Top Banner
161 BAB IV KADAR PEMBAHAGIA HARTA SEPECARIA Membincangkan penyelesaian harta sepencarian suami isteri, tidak dapat terlepas daripada kajian berkaitan dengan besar kecilnya bahagian yang akan diterima oleh pasangan suami isteri daripada harta sepencarian ketika berlaku perceraian. Inilah persoalan yang dianggap paling penting dihadapi oleh pasangan suami isteri ketika kes mereka didengar dan diputuskan di Mahkamah Syariah. Sebab-sebab yang melatarbelakangi keputusan Mahkamah berkaitan dengan besar kecilnya bahagian yang diperoleh pasangan suami isteri juga menarik untuk dianalisa, kerana berasaskan kepada sebab-sebab itulah, pihak Mahkamah memutuskan sama ada untuk memberikan bahagian tertentu kepada salah satu pasangan atau tidak; sama ada hak masing-masing pihak ke atas harta sepencarian adalah sama banyak, atau salah satu pihak mendapatkan bahagian yang lebih banyak daripada pihak yang lain. Apalagi bahawa dalam AMLA tidak disebutkan berapa bahagian yang perlu diperoleh oleh pihak suami, dan berapa bahagian hak yang dimiliki oleh seorang isteri dalam harta sepencarian mereka. Ertinya bahawa penentuan kadar bahagian masing-masing pihak daripada harta sepencarian berasaskan kepada budi bicara para hakim sesuai dengan fakta dan hujah-hujah daripada kedua belah pihak. Perkara ini boleh menimbulkan adanya ketidak selarasan dalam keputusan- keputusan berkaitan dengan kadar harta sepencarian yang berhak didapat oleh pasangan suami isteri. Dari segi yang lain, ianya boleh memberikan kesan positif iaitu
35

BAB IV KADAR PEMBAHAGIA HARTA SEPE CARIAstudentsrepo.um.edu.my/5284/10/10BAB_IV_Kadar_Pembahagian_Harta... · salah satu pasangan ke atas harta yang dimiliki oleh pasangannya dengan

Mar 29, 2019

Download

Documents

buinguyet
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: BAB IV KADAR PEMBAHAGIA HARTA SEPE CARIAstudentsrepo.um.edu.my/5284/10/10BAB_IV_Kadar_Pembahagian_Harta... · salah satu pasangan ke atas harta yang dimiliki oleh pasangannya dengan

161

BAB IV

KADAR PEMBAHAGIA� HARTA SEPE�CARIA�

Membincangkan penyelesaian harta sepencarian suami isteri, tidak dapat

terlepas daripada kajian berkaitan dengan besar kecilnya bahagian yang akan diterima

oleh pasangan suami isteri daripada harta sepencarian ketika berlaku perceraian.

Inilah persoalan yang dianggap paling penting dihadapi oleh pasangan suami isteri

ketika kes mereka didengar dan diputuskan di Mahkamah Syariah.

Sebab-sebab yang melatarbelakangi keputusan Mahkamah berkaitan dengan

besar kecilnya bahagian yang diperoleh pasangan suami isteri juga menarik untuk

dianalisa, kerana berasaskan kepada sebab-sebab itulah, pihak Mahkamah

memutuskan sama ada untuk memberikan bahagian tertentu kepada salah satu

pasangan atau tidak; sama ada hak masing-masing pihak ke atas harta sepencarian

adalah sama banyak, atau salah satu pihak mendapatkan bahagian yang lebih banyak

daripada pihak yang lain. Apalagi bahawa dalam AMLA tidak disebutkan berapa

bahagian yang perlu diperoleh oleh pihak suami, dan berapa bahagian hak yang

dimiliki oleh seorang isteri dalam harta sepencarian mereka. Ertinya bahawa

penentuan kadar bahagian masing-masing pihak daripada harta sepencarian

berasaskan kepada budi bicara para hakim sesuai dengan fakta dan hujah-hujah

daripada kedua belah pihak.

Perkara ini boleh menimbulkan adanya ketidak selarasan dalam keputusan-

keputusan berkaitan dengan kadar harta sepencarian yang berhak didapat oleh

pasangan suami isteri. Dari segi yang lain, ianya boleh memberikan kesan positif iaitu

Page 2: BAB IV KADAR PEMBAHAGIA HARTA SEPE CARIAstudentsrepo.um.edu.my/5284/10/10BAB_IV_Kadar_Pembahagian_Harta... · salah satu pasangan ke atas harta yang dimiliki oleh pasangannya dengan

162

bahawa para hakim lebih bebas dalam menentukan kadar bahagian daripada harta

sepencarian sesuai dengan fakta-fakta yang berkembang dalam persidangan.

4.1 Faktor-faktor yang Tersenarai Dalam AMLA

Untuk mengurangi ketidak selarasan keputusan berkaitan dengan kadar

bahagian masing-masing pihak, AMLA telah memberikan garis pandu berupa faktor-

faktor yang mesti dipertimbangkan oleh Mahkamah sebelum memutuskan untuk

memberikan bahagian tertentu kepada salah satu pasangan. Faktor-faktor ini telah

membantu Mahkamah untuk memberikan penilaian yang lebih menyeluruh berkaitan

dengan latarbelakang setiap kes yang didengar di Mahkamah. Dengan adanya faktor-

faktor yang boleh dijadikan pertimbangan oleh hakim dalam menentukan kadar

bahagian masing-masing pihak, ditambah dengan fakta-fakta lain yang boleh

dijadikan pertimbangan oleh hakim, maka kesan kebebasan dan pengaruh daripada

penilaian individu hakim boleh dikurangkan.

Dalam kes-kes harta sepencarian yang telah dirujukkan ke Mahkamah

Syariah, terdapat beberapa faktor lain yang dijadikan pertimbangan oleh Mahkamah

di luar faktor-faktor yang telah ditentukan dalam AMLA. Perkara ini boleh dilakukan

oleh Mahkamah sebab AMLA tidak membataskan para hakim dengan faktor-faktor

yang terdapat dalam seksyen 52(8) sahaja ketika hendak memutuskan kadar peratusan

yang perlu diperoleh oleh pasangan suami isteri. Faktor-faktor luar ini, mungkin

dianggap penting oleh hakim untuk memastikan bahawa setiap individu dalam

keluarga mendapatkan hak yang sepatutnya daripada harta sepencarian.

Page 3: BAB IV KADAR PEMBAHAGIA HARTA SEPE CARIAstudentsrepo.um.edu.my/5284/10/10BAB_IV_Kadar_Pembahagian_Harta... · salah satu pasangan ke atas harta yang dimiliki oleh pasangannya dengan

163

Secara amnya, pihak Mahkamah berpendapat bahawa setiap kes adalah berdiri

sendiri dengan faktor-faktor dan latar belakang yang tersendiri. Pihak Mahkamah

juga tidak terikat dengan keputusan-keputusan yang telah diputuskan pada masa lalu.

Ada kemungkinan persamaan dalam beberapa faktor dalam kes-kes tertentu, tetapi

ada unsur-unsur lain yang menjadi pembeza yang menjadikan kes tersebut tidak boleh

disamakan dengan kes-kes sebelumnya.

Dalam kes antara Azizah lawan Johari,1 Mahkamah memberikan penegasan

bahawa setiap kes adalah berdiri sendiri dan berlainan dengan kes-kes terdahulu.

Mahkamah menilai bahawa walaupun sebarang kes rumah tangga secara

keseluruhannya hampir-hampir sama di antara satu sama lain, tetapi setiap kes

mempunyai identity dan karektornya sendiri. Mahkamah menolak hujah pihak isteri

yang menuntut hak 100% daripada rumah HDB dengan menggunakan kes antara

Alias lawan �oraini.2 Dalam kes tersebut Lembaga Rayuan memberikan isteri 100%

daripada rumah HDB yang dimiliki bersama kedua belah pihak. Mahkamah menilai

bahawa kedua kes berbeza. Dalam kes Alias lawan �oraini, sabit taklik3 dengan jelas

dan diakui oleh pihak suami, sementara dalam kes Azizah lawan Johari, cerai taklik

tidak jelas dan pihak suami menafikan kesabitannya. Begitu juga dalam kes antara

Sadiah lawan Mansor, yang mana pihak suami mendapatkan 100% rumah HDB.

Dalam kes tersebut, pihak isteri mengaku kesalahannya yang menjadi penyebab

1 Azizah bte Daud lawan Mohammad Johari bin Salleh, MS No. 18200. 2 Alias bin Salim lawan �oraini, LRS No. 17/1993. 3 Cerai Taklik adalah salah perceraian yang dijatuhkan oleh pihak Mahkamah disebabkan kerana pihak suami tidak dapat menjalankan kewajiban memberikan nafkah ke atas isteri selama tempoh tertentu yang disepakati bersama oleh suami isteri ketika akad nikah atau setelahnya. Cerai taklik termaktub dalam seksyen 48 AMLA: "48. —(1) A married woman may, if entitled in accordance with the Muslim law to a divorce in pursuance of the terms of a written taklik made at or after her marriage, apply to the Court to declare that such divorce has taken place. (2) The Court shall: (a) examine the written taklik and make such enquiry as appears necessary into the validity of the divorce; (b) if satisfied that the divorce is valid in accordance with the Muslim law, confirm the divorce; and (c) upon payment of the prescribed fees, cause the divorce to be registered".

Page 4: BAB IV KADAR PEMBAHAGIA HARTA SEPE CARIAstudentsrepo.um.edu.my/5284/10/10BAB_IV_Kadar_Pembahagian_Harta... · salah satu pasangan ke atas harta yang dimiliki oleh pasangannya dengan

164

perceraian. Rumah tersebut juga dibayar sepenuhnya oleh pihak suami, justeru itu

rumah dipindahkan sepenuhnya kepada pihak suami. Sementara dalam kes Azizah

lawan Johari, kedua-dua pihak telah sama-sama menyumbang dari segi kewangan ke

atas pembelian rumah HDB.

4.1.1 Tafsiran Sumbangan Langsung dan Kesannya ke atas Kadar Harta

Sepencarian

Dalam seksyen 52 (8) disebutkan bahawa adalah menjadi tugas Mahkamah –

ketika menggunakan kuasa dalam menentukan dan membahagikan harta sepencarian

suami isteri, untuk memperhatikan semua faktor-faktor yang berkaitan dengan

sesebuah kes. Ada 12 faktor utama yang diamanahkan kepada para hakim untuk

diambil kira ketika memutuskan kadar bahagian daripada harta sepencarian kepada

suami isteri. Tiada pernyataan tertentu yang menunjukkan bahawa salah satu faktor

adalah lebih penting daripada faktor yang lain. Tetapi daripada susunannya, dapat

difahami bahawa kepentingan masing-masing faktor adalah berdasarkan kepada

urutannya. Faktor yang disebut lebih dahulu adalah lebih utama untuk diperhatikan

daripada faktor-faktor lain yang tersenarai kemudian.

4.1.1(a) Sumbangan kewangan dan hartanah

Faktor pertama adalah sumbangan kewangan, hartanah yang diberikan oleh

salah satu pasangan ke atas harta yang dimiliki oleh pasangannya dengan cara ikut

terlibat dalam perolehan harta tersebut, atau ikut mengembangkannya, atau ikut

dalam penjagaan dan pengurusannya. Bentuk sumbangan ini sering disebut sebagai

sumbangan langsung.

Page 5: BAB IV KADAR PEMBAHAGIA HARTA SEPE CARIAstudentsrepo.um.edu.my/5284/10/10BAB_IV_Kadar_Pembahagian_Harta... · salah satu pasangan ke atas harta yang dimiliki oleh pasangannya dengan

165

Dalam kontek Singapura, sumbangan langsung biasanya lebih terfokus kepada

sumbangan kewangan sahaja. Sumbangan kewangan yang dimaksudkan adalah

sumbangan bagi pembelian rumah HDB atau perumahan yang dimajukan oleh swasta

yang dicatitkan pemilikannya atas nama kedua-dua suami isteri, atau atas nama salah

satu pasangan. Sementara sumbangan hartanah dan sumbangan kerja dan pengurusan,

tidak banyak dijumpai dalam tuntutan kes-kes harta sepencarian yang dirujukkan ke

Mahkamah Syariah. Sebahagian hakim bahkan membahagikan sumbangan kepada

harta sepencarian yang dilakukan oleh pasangan masing-masing sebagai sumbangan

kewangan dan bukan kewangan.4

Kalau dilihat dari asal mula timbulnya istilah harta sepencarian, sumbangan

langsung adalah sebab utama yang dijadikan penilaian oleh pihak Mahkamah bagi

menentukan sama ada sesebuah harta yang dimiliki oleh salah satu pasangan adalah

termasuk dalam harta sepencarian suami isteri atau ianya adalah hak individu

pasangan. Kes tersebut adalah antara Robert lwn Umi Kalthom.5 Robert dan isterinya

telah membeli sebuah rumah dengan harga $50,000. Robert membayar $40,000 dan

Umi Kalthom membayar $10,000. Berdasarkan kepada sumbangan kewangan pihak

suami, maka Mahkamah memberikan bahagian ke atas rumah yang didaftar atas nama

isteri sebagai harta sepencarian. Mahkamah berpendapat apabila dibuktikan harta

telah diperoleh setelah perkahwinan dilangsungkan dengan usaha atau sumbangan

bersama, suatu anggapan wujud yang ia adalah harta sepencarian.6

4 �oryahati binte Mohamed Yusof lawan Yusof bin Musta, MS No.12936. 5 E.N. Taylor (1937), pt. 1, h. 41. 6 Mimi Kamariah Majid (1992), op.cit., h. 190-191.

Page 6: BAB IV KADAR PEMBAHAGIA HARTA SEPE CARIAstudentsrepo.um.edu.my/5284/10/10BAB_IV_Kadar_Pembahagian_Harta... · salah satu pasangan ke atas harta yang dimiliki oleh pasangannya dengan

166

4.1.1(b) Sumbangan tenaga dan pengurusan

Jenis usaha lain daripada sumbangan langsung adalah sumbangan tenaga dan

pengurusan. Dalam kes Haji Ramah v. Alpha & Anor7 bahawa seorang balu yang

kematian suami adalah berhak mendapatkan haknya sebagai harta sepencarian

sekadar satu perempat daripada harta peninggalan suaminya. Hak harta sepencarian

thabit berasaskan keterangan Kadi Besar dalam perbicaraan kes tersebut apabila

beliau berkata:

"... jika seorang isteri membantu suaminya untuk menebang, menebas, bercucuk tanam, atau mengusahakan tanah suaminya, dia adalah berhak mendapat upah..."

Dari sini nampak bahawa usaha-usaha yang dilakukan oleh isteri dalam

membantu memajukan tanah suaminya berupa sumbangan tenaga dan pengurusan ke

atas harta suaminya.

Tidak dapat dinafikan bahawa di sana wujud percampuran harta suami dan

isteri selama mereka menjalani kehidupan suami isteri, utamanya bahawa di zaman

moden sekarang ini pihak isteri tidak lagi menjadi suri rumah sepenuh masa tapi telah

ikut bekerja dan menyumbang kepada ekonomi keluarga. Percampuran harta antara

keduanya ada yang boleh dikesan dan ada juga yang tidak boleh dikesan.

Percampuran harta yang boleh dikesan dan dipisahkan, sepatutnya perlu dipisah dan

masing-masing pihak mendapatkan hak daripada hartanya. Sedangkan harta yang

bercampur dan tidak dapat dikesan kadar sumbangan masing-masing pihak, boleh

dihuraikan mengikut harta musyā‘, iaitu dengan diadakannya perdamaian jika

7 Fakulti Undang-Undang University Malaya (1988), Makalah Undang-Undang Menghormati Ahmad

Ibrahim. Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 177.

Page 7: BAB IV KADAR PEMBAHAGIA HARTA SEPE CARIAstudentsrepo.um.edu.my/5284/10/10BAB_IV_Kadar_Pembahagian_Harta... · salah satu pasangan ke atas harta yang dimiliki oleh pasangannya dengan

167

memungkinkan, atau keduanya bersumpah akan hak ke atas harta bersama tersebut

dan harta yang bercampur tersebut dibahagi menjadi dua.

Dalam keadaan suami isteri bekerja dan memajukan suatu usaha yang sama

secara bersama dengan tenaga, pikiran dan modal daripada mereka berdua, sudah

pasti ada sumbangan secara langsung daripada kedua belah pihak. Setiap seorang

daripada mereka berdua pastilah mempunyai hak ke atas harta tersebut sebagai rakan

kongsi kerja atau upah daripada kerja yang dijalankannya. Hak masing-masing pihak

daripada harta yang dihasilkan secara bersama ini perlu diberikan kepada pemiliknya

secara saksama. Kerana sumbangan tenaga, pengurusan ataupun modal ke atas

sesebuah harta adalah merupakan salah satu cara yang diiktiraf oleh Islam untuk

mendapat dan memperoleh harta. Sumbangan berupa modal dan tenaga serupa

dengan konsep syarikah 'inān.8 Sumbangan kerja dan tenaga sahaja terdapat dalam

konsep akad muḍārabah9 dalam muamalah Islam.

Bagi Mahkamah Syariah, sumbangan langsung adalah merupakan faktor

penting dan panduan utama dalam menentukan kes-kes harta sepencarian di

Mahkamah Syariah. Ianya memainkan peranan sebagai penentu dalam menilai kadar

bahagian masing-masing pihak daripada harta sepencarian. Hal ini dapat dimengerti,

kerana sumbangan kewangan adalah sebab utama diperolehinya sesebuah aset.

Tanpa adanya sumbangan kewangan, harta tidak akan dapat dimiliki.

8 Ṣan‘ānī, Muhammad bin Ismail al- (1379H), op.cit., j. 3, h. 65. 9 Syafi‘ī, Muhammad bin Idrīs Abu Abdillah Al- (t.t.), op.cit., j. 4, h. 11.

Page 8: BAB IV KADAR PEMBAHAGIA HARTA SEPE CARIAstudentsrepo.um.edu.my/5284/10/10BAB_IV_Kadar_Pembahagian_Harta... · salah satu pasangan ke atas harta yang dimiliki oleh pasangannya dengan

168

Dalam konteks jual beli pula, wang yang merupakan satu bahagian daripada

'al-Ma‘qūd ‘alaih'10 adalah merupakan rukun, yang tanpanya jual beli tidak dapat

dijalankan dan tidak sah.11 Berarti tanpa sumbangan kewangan, maka rumah tersebut

tidak boleh dimiliki.

Dalam kes Amran lawan Suriyani,12 pihak Mahkamah membantah hujah

pihak defendan bahawa sumbangan kewangan adalah perkara yang tidak penting dan

tidak menentukan kadar bahagian masing-masing pihak ke atas harta sepencarian.

Dalam kes ini pihak isteri telah mengeluarkan wang sebanyak $24,000.00 ke atas

ubahsuai rumah HDB yang mereka beli bersama. Sumbangan kewangan tersebut

perlu diambil kira dalam penentuan kadar bahagian kedua pihak daripada rumah

HDB pasangan tersebut. Mahkamah menegaskan bahawa sudah menjadi panduan

perlaksanaan di Mahkamah Syariah dan Lembaga Rayuan bahawa sumbangan

kewangan adalah perkara utama dalam menentukan kadar bahagian yang berhak

diperoleh oleh masing-masing pasangan daripada harta sepencarian. Dalam kes yang

lain antara Zulkifly lawan Rohani,13 pihak Mahkamah menegaskan bahawa besar-

kecilnya sumbangan kewangan masing-masing pihak tidak boleh diketepikan dalam

menentukan kadar bahagian keuntungan masing-masing pihak ke atas penjualan

rumah HDB yang dimiliki bersama oleh kedua pasangan.

Bahkan dalam kes antara �ajihah lawan Kassim,14 sumbangan kewangan

suami isteri dijadikan sebagai faktor utama oleh pihak Mahkamah ketika menentukan

10 Al-Ma‘qūd ‘alaih adalah barangan yang diperjual belikan atau ditukarkan. Ianya terbahagi kepada dua bahagian: pertama adalah barangan yang hendak dijual dan kedua adalah bayaran ke atas barangan tersebut. Lihat Dr. Musţafā al-Khin et al. (1998), op.cit., j. 3, h. 12. 11 Al-Sayyid Al-Bakrī Bin Al-Sayyid Muhammad Syaţā al-Dimyātī (t.t.), op.cit., j. 3, h. 3. 12 Amran bin Rasuan lawan Suriyani bte Mardono, LRS No. 28/2000. 13 Zulkifle bin Bakar lawan Siti Rohani bte Jaafar, LRS No. 57/1996. 14 �ajihah bte Abdul Rashid lawan Kassim bin Kasman, MS No. 08666.

Page 9: BAB IV KADAR PEMBAHAGIA HARTA SEPE CARIAstudentsrepo.um.edu.my/5284/10/10BAB_IV_Kadar_Pembahagian_Harta... · salah satu pasangan ke atas harta yang dimiliki oleh pasangannya dengan

169

kadar bahagian harta sepencarian suami isteri. Mahkamah memberikan masing-

masing pihak sesuai dengan sumbangan kewangan mereka berdua ke atas pembelian

rumah HDB. Dalam kes ini, mereka berdua telah membeli sebuah rumah HDB

beralamat di Blk 423 Tampines #02-413 atas nama mereka berdua dengan

sumbangan 90% berasal daripada pihak isteri dan 10% daripada sumbangan

kewangan suami. Mahkamah memberikan pihak suami 10 dan pihak isteri 90%

daripada keuntungan penjualan rumah tersebut berdasarkan kepada sumbangan

kewangan masing-masing pihak.

Dalam kes-kes harta sepencarian yang melibatkan rumah HDB, atau aset lain

yang melibatkan sumbangan kewangan, Mahkamah selalu memastikan bahawa setiap

pihak mesti mendapatkan secara sempurna sumbangan kewangan yang telah

dikeluarkan. Oleh itu ketika sesebuah rumah diputuskan untuk dijual, Mahkamah

mengeluarkan perintah untuk mengembalikan sumbangan kewangan masing-masing

pihak ke dalam akaun CPF masing-masing sesuai dengan kadar yang disumbangkan.

Keuntungan daripada penjualan rumah tersebut hanya dibahagikan setelah ditolak

semua kos kewangan yang dikeluarkan oleh masing-masing pihak dikembalikan dan

diambil kira.

Dalam kes �azli lawan Delima,15 Mahkamah memerintahkan bahawa rumah

di alamat Blok 269, Toh Guan Road #04-91 Singapore 600269, dijual dipasaran

terbuka. Semua belanja yang dikeluarkan oleh masing-masing pihak ke atas

pembelian rumah yang berasal daripada wang CPF dikembalikan kepada akaun

masing-masing pihak di Lembaga CPF berserta bunganya. Jika ada keuntungan

15 Mohammad �azli bin Johar lawan Delima Suria Binte Ahmad, MS No. 23846.

Page 10: BAB IV KADAR PEMBAHAGIA HARTA SEPE CARIAstudentsrepo.um.edu.my/5284/10/10BAB_IV_Kadar_Pembahagian_Harta... · salah satu pasangan ke atas harta yang dimiliki oleh pasangannya dengan

170

selepas ditolak baki hutang dan komisyen agen, pihak isteri mendapatkan 60%

sedangkan suami 40%. Setelah sumbangan kewangan dikembalikan ke dalam akaun

CPF masing-masing pihak, barulah pihak Mahkamah mempertimbangkan faktor-

faktor lain yang mempengaruhi kadar bahagian daripada keuntungan penjualan rumah

tersebut. Di antara faktor yang utama yang selalu menjadi asas penghakiman ke atas

kadar bahagian daripada harta sepencarian adalah sumbangan tidak langsung masing-

masing pihak.16

4.1.2. Tafsiran Konstruktif Sumbangan Secara Tidak Langsung

4.1.2(a) Usia perkahwinan diambilkira

Usia perkahwinan pasangan suami isteri telah diambil kira oleh Mahkamah

dalam memberikan penilaian terhadap sumbangan tidak langsung pasangan dalam

harta yang dimiliki oleh pasangannya. Kerana secara umumnya, sumbangan tidak

langsung adalah merupakan khidmat yang telah diberikan oleh salah satu pasangan

kepada pasangan dan keluarganya selama tempoh perkahwinan mereka, khasnya

khidmat dan sumbangan yang telah diberikan oleh pihak isteri bagi suami dan

keluarga. Bertambah lama usia perkahwinan mereka, semakin besar juga nilai

sumbangan tidak langsung yang telah dicurahkan oleh seorang isteri kepada suami

dan keluarga.

Berpengaruhnya usia perkahwinan ke atas kadar bahagian yang diperoleh oleh

masing-masing pihak ke atas harta sepencarian, bersesuaian dengan seksyen 52(8)(k)

AMLA 1999 yang menyatakan bahawa umur suami isteri dan panjang-pendeknya

usia perkahwinan perlu diperhatikan ketika menentukan kadar bahagian daripada

16 Lihat AMLA Seksyen 52(8)(d) & (g).

Page 11: BAB IV KADAR PEMBAHAGIA HARTA SEPE CARIAstudentsrepo.um.edu.my/5284/10/10BAB_IV_Kadar_Pembahagian_Harta... · salah satu pasangan ke atas harta yang dimiliki oleh pasangannya dengan

171

harta sepencaria.17 AMLA mengaitkan antara umur pasangan dengan usia

perkahwinan. Semakin tua umur seseorang semakin berkurangan keupayaan untuk

hidup berdikari dan mencari nafkah sendiri. Maka semakin perlukan bantuan dan

perlindungan daripada keluarga.

Dalam kes antara Rawi lawan Hazana,18 Mahkamah memberikan pihak isteri

40% daripada keuntungan penjualan rumah HDB, padahal pihak isteri tidak

memberikan sumbangan kewangan dalam pembelian rumah tersebut. Khidmat dan

sumbangan tidak langsungnya selama 35 tahun perkahwinan telah menjadi

pertimbangan Mahkamah untuk memberinya kadar bahagian 40% daripada harta

yang dimiliki oleh pihak suami secara persendirian. Dalam hal kadar 40% yang

dianggap tinggi oleh pihak suami –memandangkan bahawa isteri tidak menyumbang

sesenpun ke atas pembayaran rumah tersebut, pihak Mahkamah menerangkan bahawa

ianya adalah wajar, mengambil kira peranan isteri selama 35 tahun bersama suaminya

menempuh gelombang kehidupan dengan sabar dan taat sehingga mereka berjaya

membesarkan anak-anak mereka. Ketaatan pihak isteri ditunjukkan ketika pihak

suami berada dalam penjara. Pihak isteri lebih memilih menunggu suaminya dengan

penuh ketabahan daripada berpisah dengan suaminya.

Dalam kes yang lain antara �orlia lawan Harris,19 pihak Mahkamah

memberikan pihak isteri 40% daripada keuntungan penjualan rumah HDB yang

dimiliki oleh mereka berdua yang mana hanya pihak suami yang menyumbang ke

17 Seksyen 52(8)(k): " the age of each party and the duration of the marriage ". 18 Rawi bin Kadir lawan Hazana bte Fadil, MS No. 09952. 19 �orlia bte Tambi lawan Harris bin Awang MS No. 18534.

Page 12: BAB IV KADAR PEMBAHAGIA HARTA SEPE CARIAstudentsrepo.um.edu.my/5284/10/10BAB_IV_Kadar_Pembahagian_Harta... · salah satu pasangan ke atas harta yang dimiliki oleh pasangannya dengan

172

atas pembelian dan pembayaran angsuran bulanan. Dalam kes Rawi lawan Hazana,20

Mahkamah memberikan pihak isteri 40% nilai kepada sumbangan tidak langsung

selama 35 tahun usia perkahwinan mereka. Dalam kes ini, kadar yang sama iaitu 40%

diberikan kepada pihak isteri sebagai nilai kepada sumbangan tidak langsung semala

10 tahun tempoh perkahwinan mereka. Dalam kes yang lain pula antara Shaik lawan

Manisah,21 Mahkamah memberikan pihak isteri 30% daripada keuntungan penjualan

rumah HDB sebagai nilai kepada sumbangan tidak langsung selama 1½ tahun usia

perkahwinan mereka. Sementara itu, dalam kes antara Yasmin lawan Carsten,22

sumbangan tidak langsung seorang isteri selama 2 tahun perkahwinan dinilaikan

dengan 10% sahaja daripada kadar harta sepencarian suami isteri.

Yang ingin diberikan perhatian di sini adalah kaitan antara umur perkahwinan

dengan sumbangan tidak langsung pihak isteri terhadap kadar bahagian yang berhak

diperoleh olehnya. Dalam beberapa kes yang dibentangkan di atas, terdapat ketidak

selarasan antara umur perkawinan yang ikut menentukan besar-kecilnya sumbangan

tidak langsung pihak isteri, dan kadar bahagian daripada harta sepencarian. Umur

perkahwinan yang mencecah 35 tahun, sama nilainya dengan umur perkahwinan yang

berlangsung selama 10 tahun. Usia perkahwinan yang hanya berjalan selama 1½

tahun dinilaikan dengan 30%, sedangkan 2 tahun usia perhakwinan dikadarkan hanya

10%.

Tidak dapat dinafikan bahawa disana ada sebab-sebab lain yang diambil kira

oleh pihak Mahkamah ketika menentukan kadar bahagian yang berhak dimiliki oleh

20 Rawi bin Kadir lawan Hazana bte Fadil, MS No. 09952. 21 Shaik Mohamed bin Abdul Ghany lawan Manisah bte Taufik, MS No. 18176. 22 Yasmin Jafar Sultan lawan Carsten Ingo Sebening, LRS No. 33/2001.

Page 13: BAB IV KADAR PEMBAHAGIA HARTA SEPE CARIAstudentsrepo.um.edu.my/5284/10/10BAB_IV_Kadar_Pembahagian_Harta... · salah satu pasangan ke atas harta yang dimiliki oleh pasangannya dengan

173

pasangan suami isteri, tetapi perlu juga ada penyelarasan yang jelas antara usia

perkahwinan dan nilai kadar bahagian sebagai salah satu panduan dan ukuran bagi

menilai sumbangan tidak langsung pihak isteri ke atas harta sepencarian suami isteri.

4.1.2(b) Jasa dan perkhidmatan

Perkara ini lebih kritikal sekali memandangkan bahawa sumbangan tidak

langsung adalah perkara luar yang pada hakikatnya tidak memainkan peranan secara

langsung dalam perolehan harta seseorang. Sumbangan tidak langung lebih kepada

jasa dan khidmat yang dilakukan oleh pihak isteri ke atas keluarga selama tempoh

perkahwinan. Inilah bahagian yang paling rumit yang dihadapi oleh para hakim ketika

hendak menentukan kadar bahagian suami isteri. Ianya adalah sangat subjektif dan

paling lemah sisi hukumnya daripada pandangan Islam.

Ditinjau dari konsep pemilikan harta dalam Islam, sumbangan tidak langsung

dalam harta sepencarian tidak dapat memenuhi kreteria sebagai salah satu sebab

pemilikan harta yang diperbolehkan oleh Islam.23 Tidak dibenarkan bagi seseorang

mengambil dan menggunakan harta orang lain tanpa keizinan dan keredaan daripada

pemiliknya. Pemindahan harta daripada seseorang kepada orang lain juga tidak boleh

dilakukan kecuali jika ianya bersesuaian dengan syariah Islam. Tukar menukar suatu

barang dengan barang yang lain juga tidak dibolehkan kecuali jika ianya tidak

bertentangan dengan sistem akad muamalah dalam Islam.

23 Ada empat sebab yang boleh menimbulkan pemilikan seseorang ke atas harta. Pertama, penguasaan ke atas harta benda yang diperbolehkan oleh syara‘ dan ianya bukan milik orang lain, seperti menangkap ikan di lautan atau berburu haiwan di hutan. Kedua, akad yang mempunyai kesan pemilikan harta seperti jual beli, hadiah dan hibah. Ketiga, penggantian dan keempat, turunan daripada sesuatu yang dimiliki seperti harta warisan. Lihat Ikhwan Abidin Basri, MA (2008), "Pemilikan Dalam Islam". www.tazkiaonline.com; Lihat juga, Abdul Hamīd al-Syarwānī (t.t.), Ḥawasyī al-Syarwānī, j. 5. Bayrūt: Dār al-Fikr, h. 358.

Page 14: BAB IV KADAR PEMBAHAGIA HARTA SEPE CARIAstudentsrepo.um.edu.my/5284/10/10BAB_IV_Kadar_Pembahagian_Harta... · salah satu pasangan ke atas harta yang dimiliki oleh pasangannya dengan

174

4.1.2(c) Kaitan sumbangan tidak langsung dan syarikah al-abdān

Telah banyak kajian dibuat berkaitan dengan konsep harta sepencarian dan

kaitannya dengan sumbangan tidak langsung pasangan ke atas harta yang dimiliki

oleh pasangannya. Ada yang cuba mengkiaskan dengan syarikah al-abdān mengikut

pandangan Mazhab Maliki, Hanafi dan Hambali. Hanya Mazhab Maliki sahaja yang

mensyaratkan persamaan kerjaya bagi sahnya syarikah jenis ini.24 Dalam syarikah al-

abdān, dua orang atau lebih telah berakad bahawa hasil daripada pekerjaan yang

dilakukan oleh keduanya adalah milik bersama dibahagi dua atau dibahagi sesuai

dengan kesepakatan antara keduanya. Jenis pekerjaan daripada ahli syarikat tidak

mesti sama, ia boleh berbeza. Jika konsep ini dikiaskan dengan suami isteri, ertinya

bahawa suami isteri telah berakad dengan badan, tenaga dan kemahiran masing-

masing untuk melakukan suatu pekerjaan iaitu membina rumah tangga dan mencari

nafkah untuk keluarga. Hasil daripada kerja yang dijalankan oleh kedua suami isteri

dibahagi dua atau sesuai dengan kesepakatan suami isteri.

Dalam kenyataannya, kesepakatan untuk bekerja bersama, dan hasil daripada

pekerjaan yang mereka lakukan, akan dibahagi kepada mereka sesuai dengan

kesepakatan yang dipersetujui bersama, tidak dijumpai dalam akad nikah yang

dilafazkan oleh pengantin lelaki dan wali kepada pengantin perempuan.

Akad nikah25 adalah suatu akad yang menghalalkan hubungan seksual antara

suami dan isteri dengan cara yang disyariatkan untuk membina keluarga sakinah

mawaddah wa raḥmah; untuk membina generasi Muslim yang unggul. Tujuan

perkahwinan bukan untuk mengumpulkan harta dan bukan salah satu lembaga usaha

24 Dr. Wahbah al-Zuḥaylī (1996), op.cit., j. 4, h. 803-804. 25 DR. Wahbah al-Zuhaylī (1996), op.cit., j. 7, h. 29-30.

Page 15: BAB IV KADAR PEMBAHAGIA HARTA SEPE CARIAstudentsrepo.um.edu.my/5284/10/10BAB_IV_Kadar_Pembahagian_Harta... · salah satu pasangan ke atas harta yang dimiliki oleh pasangannya dengan

175

yang disyariatkan oleh Allah untuk mencari wang, sebagaimana ianya ada dalam

syarikah al-abdān. Keduanya adalah suatu institusi yang berbeza dengan tujuan dan

maksud yang berbeza pula. Memaksakan konsep syarikah al-abdān ke dalam akad

nikah telah merubah dan menciderai tujuan mulia daripada institusi perkahwinan

yang diinginkan oleh Islam.

4.1.2(d) Sumbangan tidak langsung sebagai upah ke atas khidmat isteri

Ada yang menggolongkan sumbangan tidak langsung pihak isteri ke atas harta

yang dimiliki oleh suaminya sebagai upah di atas kerja dan khidmat yang telah

dilakukan oleh isteri dalam rumah suaminya. Peranannya sebagai ibu kepada anak-

anak dengan menjaga, mengurus dan mengambil berat kebajikan anak-anak adalah

sebagai kerja yang patut diberi upah. Peranannya sebagai isteri kepada suami dengan

memberikan layanan, keselesaan dan ketenangan jiwa kepada suami dianggap sebagai

suatu kerja yang juga perlu diberikan upah.

Anggapan ini tidak selari dengan konsep kehidupan rumah tangga yang

digambarkan oleh Rasulullah saw dalam sebuah hadithnya: "Suami adalah pemimpin

ke atas keluarga dengan memberikan perlindungan dan nafkah kepada mereka

sedangkan isteri adalah ratu dalam rumah tangga suaminya dan bertanggungjawab

menguruskan segala urusan rumah tangganya". Setiap suami isteri telah diberikan

peranan yang jelas dan berbeza oleh Islam. Suami berkewajiban melindungi dan

memberikan nafkah yang mencukupi bagi keluarganya. Isteri berkewajiban mengurus

dan mengambil berat urusan rumah tangga suaminya. Segala kerja dan khidmat yang

dijalankan oleh pihak suami ke atas isteri dan pihak isteri ke atas suami dan anak-

Page 16: BAB IV KADAR PEMBAHAGIA HARTA SEPE CARIAstudentsrepo.um.edu.my/5284/10/10BAB_IV_Kadar_Pembahagian_Harta... · salah satu pasangan ke atas harta yang dimiliki oleh pasangannya dengan

176

anak adalah merupakan tanggungjawab yang telah dibebankan oleh Allah kepada

kedua belah pihak.

Kewajiban isteri untuk mengurus dan melakukan kerja-kerja rumah diperkuat

dengan tidak dimasukkannya khadam (pembantu) ke dalam senarai nafkah yang

wajib diberikan oleh pihak suami kepada isterinya. Kewajiban suami untuk

menyediakan khadam bagi isterinya baru sabit jika pihak isteri terbiasa dilayan dan

ada khadam ketika hidup di rumah ibu bapanya sebelum berkahwin. Itupun jika pihak

suami termasuk golongan yang kaya dan mampu membayar belanja khadam. Jika

suami hidup sederhana atau miskin, maka gugurlah kewajiban untuk menyediakan

khadam bagi pihak isteri. Dan pihak isterilah yang sepatutnya mengerjakan segala

urusan rumah tangga.26

Tidak terdapat dalam kehidupan Rasulullah saw dan para sahabatnya, bahawa

seorang isteri meminta upah ke atas kerja-kerja yang telah dijalankan oleh isteri di

rumah suaminya. Bahkan para sahabat sendiri menyifatkan kerja-kerja rumah yang

dilakukan oleh Rasulullah saw ketika berada di rumah sebagai 'membantu' isterinya.27

Membantu membawa erti ianya adalah kerja sukarela yang berupa pertolongan dan

sokongan kepada yang perlukannya.28 Ertinya bahawa isterilah yang

bertanggungjawab menjalankan urusan rumah tangga. Sebuah tanggungjawab tidak

berhak untuk mendapatkan upah. Maka semua yang dilakukan oleh seorang wanita

sebagai ibu dan isteri adalah tanggungjawab dan bukanlah sebuah sumbangan yang

perlu mendapatkan imbalan kewangan. Oleh yang demikian, mengkiaskan khidmat

26 DR. Wahbah al-Zuḥaylī (1996), op.cit., h. 805-806. 27 Jarjānī, Abdullah bin ‘Adī bin Abdullah bin Muhammad al- (1988), op.cit., j. 3, h. 404. 28 Noresah Hajah bt. Baharom, Bsc, MA et al. (2005), Kamus Dewan, c. 4. Selangor: Dawama Sdn. Bhd. h. 126.

Page 17: BAB IV KADAR PEMBAHAGIA HARTA SEPE CARIAstudentsrepo.um.edu.my/5284/10/10BAB_IV_Kadar_Pembahagian_Harta... · salah satu pasangan ke atas harta yang dimiliki oleh pasangannya dengan

177

isteri mengurus dan mengambil berat perihal suami dan anak-anak dengan kerja yang

patut mendapatkan upah adalah qiyās ma‘a al-fāriq (kias yang berbeza sebabnya).

Dalam Al-Qur'an Allah menggambarkan tanggungjawab yang perlu

dilaksanakan oleh isteri dengan yang terbaik sesuai fitrah dan tabiat semulajadi

seorang wanita, sebagaimana isteri juga mempunyai hak yang wajib dilaksanakan

oleh pihak suami juga dengan cara yang terbaik.29 Allah berfirman:

}لوهناللث م ذلي عهيال بنمعروف{ Ertinya: "dan para isteri mempunyai hak yang sama sebagaimana kewajiban yang ditanggung olehnya ke atas suami dengan cara yang terbaik".

Surah al-Baqarah (2) : 228.

Ayat ini juga memberikan teguran ke atas sesetengah kaum lelaki yang

menganggap isteri adalah khadam (pembantu) yang tidak mempunyi hak-hak

kemanusiaan. Perkahwinan bukanlah akad perhambaan dan penguasaan, ianya adalah

akad yang menetapkan hak dan tanggungjawab suami isteri yang sama sesuai dengan

kemaslahatan dan kebaikan keduanya. Sebagaimana isteri mempunyai tanggungjawab

ke atas suami, suami juga wajib melaksanakan tanggungjawabnya ke atas isteri.30

Hubungan keserasian hak dan tanggungjawab yang telah Allah tentukan untuk

suami dan isteri, telah digambarkan dengan baik oleh Sayyid Sābiq31 seperti berikut:

" Dasar yang ditetapkan oleh Islam dalam mengatur dan menguruskan kehidupan suami isteri adalah merupakan suatu dasar yang sesuai dengan fitrah dan tabiat semulajadi manusia itu sendiri maka yang lelaki lebih menumpukan kepada pekerjaan dan perusahaan di luar rumah, manakala perempuan lebih layak menjalankan pekerjaan di dalam rumah seperti mengurus rumahtangga, mendidik anak-anak, menyediakan segala

29 Ismail bin Umar bin Kathīr al-Dimasyqī (1401H), Tafsīr Ibnu Kathīr, j. 1. Dār al-Fikr, h. 272. 30 Dr. Wahbah al-Zuḥaylī (2003), Tafsīr al-Munīr, c. 2, j. 1. Syiria: Dār al-Fikr, h. 698-699. 31 Sayyid Sābiq (1981), Fiqh al-Sunnah, j. 2. Bayrūt: Dār al-Fikr, h. 174.

Page 18: BAB IV KADAR PEMBAHAGIA HARTA SEPE CARIAstudentsrepo.um.edu.my/5284/10/10BAB_IV_Kadar_Pembahagian_Harta... · salah satu pasangan ke atas harta yang dimiliki oleh pasangannya dengan

178

kemudahan bagi menjadikan suasana dalam rumah tenang dan tenteram. Maka sebab itu ditugas kepada lelaki kerja yang sesuai baginya, begitu juga ditugaskan kepada perempuan dan dengan itu barulah rumahtangga berjalan dengan baik di dalam dan di luar rumah tanpa menjejaskan mana-mana pihak”.

Memasukkan khidmat isteri di rumah suaminya sebagai bahagian daripada

kerja yang patut mendapatkan upah seperti apa yang digambarkan dalam surah al-

Nisā’: 32 adalah kurang tepat. Allah berfirman:

}للرالجن صيبم ا كمسبوا وللناءسن صيبم ا اكمتسبن{ Ertinya: "Lelaki mendapat bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi perempuan mendapat bahagian daripada apa yang mereka usahakan".

Surah al-Nisā' (4) : 32.

Walaupun seakan-akan ini memberikan gambaran bahawa setiap lelaki dan

wanita berhak ke atas apa yang telah diusahakan dan disumbangkan, tetapi jika dilihat

dari sebab nuzul ayat ini, ianya sebenarnya menunjukkan tuntutan hak persamaan

kaum wanita mula-mula dahulu pada zaman Nabi saw. kerana wanita diberi satu

bahagian sahaja. Diriwayatkan bahawa seorang wanita datang berjumpa dengan

Rasulullah saw. dan berkata: "Wahai Nabi Allah! Lelaki mendapat dua kali ganda

daripada bahagian wanita, persaksian dua orang wanita setanding dengan hanya satu

kesaksian lelaki, adakah jika kaum wanita melakukan amal dan kebaikan, ditulis

baginya separuh kebaikan? Maka Allah turunkan ayat di atas.32

Ayat di atas juga melarang hasad dengki kerana kelebihan yang Allah berikan

kepada kaum lelaki dari segi harta pusaka dan kewajiban berperang. Tetapi bukan

bermakna bahawa pahala dan ganjaran ke atas amalan yang dilakukan oleh wanita

32 Ḥanbalī Muhammad Bin ‘Abdul Wāḥid bin Ahmad al- (1410H), al-Ahādīth al-Mukhtārah, j. 10. Mekkah: Maktabah al-Nahḍah al-Ḥadīthah, h. 117.

Page 19: BAB IV KADAR PEMBAHAGIA HARTA SEPE CARIAstudentsrepo.um.edu.my/5284/10/10BAB_IV_Kadar_Pembahagian_Harta... · salah satu pasangan ke atas harta yang dimiliki oleh pasangannya dengan

179

juga separuh pahalanya daripada amalan yang dilakukan oleh lelaki. Ayat ini

menegaskan bahawa dari segi amalan dan ibadah kepada Allah, semuanya akan

mendapatkan ganjaran sama sesuai dengan amalan yang lakukannnya.33

Suami telah melakukan tugasnya sebagai kepala keluarga dengan mencari

nafkah dan isteri telah melakukan tugasnya sebagai suri rumah dengan mengurus dan

mengambil berat kebajikan anak-anak. Maka suami mendapat balasan daripada Allah

sesuai dengan tugas dan tanggungjawabnya, dan isteri juga mendapat balasan yang

sama sesuai dengan tugas dan tanggungjawabnya. Inilah di antara pesan yang ingin

disampaikan oleh Allah dalam ayat tersebut. 34

Tidak relevan jika ayat yang semulanya menjadi simbol kesetaraan antara

lelaki dengan perempuan dari segi balasan amal kebaikan di sisi Allah swt., dialihkan

kepada makna dan ganjaran kebendaan yang berhak diperoleh oleh pihak isteri

daripada menjalankan tugasnya sebagai suri rumah dengan baik.

4.1.3 Pemisahan Sumbangan Tidak Langsung daripada Sumbangan Langsung

Harta sepencarian adalah adat35 yang telah diguna pakai dalam masyarakat

Melayu dan Asia Tenggara pada umumnya. Nama-nama lain yang digunakan untuk

maksud yang sama ialah Carian Laki Bini, Pencarian, Gono-gini, Haerta Sihareukar,

Harta Saurang, Guna-Kaya, Druwe Bagro, dan Barang Percantangan.36 Islam telah

33 Dr. Wahbah al-Zuḥaylī (2003), al-Tafsīr al-Munīr, c. 2, j. 3. Syiria: Dār al-Fikr, h. 45. 34 Ṭabarī Muhammad bin Jarīr Abu Ja‘far al- (1405H), Tafsīr al-Ṭabarī, j. 5. Bayrūt: Dār al-Fikr, h. 47. 35 Md. Akhir Hj. Yaacob, DR. Siti Zalikhah Md. Noor (1989), op.cit., h. 76; Reading In Malay Adat

Laws, h. 413. 36 Carian Laki Bini dikenali di kalangan masyarakat Melayu Negeri Sembilan. Pencurian dikenali di kalangan masyarakat Islam Melanau Sarawak. Gono-gino dikenali di kalangan masyarakat Jawa. Haerta Sihareukar dikenali di kalangan masyarakat Aceh. Harta Saurang dikenali di kalangan masyarakat Minangkabau. Guna-Kaya dikenali di kalangan masyarakat Sunda. Druwe Bagro dikenali

Page 20: BAB IV KADAR PEMBAHAGIA HARTA SEPE CARIAstudentsrepo.um.edu.my/5284/10/10BAB_IV_Kadar_Pembahagian_Harta... · salah satu pasangan ke atas harta yang dimiliki oleh pasangannya dengan

180

mengiktiraf kewujudan adat dan tidak menafikannya. Islam menganggap adat adalah

salah satu sumber hukum dalam Islam. Pengiktirafan adat ini tergambar daripada

kaedah usul fiqh yang menyebutkan bahawa al-‘ādah muḥakkamah.37 Adat adalah

salah satu sumber perundangan Islam. Para ulama Asia Tenggara38 telah menerima

harta sepencarian sebagai bahagian daripada undang-undang Islam dan dimasukkan

dalam rang undang-undang di Mahkamah Syariah dan menjadi bidangkuasanya untuk

membincangkan isu-isu berkaitan dengan harta sepencarian.39

Walaupun harta sepencarian sudah diserapkan dalam undang-undang Islam,

tetapi masih perlu dikaji ulang tentang unsur-unsur yang berpengaruh dan diambilkira

dalam menentukan jenis-jenis harta yang termasuk dalam kategori harta sepencarian.

Oleh kerana harta sepencarian adalah hasil adat, maka perlu dipastikan bahawa adat

ini tidak bertentangan dengan kaedah umum undang-undang pemilikan harta dalam

Islam.

Perlu adanya pemisahan antara unsur-unsur yang bersesuaian dengan syara‘

dan unsur-unsur yang bercanggah dengan hukum syara‘. Maka perlu dipisahkan

antara sumbangan langsung dan sumbangan tidak langsung. Hanya sumbangan

langsung sahaja yang boleh dijadikan asas kepada penentuan harta yang termasuk

dalam kategori harta sepencarian dan kadarnya. Sebab sumbangan jenis ini, tidak

bertentangan dengan konsep pemilikan harta dalam Islam dan merupakan sebab ke

atas diperolehinya harta. Sementara sumbangan tidak langsung perlu diketepikan,

di kalangan masyarakat Bali. dan Barang Percantangan dikenali di kalangan masyarakat Kalimantan. Lihat Md. Akhir, op.cit., h. 72. 37 Suyūṭī, Abd al-Raḥmān bin Abī Bakr al- (1403H), al-’Asybāh wa al-�aẓā’ir, j. 1. Bayrūt: Dār al-Kutub al-‘Ilmiyyah, h. 93. 38 Ulama Asia Tenggara yang dimaksud adalah Singapura, Malaysia dan Indonesia. 39 Singapura: AMLA 1999 seksyen (52); Malaysia: Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1994 (akta 303) seksyen 58; Indonesia: Kompilasi Hukum Islam Bab XIII tentang harta benda dalam perkahwinan.

Page 21: BAB IV KADAR PEMBAHAGIA HARTA SEPE CARIAstudentsrepo.um.edu.my/5284/10/10BAB_IV_Kadar_Pembahagian_Harta... · salah satu pasangan ke atas harta yang dimiliki oleh pasangannya dengan

181

kerana ianya bertentangan dengan konsep pemilikan harta dalam Islam. Pengaruhnya

ke atas perolehan harta hanyalah merupakan sangkaan dan sesuatu yang maknawi.

Tanpa sumbangan tidak langsungpun harta tersebut masih boleh diperoleh oleh

pasangan. Ertinya kewujudan harta tersebut tidak bergantung kepadanya.

Memasukkan sumbangan tidak langsung sebagai bahagian daripada harta sepencarian

adalah suatu ijtihad yang patut dipikirkan semula.

4.1.4 Mut‘ah Menyerap Sumbangan Tidak Langsung

Sebagai pertimbangan, perlu diketengahkan bahawa ketika berlaku perceraian,

Allah swt telah mewajibkan40 kepada pihak suami untuk membayar mut‘ah41 sebagai

saguhati dan untuk menghargai jasa isteri yang telah hidup bersama suaminya selama

dalam ikatan perkahwinan. Dengan mut‘ah, kesan negatif daripada perceraian

tersebut dan beban kewangan pihak isteri juga menjadi lebih ringan.

Menurut Mazhab Syafi‘ī, mut‘ah adalah pemberian yang wajib diberikan ke

atas isteri yang telah diceraikan sebagai saguhati. Pendapat ini adalah yang

ditarjihkan oleh ulama Assyafi‘iyyah. Sementara dalam Mahzab Hanafī dan Hambalī

pula ianya sunnah. Jika tiada kesepakatan antara suami isteri tentang kadar mut'ah,

Imam Hanafi mengembalikan kadarnya kepada setengah daripada kadar mahar yang

diberikan oleh suami kepada isteri. Sementara itu, Imam Syafi‘ī tidak membenarkan

pemaksaan kadar tertentu daripada mut'ah kepada suami kecuali sesuai dengan ‘uruf

mut'ah yang berlaku.42

40 Lihat Dr Wahbah Zuḥaylī (1996), op.cit., j. 7, h. 317-318. 41 Syafi‘ī, Muhammad bin Idrīs Abu Abdillah Al- (t.t.), op.cit., j. 7, h 255. 42 Ismail bin Umar bin Kathīr al-Dimasyqī (1401H), op.cit., j. 1, h. 289.

Page 22: BAB IV KADAR PEMBAHAGIA HARTA SEPE CARIAstudentsrepo.um.edu.my/5284/10/10BAB_IV_Kadar_Pembahagian_Harta... · salah satu pasangan ke atas harta yang dimiliki oleh pasangannya dengan

182

Ada kesamaan hikmah antara mut‘ah dengan sumbangan tidak langsung

suami isteri ke atas harta sepencarian mereka. Mut‘ah diwajibkan untuk menghargai

jasa dan suka duka menjalani hidup berumah tangga seorang wanita bersama

suaminya. Jasa ini diiktiraf oleh syariah Islam dengan mewajibkan mut‘ah ke atas

suami apabila berlaku perceraian antara keduanya.43 Kadar mut‘ah juga perlu

disesuaikan dengan keadaan kewangan pihak suami.44 Jika segala jasa isteri ke atas

suami dan anak-anaknya telah diberi pengiktirafan dari segi undang-undang Islam

dengan mut‘ah, apakah masih diperlukan pengiktirafan lain yang mesti diberikan oleh

pihak suami kepada isteri berupa bahagian hak daripada harta yang dimiliki oleh

suaminya selama tempoh perkahwinan?

Jika sekiranya konsep mut‘ah yang diterapkan oleh Mahkamah sekarang ini

dirasa kurang memenuhi keperluan kewangan pihak isteri dan tidak mengambil kira

sumbangan isteri selama dalam tempoh perkahwinan, maka peranan dan tafsirannya

mesti diperluas. Peranannya bukan sekedar saguhati kepada pihak isteri ketika

berlaku perceraian, tetapi juga digunakan sebagai alat untuk mengiktiraf sumbangan

dan khidmat isteri ke atas harta yang dimiliki oleh suaminya. Ertinya, pihak

Mahkamah perlu mempertimbangkan sumbangan isteri ke atas harta yang dimiliki

oleh suaminya ketika memutuskan untuk memberikan kadar tertentu daripada mut‘ah

kepada pihak isteri. Adalah baik jika boleh dicapai kata sepakat antara suami isteri

berkaitan dengan kadar mut‘ah yang perlu diberikan oleh pihak suami kepada pihak

isteri berasaskan kepada sumbangan dan khidmat isteri selama dalam tempoh

perkahwinan.

43 Baghawī Al-Ḥusayn bin Mas‘ūd al-Farra' al- (1987), Ma‘ālim al-Tanzīl, c. 2, j. 1. Bayrūt: Dār al-Ma‘rifah, h.217-218. 44 Qurṭubī Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr al- (1372H), op.cit., j. 3, h. 203.

Page 23: BAB IV KADAR PEMBAHAGIA HARTA SEPE CARIAstudentsrepo.um.edu.my/5284/10/10BAB_IV_Kadar_Pembahagian_Harta... · salah satu pasangan ke atas harta yang dimiliki oleh pasangannya dengan

183

Mahkamah Syariah telah melaksanakan konsep yang sangat munasabah

berkaitan dengan kadar mut‘ah. Mahkamah menggunakan ukuran tempoh

perkahwinan sebagai penentu ke atas kadar mut‘ah yang perlu diberikan oleh pihak

suami ke atas isterinya dengan tidak mengabaikan keupayaan suami untuk membayar

mut‘ah. Kadar kebiasaan bagi mut‘ah adalah $1.50 bagi setiap hari.45 Jika suatu

perkahwinan berakhir dengan perceraian setelah berlangsung selama 10 tahun, maka

kadar mut‘ah yang wajib diberikan oleh pihak suami ke atas isterinya adalah

$1.50x365x10=$5.475.00

Jika khidmat isteri kepada suami dan anak-anak selama dalam tempoh

perkahwinan ditambahkan ke dalam kadar mut‘ah yang sedia ada, berarti kadarnya

mesti ditambah dan disesuaikan dengan aset yang dimiliki oleh suaminya selama

dalam tempoh perkahwinan. Penambahan kadar mut‘ah dibenarkan oleh syara‘,

kerana Mahkamah diberi kuasa untuk menentukan kadarnya jika tidak berlaku

kesepakatan kadar mut‘ah sesuai dengan kedudukan kewangan suami dan status

hidup isteri dan keturunannya.46 Allah berfirman berkaitan dengan hal ini:

﴿ومتعوهنالى ل عموقعس درهو ى اللعقمقرت درهم تالا باعمعروفح قى اللا عمنسحين﴾

Ertinya: "Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi "Mut'ah" (pemberian saguhati) kepada mereka (yang diceraikan itu). Iaitu: suami yang senang (hendaklah memberi saguhati itu) menurut ukuran kemampuannya; dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan."

45 Azizah bte Daud lawan Mohammad Johari bin Salleh MS No. 18200. h. 5. 46 DR. Muṣṭafā al-Khin et al. (1998), op.cit., j. 2, h. 82.

Page 24: BAB IV KADAR PEMBAHAGIA HARTA SEPE CARIAstudentsrepo.um.edu.my/5284/10/10BAB_IV_Kadar_Pembahagian_Harta... · salah satu pasangan ke atas harta yang dimiliki oleh pasangannya dengan

184

Anas bin Malik menyatakan bahawa Allah tidak menentukan kadar mut'ah tetapi

diserahkan kepada keupayaan suami dan kemampuan kewangannya. Ini jelas

daripada firman Allah: "kepada suami yang senang (hendaklah memberi saguhati itu)

menurut ukuran kemampuannya; dan suami yang susah pula menurut ukuran

kemampuannya,". Kemampuan di sini merujuk kepada keupayaan kewangan pihak

suami.

Imam Hasan bin Ali memberikan mut'ah sebanyak 20.000 dirham --dalam

riwayat yang lain, Beliau memberikan mut'ah 10.000 dirham, dan Imam Syuraiḥ

dengan 500 dirham. Ibnu Abbas menentukan kadar tertinggi mut'ah adalah khadim,

pakaian, dan nafkah; kadar pertengahannya baju perang dan keledai. Bahkan

sebahagian Ulama' Assyafi‘iyyah mengatakan bahawa kadar mut'ah bukan hanya

diukur daripada keupayaan dan status ekonomi suami tetapi status sosial dan

kewangan isteri juga diambil kira. Penafsiran ini menguatkan lagi anggapan bahawa

mut'ah bersifat berubah-ubah dan tertakluk kepada keadaan kewangan suami isteri

ketika bercerai dan keperluan isteri kepada kewangan untuk menghadapi masa

hadapannya secara sendirian.47

Allah juga berfirman berkaitan dengan kewajiban mut‘ah bagi wanita yang

diceraikan oleh suaminya:

﴿وللقلطماتم تال باعمعروفح قى اللا عمتقين﴾ Ertinya: "Dan bagi isteri-isteri yang diceraikan berhak mendapatkan mut‘ah (pemberian saguhati dengan cara yang patut, sebagai tanggungjawab yang wajib bagi orang-orang yang bertakwa"

Surah al-Baqarah (2) : 241

47 Qurṭubī Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr al- (1372H), op.cit., j. 3, h. 201.

Page 25: BAB IV KADAR PEMBAHAGIA HARTA SEPE CARIAstudentsrepo.um.edu.my/5284/10/10BAB_IV_Kadar_Pembahagian_Harta... · salah satu pasangan ke atas harta yang dimiliki oleh pasangannya dengan

185

Dengan demikian, maka tidak akan timbul persoalan sama ada seorang isteri

berhak ke atas harta yang dimiliki oleh suaminya –yang mana dalam proses

mendapatkan harta tersebut pihak isteri tiada memberikan apa-apa sumbangan dan

peranan secara langsung. Tidak timbul anggapan bahawa pihak isteri telah

mengambil harta yang dimiliki oleh suaminya secara tidak benar, kerana sumbangan

tidak langsung pihak isteri telah diserapkan kepada kadar mut‘ah yang telah

diwajibkan oleh Allah kepada suami untuk diberikan kepada isteri yang

diceraikannya.

4.1.5 Pengaruh Anak-anak ke atas Kadar Bahagian Harta Sepencarian

Anak-anak merupakan amanah daripada Allah swt. kepada suami isteri yang

sepatutnya segala haknya dipenuhi dengan sempurna bagi terwujudnya generasi

Muslim yang unggul. Anak-anak adalah golongan yang paling teruk terjejas jika

berlaku perceraian antara suami isteri. Bukan hanya dari sudut kasih sayang dan

ketentraman jiwa yang hilang, tetapi masalah tempat tinggal dan keperluan

pendidikan mereka juga ikut terjejas dengan perpisahan kedua orangtua mereka.

Rasulullah saw. juga bersabda:

"طالقأبغض احلالل إىل اهللا ال" Ertinya: "Perkara halal yang paling dibenci oleh Allah swt. Adalah perceraian"48

Keperluan anak-anak terhadap perlindungan daripada kesan-kesan negatif

daripada perceraian tercermin daripada keputusan-keputusan Mahkamah berkaitan

dengan pembahagian harta sepencarian dan kadar yang sepatutnya diperoleh oleh

48 Quzaynī, Muhammad bin Yazīd Abu Abdullah al- (t.t.), Sunan Ibnu Mājah, j. 1. Bayrūt: Dār al-Fikr, h. 650.

Page 26: BAB IV KADAR PEMBAHAGIA HARTA SEPE CARIAstudentsrepo.um.edu.my/5284/10/10BAB_IV_Kadar_Pembahagian_Harta... · salah satu pasangan ke atas harta yang dimiliki oleh pasangannya dengan

186

pihak yang mendapatkan hak jagaan anak. Dalam kes antara Ali lawan Seniati,

Mahkamah memberikan isteri hak 25% iaitu sebanyak $90,000.00 daripada semua

aset yang dimiliki oleh suaminya sebagai bahagian daripada harta sepencarian. Salah

satu sebab yang diambil kira oleh Mahkamah dalam menentukan kadar tersebut

adalah bahawa pihak isteri mendapat hak penjagaan anak-anak yang masih kecil yang

sudah pasti perlukan kepada tempat tinggal yang sesuai untuk isteri dan anak-

anaknya. Dengan wang $90,000.00 tersebut diharapkan bahawa pihak isteri

mendapatkan tempat tinggal yang sesuai bagi dirinya dalam mendidik dan

membesarkan anak-anaknya.

Dalam seksyen 52(8)(c) AMLA, kepentingan dan kebajikan anak-anak juga

mendapat perhatian tersendiri. Kebajikan mereka dimasukkan dalam faktor-faktor

yang perlu diambil kira oleh Mahkamah dalam penentuan kadar bahagian harta

sepencarian suami isteri. Walaupun pihak suami tetap berkewajiban memberikan

nafkah ke atas anak-anaknya selepas berlaku perceraian, tetapi taraf hidup yang

dijalani oleh ibunya ikut berpengaruh kepada anak. Jika ibunya hidup dengan selesa

dan tak menghadapi masalah kewangan, maka perhatian dan kasih sayang seorang ibu

dapat lebih dicurahkan kepada anak-anaknya. Tetapi jika seorang ibu masih

disibukkan dengan urusan mencari nafkah, sudah pasti kebajikan dan perhatian yang

dicurahkan untuk anak-anak ikut terjejas. Oleh yang demikian, walaupun nafkah anak

sudah dijamin oleh bapanya, tetapi perlu dipastikan bahawa ibu kepada anak-anaknya

juga hidup selesa sehingga dia dapat mendidik dan membesarkan anak-anak dengan

cara yang terbaik.

Page 27: BAB IV KADAR PEMBAHAGIA HARTA SEPE CARIAstudentsrepo.um.edu.my/5284/10/10BAB_IV_Kadar_Pembahagian_Harta... · salah satu pasangan ke atas harta yang dimiliki oleh pasangannya dengan

187

Dalam kes antara Saleh lawan Zainun,49 pihak isteri telah menjadi suri rumah

sepenuh masa selama dalam tempoh perkahwinan. Oleh kerana tiada sumbangan

kewangan yang disumbangkan oleh pihak isteri ke atas diperolehinya harta

sepencarian suami isteri, maka pihak suami bersedia memberikan 30% daripadanya

kepada pihak isteri. Tetapi Mahkamah menilai kadar tersebut kurang munasabah

memandangkan bahawa pihak isteri telah mendapat hak penjagaan anak. Mahkamah

memberikan pihak isteri kadar 40%, lebih besar 10% daripada kadar yang sedia

diberikan oleh pihak suami dan kurang 10% daripada kadar yang dituntut oleh pihak

isteri. Dengan anak-anak bersama pihak isteri, ada beban tambahan yang perlu

ditanggung oleh pihak isteri untuk menjaga dan membesarkan anaknya dalam suasana

yang sesuai dan sihat. Bebanan itu akan lebih terasa berat memandangkan bahawa

hanya beliau sendiri yang akan menjaga, mengambil berat keperluan anak-anak dan

mendidiknya dengan didikan yang terbaik.

Kebajikan anak dijadikan oleh Mahkamah sebagai salah satu sebab penting

diberikannya pihak isteri bahagian 60% daripada keuntungan bersih rumah HDB,

walaupun semua belanja kewangan berkaitan dengan rumah tersebut dibayar oleh

pihak suami. Dalam penghakiman kes antara Khadijah lawan Yusoff,50 pihak

Mahkamah menyatakan:

"Tambahan pula isteri diberikan hak penjagaan anak. Anak ini pula tentunya perlukan tempat berteduh. Beliau perlukan tempat yang selesa untuk belajar dan membangunkan fizikan dan mentalnya. Oleh itu, Mahkamah memberikan 60% dari hasil keuntungan bersih kepada isteri". 51

49 Mohamed Saleh bin Mohamed Shah lawan Zainun, LRS No. 17/2001. 50 Khadijah bte Omar bin Sahid Makarim lawan Mohamed Yusoff bin Seeni Rawhter, MS No. 14765. 51 Khadijah bte Omar bin Sahid Makarim lawan Mohamed Yusoff bin Seeni Rawhter, MS No. 14765. h. 9.

Page 28: BAB IV KADAR PEMBAHAGIA HARTA SEPE CARIAstudentsrepo.um.edu.my/5284/10/10BAB_IV_Kadar_Pembahagian_Harta... · salah satu pasangan ke atas harta yang dimiliki oleh pasangannya dengan

188

Kadar 60% untuk pihak isteri yang tidak menyumbang dari segi kewangan ke

atas pembelian rumah HDB adalah di antara yang tertinggi pernah diberikan oleh

pihak Mahkamah. Tidak dapat dinafikan bahawa faktor penjagaan dan kebajikan anak

menjadi penentu ke atas besarnya kadar yang diterima oleh pihak isteri daripada harta

sepencarian.

4.1.6 Keperluan Kewangan, Kewajiban dan Tanggungjawab Masing-masing

Pasangan

Menarik untuk diungkapkan bahawa dalam seksyen 52(8)(i), AMLA juga

mempertimbangkan keperluan, kewajiban dan tanggungjawab kewangan kedua

pasangan yang mungkin dihadapi oleh keduanya di masa yang akan datang.

Pertimbangannya bahawa kedua suami isteri telah menjalani hidup bersama selama

bertahun, bahkan berpuluh tahun dengan segala bebanan dan dugaan yang dihadapi

oleh keduanya. Mereka telah mengabdikan kehidupan mereka kepada keluarga yang

dibina bersama. Maka adalah suatu ketidakadilan di mata Mahkamah, jika setelah

semua sumbangan yang dilakukan oleh masing-masing pasangan, salah satu daripada

mereka tidak mendapatkan bekalan kewangan yang secukupnya untuk mengharungi

kehidupan di masa tua, sementara pasangannya telah berjaya mengumpulkan aset

yang mencukupi atau bahkan lebih untuk menyara masa tuanya.

Dalam kes antara Saleh lawan Zainun,52 Mahkamah menilai bahawa pihak

suami adalah seorang yang mempunyai kedudukan kewangan yang sangat mantap

dengan wang CPF yang mencukupi dan keuntungan daripada pelaburan dan

perniagaan yang sedang dijalankannya terus diperolehinya. Sementara itu, keadaan

52 Mohamed Saleh bin Mohamed Shah lawan Zainun, LRS No. 17/2001.

Page 29: BAB IV KADAR PEMBAHAGIA HARTA SEPE CARIAstudentsrepo.um.edu.my/5284/10/10BAB_IV_Kadar_Pembahagian_Harta... · salah satu pasangan ke atas harta yang dimiliki oleh pasangannya dengan

189

kewangan dan kerjaya pihak isteri sangat jauh berbeza. Pihak isteri tidak mempunyai

keupayaan dan kemahiran yang mencukupi baginya untuk mengharungi cabaran dan

bebanan masa depan. Dengan umur yang sudah mencecah 45 tahun; tidak mahir

dalam Bahasa Inggeris; tidak mempunyai pendidikan yang tinggi dan sijil kemahiran

pekerja. Keadaan ini menjadikan kehidupannya selepas berpisah dengan suaminya

akan menjadi sangat berat. Lebih daripada 20 tahun umurnya dihabiskan berkhidmat

kepada keluarganya. Jika diandaikan bahawa pihak isteri tidak berumahtangga,

mungkin dia boleh meningkatkan diri dan membina kerjayanya sendiri. Keadaan

kewangan dan kemahirannya tidak akan seteruk ini. Tanpa pendidikan dan kemahiran

yang diperlukan oleh pasaran kerja, dia akan kesulitan untuk mendapatkan pekerjaan

yang boleh menyara kehidupannya di masa hadapan.

Keperluan kewangan, kewajiban dan tanggungjawab yang akan dijalani oleh

pihak isteri selepas perceraian menjadi pertimbangan Mahkamah ketika memberikan

pihak isteri 40% daripada harta sepencarian mereka. Dalam kes ini, ada semacam

tanggungjawab moral yang perlu dilaksanakan oleh pihak suami ke atas bekas

isterinya selepas berlakunya perceraian. Tanggungjawab ini berbentuk pemberian

sebahagian aset yang diperoleh oleh pihak suami selama dalam tempoh perkahwinan

kepada pihak isteri.

Kesan kedudukan kewangan salah satu pasangan ke atas kadar bahagian harta

sepencarian juga nampak dalam kes antara Carsten lawan Yasmin.53 Pihak

Mahkamah memberikan 10% kepada pihak isteri daripada harta sepencarian

walaupun perkahwinan antara keduanya hanya 2 tahun dan tiada sumbangan

53 Yasmin Jafar Sultan lawan Carsten Ingo Sebening, LRS No. 33/2001.

Page 30: BAB IV KADAR PEMBAHAGIA HARTA SEPE CARIAstudentsrepo.um.edu.my/5284/10/10BAB_IV_Kadar_Pembahagian_Harta... · salah satu pasangan ke atas harta yang dimiliki oleh pasangannya dengan

190

kewangan dikeluarkan oleh pihak isteri ke atas aset suami. Di antara sebabnya adalah

kedudukan kewangan isteri yang kurang kukuh. Dalam penghakimannya Mahkamah

mendapati bahawa isteri mempunyai $7,892.00 dalam akaun CPFnya. Pihak isteri

juga hanya mempunyai baki $11.50 dalam akaun simpanan banknya. Lembaga

Rayuan juga menolak rayuan pihak suami yang merasakan bahawa 10% yang

berjumlah 40,000.00 terlalu banyak untuk sebuah perhakwinan yang hanya

berlangsung selama dua tahun.

4.2 Faktor-faktor di Luar AMLA

Selain faktor-faktor yang telah dirincikan dalam seksyen 52(8) daripada

AMLA 1999, Mahkamah melihat ada beberapa faktor lain yang dianggap penting dan

ikut mempengaruhi kadar bahagian daripada harta sepencarian suami isteri jika

berlaku perceraian. Faktor-faktor tersebut biasanya berasal daripada salah satu

pasangan suami isteri, seperti sikap tidak bertanggungjawab dalam menjalankan tugas

masing-masing, atau kelemaham peribadi dan akhlak salah satu pasangan dan yang

lainnya. Ketidaktelusan dalam mendedahkan fakta-fakta yang diperlukan dalam

perbicaraan dan sikap mempersulit proses perbincangan juga ikut berpengaruh dalam

penentuan kadar harta sepencarian.

4.2.1 Punca Perceraian

Dalam kes antara Syed lawan Saniah,54 Mahkamah melihat bahawa perceraian

yang berlaku antara keduanya berpunca daripada kemahuan pihak suami tanpa

didasari sebab-sebab yang munasabah. Mahkamah menilai bahawa pihak isteri telah

menjalankan tugasnya sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak dengan baik. 29 tahun

54 Shed Husin bin Syed Ali lawan Saniah bte Amit, MS No. 19331.

Page 31: BAB IV KADAR PEMBAHAGIA HARTA SEPE CARIAstudentsrepo.um.edu.my/5284/10/10BAB_IV_Kadar_Pembahagian_Harta... · salah satu pasangan ke atas harta yang dimiliki oleh pasangannya dengan

191

usia perkahwinan bukanlah waktu yang pendek bagi sebuah ikatan perkahwinan.

Setelah semua pengorbanan dan khidmat yang diberikan oleh pihak isteri, pihak

suami menceraikannya begitu sahaja tanpa alasan yang munasabah adalah suatu

perbuatan yang bertengangan dengan tujuan institusi rumah tangga Islam.

Perceraian –yang sememangnya ada dalam kuasa suami, bukan untuk

digunakan mengikut hawa nafsu, menceraiakan isteri sesuka hati, meruntuhkan

rumah tangga bila-bila masa yang ia sukai dan menghancurkan masa depan anak-

anak tanpa pertimbangan yang sewajarnya. Oleh itu maka wajar bagi Mahkamah

untuk menjatuhkan denda di atas sikapnya yang tidak bertanggungjawab sebagai

peringatan baginya dan juga orang lain untuk tidak melakukan perkara yang sama.

Dalam kes tersebut, Mahkamah memberikan pihak isteri 60% daripada harta

sepencarian melebihi kadar yang biasa diterima oleh isteri dalam kes-kes yang

seumpama, dan mengurangkan hak suami menjadi 40% kerana pihak suami dianggap

menjadi penyebab ke atas perceraian yang berlaku.

Pendekatan ini juga terlihat dalam kes antara Aminah lawan Jasni.55 Dalam

kes ini, pihak Mahkamah hanya memberikan kepada pihak suami 25% daripada

keuntungan rumah yang dimiliki bersama oleh kedua belah pihak. Pihak isteri

menyebutkan bahawa suaminya telah mencabuli kehormatan anaknya sendiri; dia

juga meninggalkan rumah dan telah mengkhianati ikatan perkahwinan yang telah

dibina lebih dari 10 tahun. Walaupun dalam kes ini, pihak isteri yang telah menuntut

perceraian, tetapi kerana tuntutan ini dikeranakan kesalahan dan kelemahan pihak

suami dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami, maka pihak

Mahkamah mengurangkan bahagian yang sepatutnya diperoleh oleh suami daripada

55 Aminah bte Mohd Tahar lawan Jasni bin Abdullah, MS No. 21280. h. 10.

Page 32: BAB IV KADAR PEMBAHAGIA HARTA SEPE CARIAstudentsrepo.um.edu.my/5284/10/10BAB_IV_Kadar_Pembahagian_Harta... · salah satu pasangan ke atas harta yang dimiliki oleh pasangannya dengan

192

50% kepada 25% sahaja. Pengurangan 25% daripada hak yang sepatutnya diterima

adalah seumpama denda tambahan kerana kesalahan yang dibuatnya dan akibat

daripada sikap yang bertentangan dengan syariat Islam.

2.4.2 Sikap Tidak Telus Dalam Memberikan Keterangan di Mahkamah

Di antara sikap tidak terpuji pasangan suami isteri yang ikut mempengaruhi

kadar bahagian harta sepencarian adalah sikap tidak telus dalam memberikan

keterangan yang diperlukan dalam perbincangan di Mahkamah. Sikap tidak telus

salah satu pihak berkaitan dengan harta dan aset yang dimiliki olehnya telah membuat

pihak Mahkamah kesulitan untuk menilai dan mengambil keputusan yang adil,

sehingga fungsi Mahkamah sebagai tempat untuk mencari keadilan dan penghurai

daripada pertelingkahan antara umat Islam terjejas.

Dalam kes antara Fadzil lawan Aernie,56 pihak suami dianggap telah tidak

berterus terang berkaitan dengan semua aset yang dimikili olehnya. Dengan sikap

tidak telus yang ditunjukkan oleh pihak suami, pihak Mahkamah mungkin tidak dapat

memasukkan beberapa harta yang dimiliki oleh pihak suami ke dalam harta

sepencarian yang patut dibahagi kepada kedua belah pihak. Pihak isteri mengaku

bahawa sikap tidak berterus terang pihak suami telah menghalangnya untuk

mendapatkan bahagian daripada bungalow di Terengganu yang dimiliki oleh

suaminya dan perkongsian pihak suami dalam syarikat Triworth Sdn. Bhd. Pihak

isteri kesulitan untuk mendapatkan bukti-bukti ke atas pemilikan dua aset tersebut,

kerana pihak suami tidak memberikan bekerjasama yang sepatutnya.

56 Abdul Fadzil bin Abdul Kadir lawan Aernie binte Sulaiman, MS No. 25809.

Page 33: BAB IV KADAR PEMBAHAGIA HARTA SEPE CARIAstudentsrepo.um.edu.my/5284/10/10BAB_IV_Kadar_Pembahagian_Harta... · salah satu pasangan ke atas harta yang dimiliki oleh pasangannya dengan

193

Dalam kes ini, Mahkamah Syariah memberikan pihak isteri 25% daripada

harta dan aset yang dimiliki oleh suaminya sebagai bahagian daripada harta

sepencarian. Kemudiannya kedua belah pihak tidak berpuas hati dengan keputusan

tersebut dan keduanya telah merujukkan kes ini kepada Lembaga Rayuan. Pihak

suami merasakan bahawa 25% adalah kadar yang terlalu banyak memandangkan

bahawa pihak isteri tidak memberikan sumbangan kewangan atau langsung ke atas

aset yang dimilikinya. Bagi pihak suami, 15-20% adalah kadar yang munasabah yang

patut diberikan kepada pihak isteri. Dalam masa yang sama pihak isteri merasakan

bahawa 25% adalah terlalu sedikit memandangkan bahawa dia telah banyak

menyumbang ke atas keluarga sepanjang tempoh perkahwinan, bahkan dia telah

menghabiskan kebanyakan wang gajinya sebanyak 195,000.00 untuk nafkah

keluarga. Pihak isteri menilai bahawa sepatutnya dia mendapat kadar 75% dan 25%

untuk suaminya.57

Di Lembaga Rayuan, ketidaktelusan dan sikap menutup-nutupi pihak suami

ke atas harta yang dimiliki olehnya menjadi perhatian khusus. Dokumen-dokumen

yang dibentangkan oleh kedua belah pihak menunjukkan bahawa pihak suami tidak

berterus terang dengan aset yang dimilikinya. Pihak suami dilihat telah gagal

memberikan keterangan yang secukupnya berkaitan dengan nilai terkini ke atas aset-

aset yang dimilikinya, padahal perkara ini boleh dilakukan olehnya jika dia mau

bekerja sama. Sikap suami ini telah merugikan pihak-pihak yang bertikai dalam kes

ini dan Mahkamah tidak dapat menilai secara benar dan tepat nilai harta sepencarian

yang dipertikaikan oleh kedua belah pihak.

57 Abdul Fadzil bin Abdul Kadir lawan Aernie binte Sulaiman, MS No. 25809, h. 7-8.

Page 34: BAB IV KADAR PEMBAHAGIA HARTA SEPE CARIAstudentsrepo.um.edu.my/5284/10/10BAB_IV_Kadar_Pembahagian_Harta... · salah satu pasangan ke atas harta yang dimiliki oleh pasangannya dengan

194

Kelakonan dan sikap tidak telus pihak suami telah merugikan diri sendiri.

Sikap tidak berterus terang dan menyembunyikan fakta-fakta berkaitan dengan aset

yang dimilikinya, telah menunjukkan adanya tanda-tanda bahawa aset sebenar yang

dimiliki oleh pihak suami lebih daripada apa yang telah berjaya diungkapkan dalam

perbincangan. Nilai aset yang dimilikinya juga sudah pasti lebih besar daripada yang

didedahkannya kepada Mahkamah. Dengan sebab itu dan sebab-sebab lain, maka

Mahkamah telah menambah kadar bahagian harta sepencarian pihak isteri daripada

apa yang telah diberikan oleh Mahkamah iaitu 25% kepada 50%.

Konsep menetapkan denda tambahan ke atas kesalahan dan pelanggaran

hukum syara‘ menjadi salah satu ‘illah (sebab) hukum dalam mazhab Syafi‘ī. Sebagai

contoh: Seorang yang minum arak dengan sengaja kemudian dia mabuk, maka segala

perbuatannya dianggap sah, walaupun dia tidak dalam keadaan berakal ketika mabuk.

Jika dia menceraikan isterinya ketika mabuk atau menjual barangnya dengan harga

yang sangat murah, maka kedua perbuatan tersebut dikira dan sah. Orang yang mabuk

tetap mukallaf dan semua perbuatannya diambil kira. Hukuman tambahan ini adalah

untuk menjadikan pelaku jera dan tidak melakukan perbuatannya lagi.58

Pelanggaran ke atas hukum syara‘ juga dapat menghilangkan hak yang

sepatutnya boleh dimilikinya, atau menghalangnya daripada melakukan hak yang

diperbolehkannya. Sebagai contoh, seorang yang bepergian jauh boleh menggunakan

keringanan syara‘. Dia boleh menggabungkan dua sembahyang atau memendekkan

sembahyang daripada 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Tetapi jika tujuan musafir tersebut

untuk melakukan kemaksiatan kepada Allah swt. maka keringanan menggabungkan

58 Dr. Muşţfā al-Khin (1998), al-Fiqh al-Manhajī. op.cit., j. 2, h. 125-126.

Page 35: BAB IV KADAR PEMBAHAGIA HARTA SEPE CARIAstudentsrepo.um.edu.my/5284/10/10BAB_IV_Kadar_Pembahagian_Harta... · salah satu pasangan ke atas harta yang dimiliki oleh pasangannya dengan

195

dua sembahyang dalam satu waktu atau memendekkan sembahyang tidak dapat

digunakannya lagi. Haknya untuk menggunakan keringanan syara‘ digugurkan kerana

kemaksiatan yang menjadi tujuan perjalanannya.59 Keringanan disyariatkan untuk

digunakan bagi memudahkan melaksanakan amanah Allah dan tugas memakmurkan

dunia. Maka gugurlah keringanan tersebut jika digunakan pada perkara yang

bercanggah dengan syariat Islam.

Jika dikaitkan dengan kadar harta sepencarian suami isteri, maka kesalahan

yang dilakukan oleh salah satu pasangan suami isteri sehingga boleh mengakibatkan

kepada perceraian, perlu menanggung akibat daripada perbuatannya. Pengurangan

kadar bahagian daripada harta sepencarian adalah salah satu akibat yang harus

ditanggungnya. Begitu juga jika salah satu pasangan telah menyulitkan proses

perbincangan dan tidak bekerjasama dalam memberikan semua fakta-fakta yang

mungkin boleh membantu menilai sesebuah kes dengan lebih baik. Perbuatan tidak

telus tersebut boleh mengakibatkan haknya dikurangkan daripada yang semestinya,

kerana ada kemungkinan bahawa ada aset-aset lain yang belum tersentuh oleh

Mahkamah dalam perbincangan. Maka penambahan bahagian kepada pihak yang lagi

satu adalah sebagai pengganti kepada sebahagian aset yang belum terungkap.

59 Dr. Muşţfā al-Khin (1998), al-Fiqh al-Manhajī. op.cit., j. 2, h. 191.