

ambil adalah C→E. Bayangkan

pula jika saya berada di Pulau

Bijak dan mahu pergi ke Pulau

Pandai. Jalan manakah yang perlu

saya lalui?? Jawapan: B→C→D

Page 20: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

20

Guru kemudiannya hendaklah menerangkan tentang persamaan di antara

gambaran tentang kisah Pulau Bestari dengan konsep mol yang sebenar. Guru

hendaklah menerangkan perkaitan antara kedua-duanya dengan jelas supaya pelajar

dapat memahami konsep mol yang sebenarnya.

Guru juga akan memberi soalan berkaitan dengan konsep mol untuk menguji

sama ada para pelajar dapat menggunakan pengetahuan baru mereka untuk menjawab

soalan yang diberikan ataupun tidak

Dalam fasa ini, guru akan membuat refleksi berkaitan kepentingan analogi dengan

konsep mol yang diajarkan. Guru akan mengambilkira sama ada kaedah yang

digunakan dapat membantu pelajar atau tidak iaitu sama ada penggunaan kaedah

analogi ini berkesan ataupun tidak. Refleksi ini dijalankan melalui hasil dapatan

jawapan yang diberikan oleh pelajar dalam fasa sebelumnya. Fasa ini penting kerana

dapat menambahbaik pengajaran yang dijalankan.

Fasa Refleksi

Page 21: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

21

Soalan Bimbingan

1. Cari Jisim bagi 3 mol atom oksigen. (satu langkah)

Selalu bertanya pada diri dua soalan : apa yang perlu dicari dan apa data yang

telah diberi? Dalam masalah ini, kamu diberi 3 mol atom oksigen dan kamu perlu

mencari jisimnya. Berpandukan rajah 1, bayangkan anda berada di Pulau Mol dan

mahu pergi ke Pulau Jisim(iaitu dalam atom). Jadi, jalan yang perlu dipilih adalah

dari C→B dan untuk sampai ke pulau tersebut, anda perlu mendarab dengan jisim

atom relatif bagi oksigen. JAR bagi oksigen adalah 16. Oleh itu, 3 mol x 16 = 48

gram atom oksigen

2. Cari jisim 3 mol bagi molekul oksigen. (satu langkah)

Soalan yang diberikan hampir sama dengan cara menjawab soalan di atas tetapi

berbeza maklumat yang diberikan. Di sini, kamu diarahkan untuk mencari

bilangan jisim molekul oksigen dan diberi bilangan mol. Maka, jalan yang

manakah perlu dilalui, C→B atau C→E?(rujuk pada rajah 1). Baca soalan dengan

teliti. Soalan menyatakan bilangan oksigen dalam molekul. Jadi, jalan yang betul

adalah dari C→E. Darabkan 3 mol dengan JMR molekul oksigen iaitu 2 x 16 =

32. Kemudian, 3mol x 32 = 96 gram molekul oksigen.

3. Berapa banyak bilangan mol dalam atom yang mengandungi 28 gram nitrogen?

(satu langkah)

Diberi jisim atom dan yang perlu dicari adalah bilangan mol. Apakah jalan yang

sepatutnya dilalui? (rujuk pada rajah 1). Jalan yang perlu dilalui adalah B→C.

Jadi, bahagikan jisim atom nitrogen dengan JAR. (JAR = 14). Maka, (28g/14) = 2

mol atom nitrogen.

4. Berapakah bilangan mol yang terkandung dalam 72 dm³ gas karbon dioksida?

(satu langkah)

Diberi isipadu gas dan diarahkan untuk mencari bilangan mol. Jalan yang betul

adalah D→C. Jadi, bahagikan 72 dm³ dengan 24 dm³, kita akan memperoleh

jawapannya = 3 mol karbon dioksida.

5. Carikan jisim 48 x 10²³ molekul bagi gas karbon dioksida. (dua langkah)

Diberi bilangan partikel (dalam molekul), dan yang perlu dicari adalah jisim.

Page 22: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

22

Merujuk pada rajah 1, kamu berada di pulau partikel. Bagaimana kamu boleh

sampai ke pulau jisim? Jadi, untuk sampai ke pulau jisim kamu harus melalui

pulau mol terlebih dahulu. Jalan yang perlu dilalui adalah A→C→E. Jadi,

Langkah 1 : bahagikan 48 x 10²³ molekul dengan 6 x 10²³, kamu akan

memperoleh 8 mol.

Langkah 2 : darabkan 8 mol dengan JMR karbon dioksida = 8 mol x 44 = 352

gram karbon dioksida.

6. Cari bilangan molekul dalam 6 dm³ gas nitrogen. (dua langkah)

Diberi isipadu adalah 6 dm³ dan kamu diarahkan untuk mencari bilangan partikel

(molekul). Merujuk pada rajah 1,

Langkah 1 (D→C) : bahagikan 6 dm³ dengan 24 dm³, kamu akan memperoleh

0.25 mol.

Langkah 2 (C→A) : darabkan 0.25 mol dengan 6 x 10²³ = 1.5 x 10²³ molekul

nitrogen.

7. Kirakan isipadu 8.5 gram ammonia dalam s.t.p. (dua langkah)

Diberi jisim gas ammonia, 85 gram, dan kamu diarahkan untuk mencari isipadu

dalam s.t.p. (rujuk pada rajah 1), jalan manakah yang perlu dilalui? E→C→D

adalah jawapannya. (nota : B→C→D adalah salah kerana ammonia adalah

kompoun, iaitu terdiri daripada lebih dari satu elemen, nitrogen dan hidrogen)

Langkah 1 (E→C) : bahagikan 8.5 gram dengan JMR ammonia = (8.5/17) = 0.5

mol

Langkah 2 (C→D) : darabkan 0.5 mol dengan 24 dm³ = 12 dm³ ammonia

Page 23: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

23

Latihan kendiri

Kirakan

1. Bilangan mol dalam 48g atom oksigen.

2. Bilangan mol dalam 48g molekul oksigen.

3. Bilangan molekul dalam 1 mol gas klorin.

4. Bilangan atom dalam 1 mol gas klorin.

5. Bilangan mol dalam gas bagi 36 dm³ butane dalam r.t.p.

6. Jisim (dalam gram) bagi 5 mol kalsium oksida CaO.

7. Bilangan molekul dalam 14 gram gas nitrogen.

8. Jisim (dalam gram) bagi 12 x 10²³ atom magnesium.

9. Jisim (dalam gram) bagi 12 dm³ bagi hidrogen florida, HF.

10. Isipadu bagi 3 x 10²³ molekul hidrogen dalam r.t.p.

11. Isipadu bagi 28g gas nitrogen dalam r.t.p.

12. Jisim (dalam gram) bagi 1 atom karbon.

Nota : Soalan 1-6 : satu langkah; Soalan 7-12 : dua langkah

Jawapan :

1. 3 mol 7. 3 x 10²³ molekul gas nitrogen

2. 1.5 mol 8. 48g

3. 6 x 10²³ atom gas klorin 9. 10g

4. 6 x 10²³ atom gas klorin 10. 12 dm³

5. 1.5 mol 11. 24 dm³

6. 280g 12. 6 x 10²³

Page 24: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

24

Perancangan Pembelajaran dan Pengajaran

Mata Pelajaran : Kimia

Tingkatan : 4 Arif

Masa : 1 jam

Tajuk : Bilangan mol dan jisim

Objektif :

Pada akhir pembelajaran pelajar dapat

1. membina idea baru tentang konsep mol dan

2. mengukuhkan pengetahuan dalam konsep mol.

Pengetahuan sedia ada:

1. Pelajar mempunyai pengetahuan asas dalam matematik untuk menyelesaikan

masalah dalam konsep mol.

2. Pelajar telah mempunyai pelbagai kerangka alternatif terhadap konsep mol

seperti:

a) Definisi dan istilah bagi konsep mol

b) Hukum dan konsep dalam tajuk mol

c) Kaitan mol dengan jisim, isipadu dan bilangan zarah

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran:

Perkara Butiran Kegiatan Fokus Pembelajaran Catatan

Set Induksi Guru menulis formula mol

dalam bentuk gambar rajah dan

mnerangkannya kepada pelajar.

Pelajar-pelajar mengetahui

cara untuk mencari

bilangan mol jika diberi

bilangan partikel, isipadu

atau jisim.

Rujuk rajah 1

Fasa Fokus Guru menceritakan kepada

pelajar tentang kisah Pulau

Bestari beserta rajah dan

membuat analogi tentang kisah

tersebut dengan konsep mol.

Pelajar dapat menghuraikan

persamaan antara analogi

kisah Pulau Bestari dengan

konsep mol yang sebenar.

Rujuk rajah 2

Fasa

Tindakan

Guru memberi satu contoh

kepada pelajar menggunakan

kisah Pulau Bestari.

Contoh:

Katakanlah saya berada di

Pelajar-pelajar memahami

konsep sebenar kisah Pulau

Bestari untuk diaplikasikan

ke dalam konsep mol

Page 25: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

25

Pulau Bestari dan saya mahu ke

Pulau Pintar. Jalan manakah

yang perlu diambil?

Jawapan: C→E

Kemudian, guru akan memberi

satu soalan berkaitan kisah

Pulau Bestari untuk dijawab

oleh pelajar.

Contoh:

Bayangkan jika saya berada di

Pulau Bijak dan mahu pergi ke

Pulau Pandai. Jalan manakah

yang perlu saya lalui??

Jawapan: B→C→D

Guru akan menerangkan

semula perkaitan antara kisah

Pulau Bestari dengan konsep

mol dengan menggunakan rajah

konsep mol dan Pulau Bestari.

Fasa

Refleksi

Guru memberi satu soalan

tentang konsep mol kepada

pelajar dan mengarahkan

pelajar untuk menjawab.

Soalan:

Cari Jisim bagi 3 mol atom

oksigen.

Pelajar diarahkan untuk

menggunakan rajah yang diajar

sebentar tadi sebagai rujukan.

Guru menyemak jawapan

pelajar dan menjalankan proses

perbincangan. Guru memberi

tips kepada pelajar bagaimana

menjawab soalan yang

diberikan.

Pelajar dapat

menguji

kefahaman

mereka

tentang

analogi

konsep mol

dan kisah

Pulau Bestari

Lihat soalan

bimbingan

sebagai rujukan

Page 26: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

26

Pengukuhan Guru menilai pelajar dengan

memberi satu soalan baru yang

lebih sukar.

Soalan :

Cari bilangan molekul dalam 6

dm³ gas nitrogen.

Guru akan melihat sama ada

pelajar dapat menjawab soalan

tersebut atau tidak dan proses

perbincangan bersama pelajar

akan dijalankan.

Pelajar

mengukuhkan

kefahaman

mereka dalam

tajuk konsep

mol.

Page 27: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

27

BAHAGIAN 4

KAEDAH

PENYELESAIAN MASALAH

Guru boleh mendapat kefahaman

tentang penggunaan kaedah

penyelesaian masalah dengan

lebih mendalam dan dapat

mengaplikasikan dalam

pengajaran dan pembelajaran

Page 28: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

28

APAKAH PENYELESAIAN

MASALAH??

Ilmu Pengetahuan Penerangan Linguistik Menterjemah masalah dan memahami tugasan soalan dengan

secara menganalisis data dan juga memahami perkara yang perlu

diselesaikan Konsep Diperlukan bagi memahami masalah iaitu pengetahuan tentang

saling hubungan dalaman di antara pembolehubah masalah itu

bagi membentuk sesuatu generalisasi yang membolehkan mereka

mewakili dan mengecam masalah mengikut kategori tertentu Strategi Merancang penyelesaian iaitu pengetahuan tentang cara-cara

untuk menentukan rancangan bagi mencapai sesuatu matlamat Prosedur Pengetahuan tentang cara-cara yang betul untuk menggunakan

sesuatu algorithma Etika Diperlukan bagi menjalankan aktiviti penyelesaian masalah

dengan penuh minat dan beradab serta menggunakan hasil

penyelesaian masalah dengan produktif

Penyelesaian masalah telah ditakrifkan sebagai satu proses kognitif yang

berperingkat tinggi dan memerlukan penaakulan serta pengawalan kemahiran-

kemahiran yang lebih rutin atau asas

Kaedah untuk mengkaji penyelesaian masalah termasuklah renungan, tingkahlaku,

dan pemodelan komputer, serta uji kaji. Dalam penyelesaian masalah, perkara yang

menjadi petunjuk kepada kefahaman konsep ialah terdiri daripada kebolehan

merancang, melakukan operasi dan kawalan.

Penyelesaian masalah yang baik memerlukan sekurang-kuraangnya lima jenis

pengetahuan yang relevan. Antaranya ialah pengetahuan linguistik, konsep, strategi,

prosedur dan etika.

Page 29: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

29

MODEL PENYELESAIAN MASALAH POLYA

Memahami Soalan

Pelajar dibimbing untuk memahami item-item yang terlibat dalam masalah itu,

mengenalpasti perkaitan di antara item-item dan menentukan item-item yang hendak

di cari atau dijawab

Penyelesaian Semula

Pelajar boleh menyemak jawapan dengan menggunakan cara penyelesaian lain atau

menggunakan cara songsang

Menyemak Jawapan

Menghuraikan langkah-langkah penyelesaian secara sistematik untuk mendapat

jawapan yang betul

Merancang Strategi Penyelesaian Masalah

Pelajar memilih operasi-operasi yang sesuai dengan menggunakan gambarajah atau

analogi

Kaedah penyelesaian masalah

penting kerana dapat membantu

pelajar merancang, mengatur

langkah dan seterusnya

membuat keputusan

Page 30: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

30

Strategi Pengajaran dan Pelajaran

Fasa ini bertujuan untuk membimbing pelajar memahami item-item yang terlibat

dalam masalah yang diberikan, mengenalpasti perkaitan di antara item-item dan

menentukan item-item yang hendak dicari atau dijawab. Guru akan mengarahkan

pelajar untuk mengeluarkan maklumat yang diberi daripada soalan supaya para

pelajar dapat mengetahui perkara pokok atau soalan yang ditanya. Hal ini kerana

pelajar dapat melihat dengan lebih jelas apa yang ditanya, maklumat yang telah

diberi dan apa yang ingin di cari.

Berapakah bilangan atom yang terdapat dalam 2 mol atom oksigen?

Langkah 1 : Apakah maklumat yang diberi?

2 mol atom oksigen

Langkah 2 : Apakah yang perlu dicari?

Bilangan atom

Fasa ini mengajar pelajar untuk lebih berhati-hati membaca soalan dengan cara

mengeluarkan maklumat.

Fasa Memahami

Soalan

Contoh Soalan

Page 31: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

31

Dalam fasa ini, guru mengarahkan pelajar memilih operasi-operasi yang sesuai

dengan menggunakan gambarajah atau analogi. Pelajar akan diberi masa untuk

menganalisis dan merancang kaedah untuk menjawab soalan yang diberikan. Pelajar

perlu menunjukkan cara dan kaedah mereka menjawab soalan.

Dalam fasa ini, guru akan melaksanakan strategi dengan menghuraikan langkah-

langkah penyelesaian secara sistematik untuk mendapat jawapan yang betul. Pelajar

akan dibimbing untuk membentuk langkah-langkah penyelesaian yang betul. Guru

akan mengambilkira kaedah yang digunakan oleh pelajar dan proses perbincangan

akan dijalankan bagi melihat jawapan yang diberikan oleh para pelajar.

Bilangan atom oksigen = 2 x pemalar avogadro

= 2 x 6.023x10²³ atom

2 mol atom oksigen ? atom oksigen

Fasa Merancang

Fasa Menyemak

Jawapan

Page 32: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

32

Guru akan memperkenalkan satu formula tentang konsep mol kepada para pelajar.

Guru akan menerangkan secara terperinci kaedah penggunaan formula tersebut.

Bil mol = _______

JAR (Jisim atom relatif)

atau Isipadu

atau Pemalar Avogadro

Formula di atas merupakan rumusan daripada formula-formula dalam tajuk

konsep mol. Dengan menggunakan contoh yang sama seperti di atas, untuk mencari

bilangan atom, pengangka yang terlibat adalah pemalar avogadro. Jadi, formula untuk

menjawab soalan ini adalah,

Bil mol = _______

Pemalar avogadro

Bilangan mol telah diberi iaitu 2 mol. Maka, untuk mendapat penyebutnya,

operasi yang terlibat adalah, bilangan mol x pemalar avogadro.

Bilangan atom oksigen = 2 x pemalar avogadro

= 2 x 6.023x10²³ atom

Fasa

Penyelesaian

Masalah

Page 33: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

33

Setelah itu, satu soalan lain akan diberikan kepada pelajar dan pelajar diarahkan

untuk menjawab soalan tersebut menggunakan formula yang diberikan. Fasa ini akan

memberi kaedah penyelesaian lain yang mampu membantu pelajar menjawab soalan

dengan lebih baik dan lebih sistematik.

Latihan Kendiri

1. Satu larutan akues mengandungi 0.25 mol ion sulfat yang terlarut. Hitung

bilangan ion sulfat yang terdapat dalam larutan tersebut.

2. Cari bilangan molekul oksigen dalam sampel yang mengandungi 1.5 mol gas

oksigen.

3. Hitung bilangan mol bahan yang mengandungi 1.204 x 10²³ molekul iodin.

4. Cari jisim bagi 2.408 x 10²³ atom karbon.

5. Hitung bilangan mol bagi 2.64g karbon.

6. Berapakah bilangan ion klorida dalam 14.25g magnesium klorida.

7. Sebuah botol reagen mengandungi 440g cecair bromin. Berapakah bilangan mol

molekul bromin yang terdapat di dalam botol reagen itu.

8. Hitungkan jisim bagi gas nitrogen yang mengandungi bilangan molekul yang

sama seperti 9g air.

9. Hitungkan isipadu bagi 1.75g gas nitrogen pada s.t.p.

10. Cari bilangan mol bagi 3 dm³ gas ammonia pada s.t.p.

Jawapan:

1. 1.505 x 10²³ ion

2. 9.03 x 10²³ molekul oksigen

3. 0.2 mol

4. 4.8 gram

5. 0.22 mol

6. 2.408 x 10²³ ion

7. 2.75 mol

8. 14 gram

9. 1.83 dm³

10. 0.125 mol

Page 34: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

34

Perancangan Pembelajaran dan Pengajaran

Mata Pelajaran : Kimia

Tingkatan : 4 Amanah

Masa : 1 jam

Tajuk : Bilangan mol dan Bilangan zarah

Objektif :

Pada akhir pembelajaran pelajar dapat

1. membina idea baru tentang konsep mol dan

2. mengukuhkan pengetahuan dalam konsep mol.

Pengetahuan sedia ada:

1. Pelajar mempunyai pengetahuan asas dalam matematik untuk menyelesaikan

masalah dalam konsep mol.

2. Pelajar telah mengetahui mengenai konsep mol.

3. Pelajar telah mempunyai pelbagai kerangka alternatif terhadap konsep mol

seperti:

a) Definisi dan istilah bagi konsep mol

b) Hukum dan konsep dalam tajuk mol

c) Kaitan mol dengan jisim, isipadu dan bilangan zarah

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran:

Perkara Butiran Kegiatan Fokus Pembelajaran Catatan

Set Induksi Guru bertanya semula kepada

pelajar tentang formula-

formula dalam konsep mol

yang diajarkan pada sesi

pengajaran yang lepas.

Pelajar-pelajar dapat

mengingat semula

pelajaran pada kelas lepas.

Fasa

Memahami

Soalan

Guru memberi satu soalan dan

mengarahkan pelajar untuk

mengeluarkan data-data yang

diberi.

Soalan:

Berapakah bilangan atom yang

terdapat dalam 2 mol atom

oksigen?

Pelajar diarahkan untuk

Pelajar dapat menafsir

soalan dengan baik dan

mengetahui langkah untuk

menjawab soalan.

Page 35: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

35

menafsir kehendak soalan

dengan mencari apa yang

dimahukan soalan.

Fasa

Merancang

dan

Menyemak

Jawapan

Guru mengarahkan pelajar

menjawab soalan yang diberi

secara individu. Pelajar tidak

akan dibantu oleh guru semasa

menjawab soalan.

Kemudian, guru akan

memanggil dua orang pelajar

untuk menunjukkan langkah

menjawab soalan di hadapan.

Guru akan menjalankan proses

perbincangan bagi jawapan

kedua-dua pelajar.

Pelajar dapat mengesan

kelemahan yang mereka

lakukan ketika menjawab

soalan.

Fasa

Penyelesaian

Masalah

Satu formula baru untuk

menjawab soalan mol akan

diberikan pada pelajar. Guru

akan menerangkan cara

penggunaan formula tersebut

kepada para pelajar.

Satu contoh soalan lain akan

digunakan dan cara menjawab

menggunakan formula tersebut

akan diterangkan kepada

pelajar.

Pelajar dapat

menggunakan

formula yang

diberikan

bagi

membantu

mereka

menjawab

soalan.

Bil mol =_________

JAR

(Jisim atom

relatif)

Atau Isipadu

Atau Pemalar

Avogadro

Pengukuhan Guru menilai pelajar dengan

memberi satu soalan baru yang

lebih sukar.

Soalan :

Cari bilangan molekul dalam 6

dm³ gas nitrogen.

Guru akan melihat sama ada

pelajar dapat menjawab soalan

tersebut atau tidak dan proses

perbincangan bersama pelajar

akan dijalankan.

Pelajar

mengukuhkan

kefahaman

mereka dalam

tajuk konsep

mol.

Page 36: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

36

BAHAGIAN 5

KAEDAH

KONTEKSTUAL

Guru boleh mendapat kefahaman

tentang penggunaan kaedah

kontekstual dengan lebih

mendalam dan dapat

mengaplikasikan dalam

pengajaran dan pembelajaran

Page 37: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

37

Pengajaran kontekstual ialah pengajaran yang

memberi penekanan terhadap perhubungan

antara konteks dengan pengetahuan

Pendekatan kontekstual menyatakan,

pembelajaran berlaku hanya apabila pelajar

(pembelajar) memproses maklumat baru

ataupun pengetahuan yang relevan kepada

mereka dalam rangka rujukan mereka

Pendekatan kontekstual menyatakan,

pembelajaran berlaku hanya apabila pelajar

(pembelajar) memproses maklumat baru

ataupun pengetahuan yang relevan kepada

mereka dalam rangka rujukan mereka

Pendekatan kontekstual adalah berdasarkan

kepada konteks yang akan membolehkan pelajar

mengguna pengetahuan lampau bagi

menghasilkan pembelajaran bermakna mereka

dalam rangka rujukan mereka

KONTEKSTUAL

Page 38: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

38

(1)

MENGAITKAN Menghubungkan sesuatu

yang biasa di lihat atau

didengar oleh pelajar

dengan pengetahuan baru

yang akan diajar

(2)

MENGALAMI

Membina pengetahuan

baru melalui pengalaman

hands-on oleh pelajar

STRATEGI

PENGAJARAN

KONTEKSTUAL

(5)

MEMINDAHKAN

Menggunakan pengetahuan

yang telah diajar ke dalam

konteks yang baru

(4)

BEKERJASAMA

Membahagikan pelajar kepada

kumpulan untuk

berkomunikasi dan berkongsi

pengetahuan ketika aktiviti

kompleks

(3)

MENGGUNAKAN

Memberi fokus kepada

bagaimana pengetahuan

digunakan dalam konteks

kehidupan sebenar

Pendekatan pengajaran kontekstual mempunyai potensi untuk

meningkatkan kefahaman konsep sains, kemahiran berfikir serta

minat pelajar dalam sains

Pendekatan ini juga membolehkan pelajar melalui dan mengalami

pembelajaran yang bermakna serta berkait dengan kehidupan

seharian

Page 39: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

39

Strategi Pengajaran dan Pelajaran

Fasa ini bertujuan untuk menghubungkan sesuatu yang biasa di lihat atau

didengar oleh pelajar dengan pengetahuan baru yang akan diajar. Dalam fasa ini, guru

akan menggunakan perkataan yang sering digunakan oleh pelajar bagi menggantikan

penggunaan frasa konsep mol yang sukar digarap oleh para pelajar. Guru akan

menggunakan contoh-contoh penggunaan bahasa harian seperti dozen bagi

membolehkan pelajar lebih mudah memahami konsep yang ingin disampaikan iaitu

konsep mol.

Fasa

Menghubungkait

1 dozen

mewakili

12 benda

1 mol

mewakili

6.023x10²³

zarah

Page 40: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

40

Dalam fasa ini, guru akan membina pengetahuan baru para pelajar melalui

pengalaman hands-on. Pelajar akan merasai sendiri pembelajaran diadaptasikan

daripada penggunaan bahasa harian mereka. Mereka dapat melihat konsep yang ingin

disampaikan dengan lebih jelas dalam fasa ini kerana mereka lebih mudah menggarap

konsep yang mereka sering gunakan berbanding dengan penggunaan frasa konsep

mol itu sendiri.

Konsep dozen

Vs

Konsep mol

Fasa ini bertujuan untuk memberi fokus kepada bagaimana pengetahuan

digunakan dalam konteks kehidupan sebenar. Dalam fasa ini, guru akan menerangkan

dengan lebih terperinci bagaimana konsep dozen yang digunakan dapat

dihubungkaitkan dengan konsep mol. Hal ini kerana melalui fasa ini, pelajar dapat

mengaitkan dan menggunakan konsep yang sering digunakan dalam kehidupan

seharian mereka dengan membina pengetahuan baru tentang konsep mol.

Fasa Mengalami

Fasa

Menggunakan

Page 41: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

41

Mol = berat (g) / jisim molar

Konsep mol ini boleh disamakan dengan misalnya konsep:

Dozen yang mengandungi 12 unit benda dalam 1 dozen.

Kalau kita ada 12 batang pensil kita kata ‘saya ada 1 dozen

pensil’.

Sama juga konsepnya jika kita ada sebanyak 6.023x10²³ batang

pensil kita boleh katakan ‘ saya ada 1 mol pensil’.

Seterusnya, jika kita ada 6 batang pensil, kita boleh sebut sebagai

kita ada 0.5 (6/12) dozen pensil. Dengan kaedah yang sama, jika

terdapat 0.5 mol atom bermaksud ada 0.5 x 6.023x10²³ atom.

Dalam fasa ini, guru akan membahagikan pelajar kepada kumpulan untuk

berkomunikasi dan berkongsi pengetahuan ketika aktiviti kompleks. Fasa ini berlaku

setelah para pelajar menguasai ketiga-tiga fasa yang sebelumnya. Hal ini kerana

pelajar perlu menguasai ketiga-tiga fasa sebelum fasa bekerjasama ini berlangsung.

Dalam fasa ini, guru akan membenarkan perkongsian maklumat antara pelajar dengan

cara memberi soalan berkaitan dengan penggunaan konsep dozen untuk menjawab

soalan. Dengan cara ini, pelajar akan lebih mudah memahami soalan dan dapat

menjawab soalan yang diberikan kerana mereka biasa menggunakan dozen dalam

kehidupan mereka.

Fasa

Bekerjasama

Page 42: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

42

Aktiviti

Objek Bilangan objek dalam unit dozen Bilangan objek

Cawan 3.0 36

Cawan 4.0

Cawan 18

Gelas 39

Gelas 8.0

Gelas 4.5

Bincang dan lengkapkan jadual di atas.

Dengan menggunakan unit ‘mol’ seperti mana anda gunakan unit ‘dozen’ iaitu:

1 dozen mewakili 12 benda dan

1 mol mewakili 6.023x10²³ zarah

Lengkapkan jadual di bawah.

Unsur Bilangan mol unsur Bilangan atom

Ferum 1.0 6.023x10²³

Kuprum 2.0

Karbon 0.5 x 6.023x10²³

Helium 1.5

Aluminium 0.2

Dala fasa ini, guru akan menggunakan pengetahuan yang telah diajar ke dalam

konteks yang baru. Satu lagi set soalan akan diberikan kepada para pelajar iaitu set

soalan mengandungi soalan berkaitan dengan konsep mol. Pelajar akan diarahkan

untuk menjawab soalan berdasarkan pengetahuan yang telah dibina melalui konsep

dozen pada fasa sebelumnya dan mengaitkannya dengan konsep mol.

Fasa

Memindahkan

Page 43: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

43

Latihan Kendiri

1. Hitung jisim bagi 1.4 mol ferum (II) oksida, FeO.

2. Hitungkan bilangan mol bagi 6.21g plumbum.

3. Cari isipadu bagi 0.35 mol hidrogen klorida pada s.t.p.

4. Hitungkan bilangan mol bagi 3360 dm³ karbon dioksida pada s.t.p.

5. Hitungkan bilangan atom yang terdapat dalam 1.5 mol atom klorin.

6. Hitungkan jisim bagi 0.3 mol aluminium.

7. Berapakah jisim karbon yang mengandungi bilangan atom yang sama dengan 23

g natrium.

8. sebiji belon diisi dengan 36 dm³ gas helium. Hitungkan bilangan atom helium.

9. Sebuah buret yang telah ditelangkupkan digunakan untuk mengumpulkan gas

karbon dioksida yang dihasilkan oleh satu tindakbalas. Apakah isi padu gas

karbon dioksida di dalam buret pada keadaan bilik jika 0.002 mol gas karbon

dioksida dihasilkan.

10. Cari bilangan molekul dalam 7.5 dm³ gas nitrogen.

Jawapan

1. 100.8 gram

2. 0.03 mol

3. 7.84 cm³

4. 0.15 mol

5. 9.03 x 10²³ atom

6. 8.1 gram

7. 12 gram

8. 9.03 x 10²³ atom

9. 0.0048 dm³

10. 1.875 x 10²³ molekul nitrogen

Page 44: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

44

Perancangan Pembelajaran dan Pengajaran

Mata Pelajaran : Kimia

Tingkatan : 4 Dedikasi

Masa : 1 jam

Tajuk : Bilangan mol dan bilangan zarah

Objektif :

Pada akhir pembelajaran pelajar dapat

1. membina idea baru tentang konsep mol dan

2. mengukuhkan pengetahuan dalam konsep mol.

Pengetahuan sedia ada:

1. Pelajar mempunyai pengetahuan asas dalam matematik untuk menyelesaikan

masalah dalam konsep mol.

2. Pelajar telah mempunyai pelbagai kerangka alternatif terhadap konsep mol

seperti:

a) Definisi dan istilah bagi konsep mol

b) Hukum dan konsep dalam tajuk mol

c) Kaitan mol dengan jisim, isipadu dan bilangan zarah

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran:

Perkara Butiran Kegiatan Fokus Pembelajaran Catatan

Set Induksi Guru bertanya sama ada

pelajar tahu apa itu konsep

dozen.

Dengan menggunakan contoh

dalam kehidupan seharian,

guru akan menggunakan

istilah dozen untuk dikaitkan

dengan konsep mol.

Pelajar-pelajar dapat

membina pengetahuan

mereka tentang konsep mol

menggunakan satu konsep

yang lebih mudah iaitu

dozen.

Fasa

Menghubung-

kait dan Fasa

Mengalami

Pelajar diarahkan untuk

memberi contoh barangan

yang boleh menggunakan

konsep dozen sebagai

pengiraan.

Contoh:

1 dozen cawan = 12 biji

cawan

Pelajar dapat mengukuhkan

kefahaman mereka tentang

penggunaan konsep mol

- 1 dozen

mewakili 12

benda

- 1 mol

mewakili

6.023x10²³

zarah

Page 45: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

45

Guru akan menerangkan

dengan lebih jelas persamaan

penggunaan konsep dozen

dan konsep mol supaya

pelajar dapat melihat konsep

mol sebagai sesuatu yang

lebih mudah.

Fasa

Menggunakan

dan Fasa

Bekerjasama

Secara berpasangan, guru

memberikan satu tugasan

kepada pelajar untuk

melengkapkan jadual yang

diberi menggunakan

pengetahuan mereka tentang

konsep dozen dan konsep

mol.

Kemudian, guru akan

memanggil 2 orang wakil

pelajar untuk menunjukkan

jawapan mereka.

Guru akan menjalankan

proses perbincangan bagi

jawapan kedua-dua pelajar.

Pelajar dapat menggunakan

pengetahuan mereka

semasa menjawan soalan.

Fasa

Memindahkan

Guru menilai pelajar dengan

memberi satu soalan baru

yang lebih sukar.

Soalan :

Hitung bilangan mol ion

oksida yang mengandungi

3.01x10²³ ion oksida.

Guru akan melihat sama ada

pelajar dapat menjawab

soalan tersebut atau tidak dan

proses perbincangan bersama

pelajar akan dijalankan.

Pelajar dapat

mengukuhkan

kefahaman

mereka dalam

tajuk konsep

mol.

Page 46: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

46

BAHAGIAN 6

REFLEKSI KENDIRI

Guru dapat merumuskan

permasalahan yang dihadapi

dalam mengajar konsep mol

dan strategi yang berkesan

untuk menanganinya

Page 47: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

47

RUMUSAN

Konsep mol yang terkandung dalam kurikulum kimia

merupakan konsep asas yang tergolong dalam kategori

yang sukar difahami. Ini bermakna pelajar perlu

berusaha untuk menguasai pengetahuan konsep ini

dengan tepat.

Justeru, tiga strategi pengajaran yang berkesan iaitu

kaedah analogi, kaedah penyelesaian masalah dan juga

kaedah kontekstual telah dipilih. Ketiga-tiga kaedah ini

memberi peluang kepada para pelajar untuk

membentuk konsep mol itu sendiri melalui pemahaman

dan pengetahuan mereka.

Melalui ketiga-tiga kaedah ini juga, guru dapat memilih

pelbagai alternatif kaedah pengajaran berkesan dalam

usaha untuk membolehkan pelajar lebih memahami

tentang konsep dan penggunaan mol itu sendiri.

Page 48: BAHAGIAN 1 - fp.utm.my · pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas dan mempunyai asas matematik yang lemah. Justeru, satu modul pengajaran ... 1.3 Kepentingan Modul ... jawapan

48

Rujukan Cervellati, R., Montuschi, A., Perugini, D., Grimellini-Tomasini, N. & Pecorini Balandi,

B. (1982). Investigation of Secondary School Students’ Understanding of The

Mole Concept in Italy, Journal of chemical Education, 59, 852-856.

Musa Uce (2008). Teaching The Mole Concept Using A Conceptual Change Method At

College Level. Ataturk Faculty of Education, Marmara Univercity Istanbul, Turki.

Siti Eshah Mokshein (1990). Students’ Difficulties in Solving Calculation Problems

Involving Chemical Equation And The Mole Concept. SEAMEO-RECSAM.

Abdul Rahman Mat (2005). Pembinaan dan Keberkesanan Perisian Berbantukan

Komputer Bagi Penyelesaian Masalah Konsep Mol Berdasarkan Model

Konstruktivisme Saunders dan Hein. Jurnal Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia.

Suhaimi Makminin (1995). Keberkesanan Analogi Dalam Membantu Pelajar Tingkatan

IV Memahami dan Menyelesaikan Masalah Dalam Mol. Jurnal Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Hein, M.(1986). Foundations of College Chemistry, Brooks: Cole, Publishing Company.

21-28.

Lazonby, J.N., Morris, J.E. & Waddington, D.J. (1982). The Muddlesome Mole.

Education in Chemistry. 19(4), 109-111.