PUSAT TUISYEN IMTIAZBAHASA MELAYU TINGKATAN 5OLEH : MOHAMAD
TARMIZI BIN MOHAMAD NORDIN
Dalam novel Kembara Amira ini mengisahkan tentang pengambaraan
yang ditempuhi oleh seorang remaja iaitu Amira Amit bersama
rakannya iaitu Jacinta. Amira dan Jacinta bertolak ke Bukit Mat
Raya bagi mengisi waktu lapang cuti persekolahan mereka. Tujuan
mereka ke sana adalah untuk menyertai pasukan ibunya, Profesor
Zaidah yang terlibat dengan kajian arkeologi di Gunung Mat Raya.
Jacinta mengikut Amira kerana dia tidak ingin bercuti bersama ayah
dan ibu tirinya di London. Semasa menaiki kereta api, Amira
terpandang gelagat seorang lelaki berkulit gelap yang tidur dengan
nyenyak. Apabila mereka tiba di Stesen Dahan Hijau, mereka telah
dibawa ke tapak arkeologi itu oleh Pak Lias. Pak Lias telah
diamanahkan oleh Profesor Zaidah untuk membawa mereka berdua.
Amira telah berkenalan dengan Malique seorang pemuda yang sama
dalam kereta api di Air Terjun Angin. Amira masih tertanya-tanya
akan tujuan Malique datang ke Gunung Mat Raya. Suatu hari, ketika
Amira menunggu Malique di air terjun, Amira telah terjatuh dan
dihanyutkan oleh arus sungai yang deras. Itai dan Tau yang
berketurunan orang asli Semai telah menyelamatkan Amira daripada
mati lemas. Jacinta juga turut hilang di dalam hutan kerana mencari
Amira namun dapat ditemui semula oleh Tau. Amira telah dimarahi
oleh ibunya kerana tindakannya itu menganggu perjalanan kajian
arkeologi beliau.
Semasa berada di kajian arkeologi itu, kumpulan Profesor Zaidah
telah menemukan karpus atau tulang pergelangan tangan manusia,
barang-barang tinggalan manusia zaman silam seperti tembikar dan
kapak batu. Amira pula berjaya menemukan bekas air yang sempurna
bentuknya iaitu barang tinggalan manusia pada zaman silam itu.
Selain itu, mereka juga menjumpai kapak batu di Gunung Gua Gajah
dengan bantuan Tau.
Pelbagai peristiwa yang aneh dan ganjil telah dialami oleh
mereka, seperti mendengar pelbagai bunyi pada waktu malam, tali
khemah mereka dipotong, dan terdapat kesan tapak kaki manusia di
kawasan kerja lapangan itu dijalankan. Profesor Zaidah turut
mengalami kecederaan di lengannya kerana kereta pacuan empat roda
yang dipandu oleh Pak Lias di dalam hutan itu mengalami kemalangan.
Hal ini kerana brek kereta yang dipandu oleh Pak Lias tidak
berfungsi. Ludin, iaitu ketua kampung orang asli yang juga bapa
angkat Itai telah membantu Profesor Zaidah dengan merawat
kecederaan Profesor Zaidah menggunakan kaedah rawatan tradisional
iaitu menggunakan daun kayu, herba dan buluh.
Malique yang menganggotai kumpulan pencari emas juga mengalami
kemalangan akibat kereta pacuan empat roda yang dinaikinya terbabas
ke dalam gaung sewaktu hujan lebat ketika hendak mencari pekerja
yang hilang. Malique pengsan dan tulang kakinya didapati telah
patah. Malique bernasib baik kerana dia telah diselamatkan oleh
makhluk yang berbulu tebal tetapi disembunyikan dan dikurung di
dalam sebuah gua di Gunung Gua Gajah oleh makhluk itu. Kehilangan
Malique telah menyebabkan kawan-kawannya berasa bimbang dan mereka
berusaha untuk mencari Malique. Amira pula meminta bantuan Itai
untuk mencari Malique.
Tau mengajak mereka ke Gua Gajah dan di situ Amira terjumpa
mobile disk kepunyaan Malique di dalam gua itu. Hal itu menyebabkan
Amira berasa yakin bahawa Malique masih hidup dan berada tidak jauh
dari kawasan Gua Gajah. Amira kemudiannya meminta bantuan Itai
untuk mencari Malique. Pak Lias, Jacinta, Roslan, Profesor Zaidah
dan Ludin turut bersama-sama dengan Amira dan Itai untuk mencari
Malique. Pada masa yang sama, ibu Malique, iaitu Jennifer dan OHara
tiba dan turut sama menyertai gerakan itu.
Malique yang cedera akibat kemalangan itu, dijaga dan dirawat
oleh Tau di dalam gua itu. Tau mempercayai bahawa Malique ialah
Sabi iaitu anak kandungnya dengan Ipah. Tau yang menyamar sebagai
makhluk berbulu lebat dengan memakai sarung beruang cuba bertindak
kasar kepada Pak Lias kerana dia tidak membenarkan mereka membawa
Malique keluar dari situ. Ludin sempat tiba pada masanya dan dia
menasihati Tau supaya jangan bertindak sebegitu dan menerima
keadaan itu dengan rasional.
Akhirnya segala rahsia yang tersimpan didedahkan oleh Jennifer.
Jennifer mengakui bahawa Malique sebenarnya ialah Sabi iaitu anak
yang dilarikannya dulu kerana mengikut Johnny. Dia juga mengakui
bahawa Tau ialah suaminya dan Itai ialah adik Malique. Akhirnya
Itai dapat bertemu dengan abang dan juga ibu kandungnya sendiri.
Malique membuat keputusan untuk tinggal di situ buat sementara
waktu dengan bapa dan adik kandungnya.
Amira meneruskan pengajiannya dalam bidang aeroangkasa di sebuah
universiti di Kuala Lumpur. Itai pula melanjutkan pengajiannya
dalam bidang perubatan. Malique pula meneruskan projek teknologi
maklumat (IT) di kampungnya termasuklah di Dahan Hijau dan dibantu
oleh Roslan. Jacinta berada di Paris kerana menguruskan perniagaan
fesyen di syarikat milik bapanya. Dr. Zawawi pula sudah menukar
profesionnya iaitu dia melibatkan diri dengan projek swasta yang
mengesan khazanah Melayu yang hilang dan tenggelam di dalam laut.
Profesor Zaidah masih meneruskan projeknya di Bukit Mat Raya iaitu
dalam fasa keempat dan tempat Dr.Zawawi diambil-alih oleh
Rusdi.TEMADalam novel Kembara Amira tema yang ditekankan ialah
kesanggupan remaja untuk menyertai aktiviti lasak dan mencari
pengalaman yang mencabar bagi mengisi waktu cuti
persekolahan.PERSOALAN
WATAK DAN PERWATAKANWatak Utama Amira Amir Berusia 17 tahun
Seorang pelajar sekolah
Rakan sebilik Jacinta di sekolah swasta
Anak tunggal Profesor Zaidah
Ayahnya, Amir seorang jurutera komputer di salah sebuah syarikat
multinasional di Malaysia
Perwatakan PenyayangAmira seorang yang sangat penyayang. Dia
sangat menyayangi ibu dan kawan-kawannya. Sebagai contoh, dia
menolong ibunya melakukan kajian lapangan di Bukit Raya. Amira juga
menyayangi kawannya iaitu Jacinta dengan menemani Jacinta tidur
kerana keletihan setelah pengsan di celah-celah akar pokok
balak.
Menghormati orang tuaApabila Amira tiba di khemah kerja, dia
memberi salam kepada ibunya iaitu Profesor Zaidah.
PandaiAmira merupakan pelajar yang pintar dalam pelajaran.
Selepas tamat persekolahan, Amira telah melanjutkan pelajaran di
sebuah universiti di Kuala Lumpur dalam bidang aeroangkasa.
Bersifat Keanak-anakanAmira bergurau dengan mengatakan bahawa
Jacinta telah jatuh hati kepada Dr.Zawawi ketika mereka menjalankan
kajian di Gua Niah.
BeraniSemasa kehilangan Malique, Amira bersama-sama dengan Itai,
Pak Lias dan Roslan mengambil keputusan untuk mendaki Gunung Gua
Gajah.
Prihatin Amira prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh
kawannya, Jacinta. Bagi mengurangkan Jacinta berfikir mengenai
masalah keluarganya, Amira mengajak Jacinta untuk pergi ke Bukit
Mat Raya.
BerkeyakinanAmira begitu yakin bahawa mobile disk yang
ditemuinya di dalam gua di Gunung Gua Gajah adalah milik Malique.
Dia juga yakin bahawa Malique berada di dalam gua.
Taat kepada AgamaAmira menunaikan solat Subuh yang
ditinggalkannya di Stesen Dahan Hijau kerana dia berada dalam
kereta api.Watak Sampingan 1) Jacinta Berusia 17 tahun
Gadis berketurunan Cina
Bapanya seorang jutawan dan telah berkahwin lain selepas
isterinya meninggal dunia
Perwatakan PandaiJacinta terlibat dalam projek Pameran Saintis
Muda 2002 dengan Amira
PrihatinJacinta amat prihatin akan kehilangan Malique. Dia
memujuk-mujuk Itai bagi membantunya mencari Malique. Jacinta juga
amat bimbangkan keselamatan Malique yang hilang.
BertanggungjawabJacinta seorang anak yang bertanggungjawab. Dia
telah membantu ayahnya menguruskan perniagaan di Paris dalam bidang
fesyen.
Setia KawanJacinta menemani Amira ke Bukit Mat Raya dan
mengikuti kajian lapangan di Desa Karpus.
Kuat MerajukJacinta tawar hati dengan sikap ayahnya yang telah
berkahwin lain. Dia tidak pergi ke London kerana tidak mahu bertemu
dengan ibu tirinya. 2) Profesor Zaidah Ibu kepada Amira
Seorang pensyarah arkeologi di salah sebuah universiti
tempatan
Berkhidmat hampir 25 tahun
Perwatakan PenyayangProfesor Zaidah amat menyayangi anaknya
iaitu Amira. Beliau risau akan keselamatan Amira yang dihanyutkan
oleh arus sungai. Hatinya berasa risau dan resah apabila mendapat
tahu berita tersebut.PemaafWalaupun Amira melakukan kesilapan
ketika di air terjun, beliau masih memaafkan kesalahan tersebut dan
menasihati Amira agar lebih berhati-hati.
Gigih BerusahaProfesor Zaidah amat gigih berusaha semasa kajian
arkeologi dijalankan. Beliau begitu tertarik apabila mengetahui
Rusdi menemui penemuan terbaru iaitu kapak batu.
PenyabarProfesor sangat sabar apabila menjalankan kajian
arkeologi dan melayan kerenah-kerenah pelajarnya yang tidak biasa
berada dalam situasi sebegitu.
Berfikiran TerbukaProfesor berfikiran terbuka apabila
membenarkan Ludin merawat tangannya yang terseliuh akibat
kemalangan. Dr. Zawawi pada mulanya tidak membenarkan beliau
dirawat dengan rawatan tradisional tetapi terpaksa mengalah apabila
beliau membenarkan Ludin berbuat sebegitu. 3) Tau Adik kepada Lupin
dan anak kepada Jidin
Bapa kandung Sabi / Malique dan Itai
Suami kepada Ipah / Jennifer
Bertubuh tegap
Berkulit hitam
Rambut keperang-perangan
Perwatakan PenyayangTau amat menyayangi Malique kerana
menggangap Malique ialah Sabi iaitu anaknya yang dilarikan Ipah.
Sebagai contoh, dia telah menyembunyikan Malique di puncak
gunung.
Gagah Tau telah membunuh beruang yang menyerang Ipah dan
Sabi.
Hidup Bersendirian Akibat terlalu kecewa Tau telah hidup
bersendirian di dalam hutan selepas Ipah melarikan anaknya,
Sabi.
Mencintai Alam SekitarTau tidak suka pembangunan yang akan
dilakukan di tempat tinggalnya.
BertanggungjawabTau menyelamatkan Jacinta yang tersesat di dalam
hutan walaupun mengetahui bahawa kumpulan Profesor Zaidah telah
menggangu kehidupannya di hutan. 4) Malique / Sabi Anak sulung Ipah
dan Tau
Abang kepada Itai
Berkulit gelap
Berambut kasar
Dilarikan oleh Ipah semasa Ipah mengikut Johnny. Perwatakan Baik
HatiMalique berhajat menziarahi Amira apabila mendapat berita
bahawa dia lemas ketika di air terjun.
BertanggungjawabMalique amat bertanggungjawab terhadap
kerja-kerja yang diamanahkan.Sebagai contoh, Malique mahu
menyerahkan laporan kepada OHara sebelum melakukan tugasan
lain.
Patuh Mengikut kata ibunya iaitu Jennifer untuk mengikut OHara
ke Bukit Mat Raya.
Cinta akan Alam SekitarMembantah sekeras-kerasnya tindakan OHara
yang mahu meneroka hutan di Bukit Mat Raya. Malique sedar akan
kepentingan hutan itu dan ingin menyelamatkannya daripada terus
dimusnah.
5) Itai Anak bongsu Tau dan Ipah
Ditinggalkan oleh Ipah
Bersekolah di pekan Balik bercuti di perkampungannya iaitu
Perkampungan suku orang asli Semai Perwatakan Baik HatiItai
menziarahi Jacinta yang baru pulih dari pengsan. Itai juga
merupakan orang yang menyelamatkan Amira ketika dihanyutkan oleh
air terjun.
MahirItai mahir dalam selok-belok di dalam hutan. Itai mahir
apabila mendaki lubang di dalam gua kerana mahu menyelamatkan
Malique.
Setia Kawan Itai masih berhubung dengan Amira menerusi kiriman
e-mel. Dia juga kerap bertanyakan khabar berita daripada Amira
walaupun dipisahkan dengan jarak yang jauh. 6) Ipah / Jennifer Ibu
kandung kepada Sabi / Malique dan Itai Berambut perang Bermata biru
Perwatakan Tidak SetiaIpah telah meninggalkan Tau dan anak
bongsunya semata-mata untuk mengikut Johnny.
Tidak Berkawan Ipah disisihkan oleh rakan-rakannya dalam
kalangan suku orang asli Semai. LATAR
PLOTPermulaanPembaca diperkenalkan dengan watak Amira dan
Jacinta yang dalam perjalanan ke Gunung Mat Raya bagi menghabiskan
cuti persekolahan mereka bersama Profesor Zaidah iaitu ibu Amira.
Ibu Amira terlibat dalam melakukan kerja-kerja cari gali arkeologi
di hutan itu. Amira telah berkenalan dengan Malique di Air Terjun
Angin.
PerkembanganAmira telah dihanyutkan oleh arus sungai ketika
menunggu Malique. Amira kemudiannnya diselamatkan oleh Itai dan Tau
iaitu penduduk orang asli Semai. Jacinta juga hilang di dalam hutan
kerana mencari Amira namun ditemukan kembali dengan pertolongan
Tau. Kenderaan yang dipandu oleh Pak Lias hilang kawalan kerana
masalah brek dan menyebabkan pergelangan tangan Profesor Zaidah
tercedera. Ludin, bapa saudara Itai merawat kecederaan tangan
Profesor Zaidah dengan mengunakan rawatan tradisional.
KonflikAmira mengikut Itai ke sebatang sungai yang dipenuhi
ketulan emas. Di sana mereka bertemu dengan makhluk berbulu emas.
Makhluk tersebut membawa lelaki yang diikat tangan dan tertutup
matanya. Malique hilang selepas keretanya dihanyutkan oleh arus
lumpur yang deras.
KlimaksMakhluk berbulu lebat telah menyerang Amira, Jacinta,
Itai, Pak Lias dan Roslan. Akhirnya Pak Lias berjaya menumbangkan
makhluk tersebut. Kemudiannya mereka menemui Malique di puncak
Gunung Gua Gajah. Ludin memberitahu bahawa makhluk berbulu itu
ialah Tau. Jennifer mengaku bahawa dia ialah Ipah iaitu isteri Tau
dan Malique ialah Sabi iaitu anak Tau yang dilarikannya dulu.
PeleraianAmira menyambung pelajaran di Universiti di Kuala
Lumpur dalam bidang aeroangkasa. Jacinta pula sibuk menguruskan
perniagaan milik bapanya di Paris. TEKNIK PLOTPemerian1) Ludin
digambarkan sebagai seorang yang baik hati kerana merawat
pergelangan tangan Profesor Zaidah.
2) Pengarang menceritakan suasana di Bukit Mat Raya.
Dialog1) Dialog antara Profesor Zaidah dangan Rusdi berkaitan
dengan tali khemah yang putus semasa hujan lebat.
2) Dialog anta Roslan dan OHara tentang perlakuan
pekerja-pekerja baru di tapak cari gali emas.
Monolog dalamanKetika Amira menunggu Malique di Air Terjun
Angin
Ke mana budak lelaki itu pergi? Tidak mandikah dia pagi ini?
Selalunya dia akan terserempak dengan mereka. Persoalan itu
bermain-main difikirannya setelah dia berjanji dengan Jacinta untuk
mendapatkan maklumat tentang lelaki putih yang berada di dalam
kereta bersama-sama Malique. Konflik dalaman1) Amira memikirkan
tindakannya membawa Jacinta ke Bukit Mat Raya sama ada betul atau
tidak.
2) Malique memikirkan hubungan antara ibunya, Jeniffer dengan
OHara.
3) Tau memikirkan tentang anaknya, Sabi yang dilarikan oleh
isterinya, Ipah.
Konflik Luaran1) Profesor Zaidah membantah cadangan Dr. Zamawi
untuk menangguhkan projek arkeologi itu.
2) Tau yang menyamar sebagai makhluk berbulu besar kelihatan
mempunyai dendam kepada Pak Lias.
Konflik Luaran1) Profesor Zaidah membantah cadangan Dr. Zamawi
untuk menangguhkan projek arkeologi itu.
2) Tau yang menyamar sebagai makhluk berbulu besar kelihatan
mempunyai dendam kepada Pak Lias.
Konflik Luaran1) Profesor Zaidah membantah cadangan Dr. Zamawi
untuk menangguhkan projek arkeologi itu.
2) Tau yang menyamar sebagai makhluk berbulu besar kelihatan
mempunyai dendam kepada Pak Lias.
GAYA BAHASA
Penggunaan kata bahasa Inggeris Mobile disk
Notebook
Frust
Penggunaan kata bahasa Arab Assalamualaikum
Waalaikumussalam
Peribahasa Ibu naik angin
Tiada perasaan berat sebelah sehingga dia terpaksa membuat
keputusan yang berat
Hidupnya kemudian menjadi sebatang kara
Personafikasi Kedinginan malam mula mencengkam khemah mereka
yang diterangi pelita tanah
Mesin yang sentiasa mengaum membahang batang-batang pokok
Sungai yang hampir-hampir meragut nyawa kau dulu
Metafora Jantung belantara
Gelora merah
Simile Hentakan roda kereta api itu bagaikan ingin menghancurkan
rel
Dia bagai seekor angsa putih yang terapung-apung dipermukaan
tasik yang tenang
Masih tidur seperti orang mati
Sinkope Perkataan itu dipendekkan menjadi tu
Perkataan hendak dipendekkan menjadi nak
Perkataan engkau dipendekkan menjadi kau
Contoh : Aku mana tahu nak guna benda tu! Kalau kau bagi stereng
tahulah aku apa hendak buat.NILAI DAN PENGAJARAN Nilai
Kasih sayang1. Profesor Zaidah amat menyayangi anaknya,
Amira.
2. Jidin membesarkan Samantha / Ipah dengan penuh kasih sayang
walaupun Ipah berambut perang dan bermata biru.
Bantu-mambantu1. Ludin membantu mengubati luka di pergelangan
tangan Profesor Zaidah dengan mengunakan rawatan tradisional.
2. Tau membantu mengesan Jacinta yang hilang ketika mencari
Amira yang terjatuh di air terjun.
Keberanian1. Amira berani membuat keputusan untuk mencari
Malique di Gunung Gua Gajah.
2. Amira berani berhadapan dengan makhluk berbulu lebat di
puncak gunung.
Berhemah Tinggi1. Itai mudah mesra dengan Amira dan Jacinta
walaupun dia berasal dari masyarakat orang asli.
Semangat Setia Kawan1. Amira mengajak Jacinta untuk menghabiskan
cuti bersama ibunya di tapak arkeologi di Bukit Mat Raya.
PengajaranKita hendaklah mengisi masa lapang dengan aktiviti
yang berfaedahSebagai contoh, Amira dan Jacinta menghabiskan cuti
persekolahan mereka dengan mengikut Profesor Zaidah ke Bukit Mat
Raya.
Kita haruslah menghormati ibu bapa Sebagai contoh, tindakan
Amira menunggu Malique di kawasan air terjun telah mengundang
kemarahan ibunya, Profesor Zaidah.
Kita perlulah bantu-membantuSebagai contoh, Ludin merawat
pergelangan tangan Profesor Zaidah yang tercedera akibat
kemalangan.
Kita hendaklah memelihara alam sekitarSebagai contoh, Ludin dan
Tau berusaha menjaga alam sekitar dan menghalang penceroboh dari
memasuki kawasan mereka.
Kita perlulah berkasih sayang sesama kitaSebagai contoh, Tau
menunjukkan kasih sayang yang mendalam terhadap anaknya Malique
sehingga dia sanggup menyembunyikan Malique di puncak gunung kerana
menggangap Malique adalah Sabi.
Kita janganlah menjadi seorang pendendamSebagai contoh, Tau
berdendam dengan Ipah / Jennifer kerana meninggalkannya dan anak
bongsunya kerana mengikut Johnny.
14