BAB 4 PEMBIAKAN 4.1 Pembiakan aseks dan pembiakan seks 1. Pembiakan: proses penghasilan individu baru oleh organisma hidup 2. Kepentingan pembiakan: a. menambahkan populasi spesies b. memastikan spesies tidak pupus 3. Jenis- jenis pembiakan: a. pembiakan seks i. Penghasilan individu baru oleh organisma hidup yang melibatkan sel-sel seks yang dipanggil gamet. ii. contoh: Manusia, ikan, amfibia, burung, mamalia, reptilia dan kebanyakan invertebrata b. pembiakan aseks i. Penghasilan individu baru oleh organisma hidup tanpa melibatkan sel-sel seks. ii. contoh: Ameba, paramesium, hidra, bawang, halia, kentang 4. Pembiakan Seks a. Melibatkan dua induk, satu jantan dan satu betina. b. c. Persenyawaan: Percantuman nukleus sperma dan ovum untuk membentuk zigot. d. Sperma + ovum → zigot → Fetus e. Jenis – jenis Persenyawaan: i. Persenyawaan dalam - Percantuman gamet jantan dan betina yang berlaku di dalam badan betina. - Hanya beberapa gamet diperlukan kerana peluang persenyawaan adalah tinggi. ii. Persenyawaan luar - Percantuman gamet jantan dan betina yang berlaku di luar badan betina. Jantina Lelaki Perempuan Organ seks Testis Ovari Gamet sperma Ovum
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BAB 4 PEMBIAKAN
4.1 Pembiakan aseks dan pembiakan seks
1. Pembiakan: proses penghasilan individu baru oleh organisma hidup2. Kepentingan pembiakan:
a. menambahkan populasi spesiesb. memastikan spesies tidak pupus
3. Jenis- jenis pembiakan:a. pembiakan seks
i. Penghasilan individu baru oleh organisma hidup yang melibatkan sel-sel seks yang dipanggil gamet.
ii. contoh: Manusia, ikan, amfibia, burung, mamalia, reptilia dan kebanyakan invertebrata
b. pembiakan aseksi. Penghasilan individu baru oleh organisma hidup tanpa melibatkan sel-sel
4. Pembiakan Seksa. Melibatkan dua induk, satu jantan dan satu betina.b.
c.Persenyawaan: Percantuman nukleus sperma dan ovum untuk membentuk zigot.d. Sperma + ovum → zigot → Fetuse. Jenis – jenis Persenyawaan:
i. Persenyawaan dalam- Percantuman gamet jantan dan betina yang berlaku di dalam badan
betina.- Hanya beberapa gamet diperlukan kerana peluang persenyawaan
adalah tinggi.ii. Persenyawaan luar
- Percantuman gamet jantan dan betina yang berlaku di luar badan betina.- Banyak gamet diperlukan daripada kedua-dua induk kerana hanya beberapa biji telur sahaja yang akan disenyawakan sperma.
5. Pembiakan aseksa. Pembiakan aseks:
- satu induk sahaja- satu gamet sahaja- Tiada persenyawaan- Tiada variasi
b. Jenis- jenis pembiakan aseksi. Belahan dedua
i. Pembahagian sel induk kepada dua sel anak
ii. Contoh : Ameba, Paramesium
Jantina Lelaki Perempuan
Organ seks Testis Ovari
Gamet sperma Ovum
ii. Pertunasani. Proses pembentukan tunas pada badan induk
ii. Contoh : Yis and Hidra
iii. Pembentukan sporai. Proses penghasilan spora dalam sporangium
ii. Selepas sporangium pecah, spora disebarkan oleh anginaiii. Contoh : Paku-pakis dan lumut
iv. Pembiakan vegetativei. Proses di mana bahagian tumbuhan yang sedia ada bertumbuh manjadi
tumbuhan baruii. Contoh : Bawang, kentang dan pokok bunga canna
v. Penjanaan semulai. Keupayaan bahagian-bahagian badan pada sesetengah organisma untuk
bertumbuh kepada individu baru yang lengkap
ii. span, planaria, cacing tanah
6. Perbandingan Antara Pembiakan Seks dan Pembiakan Aseks:
Pembiakan Seks Pembiakan AseksDua induk : jantan dan betina Induk Satu induk sahajaDua gamet : sperma dan ovum Gamet Tiada gametPersenyawaan dalam atau luar Persenyawaan Tiada persenyawaanTerdapat variasi pada progeni Variasi progeni Tiada variasiOrganisma peringkat tinggi(Contoh : paus dan cicak)
Peringkat organisma Organisma peringkat rendah (Contoh : Ameba,
Paramesium)
4.2 Sistem pembiakan lelaki dan perempuan
1. Sistem Pembiakan Lelaki
i) Menghasilkan gamet yang dipanggil sperma
ii) Struktur Sistem Pembiakan Lelaki
iii) Struktur dan Fungsi Sperma
a) Sel paling kecil di dalam badanb) Bentuk seperti beruduc) Nukleus yang terdapat di kepala sperma mengandungi bahan geneticd) Ekor membolehkan sperma berenang
iv) Perubahan Pada Lelaki Semasa Akil Baligha) Pertumbuhan rambut pada muka, dada dan ketiakb) Suara lebih dalamc) Dada menjadi bidangd) Testis mula menghasilkan gamet dan hormon seks.
2. Sistem Pembiakan Perempuan
i. Menghasilkan gamet yang dipanggil ovum
Vesikel semen – Merembeskan bendalir sebagai nutrien untuk sperma
Kelenjar prostat – Merembeskan bendalir keruh ke dalam semen
Uretra – Laluan bagi urin dan semen untuk dibawa keluar dari badan
Zakar – Membawa semen ke dalam faraj semasa persetubuhan
Duktus sperma – Tiub di mana sperma di bawa dari
testis ke uretra
Testis – Menghasilkan sperma dan testosteron
Skrotum – Pundi yang melindungi testis
ii. Struktur Sistem Pembiakan Perempuan
iii. Struktur Ovum
a) Sel paling besar dalam tubuh manusiab) Berbentuk sfera dengan diameter 0.1 mmc) Nukleus mengandungi bahan genetikd) Tidak boleh bergerak dengan sendiri
iv. Perubahan Pada Perempuan Semasa Akil Baligh
a) Organ pembiakan membesarb) Mula menghasilkan sel telur dan kitar haidc) Pemendapan lemak pada paha dan pingguld) Suara menjadi lebih femininee) Pelvis menjadi lebih lebar dan bulatf) Pertumbuhan rambut pada kawasan pubik dan ketiakg) Emosi tidak dijangka
3. Perbandingan Antara Sperma dan Ovum
Sperma Ovum
Ovari – Menghasilkan gamet betina dipanggil ovum
Serviks – Membesar sewaktu kelahiran bayi
Tiub falopio (oviduktus) – Tiub berotot di mana persenyawaan berlaku
Uterus – Tempat di mana fetus membesar
Faraj – Tempat di mana sperma dipindahkan semasa persetubuhan
Dihasilkan oleh testis Dihasilkan oleh ovariBentuk dan ekor panjang Berbentuk sfera
Sel paling kecil dalam badan Sel paling besar dalam badanBoleh berenang Tidak boleh bergerak sendiri
Berjuta-juta dihasilkan pada masa yang sama Dihasilkan sekali dalam 28 hari
4.3 Kitar haid
1. Kitar Haid
4.4 Persenyawaan dan kehamilan
Fasa haidLapisan dinding uterus runtuh.Salur darah juga meruntuh.Kedua-duanya dikeluarkan.
Fasa pembaikanLapisan dinding uterus menebal.Lebih banyak salur darah terbentuk.
Fasa pengovulanOvum dibebaskan.Dinding uterus dan salur darah terbina
Fasa prahaid
Uterus bersedia untuk penempelan embrio.
1. Kehamilan akan berlaku jika proses-proses di bawah berlaku:a. Persetubuhan- Sperma dipindahkan ke dalam farajb. Persenyawaan -Sperma bercantum dengan ovumc. Penempelan- Embrio menempel pada dinding dalam uterus
2. Pengovulan, Persenyawaan dan Penempelan Embrio
3. Fetus Membesar dalam Uterus:
AmnionMembran yang membentuk pundi dan mengandungi bendalir.
PlasentaDiperbuat daripada tisu ibu dan fetusPertukaran nutrien, oksigen,karbon dioksida dan bahan kumuh antara darah ibu dan fetus
Dinding uterusDinding berototTempat penempelan dan perkembangan embrio
Tali pusatMenghubungkan fetus dengan plasentaMengandungi salur darah untuk mengangkut darah dari fetus ke ibu dan dari ibu ke fetus
Fetus Terbentuk daripada perkembangan embrioBendalir amnion Bertindak sebagai kusyen dan menyerap
Plasenta
Tali pusatAmnion
Fetus Dinding uterus
Bendalir amnion
kejutan
4.5 Kepentingan penjagaan prenatal
1. Kepentingan Penjagaan Pranatal:a. Pengambilan nutrien yang cukup
Karbohidrat Protein Asid folik Zat besi Vitamin B
b. Tidur yang cukupc. Pemeriksaan berkala
Mengawasi perkembangan fetusd. Jangan merokok
Rokok menghalang oksigen dipindahkan kepada fetus dan menyebabkan pertumbuhan otak tidak normal
e. Elakkan alkohol dan dadah Sindrom Alkohol Fetal: Merosakkan otak, sistem saraf dan jantung fetus
4.6 Penyelidikan dalam pembiakan manusia
1. Kemandulan: Ketidakmampuan untuk menghasilkan anak2. Punca kemandulan:
Lelaki PerempuanBilangan sperma rendah Penghasilan ovum rendah
Tiada sperma dalam semen Tiada ovumKualiti sperma yang rendah Tiub Falopio tersumbat
Mati pucuk Hormon tidak seimbangHormon tidak seimbang Cacat organ pembiakanCacat organ pembiakan Masalah kesihatan
Masalah kesihatan
3. Cara – cara Mengatasi Kemandulan:a. Rawatan ubat
i. Merawat hormon yang tidak seimbang dan gamet yang tidak sihatii. Rawatan merangsang testis dan ovari untuk menghasilkan lebih banyak
sperma dan ovum.b. Pembedahan
i. Uterus tersumbat atau terdapat pertumbuhan dalam uterus.ii. Laparoskopi digunakan untuk membuang sumbatan pada uterus
c. Teknologi Pembiakan
i. Persenyawaan In vitro (IVF)ii. Pemindahan Gamet Intra – Falopio (GIFT)
iii. Pemindahan Zigot Intra - Falopio (ZIFT)iv. Permanian Intra-uterus
4. Pencegahan Kehamilana. Mencegah pengovulan
i. Menghalang ovari daripada menghasilkan ovumii. Menggunakan pil pencegah kehamilan
b. Mencegah persenyawaani. Kaedah Semula Jadi
Bergantung kepada pengetahuan tentang kitar haid perempuan untuk mengelakkan persetubuhan semasa fasa pengovulan
ii. Kondom Digunakan oleh lelaki untuk menghalang sperma daripada memasuki faraj
semasa persetubuhaniii. Diafragma
Digunakan oleh perempuan untuk menghalang sperma daripada memasuki uterus
c. Mencegah penempelan ovum yang telah disenyawakani. Alat intrauterus (IVCD)
Alat yang dimasukkan ke dalam uterus untuk menghalang penempelan embrio
ii. Pemandulan lelaki –vasektomi Satu bahagian pada duktus sperma dipotong dan setiap hujungnya diikat
iii. Pemandulan perempuan –Tubektomi Bahagian tengah kedua-dua tiub Falopio dikeluarkan dan setiap hujungnya
diikat.
4.7 Sistem pembiakan seks tumbuhan berbunga
1. Bunga membentuk sistem pembiakan bagi tumbuhan berbunga.
2. Terdiri daripada 4 bahagian utama: Sepal, ranggi, pistil, stamen.
3. Struktur pembiakan bunga:
4. Bahagian pembiakan jantan dan betina
Stamen PistilSetiap stamen terdiri daripada filamen dan anter
Kebanyakan bunga hanya mempunyai satu pistil
Filamen memegang dan mendedahkan anter bagi pendebungaan
Stigma berfungsi untuk menangkap butir debunga
Anter menghasilkan butir debunga yang akan menghasilkan gamet jantan
Stil ialah tempat di mana tiub debunga bertumbuh ke bawah sehingga ke ovariOvum terletak di dalam ovari
Stigma
Stil
Ovari
Ovul
Ranggi
Anter
Filament
Sepal
PistilStamen
Stigma
Stil
Ovul
Nukleus sel pembiakan betina
Ovary
Anter Pundi debunga
Anter
Butir debunga
4.8 Pendebungaan
1. Pembiakan seks bagi tumbuhan berbunga berlaku apabila debunga sampai ke stigma.
2. Proses ini dipanggil pendebungaan.
3. Terdapat dua jenis pendebungaan:
Pendebungaan sendiri Pendebungaan Kacuk
Pemindahan butir debunga daripada anter suatu bunga kepada stigma bunga yang sama atau bunga lain pada pokok yang sama.
Pemindahan butir debunga daripada anter suatu bunga kepada stigma bunga lain pada pokok yang lain dari spesies yang sama
4. Perbandingan Antara Pendebungaan Sendiri dan Pendebungaan Kacuk
Pendebungaan Sendiri Pendebungaan Kacuk
Satu pokok Tumbuhan induk Dua pokok
Bunga yang sama atau lain dari pokok yang sama Bilangan bunga
Dua bunga pada dua pokok berlainan dari spesies yang sama
Kurang variasi pada anak Variasi Lebih variasi pada anak
Bunga yang sama - anter dan stigma mesti matang pada masa yang sama.
Bunga berlainan - anter dan stigma boleh matang pada masa yang berlainan.
Keadaan anter dan stigma
Anter dan stigma boleh matang pada masa yang berlainan.
5. Agen Pendebungaan: Agen yang diperlukan untuk memindahkan butir debunga dari anter ke stigma.
6. Dikategorikan kepada 4 agen pendebungaan:
Agen pendebungaan Contoh tumbuhan Ciri- ciri bunga
Angin kebanyakan tumbuhan monokotiledon seperti jagung, padi dan rumput
Filamen panjang, Kecil, Tiada bau, Tiada nectar, Berwarna cerah atau putih, Debunga kecil, ringan dan permukaan licin, Stil dan stigma panjang
Serangga Debunga melekat pada kaki dan badan serangga untuk dibawa ke bunga yang lain.
Contoh : Lebah dan rama-rama
Besar, Berwarna, Ada bau, Debunga besar, berat dan melekit, Ada nektar, Stil pendek, Permukaan stigma melekit
Haiwan Debunga melekat pada paruh dan badan haiwan untuk dibawa ke bunga yang lain.
Contoh : burung dan kelawar
Besar, Berwarna, Ada bau, Debunga kasar dan melekit, Ada nektar.
Air Agen pendebungaan bagi tumbuhan air.
Contoh : Elodea dan Hidrilla
Air membawa debunga tumbuhan yang terapung ke stigma tumbuhan lain.
Ringan, kecil
7. Perbandingan Antara Bunga yang Didebungakan oleh Angin dan Serangga:
Ciri – ciri Bunga Angin Serangga
Warna ranggi Warna terang Warna putih atau pudar
Saiz Kecil Besar
Bau Tiada bau Berbau
Debunga Kecil, ringan, permukaan licin Besar, kasar, melekit dan
dan kuantiti yang banyak kuantiti sedikit
Stigma Panjang dan berbulu Pendek dan melekit
Anter Di dalam bunga dan bersaiz kecil
Di luar bunga dan bersaiz besar
8. Kelebihan Pendebungaan Kacuk:
a. Menghasilkan tumbuhan dengan variasi baru.
b. Menghasilkan biji benih baru yang lebih sihat.
c. Tumbuhan baru yang mempunyai kebolehsuaian yang tinggi terhadap perubahan persekitaran
d. Tumbuhan baru yang mempunyai daya tahan lebih tinggi terhadap serangga perosak dan penyakit
9. Kegunaan Pendebungaan Kacuk dalam Pertanian:
a. Penyelidikan dijalankan untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti tanaman pertanian.
b. Contoh-contoh agensi yang terlibat dalam penyelidikan: MARDI, MPOB
c. Contoh tanaman baru yang dihasilkan: kelapa sawit, jagung, betik
4.9 Perkembangan buah dan biji benih tumbuhan
1. Selepas pendebungaan, gamet jantan akan bertemu dengan gamet betina dalam ovul untuk persenyawaan
2. Persenyawaan dalam Tumbuhan Berlaku di dalam Ovul:
a. Butir debunga melekat pada stigma.
b. Bahan bergula pada stigma merangsang pembentukan tiub debunga.
c. Tiub debunga bertumbuh ke bawah ke arah ovul dan nukleus di dalam debunga membahagi lalu menghasilkan dua gamet jantan.
d. Tiub yang membawa gamet jantan memasuki ovul.
e. Salah satu daripada gamet jantan bercantum dengan ovum lalu membentuk zigot.
f. Selepas persenyawaan, Ovari menjadi buah, Ovul menjadi biji benih.
4.10 Percambahan biji benih
1. Selepas persenyawaan, bahagian bunga akan layu dan mati.
2. Ovul membesar dan berkembang menjadi biji benih.
3. Biji benih terdiri daripada embrio dan simpanan makanan.
4. Biji Benih:
Biji Benih Monokotiledon Biji Benih Dikotiledon
5. Struktur dan Fungsi Biji Benih:
Testa Melindungi biji benih
Hilum Tempat biji benih melekat pada buah
Mikropil Laluan udara dan air memasuki biji benih
Plumul Bahagian embrio yang akan berkembang menjadi pucuk
Kotiledon Menyimpan makanan bagi biji benih dikotiledon
Radikel Bahagian embrio yang akan berkembang menjadi akar
6. Perubahan Fizikal Biji Benih Semasa Percambahan:
a. Biji benih menyerap air, lalu memecahkan kulit biji.
b. Radikel tumbuh melalui kulit biji dan bertumbuh ke bawah membentuk akar.
c. Plumul membesar ke atas membentuk pucuk baru. Ia membawa kotiledon.
d. Daun pertama dihasilkan daripada plumul.
e. Kotiledon jatuh apabila plumul membentuk daun. Daun akan mula melakukan fotosintesis.
f. Percambahan biji benih memerlukan udara, air dan suhu yang sesuai.
4.11 Pembiakan vegetatif tumbuhan berbunga
1. Tumbuhan berbunga menghasilkan tumbuhan baru melalui bahagian tumbuhannya seperti akar, batang atau daun.
2. Proses pembiakan vegetatif tidak memerlukan gamet.
3. Pembiakan vegetatif boleh dikelaskan melalui :
Bahagian tumbuhan Penjelasan
Daun Mempunyai mata tunas yang berada di sisi daun. Tunas akan tanggal dan tumbuh menjadi individu yang baru apabila telah matang.Contoh: pokok setawar
Batang rayap Mempunyai batang terubah suai dan mengeluarkan tunas. Akar akan tumbuh dari batang rayap dan menjadi tumbuhan baru.Contoh: strawberi, rumput
Rizom Batang bawah tanah yang menyimpan makanan akan mengeluarkan mata tunas. Mata tunas akan membesar menjadi daun dan menjadi batang yang baru.Contoh: halia, lalang
Tuber Anak tunas dihasilkan melalui batang bawah tanah, tuber membekalkan makanan untuk anak tunas.Contoh: ubi kentang
Sulur Pucuk muda tumbuh dari dasar batang induk. Pucuk boleh dipisahkan daripada pokok induk dan berkembang menjadi tumbuhan baru.
Contoh: buluh, nenas, pisangBebawang Mata tunas akan tumbuh menjadi induk yang baru.
Contoh: bawang merah, bawang putihUmbisi Batang bengkak dengan mata tunas yang tumbuh menegak di
bawah tanah.Contoh: sengkuang, keladi
Keratan bataang Anak tunas yang terdapat pada batang keratin akan tumbuh apabila batang keratin ditanam dalam tanah.Contoh: ubi kayu, tebu
4. Aplikasi Kajian Terhadap Pembiakan Vegetatif Dalam Pertanian:
a. Keratan batang
b. Kaedah lama di mana batang tumbuhan induk digunakan untuk menghasilkan tumbuhan baru
c. Walau bagaimanapun, kaedah ini lambat dalam menghasilkan tumbuhan baru.
d. Kultur tisu
e. Kaedah bioteknologi yang digunakan untuk menghasilkan tumbuhan baru dengan menggunakan tisu tumbuhan.
f. Banyak tumbuhan baru dihasilkan dalam jangka masa pendek.