-
PANDANGAN SEMESTA ISLAM
Konsep Tuhan, Manusia dan Makhluk sejagat dari perspektif
ontologi, konsep Huquq dan Mas`uliyyat (Pertanggungjawaban)BAB
2
-
KANDUNGAN:1. Konsep Ketuhanan2. Konsep Manusia3. Konsep Makhluk
/ Alam Semesta4. Konsep Huquq5. Konsep Mas`uliyyat
OBJEKTIF
Menghuraikan konsep Ketuhanan dari perspektif
ontologi.Menghayati peranan manusia kepada tuhan dan
alam.Menganalisa konsep huquq (hak-hak) dan mas`uliyyat
(tanggungjawab) serta mengamalkannya.
-
KONSEP KETUHANAN1. Tauhid (keesaan Tuhan)2. Allah adalah
pencipta seluruh makhluk.3. Penguasa seluruh alam.4. Wajib disembah
dan ditaati.5. Tempat kembali.6. Bersifat maha dalam segalanya.7.
Wajibul wujud.8. Qiyamuhubinafsih (Berdiri dgn sendirinya)9.
Mempunyai hak ke atas manusia.
-
KONSEP MANUSIA1. Makhluk ciptaan Allah.2. Untuk mengabdikan diri
kepada Allah.3. Sebaik-baik kejadian.4. Adamiyyun (Keturunan dari
Nabi Adam).5. Hamba mukallaf.6. Bersifat pelupa. (Insan =
Nisyan).7. Makhluk yang dianugerahkan akal.8. Dilahirkan bebas dan
merdeka (bukan hamba sesama makhluk).9. Kembali mengadap Allah.
-
KONSEP ALAM SEMESTA 1. Adalah ciptaan Tuhan.2. Dijadikan untuk
memenuhi keperluan manusia.3. Tidak sia-sia.4. Bersifat baharu,
menuju kehancuran.5. Kewujudan ditentukan Allah.6. Hukum alam
(sunnatullah) ditentukan Allah.7. Alam sejadinya ditetapkan oleh
Allah(fitratullah)
-
1. HUQUQ ALLAH (HAK ALLAH)
i). MENJADIKAN MANUSIA
Penciptaan manusia dan alam semesta ini adalah hak Allah.
Allah tidak wajib menjadikan manusia.
Allah menjadikan sesuatu tanpa mengharapkan sesuatu balasan.
-
ii). MENETAPKAN PERATURAN & PERUNDANGAN Segala ciptaan tuhan
ditetapkan dengan kanun @ hukum yang tersendiri iaitu:-
-sunnatullah,sunnah alam (tabiat semula jadi) -Al-Quran sebagai
panduan.Garis panduan ini adalah sebagai pedoman kepada pembentukan
tamadun yang unggul.
-
iii). MEMBERI KEBEBASAN MEMILIH ANTARA BAIK ATAU BURUKManusia
bebas memilih antara yang baik dengan yang buruk melalui panduan
yang di tetapkan oleh Allah.
Allah tidak memaksa manusia ini mengikut jalan tertentu.
Manusia diberi akal untuk mengkaji dan meneliti segala garis
panduan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T
-
iv). HAK ALLAH KEPADA DIRI MANUSIA.Manusia diwajibkan untuk
menunaikan amanah dari Allah S.W.T (Hamba & Khalifah).
Amanah yang terbesar untuk setiap manusia adalah untuk menjadi
khalifah yang memakmurkan bumi ini.
Allah menurunkan syariat, perundangan dan hukum-hakam agar
manusia dapat menikmati keamanan dan kemakmuran di dunia &
akhirat.
-
2. HUQUQ AL-`IBAD (HAK HAMBA)
i). MENGENAL DIRI DAN PENCIPTA.
Manusia mempunyai ilmu pengetahuan atau akal.
Tuhan telah mencipta manusia yang terbentuk daripada roh dan
jasad.
Manusia tidak boleh hidup sendiri tanpa bantuan makhluk
lain.
Manusia memerlukan makanan untuk terus hidup.
Hidup bersosial.
-
ii). MENGETAHUI GARIS PANDUAN DAN PEDOMAN.Keistimewaan &
kedudukan manusia bergantung kepada kadar kepatuhan terhadap
nasihat dan arahan Allah S.W.T.
Manusia perlu berusaha dan belajar untuk melengkapkan diri
dengan pengetahuan tentang garis panduan & peraturan Allah
S.W.T.
Manusia diwajibkan menuntut ilmu, sama ada ilmu fardu ain atau
fardu kifayah.
-
iii). MEMILIH KEBAIKANMerupakan sifat semula jadi yang telah
dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada manusia.
Peranan ilmu pengetahuan terhadap petunjuk Allah S.W.T adalah
untuk memandu manusia membuat pilihan yang tepat dalam
kehidupannya.
Perkara ini akan membantu pembentukan sesebuah tamadun yang
mulia dan cemerlang.
-
iv). MENUNAIKAN IBADAH.Antara tugas manusia terhadap Allah SWT
ialah melakukan ibadah kepadaNya.
Merupakan satu pembuktian ketaatan & kepatuhan sepenuhnya
manusia kepada Penciptanya.
Manusia perlu meletakkan ketaatan tertinggi kepada Allah SWT
melalui ibadah dalam setiap perlakuannya.
Hubungan manusia dengan Allah dapat direalisasikan menerusi
ibadah.
-
v). PERSEDIAAN UNTUK HARI PEMBALASAN.Perjalanan hidup manusia
tidak akan tamat setakat di dunia bahkan terdapat perhitungan
selepas itu.
Setiap manusia mesti melengkapkan diri untuk menempuh hari
pembalasan. Mati bukan titik akhir kehidupan.
Kebaikan yang dilakukan akan dibalas Allah dengan kebaikan dan
amalan kejahatan akan di balas dengan azab.
Mendorong manusia melakukan sesuatu dengan sedar dan penuh
tanggungjawab atas apa yang dilakukannya.
-
3. HUQUQ ALAM (HAK ALAM).
i). SUNNAH ALLAH TERHADAP ALAM
Allah S.W.T telah menetapkan fitrah bahawa alam ini ada
permulaan dan penghujungnya.
Pada setiap kejadian terdapat fitrah khas (sunnatullah) yang
telah ditentukan untuknya seperti api membakar,matahari menerangi
dan sebagainya.
Manusia harus sedar bahawa alam akan hancur apabila tiba
waktunya.
-
ii). DICIPTAKAN ALAM UNTUK MANUSIAAlam adalah amat penting
kepada manusia untuk terus hidup.
Manusia memerlukan makanan yang didapati dari alam dan
memerlukan udara yang bersih bagi meneruskan kehidupan, ini
menunjukkan alam dan manusia tidak dapat di pisahkan.
-
iii). ALAM PERLU DIPELIHARA DAN PULIHARAKesejahteraan alam amat
penting untuk manusia meneruskan kehidupan.
Penjagaan alam amat ditekankan dalam Islam agar ia tidak
menganggu sistem ekologi manusia.
Sebarang tindakan yang menjejaskan keselamatan dan merosakan
alam sekitar amat ditegah oleh Islam.
Ini adalah untuk menjamin kehidupan masyarakat agar berada dalam
keadaan selamat, sejahtera, sihat dan aman.
-
iv). ALAM TANDA KEBESARAN PENCIPTAKeindahan dan keunikan alam
semula jadi ciptaan Allah membuktikan Penciptanya terlalu Agung dan
Maha Berkuasa.
Alam semula jadi dihasilkan dengan begitu teliti sehingga
manusia tidak mampu memikirkannya,ini adalah bukti kekuasaan yang
maha Esa.
Ciptaan2 baru oleh manusia tidak akan dapat menandingi ciptaan
Allah S.W.T yang amat unik.
-
Kekuasaan milik Allah SWT sepenuhnya.Kelemahan manusia yang
memerlukan pertolongan dari yang lebih kuat @ lebih
berkuasa.Kejadian alam ini adalah untuk manusia.Keperluan alam
mesti dijaga untuk kebaikan manusia.
-
HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALLAH SWTHubungan manusia adalah
berlandaskan akidah tauhid dan fitrah kejadiannya yang lemah &
mengharapkan kepada yang lebih kuat & hebat.Mentaati perintah
Allah SWT.Pertingkatkan iman dan takwa kepadaNya.
-
HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAMMemelihara tumbuhan sebagai sumber
oksigen.Memelihara bukit bukau dan gunung-ganang.Beri makan dan
minum kepada haiwan.Mengasihani haiwan.
-
5. KONSEP TANGGUNGJAWAB (MAS`ULIYYAT)
Manusia dikenakan tanggungjawab (hamba mukallaf).Hamba mukallaf
ialah manusia yang dipertanggungjawabkan ke atasnya segala perintah
Allah SWT.Orang yang mukallaf ialah :- 1. Islam.2. Berakal.3.
Baligh.4. Sampai seruan Islam keatasnya.
-
KESIMPULANISLAM TITIKBERATKAN TIGA HUBUNGAN :ALLAH @
PENCIPTAMANUSIAMAKHLUK LAIN (ALAM & HAIWAN)Hak Allah, Hak
manusia dan Hak Alam mempunyai kaitan yang amat rapat dan perlu
dipenuhi oleh setiap pihak.Kecuaian memenuhi hak tersebut akan
menyebabkan kerosakkan dan kemusnahan alam.Manusia adalah hamba
mukallaf sebagai khalifah dimuka bumi.
-
LATIHAN 3Apakah yang dimaksudkan dengan Huquq Allah DAN Huquq
al-`Ibad. (2m)Jelaskan dengan ringkas TIGA Huquq al-`Ibad.
(6m)Apakah yang dimaksudkan dengan manusia sebagai hamba mukallaf ?
(3m)Senaraikan EMPAT fungsi alam kepada manusia.(4m)Jelaskan maksud
mas`uliyyat. (2m)