Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-1 Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan Bab 2 Peralatan Dan Komponen Komputer 2.1 Casing Casing merupakan bekas untuk meletakkan perkakasan seperti motherboard, kad paparan, kad modem dan sebagainya. Terdapat dua jenis casing iaitu : a. Tower – Full tower, Mid tower (medium), Midi Tower dan mini tower b. Desktop – Desktop dan Slimline Pemilihan jenis casing bergantung kepada keperluan ruang dan jangkaan peningkatan taraf di masa hadapan. Pemilihan casing jenis Mini Tower sudah mencukupi untuk majoriti pengguna normal. Rajah 1: Jenis-jenis Casing. Jenis Casing Saiz External Bays Internal Bays Sistem Pendingin Power Supply (Watt) Harga Full Tower Tinggi 2 + 4atau lebih 3 hingga 5 atau lebih Tersangat baik 250 Sangat Mahal Mid Tower Pertengahan 2 + 3 2 hingga 4 Sangat baik 200 hingga 300 Mahal Midi Tower Pertengahan sehingga kecil 2 + 2 atau 2 + 3 2 hingga 4 Sangat baik 170 hingga 300 Pertengahan Midi Tower Pertengahan sehingga kecil 2 + 2 atau 2 + 3 2 hingga 4 Sangat baik 170 hingga 300 Pertengahan Mini Tower Kecil 2 + 2 2 atau 3 Baik 170 hingga 250 Murah Desktop Kecil 2 + 2 1 atau 2 OK 150 hingga 230 Murah Slimline Kecil dan nipis 1 + 2 1 atau 2 Kurang baik 90 hingga 200 Pertengahan Jadual 1 : Perbandingan Casing
14
Embed
Bab 2 Peralatan Dan Komponen Komputer - semesti.com.mysemesti.com.my/wp-content/uploads/2014/05/Bab-2-Peralatan-Dan... · Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-7 Jabatan Pelajaran Negeri
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-1
Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan
Bab 2 Peralatan Dan Komponen Komputer
2.1 Casing Casing merupakan bekas untuk meletakkan perkakasan seperti motherboard, kad
paparan, kad modem dan sebagainya. Terdapat dua jenis casing iaitu :
a. Tower – Full tower, Mid tower (medium), Midi Tower dan mini tower
b. Desktop – Desktop dan Slimline
Pemilihan jenis casing bergantung kepada keperluan ruang dan jangkaan peningkatan
taraf di masa hadapan. Pemilihan casing jenis Mini Tower sudah mencukupi untuk
majoriti pengguna normal.
Rajah 1: Jenis-jenis Casing.
Jenis Casing Saiz External
Bays Internal
Bays Sistem
Pendingin Power Supply (Watt)
Harga
Full Tower Tinggi 2 + 4atau lebih
3 hingga 5 atau lebih
Tersangat baik 250 Sangat
Mahal
Mid Tower Pertengahan 2 + 3 2 hingga 4 Sangat baik 200 hingga 300 Mahal
Midi Tower Pertengahan
sehingga kecil
2 + 2 atau 2 + 3 2 hingga 4 Sangat baik 170 hingga
300 Pertengahan
Midi Tower Pertengahan
sehingga kecil
2 + 2 atau 2 + 3 2 hingga 4 Sangat baik 170 hingga
300 Pertengahan
Mini Tower Kecil 2 + 2 2 atau 3 Baik 170 hingga 250 Murah
Desktop Kecil 2 + 2 1 atau 2 OK 150 hingga 230 Murah
Slimline Kecil dan nipis 1 + 2 1 atau 2 Kurang baik 90 hingga
200 Pertengahan
Jadual 1 : Perbandingan Casing
Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-2
Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan
2.2 Monitor
Monitor merupakan peranti output yang digunakan sebagai output untuk paparan.
Terdapat dua jenis monitor dipasaran.
1. Tiub sinar katod (CRT- cathode ray tube) – Menggunakan teknologi yang sama
seperti televisyen tetapi menggunakan isyarat digital. Ia menggunakan tiub
vakum sebagai skrin paparan pada komputer
2. Paparan panel rata merupakan produk yang lebih ringan, nipis dan kurang
menggunakan kuasa berbanding dengan CRT.
Teknologi monitor terkini di pasaran ialah jenis LCD (liquid crystal display) – lebih ringan
dan menjimatkan ruang (nipis). Terdapat berbagai saiz monitor antaranya bersaiz 14”,
15”, 17”, 19” dan 21”.
Rajah 2 : Penentuan ukuran saiz monitor.
Rajah 2 menunjukkan cara yang betul untuk mengukur saiz sesebuah monitor .
Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-3
Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan
Rajah 3 : Soket penyambung monitor
Monitor mempunyai penyambung jenis D 15 pin male seperti yang ditunjukkan dalam
rajah 2.
2.3 Papan Induk (Motherboard)
Motherboard merupakan papan litar utama yang menjadi tapak (base) yang
menghubungkan semua perkakasan, seperti kad kad ingatan, kad paparan, kad modem,
cakera keras, pemacu cakera liut, pemacu CDROM, papan kekunci, tetikus, monitor dan
sebagainya. Pemilihan motherboard perlu sesuai dengan CPU yang digunakan, kerana
kelajuan External Bus CPU mesti sama dengan kelajuan External Bus yang disokong
oleh motherboard. Contoh pengeluar motherboard adalah gigabyte (http://tw.giga-
byte.com), Abit (http://www.abit-usa.com), Aopen (http://english.aopen.com.tw) dan
asustek (http://usa.asus.com/).
Rajah 4 : Motherboard keluaran Aopen untuk Pentium4.
Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-4
Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan
2.4 Kad Ingatan (RAM)
Kad Ingatan berfungsi menyimpan sementara aturcara aplikasi, sistem
pengendalian, perisian sistem dan data yang sedang beroperasi. Semakin besar
saiz kad ingatan akan meningkatkan prestasi PC tersebut. Terdapat banyak jenis
kad ingatan dipararan, antaranya:
1. SIMM (Single in-line memory module) – Mempunyai saiz 30 atau 72 pin. Kad
ingatan SIMM 30 pin digunakan pada PC generasi 80286 sehingga 80486 dan
beroperasi pada 16 bit. Kad ingatan jenis ini tidak lagi digunakan untuk komputer
yang baru.
Rajah 5 : Contoh SIMM 30 pin.
Rajah 6 : Contoh SIMM 72 pin
2. DIMM (dual in-line memory module) – Bersaiz 168 pin, kedua belah modul kad
ingatan ini aktif, setiap permukaan adalah 84 pin. Ini berbeza daripada SIMM
yang hanya berfungsi pada sebelah modul sahaja.
Rajah 7 : Contoh DIMM 168 pin.
3. DDR SDRAM (double-data-rate SDRAM) - Mempunyai 184 pin, dengan kelajuan
266MHz, 333MHz, 400MHz dan 533MHz.
4. DRDRAM (direct Rambus DRAM) – Dulu dikenali sebagai RDRAM. Adalah dari
jenis SDRAM yang dibangunkan oleh Rambus. DRDRAM digunakan pada CPU
Intel Pentium4 soket 423.
Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-5
Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan
2.5 Unit Pemprosesan Pusat (Central Processor Unit)
Unit Pemprosesan Pusat ( CPU ) merupakan komponen utama
yang mempengaruhi kelajuan memproses data. CPU boleh
dianggap sebagai otak kepada keseluruhan sistem komputer. CPU
merupakan pusat kawalan pemprosesan data menjadi maklumat
yang dikehendaki pengguna.
Kelajuan CPU dipengaruhi oleh tiga faktor utama:
1. Kelajuan dalaman (Internal Bus) - CPU speed
2. Kelajuan luaran (External Bus) - kelajuan diluar CPU dan