-
Bab 1:
PERNIAGAAN DAN PERSEKITARAN
Disediakan oleh:
KOLEJ MATRIKULASI PERLIS
RINGKASAN TOPIK
1.1 Pengenalan Perniagaan
a) Definisi Perniagaan
b) Objektif Perniagaan
1.2 Kepentingan Perniagaan Kepada Pihak Berkepentingan
a) Memenuhi Keperluan Masyarakat
b) Meningkatkan Peluang Pekerjaan
c) Meningkatkan Pembangunan Ekonomi & Negara
d) Memenuhi Kehendak Peluang Global
1.3 FungsiFungsi Perniagaan
a) Pengeluaran
b) Pemasaran
c) Kewangan
d) Sumber Manusia
*
-
1.4 Persekitaran Perniagaan
Persekitaran Tugas Pihak
pengurusanPelaburPembiayaPekerjaPenggunaPembekalPesaingPersekitaran
UmumEkonomiTeknologiSosiobudayaPolitik &
Undang-UndangGlobalFizikal/semulajadi
*
-
1.5 Bentuk-bentuk Entiti Perniagaan
Bentuk-bentuk entiti perniagaanMilikan TunggalPerkongsianSyarikat
(Sendirian Berhad dan
Berhad)
Koperasi
b) Ciri-ciri entiti perniagaan
*
-
Objektif Pembelajaran:
Memahami definisi dan objektif perniagaan.Memahami kepentingan
perniagaan kepada pihak berkepentingan.Memahami fungsi-fungsi
perniagaan.Memahami persekitaran tugas dan umum.Memahami
bentuk-bentuk entiti perniagaan dan ciri-cirinya.
*
-
(a) Definisi Perniagaan
Aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan dengan menggunakan wang
atau alatan lain bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan
pada harga, masa dan tempat yang sesuai bagi mendapatkan
keuntungan, faedah dan kepuasan.
(a) Definisi Perniagaan
*
-
i. PROSES PERNIAGAAN
FAKTOR
INPUT
PROSES
TAMBAH
NILAI
(PROSES
PENGELUARAN)
OUTPUT
JUALAN
UNTUNG
*
- Aktiviti utama bahan mentah (input), tukarkan kepada barang
siap (proses pengeluaran) dan menghasilkan barang siap (output)
Input :- Mendapatkan bahan mentah untuk menjalankan aktiviti
pemprosesan
Ianya terdiri daripada tanah, buruh, modal, usahawan dan
lain-lain.
Proses Pengeluaran :- Tukar bahan mentah kepada barangan
siap
Gabungjalinkan mesin, kemahiran pekerja, bahan mentah dan
sbgnya.
Output :- Hasil terakhir dari aktiviti pemprosesan samaada
dalam
bentuk produk atau perkidmatan dan dinilai dalam
bentuk kuantiti, berat dan sebagainya.
Input
Proses
Pengeluaran
Output
*
-
Jualan :- Output / produk yang telah siap akan dijual kepada
pelanggan dan pengusaha atau peniaga bagi mendapatkan hasil dan
keuntungan dari jualan produk tersebut. Pertukaran nilai akan
berlaku setelah jualan dibuat di mana penjual memperolehi wang
manakala pelanggan atau pengusaha memperolehi produk.
Untung :- Perbezaan di antara hasil yang diperolehi dengan
perbelanjaan yang telah dikeluarkan. Keuntungan yang diperolehi
akan digunakan untuk membeli bahan mentah / input dan juga
pembayaran halhal yang berkaitan gaji, utiliti, sewa dan
sebagainya.
*
-
ii. Barang Niaga dan Perkhidmatan
Barang Niaga
- Produk fizikal yang boleh disentuh, dipegang dapat dilihat dan
boleh dinikmati.
-Dihasilkan bagi bertujuan untuk dijual kepada pelanggan bagi
memenuhi keperluan dan kehendak serta citarasa pelanggan; contohnya
pakaian, makanan, minuman.
Perkhidmatan
- Sesuatu produk yang tidak boleh dilihat atau disentuh secara
fizikal tetapi boleh dirasai bila menggunakannya.
-Menawarkan faedah dan kemudahan kepada pelanggan contohnya;
perkhidmatan hospital, salun kecantikan.
*
-
iii)Konsep Keuntungan
Keuntungan merupakan sejumlah wang hasil daripada pendapatan
menjual barangan dan perkhidmatan setelah ditolak kos pengeluaran,
pemasaran, pentadbiran dan pengedaran serta lain-lain kos yang
terlibat.
Sumber hasil meliputi jualan, hasil sewa, faedah simpanan,
dividen saham.
Sumber kos/belanja meliputi belian bahan, bayaran sewa,
elektrik, air.
Untung = jumlah hasil - jumlah kos/belanja
(Harga x Kuantiti) ( Kos tetap + kos berubah)
*
-
iv) Konsep Faedah dan Kepuasan
Faedah :
Nilai atau manfaat yang diperolehi dari perolehan, pemilikan
atau penggunaan sesuatu barangan atau perkhidmatan.
Contoh: membeli motosikal manfaatnya ialah memudahkan
pergerakan
Kepuasan:
Keupayaan sesuatu barangan atau perkhidmatan untuk memenuhi
kehendak dan keinginan manusia. Tercapai apabila prestasi barangan
memenuhi atau melebihi jangkaan /persepsi pengguna. Tahap kepuasan
berbeza beza di antara seorang pengguna dengan pengguna yang
lain.
Contoh: Melalui aktiviti perniagaan yang dijalankan, peniaga
mendapat faedah dari segi keuntungan manakala pengguna mendapat
faedah dan kepuasan daripada pembelian dan penggunaan barang dan
perkhidmatan.
*
-
i. Keuntungan
Merupakan sejumlah wang hasil daripada pendapatan menjual
barangan dan perkhidmatan setelah ditolak kos pengeluaran,
pemasaran, pentadbiran dan pengedaran serta lain-lain kos yang
terlibat.
Menjadi matlamat utama semua jenis perniagaan untuk mendapatkan
wang supaya perniagaan terus wujud dan dapat bersaing di
pasaran.
(b) Objektif Perniagaan
*
-
ii. Kemandirian
- Usaha perniagaan untuk terus wujud dan kekal dalam
persekitaran.
- Boleh dicapai dengan memastikan pengguna sedar kewujudan
barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan.
- Oleh itu, peniaga akan cuba pikat pengguna melalui pelbagai
strategi pemasaran termasuk perletakan harga dan promosi yang
dijalankan dengan harapan dapat menarik perhatian pengguna.
*
-
iii. Pertumbuhan
- Berkembang : Usaha sesebuah perniagaan untuk memastikan
perniagaan yang diusahakan operasinya.
- Boleh dicapai dengan meluaskan pasaran dengan cara membina
agihan intensif, membentuk kesedaran dan minat dalam pasaran
massa.
- Jualan meningkat kerana produk mulai dikenali dan diminati
pengguna.
*
-
iv. Tanggungjawab Sosial
Aktiviti organisasi perniagaan untuk mengimbangi komitmennya
kepada kumpulan dan individu individu dalam persekitarannya
termasuklah pelanggan, perniagaan lain, pekerja, pelabur dan
masyarakat.
Griffin
Contoh tanggungjawab sosial kepada:
Pekerja Gaji, cuti rehat, keselamatan, insuran.
Pelabur Memaksimumkan pulangan pelaburan.
Perniagaan lain Penghantaran tepat.
Masyarakat Sumbangan, peluang pekerjaan, produk yang bermutu dan
selamat.
*
-
Kepentingan Perniagaan
Memenuhi keperluan
masyarakat
Meningkatkan peluang
pekerjaan
Memenuhi kehendak
peluang global
Tingkatkan pembangunan
ekonomi & Negara
1.2Kepentingan Perniagaan Kepada Pihak Berkepentingan
*
-
- Peniaga cuba untuk memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat
dengan menyediakan pelbagai barangan dan perkhidmatan yang bermutu
dengan harga, tempat yang sesuai kepada pelanggan.
i) Memenuhi Keperluan Masyarakat
*
-
Perniagaan mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat.
Pelbagai kemahiran dan pengetahuan digunakan dalam perniagaan. Ini
memberi peluang pekerjaan kepada ahli-ahli masyarakat yang
mempunyai pelbagai latar belakang dan pendidikan.
Dengan menyediakan pekerjaan, syarikat-syarikat ini dapat
meningkatkan taraf hidup masyarakat melalui pendapatan yang mereka
terima.
ii) Meningkatkan Peluang Pekerjaan
*
-
Perniagaan dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dengan
mengeksport keluaran yang dihasilkan ke luar negara seterusnya
menambahkan pendapatan negara.
Perniagaan juga akan menyuarakan kepada pihak-pihak tertentu
untuk memperbaiki keadaan infrastruktur sesebuah tempat. Secara
tidak langsung memberi kesan dalam membangunkan kawasan serta
masyarakat sesebuah tempat yang terlibat dengan perniagaan.
Dengan adanya aktiviti perniagaan, akan menggalakkan penggunaan
teknologi maklumat bagi membantu merangsangkan aktiviti perniagaan
dan memperbanyakkan peluang pekerjaan untuk meningkatkan taraf
hidup mereka.
iii) Meningkatkan Pembangunan Ekonomi dan Negara
*
-
- Peluang perniagaan tidak terhad dalam negara sahaja tetapi
meliputi luar negara seperti Amerika syarikat dan Jepun.
- Setiap negara berpeluang menikmati pelbagai produk dari
pelbagai negara.
Perniagaan global dapat meningkatkan peluang perniagaan,
pendedahan teknologi baru, meningkatkan pelaburan dan meningkatkan
taraf hidup penduduk sesebuah negara.
- Ilmu perniagaan dipertingkatkan supaya mampu bersaing dengan
syarikat-syarikat luar dan antarabangsa.
iv) Memenuhi Kehendak dan
Peluang Global
*
-
Pengeluaran didefinisikan sebagai suatu proses menukarkan
sumber-sumber pengeluaran kepada barangan siap atau barangan separa
siap.
Perkhidmatan juga dianggap sebagai produk dan sebarang
penyediaan kemudahan perkhidmatan dianggap sebagai pengeluaran.
Pengeluaran mencipta nilai tambahan kepada input supaya output
yang dihasilkan memberi kepuasan kepada pengguna.
Melibatkan aktiviti perancangan, penstafan, pengarahan dan
pengawalan segala aktiviti berkaitan penghasilan barangan dan
perkhidmatan melalui satu proses transformasi input (bahan mentah,
buruh, mesin dan lain-lain) kepada output (barangan dan
perkhidmatan) yang lebih bernilai.
1.3 Fungsi-fungsi Perniagaan
i) Pengeluaran
*
-
Pemasaran ialah satu sistem aktiviti perniagaan yang dibentuk
untuk merancang dan melaksanakan konsepsi, penentuan harga, promosi
dan pengedaran produk (merangkumi barangan, perkhidmatan,
organisasi, orang, tempat dan juga idea) untuk menggalakkan berlaku
pertukaran yang dapat memenuhi keperluan pengguna dan pada masa
yang sama mencapai objektif organisasi.
ii) Pemasaran
*
-
Kewangan melibatkan aktiviti menguruskan kewangan individu,
pertubuhan perniagaan atau bukan perniagaan, pertubuhan kerajaan
dan bukan kerajaan dan setiap entiti yang terbabit dengan wang.
Fungsi kewangan dalam sesebuah perniagaan termasuk membuat
ramalan keperluan dana, mendapatkan dana untuk syarikat,
menguruskan dana tersebut dan menentukan dana digunakan dengan cara
terbaik.
iii) Kewangan
*
-
iv) Sumber Manusia
Sumber manusia bagi sesebuah organisasi adalah merupakan staf
yang merangkumi pekerja dan pengurus yang terdapat dalam organisasi
tersebut.
Mereka menawarkan bakat, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman
kepada organisasi. Tanpa sumber manusia organisasi bukan sahaja
tidak dapat bergerak malah ia tidak akan wujud.
*
-
Persekitaran tugas merangkumi pihak berkepentingan seperti:
Pihak pengurusanPelaburPembiayaPekerjaPenggunaPembekalPesaing
1.4 Persekitaran Perniagaan
*
-
Pihak Pengurusan
Pihak pengurusan ialah pihak-pihak yang terbabit dalam
pengurusan syarikat. Pengurus mempunyai tugas menyelaraskan dan
mengawal kerja yang dilakukan oleh orang bawahan untuk mencapai
matlamat tertentu.
Matlamat itu tidak akan tercapai sekiranya dilakukan oleh
pengurus secara bersendirian. Pihak pengurusan terdiri daripada
ahli lembaga pengarah, pengarah dan pegawai eksekutif.
Pihak pengurusan menentukan hala tuju perniagaan, operasi
perniagaan, perancangan perniagaan dan keuntungan perniagaan.
a. Persekitaran Tugas
*
-
Pelabur
- Pemilik yang menyumbangkan modal dalam perniagaan bagi
mendapatkan keuntungan. Mereka membeli saham syarikat dan inginkan
pulangan dalam bentuk dividen. Pelabur terdiri daripada individu,
syarikat, institusi dan badan-badan yang ditubuhkan oleh
kerajaan.
-Perniagaan akan dapat diperluaskan hasil sumbangan modal
pelabur.
-Kedudukan kewangan syarikat yang kukuh memberi keyakinan kepada
pelabur untuk membuat pelaburan ke dalam syarikat.
- Pelabur tidak perlu terlibat secara langsung dalam menjalankan
aktiviti perniagaan tetapi berhak untuk mendapatkan keuntungan dan
boleh mempengaruhi keputusan syarikat bagi perniagaan.
a. Persekitaran Tugas
*
-
Pembiaya
Pihak yang mengeluarkan dan membiayai modal sesebuah perniagaan
merujuk kepada bank, syarikat kewangan, syarikat insurans dan
sebagainya. Pembiaya dan pemodal akan memastikan syarikat
perniagaan yang ingin dibiayai mempunyai prestasi yang baik dan
berpotensi mendapat untung.
Pembiaya mendapat keuntungan dengan mengenakan kadar faedah
tertentu kepada peniaga (peminjam).
*
-
Pekerja
-Individu yang menyumbangkan kemahiran untuk melaksanakan
aktiviti syarikat dan mendapat upah sebagai ganjaran.
- Pekerja terdiri dari golongan mahir, separuh mahir dan tidak
mahir.
- Semangat kerjasama pekerja membantu perniagaan mencapai
matlamat yang ditetapkan.
- Gelagat pekerja mempengaruhi kejayaan dan kegagalan syarikat
serta menggambarkan imej sesebuah perniagaan.
- Pekerja yang berkemahiran, berpengetahuan dapat menyumbang
kepada pertumbuhan perniagaan.
a. Persekitaran Tugas
*
-
Pengguna
Pengguna adalah individu yang membeli dan menggunakan sesuatu
produk.
- Keputusan pembelian pelanggan mempengaruhi kejayaan dan
kegagalan sesebuah perniagaan.
Perubahan citarasa pengguna mempengaruhi jenis keluaran, harga
dan kualiti keluaran.
Citarasa pengguna yang berbeza menyebabkan mereka membuat
keputusan untuk mereka membeli pelbagai barangan dan perkhidmatan
yang ditawarkan di pasaran.
- Perubahan citarasa juga menggalakan inovasi perniagaan.
a. Persekitaran Tugas
*
-
Pembekal
- Pembekal membekalkan keperluan yang diperlukan oleh syarikat.
Hubungan baik dengan pembekal adalah perlu untuk menjamin operasi
syarikat tidak terganggu dan operasi perniagaan dapat berjalan
dengan lancar.
- Bahan mentah, barang separuh siap dan peralatan yang
dibekalkan berterusan memastikan kelancaran proses pengeluaran dan
penjualan.
- Sekiranya bekalan yang dibekalkan adalah berkualiti, imej
perniagaan akan meningkat dengan produk berkualiti di pasaran.
a. Persekitaran Tugas
*
-
Pesaing
- Beberapa firma yang berlainan dalam industri yang sama
mengeluarkan produk yang sama atau hampir sama.
- Tindakan atau strategi pesaing boleh mempengaruhi harga dan
kualiti produk yang dihasilkan.
- Memerlukan perniagaan melakukan inovasi untuk mengatasi
persaingan.
- Strategi dan perancangan yang dibentuk untuk mengatasi
persaingan membolehkan perniagaan lebih menjadi kompetitif.
a. Persekitaran Tugas
*
-
Persekitaran umum merangkumi:
EkonomiTeknologiSosiobudayaPolitik dan
undang-undangGlobalFizikal/semulajadi
*
-
Ekonomi
Merujuk kepada keadaan dan jenis sistem ekonomi di mana
perniagaan beroperasi. Sekiranya ekonomi stabil, maka perniagaan
akan berkembang tetapi jika ekonomi lembab kuasa beli pengguna akan
menurun. Jika permintaan meningkat keuntungan syarikat juga
meningkat. Begitu juga jika permintaan menurun maka keuntungan
syarikat juga akan menurun.
- Persekitaran ekonomi yang baik akan menentukan operasi,
prestasi dan dasar perniagaan.
- Keadaan ekonomi yang baik meningkatkan aktiviti perniagaan dan
menjamin peluang perniagaan.
- Pendapatan penduduk yang meningkat menjamin peningkatan jualan
dan keuntungan perniagaan.
b. Persekitaran Umum
*
-
Teknologi
- Suatu penemuan sains yang diperolehi untuk membantu kehidupan
manusia.
Perkembangan teknologi memberi kesan dalam perniagaan yang
menggunakan mesin bermutu lebih produktif daripada syarikat yang
menggunakan mesin biasa.
- Penciptaan peralatan baru seperti robot mempercepatkan proses
pengeluaran dan meningkatkan produktiviti.
Pengeluaran dapat ditingkatkan dan operasi berjalan dengan
lancar.
- Penggunaan internet meningkatkan daya saing perniagaan kerana
penyampaian maklumat menjadi lebih cepat.
b. Persekitaran Umum
*
-
Sosiobudaya
Merujuk kepada satu set nilai norma yang dipegang dan diamalkan
oleh sesuatu kelompok masyarakat.
Setiap individu mempunyai corak kehidupan budaya yang berbeza
dari segi agama, adat resam dan cara hidup.
Perubahan citarasa masyarakat memaksa perniagaan menyesuaikan
barangan dan perkhidmatan mengikut kehendak mereka.
- Perubahan populasi penduduk memaksa peniaga mengeluarkan
barangan dan perkhidmatan bagi memenuhi kehendak majoriti
masyarakat.
b. Persekitaran Umum
*
-
Politik dan Undang- undang
Persekitaran politik dan perundangan mempengaruhi iklim
perniagaan apabila pihak kerajaan mengawal aktiviti perniagaan
melalui kuasa politik dan undang-undang yang dibuat.
Kerajaan menggubal undang-undang dan peraturan untuk kepentingan
semua untuk memastikan wujud persaingan yang sihat di kalangan
perniagaan, melindungi pengguna dan mengawal aktiviti perniagaan
daripada melakukan penyelewengan.
- Kestabilan politik menjamin suasana yang baik untuk perniagaan
terus berkembang maju.
- Undang-undang dan peraturan sesebuah negara seperti Malaysia
menetapkan Akta Jualan Langsung 1993, Akta Barangan Kawalan, Akta
Kontrak dan sebagainya.
b. Persekitaran Umum
*
-
Global
- Peniaga menjalankan perniagaan di luar dari negara
tempatan.
- Mereka mampu bersaing dalam peringkat antarabangsa.
- Dasar buka pintu yang diamalkan oleh sesebuah negara memboleh
peniaga menjalankan perniagaan di peringkat yang lebih jauh.
- Melalui perniagaan global membolehkan peniaga sentiasa
mementingkan kualiti dan menjaga imej syarikat serta negara.
- Melalui perniagaan ini juga pihak peniaga terdedah kepada
selok belok perniagaan dari luar dan aspek-aspek yang positif boleh
digunakan oleh peniaga dalam syarikat mereka supaya sistem
pengurusan syarikat menjadi lebih cekap dan berpotensi pada masa
depan.
b. Persekitaran Umum
*
-
Fizikal/semulajadi
Meliputi sumber-sumber asli yang diperlukan sebagai input oleh
pemasar atau yang dipengaruhi oleh aktiviti-aktiviti pemasaran.
Pemasar perlu menyedari pelbagai tren dalam persekitaran
semulajadi iaitu kekurangan bahan mentah, peningkatan populasi dan
peningkatan campurtangan kerajaan dalam pengurusan sumber
semulajadi.
b. Persekitaran Umum
*
-
1.5 Bentuk-bentuk Entiti Perniagaan
Bentuk-bentuk entiti perniagaanMilikan TunggalPerkongsianSyarikat
(Sendirian Berhad dan Berhad)Koperasi
*
- Perniagaan milikan tunggal
Adalah satu perniagaan yang ditubuhkan, dipunyai, dibiayai dari
segi kewangannya dan pengurusannya dikendalikan oleh seorang
individu yang mempunyai tanggungjawab peribadi terhadap hutang
(liabiliti tidak terhad).
Di Semenanjung Malaysia tertakluk di bawah Akta
Pendaftaran Perniagaan 1956, pindaan 1978 (Akta 197)
manakala Sabah dan Sarawak tertakluk kepada enakmen
negeri masing-masing.
*
-
Ciri-ciri milikan tunggal
Kelebihan Milikan Tunggal
i. Mudah ditubuhkan kerana modal yang kecil dan urusan
perundangan yang ringkas. Hanya mendaftar perniagaan di Pendaftar
Perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
ii. Kebebasan bertindak kerana ia dimiliki oleh seorang pemilik
sahaja dan bebas bertindak mengikut kemahuan sendiri. Contohnya
berapa modal yang hendak dilaburkan, berapa pekerja harus diambil
dan berapa gaji pekerja.
iii. Mempunyai persatuan sendiri terutamanya dalam menuntut hak
mereka seperti Persatuan Penjaja Kecil dan Persatuan Peniaga Pasar
Malam.
iv. Keuntungan dan kerugian ditanggung sendiri oleh pemilik
perniagaan tanpa dikongsi dengan orang lain kerana pemilik hanya
seorang dan berliabiliti tidak terhad di dalam perniagaannya.
*
-
v. Cukai yang dikenakan kepada pemilik perniagaan biasanya
rendah iaitu cukai pendapatan persendirian bukan cukai pendapatan
perniagaan.
vi. Menggunakan sepenuh kredibiliti, ide dan kebolehan pemilik
dalam menguruskan perniagaan tanpa campurtangan orang lain kerana
mereka berkuasa penuh ke atas perniagaan.
Tahap kerahsiaan tinggi kerana hanya pemilik sahaja yang mempunyai
maklumat perkembangan perniagaan dan mereka tidak diwajibkan
menghantar kepada mana-mana pihak laporan kewangan perniagaan.
viii. Perniagaan tunggal mudah dibubarkan tanpa melibatkan
pelbagai prosedur kerana status perundangannya tidak jelas. Jika
pemilik tidak memperbaharui lesennya, perniagaan dianggap telah
bubar.
Kelebihan Milikan Tunggal (sambungan..)
*
-
Kelemahan Milikan Tunggal
i. Liabiliti tidak terhad iaitu pemilik menanggung sepenuhnya
sebarang risiko yang berlaku dalam perniagaan mereka termasuklah
kemungkinan kerugian dan muflis.
ii. Mudah ditutup kerana modal yang kecil mengakibatkan
perniagaan terdedah kepada pelbagai risiko luar jangka seperti
kegawatan ekonomi yang menyebabkan peniaga tidak mampu beroperasi
disebabkan modal yang terhad. Risiko perniagaan menjadi muflis
adalah besar jika pemilik kurang pengalaman dan pengetahuan
mengenai perniagaan.
iii. Masa luang yang terhad kerana selalunya mereka terpaksa
menguruskan serta mengendalikan perniagaan sendiri menyebabkan
masalah tidak cukup masa dan kepakaran.
*
- Sukar mendapat pekerja mahir untuk mengendalikan perniagaan
kerana mungkin tidak mampu membayar gaji yang tinggi disebabkan
modal terhad.
v.Sukar berkembang. Ia disebabkan kekurangan modal dan tidak
dapat berubah milik.
vi. Sukar mendapat sumber kewangan kerana pinjaman bank sukar
diperolehi.
Pembubaran berlaku apabila pengusaha berhenti berniaga, meninggal
dunia, muflis atau bankrup.
Kelemahan Milikan Tunggal (sambungan..)
*
-
ii. Perkongsian
Adalah perniagaan yang dikongsikan dua orang atau lebih (tidak
melebihi 20 orang) mengikut Akta Syarikat 1965,Seksyen 14(3)(b)
bagi perniagaan biasa, tidak lebih daripada 10 orang bagi
perniagaan perbankan yang bertujuan untuk mendapatkan keuntungan
atau sebarang faedah.
Perkongsian dalam bidang profesional seperti perubatan,
pekongsinya tidak terhad.
Didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Rakan-rakan kongsi berkongsi tanggungan terhadap hutang
syarikat.
*
-
Ciri-ciri perkongsian
-Terikat dengan surat ikatan perjanjian di antara
rakan kongsi. Surat perjanjian perkongsian
tentukan kuasa dan tanggungjawab rakan
kongsi dan syarat-syarat lain.
-Rakan-rakan kongsi dikehendaki
menyumbangkan modal mengikut nisbah yang
dipersetujui dalam Artikel Perkongsian.
-Keuntungan diagihkan kepada rakan kongsi
mengikut syarat-syarat dan nisbah modal yang
disumbangkan seperti dalam Artikel
Perkongsian.
*
-
Antara butiran dalam perjanjian perkongsian:
1.Nama perniagaan atau firma perkongsian.
2.Lokasi perniagaan beroperasi.
3.Jenis perniagaan.
4. Jangkamasa perniagaan beroperasi.
5. Nama rakankongsi dan jumlah modal yang mereka sumbangkan
dalam perniagaan.
6. Kerja dan tugas setiap rakankongsi.
7. Jumlah harta yang mereka boleh keluarkan daripada perniagaan
untuk kegunaan peribadi.
8. Jumlah modal pusingan (keuntungan tertahan).
9. Prosedur pembubaran perniagaan.
10.Peratus keuntungan yang perlu diagihkan antara
rakankongsi.
*
-
Kelebihan perkongsian
Mudah ditubuhkan berbanding perniagaan perbadanan kerana tidak
banyak prosedur yang perlu dipatuhi.
Modal perkongsian lebih banyak berbanding perniagaan tunggal, maka
lebih mudah berkembang.
iii. Kemahiran pengurusan lebih banyak kerana ramai yang
terlibat sebagai rakan kongsi boleh menyumbangkan idea dan
pandangan untuk pengurusan perniagaan.
*
- Cukai dikenakan terhadap pemilik perniagaan sebagai pendapatan
individu bukan pendapatan perniagaan. Setiap rakan kongsi perlu
mengistiharkan pendapatannya hasil keuntungan perniagaan
perkongsian dan akan dicukai berasingan berpandukan pendapatan
individu. Tiada cukai atas perniagaan perkongsian.Status
perundangan tentang perkongsian jelas kerana ia mempunyai
perjanjian berbanding pemilikan tunggal. Perniagaan perkongsian
perlu mendaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan Akta
Perkongsian 1961.
vi. Mudah mendapat sumber kewangan daripada institusi kewangan.
Mendapat kepercayaan pihak bank.
Kelebihan perkongsian (sambungan..)
*
-
Kelemahan perkongsian
Tanggungan yang tiada had. Kebanyakan ahlinya mempunyai liabiliti
tidak terhad.Mudah berlaku salah faham. Perselisihan faham mudah
berlaku kerana ia mempunyai ramai pemilik di mana sukar untuk
mendapatkan persetujuan seragam antara semua pemilik tentang
sesuatu perkara.
*
-
iii. Modal perkongsian terhad jika dibandingkan dengan
perniagaan syarikat di mana modal yang kecil menyebabkan perniagaan
sukar berkembang.
iv. Perniagaan perkongsian amat tidak stabil kerana ia mudah
dibubarkan.
v. Pemilikan sukar untuk dipindahkan. Sukar untuk mendapatkan
semua pelaburan jika ada rakankongsi yang ingin tarik diri kerana
perniagaan perlu dibubarkan dulu.
Kelemahan perniagaan perkongsian
(sambungan..)
*
-
iii. Syarikat
Ialah sejenis perniagaan yang ditubuhkan di bawah kuasa
undang-undang dan akta khas.
Mempunyai hak di bawah undang-undang untuk beroperasi dalam
bidang perniagaan yang dibenarkan, memiliki harta dan liabiliti,
meminjam wang, mengambil dan diambil tindakan terhadap entiti
lain.
Perniagaan syarikat adalah satu entiti berasingan daripada
pemiliknya.
*
-
Ciri-ciri syarikat
Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 (semakan 1973) melalui
setiausaha syarikat.Pemilik perniagaan terdiri daripada semua
pemegang saham. Jangka hayat panjang selagi tidak
dibubarkan.Kepentingan pemegang saham dijaga oleh lembaga pengarah
yang merupakan pemegang saham majoriti.Pengurusan profesional mesti
digunakan di dalam pengurusan perniagaan. Laporan prestasi
perniagaan akan diberikan kepada lembaga pengarah sebagai wakil
semua pemegang saham.
*
- Modal syarikat besar kerana ia diperolehi daripada terbitan
saham, pinjaman bank dan terbitan bon.Keuntungan diagihkan dalam
bentuk dividen bagi setiap unit saham.Penyata kewangan diaudit dan
disahkan oleh juruaudit bebas yang dilantik oleh lembaga
pengarah.Penyata kewangan diaudit perlu diserahkan kepada kerajaan
(pendaftar syarikat) setiap tahun.Pemilik syarikat mempunyai
liabiliti terhad dan segala hutang syarikat terhad kepada syarikat
sahaja. Ini kerana syarikat satu entiti yang terpisah daripada
pemiliknya.
Ciri-ciri syarikat (sambungan..)
*
- Ciri-ciri syarikat sendirian berhadBoleh dikenali dengan mudah,
ada perkataan Sendirian Berhad atau Sdn. Bhd. pada akhir nama
syarikat.Pemilik atau pemegang saham syarikat terdiri daripada 2 50
orangSaham Syarikat Sendirian Berhad boleh dijual beli tetapi tidak
dilakukan dalam pasaran terbuka.Pemegang saham yang memiliki 51%
atau lebih daripada jumlah saham Syarikat Sendirian Berhad berhak
untuk mengawal syarikat tersebut.
Syarikat Sendirian Berhad
*
-
Ciri-ciri syarikat berhad
Dikenali melalui perkataan BERHAD/BHD. pada penghujung nama
syarikat. Contoh EON Bank Berhad, Olympia Berhad.Syarikat Berhad
adalah syarikat awam yang dimiliki oleh orang awam sebagai pemegang
saham.Sahamnya dijual kepada orang awam melalui bursa saham.Ia
tertakluk dibawah Akta Syarikat 1965.
*
- Bilangan pemegang saham lebih 2 orang hingga tiada had maksimum
bergantung kepada jumlah saham yang dipegang oleh ahli syarikat dan
jenis saham yang dikeluarkan.Pemegang saham syarikat awam berhad
bebas menjual dan membeli saham di pasaran saham iaitu Bursa Saham
Malaysia.Pemilik perniagaan mempunyai liabiliti terhad atas jumlah
modal atau saham yang dilaburkan dalam syarikat.Pengurusan dan
kawalan syarikat adalah tanggungjawab lembaga pengarah yang dipilih
oleh pemegang saham dalam mesyuarat agong tahunan.Pembahagian
untung dan dividen bergantung kepada keuntungan syarikat.Mesti
menerbitkan prospektus (laporan kewangan syarikat) dan mengumumkan
untung rugi dalam akhbar
SYARIKAT BERHAD
*
-
Kelebihan syarikat
Mudah untuk mendapatkan modal sama ada melalui pinjaman bank atau
orang awam dengan cara menerbitkan saham.Jangka hayat yang panjang
walaupun terdapat penukaran hak milik saham atau kematian pemegang
saham.Liabiliti perniagaan terhad kepada sumbangan modal.Syarikat
mudah berkembang kerana modalnya besar.Syarikat adalah satu entiti
yang berbeza iaitu syarikat boleh didakwa dan mendakwa atas
namanya.Pemegang saham dilindungi oleh undang-undang.Saham syarikat
mudah dijual.Pengurusan syarikat lebih efisyen.
*
-
Kelemahan syarikat
Pembentukan syarikat adalah rumit iaitu di bawah Akta Syarikat
1965.Saiznya besar dan banyak cawangan ia merumitkan pengurusan
iaitu banyak masalah yang timbul di kalangan pihak pengurusan dan
pekerja.Kos penubuhan syarikat adalah tinggi.Pengurusan syarikat
dikawal oleh lembaga pengarah dan bukannya pemegang saham. Ini
boleh menyebabkan salah guna kuasa.Operasi syarikat dikawal oleh
undang undang dan peraturan yang ketat yang mana undang-undang
bertujuan untuk melindungi kepentingan pemegang saham.Pengurus dan
pemilik syarikat terutama syarikat awam adalah dipisahkan.Cukai
dikenakan dua kali iaitu cukai pendapatan dan cukai syarikat.
*
-
iv. Koperasi ialah perniagaan yang dijalankan oleh
sekumpulan individu secara sukarela untuk menjaga
kebajikan ahli-ahlinya.
Ciri-ciri koperasiKoperasi dimiliki dan dikawal oleh ahli-ahlinya.2
bentuk koperasi iaitu koperasi keahlian terhad kepada jenis
pekerjaan, kawasan dan latar belakang seperti Koperasi Guru-guru
Semenanjung Malaysia dan koperasi yang keahlian bebas seperti
koperasi perumahan dan koperasi pengguna.Mengikut Akta Koperasi
1948, koperasi mempunyai prinsip-prinsip seperti keanggotaan
sukarela dan terbuka, perjalanan pengurusan secara demokrasi,
bayaran untung atas saham yang terhad, pembahagian untung secara
saksama, menggalakkan pendidikan koperasi dan bekerjasama secara
aktif di semua peringkat koperasi.
*
- Ditubuhkan di bawah Ordinan Akta Koperasi Malaysia.Liabiliti
terhad.Modal diperolehi melalui yuran sama ada yuran bulanan,
tahunan atau saham yang dibeli oleh ahli.Didaftarkan dengan Jabatan
Pembangunan Koperasi.Agihan risiko, keuntungan dan kerugian
berdasarkan pegangan saham dan penglibatan ahli-ahli.Diuruskan oleh
Lembaga Pengarah yang dilantik oleh ahli-ahli koperasi semasa
mesyuarat agong tahunan.Keuntungan koperasi diagihkan kepada ahli
sama ada satu kali atau dua kali setahun dalam bentuk dividen atau
bonus atau kedua-duanya.
*
-
Kelebihan koperasi
Menjaga kepentingan ahli dan bukannya mencari keuntungan.Mewujudkan
kerjasama dan tolong-menolong antara ahli-ahli dalam menyelesaikan
masalah mereka.Cukai dikenakan ke atas keuntungan iaitu lebih
rendah daripada cukai syarikat berhad.Ditadbirkan secara demokrasi
melalui pengundian.Liabiliti terhad.Wujud secara berterusan iaitu
entiti yang berasingan.
*
-
Kelemahan koperasi
Aktiviti koperasi dikuasai oleh segolongan individu tertentu kerana
ahli-ahli koperasi kurang aktif.Kedudukan kewangan agak lemah
kerana koperasi ditubuhkan oleh mereka yang berpendapatan rendah
seperti petani dan nelayan.Modal yang kecil menyebabkan koperasi
tidak mampu bersaing setara syarikat.Operasi dikawal rapi oleh
Jabatan Pembangunan Koperasi.Laporan kewangan perlu diaudit oleh
juruaudit luaran yang bertauliah.Mesyuarat Agong Tahunan yang
dihadiri oleh ramai ahli boleh menggugat sistem pengurusan
koperasi.Syer tidak boleh dipindah milik dan tidak disenaraikan
oleh Bursa Saham Malaysia.
*