-
PELAN INDUK KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM 2006 - 20159 - 1
9.0 : GARISPANDUAN DASAR PERANCANGAN BANDAR RAYA ISLAM
9.1 PEMBANGUNAN PENGURUSAN
9.1.1 ETIKA KERJA ISLAM
Sepuluh (10) Etika Kerja Islam yang dikemukakan oleh Dr.
Muhammad Abdul Rauf
sebagai panduan adalah seperti berikut:
1. Objektif jangka panjang di dunia hendaklah dihubungkaitkan
dengan objektif
jangka panjang yang hakiki untuk beribadah kepada Allah S.W.T
dan mendapat
keredhaanNya
2. Nilai-nilai agama dan moral hendaklah diambilkira sebelum
pengambilan bekerja
dan semasa bekerja
3. Masa hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya dan bukan
untuk disia-siakan
4. Mengamalkan nilai-nilai luhur seperti berdisplin, amanah dan
bertangungjawab
5. Sentiasa muhasabah diri dan membuat pembetulan ke arah yang
lebih baik
6. Tiada pilih kasih dan diskriminasi
7. Kebajikan kakitangan diutamakan
8. Pendapatan kakitangan hendaklah disegerakan
9. Ganjaran dan peringatan hendaklah diamalkan
10. Musyawarah dan kerjasama diamalkan sepenuhnya
9.1.2 GARISPANDUAN DASAR
Tujuh garispanduan dasar sebagai pegangan utama MPKB-BRI
ialah:
1. Menegakkan syariat Islam dalam semua aspek pengurusan dan
pentadbiran
2. Mengenepikan sikap kebendaan dan kepentingan diri
3. Mengamalkan pendekatan syariah dalam pentadbiran dan
pengurusan
4. Mengamalkan etika kerja Islam
5. Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat kepada seluruh
kakitangan
6. Mengenengahkan kakitangan yang berdedikasi
7. Mengutamakan keadilan dalam setiap urusan
9.2 PEMBANGUNAN INSAN
9.2.1 MODUL PROGRAM UNTUK WARGA KOTA
1. Program Kesedaran
Pandangan hidup Islam melalui pendekatan misi dan visi hidup
Prinsip-prinsip asas ajaran Islam : Fardhu Ain dan Kifayah
Sumber-sumber hukum : Al-Quran, Hadis, Ijmak, dan Qias Tugas-tugas
individu dalam pembangunan masyarakat, negara dan
kesyumulan Islam
Nilai-nilai terpuji dalam Islam Asas Rukun Islam dan Rukun Iman
ke arah pembentukan individu bagi
pembangunan masyarakat dan negara
Kesedaran sejarah keagungan Islam
2. Program Penghayatan Nilai
Sistem nilai yang diasaskan kepada Tawhid Penghayatan Rukun
Islam dan Rukun Iman sebagai asas penghayatan nilai Penghayatan
nilai-nilai terpuji dalam peribadi
-
PELAN INDUK KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM 2006 - 20159 - 2
9.0 : GARISPANDUAN DASAR PERANCANGAN BANDAR RAYA ISLAM
Pelaksanaan nilai-nilai yang sebenar dalam Islam Penghayatan
nilai ke arah kecemerlangan individu dan masyarakat Nilai-nilai
terpuji yang patut dihayati Rasulullah sebagai model
kecemerlangan
9.2.2 MODUL PROGRAM UNTUK WARGA KOTA BUKAN ISLAM
1. Program Kesedaran
Islam agama kemanan Islam menjaga kepentingan seluruh masyarakat
Pendekatan Islam terhadap penganut agama lain Pandangan salah
terhadap Islam Asas-asas ajaran Islam untuk masyarakat Kebebasan
beragama dalam pentadbiran Islam Sumbangan penganut agama lain
dalam pembangunan
2. Program Penghayatan Nilai
Sistem nilai yang diasaskan kepada kepercayaan beragama Sistem
nilai yang boleh diterima oleh semua penganut Nilai-nilai sejagat
Penghayatan nilai-nilai sejagat Manfaat penghayatan nilai
Penghayatan nilai untuk kesejahteraan bersama dalam masyarakat
Nilai-nilai bersama
9.2.3 GARISPANDUAN DASAR UNTUK PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN
MENGIKUT
PENDUDUK
1. Anggaran jumlah penduduk yang akan mengikuti Program Bina
Insan
ANGGARAN JUMLAH PENDUDUK YANG AKAN MENGIKUTI PROGRAM PADA SETIAP
DUA KALI SEBULAN BULAN BAGI JANGKAMASA TAHUN 2011 SEHINGGA
2015*
DAERAHAWAL REMAJA DAN REMAJA
BELIA(20 ke 39
tahun)
DEWASA (40 ke 54
tahun)
WARGA EMAS (55 Tahun Ke
atas)BADANG 111 66 36 24BANGGU 63 36 23 17KEMUMIN 108 90 37
16
KOTA 74 46 31 22LIMBAT 55 32 17 12PANJI 208 134 81 41
PENDEK 59 29 20 16SERING 68 40 23 19
LUNDANG 173 114 65 34KOTA BHARU 147 112 74 54
JUMLAH 1067 699 407 254* Unjuran berdasarkan jumlah penduduk
mengikut kumpulan umur MPKB-BRI pada tahun
2015
2. Anggaran jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik yang akan
mengikuti program
ANGGARAN JUMLAH PENDUDUK MENGIKUT KUMPULAN ETNIK YANG AKAN
MENGIKUTI PROGRAM PADA SETIAP SEKALI SEBULAN BULAN BAGI JANGKAMASA
TAHUN 2011
SEHINGGA 2015*
BUMIPUTERA LAIN 12CINA 294INDIA 19
LAIN-LAIN 14BUKAN WARGANEGARA 68
-
PELAN INDUK KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM 2006 - 20159 - 3
9.0 : GARISPANDUAN DASAR PERANCANGAN BANDAR RAYA ISLAM
3. Cadangan jumlah program kesedaran yang akan dijalankan pada
Fasa Pertama
CADANGAN JUMLAH PROGRAM KESEDARAN YANG AKAN DIJALANKAN PADA FASA
PERTAMA UNTUK JANGKAMASA 2006 SEHINGGA 2010 SETIAP TAHUN
DAERAHAWAL REMAJA DAN REMAJA
BELIA(20 ke 39
tahun)
DEWASA (40 ke 54 tahun)
WARGA EMAS ( 55 Tahun Ke
atas)BADANG 1 1 1 1BANGGU 1 1 1 1KEMUMIN 1 1 1 1
KOTA 1 1 1 1LIMBAT 1 1 1 1PANJI 1 1 1 1
PENDEK 1 1 1 1SERING 1 1 1 1
LUNDANG 1 1 1 1KOTA BHARU 5 5 5 5
JUMLAH 14 14 14 14Program Pembangunan Insan bagi Fasa Pertama
untuk seluruh Daerah adalah 56 program
setahun
4. Cadangan jumlah program kesedaran yang akan dijalankan pada
Fasa Kedua
CADANGAN JUMLAH PROGRAM KESEDARAN YANG AKAN DIJALANKAN PADA FASA
KEDUA UNTUK JANGKAMASA 2011 SEHINGGA 2015 SETIAP TAHUN
DAERAHAWAL REMAJA DAN REMAJA
BELIA(20 ke 39
tahun)
DEWASA (40 ke 54
tahun)
WARGA EMAS (55 Tahun Ke
atas)BADANG 2 2 2 2BANGGU 2 2 2 2KEMUMIN 2 2 2 2
KOTA 2 2 2 2LIMBAT 2 2 2 2PANJI 2 2 2 2
PENDEK 2 2 2 2SERING 2 2 2 2
LUNDANG 2 2 2 2KOTA BHARU 10 10 10 10
JUMLAH 28 28 28 28Program Pembangunan Insan bagi Fasa Pertama
untuk seluruh Daerah adalah 112 program
setahun
5. Cadangan jumlah program pembagunan insan untuk warga kota
bukan beragama Islam Fasa Pertama
CADANGAN JUMLAH PROGRAM PEMBAGUNAN INSAN UNTUK WARGA KOTA BUKAN
BERAGAMA ISLAM FASA PERTAMA UNTUK JANGKAMASA 2006
SEHINGGA 2010 SETIAP TAHUNETNIK JUMLAH PROGRAM SETAHUNCINA
12
BUKAN W'NEGARA
12
BUMIP'RA LAIN 6INDIA 6
LAIN-LAIN 6JUMLAH 42
Program Pembangunan Insan bagi Fasa Pertama untuk seluruh Daerah
adalah 42 program setahun
6. Cadangan Program Pembangunan Insan untuk setiap daerah
MPKB-BRI
CADANGAN PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN UNTUK SETIAP DAERAH
MPKB-BRI
PERKARA KEPERLUAN
TEMPOH PROGRAM 2 hari ( 8 pagi sehingga 5 petang hari
kedua)JUMLAH PESERTA 100 orang
MAKAN 100 pesertaTEMPAT masjid/kesesuaian
PENCERAMAH DAN TEKNIKAL 4 orangPERALATAN PERSEMBAHAN lcd
laptop
PERALATAN PESERTA nota
-
PELAN INDUK KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM 2006 - 20159 - 4
9.0 : GARISPANDUAN DASAR PERANCANGAN BANDAR RAYA ISLAM
7. Cadangan kos bagi setiap Program Pembangunan Insan
CADANGAN KOS BAGI SETIAP PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN UNTUK SETIAP
DAERAH MPKB-BRI BAGI SETIAP TAHUN
PERKARAKEPERLUAN KOS/SATU
( RM )JUMLAH
(RM)
TEMPOH PROGRAM 2 hari ( 8 pagi sehingga 5 petang hari kedua)
JUMLAH PESERTA100 orang
MAKAN DAN MINUM100 peserta 30.00 3000.00
TEMPAT
masjid/kesesuaian
saguhati(bil elektrik dan
air)
200.00
PENCERAMAH DAN TEKNIKAL 4 orang 200 seorang 800.00PERALATAN
PERSEMBAHAN * rujuk keperluan yang akan disediakan oleh
MPKB-BRI
PERALATAN PESERTA nota 5.00 500
JUMLAH 4500.00
8. Anggaran kos Program Pembangunan Insan untuk setiap daerah
MPKB-BRI setiap tahun untuk Fasa Pertama
ANGGARAN KOS PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN UNTUK SETIAP DAERAH
MPKB-BRI SETIAP TAHUN UNTUK FASA PERTAMA
PERKARAFASA PERTAMA(2006 2010)
JUMLAH UNIT(RM) JUMLAH (RM)
JUMLAH PROGRAM SETAHUN 98 4500.00 441000.00
JUMLAH PROGRAM SEBULAN
4 program mengikut kumpulan umursatu program untuk etnik Cina
dan bukan
warganegara dan 2 bulan sekali untuk etnik bumiputra lain,
India
dan lain-lain
JUMLAH PESERTA 9800 orang
TEMPAT 15 Pusat Pembangunanan Insan seluruh MPKB-BRI
PENCERAMAH DAN TEKNIKAL 22 orang perceramah dan teknikal
PERALATAN PERSEMBAHAN
6 LCD dan 6 laptop dan peralatan
audio
LCD = 5000.00laptop = 3000.00audio = 2000.00
lain-lain = 2000.00Jumlah = 12000.00
6 unit x 12000.00 =72000.00
JUMLAH KESELURUHAN 513000.00
-
PELAN INDUK KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM 2006 - 20159 - 5
9.0 : GARISPANDUAN DASAR PERANCANGAN BANDAR RAYA ISLAM
9. Anggaran kos Program Pembangunan Insan untuk setiap daerah
MPKB-BRI setiap tahun untuk Fasa Pertama
ANGGARAN KOS PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN UNTUK SETIAP DAERAH
MPKB-BRI SETIAP TAHUN UNTUK FASA 1
PERKARAFASA PERTAMA(2006 2010)
JUMLAH UNIT(RM) JUMLAH (RM)
JUMLAH PROGRAM SETAHUN 172 4500.00 x 10%
kenaikan kos =
5000.00
860000.00
JUMLAH PROGRAM SEBULAN8 program mengikut kumpulan umur
( 4 program kesedaran dan 4 program penghayatan nilai)satu
program untuk setiap kumpulan etnik
( program kesedaran dan penghayatan nilai dijalankan secara
selang seli)
JUMLAH PESERTA 17200 orang
TEMPAT 15 Pusat Pembangunanan Insan seluruh MPKB-BRI
PENCERAMAH DAN TEKNIKAL 36 orang perceramah dan teknikal
PENAMBAHAN PERALATAN PERSEMBAHAN
3 LCD dan 3 laptop dan peralatan
audio
LCD = 5000.00laptop = 3000.00audio = 2000.00
lain-lain = 2000.00Jumlah = 12000.00
3 unit x 12000.00 =36000.00
JUMLAH KESELURUHAN 896000.00
10. Anggaran kos Program Pembangunan Insan untuk setiap daerah
MPKB-BRI setiap tahun
ANGGARAN KOS PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN UNTUK SETIAP DAERAH
MPKB-BRI SETIAP TAHUN
PERKARAFASA PERTAMA(2006 2010)
FASA KEDUA(2011 2015)
JUMLAH BAGI 10 TAHUN
JUMLAH PROGRAM SETAHUN 98 17298 x 5 tahun = 490
172 x 5 tahun = 860Jumlah = 1350
JUMLAH PESERTA 9800 17200 135000 warga kota
Tahun Pertama RM 513000.00 RM 896000.00 RM 1409000.00Tahun Kedua
sehingga 2010
(4 tahun)RM 1764000.00 RM 1764000.00
Tahun Kedua sehingga 2015 (4 tahun)
RM 3440000.00 RM 3440000.00
JUMLAH PERBELANJAAN BAGI FASA PERTAMA DAN
FASA KEDUA
RM 2277000.00 RM 4336000.00 RM 6613000.00
11. Anggaran kos Program Pembangunan Insan MPKB-BRI bagi
jangkamasa 10 tahun
ANGGARAN KOS PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN MPKB-BRI BAGI JANGKAMASA
10 TAHUN BERMULA PADA 2006 -2015
FASA FASA PERTAMA FASA KEDUA JUMLAH
TAHUN2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015
10 TAHUN
JUMLAH PROGRAM98 98 98 98 98 172 172 172 172 172 1350
JUMLAH PESERTA9800 9800 9800 9800 9800 17200 17200 17200 17200
17200 135000
KOS PROGRAM (RM) 513000 441000 441000 441000 441000 896000
860000 860000 860000 860000 6613000
-
PELAN INDUK KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM 2006 - 20159 - 6
9.0 : GARISPANDUAN DASAR PERANCANGAN BANDAR RAYA ISLAM
9.3 PEMBANGUNAN FIZIKAL
9.3.1 KAJIAN LALULINTAS
Garispanduan Am
Penyediaan garispanduan am perlulah mengambilkira
perkara-perkara berikut:
a) Perancangan sistem komponen maklumat trafik dan pengangkutan
untuk
kemudahan masyarakat
b) Penggunaan strategi-strategi yang berkaitan dengan elemen
pengangkutan untuk hasil pembangunan yang terbaik
c) Perancangan jaringan sistem jalan raya yang selamat untuk
keselamatan
dan kebajikan masyarakat
d) Perancangan kaedah pemantauan keseluruhan sektor lalulintas
bagi
mengawal masalah pencemaran persekitaran
e) Perancangan jalan-jalan utama yang sistematik untuk
kemudahan
masyarakat tanpa memberi impak yang boleh mengganggu
kesejahteraan
kehidupan di kawasan-kawasan perumahan di persekitaran
Perancangan jaringan sistem jalan raya yang selamat juga
memerlukan penelitian ke
atas aspek detailing dalam bentuk penerapan ciri-ciri
keselamatan sebagai langkah
mencegah kemalangan dan juga jenayah. Detailing ke atas
ciri-ciri keselamatan
yang boleh diterapkan adalah seperti berikut:
1. Pengasingan laluan pejalan kaki dari jalan bermotor. Kaedah
ini boleh
mengurangkan risiko kegiatan jenayah ragut
2. Penyediaan bollard atau pagar bagi mengasingkan laluan
pejalan kaki dan
laluan motosikal
Sumber: Bandar Selamat, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
1) Garispanduan Jalan
Nama Jalan Jenis Bil. Laluan (Dua Arah)
Lebar Jalan (m)
Lebar Bahu Jalan (m)
Lebar Pembahagi
JalanJalan Kuala Krai Jalanraya
Persekutuan4 14.0 2.5 0.5
Jalan Tok Kenali Jalanraya Negeri 4 14.0 2.5 0.5
Jalan Pasir Puteh Jalanraya Persekutuan
4 14.0 2.5 0.5
Jalan Pengkalan Chepa
Jalanraya Persekutuan
4 14.4 2.0 1.27
Jalan Semut Api Jalanraya Negeri 4 14.0 2.5 0.5
2) Garispanduan Kawasan Meletak Kenderaan Bagi Kawasan
Terpilih
No. Jenis Aktiviti Keperluan1. Pasar a) 1 tempat meletak
kenderaan bagi setiap 25m luas
lantaib) Tambahan 1 tempat meletak motosikal bagi setiap 50m
luas lantaic) Tambahan sekurang-kurangnya 100m kawasan bagi
2
kenderaan perkhidmatan2. Kemudahan Park & Ride a) Minima 100
ruang meletak kenderaan
b) Tambahan 30% ruang bagi meletak motosikal
Sumber: Piawaian Perancangan bagi Kawasan Meletak Kenderaan,
Bahagian Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia,
2002
-
PELAN INDUK KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM 2006 - 20159 - 7
9.0 : GARISPANDUAN DASAR PERANCANGAN BANDAR RAYA ISLAM
9.3.2 INFRASTRUKTUR DAN UTILITI
Pembentukan garispanduan bagi sektor infrastruktur dan utiliti
adalah
berdasarkan kepada aspirasi mencapai matlamat pembangunan
yang
menerapkan ciri-ciri pembangunan 5K (Keilmuan, Kepatuhan,
Kebajikan,
kebersihan dan kesejahteraan). Garispanduan yang telah
dicadangkan bagi
pembangunan keseluruhan infrastruktur dan utiliti adalah seperti
berikut:
A. Garispanduan Am
Merangka kaedah penyelenggaraan yang berkesan bagi memelihara
sistem dan premis infrastruktur dan utiliti agar sentiasa
berfungsi, bersih dan terkawal.
Merancang pemilihan lokasi dan merangka kaedah pengawalan premis
utiliti agar tidak mudah diceroboh dan membahayakan
masyarakat dan persekitaran.
Merangka dan menjalankan kempen pemeliharaan infrastruktur dan
utiliti secara berterusan bagi menyedarkan masyarakat akan
kepentingan sektor ini dalam menjaga kebajikan dan
kesejahteraan
hidup.
Manakala dari aspek teknikal pula, garispanduan yang telah
dicadangkan adalah seperti berikut:
1) Sistem Pembentungan
Penyediaan tapak yang mencukupi dan mampu menampung keperluan
semasa dan masa hadapan
Jauh dari kawasan perumahan, taman permainan, tapak penjaja, dan
tempat keagamaan
Menyediakan zon penampan
Kawalan pembuangan air sisa ke sistem perparitan. Sebaiknya
disalurkan ke tangki septik atau loji rawatan kumbahan
berpusat
Penyelenggaraan tangki septik berjadual dan secara berkala
hendaklah dilaksanakan bagi mengatasi pengumpulan air
kumbahan yang banyak yang boleh menjejaskan
keberkesanan proses rawatan air kumbahan
Pemasangan perangkap minyak di premis restoran, kedai makanan
dan kilang-kilang bagi mengelakkan pengumpulan
minyak di saluran sistem pembentungan yang boleh
mengurangkan kadar aliran sisa kumbahan dan kecekapan
rawatan sistem pembentungan
Penyediaan zon penampan (minima 30m) bagi pusat rawatan kumbahan
jenis terbuka dan (minima 10m) bagi rawatan jenis
tertutup bagi loji yang terletak di kawasan perumahan dan
perdagangan
-
PELAN INDUK KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM 2006 - 20159 - 8
9.0 : GARISPANDUAN DASAR PERANCANGAN BANDAR RAYA ISLAM
2) Sistem Pelupusan Sisa Pepejal
Penyediaan tapak pengumpulan sisa pepejal (storage point)
sementara dan tapak sisa toksik sementara sebelum dibawa
ke pusat pelupusan di kawasan luar kejiranan
Lokasi tapak perlu berada jauh daripada sebarang laluan
air/punca air
Lokasi tapak hendaklah terletak jauh (lebih kurang 1 km) dari
kawasan perumahan, masjid dan sekolah
Tumbuhan yang tebal dan pokok-pokok perlu ditanam di sekitar
tapak pelupusan sebagai zon penampan
Pembangunan pusat incinerator perlu dibuat di sempadan kawasan
pembangunan atau luar kawasan pembangunan
dan mestilah juga disediakan zon penampan
3) Sistem Perparitan dan Saliran
Perancangan dan rekabentuk sistem perparitan dan saliran yang
mengikut standard yang telah ditetapkan
Perancangan sistem perparitan di sepanjang bahu jalan bagi
mengelakkan masalah takungan air
Pemasangan penutup parit bagi mengelakkan pembuangan sampah yang
boleh menyekat aliran air dan seterusnya boleh
mengakibatkan kejadian banjir kilat
Mengawal pelepasan terus air kumbahan dan air sisa domestik
secara terus ke dalam sistem perparitan
Pemasangan perangkap sampah di setiap takungan pembentung
terakhir menghala ke sungai
Mengadakan kawalan hakisan dan perangkap mendakan di setiap
pembangunan bagi mengelakkan sistem perparitan
sedia ada daripada tersumbat dan menyebabkan banjir di
kawasan sekitarnya
Melantik agensi bagi penjagaan sungai atau penswastaan bagi
mewujudkan kerjasama serta kesedaran di kalangan
pihak pengurusan dan orang ramai dengan menjadikan kerja
penjagaan sebagai tanggungjawab bersama
Kempen-kempen dan ceramah-ceramah keilmuan perlu diadakan bagi
mendedahkan kepada masyarakat akan
kepentingan penjagaan dan pengurusan sungai
4) Sistem Bekalan Air
Penyediaan bekalan air yang mencukupi Pembaikpulihan paip-paip
sedia ada perlulah dijalankan
dengan segera bagi mencegah kehilangan air yang
berterusan dan meminimumkan kadar kehilangan air
Mempertingkatkan kapasiti loji-loji air sedia ada
9.3.3 PELANCONGAN DAN WARISAN BUDAYA
Penyediaan garispanduan untuk industri pelancongan di Kota Bharu
Bandar
Raya Islam perlulah berdasarkan kepada penerapan ciri-ciri 5K
(Keilmuan,
Kepatuhan, Kebajikan, Kebersihan dan Kesejahteraan). Penerapan
ciri-ciri
tersebut adalah perlu bagi memelihara imej bandar Kota Bharu
sebagai sebuah
bandar raya Islam.
Penyediaan garispanduan bagi industri pelancongan perlulah
mengambilkira
perkara-perkara berikut:
1) Garispanduan Am
a) Peraturan etika pelancongan yang menerangkan
perkara-perkara
yang perlu dijaga ketika melawat kawasan pelancongan (Dos
and
Donts)
-
PELAN INDUK KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM 2006 - 20159 - 9
9.0 : GARISPANDUAN DASAR PERANCANGAN BANDAR RAYA ISLAM
b) Penguatkuasaan peraturan dari segi pemakaian (dress code)
dan
perwatakan (behavior) di premis-premis pelancongan yang
tertentu
untuk menjaga kesucian tempat tersebut
c) Kaedah mempromosi produk pelancongan secara intensif dan
berterusan melalui media cetak dan media massa
d) Perancangan kaedah pengawalan kegiatan jenayah
terutamanya
di kawasan membeli-belah seperti penyediaan pondok polis dan
juga papan tanda peringatan jenayah (Sumber: Bandar Selamat,
JPBD)
e) Perancangan kaedah pemantauan berjadual bagi keseluruhan
tempat pelancongan bagi memastikannya sentiasa berkeadaan
bersih dan sempurna untuk tarikan pelancong
f) Perancangan sistem pencahayaan yang lebih berkesan di
pusat-
pusat tumpuan pelancongan dan juga kawasan membeli-belah
(Sumber: Bandar Selamat, JPBD)
g) Perancangan sistem pengangkutan yang efisien untuk pergi
ke
premis-premis pelancongan
h) Pengindahan tempat atau pintu masuk utama para pelancong
sebagai pengaluan kedatangan dan memberi persepsi yang baik
kepada mereka
i) Penyediaan kemudahan-kemudahan sokongan seperti tandas,
surau
dan gerai-gerai di premis-premis pelancongan
j) Penyediaan kemudahan penginapan yang mencukupi untuk
menampung unjuran kuantiti para pelancong luar dan dalam
negara
k) Perancangan kawasan-kawasan rehat dan interaksi dengan
rekabentuk lanskap yang menarik di premis-premis pelancongan
2) Garispanduan Operator Pelancongan
a) Etika dan budi pekerti ketika berurusan dengan para
pelancong
b) Menitikberatkan aspek-aspek kebersihan di premis-premis
pelancongan
c) Menitikberatkan aspek-aspek keselamatan di premis
pelancongan
dengan menyediakan tempat-tempat pemantauan di lokasi-lokasi
yang bersesuaian
d) Penyediaan papan tanda (signages) yang mudah difahami dan
mencukupi di premis-premis pelancongan
e) Menitikberatkan usaha meningkatkan kepakaran tenaga pekerja
di
dalam urusan pengendalian premis pelancongan melalui kursus-
kursus (singkat atau panjang) dan seminar-seminar
f) Menitikberatkan keindahan premis pelancongan melalui
rekabentuk
dan pencahayaan kawasan luaran dan dalaman
g) Perancangan program-program yang bersifat umum
(universal)
bersesuaian untuk semua peringkat manusia di premis-premis
pelancongan
Kawasan tarikan pelancong hendaklah diselenggara dengan baik
-
PELAN INDUK KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM 2006 - 20159 - 10
9.0 : GARISPANDUAN DASAR PERANCANGAN BANDAR RAYA ISLAM
Bagi sektor Warisan Budaya pula, penyediaan garispanduan
perlulah
mengambilkira perkara-perkara berikut:
Warisan Budaya
a) Langkah-langkah mengekal dan memelihara bangunan lama dan
bersejarah mengikut piawaian antarabangsa dan merujuk pada
badan
yang mempunyai kepakaran
b) Pelaksanaan permainan tradisi dengan merujuk kepada pakar
yang arif
serta patuh kepada ajaran Islam
c) Pembangunan barangan kraf dengan dikoordinasikan oleh
pengusaha
kraf
9.3.4 KEMUDAHAN AWAM DAN PERKHIDMATAN MASYARAKAT
Cadangan garispanduan pembangunan sektor kemudahan awam dan
masyarakat juga berdasarkan kepada aspirasi mencapai
matlamat
pembangunan yang menerapkan ciri-ciri 5K (Keilmuan, Kepatuhan,
Kebajikan,
Kebersihan dan Kesejahteraan).
Garispanduan yang telah dicadangkan adalah seperti berikut:
Membuat perancangan pemilihan tapak yang sesuai untuk
pembangunan premis-premis kemudahan berpandukan populasi kawasan
dan jarak
dengan kawasan penempatan
Menitikberatkan aspek keselamatan di dalam setiap perancangan
kemudahan awam dan masyarakat bagi memantau dan mencegah gejala
sosial dan jenayah serta mengawal kebersihan (Sumber: Bandar
Selamat, JPBD)
Menitikberatkan rekabentuk susunatur bagi memastikan penggunaan
tanah dan ruang secara optimum
Memastikan pembangunan yang lengkap dengan kemudahan-kemudahan
yang menepati keperluan perkhidmatan yang disediakan
Menitikberatkan rekabentuk susunatur dan struktur bangunan bagi
mewujudkan persekitaran yang indah dan penampilan yang menarik
serta
mempunyai keluasan yang mencukupi untuk pembahagian ruang
mengikut
keperluan setiap aktiviti
Menyediakan kemudahan-kemudahan sokongan untuk keselesaan
Menitikberatkan sensitiviti dan hak masyarakat berlainan bangsa
dan
agama di dalam setiap perancangan pembangunan
Merangka kaedah penyelenggaraan yang berkesan dan berterusan
bagi memastikan struktur bangunan dan persekitaran sentiasa bersih
dan menarik
Menguatkuasakan undang-undang bagi tujuan pengawalan
persekitaran dan struktur bangunan kemudahan
Contoh aktiviti kebudayaan dan kraftangan
-
PELAN INDUK KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM 2006 - 20159 - 11
9.0 : GARISPANDUAN DASAR PERANCANGAN BANDAR RAYA ISLAM
9.3.5 PENGINDAHAN KAWASAN
1) GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN LANSKAP
Garispanduan Perancangan Pembangunan Lanskap hendaklah
berasaskan konsep berinspirasikan Bandar Raya Islam Islamic
City.
Konsep ini secara jelasnya menitikberatkan penerapan
ciri-ciri
pembangunan 5K (Keilmuan, Kepatuhan, Kebajikan, Kebersihan
dan
Kesejahteraan)
Peranan lanskap bukan sekadar mengindahkan kawasan malah
ruang
hidupnya adalah lebih luas di mana hubungan insan dengan
alam
persekitarannya menuju keredhaan Allah S.W.T.
A. ZON LANSKAP JALAN PROTOKOL / PINTU MASUK
a) Pemilhan spesies pohon dan rekabentuk lanskap yang khusus
dan bercirikan produk tempatan bagi mewujudkan identiti
jalan yang tersendiri dan mudah dikenalpasti
b) Perancangan dan penggunaan lanskap kejur yang juga
mempamerkan ciri rekabentuk tempatan
c) Perlu disediakan laluan pejalan kaki di bahu jalan untuk
keselamatan
d) Mengadakan atau mewujudkan lelemen-elemen sense of
welcoming seperti pintu gerbang bagi mengalu-alukan
pelawat ke jajahan Kota Bharu
e) Menjaga jalan dan kawasan persekitarannya khususnya
kawasan perhentian bas awam, bas sekolah dan kereta sewa
agar lebih selesa, menarik dan bersih
f) Perancangan lokasi kemudahan utiliti dan kemudahan awam
di tempat yang jelas kelihatan dan mudah diselenggara
g) Merangkakan sistem penyelenggaraan aset-aset lanskap
yang berkesan dengan merujuk kepada garispanduan yang
digunapakai di negara maju
Contoh kemudahan awam
-
PELAN INDUK KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM 2006 - 20159 - 12
9.0 : GARISPANDUAN DASAR PERANCANGAN BANDAR RAYA ISLAM
B. ZON BINA INSAN
a) Penggunaan dan pemilihan pokok adalah dari kategori
pokok yang mudah diselenggara seperti pokok palma
dan pokok hiasan renek
b) Perancangan lanskap perlu berasaskan tema atau
konsep bagi mewujudkan identiti tersendiri dan mudah
dikenalpasti
c) Penggunaan lanskap kejur yang lebih meluas dan
bercirikan rekabentuk tempatan berbanding jalan
protokol seperti papan tanda arah, papan iklan, arca
dan sebagainya
d) Mewujudkan ruang sosial social space yang intensif
dan selesa untuk kemudahan aktiviti sosial
Pokok Palma : Sedang, Palma Raja, Pinang, Bismarkia,
Lontar dan lain-lain
Pokok Renek : Bunga Kertas, Canna, Pepangil, Bunga
Cina, Kenanga dan lain-lain
C. ZON KONSEP BANDAR SATELIT
a) Penggunaan pohon dan lanskap lembut yang lebih
komprehensif. Contohnya penggunaan elemen air,
pohon memanjat, pasu dan arca dan lain-lain bagi
meningkatkan keindahan dan mewujudkan identiti
bandar tersendiri
b) Konsep rekabentuk yang menggambarkan konsep
perancangan imej bandar
c) Mewujudkan Taman Bandar (town park) yang
mencukupi bagi setiap bandar baru bagi memenuhi
keperluan aktiviti sosial dan rekreasi masyarakat
d) Perancangan sistem penyelarasan lanskap yang lebih
efektif dan komprehensif bagi mengekalkan
keindahan, keselesaan dan kebersihan bandar
D. ZON PERINDUSTRIAN
a) Perancangan rekabentuk yang ringkas (simple) tetapi
kemas dan menarik dengan menggunakan pokok-
pokok besar dan pokok penampan yang mempunyai
daun yang lebat dan rapat
b) Mewujudkan kategori Taman Industri (Industrial Park)
untuk memenuhi keperluan aktiviti sosial seperti solat,
riadhah, rehat, makan dan minum, dan sebagainya.
Kawasan hijau yang dapat menyegarkan
persekitarannya
c) Mewujudkan sistem pejalan kaki yang berkesan
menghubungkan antara kawasan industri dan juga
taman industri
d) Perancangan sistem penyelarasan lanskap yang kemas
dan efektif bagi mengekalkan keindahan, keselesaan
dan kebersihan bandar
E. ZON PELANCONGAN
Pelancongan Pesisiran Sungai 1 - Urban riverine cruise
Pelancongan Pesisiran Sungai 2 - Eco riverine cruise
Zon Pelancongan Pantai
-
PELAN INDUK KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM 2006 - 20159 - 13
9.0 : GARISPANDUAN DASAR PERANCANGAN BANDAR RAYA ISLAM
i. Pantai Cahaya Bulan : Sukan, hiburan dan kraf
ii. Pantai Sabak : Makanan, sejarah dan pantai warisan
iii. Pantai Mek Mas : Perikanan dan akuakultur
a) Perancangan lanskap berdasarkan konsep
pemuliharaan dan bertema seperti eko-pelancongan,
agro-pelancongan dan sebagainya untuk tujuan
pelancongan
b) Pemilihan pohon yang bersesuaian bagi tujuan estetika
terutamanya pohon pesisiran pantai
c) Menerapkan juga perancangan kemudahan sosial dan
riadah yang menarik di dalam setiap perancangan
lanskap untuk keselesaan dan kebajikan masyarakat
serta menggalakkan pembangunan pelancongan
d) Merangkakan kaedah penyelenggaraan pesisiran
pantai yang lebih dinamik dan terancang
e) Pendekatan perancangan dan rekabentuk lanskap
yang mampan dan mesra alam bagi mengatasi
masalah ketidakseimbangan ekologi pesisiran pantai
pada masa hadapan
F. ZON PONDOK
a) Pembangunan lanskap adalah bertemakan pemulihan
healing garden untuk memberikan ketenangan
dengan menggalakkan penggunaan pohon yang
berunsurkan herba, bau-bauan dan bunga-bungaan
b) Pembangunan lanskap kejur berasaskan keperluan
untuk kemudahan institusi pondok seperti wakaf
c) Pembinaan taman-taman yang mempamerkan ciri-ciri
warisan Islam bersesuaian dengan imej institusi pondok
Secara keseluruhannya adalah penanaman lanskap
sebagai pengawalan keselamatan bagi mencegah
kemalangan, jenayah dan gejala sosial. Ini boleh tercapai
menerusi kaedah penyelenggaraan yang betul dan
berkesan di mana pokok-pokok dan tanaman di pesisiran
jalan perlulah dikawal agar tidak tumbuh meliar dan
menghalang pemandangan.
-
PELAN INDUK KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM 2006 - 20159 - 14
9.0 : GARISPANDUAN DASAR PERANCANGAN BANDAR RAYA ISLAM
9.3.6 PERSEKITARAN PERUMAHAN DAN KEJIRANAN
GARISPANDUAN PERANCANGAN PERUMAHAN
Garispanduan perancangan perumahan perlulah berasaskan
konsepTawhid atau keEsaan Allah yang mana ianya menekankan kepada
konsep perancangan tiga hala
iatu perhubungan manusia dengan Pencipta, manusia dengan manusia
dan juga manusia dengan alam semulajadi. Di dalam penekanan ke atas
penggunaan konsep ini,
perancangan persekitaran perumahan juga perlu menitikberatkan
penerapan cirri-ciri pembangunan 5K (Keilmuan, Kepatuhan,
Kebajikan, Kebersihan dan Kesejahteraan).
CIRI-CIRI PEMBANGUNANPRINSIP
PERANCANGAN Keilmuan Kepatuhan Kebajikan Kebersihan
KesejahteraanHubungan Manusia Dengan Pencipta
Perancangan di kawasan perumahan perlulah membentuk suasana yang
conducive untuk membangunkan minda masyarakat melalui pendidikan
tentang ilmu agama dan duniawi agar mereka menjadi manusia yang
berakhlak, berilmu dan patuh kepada ajaran Islam.
Contoh pembangunan terancang dan kondusif
Penyediaan kemudahan-kemudahan beribadat seperti surau, dewan
ataupun balai raya agar aktiviti-aktiviti beribadat yang menjadi
tanggungjawab setiap muslim dan program-program agama dan bina
insan dapat dijalankan dengan selesa dan berkesan.
Aktiviti-aktiviti ini akan dapat membina minda dan jatidiri
setiap individu dan akan mewujudkan satu masyarakat yang patuh
kepada ajaran agama yang mengajar manusia bersikap adil, amanah dan
ihsan dan hidup bermasyarakat untuk perpaduan berkekalan.
Perancangan yang menitikberatkan faktor-faktor persekitaran dan
alam semulajadi yang banyak kebaikannya jika isu-isu ini ditangani
secara teliti dan terperinci.
Mewujudkan persatuan yang melibatkan penyertaan keseluruhan
penduduk bagi menjaga kebajikan penduduk. Ini akan dapat
mengukuhkan talian persaudaraan sesama manusia dan memenuhi
tuntutan agama yang mementingkan perpaduan serta dapat menguatkan
syiar Islam melalui kerjasama penduduk menjalankan program-program
agamayang berterusan.
Menitikberatkan aspek kebersihan kerana ianyadituntut dalam
Islam demi untuk penjagaan kesihatan diri dan minda agar sentiasa
cergas dan membolehkan setiap individu menjalankan kerja amal
ibadah dengan selesa.
PBT perlu meastikan kawasan-kawasan kediaman dan laluan utama
penduduk
berada dalam keadaan bersih dan selamat
Perancangan perumahan yang mengekalkan keindahan alam semulajadi
agar dapat mengelakkanmasalah-masalah dan bencana alam yang
berkaitan seperti banjir ataupun tanah runtuh yang mana boleh
mengganggu ketenteraman dan kesejahteraan hidup para penduduk.
Contoh kejadian banjir
-
PELAN INDUK KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM 2006 - 20159 - 15
9.0 : GARISPANDUAN DASAR PERANCANGAN BANDAR RAYA ISLAM
Pembentukan program-program keilmuan dan direalisasikan dengan
perancangan struktur-struktur bersesuaian untuk perlaksanaan
program-program tersebut serta untuk kemudahan-kemudahan beribadat
dan bina insan.
Contoh pembangunan menitikberatkan alam sekitar
Pengekalan keindahan alamsemulajadi di dalam setiap perancangan
adalah penting kerana ianya banyak mencerminkan serta menjadi bukti
kebesaran Allah sebagai penciptanya.
Perancangan perlulah memikirkan kaedah-kaedah penyelenggaraan
kawasan yang efektif dan mudah bagi menjaga dan mengekalkan
kebersihan kawasan perumahan. Sebagai contoh, ini dapat dilakukan
dengan membuat perancangan tempat-tempat pembuangan sampah berpusat
yang berdekatan dan mudahsampai bagi keseluruhan penduduk di taman
perumahan. Ataupun peruntukan tempat pembuangan sampah individu
bagi setiap kediaman dan penguatkuasaan undang-undang penjagaan
tempat pembuangan sampah tersebut agar sentiasa bersih dan
berkeadaan baik.
Merangka kempen penjagaan kebersihan yang berterusan dari pihak
berkuasa agar dapat mewujudkan satu budaya yang mementingkan
kebersihan.
Hubungan Manusia Dengan Manusia
Rekabentuk rumah perlulah mengambilkira tradisi dan budaya
masyarakat setempat agar aspek-aspek ini dapat dikekalkan.
Perancangan dan rekabentuk rumah kediaman perlulah memikirkan
ketetapan faktor-faktor alam persekitaran dan masalah berkait di
mana hasilnya perlulah dilihat sebagai penyelesaian yang rasional
dan terbaik dalam menangani masalah tersebut.
Perancangan perumahan perlu menitikberatkan keselamatan
penduduk, khususnya kanak-kanak dengan menyediakansiarkaki, laluan
basikal serta sistem pengangkutan lain yang selamat dan selesa.
Penjagaan premis kediaman agar sentiasa bersih bagimengelakkan
masalah pembiakan haiwan-haiwan yang boleh menyebabkan penyakit di
mana ini juga boleh melibatkan jiran-jiran tetangga yang tinggal
berdekatan.
Perancangan perumahan mestilah mewujudkan banyak tempat-tempat
interaksi bagi menggalakkan komunikasi antara jiran untuk
meningkatkan lagi semangat kejiranan.
Perancangan pondok polis bagi mengawal masalah jenayah (sumber:
JPBD)
-
PELAN INDUK KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM 2006 - 20159 - 16
9.0 : GARISPANDUAN DASAR PERANCANGAN BANDAR RAYA ISLAM
Laluan kaki lima yang terhalang akibat daripada aktiviti
perniagaan
yang tidak dikawal
Perancangan perumahan juga perlu menitikberatkan kaedah
pencahayaan agar kawasan perumahan sentiasa cerah dan mudah
dipantau untuk mengelakkan masalah jenayah.
Keselesaan - susunatur unit-unit kediaman hendaklah
menitikberatkan keselesaan kepada penghuni dengan penekanan kepada
sistem pengudaraan dan pencahayaan yang mencukupi.
Kesendirian (privacy) Rekabentuk unit kediaman pembahagian
ruang-ruang mengikut aktiviti yang mencukupi untuk menjamin
privacy.
Perancangan kempen penjagaan kebersihan kawasan kediaman yang
berterusan bagi mewujudkan kesedaran akan kepentingan kebersihan
dalam menjaga keharmonian hidup bermasyarakat.
Pondok polis yang berperanan untuk mengawal kegiatan jenayah
dalam
kawasan tumpuan orang ramai
Mencahayakan kawasan persekitaran rumah dengan memastikan
pemasangan lampu yang cukup di lorong-lorong tepi, depan dan
belakang rumah.
-
PELAN INDUK KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM 2006 - 20159 - 17
9.0 : GARISPANDUAN DASAR PERANCANGAN BANDAR RAYA ISLAM
Perancangan perumahan hendaklah mengambilkira keperluan orang
cacat, kurang upaya serta keperluan kanak-kanak dan golongan orang
tua.
(sumber :JPBD)
Perancangan tempat-tempat interaksi yang juga berfungsi sebagai
pusat pemantauan bagi mengelakkan masalah jenayah dan gejala sosial
terutamanya di kalangan golongan remaja.
Hubungan Manusia Dengan Alam Sekitar
Rekabentuk rumah yangmenerapkan ciri-ciri rekaan dan penggunaan
komponen-komponen yang bersesuaian dengan faktor-faktor iklim
persekitaran.
Berdasarkan rasional yang manusia telah dipertanggungjawabkan
untuk menjaga alam sekitar,setiap perancangan perumahan sebolehnya
mestilah mengekalkan dan menggunapakai keindahan alam
semulajadi.
Pengekalan alam semulajadi di dalam perancangan perumahan
bagimengelakkan bencana alam yang berkait yang boleh mendatangkan
kesusahan kepada para penduduk.
Merancang penyelenggaraan kawasan persekitaran perumahan dan
taman-taman agar sentiasa bersih dan menarik. Ini dapat menghalang
daripadaberlakunya pembiakan haiwan dan binatang yang boleh
menyebabkan wabak penyakit.
Merancang kawasan persekitaran perumahan dengan mewujudkan
lanskap yang menarik dan indah untuk riadah bagi mendapatkan
ketenangan dan menggalakkan gaya hidup yang sihat.
-
PELAN INDUK KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM 2006 - 20159 - 18
9.0 : GARISPANDUAN DASAR PERANCANGAN BANDAR RAYA ISLAM
Contoh lanskap menarik yang boleh diwujudkan dalam kawasan
perumahan
Perancangan lanskap di kawasan perumahan bagi tujuan mengawal
masalah kemalangan, jenayah dan juga gejala sosial seperti
penanaman pokok-pokok bagi mengasingkan laluan pejalan kaki dari
kenderaan bermotor dan mengurus kawasan terbiar dan digantikan
dengan tanaman-tanaman kecil yang indah dan ceria.