Top Banner
BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014
38

BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 - · PDF filePENYATA KEWANGAN A. PENYATA UNTUNG ATAU RUGI 21 B. PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF 22 ... 6 Petronas Gas Berhad 2.80 7

Feb 06, 2018

Download

Documents

vantram
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 -  · PDF filePENYATA KEWANGAN A. PENYATA UNTUNG ATAU RUGI 21 B. PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF 22 ... 6 Petronas Gas Berhad 2.80 7

BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014

Page 2: BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 -  · PDF filePENYATA KEWANGAN A. PENYATA UNTUNG ATAU RUGI 21 B. PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF 22 ... 6 Petronas Gas Berhad 2.80 7

LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 2

ISI KANDUNGAN

NO.

TAJUK MUKA SURAT

I. MAKLUMAT TABUNG 3

II. PRESTASI TABUNG 4

III. LAPORAN PENGURUS 7

IV. PENYATA PENGURUS 17

V. PENYATAAN PEMEGANG AMANAH 18

VI. LAPORAN JURUAUDIT 19

VII. PENYATA KEWANGAN

A. PENYATA UNTUNG ATAU RUGI 21

B. PENYATA PENDAPATAN

KOMPREHENSIF 22

C. PENYATA ALIRAN TUNAI 23

D. NOTA-NOTA BERKENAAN PENYATA

KEWANGAN 24

VIII. ALAMAT PEJABAT-PEJABAT ASNB 34

IX. MAKLUMAT KORPORAT 38

Page 3: BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 -  · PDF filePENYATA KEWANGAN A. PENYATA UNTUNG ATAU RUGI 21 B. PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF 22 ... 6 Petronas Gas Berhad 2.80 7

LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014

3

AMANAH SAHAM WAWASAN 2020

(ASW 2020)

Pemegang-pemegang unit Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW

2020) yang dihormati, AmanahRaya Trustees Berhad (ART) selaku

Pemegang Amanah dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)

selaku Pengurus ASW 2020, dengan sukacitanya membentangkan

Laporan Tahunan ASW 2020 bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos

2014.

I. MAKLUMAT TABUNG

(a) Nama Tabung Amanah Saham Wawasan 2020

(b) Kategori dan Jenis

Tabung

Ekuiti / Pendapatan

(c) Objektif Pelaburan Tabung

Objektif ASW 2020 ialah untuk memberi kadar pulangan yang berpatutan kepada

pemegang-pemegang unit menerusi pelaburan dalam portfolio terpilih yang terdiri daripada pelaburan yang

dibenarkan.

(d) Tahun Kewangan

Berakhir

31 Ogos.

(e) Penanda Aras Tabung

ASW 2020 menggunakan penanda aras Kadar Faedah Pasaran Wang Antara

Bank 3-Bulan (KLIBOR 3-Bulan) bagi tujuan perbandingan prestasinya.

(f) Polisi Pengagihan Pendapatan

Tabung

ASW 2020 akan mengagihkan perolehan daripada pendapatannya, jika ada,

tertakluk kepada budi bicara pihak pengurusan dan kelulusan daripada pemegang amanah.

(g) Pegangan Unit Pada 31 Ogos 2014, seramai 891,334

individu telah menyertai ASW 2020. Pecahan pegangan unit adalah seperti berikut:

Pecahan

Pegangan Unit

Bilangan

Pemegang

Unit

%

Bilangan Unit

Dilanggan

%

5,000 ke bawah 617,166 69.24 642,963,477 3.86

5,001 – 10,000 64,377 7.22 466,919,497 2.80

10,001 – 50,000 153,748 17.25 3,514,987,455 21.07

50,001 – 500,000 52,304 5.87 6,194,481,155 37.14

500,001 ke atas 3,739 0.42 5,859,361,145 35.13

Jumlah 891,334 100.00 16,678,712,729 100.00

Page 4: BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 -  · PDF filePENYATA KEWANGAN A. PENYATA UNTUNG ATAU RUGI 21 B. PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF 22 ... 6 Petronas Gas Berhad 2.80 7

LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 4

II. PRESTASI TABUNG

(a) Perumpukan Aset

i. Perumpukan Aset Bagi ASW 2020 adalah seperti:

Komponen Aset Dalam Portfolio

Tahun Kewangan Berakhir (%)

31.08.2014 31.08.2013 31.08.2012

Pelaburan di

Pasaran Ekuiti 78.06 71.37 67.37

Pelaburan di

Pasaran Wang dan Lain-lain Aset Bersih

21.94 28.63 32.63

Jumlah 100.00 100.00 100.00

ii. Perumpukan Aset Mengikut Sektor Pada Nilai Pasaran :

Sektor

Berdasarkan Nilai Aset Bersih

Tabung (%)

31.08.2014 31.08.2013 31.08.2012

Pelaburan disebut harga:

Barangan Industri 5.32 4.79 5.53

Barangan Pengguna 3.77 3.42 3.29

Hartanah 1.91 1.08 2.00

Syarikat Projek

Infrastruktur 3.13 3.78 3.97

Kewangan 24.40 19.30 17.11

Pembinaan 3.84 2.74 2.38

Perkhidmatan /Perdagangan

28.77 28.62 25.75

Perladangan 5.07 5.93 6.33

REITs 1.87 1.70 1.00

Waran - 0.01 0.01

Pelaburan di Pasaran Ekuiti

78.06 71.37 67.37

Pelaburan di Pasaran Wang dan Lain-lain Aset Bersih

21.94 28.63 32.63

Jumlah 100.00 100.00 100.00

Page 5: BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 -  · PDF filePENYATA KEWANGAN A. PENYATA UNTUNG ATAU RUGI 21 B. PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF 22 ... 6 Petronas Gas Berhad 2.80 7

LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014

5

iii. Senarai 20 Pelaburan Terbesar Yang Disebut Harga Dari Segi

Peratusan Nilai Pasaran Berbanding Dengan Nilai Aset Bersih Tabung

(b) Maklumat Kewangan

Perbandingan Prestasi Maklumat Kewangan Bagi Tempoh Tiga (3)

Tahun Terdahulu:

Bil Syarikat

Peratusan Dari Nilai

Aset Bersih Tabung (%)

1 Malayan Banking Berhad 9.11

2 Public Bank Berhad 6.82

3 Tenaga Nasional Berhad 4.86

4 Sime Darby Berhad 4.68

5 CIMB Group Holdings Berhad 4.22

6 Petronas Gas Berhad 2.80

7 Axiata Group Berhad 2.75

8 Petronas Dagangan Berhad 2.36

9 Maxis Berhad 2.27

10 Digi.Com Berhad 2.24

11 RHB Capital Berhad 2.18

12 Petronas Chemicals Group Berhad

2.17

13 Telekom Malaysia Berhad 2.10

14 AMMB Holdings Berhad 2.06

15 Gamuda Berhad 2.05

16 UMW Holdings Berhad 2.02

17 Kuala Lumpur Kepong Berhad 1.80

18 IOI Corporation Berhad 1.75

19 MISC Berhad 1.73

20 SapuraKencana Petroleum Berhad 1.45

Page 6: BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 -  · PDF filePENYATA KEWANGAN A. PENYATA UNTUNG ATAU RUGI 21 B. PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF 22 ... 6 Petronas Gas Berhad 2.80 7

LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 6

Selepas Pengagihan

Pendapatan

Bagi Tahun Kewangan Berakhir

31.08.2014 31.08.2013 31.08.2012

Unit Dalam Edaran

(Juta) 16,892.10 15,857.10 14,877.10

Jumlah Pengagihan

(RM juta) 1,106.30 1,053.80 973.16

Kadar Pengagihan

Pendapatan (sen seunit)

6.60 6.70 6.60

Tarikh Pembayaran 1 Sept 1 Sept 1 Sept

Nisbah Perbelanjaan

Pengurusan (NPP) (%)

2

1.09 1.08 1.09

Nisbah Pusing Ganti Portfolio (NPGP)

(kali)3

0.23 0.20 0.20

Nota:

1. Nisbah Perbelanjaan Pengurusan (NPP) adalah nisbah di antara jumlah

bayaran pengurusan dan perbelanjaan Unit Amanah yang dikembalikan

dengan purata nilai Unit Amanah untuk tahun kewangan dikira

berpandukan asa harian. Purata nilai Unit Amanah untuk tahun

kewangan telah dikira pada kos kerana harga belian dan harga jualan

telah ditetapkan pada RM1.00 seunit. Oleh kerana purata nilai unit

Amanah dikira berasakan kos, perbandingan NPP Unit Amanah dengan

Unit Amanah yang lain yang menggunakan asas yang berlainan tidak

akan memberi perbandingan yang tepat.

2. Nisbah Pusing Ganti Portfolio (NPGP) dikira berdasarkan kepada

nisbah purata diantara jumlah kos pembelian dan penjualan pelaburan

untuk tahun kewangan, dengan purata nilai Unit Amanah untuk tahun

kewangan, dengan purata nilai Unit Amanah untuk tahun kewangan.

Purata nilai Unit Amanah untuk tahun kewangan telah dikira pada kos

kerana harga belian dan jualan telah ditetapkan pada RM1.00 seunit.

Oleh kerana purata nilai Unit Amanah dikira berasaskan kos,

perbandingan NPGP Unit Amanah dengan Unit Amanah lain yang

menggunakan asas yang berlainan tidak akan member perbandingan

yang tepat.

Page 7: BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 -  · PDF filePENYATA KEWANGAN A. PENYATA UNTUNG ATAU RUGI 21 B. PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF 22 ... 6 Petronas Gas Berhad 2.80 7

LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014

7

(c) Purata Pulangan Tabung

Purata Pulangan Tahunan bagi ASW 2020 adalah seperti berikut:

Pada 31.08.2014

1 Tahun 3 Tahun 5 Tahun

Jumlah Purata Pulangan (sen)1 6.60 6.63 6.55

KLIBOR 3-bulan (%)2 3.71 3.37 3.26

Sumber: Novagni

Nota:

1. a) 1 tahun ialah pengagihan pendapatan bagi tahun tersebut.

b) 3 tahun ialah pengagihan pendapatan bagi tahun tersebut ditambah

dengan pengagihan pendapatan bagi 2 tahun sebelumnya dan

dibahagikan dengan 3.

c) 5 tahun ialah pengagihan pendapatan bagi tahun tersebut ditambah

dengan pengagihan pendapatan bagi 4 tahun sebelumnya dan

dibahagikan dengan 5 .

2. Kadar KLIBOR 3-bulan adalah berdasarkann kepada faedah penghujung

bulan.

III. LAPORAN PENGURUS

(a) Pencapaian Objektif Tabung

ASW 2020 telah berupaya mencapai objektif pelaburannya dalam

menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif dan konsisten

kepada pemegang-pemegang unit bagi tahun kewangan berakhir 31

Ogos 2014.

(b) Pengagihan Pendapatan

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2014, ASW 2020 telah

mengagihkan pulangan pendapatan sebanyak 6.60 sen seunit.

Sumber Pendapatan

Tahun Kewangan Berakhir 31 Ogos

2014 2013 2012

(RM juta)

Faedah dan Lain-lain

Pendapatan 227.52 238.06 215.02

Pendapatan Dividen 493.13 428.03 698.45

Keuntungan Ternyata Bersih

Dari Jualan Pelaburan 658.62 624.46 334.63

Jumlah Pendapatan 1,379.28 1,290.55 1,248.10

Page 8: BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 -  · PDF filePENYATA KEWANGAN A. PENYATA UNTUNG ATAU RUGI 21 B. PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF 22 ... 6 Petronas Gas Berhad 2.80 7

LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 8

(c) Perbandingan Prestasi Pulangan ASW 2020 dengan

Penanda Aras

Tahun Kewangan Berakhir

31 Ogos

2014 2013 2012 2011 2010

Pulangan Pendapatan

(sen)1

6.60 6.70 6.60 6.50 6.35

Penanda Aras (%)2 3.71 3.20 3.20 3.27 2.92

Sumber: Novagni

Nota:

1. Pengagihan pendapatan bagi tahun tersebut.

2. Penanda aras iaitu KLIBOR 3-Bulan adalah berdasarkan kepada

faedah penghujung bulan bagi sesuatu tahun kewangan.

Sila ambil perhatian bahawa Pengurus tidak menjamin pulangan

pelaburan. Pengagihan pendapatan, jika dibayar mungkin turun atau

naik. Prestasi tabung masa lalu tidak semestinya mencerminkan

prestasi masa hadapan.

(d) Perubahan Yang Ketara Terhadap Kedudukan ASW 2020

Dalam Tempoh Kewangan

Pada 3 Julai 2014, saiz tabung yang dibenarkan telah ditingkatkan

dari 17.945 bilion unit kepada 21.983 bilion unit.

(e) Situasi Yang Menjejaskan Kepentingan Pemegang Unit

ASNB dan ASW 2020 tidak mengalami situasi-situasi yang boleh

menjejaskan kepentingan pemegang unit.

(f) Komisyen Ringan

ASNB dan Pengurus Pelaburan tabung unit amanahnya tidak

menerima komisyen ringan daripada broker dan/atau wakil urus

niaga yang dikendalikan untuk unit amanah.

(g) Polisi Pelaburan

Polisi pelaburan ASW 2020 adalah melabur di dalam portfolio

pelaburan yang dipelbagaikan terutamanya ekuiti yang disenaraikan

di Bursa Malaysia, instrumen berpendapatan tetap, instrumen

pasaran wang, tabung pelaburan kolektif dan lain-lain instrumen

pasaran modal, seperti yang tertakluk didalam Suratikatan ASW

2020. ASW 2020 akan melaburkan sehingga 95% dari Nilai Aset

Bersih pada kos dalam ekuiti dan bakinya dalam lain-lain instrumen

pasaran modal. Walau bagaimanapun, ASW 2020 boleh mengambil

strategi defensif mengikut kesesuaian pasaran.

Page 9: BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 -  · PDF filePENYATA KEWANGAN A. PENYATA UNTUNG ATAU RUGI 21 B. PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF 22 ... 6 Petronas Gas Berhad 2.80 7

LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014

9

(h) Strategi Pelaburan Sepanjang Tahun Kewangan

i. Ekuiti

Strategi pelaburan ASW 2020 bagi tahun kewangan berakhir

31 Ogos 2014 telah dilaksanakan dengan perumpukan aset

antara ekuiti dan sekuriti berpendapatan tetap yang difikirkan

wajar dengan purata perumpukan aset sebanyak 70% dalam

ekuiti dan 30% di dalam sekuriti berpendapatan tetap.

Pelaburan ini adalah berdasarkan prospek ekonomi dan

pasaran modal global dan tempatan.

Pelaburan ASW 2020 dalam ekuiti telah ditumpukan kepada

sektor-sektor dan saham-saham syarikat yang mempunyai

asas yang kukuh dan prospek perniagaan yang cerah serta

disokong oleh permintaan domestik yang mampan dan juga

kurang dipengaruhi oleh ketidaktentuan ekonomi global.

Antara sektor-sektor yang menjadi tumpuan ialah sektor

telekomunikasi, utiliti serta minyak dan gas. Sektor

telekomunikasi memberikan pulangan dividen yang kompetitif

dan stabil manakala sektor utiliti menjadi tumpuan selepas

pengumuman kadar kenaikan tarif elektrik oleh kerajaan dan

juga penstrukturan sektor utiliti. Selain itu, sektor minyak dan

gas menjadi tumpuan disebabkan oleh dasar pelaburan

Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang merancakkan lagi

aktiviti di dalam sektor itu.

Antara saham-saham FBM KLCI yang telah mencatatkan

kenaikan yang tinggi dalam tempoh tinjauan adalah MISC

Berhad (+45.76%), Tenaga Nasional Berhad (+41.81%), RHB

Capital Berhad (+22.59%), Digi.Com Berhad (+21.91%) dan

IHH Healthcare Berhad (+21.70%). Pelaburan ASW 2020 di

dalam saham-saham tersebut telah memberi manfaat dalam

bentuk kenaikan nilai pasaran yang tinggi serta pulangan

dividen yang menarik.

ii. Sekuriti Berpendapatan Tetap dan Wang Tunai

Sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2014, ASW

2020 telah membuat pelaburan yang lebih dalam pasaran

wang berbanding sekuriti berpendapatan tetap. Ini bagi

membolehkan ASW 2020 berada di dalam aliran tunai yang

secukupnya bagi memasuki pasaran saham pada masa yang

bersesuaian. ASW 2020 turut melabur dalam sekuriti

pendapatan tetap untuk mempelbagaikan pelaburan di

Page 10: BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 -  · PDF filePENYATA KEWANGAN A. PENYATA UNTUNG ATAU RUGI 21 B. PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF 22 ... 6 Petronas Gas Berhad 2.80 7

LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 10

samping mengurangkan risiko portfolio. Pelaburan dalam

sekuriti pendapatan tetap dilakukan setelah pengurus dana

melakukan analisa kredit. Pelaburan dalam sekuriti

pendapatan tetap mementingkan penarafan kredit sekurang-

kurangnya taraf „BBB‟ yang diberikan oleh RAM Rating

Services Berhad (RAM Ratings) atau setaraf dengannya yang

diberikan oleh agensi penarafan di Malaysia.

(i) Ulasan Pasaran Ekuiti

Pada tahun 2013, ekonomi global berkembang pada kadar 3.0%,

sedikit rendah berbanding dengan pertumbuhan pada kadar 3.2%

yang telah dicatatkan pada tahun 2012 dan 3.5% yang telah

diramalkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Pertumbuhan pada tahun 2013 telah terkesan dengan pertumbuhan

yang lebih perlahan yang direkodkan oleh ekonomi negara-negara

yang sedang pesat membangun berikutan kebalikan aliran modal

yang besar disebabkan oleh perubahan jangkaan pasaran terhadap

pengurangan tahap akomodasi dasar monetari Amerika Syarikat.

Namun begitu, pada tahun yang sama, ekonomi global telah dibantu

oleh prospek yang lebih baik oleh negara-negara maju seperti

Amerika Syarikat serta zon Eropah.

Pada suku pertama 2014, ekonomi Amerika Syarikat telah

menguncup secara tidak diduga disebabkan oleh cuaca sejuk yang

ekstrem, sebelum berkembang semula pada suku kedua 2014

(+4.5%: Suku ketiga 2013, +3.5%: Suku keempat 2013, -2.1%: Suku

pertama 2014, +4.2%: Suku kedua 2014). Bermula pertengahan

tahun 2013 hingga pertengah tahun 2014, kadar inflasi adalah stabil

pada paras 1-2%. Pasaran kerja juga telah bertambah baik apabila

kadar pengangguran turun daripada 7.3% pada Julai 2013 kepada

6.2% pada Julai 2014. Selain itu, sektor pengeluaran dan servis juga

telah menunjukkan kemajuan apabila kedua-dua Purchasing

Manager Indices (PMI) oleh Institute of for Supply Management

(ISM) bagi pengeluaran dan servis telah berada pada paras lebih

daripada 50 secara konsisten. Bank Pusat (Federal Reserve) telah

mula mengurangkan pembelian bon pada Januari 2014 dan kini

pembelian bon telah berkurang daripada USD85 bilion kepada

USD25 bilion. Perlonggaran kuantitatif 3 (QE3) dijangka akan tamat

pada penghujung tahun 2014. Tindakan ini menunjukkan keyakinan

kerajaan Amerika Syarikat terhadap ekonomi di masa hadapan.

Ekonomi zon Eropah pula mencatatkan pertumbuhan sebanyak 0.7%

pada suku kedua 2014 berbanding +0.9% pada suku pertama 2014,

+0.5%: suku keempat 2013 dan -0.3% pada suku ketiga 2013 (2013:

0.4%). Dari Ogos 2013 hingga Ogos 2014, kadar inflasi telah

Page 11: BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 -  · PDF filePENYATA KEWANGAN A. PENYATA UNTUNG ATAU RUGI 21 B. PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF 22 ... 6 Petronas Gas Berhad 2.80 7

LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014

11

mengalami penurunan ke paras kurang dari 1%. Manakala pasaran

kerja juga tidak menampakkan kemajuan walaupun kadar

pengangguran telah menurun dari 11.9% pada Julai 2013 ke 11.5%

pada Julai 2014. Ekoran kadar inflasi yang lemah dan kadar

pengangguran yang masih tinggi, Bank Pusat Eropah (ECB) telah

menurunkan kadar pinjaman daripada 0.5% kepada 0.25% pada

November 2013. Pada Jun 2014, ECB telah menurunkan kadar

pinjaman sekali lagi daripada 0.25% ke 0.15% sebelum

menurunkannya lagi kepada 0.05% pada September 2014.

Sementara itu, ekonomi negara Jepun pula telah menghadapi faktor

luaran dan dalaman yang mencabar apabila ekonominya menguncup

pada kadar -6.8% pada suku kedua 2014 (+6.1%: suku pertama

2014, -0.2%: suku keempat 2013, +1.4%: suku ketiga 2013.

Perkembangan pesat pada suku pertama 2014 adalah berikutan

pembelian „big ticket items‟ di saat-saat akhir sebelum perlaksanaan

kenaikan cukai jualan daripada 5% ke 8% bermula 1 April 2014.

Ekonomi Jepun telah berkembang pada kadar 1.6% pada tahun

2013. Daripada Julai 2013 hingga Julai 2014, kadar inflasi telah

meningkat daripada 0.7% ke 3.4%. Ini adalah berikutan polisi

ekonomi yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Shinzo Abe

yang dikenali sebagai „abenomics‟ dimana pelan reformasi struktur

telah dilakukan secara gradual. Pada Jun 2014, kerajaan telah

mengumumkan langkah-langkah untuk menurunkan kadar cukai

korporat kepada paras kurang daripada 30% dalam tempoh

beberapa tahun.

Bagi negara China pula, untuk suku kedua 2014, ekonomi negara itu

berkembang lebih perlahan dari tahun 2013, pada kadar 7.5%

(+7.4%: suku pertama 2014, +7.7%: suku keempat 2013, +7,8%:

suku ketiga 2013). Kebimbangan terhadap kemerosotan ekonomi

telah membawa kepada pengumuman beberapa rangsangan pada

tahun 2014. Rangsangan ini termasuk beberapa langkah untuk

mereformasi ekonomi seperti pemansuhan polisi seorang anak

sebuah keluarga dan rancangan bagi mengliberalisasi jual beli yuan.

Sementara itu, bacaan HSBC PMI mencatatkan kemerosotan

dibawah paras 50 daripada Januari hingga Mei 2014. Namun begitu,

terdapat tanda-tanda pemulihan dalam sektor pengeluaran China

apabila HSBC PMI naik daripada 49.4 kepada 50.7 pada Jun 2014.

Ekonomi Malaysia terus berkembang pada kadar 6.4% pada suku

kedua 2014 berbanding 6.2% pada suku pertama 2014.

Pertumbuhan ini didorong oleh pertumbuhan permintaan dalam

negeri yang kukuh serta pemulihan dalam sektor eksport. Bagi

mengukuhkan lagi kedudukan kewangan negara, kerajaan Malaysia

Page 12: BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 -  · PDF filePENYATA KEWANGAN A. PENYATA UNTUNG ATAU RUGI 21 B. PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF 22 ... 6 Petronas Gas Berhad 2.80 7

LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 12

telah mengumumkan pelarasan subsidi bermula dengan

pengurangan subsidi minyak sebanyak 20 sen pada 3 September

2013. Untuk tahun 2014, sebanyak RM3.3 bilion diunjurkan akan

diperolehi daripada penjimatan susulan daripada pelarasan subsidi

tersebut. Kadar inflasi telah mencatatkan pertumbuhan daripada

1.9% pada September 2013 hingga 3.5% pada Februari dan Mac

2014 dan mula stabil dar Mac ke Julai 2014. Ini menunjukkan kesan

pelarasan subsidi oleh kerajaan termasuk pengurangan subsidi

bahan api dan kenaikan tarif elektrik telah mula menyusut. Selain itu,

pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (Goods and Service

Tax, GST) bermula pada 1 April 2015 bagi menggantikan cukai

jualan dan cukai perkhidmatan telah diumumkan oleh Perdana

Menteri dalam pembentangan Bajet 2014. Langkah ini dapat

meningkatkan keyakinan para pelabur serta agensi penarafan

antarabangsa terhadap kedudukan kewangan dan kemantapan

ekonomi negara.

Separuh pertama 2014 mencatatkan permulaan yang sederhana

bagi pasaran-pasaran saham serata dunia, di mana Indeks MSCI

World hanya mencatat kenaikan sebanyak 5.0%, lebih rendah

berbanding 7.1% kenaikan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Namun begitu, Indeks MSCI Eropah dan Indeks MSCI Asia ex-

Japan telah meningkat pada tahun ini, mencatat pertumbuhan yang

lebih tinggi pada 3.3% dan 5.1% berbanding prestasi yang kurang

baik tahun lepas iaitu -0.7% dan -7.0% masing-masing. Walaupun

Indeks MSCI Asia ex-Japan mencatat kenaikan lebih tinggi pada

separuh pertama 2014, KOSPI Korea Selatan, SSE China dan Hang

Seng Hong Kong mencatat kerugian berbanding Taiwan TWSE yang

mencatat kenaikan sebanyak 9.1%. Manakala, indeks U.S DJIA dan

indeks Nikkei225 hanya mampu mencatat untung sebanyak 1.5%

dan rugi sebanyak 6.9% berbanding prestasi yang sangat

memberangsangkan pada tahun 2013 sebanyak 13.8% dan 31.6%

masing-masing.

Bagi tempoh tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2014, penanda aras

utama Bursa Malaysia iaitu Financial Times Bursa Malaysia Kuala

Lumpur Composite Index (FBM KLCI) telah mencatatkan

peningkatan sebanyak 138.53 mata atau 8.02% untuk ditutup pada

1,866.11 mata pada 29 Ogos, 2014, berbanding 1,727.58 mata yang

dicatatkan pada 30 Ogos, 2013. Bagi tempoh yang sama, FBM KLCI

telah mencatat paras tertinggi 1,892.65 mata pada 8 Julai, 2014,

manakala paras terendah 1,716.76 mata dicatatkan pada 4

September, 2013. Semua penanda aras sektor di dalam pasaran

saham Bursa Malaysia mencatatkan kenaikan sejajar dengan

prestasi positif FBM KLCI. Sektor teknologi mencatatkan kenaikan

Page 13: BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 -  · PDF filePENYATA KEWANGAN A. PENYATA UNTUNG ATAU RUGI 21 B. PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF 22 ... 6 Petronas Gas Berhad 2.80 7

LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014

13

tertinggi sebanyak 51.04% manakala sektor perladangan pula

mencatatkan kenaikan sebanyak 3.96%. Antara saham-saham FBM

KLCI yang telah mencatatkan kenaikan yang tinggi dalam tempoh

tinjauan adalah MISC Berhad (+45.76%), Tenaga Nasional Berhad

(+41.81%), RHB Capital Berhad (+22.59%), Digi.Com Berhad

(+21.91%) dan IHH Healthcare Berhad (+21.70%). Pelaburan ASW

2020 di dalam saham-saham tersebut telah memberi manfaat dalam

bentuk kenaikan nilai pasaran yang tinggi serta pulangan dividen

yang menarik.

(j) Ulasan Pasaran Wang dan Kadar Faedah

Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee, MPC)

telah memutuskan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman

(Overnight Policy Rate, OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.25%

pada 10 Julai, 2014 berdasarkan prospek pertumbuhan ekonomi

yang kukuh dan kadar inflasi yang dijangka kekal melebihi kadar

purata jangka panjangnya. Pelarasan terhadap tahap dasar monetari

yang akomodatif ini juga bertujuan mengurangkan risiko

ketidakseimbangan ekonomi dan kewangan yang lebih luas yang

boleh menjejaskan prospek pertumbuhan jangka panjang ekonomi

Malaysia. Meskipun OPR lebih tinggi, keadaan monetari terus kekal

menyokong aktiviti ekonomi.

Ringgit dan kebanyakan mata wang serantau lain bertambah nilai

berbanding dengan dolar Amerika Syarikat (USD). Ini berikutan

prospek pertumbuhan serantau yang kukuh dan dasar monetari yang

sangat akomodatif dan berterusan di Amerika Syarikat yang telah

mengekalkan minat pelabur terhadap pasaran kewangan serantau.

Sentimen positif susulan pengumuman data ekonomi dalam negara

yang lebih baik daripada jangkaan, terutamanya pertumbuhan

ekonomi yang mampan dan kadar pertumbuhan eksport yang lebih

kukuh juga menyokong ringgit. Hasil daripada itu, kadar bagi sekuriti

kerajaan Malaysia 10 Tahun tidak menentu dengan penurunan

sebanyak 13 mata asas dari tempoh Ogos 2013 (4.05%) sehingga

Ogos 2014 (3.92%). Namun begitu, pasaran sekuriti hutang swasta

adalah kurang sensitif terhadap pasaran luar berubah-ubah

disebabkan oleh pegangan asing yang rendah dan sokongan

institusi-institusi domestik.

(k) Prospek Ekonomi dan Pasaran Saham

Pada keseluruhannya, prospek ekonomi global dijangka berada

dalam keadaan lebih baik pada tahun 2014 berbanding tahun

sebelumnya. Berdasarkan laporan Tabung Kewangan Antarabangsa

Page 14: BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 -  · PDF filePENYATA KEWANGAN A. PENYATA UNTUNG ATAU RUGI 21 B. PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF 22 ... 6 Petronas Gas Berhad 2.80 7

LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 14

(International Monetary Fund, IMF) April 2014, IMF mengunjurkan

pertumbuhan ekonomi dunia pada kadar yang lebih tinggi bagi tahun

2014, iaitu sebanyak 3.6% sebelum meningkat ke 3.9% pada 2015,

didorong oleh pemulihan ekonomi negara maju yang semakin

meningkat seperti di Amerika Syarikat daripada 1.9% pada tahun

2013 kepada 2.8% pada tahun 2014, United Kingdom daripada 1.8%

pada tahun 2013 kepada 2.9% pada tahun 2014 dan Kesatuan

Eropah daripada -0.5% pada tahun 2013 kepada 1.2% pada tahun

2014. Pertumbuhan ekonomi negara-negara membangun untuk 2014

juga dijangka lebih baik pada kadar 4.9% berbanding 4.7% untuk

tahun 2013, disokong oleh permintaan yang tinggi dari negara maju.

Ekonomi negara China dijangka akan berkembang lebih perlahan

pada kadar 7.5% pada tahun 2014 berbanding 7.7% pada tahun

2013, di mana kerajaannya sedang mengekang pertumbuhan hutang

dan melaksanakan pembaharuan ekonomi yang akan mengubah

struktur ekonomi kepada lebih seimbang dan tidak terlalu bergantung

kepada eksport.

Risiko kepada pertumbuhan global masih wujud dalam bentuk deflasi

dan kadar pertumbuhan rendah yang berlarutan di Kesatuan Eropah

dan Jepun. Penarikan balik dasar pelonggaran kuantitatif yang

dijangka akan berakhir pada tahun 2014 serta kenaikan kadar faedah

di Amerika Syarikat mulai tahun 2015 akan mengakibatkan

pengaliran keluar modal yang berterusan daripada negara-negara

membangun yang boleh menggugat kestabilan pasaran modal

serantau dan global secara keseluruhannya.

Bagi ekonomi Malaysia, pertumbuhan akan terus dipacu oleh

permintaan dalam negeri yang kukuh di mana aktiviti pelaburan

domestik dan penggunaan swasta yang rancak dijangka akan

menyokong pertumbuhan pada tahun 2014 dengan pelaksanaan

projek-projek di bawah ETP terutamanya sektor-sektor pembinaan,

serta projek minyak dan gas. Eksport dijangka akan terus meningkat

hasil daripada pemulihan ekonomi negara maju dan persekitaran

luaran yang bertambah baik. Melangkah ke hadapan, ekonomi

Malaysia diunjurkan berkembang pada kadar antara 4.5% dan 5.5%

bagi tahun 2014 (Sumber: Bank Negara Malaysia, BNM).

Untuk tahun 2014, pasaran saham tempatan dijangka akan

dipengaruhi oleh ketidakpastian yang berterusan mengenai dasar

monetari di negara maju serta perkembangan geopolitik terutamanya

di Asia Barat. Namun begitu, ekonomi negara yang stabil dan kukuh

akan menarik minat dan mengekalkan keyakinan pelabur dalam

pasaran saham tempatan yang disokong oleh kecairan domestik

yang tinggi daripada pelabur institusi seperti syarikat pelaburan

berkaitan kerajaan (Government Linked Investment Companies,

Page 15: BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 -  · PDF filePENYATA KEWANGAN A. PENYATA UNTUNG ATAU RUGI 21 B. PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF 22 ... 6 Petronas Gas Berhad 2.80 7

LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014

15

GLIC). Menurut konsensus firma-firma broker, FBM KLCI dijangka

akan mencatatkan sedikit peningkatan untuk ditutup pada 1,935

mata bagi tahun 2014.

Peningkatan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR)

yang seterusnya dijangka akan berlaku pada suku keempat tahun

2014 atau suku pertama tahun 2015 (kali terakhir peningkatan

adalah pada 10 Julai, 2014 kepada kadar 3.25%). Ini adalah sejajar

dengan prestasi ekonomi dalam negara yang mengalami

pertumbuhan secara keseluruhan dan pemulihan ekonomi negara

maju secara beransur-ansur. Prospek pertumbuhan yang kukuh dan

inflasi yang kekal melebihi kadar purata jangka panjang dijangka

mendorong BNM mengambil keputusan untuk menyelaraskan tahap

akomodasi monetari.

Bagi pasaran bon pula, kadar hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia

dijangka akan meningkat selaras dengan kenaikan kadar dasar

semalaman dan aliran keluar oleh pelabur asing secara berperingkat

ekoran daripada keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat

untuk mengurangkan kadar pembelian bon mulai Januari 2014.

Namun begitu, momentum ini mungkin dikurangkan dengan langkah-

langkah liberalisasi pasaran bon yang diumumkan oleh Perdana

Menteri yang akan memberikan lebih banyak fleksibiliti kepada

syarikat untuk menerbitkan bon bagi tempoh terbitan yang lebih

singkat dan kos yang lebih rendah yang akan memberi petanda baik

bagi pasaran bon di masa hadapan.

Pasaran wang, Ringgit dijangka mengukuh selaras dengan pendirian

dasar akomodatif. BNM juga akan terus memastikan keadaan

pasaran ringgit kekal teratur di tengah-tengah keadaan

perkembangan ekonomi global dan akan terus memantau peralihan

dalam kecairan global yang merupakan pengaruh utama bagi mata

wang tempatan.

(l) Strategi Pelaburan Masa Hadapan

i. Ekuiti

Bagi tahun kewangan berikutnya, strategi pelaburan ASW 2020

adalah untuk memberi fokus kepada saham-saham di dalam

sektor-sektor yang dijangka dapat memberikan pulangan yang

baik, disamping mengekalkan perumpukan aset yang aktif.

Pelaburan ASW 2020 dalam ekuiti akan ditumpukan kepada

saham-saham syarikat yang mempunyai fundamental yang

kukuh berdasarkan prospek ekonomi, prestasi syarikat dan juga

tema pelaburan semasa. Sektor-sektor tersebut termasuklah

Page 16: BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 -  · PDF filePENYATA KEWANGAN A. PENYATA UNTUNG ATAU RUGI 21 B. PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF 22 ... 6 Petronas Gas Berhad 2.80 7

LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 16

sektor minyak dan gas yang mempunyai prospek perniagaan

yang cerah dan kukuh dan juga sektor utiliti yang dijangka akan

mendapat kesan positif selepas pengumuman kadar kenaikan

tarif elektrik oleh kerajaan dan juga penstrukturan sektor utiliti.

Untuk mengekalkan keseimbangan antara pertumbuhan dan

pulangan dividen yang menarik, pengurusan ASW 2020 akan

turut memberi fokus kepada sektor-sektor dan saham-saham

yang mempunyai prospek dividen yang tinggi dan diniagakan

dibawah harga wajar seperti sektor telekomunikasi dan sektor

Dana Pelaburan Hartanah (REIT). Di samping itu, pengurusan

ASW 2020 akan sentiasa mengambil peluang untuk menjual

saham-saham yang sudah mencapai nilai penuh pada tahap

pasaran yang menguntungkan.

ii. Sekuriti Berpendapatan Tetap dan Wang Tunai

Untuk mempelbagaikan aset di dalam portfolio, ASW 2020 akan

turut melabur di dalam sekuriti berpendapatan tetap dan

pasaran wang. Pelaburan dalam sekuriti berpendapatan tetap

dan pasaran wang dibuat dengan pemilihan instrumen -

instrumen yang bermutu seperti sekuriti hutang swasta jangka

masa sederhana dan sekuriti Islam berpendapatan tetap,

dengan mengambil kira faktor-faktor seperti perolehan, kecairan,

tempoh matang dan juga kupon yang berpatutan dengan risiko

yang ditanggung oleh ASW 2020.

Dalam pasaran bon, risiko utama adalah apabila BNM

mengetatkan dasar monetari. BNM menyasarkan OPR

sebanyak 3.50% menjelang tahun 2015 dan ini akan memberi

impak kepada kadar risiko yang mampu dipegang oleh

pengurus-pengurus dana. Tekanan inflasi juga akan menyusut

nilai bon dalam portfolio.

Bagi mengurangkan sensitiviti perubahan kadar semasa kepada

portfolio sekuriti berpendapatan tetap ASW 2020, tabung akan

membuat pelaburan dengan durasi jangka sederhana bagi

megurangkan kesan kenaikan kadar faedah agar selaras

dengan objektif tabung.

Pengurus ASW 2020 akan sentiasa mengkaji semula strategi

pelaburan secara berkala dan mengikut keperluan semasa bagi

mengekalkan keupayaan ASW 2020 untuk mengagihkan kadar

pengagihan pendapatan yang kompetitif kepada pemegang-

pemegang unit dan mengekalkan modal jangka panjang dengan

mengambilkira keadaan ekonomi dan juga persekitaran

pelaburan yang sentiasa berubah.

Page 17: BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 -  · PDF filePENYATA KEWANGAN A. PENYATA UNTUNG ATAU RUGI 21 B. PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF 22 ... 6 Petronas Gas Berhad 2.80 7

LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014

17

AMANAH SAHAM WAWASAN 2020

PENYATA PENGURUS

Kepada Pemegang-Pemegang Unit

AMANAH SAHAM WAWASAN 2020

Kami, sebagai Pengarah kepada AMANAH SAHAM NASIONAL

BERHAD, iaitu Pengurus kepada AMANAH SAHAM WAWASAN

2020 (“Unit Amanah”), dengan ini menyatakan bahawa pada

pendapat Pengurus, penyata kewangan bagi Unit Amanah pada

tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2014, berserta dengan nota-nota

yang dikepilkan padanya telah disediakan dengan wajar menurut

Piawaian Laporan Kewangan Malaysia yang telah diubahsuai

mengikut preskripsi khusus yang telah diterbitkan oleh Suruhanjaya

Sekuriti Malaysia seperti yang dinyatakan pada nota 2 laporan

penyata kewangan dan Garis Panduan Tabung Unit Amanah

Suruhanjaya Sekuriti berkenaan di Malaysia, setelah mengambilkira

pengecualian yang telah diberikan kepada AMANAH SAHAM

WAWASAN 2020 bagi memberikan gambaran yang benar dan

saksama mengenai kedudukan kewangan Unit Amanah pada 31

Ogos 2014, dan keputusan serta aliran tunai bagi tahun kewangan

berakhir pada tarikh tersebut.

Ditandatangani bagi pihak AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD

selaku Pengurus kepada AMANAH SAHAM WAWASAN 2020,

menurut resolusi para Pengarah bertarikh 7 Oktober 2014.

TUN AHMAD SARJI

BIN ABDUL HAMID

Pengerusi

TAN SRI DATO’ SRI HAMAD KAMA PIAH

BIN CHE OTHMAN

Pengarah

Kuala Lumpur, Malaysia

Page 18: BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 -  · PDF filePENYATA KEWANGAN A. PENYATA UNTUNG ATAU RUGI 21 B. PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF 22 ... 6 Petronas Gas Berhad 2.80 7

LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 18

AMANAH SAHAM WAWASAN 2020

PENYATAAN PEMEGANG AMANAH BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014

Kepada Pemegang-Pemegang Unit

AMANAH SAHAM WAWASAN 2020

Kami, AMANAHRAYA TRUSTEE BERHAD telah bertindak selaku

Pemegang Amanah kepada AMANAH SAHAM WAWASAN 2020

bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2014. Pada pendapat kami,

AMANAH SAHAM WAWASAN 2020, selaku Pengurus telah

mengurus AMANAH SAHAM WAWASAN 2020 selaras dengan had-

had kuasa pelaburan yang diberikan kepada Pengurus dan

Pemegang Amanah mengikut Suratikatan, lain-lain peruntukan

Suratikatan, Garispanduan Tabung Unit Amanah yang diterimapakai,

Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan undang-undang

lain yang berkuatkuasa dengan mengambil kira segala pengecualian

yang telah diberikan kepada AMANAH SAHAM WAWASAN bagi

tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2014.

Kami juga berpendapat bahawa:

(a) prosedur dan proses yang digunakan oleh Pengurus untuk

menilai dan/ atau menentukan harga unit AMANAH SAHAM

WAWASAN 2020 adalah mencukupi dan penilaian/ penentuan

harga adalah dibuat selaras dengan Suratikatan dan mana-

mana kehendak kawalseliaan.

(b) penjadian unit dilaksanakan adalah selaras dengan Suratikatan,

Garispanduan dan lain-lain peruntukan undang-undang

berkaitan; dan

(c) pengagihan kepada pemegang-pemegang unit AMANAH

SAHAM WAWASAN 2020 sepertimana yang diisytiharkan oleh

Pengurus adalah selaras dengan objektif pelaburan AMANAH

SAHAM WAWASAN 2020.

Yang benar,

AMANAHRAYA TRUSTEES BERHAD

HABSAH BINTI BAKAR

Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Lumpur, Malaysia 15 Oktober 2014

Page 19: BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 -  · PDF filePENYATA KEWANGAN A. PENYATA UNTUNG ATAU RUGI 21 B. PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF 22 ... 6 Petronas Gas Berhad 2.80 7

LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014

19

LAPORAN JURUAUDIT BEBAS KEPADA

PEMEGANG-PEMEGANG UNIT

AMANAH SAHAM WAWASAN 2020

Laporan penyata kewangan

Kami telah mengaudit penyata kewangan Amanah Saham Wawasan

2020 ("Unit Amanah"), yang mengandungi Penyata Untung atau Rugi,

Pendapatan Komprehensif dan Penyata Aliran Tunai bagi tahun

kewangan berakhir pada tarikh tersebut, dan rumusan dasar-dasar

perakaunan dan lain-lain nota keterangan yang dibentangkan pada

muka surat 21 hingga 33.

Tanggungjawab Pengurus dan Pemegang Amanah terhadap Laporan

Kewangan

Pengurus adalah bertanggungjawab ke atas penyediaan penyata

kewangan berdasarkan Piawaian Laporan Kewangan Malaysia

(Malaysian Financial Reporting Standards - MFRSs) di Malaysia

disesuaikan mengikut preskripsi khusus yang dikeluarkan oleh

Suruhanjaya Sekuriti di Malaysia pada nota 2 laporan penyata

kewangan ("the SC Prescriptions") dan Garis Panduan Tabung Unit

Amanah. Tanggungjawab ini termasuk: penyediaan, perlaksanaan dan

mengekalkan kawalan dalaman berkaitan penyediaan dan

persembahan yang saksama penyata kewangan, yang bebas dari

kesilapan yang material, samada disebabkan kesilapan atau pecah

amanah; memilih dan melaksanakan polisi perakaunan yang

bersesuaian; dan membuat anggaran perakaunan yang bersesuaian

berdasarkan situasi semasa. Pemegang Amanah adalah

bertanggungjawab untuk memastikan Pengurus menyimpan rekod

perakaunan dan lain-lain rekod yang diperlukan untuk persembahan

penyata kewangan yang saksama.

Tanggungjawab Juruaudit

Tanggungjawab kami ialah untuk menyatakan pendapat mengenai

penyata kewangan tersebut, berdasarkan audit kami. Kami telah

menjalankan audit menurut Piawaian Pengauditan berkenaan yang

diluluskan di Malaysia. Piawaian tersebut memerlukan kami

merancang dan melaksanakan audit untuk mendapat kepastian yang

munasabah sama ada penyata kewangan ini bebas dari kesilapan

yang material.

Page 20: BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 -  · PDF filePENYATA KEWANGAN A. PENYATA UNTUNG ATAU RUGI 21 B. PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF 22 ... 6 Petronas Gas Berhad 2.80 7

LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 20

Audit merangkumi pelaksanaan prosedur-prosedur bagi memperoleh

bukti yang menyokong jumlah dan pendedahan di dalam penyata

kewangan. Prosedur-prosedur yang dipilih adalah berdasarkan

kepada pertimbangan kami, termasuk penilaian keatas risiko kesilapan

yang material pada penyata kewangan; sama ada disebabkan oleh

pecah amanah atau kesilapan. Dalam membuat penilaian risiko

terbabit, kami mengambil kira kawalan dalaman yang relevan kepada

penyediaan dan persembahan yang saksama Unit Amanah, tetapi

bukan bertujuan untuk menyatakan pendapat terhadap keberkesanan

kawalan dalaman Unit Amanah. Audit juga termasuk menilai prinsip-

prinsip perakaunan yang digunakan dan anggaran-anggaran penting

yang dibuat oleh Pengurus Unit Amanah, di samping menilai

gambaran keseluruhan yang diberikan oleh penyata kewangan.

Kami percaya bahawa audit kami telah memberikan asas yang

munasabah untuk menyatakan pendapat kami.

Pendapat

Pada pendapat kami, penyata kewangan tersebut telah disediakan

dengan wajar menurut Piawaian Laporan Kewangan Malaysia,

preskripsi khusus Suruhanjaya Sekuriti dan Garis Panduan Tabung

Unit Amanah Suruhanjaya Sekuriti di Malaysia, kecuali untuk

pengecualian yang telah diberikan oleh Suruhanjaya Sekuriti, bagi

memberikan gambaran yang benar dan saksama mengenai

kedudukan kewangan Unit Amanah pada 31 Ogos 2014 dan prestasi

kewangannya, penyata perubahan dalam ekuiti serta aliran tunai bagi

tahun berakhir pada tarikh tersebut.

Lain-lain Perkara

Laporan ini disediakan hanya kepada pemegang-pemegang unit Unit

Amanah, sebagai sebuah badan, dan tanpa tujuan lain. Kami tidak

mempunyai tanggungjawab kepada pihak-pihak lain terhadap

kandungan laporan ini.

Hanafiah Raslan & Mohamad Ahmad Zahirudin Abdul Rahim

AF: 0002

No. 2607/12/14(J) Akauntan Bertauliah Akauntan Bertauliah

Kuala Lumpur, Malaysia

7 Oktober 2014

Page 21: BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 -  · PDF filePENYATA KEWANGAN A. PENYATA UNTUNG ATAU RUGI 21 B. PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF 22 ... 6 Petronas Gas Berhad 2.80 7

LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014

21

AMANAH SAHAM WAWASAN 2020

A: PENYATA UNTUNG ATAU RUGI

BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014

Nota 31.08.2014

RM

31.08.2013

RM

PENDAPATAN

Pendapatan faedah

Pendapatan dividen

Keuntungan ternyata daripada

jualan pelaburan

227,522,360

493,134,117

658,624,624

238,062,253

428,026,943

624,461,604

1,379,281,101 1,290,550,800

PERBELANJAAN

Yuran pengurusan

Yuran pemegang amanah

Ganjaran juruaudit

Yuran ejen cukai

Perbelanjaan pentadbiran

5

6

178,430,500

500,000

24,000

3,000

15,934,368

167,388,900

500,000

24,000

3,000

13,551,451

194,891,868 181,467,351

PENDAPATAN BERSIH

SEBELUM CUKAI

1,184,389,233

1,109,083,449

CUKAI 7 - -

PENDAPATAN BERSIH

SELEPAS CUKAI

1,184,389,233

1,109,083,449

Pengagihan pelaburan

8

1,106,297,318

1,053,802,669

Pengagihan kasar dan

bersih seunit

6.60 sen

6.70 sen

Tarikh pengagihan 1 September

2014

1 September

2013

Pendapatan bersih selepas

cukai terdiri daripada

berikut:

Ternyata 1,184,389,233 1,109,083,449

Tidak Ternyata - -

1,184,389,233 1,109,083,449

Nota-nota yang dilampirkan merupakan sebahagian daripada penyata ini.

Page 22: BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 -  · PDF filePENYATA KEWANGAN A. PENYATA UNTUNG ATAU RUGI 21 B. PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF 22 ... 6 Petronas Gas Berhad 2.80 7

LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 22

AMANAH SAHAM WAWASAN 2020

B: PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF

BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014

Nota-nota yang dilampirkan merupakan sebahagian daripada penyata ini.

Nota 31.08.2014

RM

31.08.2013

RM

PENDAPATAN BERSIH

SELEPAS CUKAI

1,184,389,233 1,109,083,449

Lain-lain pendapatan

komprehensif - -

JUMLAH PENDAPATAN

KOMPREHENSIF BAGI

TAHUN KEWANGAN

1,184,389,233 1,109,083,449

Jumlah pendapatan

komprehensif terdiri daripada

berikut:

Ternyata 1,184,389,233 1,109,083,449

Tidak ternyata - -

1,184,389,233 1,109,083,449

Page 23: BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 -  · PDF filePENYATA KEWANGAN A. PENYATA UNTUNG ATAU RUGI 21 B. PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF 22 ... 6 Petronas Gas Berhad 2.80 7

LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014

23

AMANAH SAHAM WAWASAN 2020

C: PENYATA ALIRAN TUNAI

BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014

Nota-nota yang dilampirkan merupakan sebahagian daripada penyata ini.

31.08.2014

RM

31.08.2013

RM

ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI

OPERASI DAN PELABURAN

Perolehan daripada penjualan

pelaburan

Pembelian pelaburan

Pendapatan faedah diterima

Pendapatan dividen diterima

Pembayaran yuran pengurusan

Pembayaran yuran pemegang amanah

Pembayaran lain-lain perbelanjaan

Cukai dikembalikan

3,374,541,464

(4,606,146,908)

255,089,807

457,871,801

(178,430,500)

(500,000)

(15,856,617)

-

3,082,405,104

(4,258,711,209)

217,199,390

427,111,867

(167,388,900)

(500,000)

(13,890,300)

54,709,127

Tunai bersih digunakan dalam aktiviti

operasi dan pelaburan (713,430,953) (659,064,921)

ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI

PEMBIAYAAN

Tunai diterima daripada penjadian unit

Pengagihan dibayar

1,035,000,000

(1,053,802,669)

980,000,000

(973,156,347)

Tunai bersih (dihasilkan)/ digunakan

dalam aktiviti pembiayaan (18,802,669) 6,843,653

PENGURANGAN BERSIH

DALAM TUNAI DAN

PERSAMAAN TUNAI

(732,233,622)

(652,221,268)

TUNAI DAN PERSAMAAN TUNAI

PADA AWAL TAHUN 3,582,647,616 4,234,868,884

TUNAI DAN PERSAMAAN TUNAI

PADA AKHIR TAHUN 2,850,413,994 3,582,647,616

TUNAI DAN PERSAMAAN TUNAI

TERDIRI DARIPADA:

Tunai di bank

Deposit dengan institusi kewangan

Tolak: Deposit dengan tempoh matang

melebihi 3 bulan

1,545,123

3,979,560,533

(1,130,691,662)

1,875,885

5,174,632,479

(1,593,860,748)

2,850,413,994 3,582,647,616

Page 24: BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 -  · PDF filePENYATA KEWANGAN A. PENYATA UNTUNG ATAU RUGI 21 B. PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF 22 ... 6 Petronas Gas Berhad 2.80 7

AMANAH SAHAM WAWASAN 2020

D: NOTA-NOTA BERKENAAN PENYATA KEWANGAN – 31

OGOS 2014

1. UNIT AMANAH, PENGURUS DAN KEGIATAN-KEGIATAN

UTAMA

AMANAH SAHAM WAWASAN 2020 (berikutnya dirujuk sebagai

“Unit Amanah”) ditubuhkan selaras dengan perlaksanaan

Suratikatan bertarikh 14 Ogos 1996, antara Pengurus, Amanah

Saham Nasional Berhad (“ASNB”), Pemegang Amanah, Amanah

Raya Berhad serta Pemegang Unit Berdaftar Unit Amanah.

Kegiatan utama Unit Amanah ialah melabur dalam “Pelaburan

Dibenarkan” seperti yang didefinasikan di bawah Klausa 1

Suratikatan. “Pelaburan Dibenarkan” termasuk pelaburan jangka

pendek dan ekuiti, saham atau debentur syarikat yang

disenaraikan di mana-mana bursa saham atau mana-mana

syarikat yang disyorkan oleh Pengurus dan dipersetujui oleh

Pemegang Amanah. Unit Amanah ini mula beroperasi pada 2

September 1996, dan akan meneruskan operasinya sehingga

ditamatkan oleh Pemegang Amanah seperti yang diperuntukkan di

bawah Klausa 23 Suratikatan.

ASNB adalah sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia

dan dimiliki sepenuhnya oleh Permodalan Nasional Berhad

(“PNB”). Kegiatan utama ASNB ialah mengurus unit amanah.

PNB ialah sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia.

Kegiatan utama Syarikat ialah membeli dan memegang saham

untuk meningkatkan hak milik pegangan modal saham oleh

masyarakat Bumiputera di dalam sektor korporat di Malaysia. PNB

telah dilantik sebagai Pengurus Pelaburan bagi Unit Amanah di

bawah Perjanjian Pengurusan Pelaburan bertarikh 14 Mei 2001.

Penyata kewangan ini telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah

ASNB untuk diterbit menurut resolusi para Pengarah pada 7

Oktober 2014.

2. ASAS PENYEDIAAN

Penyata kewangan ini telah disediakan mengikut rangka kerja

Perangkaan Piawaian Laporan Kewangan Malaysia ("MFRS")

yang diubahsuai mengikut preskripsi khusus yang diterbitkan oleh

Suruhanjaya Sekuriti dan Garispanduan Tabung Amanah

Suruhanjaya Sekuriti di Malaysia, kecuali bagi pengecualian

tertentu sebagaimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti.

Suruhanjaya Sekuriti telah mengeluarkan preskripsi khusus di

mana Permodalan Nasional Berhad ("PNB") dan unit amanah

berharga tetap yang diuruskan oleh PNB dikecualikan daripada

tetapi dibenarkan untuk mengguna pakai MFRS 139 Financial

Instruments dan MFRS 7 Financial Instruments Disclosures.

LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 24

Page 25: BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 -  · PDF filePENYATA KEWANGAN A. PENYATA UNTUNG ATAU RUGI 21 B. PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF 22 ... 6 Petronas Gas Berhad 2.80 7

LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014

25

2. ASAS PENYEDIAAN (SAMB.)

Berdasarkan preskripsi diberikan, Unit Amanah telah memilih

untuk tidak menggunapakai MFRS 139 dalam perakaunan bagi

instrumen kewangan dan MFRS 7 bagi tujuan pendedahan yang

berkaitan dengan instrumen kewangan. Dasar Unit Amanah bagi

perakaunan bagi instrumen kewangan dinyatakan dalam Nota 3(a).

Syarikat dengan tempoh kewangan bermula pada atau selepas 1

Januari 2013 adalah tertakluk kepada MFRSs yang baru dan telah

disemak semula tanpa memberi kesan kepada penyata kewangan

Amanah , kecuali seperti yang dinyatakan di bawah:

MFRS 13 Fair Value Measurement

MFRS 13 menetapkan satu garis panduan dibawah MFRS untuk

semua pengukuran nilai saksama. MFRS 13 tidak mengubah

bagaimana entiti dikehendaki untuk menggunakan nilai saksama,

tetapi menyediakan garis panduan bagi mengukur nilai saksama di

bawah MFRS. MFRS 13 mendefinisikan nilai saksama sebagai

'exit price'. Menggunapakai MFRS 13 tidak memberi sebarang

kesan ke atas penyata kududukan kewangan, prestasi dan

penyata aliran tunai selain daripada pendedahan tambahan ke

atas nilai saksama dalam penyata kewangan.

Piawaian yang diterbitkan tetapi belum dikuatkuasa

Berikut merupakan Piawaian, Pindaan dan Tafsiran Jawatankuasa

Isu-isu ("IC") yang telah diterbitkan oleh Malasian Accounting

Standards Board ("MASB") tetapi masih belum dikuatkuasakan

dan belum digunapakai oleh Unit Amanah.

Berkuatkuasa bagi tempoh kewangan bermula pada atau

selepas 1 Januari 2014

Pindaan bagi MFRS 132 Financial Instruments: Presentation -

Offsetting Financial Assets and Financial Liabilities

Pindaan bagi MFRS 10, MFRS12 dan MFRS 127 Investment Entities*

* MFRS, Pindaan dan Tafsiran Jawatankuasa Isu-isu ini tidak

berkaitan dengan Unit Amanah.

Unit Amanah merancang untuk menggunapakai pindaan di atas

apabila ianya menjadi efektif. Pindaan ini dijangka tidak memeberi

kesan yang ketara kepada penyata kewangan Unit Amanah

apabila digunakan buat pertama kali.

3. RUMUSAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING

(a) Instrumen Kewangan

Aset dan liabiliti kewangan di dalam penyata kedudukan kewangan,

merangkumi sekuriti berpendapatan tetap dan sekuriti hutang tidak

disebut harga, sekuriti modal bercantum, skim pelaburan kolektif

tidak disenaraikan, saham disebut harga, instrumen pasaran

Page 26: BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 -  · PDF filePENYATA KEWANGAN A. PENYATA UNTUNG ATAU RUGI 21 B. PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF 22 ... 6 Petronas Gas Berhad 2.80 7

LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 26

3. RUMUSAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (SAMB.)

(a) Instrumen Kewangan (samb.)

kewangan, simpanan dengan institusi kewangan, penghutang

dan pemiutang. Dasar-dasar perakaunan atas pengiktirafan

dan ukuran bagi perkara-perkara tersebut dinyatakan dalam

dasar perakaunan masing-masing.

Instrumen kewangan diklasifikasikan sebagai aset atau liabiliti

berdasarkan butiran perjanjian kontrak. Faedah, manfaat,

dividen, keuntungan dan kerugian berkaitan instrumen

kewangan yang diklasifikasikan sebagai aset, dilaporkan

sebagai pendapatan.

(b) Pelaburan

(i) Sekuriti Berpendapatan Tetap dan Sekuriti Hutang

Tidak Disebut Harga dan Sekuriti Modal Bercantum

Pelaburan dalam sekuriti berpendapatan tetap dan

sekuriti hutang tidak disebut harga dan sekuriti modal

bercantum adalah sekuriti yang dibeli dan dipegang untuk

pendapatan atau peningkatan nilai dan kebiasaannya

dipegang hingga tarikh matang. Pelaburan ini dinyatakan

pada kos dan dimana berkenaan, diselaraskan untuk

pelunasan premium atau akreasi diskaun, yang dikira

daripada tarikh pembelian hingga tarikh matang.

Sebarang peruntukan rosot nilai yang kekal akan diiktiraf

dalam Penyata Untung atau Rugi.

(ii) Saham Disebut Harga, Saham Tidak Disebut Harga,

Saham Pinjaman/Waran, Pelaburan Amanah Hartanah

("REITs") dan Skim Pelaburan Kolektif Tidak Disebut

Harga

Pelaburan dalam saham disebut harga, pelaburan tidak

disebut harga, saham pinjaman/waran, REITs dan skim

pelaburan kolektif tidak disenaraikan dinyatakan pada kos

tolak peruntukan rosot nilai yang kekal. Kos ditentukan

berdasarkan asas purata wajaran. Sebarang peruntukan

rosot nilai yang kekal akan diktirafkan di dalam Penyata

Untung atau Rugi.

(iii) Instrumen Pasaran Kewangan

Pelaburan dalam kertas komersial dinyatakan menurut

harga kos diselaraskan untuk pelunasan premium atau

akreasi diskaun ke atas nilai par pada waktu perolehan,

tolak sebarang kerugian rosot nilai yang kekal. Premium

atau diskaun dilunaskan atau diakreasi ke atas baki

jangkamasa sekuriti dari tarikh perolehan. Sebarang

peruntukan rosot nilai yang kekal akan diiktiraf di dalam

untung atau rugi.

(iv) Deposit dengan Institusi Kewangan

Deposit dengan institusi kewangan dinyatakan pada kos.

Page 27: BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 -  · PDF filePENYATA KEWANGAN A. PENYATA UNTUNG ATAU RUGI 21 B. PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF 22 ... 6 Petronas Gas Berhad 2.80 7

LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014

27

3. RUMUSAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (SAMB.)

(c) Jumlah Terhutang daripada/ (kepada) Broker Saham

Jumlah terhutang daripada/ (kepada) broker saham dibawa

pada nilai kontrak.

(d) Pendapatan Belum Terima

Pendapatan belum terima dinyatakan pada nilai saksama yang

boleh diperolehi.

(e) Pelbagai Pemiutang

Pelbagai pemiutang dinyatakan pada nilai kos iaitu nilai

saksama yang akan dibayar di masa hadapan untuk pembelian

dan perkhidmatan yang diterima.

(f) Pengiktirafan Pendapatan

Pendapatan dividen kasar daripada pelaburan disebut harga

dan sekim pelaburan kolektif tidak tersenarai diambil kira

mengikut asas pengisytiharan, apabila hak untuk menerima

dividen telah dipastikan.

Keuntungan ternyata daripada jualan pelaburan diambil kira

berdasarkan perbezaan di antara pendapatan bersih dengan

nilai dibawa oleh pelaburan tersebut.

Keuntungan/pendapatan daripada instrumen pasaran

kewangan, simpanan dengan institusi kewangan diambil kira

mengikut asas akruan menggunakan kaedah kadar faedah

keuntungan efektif.

Keuntungan daripada penjualan pelaburan ialah perbezaan

diantara nilai bersih dan nilai bawaan pelaburan.

(g) Tunai dan Persamaan Tunai

Bagi tujuan Penyata Aliran Tunai, tunai dan persamaan tunai

terdiri daripada tunai di bank, simpanan dalam panggilan dan

simpanan jangka pendek berkecairan tinggi dimana perubahan

dalam nilai mempunyai risiko yang tidak ketara.

4. ANGGARAN DAN PENILAIAN PERAKAUNAN PENTING

(a) Penilaian Kritikal dalam Mengaplikasi Polisi Perakaunan

Penilaian dibuat oleh pengurus Pelaburan dalam proses mengaplikasi polisi perakaunan Unit Amanah berkaitan pelaburan adalah seperti berikut:

(i) Pengurus pelaburan mengenalpasti samada pelaburan-

pelaburannya perlu dirosot nilai mengikut beberapa

indikasi-indikasi rosot nilai seperti, antara lain, kekurangan

yang berpanjangan diantara harga pasaran dan jumlah

yang dibawa, perubahan yang penting dengan kesan-

Page 28: BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 -  · PDF filePENYATA KEWANGAN A. PENYATA UNTUNG ATAU RUGI 21 B. PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF 22 ... 6 Petronas Gas Berhad 2.80 7

LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 28

4. ANGGARAN DAN PENILAIAN PERAKAUNAN PENTING (SAMB.)

(a) Penilaian Kritikal dalam Mengaplikasi Polisi Perakaunan

(samb.)

kesan negatif terhadap pelaburan dan persembahan

kewangan pelaburan yang merosot.

(ii) Bergantung kepada asas dan industri yang berkaitan

dengan pelaburan tersebut, penilaian dibuat oleh Pengurus

Pelaburan untuk memilih cara-cara penilaian yang sesuai

seperti, antara lain, aliran tunai yang didiskaunkan, nilai

aset bersih direalisasikan dan kaedah-kaedah purata

nisbah harga kepada pendapatan sektor.

(b) Sumber Utama Ketidakpastian Anggaran

Setelah cara penilaian yang sesuai dipilih, Pengurus Pelaburan

membuat beberapa andaian berkenaan masa depan bagi

menggangarkan jumlah pelaburan yang boleh dituntut.

Andaian ini dan sumber utama ketidakpastian anggaran yang

lain pada tarikh penyata aset dan liabiliti, mungkin

mengandungi risiko penting yang mengakibatkan perubahan

yang material terhadap jumlah pelaburan yang dibawa ke

tahun kewangan seterusnya. Bergantung kepada pelaburan-

pelaburan tertentu, andaian yang dibuat oleh Pengurus

Pelaburan termasuk, antara lain, andaian terhadap aliran tunai

masa hadapan yang dijangka, pertumbuhan pendapatan,

kadar diskaun yang digunakan bagi tujuan aliran tunai yang

didiskaunkan yang mana melibatkan risiko-risiko yang relevan,

dan keputusan masa hadapan yang dijangka terhadap

beberapa peristiwa lepas.

Sensitiviti terhadap perubahan dalam andaian

Pengurus Pelaburan percaya bahawa tiada kemungkinan

perubahan dalam kunci andaian yang disebutkan di atas yang

mana boleh menyebabkan jumlah pelaburan yang di bawa

secara materialnya melebihi jumlah yang boleh dituntut.

(c) Penilainan Rosot Nilai

Penilaian rosot nilai pelaburan-pelaburan yang terlibat dengan

indikasi-indikasi rosot telah dilaksanakan oleh Pengurus

Pelaburan pada tahun semasa. Tiada pengiktirafan rosot nilai

dalam tahun semasa dan tahun sebelumnya.

5. YURAN PENGURUSAN

Klausa 25(8), Surat Ikatan memperuntukkan bahawa Pengurus

berhak menerima yuran tidak melebihi 1.0% setahun daripada Nilai

Aset Bersih pada kos (“NAB”) bolehagih kepada pemegang-

pemegang unit Unit Amanah, dikira dan diakru secara harian

seperti yang dipersetujui oleh Pengurus dan Pemegang Amanah.

Yuran pengurusan yang dikenakan bagi tahun berakhir 31 Ogos

2014 adalah sebanyak 1.0% setahun (31 Ogos 2013: 1.0%)

daripada NAB Unit Amanah.

Page 29: BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 -  · PDF filePENYATA KEWANGAN A. PENYATA UNTUNG ATAU RUGI 21 B. PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF 22 ... 6 Petronas Gas Berhad 2.80 7

LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014

29

6. YURAN PEMEGANG AMANAH

Klausa 25(7) Suratikatan memperuntukkan bahawa Pemegang

Amanah berhak menerima yuran pada kadar yang dipersetujui oleh

Pengurus dan Pemegang Amanah dari masa ke semasa.

Yuran Pemegang Amanah yang dikenakan bagi tahun berakhir 31

Ogos 2014 ditetapkan pada RM500,000 (31 Ogos 2013:

RM500,000).

7. CUKAI

Unit Amanah telah diberikan pengecualian daripada cukai

pendapatan oleh Menteri Kewangan mengikut bidangkuasa yang

diberikan kepadanya di bawah Seksyen 127(3)(b) Akta Cukai

Pendapatan, 1967, dari tahun taksiran 2007 hingga 2016.

Tuntutan cukai merupakan cukai yang ditolak daripada punca atas

pendapatan dividen yang diperolehi di Malaysia dan boleh dituntut

daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Akta Cukai Pendapatan, 1967 telah dipinda bagi memperkenalkan

sistem cukai korporat "single-tier" bermula dari tahun taksiran 2008.

Menurut sistem cukai korporat "single-tier", pengagihan dividen

kepada pemegang-pemegang saham adalah dikecualikan daripada

cukai.

Bermula dari 1 Januari 2014, semua syarikat perlu membayar

dividen mengikut sistem cukai "single-tier".

Memandangkan sistem dividen "single-tier" adalah dikecualikan

daripada cukai, tiada cukai akan ditolak daripada sumber

pembayaran dividen. Unit Amanah tidak boleh membuat tuntutan

cukai apabila dividen diterima melalui sistem cukai "single-tier".

8. PERUNTUKAN PENGAGIHAN

31.08.2014

RM

31.08.2013

RM

Peruntukan pengagihan 1,106,297,318 1,053,802,669

Peruntukan tersebut merupakan pengagihan yang disyorkan pada

tahun berakhir 31 Ogos 2014 sebanyak 6.60 sen (31 Ogos 2013:

6.70 sen) seunit yang akan diagihkan kepada pemegang-

pemegang unit. Pengagihan ini dikira berdasarkan jumlah unit

minima bulanan yang dipegang oleh pemegang-pemegang unit

dalam tempoh dua belas bulan sebelum tarikh tahun kewangan

berakhir.

Sumber Pengagihan

Pengagihan kepada pemegang-pemegang unit adalah daripada

sumber-sumber berikut:

Page 30: BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 -  · PDF filePENYATA KEWANGAN A. PENYATA UNTUNG ATAU RUGI 21 B. PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF 22 ... 6 Petronas Gas Berhad 2.80 7

LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 30

8. PERUNTUKAN PENGAGIHAN (SAMB.)

31.08.2014

RM

31.08.2013

RM

Pendapatan faedah

Pendapatan dividen

227,522,360

493,134,117

238,062,253

428,026,943

Keuntungan ternyata daripada

jualan pelaburan 580,532,708 569,180,824

1,301,189,186 1,235,270,020

Tolak: Perbelanjaan (194,891,868) (181,467,351)

Jumlah pengagihan 1,106,297,318 1,053,802,669

Pengagihan kasar dan bersih seunit 6.60 sen 6.70 sen

9. MODAL PEMEGANG UNIT

31.08.2014

Unit

31.08.2013

Unit

Unit dibenarkan 21,983,000,000 17,945,000,000

Pada 3 Julai 2014, Suruhanjaya Sekuriti telah meluluskan kenaikan

Unit Amanah daripada 17.945 bilion unit kepada 21.983 bilion unit.

31.08.2014 31.08.2013

Unit RM Unit RM

Unit RM1 setiap satu dibayar penuh:

Pada awal tahun

15,857,100,000 15,857,100,000 14,877,100,000 14,877,100,000

Penjadian unit untuk:

Pengagihan pendapatan

1,035,000,000 1,035,000,000 980,000,000 980,000,000

Pada akhir tahun

16,892,100,000 16,892,100,000 15,857,100,000 15,857,100,000

Sepanjang tahun berakhir 31 Ogos 2014, Pengurus tidak memegang

sebarang unit di dalam Unit Amanah. Pada 31 Ogos 2014, PNB

secara sah memegang 84,902,275 (31 Ogos 2013: 31,695,555) unit,

merangkumi 0.50% (31 Ogos 2013: 0.19%) daripada jumlah unit

dalam terbitan.

10. URUS NIAGA DENGAN SYARIKAT-SYARIKAT BROKER

SAHAM/ BROKER/ DEALER/ INSTITUSI KEWANGAN

Sepuluh syarikat broker saham/ broker/ dealer terbesar mengikut

nilai urus niaga ialah seperti berikut:

Page 31: BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 -  · PDF filePENYATA KEWANGAN A. PENYATA UNTUNG ATAU RUGI 21 B. PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF 22 ... 6 Petronas Gas Berhad 2.80 7

LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014

31

Syarikat Broker Nilai Urus Niaga Yuran Broker

RM'000 % RM'000 %

Maybank Investment

Bank Bhd*

MIDF Amanah

Investment

Bank Bhd*

AmInvestment

Bank Bhd*

RHB Investment

Bank Bhd*

Affin Investment

Bank Bhd

Kenanga Investment

Bank Bhd

CIMB Investment

Bank Bhd*

Nomura Securities

(M) Sdn Bhd

Credit Suisse

Securities (M)

Sdn Bhd

TA Securities

Holdings Bhd

Lain-lain

2,107,430,866

695,623,750

475,545,845

433,702,214

411,491,419

409,897,719

409,805,645

316,794,811

304,317,833

280,839,022

2,961,030,006

23.93

7.90

5.40

4.92

4.67

4.66

4.65

3.60

3.46

3.19

33.62

3,165,827

1,188,069

672,621

668,555

664,561

661,999

713,129

433,296

349,003

449,604

2,903,511

26.67

10.01

5.67

5.63

5.60

5.57

6.01

3.65

2.94

3.79

24.46

8,806,479,130 100.00 11,870,175 100.00

ASNB dan PNB tidak mempunyai pegangan ekuiti secara langsung

di dalam syarikat-syarikat broker saham tersebut.

* PNB dan/atau tabung unit amanah di bawah pengurusan ASNB

mempunyai pegangan ekuiti secara langsung di dalam syarikat

induk terakhir bagi syarikat-syarikat broker berkenaan.

Segala urusan dengan syarikat-syarikat broker saham telah

dilaksanakan menurut syarat-syarat kebiasaan dalam industri broker

saham.

11. PUSING GANTI PORTFOLIO

31.08.2014

31.08.2013

Pusing Ganti Portfolio (“PGP”) 0.23 kali 0.20 kali

PGP dikira berdasarkan kepada nisbah purata di antara jumlah kos

pembelian dan penjualan pelaburan untuk tahun kewangan, dengan

purata nilai Unit Amanah untuk tahun kewangan dikira berpandukan

asas harian.

Purata nilai Unit Amanah untuk tahun kewangan telah dikira pada

kos kerana harga belian dan jualan telah ditetapkan pada RM1.00

seunit. Oleh kerana purata nilai Unit Amanah dikira berasaskan kos,

perbandingan PGP Unit Amanah dengan unit amanah lain yang

menggunakan asas yang berlainan tidak akan memberi

perbandingan yang tepat.

Page 32: BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 -  · PDF filePENYATA KEWANGAN A. PENYATA UNTUNG ATAU RUGI 21 B. PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF 22 ... 6 Petronas Gas Berhad 2.80 7

LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 32

12. NISBAH PERBELANJAAN PENGURUSAN

31.08.2014

31.08.2013

Nisbah Perbelanjaan Pengurusan

(“NPP”)

1.09% 1.08%

NPP dikira berdasarkan nisbah di antara jumlah bayaran

pengurusan dan perbelanjaan Unit Amanah yang dikembalikan

dengan purata nilai Unit Amanah untuk tahun kewangan dikira

berpandukan asas harian.

Purata nilai Unit Amanah untuk tahun kewangan telah dikira pada

kos kerana harga belian dan harga jualan telah ditetapkan pada

RM1.00 seunit. Oleh kerana purata nilai Unit Amanah dikira

berasaskan kos, perbandingan NPP Unit Amanah dengan unit

amanah lain yang menggunakan asas yang berlainan tidak akan

membei perbandingan yang tepat.

13. OBJEKTIF DAN POLISI PENGURUSAN RISIKO KEWANGAN

Pendedahan kepada risiko ekuiti/pelaburan, risiko pasaran,

kecairan/pembiayaan dana, kadar faedah dan kredit, timbul dalam

perjalanan biasa urusan Unit Amanah. Unit Amanah mempunyai

garis panduan dan polisi pelaburan yang diluluskan berserta

kawalan dalaman yang menentukan strategi perniagaan

keseluruhan bagi mengurus risiko-risiko ini bagi memaksimumkan

pulangan dan mengekalkan modal pemegang unit, selari dengan

objektif jangka panjang Unit Amanah.

Risiko Ekuiti/Pelaburan

Risiko ekuiti adalah pendedahan kepada perubahan nilai saham

ekuiti atau aliran pendapatan yang datangnya daripada pemilikan

ekuiti di dalam sebuah entiti yang diperbadankan.

Risiko pelaburan adalah risiko daripada pelaburan yang tidak dapat

menyediakan kadar pulangan yang setara dengan tahap risikonya.

Pengurusan risiko ekuiti/pelaburan termasuk penelitian di dalam

penapisan cadangan pelaburan menurut garis panduan dan

prosedur pelaburan, komunikasi yang berterusan dan pengawasan

prestasi syarikat-syarikat yang dilabur yang teliti.

Risiko Pasaran

Pendedahan kepada risiko pasaran terhasil dari perjalanan biasa

perniagaan Unit Amanah akibat ketidakpastian dalam harga

pasaran instrumen kewangan yang dilaburkan.

Page 33: BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 -  · PDF filePENYATA KEWANGAN A. PENYATA UNTUNG ATAU RUGI 21 B. PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF 22 ... 6 Petronas Gas Berhad 2.80 7

LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014

33

13. OBJEKTIF DAN POLISI PENGURUSAN RISIKO KEWANGAN

(SAMB.)

Unit Amanah menguruskan risiko pasaran secara aktif melalui garis

panduan dan polisi pelaburan yang disediakan dan juga strategi

pengagihan portfolio aset dan pelbagaian. Unit Amanah tidak

mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti-aktiviti spekulatif.

Risiko Kecairan/ Pembiayaan Dana

Risiko kecairan atau pembiayaan dana adalah risiko apabila Unit

Amanah tidak mampu untuk memenuhi komitmen kewangan

apabila ia perlu dijelaskan.

Unit Amanah menguruskan aliran tunai operasi bagi memastikan

kesemua keperluan dananya dipenuhi sebagai sebahagian

daripada kaedah pengurusan dananya, Unit Amanah mengekalkan

tahap tunai dan pelaburan yang boleh ditukar kepada tunai yang

mencukupi bagi memenuhi keperluan modal kerjanya.

Risiko Kadar Faedah

Risiko kadar faedah adalah risiko nilai instrumen kewangan Unit

Amanah yang sensitif terhadap kadar faedah yang berubah-ubah

disebabkan oleh perubahan dalam kadar faedah pasaran.

Unit Amanah menguruskan risiko kadar faedah secara aktif dengan

mengekalkan potfolio instrumen kewangan berdasarkan garis

panduan dan polisi pelaburan, dan semakan yang kerap ke atas

kadar faedah dan jangkaan pasaran.

Risiko Kredit

Risiko kredit ialah risiko dimana kegagalan dari pihak yang

berurusniaga untuk menunaikan kewajipan perdagangan yang

muncul daripada perantara-perantara seperti broker saham dan

institusi-institusi kewangan.

Unit Amanah menguruskan risiko kreditnya dengan penetapan

polisi dan garis panduan bagi pelaburan dan had pendedahan pihak

lain bagi mengurangkan konsentrasi risiko tersebut. Penilaian kredit

dari semasa ke semasa dijalankan ke atas pihak-pihak tersebut.

14. MATA WANG

Semua jumlah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (“RM”).

Page 34: BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 -  · PDF filePENYATA KEWANGAN A. PENYATA UNTUNG ATAU RUGI 21 B. PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF 22 ... 6 Petronas Gas Berhad 2.80 7

LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 34

Page 35: BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 -  · PDF filePENYATA KEWANGAN A. PENYATA UNTUNG ATAU RUGI 21 B. PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF 22 ... 6 Petronas Gas Berhad 2.80 7

LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014

35

Amanah Saham Nasional BerhadTingkat Bawah, Lot 1Circular Blok A Harbour Town, Jalan Pantai, 91100 Lahad Datu, SabahTel: 089-863680/681/672/673 Faks: 089-863675

Page 36: BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 -  · PDF filePENYATA KEWANGAN A. PENYATA UNTUNG ATAU RUGI 21 B. PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF 22 ... 6 Petronas Gas Berhad 2.80 7

LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 36

Mukasurat ini sengaja dikosongkan

Page 37: BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 -  · PDF filePENYATA KEWANGAN A. PENYATA UNTUNG ATAU RUGI 21 B. PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF 22 ... 6 Petronas Gas Berhad 2.80 7

LAPORAN TAHUNAN ASW 2020 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014

37

Mukasurat ini sengaja dikosongkan

Page 38: BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014 -  · PDF filePENYATA KEWANGAN A. PENYATA UNTUNG ATAU RUGI 21 B. PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF 22 ... 6 Petronas Gas Berhad 2.80 7

BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2014