7.0 Pengenalan Komputer dan peranti komunikasi yang lain menggunakan isyarat sebagai perwakilan data. Isyarat ini dihantar dari satu peranti ke peranti yang lain menggunakan berbagai jenis medium penghantaran. Komunikasi rangkaian tidak boleh wujud melainkan terdapatnya media penghantar. Secara amnya ia boleh dibahagikan kepada dua keadaan yang dikenali; 1. Media terpandu. 2. Media tidak terpandu. Bagi memudahkan kefahaman mengenai medium penghantaran, lihat gambar rajah 7.0. Gambar rajah 7.0: Medium Penghantaran 7.1 Media terpandu Media terpandu kadangkala juga dikenali dengan media terarah adalah merupakan media yang berbentuk fizikal dan laluannya boleh dilihat. Contohnya seperti UTP, STP, kabel fiber optik dan kabel sepaksi ( Coaxial cable). Ciri serta kualiti penghantaran banyak bergantung kepada media penghantaran yang digunakan. Elemen utama yang perlu diambil kira termasuklah; 1. Teknik penghantaran yang digunakan. Teknik penghantaran yang digunakan sama ada dalam bentuk tenaga elektrik atau cahaya. 2. Lebar jalur 51
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
7.0 Pengenalan
Komputer dan peranti komunikasi yang lain menggunakan isyarat sebagai
perwakilan data. Isyarat ini dihantar dari satu peranti ke peranti yang lain menggunakan
berbagai jenis medium penghantaran. Komunikasi rangkaian tidak boleh wujud
melainkan terdapatnya media penghantar. Secara amnya ia boleh dibahagikan kepada
dua keadaan yang dikenali;
1. Media terpandu.
2. Media tidak terpandu.
Bagi memudahkan kefahaman mengenai medium penghantaran, lihat gambar rajah 7.0.
Gambar rajah 7.0: Medium Penghantaran
7.1 Media terpandu
Media terpandu kadangkala juga dikenali dengan media terarah adalah merupakan
media yang berbentuk fizikal dan laluannya boleh dilihat. Contohnya seperti UTP, STP,
kabel fiber optik dan kabel sepaksi (Coaxial cable).
Ciri serta kualiti penghantaran banyak bergantung kepada media penghantaran yang
digunakan. Elemen utama yang perlu diambil kira termasuklah;
1. Teknik penghantaran yang digunakan.
Teknik penghantaran yang digunakan sama ada dalam bentuk tenaga
elektrik atau cahaya.
2. Lebar jalur
Semakin tinggi lebar jalur yang digunakan semakin tinggi jugalah
keupayaan kadar data yang boleh melaluinya.
51
3. Lengahan (delay)
Keupayaan peranti yang memproses data juga memberikan kesan.
4. Bilangan penerima
Semakin banyak bilangan stesen yang menggunakan talian
kesesakan trafik juga akan bertambah.
5. Kesesuaian
Penggunaan teknologi, medium penghantaran dan peranti juga
memberikan kesan kepada sistem yang rangkaian yang dibangunkan.
6. Throughput
7.1.1 Twisted pair cable
Kabel twisted pair dibina oleh dua wayar kuprum berpenebat yang berpintal. Pasangan
wayar ini bertindak sebagai satu laluan komunikasi. Kebiasaanya beberapa pasangan
wayar ini akan dikumpulkan dalam satu kabel. Sekiranya penghantaran itu pada jarak
yang jauh, maka kabel ini akan mengandungi beberapa ratus pasangan wayar. Terdapat
dua jenis kabel twisted pair :
i. Kabel Shielded Twisted Pair (STP)
ii. Kabel Unshielded Twisted Pair (UTP)
7.1.1.1 Unshielded Twisted Pair (Dawai terpih yang tidak dibalut)- UTP
Gambar rajah 7.1: Kabel UTP
52
Kabel jenis ini mewakili teknologi penghantaran elektronik yang paling lama.
Faedah paling besar yang didapati daripada penggunaan pasangan dawai dalam sistem
komunikasi ialah perhubungan telefon.
Ia boleh didapati daripada 2 jenis;
i. Wayar terpiuh yang dibalut (STP)
ii. Wayar terpiuh yang tidak dibalut (UTP)
UTP adalah lebih murah dan senang dipasang, ia menjadi media rangkaian yang
popular sejak akhir-akhir ini. UTP menggunakan spesifikasi 10 Base T didalm
kebanyakkan rangkaian kabel pasangan terpiuh. Spesifikasi UTP ini bergantung kepada
jumlah bilangan pintalan bagi setiap 12 inci panjang kabel.
Berdasarkan piawaian EIA/TIA 568 menetapkan spesifikasi kabel UTP dalam
penyambungan rangkaian komputer. Jenis-jenis UTP yang wujud pada masa kini adalah
seperti berikut;
Kategori (Cat) Penerangan
1
Umumnya digunakan untuk menghantar suara pada sambungan
telefon dan bukan untuk menghantar data.
2
Untuk menghantar data pada kelajuan 4 Mbps. Ia mengandungi 4
pasangan kabel.
3
Untuk menghantar data bagi transmisi 10 Mbps. Mengandungi 4
pasang wayar dengan 3 pintalan bagi setiap 12 inci.
4
Untuk kegunaan data bagi transmisi 16 Mbps. Mengandungi 4
pasang wayar.
5
Untuk kegunaan data bagi transmisi 100 Mbps. Mengandungi 4
pasang wayar.
6
Untuk kegunaan data bagi transmisi 1000 Mbps. Mengandungi 4
pasang wayar.
Jadual 7.0: Kategori UTP
UTP dan STP menggunakan penyambung RJ 45 untuk sambungan komputer yang
menyediakan sambungan 8 kabel, berbanding RJ 11 yang digunakan untuk
penyambungan telefon yang hanya menyediakan sambungan 4 kabel.
Terdapat 3 jenis pemasangan kabel UTP.
i. Pemasangan lurus (straight-through)
ii. Pemasangan terbalik (cross over)
iii. Roll over
53
i. Pemasangan lurus
Digunakan untuk menghubungkan hub dengan komputer.
Kabel pemasangan lurus mempunyai sambungan wayar kod warna yang
sama bagi kedua hujung komputer dan hub.
ii. Pemasangan terbalik
Digunakan untuk komunikasi antara komputer dengan komputer.
Terdapat 2 jenis piawaian bagi kod warna RJ 45. Ditunjukkan seperti gambarajah
berikut.
Rajah berikut menunjukkan bagaimana penyambungan dilakukan mengikut kod-warna
wayar.
54
7.1.1.2 Shielded Twisted pair (Dawai terpiuh yang dibalut)- STP
Gambar rajah 7.2: STP
STP ialah wayar UTP yang ditambah dengan satu lapisan balutan pelindung.
STP kurang dipengruhi gangguan persekitaran jika dibandingkan dengan UTP dan
mampu memindahkan data jauh lebih baik berbanding UTP. STP lebih mahal dan
sukar untuk memasangnya. STP juga mampu menyokong penghantaran data yang
lebih jauh berbanding dengan UTP.
55
6.1.2 Kabel Sepaksi
Gambar rajah 3.1.2: Kabel Sepaksi
Kabel sepaksi ini mempuyai lapisan luar (outer jacket) yang membolehkan kabel jenis ini
digabungkan menjadi kabel-kabel yang lebih besar.Kabel ini pernah/masih lagi
digunakan didasar lautan untuk menghubungkan antara benua.Kabel ini digunakan
56
untuk kabel TV dan lazimnya, ia menjadi penghantaran media pilihan untuk
menghubungkan komputer kepada terminal yang berada dalam bangunan berdekatan.
Jejaring kuprum pada kabel sepaksi ini berfungsi sebagai penyerap isyarat melimpahi
konduktar talian, ini bagi mengelakkan ia daripada menggangu kabel-kabel sepaksi
yang berada disekitaranya.
Jejaring ini juga bertindak sebagai bumi dan melindungi teras dari hingar dan cross
talk.Cross talk ialah isyarat dari wayar berhampiran yang melimpahi masuk ke dalam
talian.
Terdapat 2 jenis kabel sepaksi iaitu
i. thinnet (nipis)
adalah kabel sepaksi boleh lentur dengan ketebalan saiz teras 0.25 inci.
biasanya digunakan dalam sambungan kad rangkaian yang terdapat
dalam komputer ke sistem rangkaian.
Kabel jenis ini mampu membwa isyarat sejauh 185 meter, sebelum
isyarat mula berkurang atau attenuation berlaku.
Kabel thinnet digolongkan dalam keluarga RG 58, ia mempunyai
galangan (impedence) sebanyak 50Ω. Perbezaan utama keluarga RG 58
adalah sama ada pada teras iaitu sama ada ia teras padu atau teras
lembar.
Berikut adalah keluarga kabel sepaksi.
Kabel Penerangan
RG – 58 /U Teras padu
RG – 58 A/U Teras berkembar
RG – 58 C/U Spesifikasi military bagi RG A/U
RG – 59 Transmisi broadband seperti TV
RG - 62 Rangkaian Arc Net
ii. thicknet (tebal)
57
adalah kabel yang mempunyai diameter 0.5 inci, sukar dilentur.Kadangkala
dikenali sebagai Ethernet Piawai kerana telah digunakan sebagai kabel
pertama dalam arkitektur Ethernet.
Jarak isyarat yang mampu dibawanya sejauh 500 meter. Ia biasanya
digunakan sebagai backbone bagi sambungan kepada beberapa rangkaian
kecil yang berasaskan thinnet.
Transceiver adalah peranti yang digunakan untuk menyambung kabel thinnet
coaxial dengan kabel thicknet coaxial.
Kedua-dua jenis kabel ini menggunakan penyambung yang dikenali sebagai
BNC (British Naval Connector) atau Bayonet Nut Connector atau Bayonet
Neill Concelman.
Terdapat 4 jenis BNC untuk penyambungan kabel sepaksi iaitu;
i. BNC connector iii. BNC terminator connector
ii. BNC T connector iv. BNC barrel connector
6.1.2.1 Pemasangan kabel coaxial dalam rangkaian
Kabel coaxial sesuai digunakan untuk pemasangan rangkaian dengan topologi BAS iaitu
semua komputer dalam rangkaian disambung dengan satu kabel utama. Kaedah
penyambungan ditunjukkan dalam Rajah 6.4. Panjang maksima kabel dari topologi BAS
adalah 200 meter. Penggunaan kabel lebih dari 200 meter tidak digalakkan kerana
rangkaian akan menjadi lambat.
Model Ethernet BAS
6.1.2.2 Gred kabel dan kod kebakaran
Gred kabel yang hendak digunakan bergantung kepada lokasi dimana kabel tersebut
hendak di pasang. Terdapat dua gred bagi coaxial cable :
58
i. Polyvinyl cloride (PVC)
ii. Plenum
i. PVC adalah sejenis plastik yang digunakan sebagai penebat dan jaket kabel
bagi kebanyakan coaxial cable. Kabel PVC ini adalah mudah lentur dan mudah
di pasang pada kawasan yang terbuka. Bagaimanapun apabila ia terbakar ia
akan menghasilkan gas yang beracun.
ii. Plenum adalah sejenis penebat kabel. Plenum dipasang dalam ruang di antara
siling gantungan dan paras lantai di atas siling tersebut. Plenum sesuai di
pasang di ruang ini kerana apabila berlaku kebakaran, asap yang terhasil tidak
akan membahayakan penghuni bangunan tersebut. Plenum adalah tahan api
dan menghasilkan asap yang minima apabila terbakar. Ini dapat mengurangkan
keracunan bahan kimia.
6.1.3 Kabel Fiber Optik
Terdapat 2 mod utama didalam pengkelasan kabel fiber optik iaitu,
i. Single mode ii. Multi mode
59
Perbezaan yang ketara diantara kedua-dua mod ini diperlihatkan seperti gambarajah
berikut;
6.1.4 Perbandingan Media
Media Kebaikan Kelemahan
Wayar terpiuh Murah
Mudah difahami
Mudah dibangunkan
Sensitif kepada hingar,
dan gangguan
elektromagnetik
Lebar jalur terhad
Keselamatan – mudah
ditapped
Kabel Sepaksi Lebar jalur tinggi
Jarak penghantaran
jauh
Saiz kabel besar
Keselamatan – mudah
ditapped
Kabel Fiber Optik Lebar jalur amat tinggi
Jarak penghantaran
jauh
Keselamatan data
terjamin
Saiz kecil
Pembinaan sukar
Mahal
Jadual : Perbandingan media penghantaran
60
7.2 Media tidak terpandu
Media penghantaran tidak terpandu meliputi isyarat yang dihantar menggunakan udara
sebagai medium penghantaran. Contoh penggunaannya adalah seperti yang dinyatakan
berikut.
7.2.1 Inframerah
Inframerah membenarkan anda menghantar dan menerima maklumat daripada satu
peranti kepada satu peranti yang lain dengan menggunakan cahaya. Kebanyakan PDA
dan telefon bersel, notebook dan pencetak mempunyai port inframerah. Sesetengah
PDA membenarkan anda menggunakan inframerah untuk berkomunikasi dengan
pencerak atau telefon bersel.
cahaya inframerah
Pusat pertukaran inframerah terhad kepada dua peranti sahaja dalam satu masa.
Peranti yang lebih canggih seperti PDA dan notebook, mempunyai perisian dan
perkakasan untuk menguasai peranti tersebut sementara pencetak dan telefon bersel
adalah peranti yang kurang canggih. Peranti yang lebih canggih pasti akan menguasai
sambungan inframerah.
Jika terdapat gangguan radio daripada peranti lain, port inframerah terganggu dengan
sumber cahaya yang lain. Untuk mengurangkan gangguan port inframerah hendak
mempunyai capaian 15 darjah sahaja. Tamabahan pula untuk mencapai port inframerah
yang lain ia hendaklah berada di dalam ruang litup peranti lain.
61
Pemindahan inframerah adalah separuh dupleks, dan ini membolehkan hanya satu
peranti sahaja bersambung pada satu masa. Setiap peranti mempunyai 500 milisaat
untuk bersambung dan 500 milisaat untuk mendapat maklumbalas. Jika ia tidak
berhubungan di dalam julat masa itu maka peranti itu dianggap tidak berfungsi.
7.2.2 Gelombang Mikro
Gelombang radio adalah satu bentuk dari radiasi elektromagnetik, dan terbentuk ketika
objek bermuatan listrik dipercepat dengan frekuensi yang terdapat dalam frekuensi radio
(RF) dalam spektrum elektromagnetik. Gelombang ini dalam jangkauan 10 hertz sampai
beberapa gigahertz. Radiasi Elektromagnetik bergerak dengan cara elektrik dan
magnetik osilasi.
Adapun gelombang elektromagnetik lainnya, yang memiliki frekuensi di atas gelombang
radio adalah sinar gamma, sinar-X, inframerah, ultraviolet, dan cahaya terlihat. Contoh
teknologi yang dibangunkan adalah seperti WiFi, Bluetooth dan sebagainya.
7.2.3 Bluetooth
Bluetooth adalah sebuah teknologi yang menjanjikan banyak kebaikan tetapi ia masih
kurang mendapat sokongan perisian dan keselamatan serta harga yang mahal.
Bluetooth menyediakan komunkasi radio jarak pendek antara peranti Bluetooth.
Contohnya sebuah fon telinga berasaskan Bluetoothboleh digunakan dengan telefon
bersel yang disimpan dalam poket anda. Bluetooth menggunakan frekuensi spektrum
2.4GHz.
Sebuah rangkaian sambungan peranti-peranti Bluetooth dikenali sebagai "piconet" atau
rangkaian pico. Satu peranti digunakan sebagai peranti utama dan ia akan menentukan
frekuensi yang akan digunakan dalam seluruh rangkaian pico tersebut dan peranti lain
dianggap sebagai peranti sekunder. Rangkaian pico adalah sebuah rangkaian "peer-to-
peer" yang mana setiap peranti boleh menerima dan menghantar maklumat daripada
sebarang peranti. Dengan itu sebuah peranti boleh menjadi rakan yang aktif dalam lebih
daripada satu rangkaian pico. Jika lebih daripada satu rangkaian pico disambung maka