Saya menerima hadiah istimewa, yang diletakkannya secara
'rahsia' di bilik pejabat; tanpa nama dan tanpa sebarang nota
catatan. Hadiah istimewa yang merupakan buku mengenai Rahsia
khusyu' di dalam solat.
Puluhan tahun saya mendirikan solat dalam keadaan yang 'jarang
bersedia'; litupan hati yang saban tersadung dengan lintasan dan
fikiran sesuatu yang tidak sepatutnya difikirkan.Di tambah
terkadang, tatkala solat yang didirkan dalam keadaan penat
mengharung ujian, letih melayan tugasan wajib untuk dilakukan atau
juga apabila sendi-sendi kesakitan.
Ungkapan berulang yang saya dengar dari ayat kedua surah Al
Mukminun, menusuk-nusuk sayu ke dalam hati...Allahu akbar, solat
saya yang kebanyakkannya masih tidak khusyu' sepenuhnya.... saya
yang masih 'timbul tenggelam' dalam menterjemahkan sesungguhnya
secara nyata solat yang khusyu'..
Apabila disuakan tentang makna kebahagiaan, tanggapan norma yang
biasa saya cerap hanyalah pada deretan yang berupa kebahagiaan yang
diukur pada batas material yang disenangi manusia sejagat secara
umum... menerima anugerah, hadiah, sesuatu yang diidam menjadi
nyata, percutian ke tempat yang dianggap 'syurga', rumah indah gaya
astana, deretan 'kuda-kuda' moden mahupun kenderaan yang menjadi
tatapan segenap mata...
Jarang sekali saya mendengar kisah atau menatap kebahagiaan
individu yang diraut dari solat yang penuh bahagia. Adapun...ianya
wujud dalam rangka yang terkadang dianggap mitos oleh majoriti
muslim 'average' seperti saya. Sering disuakan dengan kisah sahabat
di zaman Nabi yang diceritakan kakinya dipotong (saya tidak pasti
kisah ini sahih atau sebaliknya) untuk rawatan tatkala solat
lantaran khusyu' yang begitu hebat...lalu siapalah kita yang hendak
dibandingkan khusyu' yang sedemikian?
Penjelasan berbelit serta tidak konsisten, menjadi hijab yang
banyak menghalang hati-hati yang ingin dekat kepada solat dan doa
yang penuh khusyu'... ditakutkan pula andai tersalah baca bakal
mengundang padah mengundang sesuatu yang tidak diinginkan..
Alhamdulillah..kesusahan mencari erti dan terjemahan khusyu'
ditemukan Allah kepada saya melalui nota"Perfecting your solat"oleh
Ustaz Abdul Nasir Jangda. Saya tidak pernah hadir ke kursus
berkenaan, namun penjelasan mudah dari instructor yang berkenaan,
diizinkan Allah sampai jauh ke sudut hati untuk memahami dan
menterjemahkannya secara faham dalam solat-solat yang dihadiri.
Kunci khusyu' di dalam solat dan doa...ialah hati yang hadir
penuh kerendahan (menyedari dirinya sebagai hamba yang dicipta)
terhadap Tuhan yang Maha Penguasa yang menguasai
segala-galanya...
http://thesinglemuslimah.wordpress.com/1. TakbirSolat itu
dimulai dengan takbir Allahu Akbar. Selalunya ianya diterjemahkan
sebagai Allah Maha Besar. Namun, sebenarnya perkataan akbar itu
bermaksud lebih besar dari. Kalau kita ingin katakan Allah Maha
Besar, frasa yang sepatutnya digunakan ialah Allah al-Akbar. Jadi,
dalam bahasa Melayu, susunannya sebegini: kabir (besar), akbar
(lebih besar dari) dan al-akbar (maha besar).Mengapa Allah tidak
saja menyuruh kita melaungkan frasa Allah al-akbar? Bukankah Dia
sememangnya al-Akbar? Disinilah indahnya frasa Allahu Akbar.
Sememangnya Allah ingin mendidik minda kita yang Allah itu lebih
besar dari_______. Biar apapun yang manusia dapat fikirkan, seagung
dan sehebat mana pun perkara yang mampu difikirkan, Allah tetap
lebih besar dari segalanya. Dan dari situlah, manusia yang
mempunyai akal fikiran akan tunduk akur dan mencapai pengertian
sendiri yang Allah itu sememangnya Maha Besar.Oleh itu, ada
sebabnya mengapa frasa Allahu Akbar diletakkan sebagai pembuka
solat. Ianya supaya mendorong kita agar berfikirAllah lebih besar
dari kerjaku/anak-anakku/masalahku/perniagaanku/apa saja yang telah
kulakukan atau fikirkan sebelum aku berdiri menghadap
Penciptaku.Pendek kata, frasa itu bertindak sebagai pemisah dari
alam duniawi dan membuatkan kita fokus dalam perbualan kita dengan
Allah. Kerana itulah erti solat: perbualan dua hala antara kita
dengan Ya Rabb (Pemilik, Penjaga, Yang sentiasa memberi dan
memerhati)***
2. Doa IftitahShaykh Abdul Nasir berkongsi 3 doa iftitah dari
sumber hadis yang lebih kerap dibaca. Namun saya hanya akan
berkongsi 1 doa yang lebih dikenali oleh pengikut madhab Syafii
(rahimullah).
Wajahtu wajhiya lilladzi fathorassamaawati wal-ardh, hanifan, wa
maa anaa minal musyrikin. Inna solaatii wanusukii wamahyaaya
wamamaatii lillahi rabbil alamiin. Laa syarikalahu wa bidzaalika
umirtu wa anaa minal muslimiin.Wajahtu wajhiya -Kata dasar atau
akar kedua perkataan ini ialahwajhyakni bermaksud muka atau wajah.
Digunakan bersama,wajahtu wajhiya,ianya seakan peribahasa yang
bermaksud Aku berpaling dengan penuh ikhlas / Aku berdedikasi
sepenuhnyaLilladzi fathorassamaawati wal-ardh Libermaksud
kepada.Alladzibermaksud dia yang. Fathorapula bermaksud yang
memulakan atau mengadakan. Perkataan untuk cipta ialah khalaq, jadi
fathora bukannya mencipta kerana ia membawa maksud memulakan atau
menjadikan sesuatu yang tiada dasarnya.Assamaawati wal
ardhbermaksud langit dan bumi.HanifanKata dasarhanif, bermaksud
fokus, atau tidak pandang kiri atau kanan, tidak terganggu, terus
memandang ke hadapan.Wa maa anaa minal musyrikinWaialah dan,maadi
sini bermaksud tidak langsung, tidak sekali-kali,anaa minal
musyrikinialah aku dari golongan orang yang musyrik (musyrik
bermaksud menyekutukan perkara-perkara lain dengan sesuatu yang
sepatutnya hanya satu yakni di sini membawa erti menyekutukan
Allah)Inna solaatii Sesungguhnya, solatkuWanusukiiKata dasar nasika
bermaksud alat-alat yang digunakkan untuk membentuk emas. Dalam
erti kata nusukii bermaksud perkara-perkara yang seseorang lalui
yang membentuk keperibadian yakni pengorbanan.Wamahyaaya Kata dasar
hayat, pengertiannya bermaksud kehidupan; contoh dalam azan hayya
ala solah bina kehidupanmu keliling solat yakni apa-apapun yang
kita lakukan dalam seharian, harus mengambil kira solat
dahulu.Wamamaatii -Kata dasar maut, pengertiannya bermaksud
kematian.Lillahi rabbil alamiinbermaksud untuk Allah, Rabb sekalian
alam.Laa syarikalahuTidak ada langsung sekutu (syarik) untukNya
(yakni Allah).Wa bidzaalika umirtu Bi(atau huruf ba) menunjukkan
erti berdasarkan.Dzaalikapula bermaksud itu.Umirtu apa yang telah
disuruh atau diarah.Wa anaa minal muslimiin Anaa diriku, minal
musliminbermaksud dari golongan orang-orang yang telah tunduk
dengan aman yakni tunduk pada suruhanNya dengan sepenuh hati.
Wajahtu wajhiya lilladzi fathorassamaawati wal-ardh, hanifan, wa
maa anaa minal musyrikin. Inna solaatii wanusukii wamahyaaya
wamamaatii lillahi rabbil alamiin. Laa syarikalahu wa bidzaalika
umirtu wa anaa minal muslimiin.Aku berpaling sepenuhnya kepada Dia
yang memulakan dari ketiadaan langit dan bumi, dan aku fokus, tidak
terganggu, dan tidak sekali-kali aku dari golongan orang-orang yang
musyrik (yakni menyekutukan Allah). Sesungguhnya solatku,
pengorbananku, kehidupanku dan kematianku ialah untuk Allah, Rabb
sekalian alam. Tidak ada langsung sekalipun sekutu bagiNya;
berdasarkan kenyataan itulah aku mengikuti apa yang telah diarah.
Dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim yakni telah tunduk
dengan aman pada suruhanNya.***
3. Al-Fatihah (tidak sah solat tanpa membaca Surah Ummul Quran
ini di setiap rakaat jadi sudah seharusnya kita ketahui dengan
lebih terperinci maksudnya)
Auudzubillahi minassyaithoonirrajiim
BismillahirrahmaanirrahimAlhamdulillahi rabbil alamiin.
Arrahmaanirrahiim. Maalikiyaumiddiin. Iyya kanabudu wa iyya
kanastaiin. Ihdinassraathol mustaqiim. Sraatholladziina an amta
alaihim, ghairil maghdhubi alaihim, waladdholiin.
Amin.Auudzubillahi minassyaithoonirrajiimAuudzu aku
bersungguh-sungguh mengambil perlindunganbillahi dengan Allahmin
as-syaithooni dari shaitaanar-rajiim yang dibuang seperti
sampahTerjemahan:Aku bersungguh-sungguh mengambil perlindungan
dengan Allah dari shaitaan yang tersimpang jauh dari kebaikan dan
telah dibuang jauh seperti sampah.Auudzu mengambarkan seseorang itu
dalam keadaan yang amat terdesak. Shaitaan adalah musuh utama kita
sebagai manusia tetapi ramai di antara kita bersikap sambil lewa.
Oleh itu, kesedaran harus ada dan oleh sebab itu Allah berpesan
kepada kita agar mengambil perlindungan denganNya setiap kali
membaca ayat-ayat Al-Quran.Shaitaan berasal dari kata dasar yang
menunjukkan sesuatu yang jauh tersimpang dari perkara-perkara baik,
sementara ar-rajiim membawa makna tidak dipedulikan, dibuang jauh./
/ /BismillahirrahmaanirrahimTerjemahan:Dengan nama Allah Yang Maha
Teramat Mengasihi, Yang Maha Khusus Mengasihi/ / /Alhamdulillahi
rabbil alamiin.Al - segalaHamd pujian dan terima
kasih/syukurLillahi untuk AllahRabb Tuhan, Pemilik, Penjaga,
Pemberi, PemeliharaAlamiin sekalian alam dan
isinyaTerjemahan:Segala pujian dan terima kasih/syukur hanyalah
untuk Allah, Tuhan, Pemilik, Penjaga, Pemberi, Pemelihara sekalian
alam dan isinya.Di dalam konteks ayat ini, frasa segala pujian dan
terima kasih bermakna samada seseorang itu percaya atau tidak pada
Allah, ianya tidak sedikitpun membuat keagungan dan kebesaran Allah
mengurang kerana sudah semestinya segala pujian dan terima kasih
adalah milikNya.Perkataan hamd yang Allah gunakan menunjukkan dua
aspek yakni pujian dan syukur, kerana sesuatu mungkin dipuji tapi
tidak disyukuri (contoh kita memuji kecantikkan sebuah kereta tapi
kita tidak mensyukurinya) dan mungkin juga sesuatu tidak dipuji
tetapi tetap kita berterima kasih akannya (contoh Nabi Musa a.s.
berterima kasih pada Firaun kerana membesarkannya tapi dia tidak
sekali-kali memuji sikap Firaun).Al-Fatihah merupakan surah pembuka
Al-Quran. Ianya bertindak sebagai pengenalan kepada si pembaca.
Lalu ayat pertama ini bertujuan mengenalkan pembaca kepada siapa
penulis kitab ini, yakni, Allah. Dan siapakah Allah? Dia adalah
Rabb -Tuhan, Pemilik, Penjaga, Pemberi, Pemelihara dan kekuasannya
melingkungi sekalian alam iaitu alam manusia, alam jin dan
alam-alam ghaib yang tidak kita ketahui dan setiap ciptaan di
dalamnya. Istilah Rabb juga menandakan bahawa Dia lah yang berkuasa
atas segalanya, maka setiap ciptaan adalah hambaNya (abd)./ /
/Arrahmaanirrahiim. Maalikiyaumiddiin.Ar-rahmaan Yang Maha Teramat
Mengasihi, tiada batasan dan secara amnyaAr-rahiim Yang Maha Khusus
Mengasihi, sentiasa, tidak putusMaalik Pemilik mutlakYaumiddiin
hari pembalasanTerjemahan:Yang Maha Teramat Mengasihi, kasihNya
membuak-buak,Yang Maha Khusus Mengasihi, tidak pernah putus. (Dia
juga) pemilik mutlak hari pembalasan.Setelah mengenalkan diriNya
sebagai Allah, Rabbul alamiin, seseorang yang faham akan maksud
ayat itu sepatutnya berfikiran, aku adalah seorang hamba (abd).
Namun bukankah erti hamba itu berunsur negatif? Lihat saja sejarah
manusia yang miskin atau yang berlainan warna kulit ditindas dan
dijadikan hamba abdi. Subhanallah, Allah mengetahui sangat istilah
hamba yang berbaur negatif ini; bukankah selalunya tuan besar
seseorang hamba selalunya dianggap zalim dan tidak
berperikemanusian? Oleh itu sejurus selepas mengenalkan diriNya
sebagai Rabb atau Tuhan/Tuan Besar/Pemilik, Dia terus mengingati
kita akan zat-zatNya yang unggul yakni Dia seorang Pengasih,
sekaligus menyangkal sebarang sangkaan buruk terhadapNya.Para ulama
tafseer berkata sifat Ar-Rahmaan ialah untuk sekalian alam, dimana
walaupun seseorang itu musyrik atau kafir atau zalim, Allah tetap
memberinya rizq. Ini kerana Allah sayang pada setiap ciptaanNya
walaupun ada yang tidak menyayangiNya. Sifat ini juga lebih
terserlah untuk penghuni-penghuni sekalian alam sebelum tibanya
hari kiamat.Sementara sifat Ar-Rahiim pula khusus bagi para
Muslimin dan Mukminin, yakni orang-orang yang benar-benar yakin
Allah hanya satu tanpa sebarang sekutu. Sifat ini juga akan
menyerlah pada hari kiamat, apabila Allah akan melebihkan kita yang
mukmin, sesuai dengan janjiNya di dalam Al-Quran.Namun, walaupun
Allah mengatakan diriNya Ar-Rahmaan dan Ar-Rahiim, ini tidak
bermaksud kita boleh bersikap sambil lewa. Allah kembali tegas dan
mengingati kita yang walaupun Dia Yang Maha dan Amat Pengasih,
namun Dia juga tetap pemilik hari pembalasan. Jadi sesiapa yang
bersalah, walaupun mungkin Allah tidak menghukumnya di dunia,
tetapi Allah boleh saja menghukumnya pada hari pembalasan. Allah
adalah Maha Adil; mana mungkin pesalah dibiarkan, melainkan mereka
sempat bertaubat dan cuba untuk merubah diri mereka semasa masih
hidup. Harus diingat, setiap manusia akan melakukan kesalahan dan
kadang kala kita akan terpesong dari jalan yang benar, jadi kita
harus sentiasa ingat yang Allah boleh menghukum kita lalu segeralah
kita bertaubat dan minta keampunanNya sebelum terlewat.***
Disini, nota-nota diambil dari dars Ustad Nouman Ali Khan.
3. Al-Fatihah (tidak sah solat tanpa membaca Surah Ummul Quran
ini di setiap rakaat jadi sudah seharusnya kita ketahui dengan
lebih terperinci maksudnya) ///Iyyaka nabudu wa iyyaka
nastaiin.Iyyaka hanya EngkauNabudu kami sembah / patuh /
mengabdikan diriWa danIyyaka hanya EngkauNastaiin kami memohon
pertolonganTerjemahan:Hanya Engkau kami sembah dan mengabdikan diri
dan hanya Engkau kami memohon pertolongan.Sepatutnya susunan ayat
dalam bahasa Arab sebegini: Nabudu iyyaka yang bermaksud kami
menyembah hanya (pada) Engkau. Tapi Allah menukar susunan ayat
kerana hikmahnya ialah untuk menunjukkan betapa penting dan
ekslusifnya Allah kepada seseorang mukmin. Yakni, dalam menyebut
iyyaka dahulu menunjukkan kesungguhan yang tidak dapat disangkal.
Allah ingin mengajar kita bahawa hanya satu entiti yang patut
disembah dengan sesungguhnya tanpa ada ruang untuk yang lain yakni
Allah azza wa jalla.Begitu juga dengan iyyaka nastaiin, menunjukkan
kita hanya patut meminta pertolongan dari Allah saja. Bantuan itu
hanya akan datang dengan izin Allah. Istilah nastaiin juga
mengambarkan permintaan yang seakan antara hidup dan mati yakni
meminta dengan bersungguh-sungguh sepertinya tiada siapa lagi yang
dapat membantu.///Ihdinassraathol mustaqiim.Ihdina (Ya Allah)
Tunjukkanlah kamiAs-siraath al-mustaqiim Jalan yang lurus yang
mendakiTerjemahan:(Ya Allah)Tunjukkanlah kami jalan yang lurus yang
mendakiIhdina merupakan kata pinta, jadi pada siapa yang kita
meminta? Tentu sekali Allah, jadi setiap kali membaca ayat ini
harus ingat kita meminta padaNya. Sirath adalah jalan yang lurus,
yang tiada bengkoknya, sehala saja tujuannya. Sirath juga bermaksud
jalan yang luas, yakni tiada tempat untuk bersembunyi jadi senang
diganggu (dan istilah gangguan disini bermaksud shaitaan dan
kuncu-kuncunya). Apabila bercakap tentang Islam/agama (deen), Allah
menggunakan perkataan sirath. Perkataan lain yang menunjukkan erti
jalan adalah sabil (fisabilillah) tetapi sabil menggambarkan adanya
liku-liku.Al-mustaqiim pula membawa maksud hala tuju yang sukar,
yang penuh cabaran, yakni seperti mendaki gunung. Jalannya, biarpun
lurus terus ke puncak, sukar kerana ia tidak mendatar sebaliknya
perlukan stamina berterusan kerana semakin tinggi kita mendaki,
semakin sukar bernafas, penat, banyak cabaran, semakin bahaya dan
sebagai. Subhanallah, betapa indahnya pemilihan kata-kata dari
Allah.///Sraatholladziina an amta alaihim, ghairil maghdhubi
alaihim, waladdholiin.Siraath Jalan lurusAlladziina merekaAn amta -
telah Engkau kurniakan nikmatAlaihim di atas merekaGhairi
bukannyaAl-maghdubi mereka yang menerima segala
kemurkaan/kemarahanAlaihim di atas merekaWa danAd-dholiin mereka
yang telah tersesatTerjemahan:Jalan lurus (yang dilalui oleh)
mereka yang telah Engkau kurniakan nikmatMu di atas mereka dan
bukannya (jalan yang dilalui) mereka yang telah menerima segala
kemurkaan (dari Allah, malaikatNya, ciptaanNya yang beriman) di
atas mereka dan mereka yang telah tersesat.Anamta ialah bentuk
perkataan yang menunjukkan perkara ini telah berlaku (yakni Allah
telah). Ini bermakna jika kita berjalan di atas jalan yang lurus
dan benar, kita harus melihat kembali sejarah Islam dan mempelajari
contoh-contoh mukmin yang telah mendapat berita baik dari Allah,
seperti para-para nabi, Luqman, Khidir dan beberapa orang alim lain
yang disebut dalam Quran dan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.Kita
tidak boleh fikir yang hanya kerana kita dilahirkan Muslim atau
kita sudah diberi hidayah untuk mendalami Islam, kita telah
selamat. Kita tetap manusia, tetap akan buat kesilapan, dan kalau
kita alpa dan tidak sentiasa muhasabbah diri, kita mungkin akan
jadi di kalangan orang-orang yang mendapat kemurkaan/kemarahan
(al-maghdubi) atau kita mungkin akan tersesat (yakni jauh dari
Quran dan sunnah).***
3. Al-Fatihah (tidak sah solat tanpa membaca Surah Ummul Quran
ini di setiap rakaat jadi sudah seharusnya kita ketahui dengan
lebih terperinci maksudnya)
Auudzubillahi minassyaithoonirrajiim
BismillahirrahmaanirrahimAlhamdulillahi rabbil alamiin.
Arrahmaanirrahiim. Maalikiyaumiddiin. Iyya kanabudu wa iyya
kanastaiin. Ihdinassraathol mustaqiim. Sraatholladziina an amta
alaihim, ghairil maghdhubi alaihim, waladdholiin. Amin.Aku
bersungguh-sungguh mengambil perlindungan dengan Allah dari
shaitaan yang tersimpang jauh dari kebaikan dan telah dibuang jauh
seperti sampah Dengan nama Allah Yang Maha Teramat Mengasihi, Yang
Maha Khusus MengasihiSegala pujian dan terima kasih/syukur hanyalah
untuk Allah, Tuhan, Pemilik, Penjaga, Pemberi, Pemelihara sekalian
alam dan isinya.Yang Maha Teramat Mengasihi, kasihNya
membuak-buak,Yang Maha Khusus Mengasihi, tidak pernah putus. (Dia
juga) pemilik mutlak hari pembalasan.Hanya Engkau kami sembah dan
mengabdikan diri dan hanya Engkau kami memohon pertolongan.(Ya
Allah) Tunjukkanlah kami jalan yang lurus yang mendaki.Jalan lurus
(yang dilalui oleh) mereka yang telah Engkau kurniakan nikmatMu di
atas mereka dan bukannya (jalan yang dilalui) mereka yang telah
menerima segala kemurkaan (dari Allah, malaikatNya, ciptaanNya yang
beriman) di atas mereka dan mereka yang telah tersesat.Terdapat
hadis Qudsi dimana Allah berkata bahawa Dia telah membahagikan
Al-Fatihah sama rata antara Dia dan kita hambaNya.3 ayat pertama
adalah untukNya, dimana kita membesaran dan mengagungkan Rabb kita.
Kemudian kita berkata/berjanji padaNya hanya Engkau kami
sembah/abdikan diriDan apabila kita menyeru padaNya dan hanya
Engkau kami mohon pertolongan, lalu Allah berkata apa saja hambaKu
pinta, Aku akan tunaikan.Dan sudah semestinya, apa yang patut dan
harus kita pinta terutamanya? Hidayah, untuk menuju dan melangkah
di atas jalan yang benar, kerana di akhir jalan itu yang menanti
kita adalah keredhaan Allah, kemaafanNya, wajahNya dan jannahNya.
Oleh itu ayat 3 terakhir adalah sebenarnya doa utama kita untuk
Allah, dan mudah-mudahan Allah menerima doa kita dan mengampunkan
dosa-dosa kita, amin.***
4. Takbir
Allahu AkbarKalau pada awalnya takbir merupakan pembuka solat,
di sini kegunaan takbir ialah untuk membuat kita kembali fokus.
Kerana setelah membaca doa iftitah, al-Fatihah dan surah pilihan,
minda kita kemungkinan akan mula merayau.Lalu takbir ditempatkan di
setiap penukaran posisi (rukuk, sujud, dll) sebagai peringatan agar
kita kembali fokus kepada Allah dan solat kita pabila minda kita
mula mengingati dunia dan benda-benda lain.***
5. Ruku / Rukuk (termaksud berdiri dari ruku)
Subhaana rabbiyyal azhiim (3x)Subhaana Betapa sepenuhnya/tiada
tandingan sempurnanyaRabbiya RabbkuAl-adzhim Yang Maha sentiasa
kuat, sentiasa dapat diharapkanTerjemahan:Betapa tiada tandingan
sempurnanya Rabbku Yang Maha sentiasa kuat/dapat
diharapkan.Subhaana menunjukkan kesempurnaan Allah yang tiada
bandingannya. Kesempurnaan itu hanya milikNya dan sifatNya, oleh
itu tiada apa dalam ciptaan yang boleh menandinginya.Istilah rabb
sila rujuk pada topik tentang Al-Fatihah.azhim berasal dari kata
dasar azhuma yang bermaksud kuat, teguh.Pernahkah kita terfikir
tentang posisi kita dalam rukuk? Kita sebenarnya dalam keadaan
goyah sewaktu rukuk; kita boleh senang ditumbangkan jika seseorang
melanggar kita. Jadi di posisi ini, Allah mengingatkan kita yang
kita sebenarnya tidak ada daya kekuatan sendiri; kita mengharapkan
belas Allah yang bersifat Al-azhiim. Allah yang memberi kudrat
tenaga pada kita apabila kita berdiri tegak dan melakukan
pekerjaan, dan Dia jugalah yang memberi kekuatan mental dan jiwa
apabila kita menghadapi sebarang masalah dalam hidup.///Di posisi
ruku dan sujud, kita boleh juga menambah beberapa dhikr/zikir yang
telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Disini, hanya satu contoh
yang akan dikongsikan.Subbuhun quddusun rabbul malaaikati
warruuhiSubbuhun Sentiasa sempurna, tidak akan pernah ada cacat
celaQuddusun Sentiasa suci, terpeliharaRabb TuhanAl-malaaikati
sekalian malaikatWa danAr-ruuh Sang Ruh (disini, bermakna malaikat
Jibril a.s.)Terjemahan:Sentiasa sempurna, sentiasa suci, Rabb
sekalian malaikat dan Jibril.Subbuhan dan subhaana adalah dari akar
kata yang sama. Quddus pula membawa pengertian kesucian yang tidak
boleh dicemar. Seharusnya seorang Muslim peka dengan sifat Allah
yang Al-Quddus. Allah itu Maha Agung, Maha Besar; kita tidak boleh
bercakap sambil lewa tentangNya. Kita harus sentiasa ada rasa
kagum, teruja, hormat dan sayang apabila bercakap tentang Allah.Di
dalam al-Quran, Allah seringkali mengelar Jibril (a.s) sebagai
ar-ruh al-amin. Disini, mengapa Allah asingkan Jibril dari
perkataan malaikat? Bukankah dia juga malaikat? Ianya bertujuan
untuk membuat kita merenung akan keistimewaan Jibril. Tahukah kita
siapa itu Jibril? Dia adalah ketua segala malaikat, yang ditugaskan
Allah untuk memberi wahyu kepada para nabi. Jibril adalah malaikat
yang paling perkasa dan paling cantik ciptaannya. Menurut sumber
hadis, ketinggian Jibril mencecah ke awanan di langit. Pabila dia
berdiri, kakinya merangkumi dari timur ke barat. Dia mempunyai 600
kepak, dan dari kepak-kepaknya bergantungan batu-batu berharga
seperti delima, zamrud dan sebagainya.Jadi, jika makhluk sekuat,
setinggi, secantik Jibril boleh tunduk dan sujud menyembah Allah,
mengapa pula kita manusia yang kerdil boleh jadi angkuh dan tidak
mengabdikan diri pada Allah, Pencipta kita. Renung-renungkanlah
zikir ini///Samiallahu liman hamidahuSamiallahu samia (mendengar)
Allahu (Allah)Liman Kepada yangHamidahu memujiNyaTerjemahan:Semoga
Allah memberi ganjaran kepada siapa yang memujiNya.Samia bermaksud
mendengar, jadi sepatutnya terjemahannya sebegini: Allah mendengar
Tetapi di dalam bahasa Arab, walaupun makna kata-kata sebegini dan
sebegitu, tetapi apabila digabungkan, akan membuahkan makna yang
lain. Seperti contoh: kereta dan api. Keretapi bukan bermaksud
kereta yang sedang berapi tetapi merupakan sejenis kenderaan.
Apabila samiallahu digabungkan dengan liman, maka maknanya bertukar
menjadi Semoga Allah memberi ganjaran///Rabbanaa lakal
hamduRabbanaa Rabb kamiLaka untuk MuAl-hamd segala
puji/syukurTerjemahan:Rabb kami, untukMu ialah segala puji dan
terima kasihIndahnya zikir ini ialah kerana ianya merupakan doa
yang kita ucapkan. Bukankah kita baru saja berkata dengan Allah
untuk memberi ganjaran kepada orang-orang yang memujiNya? Dan
sekarang kita pula mengambil kesempatan untuk memuji Allah.Kerana
selama ini kita hanya solat seperti mana diajar tapi tak mengetahui
apa yang dibaca, maka kita tidak sedar yang sebenarnya solat itu
bukan hanya untuk memuji Allah tapi untuk meminta dan membuat
doa-doa yang amat penting, seperti doa ditunjukkan jalan yang lurus
dan doa untuk diberi ganjaran kerana memujiNya. Allahu
akbar!***
6. Sajdah / Sujud
Subhaana rabbiyyal alaa (3x)Subhaana Betapa sepenuhnya/tiada
tandingan sempurnanyaRabbiya RabbkuAl-Ala Yang Maha sentiasa tinggi
kedudukanNyaTerjemahan:Betapa tiada tandingan sempurnanya Rabbku
Yang Maha sentiasa tinggi kedudukanNya.Pernahkah kita terfikir
tentang posisi kita dalam sujud? Wajah seseorang adalah anggota
badan yang paling mulia; wajah adalah pengenalan diri. Sebagai
seorang manusia, untuk menyembab muka ke tanah atau lantai adalah
perkara yang tidak boleh diterima akal fikiran kerana ia membuat
seseorang itu seakan tidak ada maruah atau harga diri. Tetapi jika
muka itu diletakkan ke dasar tanah/lantai untuk meyembah Pencipta
kita, itu adalah suatu posisi yang dianggap paling disukai kerana
kita menjadi rendah diri padaNya yang Maha Esa. Sememangnya, sujud
itu adalah posisi yang hanya layak untuk Allah kerana sememangnya
kita hambaNya dan Dia adalah Rabb.Maka dengan sujud, kita akan
sentiasa berfikir, aku rendah serendahnya di hadapan Rabbku yang
sentiasa mulia dan tinggi kedudukanNya. Tetapi tahukah kita, dalam
sujudlah, kita paling rapat dengan Allah, dan mengikut hadis sahih,
Rasulullah (s.a.w) menganjurkan kita untuk banyak berdoa ketika
sujud. NAMUN, perlu diketahui di sini, doa-doa semasa sujud
sepatutnya dibuat semasa solat-solat sunnat saja, dan bukan solat
fardhu, kerana tidak boleh ada bahasa asing dalam solat fardhu
(melainkan kita tahu menyebut doa-doa dalam bahasa Arab).///Seperti
ruku, kita boleh menambah zikir-zikir lain yang telah dianjurkan
oleh Rasulullah (s.a.w) melalui sunnahnya. Salah satu zikir ini
ialah seerti yang diterangkan di bab ruku (Subbuhun Quddusun Rabbul
malaaikati war-ruuhi.)Zikir yang satu lagi ialah:Subhaanna dziil
jabaruuti wal malakuuti wal kibriiya wal azhomahSubhaanna Betapa
sempurnanyaDzii pemegangAl-jabaruuti segala kekuasaanWa
danAl-malakuuti (yang) memiliki segala kebendaan, samada nyata atau
tidakWa danAl-kibriyaai (yang) kebesaranNya tidak dapat disangkalWa
danAl -azhomah (yang) teguh, tidak akan pernah
goyahTerjemahan:Betapa sempurnanya Pemegang segala kekuasaan, dan
yang memiliki segala kebendaan nyata atau tidak, dan kebesaranNya
tidak dapat disangkal dan keteguhan yang tidak akan pernah
goyah.***
7. Duduk antara dua sujud
Rabbirghlii warhamnii wajburnii warfanii warzuqnii wahdinii
waafinii wafuaniiTerjemahan:Rabbku ampunkanku,dan rahmatiku,dan
lengkapkanlah segala keperluanku,dan naikkanlah darjatku,dan
berikanku rezeki,dan bimbinglahku/beri hidayah padaku,dan
sihatkanku ,dan maafkanlahkuSeperti yang telah diterangkan sebelum
ini, solat bukan saja untuk memuji dan memanjat kesyukuran pada
Allah tetapi terdapat juga peluang untuk kita membuat doa untuk
diri sendiri. Dan di posisi ini Allah telah beri kita peluang untuk
meminta perkara-perkara penting dalam kehidupan kita. Allahu
akbar!***
8. TahiyyatTerdapat 5 tahiyyat yang dikongsikan oleh Shaykh yang
berasaskan hadis. Disini, kita hanya akan mengkaji satu saja doa
tahiyyat, yang lebih dikenali pengikut madhab as-Shafii.
Tahiyyat dari Ibn Abbas (r.a.)Attahiyaatul mubarakaatu
assolawaatu atthoyiibatatulillah. Salaamun alaika ayyuhan nabiyyu
warahmatullahi wabarakaatuh. Salaamun alainaa wa alaa
ibaadillahissolihiin. Asyhadu allaa ilaaha illallah, wa anna
Muhammadarrasulullah.Terjemahan:Segala pujian tertinggi,
keberkatan, selawat (doa dan solat), kebaikkan yang indah adalah
untuk Allah.Salam ke atasmu wahai Nabi dan (juga) rahmah Allah dan
keberkatanNya.Salam ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang
solihin.Aku bersaksi sesungguhnya tiada langsung ilah (entiti yang
disayangi, disembah, diharapkan) melainkan Allah.Dan bahawanya
Muhammad itu Rasul Allah.Berbanding dengan tahiyyat lain, ayat
pertama dalam tahiyyat ini tidak menggunakan perkataan wa (dan)
sebagai penyambung. Ketiadaan perkataan wa menunjukkan semuanya
(pujian, berkat, selawat, kebaikkan) sama penting dan hanya untuk
Allah bermakna kehidupan kita adalah untuk Allah
seluruhnya.As-salamum tidak digunakan, sebaliknya salamun: ini
menunjukkan segala bentuk salam adalah untuk Nabi kita (s.a.w).
[As-salamun bentuknya khusus]Apabila kita memberi salam atas
hamba-hamba Allah yang solihin, ianya juga sebagai pembakar
semangat untuk kita supaya menjadi hamba solihin. Kerana jika kita
dapat menjadi hamba yang solihin, ini bermakna kita termaksud dalam
doa berjuta umat Islam yang melakukan solat setiap hari setiap
waktu sekeliling dunia.Ilah selalunya diterjemah sebagai Tuhan,
tetapi makna yang lebih tepat ialah sesuatu perkara atau entiti
yang kita sanjungi, sayangi, dan menaruh harapan. Duit boleh
menjadi ilah, begitu juga suami atau isteri, atau anak-anak. Di
sini, Allah mengajar kita, manusia cuma boleh hanya ada SATU ilah
saja, iaitu Allah azza wa jalla. Kerana duit, suami, isteri dll
hanyalah ciptaan semata-mata; ianya semua tetap bergantung pada
turutan Allah. Jadi bukankah akal fikiran logik akan mengatakan
sembah,sayangi dan harapkan pada si Pencipta dan bukannya
ciptaan.***
9. Selawat atas Nabi
Allahumma solli alaa Muhammad wa alaa aali Muhammad. Kamaa
sollaita alaa Ibrahiim wa alaa aali Ibrahim. Innaka
hamiidummajiid.Allahumma baarik alaa Muhammad wa alaa aali
Muhammad. Kamaa barakta alaa Ibrahiim wa alaa aali Ibrahim. Innaka
hamiidummajid.Terjemahan:Ya Allah, sampaikan selawat ke atas
Muhammad dan semua yang mengikuti Muhammad. Sama sepertimana Kau
telah sampaikan selawat ke atas Ibrahim dan semua yang mengikuti
Ibrahim. Sesungguhnya Kau yang Terpuji dan Teragung.Ya Allah,
sampaikan keberkatan ke atas Muhammad dan semua yang mengikuti
Muhammad. Sama sepertimana Kau telah sampaikan keberkatan ke atas
Ibrahim dan semua yang mengikuti Ibrahim. Sesungguhnya Kau yang
Terpuji dan Teragung.
Doa sebelum beri salam dan taslim
Nota ialah sepertimana yang telah diajarkan oleh Shaykh Abdul
Nasir Jangda, melainkan ada pengecualian.
10. Doa sebelum beri salam & Taslim / Salam
Sebelum memberi salam, adalah menjadi sunnah Rasulullah (s.a.w)
untuk membuat sepatah-dua doa. Caranya setelah habis membaca
selawat atas Nabi, teruskan saja dengan doa sambil memandang ke
tempat sujud. Ada beberapa doa yang telah dirakam di dalam hadis,
samada doa dari Al-Quran ataupun doa Rasulullah (s.a.w) sendiri. Di
sini, saya akan kongsi satu doa dari Al-Quran yang sering dibaca
Rasulullah (s.a.w) dan lebih mudah dihafal,Rabbanaa aatinaa
fidduniyaa hasanatawwafii aakhirati hasanatawwa qinaa adzaa
bannarTerjemahan:YaRabb kami, berilah kami kebaikkan di dunia ini
dan kebaikkan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api
neraka.Doa ini menunjukkan tidak salah untuk kita meminta
kesenangan dan kebaikkan di dunia tetapi kita harus selalu ingat
doa kita untuk masa hadapan kita di akhirat kelak adalah dua kali
ganda lebih penting. Jadi kalau kita berdoa selama 5 minit untuk
perkara-perkara duniawi, luangkan pula 10 minit untuk kehidupan dan
nasib kita di akhirat kelak.///Dan sebagai penutup solat, kita
mengucapkanAssalamualaikumke kanan dan ke kiri. Ada yang berkata
kita memberi salam pada para malaikat yang turut solat bersebelahan
kita. Dan ada juga para ulama yang berkata salam yang pertama ialah
seperti mengatakan selamat tinggal kepada solat dan salam yang
kedua ialah salam untuk memasuki semula dunia kita. Allahu
alamDengan ini, selesailah nota-nota untukMeaningful Prayer (Solat
Yang Bermakna). Semoga usaha kita bersama diberkatiNya amin***