Top Banner
1 DARI SEGREGASI KE INTEGRASI Dari Pengasingan ke Penyatuan Cabaran dalam Memupuk Integrasi di Malaysia Peranan kerajaan (Dasar Kerajaan Ke Arah integarsi Nasional): Peranan Masyarakat Peranan NGO Integrasi Menurut Perspektif Islam
46

Bab 6 Dari Segregasi Ke Integrasi

Feb 10, 2016

Download

Documents

Segregasi Ke Integrasi
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Bab 6 Dari Segregasi Ke Integrasi

1

DARI SEGREGASI KE INTEGRASI

• Dari Pengasingan ke Penyatuan• Cabaran dalam Memupuk Integrasi di Malaysia• Peranan kerajaan (Dasar Kerajaan Ke Arah integarsi Nasional):• Peranan Masyarakat• Peranan NGO• Integrasi Menurut Perspektif Islam

Page 2: Bab 6 Dari Segregasi Ke Integrasi

DARI SEGREGASI KE INTEGRASIDari Pengasingan ke PenyatuanCabaran dalam Memupuk Integrasi di MalaysiaPeranan kerajaan (Dasar Kerajaan Ke Arah integarsi Nasional): Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan

Kebangsaan, Dasar Pembangunan Nasional dll Rukun Negara, Wawasan 2020, Konsep 1Malaysia Jabatan Perpaduan Negara: Rukun Tetangga , Skim Rondaan SukarelawanPeranan MasyarakatPeranan NGO Rakan Cop, ABIM Aliran, Majlis Belia MalaysiaIntegrasi Menurut Perspektif Islam Pandangan al-Quran, Pandangan al-Hadis, Pandangan Ulama/Sarjana Asas Integrasi Islam Kepentingan dan akibat perpecahan Strategi Pengintegrasian

2

Page 3: Bab 6 Dari Segregasi Ke Integrasi

KITA MULAKAN DENGAN DOA

3

Page 4: Bab 6 Dari Segregasi Ke Integrasi

4

Page 5: Bab 6 Dari Segregasi Ke Integrasi

5

Pendahuluan• Penduduk Malaysia terdiri daripada berbagai-bagai

keturunan, bangsa, agama dan suku kaum. Salah satu isu yang sedang mendapat perhatian Kerajaan ialah masalah integrasi nasional khasnya di antara Sabah/Sarawak dengan Semenanjung.

• Tujuan utama ialah untuk mewujudkan satu semangat nasionalisme Malaysia bagi menyatupadukan seluruh negara dalam satu kesatuan yang rapat dan harmoni di antara satu wilayah dengan wilayah yang lain.

• Kemajuan yang dicapai ke arah integrasi wilayah berjalan dengan baik. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan konsep Federalisme, wilayah-wilayah yang bergabung dalam Malaysia telah berjaya mengatasi berbagai-bagai rintangan dan halangan sejak tahun 1963.

Page 6: Bab 6 Dari Segregasi Ke Integrasi

6

Sambungan • Kita tidak boleh lupa bahawa konsep negara dan bangsa

Malaysia walaupun sesuai dan praktikal tetapi masih lagi menghadapi berbagai-bagai masalah.

• Disebabkan pengalaman sejarah perlembagaan dan politik kenegerian yang berbeza-beza, kadangkala wujud masalah tertentu dalam perhubungan di antara Sabah/Sarawak dengan Semenanjung. Antara masalah tersebut ialah:– Masalah geografi khasnya antara Sabah/Sarawak dengan

Semenanjung.– Keutamaan pembangunan yang berbeza-beza di antara

kerajaan pusat dan negeri. – Jurang psikologi yang luas di antara penduduk dan suku kaum

Sabah/Sarawak dan Semenanjung.

Page 7: Bab 6 Dari Segregasi Ke Integrasi

7

Definisi• Integrasi ialah satu proses menyatupadukan pelbagai

kumpulan etnik (rakyat pelbagai kaum) yang mempunyai perbezaan kebudayaan dan sosial ke dalam satu sistem sosial dan satu wilayah bagi mewujudkan identiti nasional kearah membentuk negara bangsa.

• Usaha-usaha untuk mewujudkan “satu identiti wilayah” dan mengurangkan atau akhirnya menghapuskan sama sekali kesetiaan yang sempit terhadap sesuatu daerah.

• Jika diperhalusi kehendak integrasi itu, akan kelihatan satu unsur penting di dalamnya iaitu kumpulan etnik yang bersatu padu, sekalipun mereka berlainan latar belakang, masing-masing berasa dipunyai dan mempunyai satu kelompok yang sama.

Page 8: Bab 6 Dari Segregasi Ke Integrasi

8

Samb...• Di Malaysia integrasi mencakupi dua peringkat, iaitu

integrasi diperingkat rakyat dan integrasi diperingkat negara

• Integrasi diperingkat rakyat ialah mewujudkan kerjasama, keharmonian dan perpaduan antara kaum (masyarakat pelbagai kumpulan etnik)

• Integrasi diperingkat negara ialah mewujudkan kerjasama antara kerajaan negeri dengan kerajaan negari, antara kerajaan negari dengan kerajaan persekutuan dan tidak ketinggalan juga antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah/Sarawak’.

• Istilah yang sering diguna ialah ‘Integrasi Nasional’

Page 9: Bab 6 Dari Segregasi Ke Integrasi

9

Matlamat Integrasi Nasional• Perpaduan negara dan keharmonian kaum serta

mewujudkan persefahaman• Mengurangkan perbezaan psikologi di antara

kumpulan etnik• Mengatasi masalah perbezaan geografi di

antara kumpulan etnik• Merapatkan perhubungan dan interaksi

kumpulan etnik.• Mewujudkan identiti bersama iaitu simbol

kesetiaan dan komitmen terhadap konsep Nasionalisme Malaysia.

Page 10: Bab 6 Dari Segregasi Ke Integrasi

10

Pelan Tindakan Kearah Masyarakat Berintegrasi

• Dasar-dasar Kerajaan:Rukun NegaraDasar Ekonomi BaruDasar Pembangunan NasionalDasar Pendidikan KebangsaanDasar Kebudayaan KebangsaanWawasan 2020Konsep 1 MalaysiaJabatan Perpaduan Negara

Page 11: Bab 6 Dari Segregasi Ke Integrasi

Rukun NegaraRukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah

dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.

Tujuan Rukun Negara Diperkenalkan:• Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh

masyarakatnya• Memelihara cara hidup demokratik• Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara

akan dapat dinikmati secara adil dan saksama• Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya

yang kaya dan berbagai corak• Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains

dan teknologi moden:

11

Page 12: Bab 6 Dari Segregasi Ke Integrasi

Rukun Negara• Kepercayaan kepada Tuhan• Kesetiaan kepada Raja dan Negara• Keluhuran Perlembagaan• Kedaulatan Undang-undang• Kesopanan dan Kesusilaan

12

Page 13: Bab 6 Dari Segregasi Ke Integrasi

Dasar Ekonomi BaruPeristiwa berdarah 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi

sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak kemerdekaan 31 Ogos 1957, bangsa Melayu masih tertinggal jauh dari segi ekonomi dan pendidikan memandangkan majoriti orang Melayu tinggal di luar bandar. Manakala orang Cina pula lebih terkehadapan dengan menguasai perniagaan dan bidang ekonomi lain memandangkan mereka tinggal di bandar dan menguasai perlombongan. Lantas timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan walaupun sebahagian daripada mereka telah bersedia untuk menumpahkan kesetiaan kepada Tanah Melayu. Bagi masyarakat Cina yang terdiri dari golongan yang kaya, bersiap sedia untuk mengambil Tanah Melayu kerana beranggapan bahawa merekalah yang banyak memberikan sumbangan terhadap kemajuan Tanah Melayu.

13

Page 14: Bab 6 Dari Segregasi Ke Integrasi

Dasar Ekonomi BaruDasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi

di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato’ Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata iaitu untuk:

1. mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan

2. mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

14

Page 15: Bab 6 Dari Segregasi Ke Integrasi

Dasar Pembangunan NasionalDasar Pembangunan Nasional (DPN) merupakan dasar ekonomi

Malaysia yang digunakan bagi menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berakhir pada 1990. Walau bagaimanapun, fokusnya hampir serupa dengan DEB.

Fokus• Membasmi golongan miskin• Menyusun semula masyarakat• Membantu golongan yang susahObjektif• Memperkukuhkan kestabilan negara dari segi ekonomi, sosial dan

politik melalui pembangunan bandar dan di luar bandar• Menjadi negara maju dan mengukuhkan keadilan sosial, nilai etika,

moral, kualiti hidup dan mengamalkan prinsip pentadbiran yang adil dan kecemerlangan ekonomi

15

Page 16: Bab 6 Dari Segregasi Ke Integrasi

Dasar Pembangunan NasionalProgram• Membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat• Memastikan keseimbangan kaum dalam pelbagai aspek• Meningkatkan penggunaan sains dan teknologi• Menerapkan nilai sosial, kerohanian, dan amalan cintakan alam

sekitar• Meningkatkan peluang dan kemudahan pendidikan• Meningkatkan kerohanian diri

16

Page 17: Bab 6 Dari Segregasi Ke Integrasi

Dasar Pendidikan KebangsaanDalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di

kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahak nya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti

kan sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961.

Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979

17

Page 18: Bab 6 Dari Segregasi Ke Integrasi

Dasar Pendidikan KebangsaanRasional Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang

tanpa mengambilkira kepada keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Sistem Pendidikan berkenaan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang dan keturunan mereka kepada negara asal mereka dan menekan semangat pembangunan rakyat tempatan. Sistem ini mungkin secocok dengan Tanah Melayu yang terjajah tetapi apabila Tanah Melayu sudah merdeka, ia didapati tidak lagi sesuai. Oleh itu, langkah-langkah diambil bagi menggubal satu sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk Negara yang merdeka dan mempunyai matlamat-matlamat sendiri.

18

Page 19: Bab 6 Dari Segregasi Ke Integrasi

Dasar Pendidikan KebangsaanBeberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar

Pendidikan yang telah ditetapkan seperti berikut:• Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang

utama;• Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia

bagi semua jenis sekolah;• Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua;• Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan;• Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan

menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu;

• Mengadakan peluang pendidikan asas selama Sembilan tahun;• Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan

mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman;

19

Page 20: Bab 6 Dari Segregasi Ke Integrasi

20

Dasar Kebudayaan KebangsaanDasar Kebudayaan Kebangsaan diperkenalkan pada 1971 di Malaysia.

Ia lahir daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Dasar ini bertujuan dijadikan panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia.

Objektif dasar ini adalah untuk memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan serta memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan, berteraskan budaya penduduk asli (Melayu) dan agama Islam. Pendekatan ini digantikan dengan dasar Bangsa Malaysia oleh Dr. Mahathir selepas beliau menjadi Perdana Menteri.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan1. Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kepada

kebudayaan rakyat asal rantau ini.2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima

menjadi unsur-unsur kebudayaan kebangsaan.3. Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan

kebangsaan.

Page 21: Bab 6 Dari Segregasi Ke Integrasi

21

Dasar Kebudayaan Kebangsaan• “… nenek-moyang bangsa kita yang mendiami rantau nusantara ini

meninggalkan pusaka kebudayaan yang kaya-raya dan tinggi mutunya. Maka itu, sudah sewajarnya kita menerima gagasan bahawa kebudayaan kebangsaan yang sedang dibentuk dan dicorakkan itu hendaklah berlandaskan kebudayaan rakyat asal rantau ini. Bagaimanapun, patutlah juga kita mengambil unsur-unsur kebudayaan lain yang datang ke rantau ini dan membawa pengaruh-pengaruh ke atasnya semenjak beberapa lama supaya pengaruh-pengaruh yang bermanfaat dapat menyegarkan dan menentukan corak kebudayan Malaysia bagi masa hadapan. Namun, haruslah diingat, dalam mencari bentuk dan menentukan corak kebudayaan kebangsaan, kita tidaklah melupakan hakikat masyarakat kita berbilang bangsa. Kita hendaklah sentiasa berpandu kepada cita-cita membentuk satu negara di mana rakyatnya dari berbagai kaum dan golongan dapat dijalin dalam satu ikatan yang padu. Saya percaya selagi kita sedar dan insaf akan hakikat ini, kita tidak akan melencong dari matlamat mendirikan bangsa yang bersatu.” (Tun Abdul Razak: 1971)

Page 22: Bab 6 Dari Segregasi Ke Integrasi

22

Dasar Kebudayaan Kebangsaan• Saling menyesuaikan di antara unsur-unsur sesuatu

kebudayaan, atau• Proses menyatupadukan berbagai kelompok dalam

masyarakat melalui satu identiti bersama dengan meminimakan perbezaan identiti masing-masing contohnya:

• Kaum Baba dan Nyonya di Melaka diintegrasikan ke dalam kebudayaan Melayu dan mereka tetap kekal dengan agama asal mereka dan tidak memeluk agama Islam sebagaimana diamalkan oleh orang-orang Melayu.

• Apa yang membezakan kaum Baba dan Nyonya di Melaka dengan bangsa Cina lain ialah mereka mewujudkan identiti yang tersendiri yang sebahagian besarnya dipengaruhi oleh kebudayaan Melayu.

Page 23: Bab 6 Dari Segregasi Ke Integrasi

Wawasan 2020Wawasan 2020 diperkenalkan oleh kerajaan ketika Tun Dr Mahathir

Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia. Ianya bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan.

Sembilan matlamat utama Wawasan 2020:1. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat

yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

23

Page 24: Bab 6 Dari Segregasi Ke Integrasi

Wawasan 20202. Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram

dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah.

3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun.

4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling tinggi.

5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.

24

Page 25: Bab 6 Dari Segregasi Ke Integrasi

Wawasan 20206. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang

mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.

7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.

8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.

9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

25

Page 26: Bab 6 Dari Segregasi Ke Integrasi

Gagasan 1 Malaysia1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan yang

diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi.

Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima.

Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang.

26

Page 27: Bab 6 Dari Segregasi Ke Integrasi

Gagasan 1 MalaysiaTiada perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik

sekiranya mereka mempunyai potensi berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik. Kerajaan menawarkan akses pemula dengan menyediakan datar permainan yang adil tetapi kita sebagai kerajaan tidak berkemampuan memastikan penghasilan yang sama. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar.

Slogan 1 Malaysia• 2009 Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan• 2010 Menjana Transformasi• 2011 Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera• 2012 Janji Ditepati

27

Page 28: Bab 6 Dari Segregasi Ke Integrasi

Jabatan Perpaduan Negara• Maksud Perpaduan Negara. Satu keadaan di mana rakyat dari

pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

• Maksud Integrasi Nasional. Satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia khususnya di antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Negeri Sabah dan Sarawak, untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

• Maksud Bangsa Malaysia. Satu bangsa yang bersatu padu, mempunyai satu masa depan yang sama dan diperkongsikan. Sejahtera dan bersatu padu di antara wilayah atau kumpulan etnik. Hidup dalam keadaan harmoni dan berkongsi dengan cara yang sebenar dan adil. Satu Bangsa Malaysia yang kesetiaannya, politik dan kebaktiannya tertumpu kepada bangsa tersebut.

28

Page 29: Bab 6 Dari Segregasi Ke Integrasi

Jabatan Perpaduan NegaraPeristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 telah membuka mata

pelbagai pihak tentang pentingnya usaha-usaha yang lebih serius diberikan tumpuan dalam menguruskan perbezaan serta sensitiviti yang terdapat dalam sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia.

Matlamat: • Memupuk semangat perpaduan rakyat antara kaum dan sesama

kaum serta mengukuhkan integrasi nasional ke arah pembentukan satu bangsa Malaysia yang bersatupadu.

• Memperkasakan komuniti (Community Empowerment). • Mengukuhkan jaringan (networking) dengan agensi-agensi kerajaan,

badan-badan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta serta agensi dan pertubuhan di peringkat antarabangsa.

• Memperkukuhkan amalan dan penghayatan nilai-nilai murni serta semangat patriotisma di kalangan masyarakat.

• Memperkukuhkan amalan tadbir urus (Good Governance) dalam pengurusan pejabat.

29

Page 30: Bab 6 Dari Segregasi Ke Integrasi

Jabatan Perpaduan NegaraVisi dan Misi• Menjadi agensi peneraju utama untuk memelihara, meningkat dan

memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat di Malaysia.

• Mempertingkatkan dan memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat berasaskan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Gagasan 1 Malaysia.

Kumpulan Sasar• Skim Rukun Tetangga• Tabika Perpaduan• Permata Negara• Kelab Rukun Negara• Perkongsian Pintar

30

Page 31: Bab 6 Dari Segregasi Ke Integrasi

31

Pelan Tindakan Kearah Masyarakat Berintegrasi

Peranan Masyarakat: Rukun Tetangga Rumah Terbuka Difusi BudayaPeranan NGO Rakan Cop ABIM Aliran Majlis Belia Malaysia Lain-lain

Page 32: Bab 6 Dari Segregasi Ke Integrasi

Rukun TetanggaSejarah. Ditubuhkan pada tahun 1975. melalui satu akta yang dikenali

sebagai Peraturan Rukun Tetangga 1975 (P.U. (A) 279/75).Matlamat:• Menjamin keselamatan penduduk setempat• Merapatkan hubungan antara kaum• Membangun masyarakat setempatPeranan:• Menganjurkan kumpulan-kumpulan rondaan yang bertugas pada waktu

malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan.

• Menganjurkan seberapa banyak kegiatan berbentuk kebajikan, kemasyarakatan dan pendidikan

• Menganjurkan program untuk meningkatkan perpaduan dan integrasi kaum.

Sehingga Mei 2006 sebanyak 3,228 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) telah ditubuhkan di seluruh negara

32

Page 33: Bab 6 Dari Segregasi Ke Integrasi

Rumah TerbukaRumah terbuka bermaksud sesuatu perayaan agama disambut oleh

penganut pelbagai agama dengan tujuan memupuk persefahaman di kalangan rakyat Malaysia. Rumah terbuka tidaklah bertujuan mengembangkan agama kepada penganut agama lain. Biasanya rumah terbuka diadakan di padang atau di dalam dewan.

• Sebelum ini, konsep rumah terbuka dijalankan secara kecil-kecilan di mana tuan rumah menjemput rakan taulan datang ke rumah bagi menikmati juadah yang disediakan. Rakan dari kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain turut dijemput.

• Amalan rumah terbuka memberi kefahaman kepada rakyat bukan Islam tentang nilai hidup ajaran Islam yang menganjurkan sifat berbaik-baik sesama manusia.

• Amalan ini sesuatu yang unik bagi Malaysia, Ia telah menyumbang kepada keamanan dan kebaikan keadaan dalam negara kita. Rakyat pelbagai agama dapat gambaran sebenar mengenai ajaran Islam yang selama ini telah disalah anggap.

33

Page 34: Bab 6 Dari Segregasi Ke Integrasi

Difusi BudayaDifusi budaya adalah salah satu bentuk penyebaran unsur-unsur budaya

dari satu tempat ke tempat lainnya atau dari satu kumpulan etnik kepada satu kumpulan etnik lain.

Bentuk Penyebaran budaya melalui pelbagai cara, antaranya: • Adanya individu-individu tertentu yang membawa unsur-unsur

budayanya ke tempat yang jauh. Misalnya orang Cina membawa budaya mereka hingga ke Amerika Syarikat.

• Penyebaran unsur-unsur budaya yang dilakukan oleh individu-idividu dalam suatu kelompok dengan adanya pertemuan antara individu-individu kelompok yang lain. Disinilah terjadi proses difusi budaya dimana mereka saling mempelajari dan saling memahami antara budaya mereka masing-masing.

• Cara lain adalah adanya bentuk hubungan perdagangan, dimana para pedagang masuk ke suatu wilayah dan unsur-usur budaya pedagang tersebut masuk ke dalam kebudayaan penerima tanpa disengaja.

34

Page 35: Bab 6 Dari Segregasi Ke Integrasi

Difusi Budaya• Penduduk Asal atau Melayu yang mendiami alam Melayu ini telah

membina asas peradaban yang mantap sebelum bertembung dan melalui Proses Difusi Budaya.(Menerima Budaya orang lain ke dalam Budaya sendiri).

• Peradaban Islam serta Peradaban India amat mempengaruhi pembangunan peradaban Melayu di Asia Tenggara.

• Hari ini kita dapati proses difusi budaya sedang berlaku dikalangan masyarakat Malaysia secara perlahan-lahan

35

Page 36: Bab 6 Dari Segregasi Ke Integrasi

Rakan CopRAKAN COP bererti rakan Polis. 'COP' adalah singkatan dari perkataan

"Cooper" yang diberikan kepada anggota Polis. RAKAN COP medium perantara untuk merapatkan jurang antara Polis dan

masyarakat. Matlamatnya ialah:• Menggalakkan pembabitan orang ramai, pertubuhan-pertubuhan

masyarakat, agensi-agensi kerajaan dan swasta supaya menjadi 'mata dan telinga' Polis

• Menggalakkan interaksi dua hala antara orang ramai dengan polis melalui saluran yang ditetapkan

• Bersama-sama memerangi dan mencegah jenayah• Menggalakkan semua pertubuhan masyarakat dan agensi berkaitan untuk

mewujudkan PUSAT SEHENTI (One Stop Centre) untuk memudahkan Polis memyalurkan maklumat melalui CCC dengan cepat dan tepat.

36

Page 37: Bab 6 Dari Segregasi Ke Integrasi

Rakan CopAntara impak positif dari perlaksanaan program RAKAN COP adalah: • Memberi didikan dan kesedaran sivik kepada masyarakat dalam

pelbagai sudut keselamatan seperti mencegah jenayah dan keselamatan jalanraya.

• Mengeratkan hubungan mesra antara Polis dan masyarakat. Ini sekali gus akan meningkatkan keyakinan masyarakat kepada PDRM.

• Memberi maklumat tepat untuk manfaat masyarakat.

37

Page 38: Bab 6 Dari Segregasi Ke Integrasi

Angkatan Belia Islam (ABIM)Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)  telah ditubuhkan pada 6 Ogos 1971 di Fakulti

Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada 17 Ogos 1972, ABIM telah didaftarkan secara rasmi dibawah Akta Pertubuhan 1966.

Aktiviti:1. Pendidikan Islam2. Latihan Kepimpinan dan Ketrampilan3. Kesukarelawanan4. Pembangunan dan Kebajikan Sosial5. Keusahawanan dan Ekonomi 6. Pembangunan Wanita Islam dan Keluarga7. Bantuan Kemanusiaan 8. Pembelaan Hak-Hak Agama dan Masyarakat9. Jaringan Antarabangsa 10.. Dakwah kepada Golongan Bukan Islam

38

Page 39: Bab 6 Dari Segregasi Ke Integrasi

Angkatan Belia Islam (ABIM)11. Pembinaan Kualiti Generasi Pelajar dan Remaja12. Integrasi Belia Malaysia13.   Kesedaran Alam Sekitar14. Penerbitan Akhbar, Majalah dan Buku-buku15. Seni Budaya dan Kesusasteraan Islam

39

Page 40: Bab 6 Dari Segregasi Ke Integrasi

Aliran

40

Page 41: Bab 6 Dari Segregasi Ke Integrasi

Majlis Belia MalaysiaPengenalan. Majlis Belia Malaysia (MBM) ialah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan dan

bergerak sebagai badan induk yang menyelaraskan pertubuhan belia dan pelajar di negara ini. Penubuhan rasmi MBM adalah pada 9 September 1950 apabila Perlembagaan MBM diterima. MBM telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).

Objektif:• Menggalak dan mendorong pertubuhan belia supaya memainkan peranan yang positif

dan berkesan kepada masyarakat dan negara.• Merangsang dan mewujudkan perhubungan, kerjasama, persefahaman dan

persahabatan antara pertubuhan belia dengan belia atau dengan pertubuhan belia antarabangsa.

• Menggalakkan kemajuan pertubuhan belia yang seimbang dalam pelbagai bidang.• Memupuk sikap bertanggungjawab, semangat patriotisme dan kesukarelawanan di

kalangan pertubuhan belia.

41

Page 42: Bab 6 Dari Segregasi Ke Integrasi

Majlis Belia Malaysia• Menganjurkan dan mengalakkan minat untuk kesuburan rohani,

jasmani, ekonomi dan pendidikan belia di kalangan badan-badan yang mempunyai minat dalam perkara ini.

• Bekerja rapat dengan badan-badan yang bertanggungjawab berkenaan hal ehwal belia untuk kepentingan pergerakan belia.

Contoh Organisasi Belia Berkaitan Agama 1. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

2. Persaudaraan Belia Methodist Malaysia3. Persatuan Pemuda Kristian (YMCA)4. Majlis Belia Hindu Malaysia 5. Persatuan Belia Buddhist Malaysia

42

Page 43: Bab 6 Dari Segregasi Ke Integrasi

43

Integrasi Menurut Perspektif Islam• Intergrasi dalam perspektif Islam ialah perpaduan kaum yang

tidakmengambil kira warna kulit, bangsa,/kaum dan budaya dengan menjaga adab-adab berkomunikasi dengan sesuatu kaum tanpa menyentuh sensitiviti agama sesuatu kaum.

• Integrasi menurut Islam bukan hanya dikalangan masyarakat Islam bahkan di kalangan masyarakat bukan Islam

• Islam menyarankan supaya kita menjalin hubungan baik dengan cara bertolak ansur, saling menghormati dan bantu membantu antara satu sama lain

• Integrasi hanya akan berjaya sekiranya semua masyarakat bekerjasama serta memberi komitmen yang jitu

Asas Integrasi Dalam Islam• Agama• Al-Quran• Taqwa

Page 44: Bab 6 Dari Segregasi Ke Integrasi

Integrasi Menurut Perspektif IslamStrategi Integrasi Islam• Kembali kepada ajaran Islam• Membina kefahaman• Memperkukuh hubungan ulama’ & umara• Pendidikan• Persekitaran yang baik• Menjauhi punca persengketaan• Menghargai nilai perpaduan• Mempraktikkan amalan syura

44

Page 45: Bab 6 Dari Segregasi Ke Integrasi

Integrasi Menurut Perspektif Islam

Kesan perpecahan• Mengurangkan kesempurnaaan iman• Mencemarkan imej Islam• Mendatangkan kemurkaan Allah • Dijajah dan ditindas musuh • Menghilangkan rahmat Allah• Hilang kehebanatn Ummah• Umat Islam akan mundur dan memberi kesan negatif kepada

pembangunan umat dan negara

45

Page 46: Bab 6 Dari Segregasi Ke Integrasi

46

Bab 6

• Selesai bab 6.

• Anda akan didedahkan pula topik bab 7