BAB TIGA KAEDAH PENYELIDIKAN 3.1. Pengenalan
Setiap pelaksanaan aktiviti mempunyai tujuan yang dicadangkan.
Secara am penyelidikan dikategorikan menjadi dua, iaitu
penyelidikan asas dan gunaan. Penyelidikan asas bertujuan untuk
meninjau keadaan tertentu, mengenal pasti pemboleh ubah-pemboleh
ubah atau faktor-faktor yang terlibat untuk menerangkan suatu
keadaan dan membentuk suatu teori atau model. Penyelidikan asas ini
juga bertujuan mencari perhubungan diantara dua atau lebih pemboleh
ubah. Sedangkan penyelidikan gunaan bertujuan untuk menguji sesuatu
teori atau model yang dihasilkan dari penyelidikan asas,
menggunakan teori atau model untuk mencari penyelesaian sesuatu
masalah, selain itu penyelidikan gunaan adalah mengkaji penggunaan
sesuatu model untuk menilai keberkesanan penyelesaian suatu masalah
(Ananda,2007).
Dalam bahagian ini akan dihuraikan dan dibincangkan tentang
aspek kaedah penyelidikan yang telah digunakan bagi memperolehi
data kajian, iaitu reka bentuk kajian, prosedur penyelidikan dan
kaedah analisis data.
3.2. Reka Bentuk Kajian
Untuk menjalankan penyelidikan terdapat dua pendekatan, iaitu
pendekatan kualitatif dan kuantitatif (Sukardi, 2004; Nana, 2005;
Mohd, 2005; Ananda, 2007). Dalam penyelidikan ini digunakan
kedua-duanya, iaitu pendekatan kualitatif dan
68
kuantitatif (Dunn, 2003; Nana, 2005; Sudarwan, 2005; Mohd,
2005), dengan desain dua tahap (Aris, 2002).
Adapun kerangka kajian yang menjadi asas kajian dalam
penyelidikan ini boleh dikemukakan seperti Rajah 3.1 berikut :
Undang-Undang dan Peraturan tentang Polisi Pendidikan
Pelaksanaan Polisi Pemerkasaan GuruKAJIAN KUALITATIF
PEMERKASAAN GURU1. 2. 3. 4. 5. 6. Pembuatan Keputusan
Peningkatan Profesionalisme Status Kepercayaan diri Autonomi
Pengaruh
KAJIAN KUANTITATIF
Kepuasan Kerja
Komitmen Organisasi
Dapatan Kajian, Kekangan dan Kesan
Rajah 3.1 Kerangka kajian (dibina berasaskan Rinehart&Short
,1994; Wu & Short, 1996; Rinehart, 1998; Hoy& Miskel,
,2005; AG Subarsono, 2005) 3.2.1 Pendekatan Kualitatif
Pendekatan kualitatif ialah prosedur penyelidikan yang
menghasilkan data gambaran yang boleh diamati (Lexy, 2007), tradisi
tertentu dalam ilmu pengetahuan sosial yang secara fundamental
bergantung kepada pengamatan manusia dalam 69
kawasannya sendiri dan berkait dengan orang-orang tersebut dalam
bahasa dan peristilahannya (Kirk & Miller, 1986).
Pendekatan kualitatif dalam penyelidikan ini adalah kajian kes,
adalah suatu penyelidikan yang dilakukan terhadap suatu kesatuan
sistem, sama ada yang berbentuk program mahupun kejadian yang
terikat oleh tempat, waktu atau ikatan tertentu (Nana, 2005).
Kajian kes dilaksanakan untuk menghimpun data, memperoleh makna,
dan memperoleh pemahaman daripada suatu kes. Dalam penyelidikan
ini, kajian kes
digunakan untuk menjelaskan rangkaian agensi dan autoriti
pelaksana polisi pemerkasaan guru dilakukan dengan menghuraikan
peranan dan fungsi masing-masing agensi dalam pelaksanaan polisi
pemerkasaan guru Sekolah Menengah Pertama Negeri di Malang,
Indonesia.
Manakala untuk mengetahui pelaksanaan polisi pemerkasaan guru
yang terdiri daripada enam dimensi, iaitu penglibatan dalam membuat
keputusan, peningkatan profesionalisme, status, kepercayaan diri,
autonomi dan pengaruh. Masing-masing dimensi dianalisis dengan
aspek-aspek pelaksanaan polisi yang terdiri daripada enam aspek
iaitu keberkesanan, efisiensi, kecukupan, purata, responsiviti dan
kesesuaian (Dunn, 2003: Sudarwan, 2005). Keenam-enam aspek
pelaksanaan tersebut berperan sebagai fokus penyelidikan yang
disebut sebagai paradigma ilmiah (positivisme) penyelidikan
kualitatif (Lexy, 2007), sehingga didapati jawapan soalan
penyelidikan berikut :
1) Bagaimanakah mekanisme dan rangkaian peranan agensi dan
autoriti serta bidang tugas mereka dalam pelaksanaan polisi
pemerkasaan guru di bandar Malang, Indonesia?
70
2) Bagaimanakah pelaksanaan polisi pemerkasaan guru dalam enam
dimensi di enam buah sekolah di bandar Malang, Indonesia? 3) Apakah
kekangan dan kesan dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru dalam
enam dimensi di enam buah sekolah di bandar Malang, Indonesia?
3.2.2 Pendekatan Kuantitatif
Pendekatan kuantitatif ialah penyelidikan yang menekankan kepada
fenomenafenomena objektif dan dikawal melalui pengumpulan dan
analisis data (Nana, 2005; Chua, 2006; Fraenkel, 2007). Suatu
penyelidikan yang melibatkan pengukuran pemboleh ubah kajian dengan
menggunakan alatan saintifik dan eksperimen.
Penggunaan ujian statistik terhadap sesuatu kajian adalah
sebagai usaha untuk menerangkan, menjelaskan atau mencari
perhubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah dalam suatu
penyelidikan. Dalam kajian ini, untuk memberikan penerangan dan
penjelasan tentang persepsi guru terhadap pelaksanaan polisi
pemerkasaan guru, kepuasan kerja dan komitmen organisasi digunakan
kekerapan, peratus dan min daripada skor yang diperoleh melalui
soal selidik yang diserahkan kepada sampel kajian.
Manakala untuk menjelaskan pengaruh pemerkasaan guru terhadap
kepuasan kerja dan komitmen organisasi digunakan ujian statistik
analisis regresi linear berganda. Ujian ini untuk memperoleh
keputusan tentang pengaruh pemerkasaan guru dalam enam dimensi
secara bersama-sama dan pengaruh masing-masing dimensi pemerkasaan
guru terhadap kepuasan kerja dan komitmen organisasi. Kajian ini
adalah penyelidikan inferensi dan skor data yang diperoleh telah
ditransformasi daripada skala ordinal (skala Likert) kepada skala
selang, sehingga analisis regresi linear berganda ialah alat ujian
yang sesuai. Namun untuk menguji kesesuaian alat yang digunakan,
terlebih dahulu
71
dilakukan ujian andaian klasik yang terdiri daripada lima hal,
iaitu normaliti, multikolineariti, autokorelasi,
heteroskedastisiti, dan lineariti. Sedangkan untuk menguji hubungan
antara kepuasan kerja dengan komitmen organisasi yang datanya
berupa skala selang, maka digunakan ujian korelasi Pearson.
Analisis tersebut digunakan untuk memperoleh jawapan daripada
soalan penyelidikan berikut: 1) Bagaimanakah persepsi guru Sekolah
Menengah Pertama Negeri di Malang Indonesia terhadap pelaksanaan
polisi ditinjau daripada pemerkasaan guru, kepuasan kerja dan
komitmen organisasi? 2) Bagaimanakah pengaruh pemerkasaan guru
Sekolah Menengah Pertama Negeri di Malang, Indonesia dalam enam
dimensi terhadap kepuasan kerja dan komitmen organisasi, serta
hubungan antara kepuasan kerja dengan komitmen organisasi?
3.3 Prosedur Penyelidikan
Prosedur penyelidikan terdiri daripada dua peringkat, iaitu
prosedur peringkat persediaan penyelidikan yang mengandungi
langkah-langkah yang dijalankan sebelum melaksanakan penyelidikan
dan prosedur peringkat pelaksanaan penyelidikan yang mengandungi
tentang alat pengumpulan data, kesahihan dan kebolehpercayaan serta
penyelidikan sebenar.
3.3.1 Peringkat Persediaan Penyelidikan
Prosedur peringkat persediaan penyelidikan dijalankan setelah
penyelidik berjaya lulus peringkat vetting proposal penyelidikan
dan setelah memperolehi kebenaran daripada penyelia untuk
menjalankan penyelidikan. Pada tahap ini terbahagi kepada dua
aktiviti, iaitu penentuan populasi dan sampel kajian, dan mengurus
surat kebenaran untuk melaksanakan penyelidikan.
72
3.3.1.1 Populasi dan Sampel Kajian
Kajian ini menggunakan dua pendekatan, iaitu pendekatan
kualitatif dan kuantitatif. Untuk pendekatan kuantitatif, populasi
kajiannya adalah guru-guru yang dilantik sebagai pegawai kerajaan
dan berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Pertama Negeri di
Malang, Indonesia seramai 949 orang guru yang tersebar di 24 buah
Sekolah Menengah Pertama Negeri.
Untuk menentukan bilangan guru sebagai sampel digunakan rumus
seperti berikut :
S
=
(Isaac & Michael dalam Riduwan, 2007)
S X2 N P d
= Bilangan sampel = Nilai Chi Square dengan taraf signifikans 5%
= Bilangan populasi = Proporsi populasi maksimum 50% = Tingkat
siginifikans dalam hal ini digunakan 5%
Dalam penyelidikan ini bilangan sampel yang diperoleh adalah
seperti berikut:
S
=
=
= 273.7
= 274 (pembulatan)
73
Untuk menentukan sampel digunakan cara persampelan
kebarangkalian prosedur persampelan berperingkat (stratified random
sampling). Daripada 24 buah Sekolah Menengah Pertama Negeri di
Malang mempunyai markat mulai dari ke-1 hingga ke-24 (Diknas,
2007), kemudian dikelompokkan menjadi tiga kategori, iaitu kategori
pertama terdiri daripada sekolah-sekolah yang termasuk markat ke-1
hingga ke-8, kategori kedua adalah sekolah-sekolah yang termasuk
markat ke-9 hingga ke-17 dan kategori ketiga iaitu sekolah yang
mempunyai markat ke-18 hingga ke-24, sehingga masing-masing
kategori terdiri daripada lapan buah sekolah.
Dengan bantuan program SPSS versi 15.0 dilakukan pengambilan
sampel dengan cara rawak dua tahap. Tahap pertama mengambil secara
rawak tiga buah sekolah untuk setiap kategori, sehingga diperoleh
sembilan sekolah daripada 24 buah sekolah. Tahap kedua mengambil
secara rawak seramai 40 orang guru untuk setiap sekolah sehingga
bilangan sampel terpilih seramai 360 orang guru daripada guru-guru
yang berkhidmat di sembilan sekolah terpilih. Bilangan sampel yang
menjadi responden dalam penyelidikan ini lebih ramai daripada
syarat minimum, iaitu 274 orang guru, hal ini dilakukan sebagai
cadangan jika terdapat sampel yang tidak mengembalikan soal selidik
yang telah dikirim dan juga kemungkinan diperolehi soal selidik
yang tidak memenuhi syarat untuk dianalisis.
Sekolah yang terpilih menjadi sampel dan bilangan responden
dalam penyelidikan ini seperti pada Jadual 3.1 berikut:
74
Jadual 3.1 Sekolah Tempat Penyelidikan Kajian Kuantitatif dan
Bilangan Sampel
No 1 2 3 4 5 6 7 8 9
Nama dan Alamat Sekolah SMPN 1 Jl. Lawu 12 Malang SMPN 5 Jl. WR
Supratman 12 Malang SMPN 6 Jl.Kawi 15 A Malang SMPN 20 Jl R
Tumenggung Suryo 38 Malang SMPN 18 Jl. Soekarno Hatta A-394 Malang
SMPN 13 Jl. Sunan Ampel II Malang SMPN 10 Jl. Mayjen Sungkono 57
Malang SMPN 12 Jl. Slamet Supriadi 49 Malang SMPN 17 Jl. Pel.
Tanjung Priok 170 Malang Jumlah
Bilangan Sampel 40 40 40 40 40 40 40 40 40 360
Untuk kajian kualitatif digunakan pendekatan kajian kes,
sehingga hasil yang diperoleh tidak digeneralisasikan kepada
wilayah yang lebih luas dan keputusan kajian hanya berlaku di
tempat kajian. Pendekatan kualitatif ini untuk mengungkap rangkaian
agensi dan autorinya dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru, dan
pelaksanaan polisi pemerkasaan guru Sekolah Menengah Pertama Negeri
di Malang, Indonesia. Tempat kajian dipilih dua buah sekolah untuk
setiap kategori dari tiga buah sekolah yang menjadi sampel daripada
kajian kuantitatif, sehingga bilangan sekolah yang menjadi tempat
kajian kualitatif seramai enam buah sekolah yang terdiri daripada
dua buah sekolah untuk masing-masing kategori.
75
Pemilihan sekolah ini dilakukan untuk mengungkap dan
membandingkan pelaksanaan polisi pemerkasaan guru di sekolah tempat
kajian dari masing-masing kategori. Adapun sekolah tempat kajian
kualitatif adalah seperti Jadual 3.2 berikut
Jadual 3.2
Sekolah Tempat Penyelidikan Kajian Kualitatif
No
Nama Sekolah
1 2 3 4 5 6
SMPN 5 Jl. WR Supratman 12 Malang SMPN 6 Jl.Kawi 15 A Malang
SMPN 20 Jl R Tumenggung Suryo 38 Malang SMPN 18 Jl. Soekarno Hatta
A-394 Malang SMPN 12 Jl. Slamet Supriadi 49 Malang SMPN 17 Jl. Pel.
Tanjung Priok 170 Malang
3.3.1.2 Surat Kebenaran
Bagi memastikan bahawa penyelidikan yang dijalankan tidak
menghadapi permasalahan, penyelidik mengambil beberapa langkah
seperti berikut:
1) Setelah memperoleh surat keputusan berjaya lulus vetting
proposal penyelidikan dan meminta kebenaran kepada penyelia untuk
menjalankan penyelidikan, maka surat tersebut dihantar kepada Dekan
Fakulti Keguruan dan Ilmu Pendidikan (FKIP) Universiti Muhammadiyah
Malang (UMM), tempat penyelidik bertugas sebagai pensyarah, untuk
meminta surat kebenaran melaksanakan penyelidikan di Sekolah
Menengah Pertama Negeri di Malang, Dewan Pendidikan, Komite Sekolah
dari enam buah sekolah terpilih, dan Parlimen Daerah bandar
Malang.
76
2) Surat kebenaran daripada Dekan FKIP UMM dihantar kepada
pengetua daripada sembilan buah sekolah tempat penyelidikan dengan
dilampirkan nota persefahaman (MoU) daripada Pejabat Pelajaran
Daerah dengan FKIP UMM. Nota tersebut mengandungi tentang
diizinkannya pensyarah FKIP UMM untuk menjalankan penyelidikan di
sekolah-sekolah dalam persekitaran Pejabat Pelajaran Daerah bandar
Malang. 3) Selain itu, penyelidik menghantar surat kebenaran
daripada Dekan FKIP UMM kepada responden di Dewan Pendidikan,
Komite Sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, dan Parlimen Daerah
bandar Malang untuk melaksanakan temu bual.
3.3.2 Peringkat Pelaksanaan Penyelidikan
Setelah peringkat persiapan penyelidikan selesai dijalankan,
langkah berikutnya adalah peringkat pelaksanaan penyelidikan, yang
terbahagi menjadi tiga, iaitu alat pengumpulan data, kesahihan dan
kebolehpercayaan dan penyelidikan sebenar.
3.3.2.1 Alat Pengumpulan Data
Alat pengumpulan data ialah alat yang digunakan untuk mengukur
pemboleh ubah-pemboleh ubah yang dikaji (Sukardi, 2004; Mohd,
2005). Ada beberapa macam alat penyelidikan yang boleh digunakan
untuk mengambil data. Dalam kajian ini alat penyelidikan yang
digunakan adalah soal selidik untuk kajian kuantitatif, manakala
untuk kajian kualitatif menggunakan pemerhatian, temu bual dan
analisis dokumen (Sukardi, 2004; Nana, 2005; Mohd, 2005). Dalam
bahagian ini dihuraikan tentang alat pengumpulan data kajian
kualitatif dan kuantitatif seperti berikut.
77
1) Alat Pengumpulan Data Kajian Kualitatif
Terdapat tiga kaedah alat pengumpulan data, iaitu pemerhatian,
temu bual dan analisis dokumen (Mohd, 2005; Nana, 2005; Fraenkel,
2007). Penggunaan ketiga-tiga kaedah ini akan saling melengkapi
antara satu dengan yang lain, ketidakjelasan daripada pengutipan
data teknik pemerhatian akan ditanya kepada responden melalui
teknik temu bual dan sebaliknya, yang kemudian disokong oleh teknik
analisis dokumen. Penggunaan ketiga-tiga kaedah tersebut merupakan
bahagian daripada proses triangulasi yang dapat menghasilkan
dapatan kajian yang lebih tepat dan meyakinkan tentang konsep yang
dikaji (Mohd, 2005; Nana, 2005).
Triangulasi membolehkan data-data yang tidak dapat dikumpul
dengan satu kaedah akan digunakan kaedah yang lain, seperti
terlihat pada Rajah 3.2 berikut
Rajah 3.2 Triangulasi kaedah pengumpulan data (Sumber Lexy,
2007)
78
Ketiga-tiga kaedah pengumpulan data kajian kualitatif iaitu
pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen akan memantapkan
kebolehpercayaan dan kesahihan internal (Merriam, 2001), dan satu
kelebihan yang ketara adalah penggunaan pelbagai teknik pengutipan
data yang memberi triangulasi atau pengukuhan data (Marohaini,
2001) Penggunaan masing-masing kaedah dalam penyelidikan ini adalah
seperti huraian berikut.
a) Pemerhatian
Kaedah pemerhatian digunakan untuk pengumpulan data tentang
pelaksanaan polisi pemerkasaan guru dalam situasi semula jadi
Sekolah Menengah Pertama Negeri di Malang, Indonesia. Pemerhatian
yang dilakukan memberikan peluang kepada penyelidik untuk
memerhati, mendengar dan mengalami suasana yang sebenar (Mohd,
2005; Nana, 2005). Dengan kaedah ini penyelidik memperoleh gambaran
sebenar yang menyeluruh dan mendalam tentang yang berlaku, cara
pengetua melibatkan guru dalam pelaksanaan membuat keputusan
program-program sekolah, dan cara guru membuat perancangan
pembelajaran menggunakan keadaan persekitaran yang tersedia. Dalam
kajian ini, penyelidik bertindak sebagai pemerhati atau peserta
seperti mana dinyatakan oleh Spradley (1980), semua pengkaji yang
menggunakan pemerhatian-peserta dalam kajian mempunyai dua tujuan,
a) melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan
situasi, b) memerhati aktiviti-aktiviti yang sedang berlaku dengan
aspek-aspek berkenaan.
b) Temu Bual
Temu bual ialah alat penyelidikan bilamana subjek dan penyelidik
hadir dalam proses memperolehi dapatan kajian (Sukardi, 2004; Mohd,
2005; Nana, 2005),
79
berkenaan dengan fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak yang
diperlukan untuk mencapai objektif penyelidikan (Mohd, 2005). Temu
bual merupakan salah satu sumber maklumat yang paling penting dalam
kajian kes. Hal ini kerana dengan temu bual, dalam beberapa situasi
penyelidik dapat meminta kepada responden untuk menyampaikan
pendapatnya tentang suatu peristiwa atau program tertentu, dan
hasilnya dapat digunakan sebagai preposisi dalam pelaksanaan
penyelidikan selanjutnya. Dalam penyelidikan ini, temu bual
digunakan untuk mengumpulkan data dan maklumat dengan pertimbangan:
i) Penyelidik memperoleh dapatan kajian tentang rangkaian agensi
dan autoriti serta bidang tugasannya dalam pelaksanaan polisi
pemerkasaan guru ii) Memperoleh dapatan kajian secara terperinci
berkait dengan pelaksanaan polisi pemerkasaan guru Sekolah Menengah
Pertama Negeri di Malang, Indonesia. c) Dokumen Dokumen pada
hakikatnya adalah segala bahan tertulis mahupun filem yang sudah
tersedia pada tempat tertentu (Noeng, 2000; Nana, 2005; Sudarwan,
2005). Analisis dokumen digunakan untuk membantu penyelidik
mendapatkan data secara objektif melalui dokumen serta tidak
memerlukan kehadiran informan dan juga dapat memberikan data yang
konsisten kerana segala data diperoleh secara tersurat dan dapat
digunakan untuk memperoleh kesahan sesuatu jawapan yang diperoleh
daripada analisis soal selidik (Frankel, 2007). Penggunaan dokumen
dalam penyelidikan adalah mendukung dan menambah bukti daripada
sumber-sumber lain. Ada tiga penggunaan kaedah dokumen dalam
penyelidikan, a) membantu memeriksa data-data yang telah
dikumpulkan, b) dapat menambah rincian khas lainya guna mendukung
maklumat daripada sumber-sumber lain, jika bukti dokumen
bertentangan dan bukanya
80
mendukung, penyelidik mempunyai alasan untuk mengkaji lebih jauh
tentang kajian yang sedang dilaksanakan, c) inferensi dapat dibuat
dari dokumen-dokumen (Robert, 1996).
2) Alat Pengumpulan Data Kajian Kuantitatif
Dalam bahagian ini terdiri daripada dua huraian, iaitu soal
selidik dan pembinaan soal selidik.
a). Soal Selidik Soal Selidik ialah sesuatu alat pengumpulan
data secara tidak langsung, penyelidik tidak langsung bertanya
jawab dengan responden (Nana, 2005), sesuatu cara yang sering
digunakan dalam penyelidikan pendidikan (Sukardi, 2004). Ada dua
jenis soal selidik, pertama soal selidik jawapan dipilih, iaitu
subjek dikehendaki memilih jawapan yang tepat terhadap soalan
mahupun rangsangan yang dikemukakan berdasarkan cadangan-cadangan
jawapan yang disediakan, yang kedua adalah soal selidik jawapan
diberi, iaitu bilamana subjek dikehendaki menjawab soalan mahupun
rangsangan didalam soal selidik (Sukardi, 2004; Mohd, 2005). Dalam
penyelidikan ini digunakan soal selidik jawapan dipilih, hal ini
dilakukan kerana a) soal selidik mudah ditadbir, b) tidak
memerlukan kemahiran subjek untuk melahirkan idea secukupnya
melalui tulisan, c) memudahkan menganalisis jawapan (Nana, 2005;
Mohd, 2005). Selain itu, juga menggunakan soal selidik jawapan
diberi yang digunakan untuk memperoleh dapatan kajian tentang kesan
guru terhadap pelaksanaan polisi pemerkasaan guru.
81
b) Pembinaan Soal Selidik
Soal selidik dalam penyelidikan ini digunakan untuk memperolehi
data tentang pemerkasaan, kepuasan kerja dan komitmen organisasi.
Soal selidik yang digunakan dengan mengubahsuai soal selidik yang
telah digunakan oleh beberapa penyelidik terdahulu dan sebahagian
dibina bersama penyelia serta disesuaikan dengan keadaan tempat
penyelidikan.
i)
Soal Selidik Pemerkasaan Guru
Soal selidik yang digunakan dibina oleh penyelidik dan penyelia
serta mengubahsuai soal selidik yang telah digunakan oleh beberapa
penyelidik terdahulu. Untuk soal selidik pemerkasaan guru, dengan
mengadaptasi soal selidik School Participant Empowerment Scale yang
dikembangkan oleh Short.& Rinehart (1992), dengan bilangan item
38 soal selidik. Setelah dilaksanakan perbincangan dengan penyelia
diperolehi 44 soal selidik dengan menambahkan 6 item soal selidik.
Pengukuran terhadap masing-masing pernyataan menggunakan lima skala
Likert, iaitu (1) sangat tidak memuaskan, (2) tidak memuaskan, (3)
kurang memuaskan, (4) memuaskan, dan (5) sangat memuaskan
ii) Soal Selidik Kepuasan Kerja
Untuk soal selidik kepuasan kerja, digunakan soal selidik yang
dibina oleh penyelidik dengan penyelia serta mengubah suai soal
selidik yang pernah digunakan oleh Siti Suaibah (2004), dan Avadiar
(2004). Item soal selidik yang digunakan dengan mengubah suai dan
disesuaikan dengan keadaan tempat penyelidikan dengan meminta
kebenaran kepada penyelia dan dibincangkan dengan pakar. Bilangan
item soal selidik yang digunakan dalam pengambilan data tentang
kepuasan kerja adalah 48 item soal
82
selidik. Pengukuran terhadap masing-masing pernyataan
menggunakan skala Likert, iaitu (1) sangat tidak memuaskan, (2)
tidak memuaskan, (3) kurang memuaskan, (4) memuaskan, dan (5)
sangat memuaskan
iii) Soal Selidik Komitmen Organisasi
Untuk penyelidikan tentang komitmen organisasi digunakan item
soal selidik Organizational Commitment Questionnaire (OCQ) yang
disusun oleh Mowday dan telah digunakan oleh Wu Yueh Yun (1994)
yang terdiri daripada tiga dimensi iaitu afektif, kelangsungan, dan
normatif. Bilangan item soal selidik sebanyak 15 item soal,
kemudian dilakukan perbincangan dengan penyelia dan dibina lagi 3
item soal selidik sehingga jumlahnya menjadi 18 item soal selidik.
Dalam penyelidikan ini pengukuran terhadap masing-masing pernyataan
menggunakan skala Likert, iaitu (1).sangat rendah, (2) rendah, (3)
sederhana (4) tinggi, dan (5) sangat tinggi
3.3.2.2 Kesahihan dan Kebolehpercayaan
Soal selidik sebagai alat pengumpulan data hendaknya memenuhi
kesahihan dan kebolehpercayaan. Kesahihan sesuatu alat pengukuran
merujuk kepada sejauh mana alat mengukur data yang sepatutnya ia
kehendaki mengukur (Mohd, 2005; Nana, 2005; Sukardi, 2005).
Kebolehpercayaan ialah ketekalan (Sukardi, 2005), berkait dengan
peringkat ketetapan hasil pengukuran (Nana, 2005), ketekalan
sesuatu alat ukur dalam mengukur pemboleh ubah mahupun gagasan
(Mohd, 2005).
Untuk memperolehi kesahihan dan kebolehpercayaan soal selidik,
dilakukan beberapa langkah, iaitu 1) Mengadakan perbincangan dengan
penyelia dalam proses pembinaan soal selidik, 2) Menggunakan
kumpulan pakar untuk menentukan kesahihan butiran soal selidik,
83
3) Meyakinkan kepada responden bahawa segala maklumat yang
diberikan hanya untuk tujuan kajian semata-mata, 4) Melakukan
kajian rintis untuk menguji kesahihan dan kebolehpercayaan soal
selidik.
Huraian
masing-masing
langkah
untuk
memperoleh
kesahihan
dan
kebolehpercayaan adalah seperti berikut:
1) Perbincangan dengan Penyelia
Alat penyelidikan yang digunakan untuk mengambil data, sama ada
untuk kajian kuantitatif mahupun kualitatif selalunya dibincangkan
dengan penyelia. Dengan perbincangan yang telah dilakukan diperoleh
maklum balas untuk membaiki item-item yang terdapat dalam soal
selidik dan juga dalam soalan temu bual, sehingga alat penyelidikan
boleh digunakan untuk mengambil data sesuai dengan kajian yang
dilakukan.
2) Menggunakan Kumpulan Pakar
Setelah soal selidik memperolehi kebenaran daripada penyelia,
langkah berikutnya adalah membincangkan item soal selidik dan
soalan temu bual dengan para pakar. Perbincangan yang dilakukan
terdiri daripada dua bahagian, iaitu tentang substansi isi item
soal selidik dan soalan temu bual serta susunan kalimat yang
digunakan, dengan tujuan untuk mengetahui kesesuaian maksud
daripada soal selidik dan soalan temu bual, iaitu untuk memperolehi
data pelaksanaan polisi pemerkasaan guru.
Dua pakar telah membantu penyelidik untuk melaksanakan
perbincangan tentang subtansi isi daripada alat pengambil data sama
ada masalah soal selidik 84
mahupun soalan temu bual, iaitu Dr. Arif Budiwuryanto, pakar
bidang pendidikan dan juga ahli Dewan Pendidikan bandar Malang, dan
Dra. Hj Hari Windu Asrini, M.Si pakar bidang Bahasa Indonesia yang
telah memberikan pembetulan terhadap item soal selidik dan soalan
temu bual hingga sesuai antara kalimat yang ada didalam soalan temu
bual dan soal selidik dengan maksud yang diharapkan terhadap
perolehan data yang diinginkan.
3) Meyakinkan Kepada Responden
Alat penyelidikan yang digunakan untuk memperolehi data
adakalanya menurut responden akan mempengaruhi terhadap dirinya
berkait dengan tugasnya. Untuk menghindari adanya pengisian angket
yang bias dan tidak sesuai dengan keadaaan yang sebenar, maka
penyelidik meyakinkan kepada responden dengan memberikan pengantar
bahawa kerahsiaan responden sangat terjaga dalam mengisi soal
selidik.
Demikian juga pada saat pelaksanaan temu bual, penyelidik
menyampaikan bahawa hasil daripada temu bual akan ditranskrip, dan
didalam transkrip hasil temu bual tidak disebutkan nama responden
dan sekolah dimana mereka bertugas dan keduanya hanya di kod dan
boleh diketahui oleh penyelidik, responden dan penyelia.
4) Melakukan Kajian Rintis
Kajian rintis dijalankan untuk menguji soal selidik yang
disediakan oleh penyelidik, dan hal ini untuk memperolehi kesahihan
dan kebolehpercayaan soal selidik serta untuk membaiki kelemahan
yang ada dalam prosedur kajian. Kajian rintis dijalankan di dua
buah Sekolah Menengah Pertama Negeri di bandar Malang, selain
daripada sekolah bagi kajian sebenar, hal ini sebagaimana
ditegaskan oleh Glesne dan
85
Peshkin (1992) bahawa secara idealnya peserta kajian rintis
diperolehi dari populasi sasaran kajian.
Langkah-langkah yang dilakukan penyelidik semasa peringkat
kajian rintis adalah seperti berikut : a) Penyelidik meminta surat
kebenaran daripada Dekan FKIP UMM, untuk menjalankan kajian rinstis
di dua buah Sekolah Menengah Pertama Negeri di Malang. b)
Penyelidik menghantar surat kebenaran daripada Dekan FKIP UMM
kepada pengetua sekolah sebagai tempat menjalankan kajian rintis
dan pengetua memberikan kebenaran kepada penyelidik untuk
menjalankan kajian rintis di sekolah beliau. c) Penyelidik
memulakan pelaksanaan kajian rintis dengan cara berkenalan dengan
calon peserta kajian rintis untuk soalan temu bual, hal ini
dilakukan dengan memberikan penerangan kepada calon peserta kajian
rintis supaya calon peserta kajian rintis tidak timbul sebarang
perasaan tidak selesa pada masa kajian ini dijalankan dan untuk
mempertajam kemahiran serta kepercayaan penyelidik untuk
menjalankan kerja lapangan yang sebenar. Sebagai ucapan terima
kasih, responden yang telah selesai ditemu bual, penyelidik
memberikan kenang-kenangan sebatang pen. d) Untuk kajian rintis
soal selidik, penyelidik meminta kepada penolong pengetua untuk
membolehkan penyelidik memilih seramai 40 orang guru daripada
masingmasing sekolah, sehingga jumlah responden untuk kajian rintis
seramai 80 orang guru. Kemudian menyampaikan satu set soal selidik
yang terdiri daripada 4 bahagian, iaitu identiti responden, soal
selidik pemerkasaan guru, kepuasan kerja dan komitmen organisasi
dengan meminta bantuan kepada penolong pengetua untuk
86
menyampaikan kepada guru yang terpilih sebagai responden dan
memberikan waktu kepada responden untuk mengisi soal selidik selama
2 minggu. e) Soal selidik yang dihantar kepada responden semuanya
kembali sejumlah 80 soal selidik, dan sebagai rasa terima kasih,
penyelidik memberikan cendera hati berupa sebatang pen kepada
responden yang sudah mengumpulkan soal selidik melalui penolong
pengetua, dan langkah berikutnya yang dilakukan penyelidik adalah:
i. Memeriksa kandungan soal selidik setelah dikembalikan daripada
guru dan diperolehi bahawa semua item soal selidik sudah diisi. ii.
Memasukan skor item soal selidik kepada borang yang telah
disediakan untuk masing-masing bahagian, iaitu identiti,
pemerkasaan guru, kepuasan kerja dan komitmen organisasi. iii.
Menguji kesahihan dan kebolehpercayaan item soal selidik dengan
memasukkan skor setiap item kepada borang didalam program SPSS
versi 15.0 dengan cara seperti berikut: i) Untuk menguji
kebolehpercayaan dilakukan dengan menghitung nilai Cronbachs Alpha
(rh) yang disebut juga sebagai nilai r hitung dari ujian
kebolehpercayaan pemboleh ubah. Jika nilai rh 0. 60 boleh diambil
kesimpulan bahawa soal selidik adalah memenuhi kriteria
kebolehpercayaan (Purbayu, 2005). ii) Untuk ujian kesahihan item
soal selidik diperoleh dengan melihat harga rh, Kemudian melihat
nilai r jadual dengan memperhatikan N (bilangan responden) sebesar
80, diperoleh tingkat kebebasan (df) sebesar 80-2 = 78 dan dengan
mengambil tingkat signifikans sebesar 5 peratus diperoleh nilai rj
sebesar 0.2301. Berikutnya adalah membandingkan rh dan rj, dengan
kriteria, jika rh rj bererti bahawa item soal selidik memenuhi
87
kriteria kesahihan, jika sebaliknya maka item soal selidik tidak
memenuhi kriteria memenuhi kriteria kesahihan (Purbayu, 2005). iv.
Berdasarkan hasil ujian tersebut diperolehi hasil seperti berikut:
i) Item soal selidik pemerkasaan guru sebilangan 44 item soal
selidik. Daripada analisis menggunakan program SPSS versi.15.0
diperoleh nilai Cronbachs Alpha sebesar 0.953. Kerana lebih besar
daripada 0.6, boleh disimpulkan bahawa soal selidik memenuhi
kriteria kebolehpercayaan. Sedangkan item soal selidik yang tidak
memenuhi kriteria kesahihan adalah item soal selidik no. 1 dengan
nilai rh = -0.019, kerana nilai rh < rj, sehingga yang memenuhi
kesahihan dan kebolehpercayaan sebilangan 43 item soal selidik, ii)
Item soal selidik kepuasan kerja sebilangan 48 item soal selidik.
Daripada analisis menggunakan program SPSS versi.15.0 diperoleh
nilai Cronbachs Alpha sebesar 0.902. Kerana lebih besar daripada
0.6, maka boleh disimpulkan bahawa soal selidik memenuhi kriteria
kebolehpercayaan. Sedangkan item soal selidik yang tidak memenuhi
kriteria kesahihan terdiri daripada 6 item soal selidik, iaitu No.
3 nilai rh = 0.029, No.9 nilai rh = 0.044, No. 13 rh = -0,136, No.
28 rh = -0.179, No. 32 rh = -0.208 dan No. 35 rh = 0.189, kerana
nilai rh < rj, sehingga yang memenuhi kesahihan dan
kebolehpercayaan item soal selidik sebilangan 42 item soal
selidik, iii) Item soal selidik komitmen organisasi sebilangan 18
item soal selidik. Daripada analisis menggunakan program SPSS
versi.15.0 diperoleh nilai Cronbachs Alpha sebesar 0.872. Kerana
lebih besar daripada 0.6, boleh disimpulkan bahawa soal selidik
memenuhi kriteria kebolehpercayaan. Sedangkan item soal selidik
yang tidak memenuhi kriteria kesahihan adalah item soal selidik no.
12 dengan nilai rh = 0.178, kerana nilai rh < rj, sehingga
88
yang memenuhi kesahihan dan kebolehpercayaan sebilangan 17 item
soal selidik. Pemboleh ubah dan indikator soal selidik adalah
seperti Jadual 3.3 berikut: Jadual 3.3. Pemboleh ubah dan
Indikator
No 1
Pemboleh ubah Pemerkasaan (School Participant Empowerment Scale
by Short.& Rinehart (1992), dan digunakan oleh Wu. Yueh Yun
(1994), Ronit B.& Anit S (2004), Martino (2004), Mary. (2004)
dan dibina juga dengan penyelia.
Indikator Pembuatan Keputusan Pengembangan Profesionalisme
Status Kepercayaan Diri Autonomi Pengaruh
No Soal 2,8,14,20,26,31, 34,36,38,39 3,9,15,21,27,32, 40
4,10,16,22,28,35 ,42 5,11,17,23,29,33 6,12,18,24,41
1,7,13,19,25,30, 37,43 2, 5, 6, 7, 8, 9, 11, 12, 13, 14, 18, 22,
23, 25,37 1, 3, 4, 10,15, 16, 17, 19, 20, 21, 24, 26, 27, 28, 29,
30, 31, 32, 33, 34, 35, 36, 38, 39, 40, 41, 42 1, 2, 3, 5, 6,16 4,
7, 9, 11, 13, 14,15 8,10,12, 17
Bil
Jml
10 7 7 6 5 8 15 43
2
Kepuasan Kerja (Dibina dengan penyelia dan juga mengubah suai
soal selidik yang pernah digunakan oleh, Avadiar, 2004; St Suaibah,
2004)
Faktor dalaman
Faktor luaran
27
42 6 7
3
Komitmen Organisasi (Dibina dengan penyelia dan juga mengubah
suai dari Organizational Commitment Questionnarie (OCQ) Mowday et
al dan digunakan juga oleh Wu Yueh Yun, (1994) Jumlah
Afektif Kelangsungan
Normatif
4 17 102
89
3.3.2.3 Penyelidikan Sebenar
Setelah alat-alat penyelidikan telah siap untuk digunakan
sebagai pengambil data, penyelidik menjalankan kajian yang terdiri
daripada pelaksanaan penyelidikan dengan pendekatan kualitatif dan
kuantitatif yang dijalankan selama tujuh bulan bermula pada bulan
Mei 2007 hingga November 2007. Jangka masa yang diambil meliputi
jangka masa untuk pengumpulan data kualitatif melalui kaedah kajian
kes dan data kuantitatif dengan menggunakan soal selidik.
1) Pelaksanaan Penyelidikan dengan Pendekatan Kualitatif
Pengumpulan data kajian kualitatif dijalankan dengan menggunakan
kaedah kajian kes. Hal ini dilakukan untuk melihat lebih terperinci
tentang rangkaian agensi dan autoritinya dalam pelaksanaan polisi
pemerkasaan guru. Selain itu, kajian ini juga mendapati pelaksanaan
polisi pemerkasaan guru di enam buah sekolah terpilih yang terdiri
daripada dua buah sekolah untuk masing-masing kategori pertama,
kedua, dan ketiga. Pemilihan sekolah ini dilakukan untuk melihat
pelaksanaan polisi pemerkasaan guru di masing-masing sekolah tempat
kajian dan membandingkan dengan sekolahsekolah di tempat kajian
daripada masing-masing kategori.
Data-data tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan
pengumpulan data untuk kaedah kajian kualitatif adalah:
a) Rangkaian agensi dan autoriti pelaksana polisi pemerkasaan
guru didapati peranan dan fungsinya dalam pelaksanaan polisi
pemerkasaan guru. b) Pelaksanaan polisi pemerkasaan guru yang
meliputi enam dimensi, iaitu penglibatan dalam membuat keputusan,
peningkatan profesionalisme, status, kepercayaan diri, autonomi dan
pengaruh.
90
c) Masing-masing daripada dimensi pemerkasaan guru ditinjau dari
aspek pelaksanaan polisi yang terdiri daripada enam aspek iaitu
keberkesanan, efisiensi, kecukupan, purata, responsiviti dan aspek
kesesuaian.
Untuk memperoleh data tentang perkara-perkara tersebut dilakukan
pengambilan data dengan menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual
dan analisis dokumen. Huraian masing-masing kaedah dalam kajian ini
adalah seperti berikut:
i) Pemerhatian
Dengan kaedah pemerhatian, penyelidik dapat melakukan kunjungan
terhadap Sekolah Menengah Pertama Negeri di Malang Indonesia. Dalam
melaksanakan
pemerhatian, penyelidik pernah mengikuti pengundian penolong
pengetua yang dilaksanakan oleh sekolah yang mempuyai kod A06.
Pelaksanaan pengundian penolong pengetua dilakukan dengan
melibatkan semua guru yang dilakukan secara demokratik, dalam erti
bahawa setiap guru mempunyai kesempatan untuk mengundi sesuai
dengan pilihan dan kehendaknya dengan cara memasukkan pilihannya ke
dalam kotak yang telah disediakan. Keadaan ini menunjukkan bahawa
setiap guru diberi peluang untuk ikut memberikan keputusan
menentukan penolong pengetua sesuai dengan pilihannya.
Selain itu penyelidik juga terlibat dalam kegiatan bengkel
peningkatan profesionalisme guru bidang penyelidikan tindakan kelas
yang dilaksanakan di sekolah yang mempuyai kod A02 dan A06. Dalam
kegiatan tersebut penyelidik sebagai pembentang yang menyampaikan
tentang asas dan proses pelaksanaan penyelidikan tindakan kelas
serta cara menulis laporan penyelidikan tindakan kelas.
Demikian juga kegiatan yang dilakukan oleh Forum Komunikasi dan
Solidaritas, sebuah Lembaga Swadaya Masyarakat (LSM) peduli
pendidikan dengan beberapa
91
pembentang
dari
Dewan
Pendidikan
bandar
Malang.
Kegiatan
tersebut
diselenggarakan untuk melaksanakan pemerkasaan Komite Sekolah
pada akhir Julai 2007 yang dihadiri oleh penyelidik untuk melakukan
pemerhatian dan temu bual bebas dengan beberapa peserta. Selain
itu, kegiatan yang dilaksanakan oleh Pejabat Pelajaran Daerah
bekerja sama dengan Madrasah Tsanawiyah Negeri tentang kegiatan
bengkel usaha kesihatan sekolah, telah dihadiri pula oleh
penyelidik dan juga dilakukan temu bual bebas dengan para peserta
kegiatan bengkel.
Dengan mengikuti beberapa kegiatan tersebut dapat diketahui
tentang aktiviti dan suasana, tindakbalas intuisi dan gerak hati
yang dialami penyelidik serta semua faktor-faktor yang bergabung
bersama (LeCompte dan Preissle, 1993), sehingga melalui pemerhatian
ini memberikan gambaran data pada situasi sebenar daripada
responden yang berkaitan dengan pelaksanaan pemerkasaan guru.
ii) Temu Bual
Untuk memperoleh data tentang pelaksanaan polisi pemerkasaan
guru dan memperlengkapkan data, selain menggunakan pemerhatian
adalah melakukan temu bual. Kaedah temu bual digunakan untuk
mendapatkan maklumat tertentu apabila penyelidik mahu mendapatkan
apa yang ada dalam fikiran seseorang (Patton, 1990). Temu bual
perlu dilakukan jika penyelidik tidak dapat memperhatikan tingkah
laku, perasaan, atau cara manusia menginterpretasi dunia di
sekeliling mereka, dan juga diperlukan apabila penyelidik berminat
terhadap suatu peristiwa yang terlah berlalu (Merriam, 2001), dan
kegiaan temu bual dilakukan sebagai salah satu alat pengumpul data
yang disebut dengan triangulasi (Lexy, 2007).
Kegiatan temu bual yang dilaksanakan penyelidik dilakukan dengan
membuat temu janji terlebih dahulu dengan para responden dan
berpandukan soalan temu bual
92
yang telah disusun. Pelaksanaan temu bual sesuai dengan temu
janji yang telah disepakati dilaksanakan di tempat kajian, iaitu di
sekolah untuk pelaksanaan temu bual dengan pengetua, penolong
pengetua dan guru, sedangkan untuk Komite Sekolah, pelaksanaan temu
bual dilaksanakan di tempat kerja pimpinan Komite Sekolah
berkhidmat, dan sebahagian dilaksanakan di rumah pimpinan Komite
Sekolah. Manakala ahli parlimen, pelaksanaan temu bual dilaksanakan
di Pejabat Parlimen dan untuk jawatan pendidikan daerah
dilaksanakan di Pejabat Pelajaran Daerah.
Responden dalam kegiatan temu bual adalah pengetua seramai lima
orang, penolong pengetua dua orang, dan 14 orang guru. Sedangkan
untuk kajian agensi pelaksanaan pemerkasaan guru, selain pengetua
yang menjadi responden temu bual adalah, tiga orang Pegawai
Pelajaran Daerah, tiga orang ahli Parlimen Daerah, 6 orang ahli
Komite Sekolah, dua orang ahli Dewan Pendidikan. Sehingga bilangan
keseluruhan responden adalah 35 orang. Hal ini sudah ada tambahan
bilangan responden, kerana sebelumnya sesuai kebenaran yang
diperoleh daripada penyelia, bahawa bilangan responden temu bual
seramai 21 orang, disebabkan maklumat selama pelaksanaan
penyelidikan masih belum diperoleh dapatan kajian yang mencukupi,
dan untuk melengkapkan data hasil temu bual, sehingga ada
penambahan seramai 14 orang, dan bilangan keseluruhan responden
temu bual menjadi seramai 35 orang.
Adapun rincian responden dalam pelaksanaan temu bual dalam
penyelidikan ini seperti pada Jadual 3.4 berikut:
93
Jadual 3.4 Rincian Responden Kajian Kualitatif
No 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
Lembaga SMPN 5 SMPN 6 SMPN 18 SMPN 20 SMPN 12 SMPN 17 Pejabat
Pelajaran Daerah Parlimen Daerah Dewan Pendidikan Komite Sekolah
NGO (badan kerajaan) bukan
Pengetua Penolong 1 1 1 1 1 1 1
Guru 2 2 1 2 2 2
Pimpinan
Ahli
Jumlah 3 3 3 3 3 3
1 2 1 6 2 1 5 3 11 12
2 1 1
3 3 2 6 2 1
Forum Ilmiah Pendidik Jumlah
4
35
Hasil daripada temu bual yang dirakamkan dengan tape recorder
selanjutnya dibuat transkripsi dan diberi kod untuk setiap
transkripsi. Berikutnya adalah menyampaikan hasil transkripsi temu
bual kepada responden yang bersangkutan untuk dilakukan verifikasi
serta penambahan atau pengurangan tentang data yang telah
disampaikan kepada penyelidik. Setelah verifikasi transkripsi oleh
responden selesai, sebagai bentuk ucapan terima kasih penyelidik
kepada responden, maka masing-masing responden diberikan tanda
terima kasih berupa sebatang pen.
94
iii) Analisis Dokumen
Sebagaimana dikemukakan dalam proses triangulasi, bahawa
pengumpulan data selain dilakukan dengan pemerhatian dan temu bual,
dilakukan pula dengan kaedah analisis dokumen. Data yang terkumpul
melalui analisis dokumen adalah bertujuan untuk memperlengkapkan
dan memberi bukti kepada data yang didapati dari sumber lain
seperti pemerhatian dan temu bual (Razali, 1994; Nana, 2005;
Sukardi, 2005). Terdapat pelbagai jenis dokumen yang boleh
digunakan untuk mendapatkan data, seperti surat, memorandum,
agenda, minit mesyuarat, laporan bertulis, dokumen pentadbiran,
dokumen dalaman dan juga bahan yang tersiar dalam akhbar (Nana,
2005; Sukardi, 2005)
Antara dokumen yang telah dianalisis untuk tujuan mendapatkan
data bagi penyelidikan ini, iaitu;
a) Undang-undang No. 22 tahun 1999 tentang Pemerintahan Daerah
b) Undang-undang No. 20 tahun 2003 tentang Sistem Pendidikan
Nasional c) Undang-undang No. 14 tahun 2005 tentang Guru dan Dosen
(Pensyarah) d) Peraturan Pemerintah Republik Indonesia No.19 tahun
2005 Tentang Standard Nasional pendidikan e) Keputusan Menteri
Pendidikan Nasional Republik Indonesia No. 044/U/2002 Tentang Dewan
Pendidikan dan Komite Sekolah. f) Peraturan Daerah No. 13 tahun
2001 tentang Sistem Penyelenggaraan Pendidikan Bandar Malang g)
Peraturan Daerah Bandar Malang No. 5 tahun 2004 tentang
Pembentukan, Kedudukan, Tugas Pokok, Fungsi dan Struktur Organisasi
Dinas Daerah sebagai Unsur Pelaksana Pemerintah Bandar Malang
95
h)
Peraturan Daerah Kota Malang No.6 tahun 2004 Tentang
Pembentukan, kedudukan, Tugas Pokok, Fungsi dan Struktur Organisasi
Badan dan Kantor sebagai Lembaga Teknis Pemerintah Kota Malang
i) Data guru Sekolah Menengah Pertama Negeri (SMPN) di bandar
Malang k) Rancangan Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan Daerah
Bandar Malang tahun 2007 l) Profil Pendidikan bandar Malang tahun
2007 m) Laporan kegiatan Dewan Pendidikan bandar Malang tahun
2005-2006 n) Rancangan Pengembangan Sekolah
2) Pelaksanaan Penyelidikan dengan Pendekatan Kuantitatif
Kajian lapangan pengumpulan data kuantitatif dengan menggunakan
soal selidik untuk mendapatkan data-data tentang perkara-perkara
pelaksanaan polisi pemerkasaan guru Sekolah Menengah Pertama Negeri
di Malang, Indonesia, iaitu:
a) Identiti responden kajian, yang meliputi segi jantina, gred
jawatan kepegawaian, peringkat pendidikan, bilangan tahun mengajar
dan gaji yang diperoleh dalam sebulan b) Kesan guru terhadap
pelaksanaan polisi pemerkasaan guru c) Pesepsi guru terhadap
pemerkasaan, kepuasan kerja dan komitmen organisasi Langkah awal
penyelidik untuk mengumpulkan data adalah dengan
menyampaikan satu set soal selidik kepada responden yang
terpilih sebagai sampel melalui penolong pengetua. Dari sejumlah
360 orang guru sebagai responden, soal selidik yang dikembalikan
sejumlah 302 soal selidik, ini bererti sebesar 83.9 peratus
responden mengembalikan soal selidik yang telah diedarkan. Sebagai
rasa terima kasih,
96
penyelidik memberikan cendera hati berupa sebatang pen kepada
responden yang sudah mengumpulkan soal selidik melalui penolong
pengetua
Langkah berikutnya adalah dilakukan pemilihan soal selidik yang
boleh dianalisis, kemudian dilakukan penskoran sejumlah 296 soal
selidik, ini bermakna sebesar 98 peratus soal selidik yang boleh
dianalisis dari sebilangan 302 soal selidik yang telah dikembalikan
oleh responden. Dari jumlah tersebut, skor yang diperoleh
dimasukkan dalam program SPSS versi 15.0 dan dilakukan ujian untuk
mencari out lier yang kemudian dikeluarkan dari kumpulan data, dan
data terakhir yang boleh dianalisis sejumlah 286 responden.
3.4. Kaedah Analisis Data
Dalam bahagian ini dihuraikan tentang kaedah analisis data yang
digunakan dalam menjelaskan data-data tentang perkara-perkara
tentang pelaksanaan polisi pemerkasaan guru yang dikaji dengan
pendekatan kualitatif dan kuantitatif.
3.4.1. Analisis Data Kualitatif
Kajian dalam penyelidikan ini boleh dicirikan sebagai
pelaksanaan polisi, iaitu sesuatu yang berkenaan dengan produksi
maklumat tentang nilai mahupun manfaat hasil polisi (Dunn, 2003; AG
Subarsono, 2005). Untuk mengetahui apakah sesuatu aktiviti
dilaksanakan, setakatmana pencapaiannya dan juga untuk mengetahui
kekangan dan kesan dalam pelaksanaannya, diperlukan adanya kajian
terhadap pelaksanaanya.
Untuk menganalisis rangkaian agensi dan autoriti pelaksana
polisi pemerkasaan guru, dianalisis tentang peranan dan fungsi
masing-masing agensi yang terdiri daripada lima agensi iaitu
Pejabat Pelajaran Daerah, Parlimen Daerah, Dewan Pendidikan, Komite
Sekolah dan Sekolah . Masing-masing daripada agensi ditinjau fungsi
dan
97
peranannya dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru Sekolah
Menengah Pertama Negeri di Malang Indonesia.
Sedangkan untuk memperoleh gambaran pelaksanaan polisi
diperlukan adanya aspek-aspek pelaksanaan polisi sebagai fokus
penyelidikan. Adapun aspek pelaksanaan polisi pemerkasaan guru di
enam buah Sekolah Menengah Pertama Negeri di Malang Indonesia
terdiri daripada enam aspek, iaitu keberkesanan, efisiensi,
kecukupan, purata, responsiviti dan kesesuaian (Dunn, 2003, Lexy,
2007).
Aspek-aspek dan persoalan pelaksanaan polisi sebagai fokus
penyelidikan seperti Jadual 3.5 berikut :
Jadual 3.5 Aspek-aspek Pelaksanaan Polisi
No 1 2 3 4 5 6
Aspek Pelaksanaan Keberkesanan Efisiensi Kecukupan Purata
Responsiviti Kesesuaian
Persoalan Apakah hasil yang diinginkan telah tercapai? Bagaimana
cara yang dilakukan dalam melaksanakan polisi? Setakat mana hasil
yang telah tercapai boleh memecahkan masalah? Apakah manfaat
didistribusikan kepada semua kelompok masyarakat yang berbeza?
Apakah hasil polisi memuat nilai kelompok dan boleh memuaskan
mereka? Apakah hasil yang diperolehi bermanfaat?
Sumber: (Dunn, 2003; AG Subarsono, 2005; Lexy, 2007)
Sehingga analisis data kajian kualitatif yang dilaksanakan
sejumlah 36 hasil dapatan kajian seperti pada Jadual 3.6
berikut:
98
Jadual 3.6 Kerangka Analisis Aspek Pelaksanaan Polisi
Pemerkasaan GuruDimensi Aspek Pembuatan Keputusan Peningkatan
Profesionalisme Kepercayaan Diri
No
Status
Autonomi
Pengaruh
1 2 3 4 5 6
Keberkesanan ............... Efisiensi Kecukupan Purata
Responsiviti Kesesuaian ............... ...............
............... ............... ...............
.................... .................... ....................
.................... .................... ....................
........ ........ ........ ........ ........ ........
............. ............. ............. .............
............. .............
............ ............ ............ ............ ............
............
............ ............ ............ ............ ............
............
Data-data hasil temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen
dikelompokkan menurut aspek-aspek pelaksanaan polisi dan
disilangkan dengan dimensi pemerkasaan guru.
3.4.2 Analisis Data Kuantitatif
Data yang diperoleh daripada soal selidik iaitu skor tentang
pemerkasaan guru, kepuasan kerja dan komitmen organisasi dianalisis
dan dilakukan ujian menggunakan analisis regresi linear berganda.
Setelah diperoleh skor tentang pemerkasaan guru, kepuasan kerja dan
komitmen organisasi, langkah berikutnya adalah melakukan
transformasi datapada dari skala ordinal (skala Likert) menjadi
skala selang dengan menggunakan Method of Successice Interval (MSI)
dengan rumus seperti berikut:
Y = NS + [1 + NS min ] Y = skala selang
99
[(density at lower limit) (density at upper limit)] NS = [(area
below upper limit) (area below lower limit)] sedangkan tahap-tahap
transformasi data skala ordinal kepada skala selang adalah seperti
berikut :
1) Tentukan kekerapan setiap skor jawapan daripada responden 2)
Tentukan proporsi setiap kekerapan jawapan responden 3) Tentukan
kekerapan kumulatif setiap kekerapan jawapan responden 4) Hitung
nilai Z untuk setiap proporsi kumulatif 5) Tentukan nilai tinggi
density untuk setiap nilai Z yang diperoleh dengan
menggunakan Jadual Tinggi Density 6) Tentukan nilai skala (NS).
7) Tentukan nilai skala selang dengan rumus Y = NS + [1 + NS min ]
(Riduwan, 2007)
Untuk menguji pengaruh pemerkasaan guru yang terdiri daripada
enam dimensi, digunakan analisis regresi linear berganda seperti
berikut :
Yi = 0 + 1X1i + 2X2i + 3X3i + 4X4i + 5X5i + 6X6i + i Y 1i Y 2i X
1i X 2i X 3i X 4i X 5i X 6i 0
(Gujarati, 2003)
= kepuasan kerja (pemboleh ubah tidak bebas pertama), = komitmen
organisasi (pemboleh ubah tidak bebas kedua), = penglibatan dalam
membuat keputusan, = peningkatan profesionalisme , = status =
kepercayaan diri, = autonomi , = pengaruh = titik potong dengan
sumbu tegak 100
j i
= koefisien regresi ke-j (j=1,2,3,4,5,6) = pengamatan ke-i =
faktor gangguan Sedangkan untuk menguji hubungan kepuasan kerja
dengan komitmen
organisasi digunakan analisis korelasi Pearson.
3.4.2.1 Ujian Andaian
Penggunaan analisis regresi untuk menguji hipotesis, boleh
digunakan jika memenuhi lima andaian klasik yang mendasari, iaitu
normaliti, multikolineariti, heteroskedastisiti, autokorelasi dan
lineariti dengan huraian seperti berikut.
1) Ujian Normaliti
Normaliti adalah distribusi probabiliti dari unsur gangguan
diharapkan memiliki purata sama dengan nol, tidak berkorelasi dan
tidak mempunyai varian yang tetap. Untuk mengetahui ada tidaknya
normaliti dilakukan dengan mengamati penyebaran data pada sumbu
diagonal pada sesuatu grafik dengan asas yang digunakan untuk
pengambilan keputusan adalah a). jika data menyebar diperkitaran
garis diagonal dan mengikuti arah garis diagonal, maka model
regresi mempunyai residual yang normal, b). jika data menyebar jauh
dari garis diagonal dan mahupun tidak mengikuti arah garis
diagonal, maka model regresi tidak memenuhi andaian normaliti.
(Singgih, 2001).
2) Ujian Multikolineariti
Multikolineariti adalah adanya sesuatu hubungan linear yang
sempurna antara beberapa mahupun semua pemboleh ubah bebas
(Singgih, 2001; Gujarati, 2003). Untuk mengetahui adanya
multikolineariti boleh dilakukan dengan cara: a) mengamati
nilai
101
R2, F hitung dan t hitung. Jika nilai R2 dan F hitung tinggi
sementara nilai t hitung banyak yang tidak bererti, maka model
regresi mungkin terjadi multikolineariti (Gujarati, 2003), b).
mengamati nilai Varians Inflation Factor (VIF) dan Tolerance. Jika
nilai VIF ada diperkitaran satu dan angka Tolerance mendekati satu,
maka model regresi mungkin terjadi multikolineariti (Singgih,
2001)
3) Ujian Autokorelasi
Autokorelasi adalah korelasi antara anggota serangkaian
pengamatan yang diurutkan menurut waktu mahupun ruang, dengan kata
lain bahawa sesuatu unsur gangguan yang berhubungan dengan
pengamatan dipengaruhi oleh gangguan yang berhubungan dengan
pengamatan lain. Gejala autokorelasi sering terjadi kerana faktor
gangguan tidak bebas dari satu pengamatan ke pengamatan lainya.
Untuk menguji autokorelasi digunakan Ujian Durbin Watson (Singgih,
2001).
Untuk menentukan apakah terjadi autokorelasi atau tidak,
diperoleh dengan cara melihat hasil d ujian Durbin Watson, kemudian
melihat harga dU (harga d batas
atas)dan dL (harga d batas bawah) yang tersedia di jadual dengan
memperhatikan banyaknya sampel, banyaknya pemboleh ubah bebas dan
peringkat kepercayaan yang dikehendaki. Langkah berikutnya
dicocokkan dengan jadual Ujian Durbin Watson seperti Jadual 3.7
berikut :
102
Jadual 3.7 Keputusan Ujian Durbin Watson
No 1 2 3 4 5
Nilai Durbin Watson 0 d < dL dL < d < dU dU < d <
4 - dU 4 - dU < d < 4 - dL 4 - dL < d < 4
Keputusan Ada autokorelasi positif Daerah ragu-ragu Tidak ada
Autokorelasi Daerah ragu-ragu Ada autokorelasi negatif
Sumber : Gujarati, 2003
4) Ujian Heteroskedastisiti
Heteroskedastisiti adalah sesuatu keadaan dalam sesuatu
pengamatan di mana semua gangguan mempunyai varians yang sama
(Gujarati, 2003). Masalah heteroskedastisiti terjadi apabila
gangguan pada model yang sedang diamati tidak memiliki varians yang
tetap dari satu pengamatan ke pengamatan lain. Gejala ini sering
terjadi apabila regresi menggunakan data cross section dibandingkan
dengan data time series. Untuk mengenali ada tidaknya
heteroskedastisiti iaitu dengan melihat ada tidaknya pola tertentu
pada scatterplot yang menunjukkan hubungan antara Regression
Studentised Residual dengan Regression Standarized Predicted Value.
Jika titik-titik yang terbentuk menyebar secara acak dan tidak
membentuk pola yang jelas, maka model regresi mungkin tidak ada
masalah heteroskedastisiti (Singgih, 2001).
5) Ujian Lineariti
Andaian ini menyatakan bahawa dalam persamaan regresi linear
hubungan antara pemboleh ubah bebas dan pemboleh ubah tidak bebas
adalah linear. Andaian ini
103
akan menjadi dasar dalam penentuan persamaan regresi yang
sesuai, apakah persamaan regresi linear, logaritma, kubik atau
kuadratik.
3.4.2.2 Ujian Hipotesis
Apabila syarat-syarat diperkenankannya model regresi dipenuhi
yang terdiri daripada normaliti, multikolineariti, autokorelasi,
heteroskedastisiti, dan lineariti maka langkah berikutnya adalah
menguji hipotesis statistik yang diajukan dalam penyelidikan ini
dan analisis data yang dilakukan dengan bantuan program SPSS versi
15.0. Adapun ujian yang dilakukan adalah: 1) Ujian F Ujian F
dilakukan untuk menguji hubungan keleseluruhan pemboleh ubah bebas
secara bersama-sama dengan pemboleh ubah tidak bebas, dalam hal ini
menguji hipotesis berikut:H0 : 1= 2= 3= 4= 5= 6= 0, yang bererti
bahawa semua pemboleh ubah bebas yang terdiri dari enam dimensi
pemerkasaan guru secara bersama-sama tidak mempunyai pengaruh yang
bererti terhadap pemboleh ubah tidak bebas, iaitu kepuasan kerja
dan komitmen organisasi. H1 : H0 tidak benar, yang ertinya tidak
semua pemboleh ubah bebas yang terdiri dari enam dimensi
pemerkasaan guru secara bersama-sama tidak mempunyai pengaruh yang
bererti terhadap pemboleh ubah tidak bebas iaitu kepuasan kerja dan
komitmen organisasi.
Pengujian dilakukan dengan membandingkan F hitung dengan F
tabel. Jika F hitung F tabel, maka Ho ditolak dan bererti bahawa
pada peringkat signifikans tertentu pemboleh ubah bebas yang
terdiri dari enam dimensi pemerkasaan guru secara bersama-sama
mempunyai hubungan yang bererti dengan pemboleh ubah tidak bebas
iaitu kepuasan
104
kerja dan komitmen organisasi, namun jika F sebaliknya.
hitung