Capital Pac Construction
5.1
Pengenalan
Bata merupakan satu bahan binaan yang tahan lama. Bata merupakan
bahan binaan yang utama bagi pembinaan dinding bagi sesebuah
bangunan dalam bidang kejuruteraan awam
Definisi bata ialah satu bongkah yang diperbuat daripada tanah
liat dan berukuran 215 mm x 102.5 mm x 65 mm yang mana jika
dicampur dengan lapisan mortar ukurannya bertambah 10 mm.
Batu-bata dibuat samada menggunakan tangan atau mesin. Batu-bata
yang telah dibentuk akan dikeringkan dan kemudiannya dibakar. Bata
yang
digunakan dalam pembinaan biasanya diperbuat daripada beberapa
jenis bahan mentah yang utama seperti tanah liat, pasir dan simen.
Antara jenis-
jenis bata yang dihasilkan dan digunakan dalam pembinaan ialah
bata tanah liat, bata simen dan blok simen.
5.2
Proses Pembuatan Bata Tanah Liat
5.2.1
Persediaan Tanah
Tanah liat digali daripada lombongnya dengan traktor penyodok
atau jengkaut, kemudian dimasukkan ke dalam satu mesin penghancur.
Untuk dihancurkan sehingga halus. Setelah itu dimasukkan pula
ke
dalam mesin pengisar, di mana tanah tersebut digaul dengan
sedikit air dan ditekan keluar melalui satu acuan dan dipotong
dengan dawai mengikut saiz.
33
Capital Pac Construction5.2.2 Membentuk Bata
Terdapat dua kaedah menghasilkan iaitu bata potong dawai dan
bata tekanan. Bancuhan yang ditekan keluar dari mesin potong
dawai
dikenali sebgai bata potong dawai. Tanah yang telah dipotong
dawai itu dimasukkan ke dalam mesin tekanan, hasilnya bata tekanan.
tekanan adalah lebih mampat dan saiznya lebih seragam. Bata
5.2.3
Pengeringan
Bata basah iaitu bata yang baru ditekan atau dipotong dawai
disusun dalam sebuah pondok dan dibiarkan kering dengan bantuan
udara. Bata-bata tersebut hendaklah disusun berjarak 50 mm antara
satu sama lain, membolehkan udara bergarak mengelilinginya untuk
memudahkan proses pengeringan. Proses ini mengambil masa agak lama
biasanya lima hingga tujuh hari bergantung pada keadaan cuaca dan
susunannya.
5.2.4
Pembakaran
Bata yang sudah dikeringkan itu perlu dibakar di dalam satu
relau supaya bata menjadi keras. Bata-bata ini disusun di dalam
relau dengan cara tertentu untuk memastikan kesemua bata dapat
dibakar dengan sempurna. Pembakaran boleh dilakukan dengan
menggunakan kayu api, gas, arang batu atau minyak bakar. Pembakaran
dilakukan selama dua hari, kemudian dibiarkan sejuk sebulum
dikeluarkan. Proses ini
mengambil masa lebih kurang dua minggu untuk menyusun bata di
dalam relau, mengering, membakar, menyejuk dan mengeluarkan dari
relau.
34
Capital Pac Construction5.3 Penggunaan Bata Dalam Binaan
Bangunan
a) Membina dinding bangunan, samada tanggung beban ataupun
mengisi antara kerangka tidak menanggung beban. b) Membuat kaki
lima jalan. c) Membuat tembok penahan. d) Membuat pagar dan tembok.
e) Membuat pelapik pada dinding luar.
5.4
Ikatan Bata
Ikatan bata ialah susunan bata secara berlekap dan
tindih-menindih satu sama lain supaya tidak ada sambungan tegak
yang berterusan. Prinsip-prinsip utama dalam pengikatan bata ialah
:
a) Mengadakan lekap bata atau bata untuk mengelakkan sambung
tegak yang terus-menerus, baik permukaan mahupun di dalam tembok.
b) Mengikut jenis ikatan yang ditetapkan oleh ahli rekabentuk.
Tujuan bagi prinsip pertama ialah memastikan kekuatan dan
kestabilan tembok yang dibina. Manakala prinsip kedua pula ialah
mengawal kesenian rekabentuk pada permukaan tembok. Dalam sesuatu
tembok yang tidak terikat, iaitu
sambungan datarnya berterusan (tidak lekap), kekuatan dan
kestabilannya adalah kurang. Oleh itu sambungan yang berterusan
seboleh-bolehnya
dielakkan dalam segala kerja bata
35
Capital Pac Construction5.5 Jenis-Jenis Ikatan
a)
Ikatan Sisi Bata
Ikatan ini digunakan pada tembok yang tebalnya setengah bata
atau 112.5 mm.Ikatan ini disusun dengan menyambungkan bata pada
kepalanya. Lekapnya ialah bata. Pembinaannya bermula dengan satu
lapisan bata sisi, lapisan yang kedua pula dimulakan dengan satu
bata setengah diikuti dengan bata sisi penuh dan seterusnya. Tembok
yang dibina dengan ikatan ini tidak mempunyai keupayaan tanggung
yang tinggi. Oleh itu ia digunakan pada jenis binan yang tertentu
seperti tembok sekatan, tembok landasan, semperong dan
tembok-tembok dalam struktur berangka di mana tiada berat beban
yang disokong.
Rajah 5.1: Ikatan sisi bata
36
Capital Pac Constructionb) Ikatan Kepala Bata
Tiap-tiap lapisan dalam tembok yang dibina dengan jenis ikatan
ini mengandungi kepala bata sahaja. Jenis ikatan ini sesuai
digunakan
pada binaan asas atau pada tembok yang berbentuk bulat atau
melengkung.
c)
Ikatan Inggeris
Ikatan ini paling meluas digunakan.
Ikatan ini disusun dengan satu
lapisan kepala bata diikuti lapisan sisi bata berselang-seli.
Sebiji bata penutup setengah ditempatkan selepas kepala bata
penjuru pada lapisan kepala bata. Kegunaan bata penutup setengah
ini adalah untuk mengelakkan sambungan tegak yang berterusan dan
memberi lekap yang seragam iaitu suku bata. Pada tembok yang tebal,
semua bata di bahagian dalam disusun secara melintang. Ikatan jenis
ini adalah
dianggap sebagai ikatan yang kuat sekali antara ikatan-ikatan
kerja bata kerana tidak mengandungi sebarang sambungan tegak yang
berterusan.
Rajah 5.2: Ikatan Inggeris
37
Capital Pac Constructiond) Ikatan Flemish
Ikatan ini mengandungi kepala bata dan sisi bata disusun
berselang-seli dalam satu lapisan yang sama. Sebiji bata penutup
setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata penjuru pada
sudutnya mewujudkan lekap yang seragam iaitu bata. Sambungan tegak
yang berterusan
berlaku dalam tembok tapi tidak kelihatan pada permukaan
tembok.
Rajah 5.3: Ikatan Flemish
e)
Lain-Lain Ikatan Bata
Selain dari ikatan tersebut, terdapat juga beberapa jenis ikatan
yang sering digunakan yang sering digunakan untuk membina tembok.
Antaranya ialah ikatan tembok taman Inggeris, ikatan tembok taman
Flemish, ikatan Monk, ikatan Ducth, ikatan palang Inggeris dan
ikatan bata perangkap tikus.
38
Capital Pac Construction5.6 Kerja Bata Bertetulang
Untuk menambah lagi kekuatan dalam digunakan. Di antaranya : a)
Keping besi ( hoop iron ). b) Besi bulat c) Exmet ( expanded metal
) d) Bricktor
penyambungan bata, tetulang
Bahan-bahan ini ditempatkan sambungan bata ataupun melalui
lubang bata. Kerja bata ini menahan tegasan tegangan selain
daripada tegasan mampatan. Jenis pembinaan ini boleh mengurangkan
tebal tembok, oleh itu ia juga dapat menambahkan luas lantai dalam
sesebuah bangunan dan juga mengurangkan beban mati pada asasnya.
Exmet atau bricktor bagi ikatan bata biasanya
ditempatkan pada tiap-tiap lapisan ketiga atau keempat dalam
sambungan mortar.
Rajah 5.4: Penggunaan kepingan besi
39
Capital Pac Construction
Rajah 5.5: Penggunaan kasa exmet
Rajah 5.6: Penggunaan besi bulat
40
Capital Pac Construction
Rajah 5.7: Kasa Exmet
Rajah 5.9: Kasa Bricktor
5.7
Sambungan Bata
Terdapat dua jenis sambungan bata iaitu kemas ikat sambung dan
kemas ikat timbul. Kemas ikat sambung dibuat semasa proses mengikat
bata dijalankan manakala kemas ikat timbul dibuat selepas
pembinaan.
Contoh-contoh sambungan bata ialah seperti berikut :
a) Sambungan Struck bawah b) Sambungan Struck atas ( Weathered )
c) Sambungan Terbenam ( Recessed ) d) Sambungan Rata ( Flush ) e)
Sambungan Kekunci ( Keyed ) f) Sambungan V dalam dan luar
g) Sambungan Julur ( Projecting )
41
Capital Pac Construction
5.8
Kesimpulan
Kerja-kerja bata memainkan peranan penting bagi mendirikan
dinding sesebuah bangunan. Bata banyak digunakan dalam pembinaan
bangunan kerana tahan lama serta kukuh berbanding dengan cermin.
Kerja-kerja mengikat bata
mestilah dilakukan dengan baik agar tegak dan lurus. Kerja bata
bertetulang dapat meningkatkan lagi kekuatan penyambungan bata.
Selain itu, bata juga dapat menjimatkan kos pembinaan serta
mempunyai nilai estetika yang tersendiri.
42