[Windows Movie Maker] Bab 4 1 Chapter 8 3.0 Digital Audio Digital audio adalah pengeluaran semula bunyi (sound reproduction) menggunakan modulasi kod denyut (pulse-code modulation) dan isyarat digital. Sistem digital audio antaranya termasuklah penukaran analog-ke-digital (ADC), penukaran digital-ke-analog (DAC), penyimpanan digital, pemprosesan dan komponen transmisi. Manfaat utama yang diperolehi daripada digital audio adalah dalam kemudahan penyimpanan, penghantaran dan dapatan semula. Antara jenis audio yang digunakan dalam Aplikasi Multimedia (Multimedia Applications) untuk menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran adalah: Narasi/Penceritaan – ialah penyampaian mesej secara terus, selalunya mampu memberi kesan yang mendalam untuk sesuatu persembahan. Muzik - menetapkan mood pembentangan, meningkatkan emosi, mengilustrasikan isi-isi penting. Kesan Bunyi - untuk menghasilkan bunyi tertentu, contohnya pintu berciut, letupan, angin, dan sebagainya. Antara kaedah untuk menyediakan digital audio adalah dengan merakam dengan menggunakan mikrofon yang dihubungkan kepada komputer dengan bantuan perisian tertentu. Contoh perisian yang boleh digunakan untuk merakam suara ialah Audacity dan Sound Forge. Audacity merupakan perisian sumber terbuka (open source software) digunakan untuk memanipulasi gelombang digital audio. Disamping rakaman bunyi secara terus melalui program ini, ia boleh mengimport banyak format fail bunyi, termasuk Pemodulatan Kod Denyut (Pulse Code Modulation -PCM) seperti WAV dan AIFF, MP3, Ogg Vorbis. PCM format 8, 16, 24 dan 32-bit boleh diimport dan dieksport menggunakan perisian Audacity ini. Audacity telah bermula pada musim gugur tahun 1999 oleh Dominic Mazzoni semasa beliau adalah graduan pelajar di Universiti Carnegie Mellon di Pittsburgh, PA, Amerika Syarikat. Beliau telah bekerja dalam satu projek penyelidikan dengan penasihat beliau, Profesor Roger Dannenberg, dan mereka memerlukan alat yang membolehkan mereka menggambarkan algoritma analisis audio. Dari masa ke masa, program ini telah berkembang menjadi editor audio umum, melalui bantuan pengaturcara dalam komuniti perisian sumber terbuka.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
[Windows Movie Maker] Bab 4
1
Chapter 8
3.0 Digital Audio
Digital audio adalah pengeluaran semula bunyi (sound reproduction) menggunakan
modulasi kod denyut (pulse-code modulation) dan isyarat digital. Sistem digital audio
antaranya termasuklah penukaran analog-ke-digital (ADC), penukaran digital-ke-analog
(DAC), penyimpanan digital, pemprosesan dan komponen transmisi. Manfaat utama yang
diperolehi daripada digital audio adalah dalam kemudahan penyimpanan, penghantaran dan
dapatan semula.
Antara jenis audio yang digunakan dalam Aplikasi Multimedia (Multimedia Applications)
untuk menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran adalah:
Narasi/Penceritaan – ialah penyampaian mesej secara terus, selalunya mampu memberi
kesan yang mendalam untuk sesuatu persembahan.
Muzik - menetapkan mood pembentangan, meningkatkan emosi, mengilustrasikan isi-isi
penting.
Kesan Bunyi - untuk menghasilkan bunyi tertentu, contohnya pintu berciut, letupan,
angin, dan sebagainya.
Antara kaedah untuk menyediakan digital audio adalah dengan merakam dengan
menggunakan mikrofon yang dihubungkan kepada komputer dengan bantuan perisian
tertentu. Contoh perisian yang boleh digunakan untuk merakam suara ialah Audacity dan
Sound Forge.
Audacity merupakan perisian sumber terbuka (open source software) digunakan untuk
memanipulasi gelombang digital audio. Disamping rakaman bunyi secara terus melalui
program ini, ia boleh mengimport banyak format fail bunyi, termasuk Pemodulatan Kod
Denyut (Pulse Code Modulation -PCM) seperti WAV dan AIFF, MP3, Ogg Vorbis. PCM
format 8, 16, 24 dan 32-bit boleh diimport dan dieksport menggunakan perisian Audacity ini.
Audacity telah bermula pada musim gugur tahun 1999 oleh Dominic Mazzoni semasa beliau
adalah graduan pelajar di Universiti Carnegie Mellon di Pittsburgh, PA, Amerika Syarikat.
Beliau telah bekerja dalam satu projek penyelidikan dengan penasihat beliau, Profesor
Roger Dannenberg, dan mereka memerlukan alat yang membolehkan mereka
menggambarkan algoritma analisis audio. Dari masa ke masa, program ini telah
berkembang menjadi editor audio umum, melalui bantuan pengaturcara dalam komuniti
perisian sumber terbuka.
Bab 4 [Windows Movie Maker]
2
Audacity adalah percuma dan kod sumber boleh didapati di bawah GNU Public Licences.
Audacity adalah satu perisaian cross-platform - ia berfungsi pada Windows (dari 98 hingga
7), Mac OS X, dan banyak platform Unix, termasuk Linux.
3.1 Perisian Audacity
Sebelum perisian Audacity boleh digunakan, anda perlulah melakukan proses pemasangan
(installation) program tersebut ke dalam komputer anda. Untuk mendapatkan perisian ini
secara percuma, anda perlu ke laman sesawang (web) http://audacity.sourceforge.net
dan seterusnya memuat turun (download) (i) Audacity 1.3.14 installer, (ii) LADSPA plug-ins