BAB 7 KEELEKTRIKAN7.1ELEKTROSTATIK
1.Elektrostatik ialah kajian tentang cas-cas elektrik yang
statik.
2.Statik bermaksud tidak bergerak. Cas terdiri daripada cas
positif dan cas negatif.
3.Cas ini boleh dihasilkan dengan menggosokkan dua bahan berbeza
yang menyebabkan satu bercas positif dan satu lagi bercas
negatif.
4.Cas-cas ini dapat dikesan dengan menggunakan ELEKTROSKOP.
5.Penggunaan Elektroskop
a.Bahan yang nak diuji didekatkan dengan ceper logam yang
neutral
b.Jika kerajang mencapah, bermaksud bahan tersebut mempunyai
cas.
c. Jika tidak mencapah, bermaksud bahan tersebut neutral.
6.Ciri-ciri Daya Elektrostatik
a.Cas yang sama akan MENOLAK antara satu sama lain
b.Cas yang berbeza akan MENARIK antara satu dengan yang
lain.
7.Fenomena Harian Yang Berkaitan Dengan Cas Elektrik Statik
a.Kilat
Geseran antara awan dan udara menyebabkan cas positif berada di
atas, dan cas negatif berada di bawah awan. Apabila awan bergerak
mendekati bumi yang bercas positif, satu tarikan akan wujud antara
cas-cas ini. Daya elektrostatik yang kuat menyebabkan cas tersebut
bergerak ke arah satu sama lain. Pergerakan yang pantas akan
membebaskan banyak tenaga dalam bentuk kelipan cahaya, yang
dikenali sebagai KILAT.b.Lori dan Rantai
Geseran antara lori dan udara akan menghasilkan cas. Cas ini
terkumpul di bahagian badan tangki, dan boleh menyebabkan percikan
api. Ini tentu akan menyebabkan letupan.
Bagi mengurangkan cas elektrik pada tangki, satu rantai logam
digantung bagi tujuan mengalirkan cas-cas elektrik tadi ke
permukaan bumi.7.2KEELEKTRIKAN
1.Keelektrikan bermaksud pengaliran arus elektrik yang berlaku
di dalam suatu konduktor. Sumber elektrik pula boleh datang
daripada pelbagai, termasuk bateri, dinamo, sel suria, sel kering,
bateri basah, penjana kuasa dan lain-lain lagi.
2.Alat elektrik hanya dapat berfungsi apabila terdapat
pengaliran elektron (cas negatif) secara berterusan. Pengalliran
elektron inilah yang menghasilkan tenaga elektrik.3.Contoh huraian
pada Penjana Van de Graaff
a.Penjana Van de Graaff dihidupkan
b.Kubah akan menjadi bercas positif
c.Elektron dari bumi mengalir ke kubah kerana tertarik dengan
cas positif
d.Pengaliran elekron yang berlaku akan menghasilkan arus
elektrik yang kemudiaannya dikesan oleh galvanometer
4.Arus Elektrik (I)
Arus elektrik ditakrifkan sebagai kadar pengaliran elektrik.
5.Voltan (V)
Daya elektrik yang diperlukan untuk mengalirkan elektron antara
2 titik ataupun beza keupayaan di antara 2 titik.
6.Rintangan (R)
Sifat sesuatu bahan yang menghalang atau menentang pengaliran
elektron melaluinya.7.3PENGUKURAN KEELEKTRIKAN
1.Arus
a.Arus elektrik ditakrifkan sebagai kadar pengaliran
elektrik.
b.Arus diukur dengan menggunakan Ammeter
c.Unit yang digunakan adalah ampere (A)
d.Ammeter disambung secara bersiri pada litar
2.Voltan
a.Voltan ditakrifkan sebagai daya elektrik yang diperlukan untuk
mengalirkan elektron antara 2 titik ataupun beza keupayaan di
antara 2 titik.
b.Voltan diukur dengan menggunakan Voltmeter
c.Unit yang digunakan adalan voltan (V)
d.Voltmeter disambung secara selari pada litar
3.Rintangan
a.Rintangan ditakrifkan sebagai sifat sesuatu bahan yang
menghalang atau menentang pengaliran elektron melaluinya.
b.Rintangan diukur dengan menggunakan formula (Rintangan =
Voltan / Arus)
c.Unit yang digunakan adalah ohm ( )d.Faktor yang menentukan
rintangan adalah panjang konduktor, diameter konduktor dan jenis
konduktor.7.4HUBUNGAN ANTARA ARUS, VOLTAN DAN RINTANGAN
1.Hubungkait antara voltan, arus dan rintangan sebenarnya telah
dikaji oleh Georg Simon Ohm. 2.Dalam Hukum Ohm, ianya menyatakan
bahawa arus yang mengalir melalui suatu konduktor adalah berkadar
terus degan voltan.3.Formula Hukum Ohm adalah: V = IR4.Bagi
memudahkan hafalan,
5.Hubungan antara rintangan dan arus
a. Hipotesis :
Semakin besar rintangan, semakin kecil arus yang mengalir
melalui litar.
b. Perbincangan:
i.Arus adalah berkadar songsang dengan rintangan (jika besar
rintangan, arus akan mengecil)
ii.Semakin panjang wayar yang digunakan , maka semakin besar
rintangan. Maka juga semakin kecil arus yang mengalir
melaluinya.
5.Hubungan antara arus dengan voltan
a. Hipotesis :
Arus adalah berkadar terus dengan voltan.
(Semakin besar arus, maka semakin besar voltan)
b. Perbincangan:
i. Arus berkadar terus dengan voltan apabila rintangan adalah
malar.
7.5LITAR SELARI DAN LITAR BERSIRI
1.Litar elektrik ialah lintasan lengkap yang terbentuk daripada
dawai-dawai penyambung dan komponen-komponen elektrik yang
membenarkan arus elektrik mengalir.
2.Satu litar elektrik terdiri daripada satu sumber elektrik,
komponen-komponen elektrik, dawai-dawai penyambung dan satu
suis.
3.Litar Bersiri: Arus elektrik mengalir melalui satu lintasan
sahaja.
a. Kelebihan : Setiap mentol akan menyala dengan kecerahan yang
sama
b.Kelemahan : Jika satu mentol terbakar, maka seluruh litar akan
terputus4.Litar Selari: Arus elektrik mengalir melalui lebih
daripada satu lintasan.
a. Kelebihan : Setiap mentol dapat dikawal secara berasingan
b. Kelemahan : Sel kering cepat menjadi lemah kerana semua
mentol dibekalkan dengan voltan yang sama
7.6ARUS, VOLTAN DAN RINTANGAN DALAM SATU LITAR BERSIRI
1.Litar Bersiri adalah satu litar di mana arus elektrik mengalir
melalui satu lintasan sahaja. Jika satu komponen elektrik yang
disambungkan dalam litar rosak, maka seluruh litar tidak akan dapat
berfungsi.
2.Arus
Arus yang mengalir melalui setiap komponen pada mana-mana titik
dalam litar bersiri adalah sama.
3.Voltan
Jumlah voltan yang merentasi terminal sumber elektrik adalah
sama dengan jumlah voltan yang merentasi setiap komponen
elektrik.
4.Rintangan
Rintangan berkesan ialah jumlah rintangan setiap komponen yang
disambungkan dalam litar tersebut.7.7ARUS, VOLTAN DAN RINTANGAN
DALAM SATU LITAR SELARI
1.Litar Selari bermaksud satu litar di mana arus elektrik
mengalir melalui lebih daripada satu lintasan. Hal ini bermaksud,
arus elektrik mengalir melalui lintasan yang berbeza.
2.Arus
Arus yang mengalir melalui setiap komponen adalah tidak sama
dengan jumlah arus dalam litar tersebut.
Jumlah arus adalah sama dengan jumlah arus yang mengalir melalui
setiap komponen.
3.Voltan (V)
Jumlah voltan yang merentasi setiap komponen dalam litar adalah
sama.
Voltan yang melalui setiap komponen juga sama dengan jumlah
voltan yang dibekalkan oleh sumber tenaga dalam litar.
4.Rintangan
Jumlah rintangan dalam litar adalah kurang daripada jumlah
rintangan setiap komponen.7.8KEMAGNETAN
1.Magnet atau juga lebih dikenali sebagai 'Besi Berani'
sebenarnya merupakan satu bahan yang diperbuat daripada besi atau
keluli atau kobalt. Ianya berkebolehan untuk menarik objek besi
atau keluli. Magnet mempunyai 2 kutub, iaitu Kutub Utara dan Kutub
Selatan.2.Medan Magnet
Medan magnet ialah suatu kawasan sekitar magnet yang berada di
bawah pengaruh daya magnet tersebut.
3.Garis medan magnet TIDAK bersilang antara satu sama lain.
Garis ini bermula daripada kutub Utara dan berakhir di kutub
Selatan. Ada 2 kaedah yang boleh digunakan bagi menentukan corak
dan arah medan magnet. 4.Corak Medan Magnet
Boleh ditentukan dengan menggunakan SERBUK BESI
5.Arah Medan Magnet
Boleh ditentukan dengan menggunakan KOMPAS
Medan magnet bergerak dari UTARA ke SELATAN
7.9KEELEKTROMAGNETAN
1.II
2.JJ
3.KK