BAB 1 : Pemerolehan Bahasa 1 Bab 1: Pemerolehan Bahasa Bab 2: Pendekatan Pengajaran Bahasa Bab 3: Strategi Pengajaran & Pembelajaran – Tahun 1 Bab 4: Strategi Pengajaran & Pembelajaran – Tahun 2 Bab 5: Strategi Pengajaran & Pembelajaran – Tahun 3 Bab 6: Strategi Pengajaran & Pembelajaran – Tahun 4 Bab 7: Mengajar Kemahiran Membaca Bab 8: Mengajar Kemahiran Menulis Bab 9: Mengajar Kemahiran Mendengar & Bertutur Bab 1 : Pemerolehan Bahasa Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat : a. Mempelajari teori-teori pemerolehan bahasa. b. Mengetahui kelemahan dan kelebihan teori-teori pemerolehan bahasa yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah. c. Membuat penilaian dan memilih mana-mana teori pemerolehan bahasa yang sesuai digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah. 1.1 Pengenalan 1.2 Teori Behavioris 1.3 Teori Kognitif 1.4 Teori Mentalis 1.5 Teori Interaksionalisme RINGKASAN RUJUKAN
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BAB 1 : Pemerolehan Bahasa
1
Bab 1: Pemerolehan Bahasa Bab 2: Pendekatan Pengajaran Bahasa Bab 3: Strategi Pengajaran & Pembelajaran – Tahun 1 Bab 4: Strategi Pengajaran & Pembelajaran – Tahun 2 Bab 5: Strategi Pengajaran & Pembelajaran – Tahun 3 Bab 6: Strategi Pengajaran & Pembelajaran – Tahun 4 Bab 7: Mengajar Kemahiran Membaca Bab 8: Mengajar Kemahiran Menulis Bab 9: Mengajar Kemahiran Mendengar & Bertutur
Bab 1 : Pemerolehan Bahasa
Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat :
a. Mempelajari teori-teori pemerolehan bahasa.
b. Mengetahui kelemahan dan kelebihan teori-teori pemerolehan
bahasa yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah.
c. Membuat penilaian dan memilih mana-mana teori pemerolehan
bahasa yang sesuai digunakan semasa pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah.
1.1 Pengenalan
1.2 Teori Behavioris
1.3 Teori Kognitif
1.4 Teori Mentalis
1.5 Teori Interaksionalisme
RINGKASAN RUJUKAN
BAB 1 : Pemerolehan Bahasa
2
Kebolehan untuk berfikir dan berbahasa merupakan ciri utama yang membezakan antara
manusia dengan makhluk-makhluk yang lain. Dengan adanya bahasa, manusia boleh
berkomunikasi untuk berhubung dan menyampaikan buah fikiran. Salah satu objek pemikiran
manusia ialah tentang cara manusia bercakap. Pendapat para sarjana tentang pembelajaran
bahasa adalah pelbagai. Dalam bab ini, teori-teori tentang pemerolehan bahasa akan
dihuraikan. Antara teori-teori pemerolehan bahasa yang ada adalah teori behavioris, kognitif,
mentalis dan interasionalis.
Rajah 1.1 Beberapa Teori Pemerolehan Bahasa
Teori behavioris adalah antara teori yang paling dominan dan banyak mempengaruhi aspek
pembelajaran. Antara tokoh penting yang mempelopori serta banyak mengkaji teori
behavioris ialah Skinner, Thorndike dan Pavlov. Mereka menganggap pembelajaran sebagai
satu proses mekanisme untuk membentuk kebiasaan. Ahli-ahli behavioris berpendapat
bahawa wujud hubungan yang dinamik wujud antara ransangan dengan gerak balas. Sesuatu
gerak balas yang betul akan diulangi jika diberikan ganjaran. Gerak balas yang diikuti oleh
peneguhan yang positif juga wajar diulangi. Gerak balas yang diulangi pula akan membentuk
kebiasaan dalam diri.
Skinner telah cuba melanjutkan teori behavioris untuk menghuraikan kepentingan pengaruh
persekitaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ahli-ahli behavioris menekankan
kepentingan pengaruh persekitaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Sesuatu
ujaran terbentuk kerana adanya ransangan dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa. Misalnya,
seorang kanak-kanak boleh bertutur kerana ada orang yang bercakap dengannya ataupun
kanak-kanak itu sendiri perlu bercakap untuk memenuhi keperluan-keperluan asasinya seperti
berkehendakkan makanan atau minuman dan sebagainya. Bentuk-bentuk bahasa yang betul
dihasilkan oleh seorang kanak-kanak perlu diteguhkan supaya diulangi.
Teori pemerolehan
bahasa
Teori behavioris Teori Kognitif Teori Mentalis Teori
Interasionalis
1.1 PENGENALAN
1.2 TEORI BEHAVIORIS
BAB 1 : Pemerolehan Bahasa
3
Antara ciri pembelajaran yang boleh disimpulkan dalam teori behavioris atau mekanis adalah
seperti berikut:
i. Pembelajaran ialah satu proses mekanis yang terjadi akibat daripada wujudnya
hubungan antara ransangan dengan tindak balas.
ii. Sesuatu gerak balas akan diulangi jika diikuti oleh ganjaran.
iii. Sesuatu gerak balas yang diikuti oleh peneguhan positif akan sering diulangi.
iv. Sesuatu gerak balas yang sering diulangi akan membentuk kebiasaan.
B.F Skinner
B.F Skinner merupakan sarjana behavioris yang mengajar di university
Harvard. Beliau telah mengkaji dan melakukan beberapa pena mbahbaikan terhadap teori behavioris. Menurut beliau, pembelajaran akan
berlaku jika ada ransangan dan tindak balas secara berulang-ulang.
Skinner membahagikan tingkah laku kepada dua bahagian utama iaitu
tingkah laku pantulan dan operan. Hasil kajian yang dilakukan oleh
Skinner, didapati bahawa apa-apa juga tingkah laku yang diikuti oleh
pengukuhan atau keadaan menyenangkan, maka tingkah laku tersebut
akan menjadi kelaziman.
Dalam kajian percubaannya, Skinner telah cuba memasukkan tikus dan
merpati. Tikus telah dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Pada dinding
kotak tersebut terdapat sebuah alat yang boleh mengeluarkan makanan. Dalam percubaan
awalnya, didapati tikus bertingkah laku rawak sahaja. Walaubagaimanapun, setelah beberapa
lama,tikus berkenaan dengan secara tidak sengaja telah tertekan alat yang boleh
mengeluarkan makanan itu. Kemudiannya, tikus tersebut tidak berhenti-henti menekan alat
tersebut untuk memperoleh makanan. Dengan demikian tikus tersebut telah mempelajari cara
untuk mendapatkan makanan.
Rajah 1.2 Kotak Eksperimen Skinner
Dalam kajian lain, Skinner telah menggunakan prinsip yang sama terhadap dua ekor merpati
untuk bermain ping pong. Setiap kali burung merpati dapat melepaskan bola ping pong ke
Grid Elektrik Mangkok
Pembesar suara
Lampu
B.F. Skinner
BAB 1 : Pemerolehan Bahasa
4
sebelah jarring di tengah-tengah meja antara kedua-dua ekor burung merpati tersebut, sebiji
kacang hijau akan keluar. Tingkah laku tersebut telah dilakukan secara berulang-ulang.
Kacang hijau yang keluar merupakan pengukuhan.
Berdasarkan kajian Skinner, pengukuhan boleh dibahagikan kepada 3 bahagian.
E.L Thorndike (1874-1949)
Edward L.Thorndike telah mengemukakan beberapa hukum
pembelajaran. Menurut Thorndike, hukum-hukum pembelajaran yang
dikaitkan dengan ransangan dan gerak balas akan segera diikuti oleh
rasa kesenangan atau kepuasan. Rasa kesenangan atau kepuasan akan
wujud jika murid memperoleh sesuatu pujian atau ganjaran yang
pelbagai. Dalam hal ini, bentuk ransangan yang diberikan hendaklah
berupa peneguhan. Jika murid berhasil melaksanakan tugasannya
dengan betul dan pantas, akan muncul keselesaan dalam diri atas
kejayaan yan dicapai.
Teori yang dibangunkan oleh Thorndike juga menghuraikan bahawa
pembelajaran sebagai proses pembentukan hubungan antara ransangan dengan tindak balas.
Dalamnya pula terdapat hukum kesediaan atau law or readiness, hukum latihan atau law of
exercise dan hukum akibat atau law of effect.
PENGUKUHAN
Pengukuhan Positif
Pengukuhan Positif Berterusan
Pengukuhan Positif Berkala
Pengukuhan Negatif
- ransangan yang menyakitkan akibat
daripada sesuati tingkahlaku. peninggalan
tingkah laku tersebut akan menghasilkan suatu
keadaan yang menyenangkan atau
tidak menerima kesakitan.
Tiada Pengukuhan
- jika tiada pengukuhan, sama ada positif or negatif, tingkah
laku berkaitan tidak akan mendapat perhatian, selain
tidak terccapainya pelaziman
E.L. Thorndike
BAB 1 : Pemerolehan Bahasa
5
Hukum Kesediaan Atau Law Or Readiness
Cara seseorang murid yang bersedia untuk melakukan sesuatu aktiviti. Sesorang
murid mempunyai kecenderungan untuk bertindak atau melakukan aktiviti tertentu
dengan sebenar-benarnya. Justeru, tindakkannya akan menimbulkan kepuasan pada
dirinya. Jika seseorang murid mempunyai kecenderungan untuk bertindak, sedangkan
tindakannya tidak mendatangkan kepuasan, maka murid tersebut akan menghindari
dari melakukan tindakan yang aktif.
Hukum Latihan Atau Law Of Exercise
Hukum latihan menyatakan bahawa jika hubungan stimulus-respons (ransangan-
tindak balas) sering wujud, akibatnya hubungan akan menjadi semakin teguh. Jika
semakin kurang berlakunya hubungan stimulus-respons, maka semakin lemahlah
hubungan tersebut. Hukum latihan yang pada dasarnya menggunakan stimulus
respons, maka semakin lemahlah hubungan tersebut. Hukum latihan yang pada
dasarnya menggunakan stimulus respons memiliki hubungan yang teguh antra satu
sama lain. Jika proses pengulangan sering dilakukan, maka semakin banyak aktiviti
terlaksana. Oleh itu, hubungan yang terjadi akan bersifat automatik. Jika seorang
murid dikemukakan soalan yang sering ditemukannya, maka murid tersebut akan
segera melakukan tanggapan secara pantas yang sesuai dengan pengalaman pada
waktu sebelumnya. Kenyataan menunjukkan bahawa pengulangan akan memberikan
kesan positif jika disusun secara sempurna. Bentuk pengulangan tersebut hendaklah
dalam suasana tidak membosankan, selain aktiviti yang disajikan hendaklah dengan
cara yang menarik.
Hukum Akibat Atau Law Of Effect
Dalam hukum akibat, dapat dirumuskan bahawa kepuasan yang wujud daripada
ganjaran guru akan menerbitkan kejayaan kepada murid. Murid cenderung untuk
berusaha meningkatkan kepada apa yang telah dicapai. Guru yang memberikan
senyuman terhadap jawapan murid akan semakin menguatkan konsep tindak balas.
Kata-kata ‘bagus’, ‘hebat’, ‘kamu sangat teliti’ dan sebagainya merupakan ganjaran
kepada murid untuk meningkatkan pencapaian dalam pembelajaran. Jika kekeliruan
wujud dalam diri murid tanpa penjelasan yang wajar daripada guru, ada kemungkinan
murid akan menganggap itulah yang benar dan akan mengulanginya. Jika murid
menyelesaikan tugasan sekolah di rumah, namun hasil kerjanya tidak diperiksan oleh
guru, kemungkinan juga jawapan yang diberi dianggap benar. Daripada hukum
akibat, dapat disimpulkan bahawa jika terdapat hubungan yang kuat antara soalan dan
jawapan maka bahan yang disampaikan boleh diingati dengan lebih lama.
Pengulangan yang kerap akan menentukan berapa lama konsep tersebut akan diingati
oleh murid.
Di samping itu, Thorndike berpendapat bahawa kualiti dan kuantiti hasil pelajaran
bergantung pada kualiti dan kualiti stimulus-respons (S-R). Implikasi daripada aktiviti
pengajaran dan pembelajaran berasaskan teori ini menunjukkan bahawa:
BAB 1 : Pemerolehan Bahasa
6
Dalam penjelasan sesuatu konsep, guru perlu memberikan contoh yang sesuai yang
berkaitan dengan kehidupan seharian murid-murid, khususnya penghayatan kepada
alam sekeliling.
Cara pemberian tugas hendaklah padan dengan unsur penyerapan stimulus-res[ons
supaya wujud kelangsungan dalam pembelajaran.
Dalam kurikulum, bahan pembelajaran perlu disusun daripada yang mudah dan selari
dengan tahap murid. Penguasaan bahan yang lebih mudah adalah sebagai ransangan
untuk menguasai bahan yang lebih sukar. Dengan kata lain, topik asas haruslah
dikuasai lebih dahulu sebelum memahami topik yang seterusnya.
Ciri Behaviorisme dan Aplikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Teori Behaviorisme menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa yang
berlandaskan Teori Pelaziman Operan yang dipelopori oleh B.F.Skinner (1938). Menurut
Skinner, pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga yang
lain mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap
kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar itu. Ganjaran yang diberi
adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang berjaya dilakukan oleh
kanak-kanak. Di antara ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti ”pandai”, senyuman,
ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak bercakap.
Teori behaviorisme beranggapan bahawa bahasa diperolehi melalui proses pengulangan
Bahasa dikuasai melalui rangsangan dan gerak balas. Golongan ini mementingkan
pengukuhan dalam pembelajaran yang dapat ditimbulkan melalui ganjaran. Dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran bahasa, teori ini menegaskan latihan dan latih tubi pola. Teori
ini juga menekankan kemahiran lisan dalam pengajaran.
Prinsip-prinsip pengajaran bahasa dari golongan ini adalah dari pandangan dan pendapat ahli-
ahli psikologi dan linguistik Aliran Behaviorisme. Golongan ini beranggapan bahawa, bahasa
yang diutamakan ialah bahasa lisan manakala bahasa tulisan merupakan bahasa kedua
penting. Ahli-ahli Behaviorisme menegaskan bahawa pengajaran bahasa mestilah
didahulukan bahasa lisan.
Ini kemudian diikuti dengan bahasa tulisan yang dianggap perkara penting yang kedua dalam
pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna guru-guru mestilah berusaha untuk
membolehkan murid-murid bertutur dalam bahasa itu dahulu dan kemudian baharulah kepada
pengajaran membaca dan menulis. Ini hanya dapat dilakukan setelah murid-murid dapat
menguasai sistem bahasa dan struktur bahasa.Kedua, bahasa adalah satu tabiat. Prinsip ini
sesuai diterapkan dalam proses pembelajaran kedua. Untuk membentuk kebiasaan ini latihan
dan latih tubi serta perbualan bahasa juga diutamakan. Guru perlu menyusun pelajaran
dengan baik dan pengajaran dimulakan daripada pola-pola yang senang kepada yang lebih
susah.
Ketiga, pengukuhan adalah satu syarat penting di dalam pembelajaran disebabkan ia
merupakan satu alat untuk menentukan pembentukan tingkah laku yang dikehendaki. Dalam
situasi pembelajaran bahasa pengukuh-pengukuhnya adalah pujian, keistimewaan,
pengiktirafan, maklum balas, galakan dan sebagainya. Mengikut prinsip ini sesuatu gerak
balas yang betul perlu diteguh oleh guru dengan cara memberikan pengukuhan seperti yang
disebutkan di atas. Keempat, latihan pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan. Ia
BAB 1 : Pemerolehan Bahasa
7
merupakan latihan ulangan satu-satu gerak balas dengan satu-satu rangsangan. Latihan dan
latih tubi hendaklah dilakukan dalam keadaan yang bermakna. Ini adalah untuk mengelakkan
pelajaran tersebut dari berasa bosan.
Peneguhan boleh dilanjutkan oleh guru melalui penggunaan bahan-bahan makmal bahasa.
Kelima, model-model bahasa yang terbaik haruslah diutamakan. Dalam konteks
pembelajaran bahasa di sekolah-sekolah, bahasa guru menjadi model yang diikuti oleh
pelajar-pelajar. Jika model-model ini menggunakan bahasa yang sama atau mirip-mirip sama
dengan bahasa matlamat, maka ini akan menguntungkan pelajar-pelajar itu. Dan keenam,
mewujudkan operasi rangsangan dan tindak balas dalam proses pembelajaran. Bahasa adalah
hasil operasi rangsangan dan tindak balas. Pembelajaran bahasa akan lebih berkesan jika
kedua-dua unsure ini dapat diwujudkan. Selain bertujuan menghasilkan satu pembentukan
tingkah baru yang berkesan, ia juga boleh bertindak sebagai daya penggerak dan
meningkatkan minat serta motivasi.
Ada beberapa cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk mempelbagaikan situasi
rangsangan. Pertama adalah dengan cara mempelbagaikan tingkah laku. Kedua adalah
dengan cara mempelbagaikan pengalihan saluran deria, ketiga dengan cara mempelbagaikan
pola interaksi guru dan murid dan keempat dengan cara mempelbagaikan pendekatan,
kaedah, teknik, strategi dan alat-alat bantu mengajar.
Berdasarkan teori ini terdapat satu pendekatan yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran bahasa iaitu melalui pendekatan induktif. Pendekatan induktif ialah
memulakan sesuatu pengajaran itu dengan memberikan contoh-contoh terlebih dahulu dan
kemudian baharulah diterangkan.
KEKUATAN TEORI BEHAVIORISME
Teori ini sangat sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak yang masih
memerlukan bantuan daripada orang dewasa di sekeliling mereka.
Sebagai contoh, kanak-kanak tadika memerlukan bimbingan dan perhatian yang khusus
daripada orang di persekitarannya terutamanya guru-guru mereka kerana mereka mudah
mengikuti apa yang diajar dan disuruh selain suka meniru perlakuan orang di
sekelilingnya.
Selain itu, mereka juga suka dengar bentuk-bentuk penghargaan yang diberi kepadanya
seperti pujian dan melalui bentuk penghargaan tersebut ianya dapat menaikkan semangat
belajar dalam diri mereka.
Guru tidak perlu mengambil masa yang lama memberi penerangan yang panjang tentang
pembelajaran kepada murid-murid.
Selain daripada itu teori ini menekankan kemahiran lisan berbanding kemahiran
membaca dan menulis.
Melalui aspek kemahiran yang ditekankan dapat memberikan kelebihan kepada murid
kerana aspek lisan iaitu mendengar dan bertutur penting dalam situasi harian murid.
KELEMAHAN TEORI BEHAVIORISME
Proses pembelajaran yang tidak kondusif bagi murid-murid kerana pembelajaran berlaku
dalam keadaan sehala di mana ianya berpusat pada guru sahaja.
BAB 1 : Pemerolehan Bahasa
8
Guru hanya mengajar dan melatih murid manakala murid hanya menerima apa yang
diajar guru tanpa memberi sebarang maklum balas.
Murid berperanan sebagai pendengar dan mereka menghafal apa yang didengar dan
dipandang cara belajar yang efektif.
Penggunaan hukuman merupakan salah satu cara guru mendisiplinkan murid dan akan
mendatangkan akibat buruk kepada murid. Hal ini kerana sistem pembelajaran tersebut
lebih tertumpu kepada rangsangan dan gerak balas yang ditunjukkan. Sekiranya tiada
rangsangan maka tindak balas tidak akan berlaku.
Sebagai contoh, guru akan beri rangsangan seperti hadiah dan baru mereka memberi
jawapan yang dikehendaki guru.
Teori ini adalah penambahan ilmu pengetahuan lebih tertumpu kepada buku teks.
Hal ini kerana mereka belajar mengikut urutan kurikulum yang sangat ketat sehinggakan
buku teks merupakan buku wajib dalam pembelajaran mereka.
Malah, mereka juga dikehendaki memahami dan mempersembahkan kembali isi
pembelajaran di dalam buku teks tersebut dengan baik.
Teori ini mengutarakan penyingkiran kesedaran atau fikiran yang dilakukan oleh ahli-ahli
behavioris sebagai satu kesilapan besar. Sebaliknya, mereka menganggap teori pembelajaran
menjadi sangat bermakna jika fikiran dimasukkan dalamnya sebagai satu bahagian yang tidak
dapat dipisahkan. Antara tokoh-tokoh yang mengutarakan teori ini ialah Jean Piaget, Max
Werthrimer, Wolfgang Kohler, Kurt Koffka, Jarome Brunner, Robert M.Gagne dan Ausubel.
Peringkat Perkembangan Teori Kognitif Jean Piaget
Piaget ialah seorang ahli biologi yang mempunyai sumbangan besar dalam pemahaman
terhadap perkembangan intelektual berbahasa murid. Dalam rangka memahami proses dan
peringkat perkembangan intelektual berbahasa murid, bertahun-tahun lamanya Piaget
melakukan pemerhatian terhadap perkembangan intelektual seorang murid. Melalui
1.3 TEORI KOGNITIF
a. Apakah yang diperkatakan oleh Skinner tentang teori
behaviorisme.
b. Apakah kelebihan dan kelemahan teori behaviorsme?
c. Tonton video di bawah untuk melihat pengaplikasian teori
behaviorisme dalam bilik darjah. http://www.youtube.com/watch?v=KYDYzR-ZWRQ