BAB 2
SOROTAN LITERATUR
2.1Pengenalan
Menurut Azlina Abd. Rahman (2012), pada masa kini, Kementerian
Pendidikan Malaysia telah memulakan langkah ke arah pembangunan
kemahiran dikalangan murid-murid sekolah khususnya bagi mereka yang
menghadapi masalah 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Pemberatan kepada pemahaman ini amat penting kerana membawa kepada
konsep pemahaman untuk menguasai membaca, menulis dan juga mengira.
Literasi ini seharusnya dikuasai oleh murid-murid sekolah rendah
agar ia boleh menjadi penyumbang kepada keberkesanan kefahaman
mereka apabila menyambung pembelajaran di sekolah menengah
nanti.
Dalam pengurusan kurikulum khususnya aspek pembangunan
kemahiran, konsep pengupayaan guru untuk membina kemahiran
dikalangan murid merupakan salah satu komponen penting dalam
mewujudkan proses pembelajaran yang baik dan berkesan serta
berjaya. Ini disebabkan konsep pengupayaan guru merupakan satu cara
untuk menarik semua ahli dalam sesebuah organisasi untuk melibatkan
diri dalam aktiviti pembangunan keupayaan itu sendiri. Penglibatan
secara kolektif ini akan mengeratkan ahli-ahli di dalam panitia
pendidikan itu sendiri secara tidak langsung.Menurut Azlina Abd.
Rahman (2012), konsep pengupayaan ini merupakan usaha
bersungguh-sungguh panitia sekolah di dalam memastikan semua aspek
kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid yang bermasalah
pembelajaran dapat dipenuhi khususnya bagi mereka yang di dalam
kelas pemulihan akan dapat belajar seperti mana murid-murid yang
lain. Ini tidak bermaksud panitia sekolah hanya menumpukan sahaja
kepada aspek pemulihan semata-mata, pengupayaan juga bermaksud guru
turut mementingkan asas-asas pengayaan bagi murid-murid mereka yang
berjaya. Pengupayaan merupakan satu konsep usaha-usaha guru di
dalam memastikan pembelajaran berjalan dengan lancar dan pada masa
yang sama ia membina kemahiran murid yang dikehendaki. Menurut
Ahmad Johari Sihes (2009) pembelajaran dianggap sebagai perolehan
maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat, serta
pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku
sepanjang hayat bermula sabaik sahaja dilahirkan . Pembelajaran
bukan setakat merangkumi penguasaan pengetahuan kemahiran
semata-mata, tetapi perkembangan emosi, sikap, nilai estetika dan
kesenian serta ciri dalaman juga dipengaruhi oleh pembelajaran.
Pembelajaran membawa perubahan pada diri seseorang, sama ada
perubahan ke arah kebaikan ataupun keburukan. Walau bagaimana pun,
perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti berjalan, makan,
penyakit dan kelaparan tidak dianggap sebagai pembelajaran.Melalui
konteks kajian ini, pembelajaran tentang kemahiran membaca
merupakan usaha-usaha untuk mendalami pengetahuan dalam aspek
bacaan khususnya meningkatkan kemahiran membaca perkataan kvkv
dalam kalangan murid secara berterusan di dalam memastikan murid
bukan sahaja mampu memperbaiki diri menjadi lebih berkeyakinan di
dalam proses pembacaan itu sendiri malah meningkatkan kefahaman
mereka tentang dua lagi kemahiran yang perlu ada iaitu mengira dan
menulis.2.2Kajian dalam negara
Hussein Mahmood (1997) menerangkan bahawa proses pengupayaan
pembelajaran adalah berkait dengan pemberian autonomi atau kuasa
oleh pihak pengurusan pendidikan diperingkat pengurusan sekolah
kepada guru-guru panitia. Kajian ini menunjukkan bahawa di dalam
pengurusan sekolah, pelaksanaan pengupayaan adalah meluas dengan
meliputi bidang pentandbiran, kurikulum, hal-ehwal murid,
ko-kurikulum, perkhidmatan dan perjawatan, kewangan, perhubungan
dan budaya sekolah. Guru berpeluang memasuki mana-mana ruang
pengkajian bagi memastikan usaha pembangunan murid tidak terhalang.
Manakala, Wan Mohd Zahid Mohd Nordin (1993) menegaskan bahawa guru
perlu melihat kelemahan yang dialami oleh murid-murid mereka bagi
memastikan ia dapat dipulihkan dengan segera. Guru hendaklah
menjadikan isu-isu penambahbaikan kemenjadian murid di dalam bilik
darjah sebagai agenda utama pengajaran di dalam kelas itu sendiri.
Guru yang peka dengan permasalahan anak murid mereka seperti ini
sebenarnya adalah guru yang berkeyakinan dan mempunyai iltizam
untuk memulihkan anak murid berkenaan. Salah satu cabang yang
terdapat di dalam pengurusan pendidikan sedia ada ialah konsep
pengupayaan yang di dalamnya menyebut tentang penambahan
pengetahuan kendiri. Bagi Besterfield (2003) pula, berpendapat
bahawa penglibatan semua staf dalam pentadbiran mampu menambahbaik
kualiti dan meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi khususnya
dalam aspek pembangunan kemahiran adalah usaha yang tekal dan
berterusan. Penglibatan ini bukanlah bererti staf mengambilalih
pengurusan organisasi tetapi dilihat sebagai cara yang lebih baik
untuk mencapai matlamat atau sasaran organisasi sebaliknya bagi
menambah pengetahuan yang mana ia terlibat sebagai pembelajaran
murid-murid sekolah dan kemudiannya bagi membantu organisasi itu
sendiri.
Menurut Azlina Abd. Rahman (2012), pernyataan tahap keterlibatan
guru-guru dalam amalan pengupayaan kususnya memperbaiki dan
menambah ilmu pengetahuan yang merupakan proses pembelajaran
dikalangan murid-murid boleh dilakukan dan adalah tidak dinafikan.
Maka kajian ini akan melihat sejauh manakah kecekapan dan komitmen
guru khususnya dalam usaha meningkatkan kemahiran membaca perkataan
kvkv dalam kalangan murid berkenaan. Setelah kriteria ini
diambilkira oleh pentadbir, adakah guru bahasa melayu harus
berupaya untuk merancang kelas-kelas pembangunan diri, kelas
bahasa, kelas pemulihan dan sebagainya . 2.3Kajian luar negara
Menurut kajian yang dilakukan oleh Arash Shahin (2011) bertajuk
An Investigation on the Influence of Total Quality Management on
Financial Performance the Case of Boutan Industrial Corporation
menjelaskan bahawa kualiti telah menjadi salah satu mata muridan
kritikal dalam organisasi untuk memenuhi hasrat pelanggan dan
mendapat keuntungan. Dalam hal ini, Pengurusan Kualiti Menyeluruh
(TQM) diiktiraf sebagai salah satu sistem popular dan berkesan
dalam organisasi. Walaupun kelebihan TQM adalah sangat besar, yang
pelaksanaan adalah wajar hanya apabila ia mempunyai kesan yang
bermakna dan besar ke atas prestasi kewangan organisasi. Hasil
kajian menunjukkan bahawa hampir semua hipotesis adalah disahkan
pada tahap 95% keyakinan, menunjukkan bahawa TQM boleh mempunyai
pengaruh yang kuat dan positif ke atas prestasi kewangan dan status
organisasi. Jika diberikan perbandingan dalam aspek perniagaan
dengan pendidikan, contohnya adalah sama iaitu TQM menuntut
keupayaan organisasi bergerak cergas dalam mendapatkan hasil yang
terbaik (iaitu kewangan) manakala bidang pendidikan pula merujuk
kepada kualiti pembangunan kemahiran murid di sekolah itu sendiri.
Manakala pengurusan kualiti ini menyatakan bahawa proses penambahan
pengetahuan yang merupakan pendidikan yang mementingkan aspek
pembangunan kemahiran sepatutunya diberikan keutamaan kerana ia
menambah kecekapan dan ruang memmuridi sesuatu yang baru itu
membolehkan kualiti diri murid akan dapat dipertingkat.
Kajian luar negara ini secara kesimpulannya menjelaskan bahawa
di mana pun kita berada, pengurusan kualiti amat mempengaruhi
prestasi organisasi dalam memastikan ianya menjurus kepada kehendak
kecemerlangan. Manakala peningkatan kemahiran membaca perkataan
khususnya aspek kvkv dalam kalangan murid adalah salah satu
daripada inti pati kepada peningkatan kualiti murid dan guru itu
sendiri secara tidak langsung. Jika ianya dijadikan sandaran utama
maka ahli-ahli di dalam gelung organisasi seharusnya sentiasa
bertindak dalam keadaan sedar bagi memastikan pengaruh pengurusan
yang berkualiti tidak dikesampingkan.2.4Definisi kualiti
pembelajaran kemahiran
Menurut Mohd. Nasir Mohd. Ashraf (2000), secara keseluruhannya
pelaksanaan kualiti padanya akan membolehkan peningkatan tahap
kualiti bukan sahaja perkhidmatan dan produk yang dihasilkan oleh
semua agensi kerajaan malah hal-hal yang berkaitan dengan
pembangunan diri murid juga berkaitan. Kualiti adalah dapatan
tertinggi yang sebaik mungkin cuba didapati bagi memenuhi setiap
objektif dan matlamat sesuatu perkara. Apa yang jelas dalam era
semasa, keperluan maklumat oleh masyarakat menjadi semakin kompleks
dengan terdapatnya konsep-konsep baru seperti "global knowledge
sharing' dan `knowledge management' yang semuanya boleh digunakan
untuk mempertingkatkan kualiti seperti yang dikehendaki. Bagi
tujuan kajian ini, pembelajaran bagi meningkatkan kemahiran membaca
perkataan kvkv dalam kalangan murid sepanjang hayat adalah momentum
yang utama di dalam mencapai tahap kualiti yang dikehendaki
khususnya jika dilihat dari aspek objektif kajian itu
sendiri.Menurut Prabagaran Raghavan (1998) peranan guru adalah
begitu rumit dan mencabar. Keberkesanan sesebuah sekolah sangat
bergantung kepada prestasi dan komitmen guru. Guru yang hanya
mengekalkan 'status-quo' dan tidak menyahut cabaran bagi
melaksanakan langkah yang berinovasi hanya mengekalkan keadaan yang
statik. dalam semua aspek pengajaranpembelajaran. Dengan hal yang
demikian amatlah penting supaya pihak pentadbir sekolah memikul
tanggungjawab di dalam membentuk sekumpulan profesional yang
mementingkan kualiti dan hasil. DaIam konteks ini, pihak pentadbir
sekolah mempunyai peranan utama yang penting dalam membentuk satu
ikIim organisasi yang menggalakkan dan mendorong guru-guru
meningkatkan prestasi kerja mereka. Kualiti di sini membawa maksud
meletakkan hasil yang terbaik dan seboleh mungkin menjadi matlamat
utama kepada kejayaan dan kecemerlangan. Kajian berkenaan juga
menunjukkan bahawa hubungan diantara iklim organisasi dengan
pembelajaran sepanang hayat adalah saling berhubung dan aling
melengkapi.
Menurutnya lagi, sekiranya guru mempunyai kepuasan kerja, mutu
dan kualiti pendidikan maka secara langsung sekolah akan dapat
dipertingkatkan serta dasar dan matlamat pendidikan negara juga
tercapai. Untuk terus bergerak ke arah kecemerlangan, penumpuan
harus diberi terhadap pembaikan berterusan ikIim sekolah kerana
peningkatkan kualiti dan produktiviti guru adalah sangat penting.
Oleh yang demikian, pembelajaran dan pengajaran yang berfokus
kepada peningkatan kemahiran adalah proses peningkatan kualiti
pengajara yang mendominasi penambahbaikkan ilmu dan pengetahuan
sedia ada guru khususnya guru-guru bahasa melayu itu sendiri.
2.5Konsep pembelajaran kemahiran yang berkualiti
Menurut Mohammad Nasir, Nurul Ashirah dan Nur Azimah (2012),
Malaysia kini telah menuju ke arah globalisasi tidak kira samada
dari aspek eonomi, pendidikan, budaya dan politik. Sejajar dengan
perkembangan terkini, teknologi telah menjadi rujukan dan
penggunaan penambahan ilmu dalam memajukan negara. Oleh itu,
menurut kajian berkenaan maka sistem pendidikan negara memerlukan
usaha-usaha yang strategik dalam meningkatkan keupayaan dan
kemampuannya ke tahap kualiti yang tinggi agar dapat menyelusuri
cabaran-cabaran pada abad ke- 21. Usaha-usaha peningkatan kualiti
dan produktiviti perlu ditingkat kan lagi pada masa hadapan kerana
negara akan memasuki era K-ekonomi dan K-Work er. Era k-ekonomi
k-worker ialah merupakan era dimana teknologi menjadi penghubung
kepada penyampaian ilmu dan perluasan ilmu. Dalam era ini ilmu
menjadi asas inovasi yang mana akan menentukan keupayaan daya saing
negara. Menurut kajian berkenaan juga bahawa ilmu juga menjadi
punca utama penambahan nilai produk atau perkhidmatan yang
dihasilkan. Oleh itu pengumpulan, penyaluran dan penjanaan ilmu
menjadi aktiviti terpenting samada diperingkat angensi mahu pun
seluruh negara. Dalam usaha kerajaan meningkatkan pendidikan ke
arah pendidikan berteknologi pendekatan pembelajaran dalam aspek
pembangunan kemahiran yang merujuk kepada pendemokrasian pendidikan
yang merangkumi program peningkatan pengetahuan, kemahiran dan
kompetensi samada secara formal atau tidak di sekolahharus
dipertingkatkan lagi. Pendidikan itu bukan sahaja di sekitar
pendikan sekolah, yang memerlukan guru yang menggunakan teknologi
sahaja namun ia juga melibatkan pendidikan maya di mana ilmu dan
pembelajaran di perolehi melalui teknologi terkini. Bukan sahaja
murid yang pintar dan cerdas sahaja boleh menimba ilmu dalam aspek
pengayaan malah murid-murid yang menghadapi masalah dalam mana-mana
aspek kemahiran juga septutnya diketengahkan untuk dipulihkan.
Penambahan ilmu dan pengetahuan adalah asas kepada peningkatan
kualiti yang kemudiannya dinamakan pembelajaran dan penambahbaikan
diri murid dari aspek kemahiran sedia ada. Bagi konteks kajian ini
adalah untuk memastikan pengaruh pengurusan kualiti terhadap
prestasi organisasi khususnya dengan ilmu dan pengetahuan yang
diterima selepas mengikuti kursus, seminar atau pengajian tertinggi
daripada apa yang ada selama ini dikalangan guru-guru bahasa melayu
akan dapat memperkukuhkan dan dijadikan asas kepada kecemerlangan
dalam bidang pendidikan sebagaimana diharapkan. Pembelajaran
pemulihan dan peningjatan kemahiran telah mendominasi usaha-usaha
yang terancang ini secara keseluruhannya.
2.6Aspek prestasi organisasi khususnya panitia bahasa melayuNik
Azida Abd Ghani (2007) di dalam Azliana Abd. Rahman (2012)
menyatakan
faktor kepercayaan dan persekitaran kerja, sokongan organisasi
dan sumber boleh memotivasikan guru untuk berasa mereka diupayakan
oleh pentadbir. Ini menunjukkan faktor intrinsik guru juga boleh
mempengaruhi amalan pengupayaan dalam organisasi sekolah. Oleh itu
dalam kajian ini antara kriteria yang akan dikaji ialah kecekapan
guru itu sendiri dalam sesuatu bidang tugas, kepercayaan dan
komitmen yang ditunjukkan oleh guru dalam menentukan aspek
pengupayaan yang akan dilaksanakan. Maksud sumber di dalam hal ini
adalah penambahan ilmu dan pengetahuan yang merupakan pembelajaran
sepanjang hayat.
Oleh itu, dapatan ini menunjukkan bahawa prestasi organisasi
adalah kecemerlangan yang ditunjukkan dengan angka-angka atau
unjuran yang menghasilkan peningkatan dari semasa ke semasa. Ianya
menjadi petunjuk kepada peningkatan kualiti secara menyeluruh.
Kualiti ini pula menjadi asas kepada pengurusan organisasi itu
sendiri selepas pembelajaran dan penambahbaikan diri dilakukan
dengan sempurna dan ahli-ahli di dalamnya diberikan pembelajaran
untuk penambahan ilmu dan pengetahuan demi kelangsungan organisasi
itu sendiri.
2.7 Pembelajaran dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran
membaca muridPembelajaran adalah satu proses yang membawa perubahan
dalam tingkah laku manusia. Ia adalah satu proses yang berterusan,
akan kekal sepanjang hayat seseorang individu, bermula dari masa
lahir seseorang sehinggalah kematiannya. Ia berlaku melalui
pengalaman sepanjang hidup seseorang. Proses pembelajaran ini boleh
berlaku dalam bentuk pembelajaran biasa di sekolah dan boleh jadi
secara formal atau tidak formal. Ia adalah satu proses sukarela
yang bergantung kepada inisiatif dan motivasi diri seseorang.
(Basharat, Hafiz, & Bibi, 2011).
Menurut Robert M Gagne (1970), pembelajaran adalah perubahan
atau kemampuan seseorang yang dapat dikekalkan tetapi tidak
disebabkan oleh pertumbuhan. Perubahan yang dipanggil pembelajaran
diperlihatkan melalui perubahan tingkah laku; dengan membandingkan
tingkah laku seseorang individu sebelum didedahkan kepada situasi
pembelajaran dengan tingkah lakunya selepas didedahkan dengan
situasi pembelajaran.
2.7.1Teori-teori Pembelajaran
Dalam sebuah artikel oleh Kang (2007), beliau menyatakan bahawa
pembelajaran merupakan dua konsep utama; refleksi dan konteks.
Konsep refleksi adalah teras menjawab persoalan bagaimana kita
memproses pengalaman kehidupan seharian. Refleksi adalah kunci
dalam menjadikan pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran.
Teori pengalaman pembelajaran, teori pembelajaran-campur-adjektif,
menganggap pengalaman yang boleh difahami dalam dua cara, dengan
kebimbangan atau oleh kefahaman. Kedua-dua jenis pengalaman berubah
menjadi pengetahuan dan makna oleh penghargaan dan kritikan, yang
merupakan dua komponen refleksi. Konteks, dalam erti kata lain,
adalah persoalan di mana murid menghadapi dan proses atau
pengalaman beliau. Ini telah menghasilkan satu lagi arahan untuk
teori pembelajaran dewasa yang memberi tumpuan kepada analisis
konteks di mana murid dan pengalaman berada. Pengalaman guru adalah
juga sebagai sumber pembelajaran, tertanam dalam konteks. Murid
belajar daripada interaksi mereka dengan orang lain, peristiwa, dan
kejadian di sekeliling mereka. Pengetahuan dan makna sentiasa
dihasilkan dalam konteks. Ia kemudian difahami bagaimana murid mula
memproses dan menganalisis pengalaman kehidupan seharian mereka
dalam bentuk yang paling penting untuk mengekalkan pengetahuan
melalui pembelajaran sedia ada di dalam bilik darjah.
Lain-lain teori pembelajaran seperti yang dinyatakan dalam Dunn
(2002) ialah Teori Stimulasi Deria, Teori Pengukuhan, Pendekatan
Kognitif Gestalt, Teori Pembelajaran Holistik dan Teori Fasilitator
(Pendekatan Kemanusiaan). Teori-teori ini menjelaskan bagaimana
murid belajar. Dalam teori Stimulasi deria, ia dikatakan bahawa
murid belajar dengan berkesan apabila deria dirangsang. Ilmu
dimuridi melalui melihat, mendengar serta deria lain seperti
menyentuh, menghidu dan merasa. Dengan merujuk kepada Teori
Pengukuhan, yang telah dibangunkan oleh BF Skinner, ia menyatakan
bahawa murid akan mengulangi tingkah laku yang diingini jika
pengukuhan positif berlaku seiring dengan tingkah laku. Peneguhan
atau ganjaran boleh termasuk peneguhan lisan seperti memberikan
pujian selepas tingkah laku yang baik tertentu dilakukan. Dalam
pendekatan Kognitif Gestlat, penekanan adalah pada kepentingan
pengalaman, makna, penyelesaian masalah dan wawasan manakala dalam
teori Pembelajaran Holistik, pembelajaran yang berkesan memerlukan
pengaktifan intelek, emosi, dorongan badan, gerak hati dan
imaginasi. Apa yang pasti, pendekatan kemanusiaan oleh Carl Roger
bercakap tentang teori pembelajaran fasilitator, di mana
pembelajaran berlaku apabila pendidik, yang bertindak sebagai
Fasilitator, mewujudkan suasana di mana murid berasa selesa untuk
belajar. Seperti dinyatakan dalam kertas ini, bahawa ia adalah
dipercayai bahawa semua manusia mempunyai keghairahan semula jadi
untuk belajar.
2.7.2 Pembelajaran dalam aspek pembangunan kemahiran. Walaupun
pembelajaran kemahiran telah dinyatakan oleh UNESCO sejak awal
1970-an untuk tujuan kemahiran diri, ia tidak diberikan perhatian
dalam pertengahan 1970-an awal 1990-an. Sejak kebangkitan
globalisasi dan era teknologi maklumat baru, pembelajaran kemahiran
sekali lagi menjadi slogan dasar popular di tahun 1990-an.
Kerajaan-kerajaan Negara di seluruh dunia menggunakan pembelajaran
kemahiran untuk menyusun semula dasar pendidikan dewasa mereka
dengan penekanan kepada pembangunan kecekapan dan sistem kelayakan
pekerjaan. Tumpuan pembelajaran kemahiran telah beralih dari
objektif kemanusiaan kepada ekonomi (Kang, 2007).
Pemahaman istilah pembelajaran kemahiran sebenarnya berbeza-beza
dari budaya ke budaya dan dari satu individu kepada yang lain
(Basharat, Hafiz, & Bibi, 2011). Sesetengah memanggilnya
pendidikan dewasa, beberapa panggilan proses ini pembelajaran
berterusan, dan lain-lain label proses ini sebagai pendidikan
sepanjang hayat. Tidak kira apa ia dipanggil, ia membentuk makna
yang sama. Menurut Ching-Jung (1977), pembelajaran kemahiran adalah
lebih daripada aktiviti pengalaman yang mudah, ia terdiri daripada
pembelajaran sengaja dan dikaitkan proses yang menimbulkan makna,
tafsiran, dan tujuan tertentu. Di sini, pembelajaran sengaja
bermaksud pembelajaran yang disengajakan dan murid sedar bahawa
mereka sedang belajar. Dikatakan juga bahawa ini jenis pembelajaran
mempunyai matlamat khusus untuk mencapai dan bukan sengaja untuk
membangunkan minda.
Walau bagaimanapun, dalam literatur lain seperti oleh Seng &
Hwee (1977), ia menyatakan bahawa pembelajaran kemahiran dalam
makna yang lebih luas, adalah penerusan apa-apa dan juga semua
bentuk pembelajaran sepanjang kehidupan seseorang dan ia merangkumi
pendidikan dewasa, kemahiran vokasional dan lain-lain
aktiviti-aktiviti yang kurang formal menyumbang kepada pembangunan
sosial dan peribadi seseorang individu.
Menurut kepada Duyff (1999), pembelajaran kemahiran ditakrifkan
sebagai proses yang berterusan menyokong apa yang merangsang dan
memberi kuasa kepada individu untuk memperoleh semua pengetahuan,
nilai, kemahiran dan pemahaman mereka perlukan sepanjang hayat
mereka. Walau bagaimanapun, di Korea istilah pembelajaran kemahiran
di dalam pembelajaran sepanjang hayat adalah tertakluk kepada
segala bentuk aktiviti yang dianjurkan pihak pendidikan yang
berlaku di luar sekolah di mana kumpulan sasaran utama adalah
mereka yang keluar dari sekolah, merupakan orang dewasa (Ghebllawi,
Goolamally, & Jamil, 2011).
Dari definisi ini, pengkaji telah membuat kesimpulan bahawa
pembelajaran sepanjang hayat boleh dilihat sebagai satu proses
pembelajaran yang berterusan diambil oleh orang dewasa sama ada
sengaja atau tidak, untuk mendapatkan lebih banyak pengetahuan,
nilai, kemahiran ataupun pemahaman untuk memperbaiki diri dari masa
ke pada bila-bila masa.
2.8Kemahiran membaca dalam pendidikanMenurut Azizah Zain (2010),
membaca yang menjadi asas semua bidang pengetahuan amat penting
bagi membolehkan seseorang itu memperolehi pendidikan sepanjang
hayat. Sebahagian besar ilmu pengetahuan terdapat dalam bentuk
tulisan. Kemahiran membaca adalah penting untuk dikuasai oleh
setiap murid di peringkat awal lagi. Oleh itu minat membaca perlu
dipupuk sejak dari awal lagi supaya terbina asas yang kukuh.
Melalui asas yang kukuh ini dapat menimbulkan minat yang
berterusan. Peringkat sekolah rendah merupakan peringkat yang
sesuai untuk membina asas membaca. Pada peringkat ini, kemahiran
asas ini perlu diberi penekanan supaya tidak timbul masalah
kelemahan membaca apabila kanak-kanak ini memasuki alam
persekolahan secara formal. Membaca juga merupakan tumpuan utama
yang terkandung dalam Tunjang Komunikasi dalam Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR).Menurut Azizah Zain (2010), menyedari bahawa
kepentingan penguasaan kemahiran membaca kepada kanak-kanak maka
kemahiran ini perlu diajar di peringkat awal dengan menggunakan
kaedah-kaedah yang sesuai dengan kebolehan mereka. Antara langkah
untuk menggalakkan kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak
bagi meningkatkan kelancaran dan kefahaman ialah menggunakan kaedah
bacaan berulang. Menurut Musti-Roa, Hawkins dan Barkley (2009) di
dalam Azizah Zain (2010), bacaan berulang memerlukan murid membaca
berulangkali petikan atau teks dalam jangkamasa tertentu atau
sehingga murid tersebut lancar membaca.Terdapat beberapa kajian
yang telah dijalankan tentang kaedah bacaan berulang. Antaranya
ialah kajian oleh Rasinski (1990) yang membuktikan bacaan berulang
adalah afektif dalam menggalakkan kelancaran dan kefahaman untuk
mereka yang menghadapi masalah dalam membaca. Memandangkan
kajian-kajian yang dijalankan membuktikan bacaan berulang memberi
kesan kepada kefahaman maka adalah wajar kaedah ini dijadikan
sebagai salah satu kaedah yang sesuai dilaksanakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran membaca diperingkat awal di seluruh
sekolah di Malaysia.
Kelancaran dalam membaca merupakan salah satu aspek yang selalu
diketepikan oleh sesetengah guru kerana mereka lebih mementingkan
kebolehan murid menjawab soalan kefahaman dalam petikan yang
dibaca. Murid yang lancar membaca sebenarnya boleh melaksanakan
pelbagai tugasan pada masa sama seperti pengecaman perkataan dan
kefahaman (Block dan Israel, 2005 di dalam Azizah Zain, 2010).
Menurut Block dan Israel lagi membaca cepat tanpa memahami teks
yang dibaca merupakan satu usaha yang sia-sia.2.9Halangan untuk
pengajaran kemahiran membacaMenurut Sharifah Azura Syed Hassan
(2006), masalah membaca dan kemudiannya masalah berfokus kepada
usaha meningkatkan kemahiran membaca perkataan kvkv dalam kalangan
murid khususnya mereka di Tahun 1 membaca masih lagi menjadi
perkara penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kelemahan
membaca dipandang sebagai penghalang kepada usaha untuk menjadikan
anak-anak murid sebagai murid berpengetahuan dan cemerlang dan
seterusnya bagi mewujudkan masyarakat yang berilmu dan maju. Kalau
dilihat pada dasar pendidikan, kurikulum, dan sukatan pengajaran
membaca tidak ada cacatnya. Semua sudut tentang membaca telah
diajar di sekolah-sekolah.Menurut Sharifah Azura Syed Hassan
(2006), setiap kali proses pengajaran membaca berlaku di dalam
bilik darjah sama ada di sekolah rendah, menengah atau di intitusi
pengajian tinggi ia perlu dipandang sebagai satu pengajaran ilmu
yang baru yang dapat diterima oleh murid. Guru perlu berusaha
mengajar dengan gigih supaya murid dapat menerima apa yang diajar
itu dengan penuh kesedaran, dengan sikap yang positif, dan dapat
menggunakan hasil pengalaman pembacaan itu untuk tujuan yang
sebenar. Malangnya ramai guru hari ini menitikberatkan
elemen-elemen proses membaca yang tidak jelas dan tidak bermakna
kepada murid. Ada guru yang memburukkan lagi proses pengajaran
membaca dengan mendekatinya pula secara mekanikal. Ini kerap
berlaku kerana ada banyak kekangan keadaan dan halangan yang
berlaku semasa proses mengajar membaca. Ilmu membaca perlu
dititikberatkan bukannya proses membaca.
Menurut Sharifah Azura Syed Hassan (2006), kekangan dan halangan
yang wujud itu adalah kerap kali tidak mendapat perhatian guru
kerana ramai yang tidak tahu yang ianya wujud. Proses pengajaran
membaca di dalam bilik darjah adalah refleksi kepada amalan
bagaimana buku harus dibaca di sekolah semasa guru memmuridinya di
sekolah dahulu. Amalan pengajaran ini telah menyebabkan guru
bertindak dengan mengajar secara teknikal tanpa berani membuat
keputusan bagaimana hendak mengubahsuaikannya
Menurut Chrlie (2008), untuk mengelakkan guru daripada menjadi
sebagai seorang juruteknik membaca, mereka harus boleh dan tahu
mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan membuat keputusan sendiri
berpandukan kepada apa yang ada di hadapan mereka (murid, bahan,
tujuan, kaedah dan diri mereka sendiri). Keupayaan berbuat demikian
adalah satu langkah ke arah menjadi seorang guru yang boleh
mengajar membaca yang profesional. Guru yang boleh mengajar membaca
yang sebenar ialah mereka yang mendapat pendidikan dalam ilmu
membaca dan ilmu pengajaran membaca (yang dimaksudkan di sini ialah
semua guru dan tidak terhad kepada guru yang mengajar subjek bahasa
sahaja).Murid tidak akan dapat menguasai kemahiran membaca jika
mereka mempunyai sikap negatif terhadap peroses pembelajaran dan
bahan yang dibacanya itu. Sikap positif terhadap membaca banyak
bergantung pada murid mempunyai kesedaran metakognitif tentang
konsep seperti: a) "Apakah itu membaca?", dan b) tentang penyertaan
mereka dalam aktiviti membaca. Untuk menimbulkan semua ini teknik
utama ialah mewujudkan satu suasana keliling yang literal yang
membolehkan murid membina konsep yang tepat dan perasaan yang
selesa dalam aktiviti membaca dan menulis yang bermakna. Menyeru
dan menyuruh murid membina sikap postif secara lisan akan
menghasilkan kesan yang minima, yang pentingnya ialah penyertaan
dalam aktiviti membaca yang sebenar dengan panduan dan tunjuk ajar
yang berkesan. Menurut Chrlie (2008), semua murid akan melalui
proses peningkatan darjah, oleh itu fokus pengajaran juga harus
turut berubah daripada satu konsep yang mudah kepada yang lebih
sukar iaitu dari keseronokan membaca cerita beralih kepada konsep
tentang fungsi membaca dan pelbagai reaksi yang mereka ketemui
dalam sesuatu bahan bacaan. Matlamat membaca ialah untuk
membolehkan murid memahami mesej di dalam teks. Keupayaan untuk
memahami kandungan di dalam teks bergantung pada pengalaman latar
yang ada pada murid tentang tajuk yang dibaca, jenis bahan bacaan
dan apa tujuan dia membacanya. Pada umumnya apabila guru mengajar
membaca tumpuan kita ialah murid. Tujuan guru biasanya untuk
membolehkan pembaca mengeluarkan isi kandungan teks yang dibacanya
tetapi pengajaran begini tidak menjamin murid tahu bagaimana
maklumat dapat diproses dalam situasi bacaan yang berbeza. Ini
berlaku kerana guru kurang peka dan tidak memberi tumpuan kepada
kemahiran-kemahiran kognitif bagaimana maklumat dapat diterbitkan
dari teks.2.10 Kerangka konseptual
Kerangka konseptual memberi penjelasan tentang
pembolehubah-pembolehubah yang terdapat dalam konsep-konsep yang
dipilih dan hubungan antara pembolehubah -pembolehubah bagi kajian
ini, serta hal-hal yang dijadikan alat pengukuran untuk mengukur
pembolehubah-pembolehubah yang bersangkutan. Dalam kajian ini,
penyelidik memilih aspek kemahiran membaca berbantukan bahan
pengajaran sebagai pembolehubah tak bersandar manakala aspek
prestasi murid dipilih sebagai pembolehubah bersandar. Gambaran
lebih jelas dapat diperhati seperti yang ditunjukan dalam Jadual 1:
Model Konseptual Kajian yang diadaptasi dari Model
Input-Proses-Output yang dikemukakan oleh McGrath (1964).Jadual 1:
Model Konseptual kajian meningkatkan kemahiran membaca perkataan
kvkv dalam kalangan murid Tahun 1 Komethegam dengan teknik
permainan (Dam Ular)
(Sumber : Adaptasi dari Input-Process-Output Model (McGrath,
1964)
Menurut Mumtaz Begam, Norzaini Azman dan Mohammed Sani (2010)
menjelaskan tentang Model konseptual kajian bahawa sesebuah
institusi pendidikan mempunyai tiga komponen iaitu komponen
penggerak, pemboleh dan keputusan. Komponen penggerak adalah
komponen yang memberi arah tuju organisasi. Di dalam kajian beliau,
elemen integriti iaitu elemen etika dan nilai yang diberikan
sebagai asas di dalam model.
Penggerak sebagai komponen pertama melibatkan integriti adalah
himpunan kualiti unggul yang wujud dalam kalangan individu dan
kualiti ini berteraskan kepada prinsip berpegang teguh kepada
kejujuran dan amalan bermoral tinggi. Menurutnya lagi, jika anggota
organisasi telah diberikan kuasa maka mereka perlu menggunakan
kuasa dengan adil dan saksama. Dalam konteks kajian ini, ia
melibatkan soal kemahiran membaca perkataan kvkv dalam kalangan
murid Tahun 1 Komethegam.
Komponen ke dua ialah pembolehubah yang bermaksud penetapan
sesuatu input yang efektif. Dalam kajian ini, elemen bahan bantu
mengajar yang merujuk kepada penggunaan dam ular secara
langsung.
Komponen ke tiga adalah komponen hasilan. Komponen hasilan ini
mementingkan penerapan unsur-unsur hasil kajian yang seterusnya
merujuk kepada bidang keberhasilan mewujudkan murid Tahun 1
Komethegam yang akhirnya boleh membaca perkataan kvkv itu
sendiri.2.11Rumusan
Sikap dan kesedaran keperluan membaca di kalangan ramai murid di
semua peringkat pengajian adalah terlalu rendah, mudah dan cetek.
Pengetahuan dan kemahiran yang telah diperolehi, sungguhpun mereka
telah berada di menara gading, hanya yang asas sahaja. Kebolehan
membaca rata-rata terhad kepada bahan bukan ilmiah dan berbentuk
naratif. Penguasaan dan kelancaran bahasa mereka tidak mendalam
kerana ramai yang masih lagi tidak berupaya untuk berfungsi dalam
bahasa akademik, bahasa sains dan bahasa teknologi. Kelemahan ini
bertambah apabila pembaca mempunyai pengetahuan am yang terlalu
sempit dan ini menyebabkan mereka tidak berupaya untuk berinteraksi
dengan penulis. Itu sebabnya maka sejak dari Tahun 1 lagi murid
harus diberikan penekanan dalam aspek kemahiran membaca ini
sepenuhnya.
Tanggungjawab guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran
sememangnya berat kerana guru bukan sahaja bertanggungjawab memberi
pengalaman kepada pelajar dalam bidang mata pelajaran yang diajar
tetapi ia juga bertujuan membentuk pelajar menjadi seorang pelajar
yang cemerlang. Tanggungjawab dalam bidang pengajaran dan
pembelajaran membaca bukannya terhad pada seseorang guru sahaja. Ia
adalah tanggungjawab semua guru.
Kemahiran Membaca Bahan bantu Prestasi
Pemboleh Ubah Tak Bersandar Pemboleh Ubah Bersandar
Kemahiran membaca perkataan kvkv dalam kalangan murid Tahun 1
Komethegam
Murid boleh membaca perkataan kvkv
Dam Ular