This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PENGAJIAN PERNIAGAAN 2 946/2
Bab 2 – Keusahawanan
2.1 Keusahawanan2.1.1 Pengenalan dan Definisi Usahawan dan KeusahawananA Definisi Usahawan
► Usahawan Orang yang menggabungkan faktor-faktor pengeluaran untuk memperkenalkan sesuatu yang baru,mengenalpasti peluang-peluang
perniagaan, menghasilkan idea-idea perniagaan, melakukan inovasi, dan sanggup menghadapi risiko.
B Definisi Keusahawanan►Keusahawanan
Proses menggabungkan sumber-sumber ekonomi untuk memperkenalkan sesuatu yang baru, keupayaaan untuk mengesan peluang-peluang perniagaan, menjana idea-idea perniagaan, dan membuat pembaharuan demi menjayakan sesuatu perniagaan.
► Perbezaan antara usahawan dengan pengurusUSAHAWAN PENGURUS
1. Motif utama adalah kebebasan dan peluang untuk mencipta dan memperoleh wang.
1. Motif utama untuk kenaikan pangkat dan lain- lain ganjaran seperti kuasa dan lain.
2. Tidak menitikberatkan status. 2. Menitikkanberatkan status.
3. Sendiri dan pelanggan. 3. Berkhidmat kepada orang lain.
2.2 Keusahawanan2.2.1 Teori dan Model KeusahawananA Pendekatan Ekonomi
Untung merupakan pendorong kepada usahawan untuk melibatkan diri dalam keusahawanan. Dengan itu, dia akan berusaha mencari peluang untung.
► Tokoh yang memberi sumbangan dalam Teori dan Model Keusahawanan Alfred Marshal (1946) = usahawan melalui proses masa, iaitu evolusi
perniagaan daripada memulakan perniagaan sehinggalah perniagaan itu dibubarkan.
Israel Kirzner = usahawan sebagai orang tengah dan mengaut keuntungaan.
Joseph A. Schumpeter (1990) = usahawan ialah orang yang memperkenalkan inovasi sebagai inti keusahawan
B Pendekatan Psikologi► Ciri-ciri personaliti
Keperluan kepada pencapaian Lokus kawalan Kecenderungan mengambil risiko
► Tokoh yang memberi sumbangan dalam Teori dan Model Keusahawanan.
Rotter (1966) = usahawan mempunyai punca kawalan diri secara dalaman.Model baka menyatakan usahawan memiliki ciri-ciri yang lahir daripada identitinya sendiri.Ciri-ciri ini membezakan diri seorang usahawan dengan bukan usahawan.
McClelland = Teori kehendak kepada pencapaian. Teori ini menyatakan bahawa usahawan mempunyai kehendak pencapaian yang tinggi dan berani memikul tanggungjawab.
De Vries = Model Psikodinamik menyatakan bahawa individu tertekan semasa kecil dan tidak mendapat kemudahan tertentu. Justeru, ini mendorong mereka untuk membuktikan kepada dunia tentang keupayaannya.
C Pendekatan Sosiologi► Dorongan kepada keusahawanan
Pengaliran negatif – apabila individu yang terasing daripada masyarakat teras atau hilang tempat bergantung, mereka akan cenderung bergiat dalam perniagaan dan menjadi usahawan seperti imigran, individu yang dibuang kerja atau wanita yang bercerai.
Tempoh peralihan – individu yang melalui tempoh masa yang menyebabkan mereka menjadi uasahawan. Tempoh tersebut membolehkan individu berfikir mengenai masa depan mereka sebagai usahawan. Contoh; antara pelajar dengan kerjaya, askar menjadi orang biasa.
Tarikan positif – terdapat pihak yang mendorong individu menjadi usahawan. Pihak yang mungkin terlibat ialah mentor, rakan kongsi, keluarga, pelabur dan sebagainya.
Tolakan positif – wujud situasi di mana individu tidak mempunyai pilihan kecuali menjadi usahawan disebabkan oleh beberapa kelebihan. Antaranya pendidikan, latihan yang diikuti, laluan kerjaya, pengalaman, kemahiran dll.
► Tokoh yang memberi sumbangan dalam Teori dan Model Keusahawanan Max Weber = memasukkan unsur keagamaaan sebagai asas kejayaan
seseorang usahawan. Kajian beliau berasaskan penganut agama Protestan yang telah mencapai kejayaannya dalam bidang ekonomi.
Everett Hagen = menyatakan kelahiran usahawan adalah daripada kalangan kumpulan bawahan yang tidak puas hati merupakan satu tekanan yang mewujudkan usahawan untuk mengatasi kepincangan ini.
Thomas Cochrau = memasukkan nilai-nilai lain seperti budaya, peranan dan harapan sosial sebagai faktor yang menetukan tingkah laku atau gelagat usahawan.
D Pendekatan Islam terhadap Keusahawanan► Urusan ekonomi dalam Islam merupakan perhubungan sosial yang mengandungi
pelbagai kegiatan ekonomi dan bukan ekonomi.► Asas ekonomi Islam :
i. Allah adalah pemilik mutlak – manusia (usahawan) hanyalah pengurus sahaja yang diamanahkan oleh Allah.
ii. Kekayaan di dunia adalah untuk mencari kehidupan di akhirat. Berniaga adala suatu ibadat di dalam Islam dan setiap ibadat akan menerima ganjaran pahala di akhirat.
iii. Bahagian di dunia tidak boleh ditinggalkan untuk mengejar akhirat. Islam tidak membenarkan umatnya beribadat semata-mata tanpa memikirkan
keperluan mereka di dunia. Oleh itu, antara dunia dan akhirat hendaklah seimbang.
iv. Tetap berlaku adil sesama manusia. Dalam melaksanakan perniagaan tidak boleh terdapat unsur-unsur seperti penipuan dan penindasan.
v. Tidak boleh melakukan sebarang kerosakan. Semasa melaksanakan perniagaan, usahawan tidak boleh melakukan kerosakan disebabkan ingin mengejar kekayaan. Contohnya membuang sisa toksid ke kawasan saliran; ini akan mencemarkan sumber bekalan air kepada manusia.
► Asas pertimbangan yang menjadikan aktiviti ekonomi yang dilakukan dikira sebagai ibadat.i. Akidah mestilah betul iaitu umat Islam percaya terhadap pegangan agama
Islam.ii. Niat mestilah betul iaitu melakukan aktiviti perniagaan yang betul tanpa
unsur-unsur penyelewengan.iii. Natijahnya betul dan membawa feadah kepada orang ramai. Contohnya
mengeluarkan zakat atau bersedekah yang boleh di manfaatkan masyarakat.iv. Tidak meninggalkan ibadat wajib yang khusus seperti sembahyang 5
waktu.
2.2.2 Adakah Usahawan Dilahirkan atau Boleh Dilatih?1. Ada pendapat yang mengatakan bahawa usahawan dilahirkan dengan memiliki ciri personaliti yang khusus yang tidak dimiliki oleh orang lain.2. Peter Drucker pula berpendapat sesiapa sahaja yang boleh belajar dan dilatih menjadi usahawan.3. Semangan keusahawanan boleh dipupuk diperingkat umur kanak-kanak yang masih muda melalui : i. Sistem pemdidikan di sekolah menengah atau IPT. Contohnya mata
pelajaran perdagangan, ekonomi dan keusahawanan. ii. Usahasama iaitu antara anak dan bapa. Wilson Harrel mencadangkan
ibubapa memberhentikan pemberian wang saku kepada anak-anak. Sebaliknya meminta mereka membantu ibubapa mereka berniaga keuntungan diberi mengikut peratus yang bersesuaian. Ini secara lansung boleh memupuk minat di kalangan anak-anak pada peringkat awal.
iii. Program pembangunan keusahawanan oleh pihak kerajaan atau swasta yang bertujuan untuk melahirkan ramai usahawan melalui program yang tersusun dan terancang. Contohnya, program bantuan kemidahan dan sokongan seperti kemudahan pinjaman, latihan da teknikal, pemasaran, premis dan infrastruktur, khidmat nasihat dll.
iv. Pengalaman hidup yang sukar mendorong individu bertindak mencari jalan penyelesaian terhadap masalah kehidupan mereka dengan membuka perniagaan.
2.3 Ciri-ciri UsahawanA Sifat-sifat Peribadi seseorang Usahawan yang Berjaya
► Sifat-sifat peribadi seseorang usahawan yang berjaya- Komitmen dan nekad- Berinisiatif- Sentiasa melihat dan merebut peluang- Berkeyakinan diri- Berfikiran kreatif dan anjal- Tahap tenaga yang tinggi- Menitikberatkan mutu kerja yang cemerlang- Berorietasikan masa depan- Berkeupayaan memimpin- Berwawasan
B Sifat-sifat Peribadi seseorang Usahawan yang Berjaya Menurut Perspektif Islam► Sifat-sifat peribadi seseorang usahawan yang berjaya menurut perspektif Islam
1. Secara umumya, segala aktiviti keusahawanan dalam Islam adalah menjurus kepada mendapat keredaan Allah dan kejayaan di dunia serta di akhirat.
2. Antara ciri-ciri usahawan muslim yang diiktiraf oleh Islam :i. Menjaga hukum bagi setiap aktiviti perniagaan yang dijalankan iaitu
mestilah halal dan mengikut syariat Islam.ii. Menjauhkan diri daripada melakukan sebarang bentuk penipuan.
Memadai mendapat keuntungan yang berpatutan.iii. Mengamalkan perniagaan secara Islam.iv. Bersegera mengeluarkan hartanya ke jalan kebajikan terutamanya
jihad ke jalan Allah.v. Memelihara hati daripada gangguan kejahatan yang boleh
melalaikan mereka daripada menunaikan kewajipan seperti sembahyang dan mengeluarkan zakat.
vi. Menhargai masavii. Mengutamakan kebersihan seperti tempat berniaga dan menjual
2.4 Mencari Idea Perniagaan2.4.1 Sumber Idea BaruA Sumber Idea Baru
► Pengguna- Kehendak pengguna adalah berbeza-beza akan memberi idea kepada
usahawan untuk menghasilkan barang atau perkhidmatan baru► Produk sedia ada
- Kelemahan sesuatu produk sedia ada akan menggalakkan usahawan menghasilkan barang baru yang lebih bermutu dan menepati citarasa pengguna.
► Syarikat sedia ada- Usahawan perlu menbuat perbandingan dan menawarkan perkhidmatan yang
tidak dapat diberikan oleh pesaing.► Saluran pengedaran
- Peka kepada keperluan pasaran dan memberi idea atau maklumat tentang perubahan citarasa pengguna. Contoh pemborong, peruncit dan ejen.
► Dasar-dasar kerajaan- Banyak dasar kerajaan dibuat untuk membuka peluang kepada usahawan
contoh IKS dan konsep payung.► Penyelidikan dan pembangunan (R&D) - Hasil daripada R&D untuk memulakan perniagaan. Dapat meningkatkan kaedah pengeluaran atau pemasaran. SIRIM
B Kaedah Menjana Idea – Kaedah Berfikir► Kumpulan fokus
- Satu tinjauan kendiri yang melibatkan kumpulan individu 8 – 14 orang.- Ahli kumpulan membincangkan sesuatu isu bersama seorang fasilitator.- Peniaga dapat mengetahui secara terus / langsung reaksi pengguna terhadap
produk.
► Sumbangsaran- Pengumpulan idea-idea dan penyelesaian baru melalui pembentukan
kumpulan- Langkah : senarai semua idea-idea dari kakitangan idea dikumpul. Analisa
dan pilih yang terbaik.- Syarat : jangan kritik idea orang lain, kebebasan idea digalakkan, kuantiti idea diperlukan dan kombinasi dan penambahbaikkan idea digalakkan.
► Analisis inventori masalah - Anlisis tentang pengumpulan maklumat mengenai tenaga manusia dalam
- Maklumat dikumpul; seperti nama pekerja, latar belakang, sifat-sifat, kemahiran, kelayakan istimewa, gaji dan jenis pekerjaan.
- Tujuan – memperkenalkan produk baru, membuat keputusan dan merancang latihan.
D Dua Pendekatan Asas Pencarian Peluang Perniagaan► Pendekatan dalam-luar
Penilaian diri untuk keusahawanan- Kemahiran yang paling menonjol- Pengalaman yang dimiliki- Sumber kewangan
► Pendekatan luar-dalam- Seseorang usahawan melihat persekitarannya seperti persekitaran fizikal. Sosial, ekonomi, politik, dan sebagainya untuk mengenalpasti peluang
perniagaan yang ada dan bersedia untuk merebut peluang yang terdapat di persekitaran itu.
- Sumber yang dapat membekalkan peluang perniagaan baru : ( Surat khabar, Buletin perniagaan, Jurnal Perdagangan, Utusan Pengguna,
Penerbitan Kerajaan, struktur penduduk, Data import dan eksport, Rancangan pembangunan kerajaan atau swasta, Sumber tempatan dan penemuan teknologi, Industri tertentu, Undang-undang dan peraturan kerajaan, Persatuan perniagaan, Masalah sosial setempat)
E Merealisasikan Idea► Tahap idea
- pengumpulan seberapa banyak idea.- idea akan disaring bagi menentukan nilai kepada syarikat - kaedah- kaedah saringan yang digunakan- kesannya kepada syarikat
► Tahap konsep- hasil saringan pada tahap idea yang dianggap mempunyai potensi yang baik
hendaklah dibangun dan disaring menerusi interaksi dengan pengguna.- kaedah yang digunakan seperti pemerhatian.
► Tahap pembangunan produk- reaksi pengguna terhadap produk fizikal ditentukan- kaedah yang digunakan seperti panel pelanggan, sampel.
► Tahap ujian pemasaran- mendapatkan hasil sebenar jualan dengan menetapkan jumlah jualan dan
perbandingan dengan kos.- jika berjaya ke tahap seterusnya jika tidak tindakan pembetulan perlu dibuat
► Tahap pengkomersialan - menentukan strategi untuk memulakan perniagaan.
2.5 Strategi memulakan PerniagaanA Memulakan Perniagaan Sendiri
1. Strategi memulakan perniagan sendiri biasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu :
i. Perniagaan baru yang belum ada di pasaran. ii. Teknologi baru iaitu proses baru dalam aspek teknikal iii. Kedah baru bagi menggantikan kaedah lama yang sedang digunakan.
iv. Jenis atau bentuk perniagaan sama ada milikan tunggal, perkongsian atau syarikat.
v. Pembiayaan atau sumber modalvi. Pemilihan lokasi yang baik
2. Langkah-langkah yang Perlu Diambil Sebelum Memulakan Perniagaan.► Menyediakan satu rancangan perniagaan
- RP merupakan dokumen bertulis yang memperincikan tujuan sesuatu usaha teroka perniagaan.
- dapat memberi garis panduan kepada usahawan sebelum menceburi dalam sesuatu perniagaan.
► Berunding dengan pakar runding perniagaan- Jika usahawan tiada pengetahuan tentang urusan perniagaan.- Pakar runding boleh memberi nasihat dan tunjuk ajar tentang pengurusan
perniagaan @ cara mengurus perniagaan.- contoh akauntan, ahli bank, syarikat insurans dan peguam
► Membuat keputusan tentang entiti perniagaan- perlu mempertimbangkan entiti yang sesuai dengan perniagaan- contoh perniagaan milikan tunggal, perkongsian dan syarikat berhad.
► Memilih jenis sumber kewangan- Perlu membuat pertimbangan yang wajar terhadap pemilihan sumber kewangan.- Sumber kewangan dari ahli keluarga, rakan-rakan.
► Memilih lokasi perniagaan- Pemilihan lokasi yang strategik boleh menentukan kejayaan atau kegagalan
suatu perniagaan.- contoh di kawasan pusat membeli belah, pusat perniagaan dan kewangan @
► Mencari idea perniagaan - berpunca dari pelbagai sumber agar mencapai untung maksimum. - sumber menjana idea. Contoh pengguna, syarikat sedia ada,saluran
pengedaran, penyelidikan dan pembangunan.
3. Kelebihan dan kelemahan memulakan perniagaan sendiri adalah seperti berikut.
Kelebihan Kelemahan1. Tidak terikat dengan mana-mana pihak pemilik.2. Menguruskan perniagaan sendiri- boleh buat keputusan sendiri tanpa perlu berunding dengan mana-mana pihak. Ini menjimatkan masa dan mengurangkan konfliks.3. Mudah ditubuhkan dan mudah dibubarkan.4. Tidak banyak tertakluk dengan peraturan dan perundangan kerajaan. Cth : Penyata kewangan yang dihantar ke LHDN tidak perlu diaudit.5. Bebas memilih lokasi perniagaan sendiri.
1. Modal adalah terhad kepada yang dimiliki oleh pemilik sendiri atau jumlah pinjaman yang mampu dibuat oleh pemilik.2. Masalah untuk mendapatkan pinjaman daripada pihak bank kerana reputasi perniagaan yang baru.3. Liabiliti boleh melibatkan harta pemilik.4. Pengembangan perniagaan terhad kepada keupayaan pengurus dan kesihatan pemilik.5. Menanggung beban kerja daripada segi masa dan tenaga.6. Risiko perniagaan yang tinggi – kegagalan mendapat pelanggan atau tidak mampu bersaing dengan pesaing-pesaing.7. Masalah untuk mendapatkan pelanggan kerana perniagaan yang baru.
B Mengambil Alih Perniagaan Sedia Ada► Mengambil alih perniagaan bermaksud memasuki perniagaan yang dimiliki oleh
kaum keluarga atau membeli sesuatu perniagaan daripada pihak tertentu dan mengusahakannya sendiri.
► Beberapa perkara yang perlu diserikan perhatian sebelum mengambil alih sesuatu perniagaan iaitu seperti berikut :
a. Reputasi perniagaan.b. Pasaran sasaran sedia adac. Kedudukan kewangan syarikatd. Bangunan, peralatan, dan kelengkapan dalam premis perniagaane. Potensi perkembangan perniagaan.f. Pembangunan masyarakat pada masa depan. Contoh menaiktaraf jalan
a. Usia tua atau sakit b. Ingin berpindah ke tempat lain
c. Perniagaan tidak menguntungkan.d. Industri yang telah matang dan kurang pertumbuhan.
► Kebaikan dan kelemahan mengambil alih perniagaan sedia ada.Kebaikan
1. Pasaran sedia ada Usahawan tidak perlu mencari pasaran baru, cuma memerlukan promosi yang minima untuk menjamin keterusan pasaran atau meluaskan pasaran.
2. Ada rekod perniagaan yang lepas untuk dijadikan sumber rujukan. Membantu usahawan untuk membuat perancangan pasaran dan perkara- perkara yang berkaitan.
3. Memperoleh operasi dan perhubungan yang berterusan dengan pihak pembekal atau bank.Ini memudahkan usahawan baru untuk berurusan dengan kedua-dua pihak. Ini kerana, untuk mendapatkan kepercayaan pihak bank atau pembekal memakan masa yang lama.
4. Sumber manusia yang mahir - Perniagaan yang diambilalih biasanya mempunyai tenaga kerja yang mahir dan berpengalaman. Ini menjimatkan kos dan masa usahawan untuk melatih pekerja-pekerja baru.
5. Harga pembelian yang rendah atau boleh ditawar - Membeli perniagaan sedia ada boleh ditawar harganya kepada harga yang terendah. Ini boleh mengurangkan kos pembelian oleh usahawan.
6. Lokasi yang strategik - Biasanya, perniagaan yang telah bertapak terletak di kawasan/lokasi perniagaan yang strategik. Ini memudahkan usahawan kerana tidak perlu memikirkan tentang lokasi perniagaan.
7. Reputasi yang baik. Sekiranya perniagaan yang diambilalih mempunyai reputasi yang baik maka usahawan tidak perlu menjalankan promosi secara besar-besaran kerana pelanggan telah sedia maklum dengan reputasi perniagaan.
Kelemahan1. Sekiranya perniagaan yang diambil alih mempunyai rekod yang buruk,maka
ia akan menjejaskan imej syarikat. Untuk memulihkan imej syarikat,usahawan perlu mengeluarkan kos dan ini adalah membebankan.
2. Menanggung beban kewangan dan hutang lapuk. Sekiranya syarikat yang diambil alih mempunyai beban hutang, ini merupakan satu masalah
kepada usahawan untuk menyelesaikannya.3. Lokasi perniagaan mungkin kurang strategik.4. Kehilangan pekerja – Pertukaran pihak pengurusan boleh menyebabkan
kejutan budaya kepada para pekerja. Ini akan menyebabkan pekerja yang tidak selesa dengan sistem pengurusan baru akan menarik diri atau berhenti. 5. Kemungkinan ditipu terutama dalam isu kewangan. Oleh itu, adalah penting untuk mengenalpasti bahawa penjual perniagaan ialah seorang yang beretika.
D Perniagaan Francais► Francais
“ satu peluang perniagaan di mana tuan punya, pengeluar atau pengedar (francaisor) satu-satu produk atau perkhidmatan bertanda niaga (trademark) memberikan hak eksklusif kepada individu (francaisi) untuk edaran tempatan bagi produk atau perkhidmatan tersebut dan francaisor akan menerima bayaran atau royalti disamping jaminan keakuran kepada standard kualiti”
► Bentuk perniagaan francais Pemegang francais berformat
- Francaisi mendapat lesen untuk membuat dan memasarkan barang daripada francaisor.
- Francaisor menawarkan format perniagaan dalam pakej yang lengkap kepada francaisi seperti hak penggunaan harta intelektual ( logo, jenama dan goodwill), strategi pemasaran , operasi, pengiklanan, perakaunan dan latihan kepada francaisi.
- Contoh – KFC dan Mc Donald- Prinsip 5C iaitu consistency (keseragaman), competitiveness
(persaingan), ccnvenience (keselesaan), cleanliness (kebersihan) dan courtesy (kesopanan)
Francais pengilangan produkFrancaisi mendapat lesen daripada francaisor untuk mengilang mengikut
formula, resipi atau rekabentuk yang disediakan oleh francaisor dan memasarkan barangan tersebut dengan menggunakan sistem pemasaran yang
disediakan oleh francaisor seperti pembotolan pepsi-cola.
Lesen bertanda dagang/ jenamaFrancaisi diberi lesen untuk menjual barangan francaisor dan diberi ganjaran biasanya dalam bentuk komisen. Contohnya watak-watak Walt Disney, Garfield, dan Dunhill.
Francais wakil pengedarFrancaisi diwajibkan memasarkan barangan keluaran francaisor secara eksklusif mengikut peraturan dan kaedah yang ditentukan. Francaisi diberi hak ‘monopoli’ memasarkan keluaran di dalam kawasan geografi tertentu. Contoh ; Eon, Shell dan Petronas.
Francaisi bertindak sebagai penganjur kepada francaisor. Barang dibeli daripada francaisor dan nama-nama syarikat francaisi adalah sama. Contoh PERNAS EDAR (Kedai G-Mart)
► Kebaikan perniagaan francais- Risiko adalah rendah jika dibandingkan dengan memulakan
perniagaan sendiri (belum terbukti berdaya maju)- Francaisi berpeluang memperdagangkan sesuatu produk atau
perkhidmatan yang sudah terkenal namanya di kalangan pelanggan.- Francaisi mendapat khidmat sokongan daripada francaisor seperti
khidmat nasihat daripada aspek pengurusan, penyediaan produk, pembungkusan dan kewangan.
- Francaisi berpeluang menjalankan satu perniagaan dengan kaedah pengurusan yang telah terbukti kejayaannya.
- Panduan perniagaan yang lengkap daripada pihak francaisor membolehkan usahawan (francaisi) yang tidak ada pengalaman memulakan perniagaan
- Kedah perniagaan francais memberi peluang kepada pihak francaisor untuk mengembangkan perniagaannya di tempat lain di samping menambahkan lagi bilangan usahawan yang menceburi bidang perniagaan francais.
- Faedah ekonomi bidangan daripada produk serta pembelian secara pukal oleh francaisor.
► Kelemahan perniagaan francais- Francaisi perlu membayar bayaran yang kadang kala terlalu besar untuk
mendapatkan hak ke atas jenama produk dan pakej yang telah disediakan oleh pihak francaisor.
- Operasi perniagaan francaisi tertakluk kepada peraturan dan kaedah pengoperasian francaisor walaupun ia merupakan entiti perniagaan yang berasingan.
- Tiada kepelbagaian dalam perniagaan kerana francais hanya tertumpu kepada satu produk yang khusus.
- Imej cawangan lain yang terjejas akan melibatkan perniagaan francais itu secara keseluruhannya.
- Kemungkinan francaisi tertipu oleh francaisor. Francaisor akan mengambil hak perniagaannya dan beroperasi sendiri apabila perniagaan dilihat berkembang maju.
- Perikatan strategik adalah gabungan dua atau lebih firma dalam menjalankan urusan perniagaan.
- Gabungan boleh dilihat daripada aspek modal, teknologi, kemahiran, keluaran dan sebagainya.
- Tujuan penggabungan dijalankan :a. Mempelajari atau mendapatkan teknologi, produk, kemahiran
dan pengetahuan antara satu sama lain.b. Mengembangkan lagi perniagaan mereka dan tidak mahu
menanggung kos atau risiko secara bersendirian – meluaskan pasaran dan mengurangkan persaingan.
► Cabaran dalam perikatan strategik Menetapkan wawasan strategik yang jelas untuk mencapai pasaran baru,
memperoleh teknologi dan kemahiran, mencapai tahap ekonomi bidangan, menyebarkan risiko dan mengurangkan persaingan.
Mencari rakan kongsi yang sesuai dengan mengambil kira saiz dan stail organisasi, stail dan kecepatan pembuatan keputusan, proses penyelesaian sesuatu isu, sikap pihak pengurusan dan halangan-halangannya, serta persefahaman budaya.
Rancang, rancang dan rancang semula iaitu kedua-dua pihak lebih proaktif dan meletakkan fokus yang berterusan ke atas keperluan komersil dalam perhubungan mereka.
Menyemak semula secara berterusan perhubungan yang dibentuk supaya sasaran dan arah tuju perikatan ini boleh berubah mengikut perubahan masa dan perubahan dalam persekitaran.
► Perikatan strategik boleh diwujudkan melalui kaedah seperti berikut : Usahasama - dibentuk oleh firma-firma yang ingin memasarkan produk atau
perkhidmatan mereka dalam pasaran domestik dan antarabangsa. Contohnya EON telah menjalankan kerjasama dengan syarikat asing untuk memasarkan kereta tersebut ke luar negara.
Perlesenan – pembentukan perjanjian antara pemegang lesen dengan menerima lesen bagi mebolehkan penerima lesen memasuki sesuatu pasaran asing melalui tanggungan risiko yang minimum. Pemegang lesen berhak terhadap aspek proses pengeluaran, cap perdagangan, paten dan rahsia perniagaan.
Pengeluaran secara kontrak – berlaku apabila sesebuah syarikat pengeluaran tempatan mengadakan perjanjian dengan sebuah syarikat asing untuk
mengeluarkan barang atau perkhidmatan di loji pengeluaran di negara asing. Hasil pengeluaran syarikat penerima kontrak akan diimport kembali oleh syarikat di negara pemberi kontrak.
Pemilikan bersama – kerjasama antara syarikat tempatan dengan pelabur-pelabur asing dalam menjalankan sesebuah perniagaan. Ia melibatkan perkongsian hak milik dan kawalan dari aspek pengurusan sesebuah organisasi perniagaan.
► Kebaikan Perikatan Strategik
Berkongsi teknologi - pemindahan teknologi akan mengurangkan kos pengeluaran, pengeluaran menjadi cekap dan mencapai ekonomi bidangan.
Memperoleh kemahiran –kelemahan satu pihak akan diimbangi dengan kekuatan daripada pihak lain. Perikatan strategik saling lengkap-melengkapi.
Berkongsi kepakaran – syarikat boleh berkongsi kepakaran daripada entiti perniagaan yang berkenaan.
Risiko kerugian adalah rendah – setiap firma akan menanggung kerugian (menyebarkan risiko)
Meluaskan pasaran atau mendapatkan pasaran baru Memperoleh modal pelaburan yang besar. Contoh : Hicom dengan Daihatsu
Motor Mengurangkan persaingan – kesannya pengguna akan menikmati produk
yang lebih berkualiti dan murah kerana syarikat sentiasa berusaha untuk mengekalkan pelanggan sedia ada.
► Kelemahan Perikatan Strategik
Perbezaan pendapat akan menimbulkan perbalahan dan sukar untuk mencapai kata sepakat.
Perbalahan yang timbul mungkin menjejaskan reputasi syarikat. Pendedahan rahsia yang melampau akan merugikan salah satu pihak Syarikat perikatan tidak mepunyai jangka hayat yang kekal kerana
kebanyakannya dibentuk untuk satu tempoh yang telah dipersetujui. Perbezaan budaya seperti sistem pengurusan yang berlainan memerlukan
Apa jua bentuk kekayaan yang digunakan untuk menghasilkan lebih banyak kekayaan kepada entiti perniagaan.
► Jenis-jenis Modal
MODAL TETAP MODAL KERJA MODAL TUMBUHMelibatkan pembelian aset tetap untuk menjalankan urus niaga yang boleh digunakan dalam proses pengeluaran. Oleh kerana modal ini digunakan untuk jangka masa panjang, modal tetap akan mengalami susut nilai tahunan seperti mesin, bangunan dan kenderaan.
Tabung sementara semasa urus niaga pengeluaran dijalankan. Modal kerja digunakan untuk membiayai operasi perniagaan dalam jangka masa pendek. Kegunaan modal kerja adalah untuk membeli inventori, membiayai jualan kredit dan perbelanjaan. Modal kerja juga dikenali sebagai dana semasa perniagaan.
Digunakan untuk mengembangkan atau mengubah arah tuju perniagaan pada masa hadapan. Untuk membolehkan saiz perniagaan dikembangkan, sejumlah modal perlu disimpan untuk digunakan untuk bagi tujuan membesarkan perniagaan seperti menggunakan keuntungan, simpanan peribadi dan membuat pinjaman.
► Sumber modal ( Pembiayaan) Pembiayaan modal ekuiti
- Pelaburan peribadi pemilik perniagaan. Ia jga dikenali sebagai modal berisiko kerana pelabur menaggung risiko kehilangan wang mereka semuanya gagal.
- Kebaikannya ialah modal tidak perlu dibayar semula seperti pinjaman dan tidak perlukan sandaran.
- Kelemahan modal ekuiti ialah terpaksa menanggung risiko yang besar apabila perniagaan gagal dan sumber modal yang terhad.
- Kaedah pembiayaan yang melibatkan pinjaman dan pembayaran balik pinjaman bersama-sama dengan faedah. Ia juga dikenali sebagai pembiayaan berasaskan aset kerana memerlukan aset untuk disandarkan bagi mendapatkan pinjaman.
- Pembiayaan jangka pendek (< 1 tahun) ; biasanya melibatkan pembelian aset seperti mesin dan peralatan, tanah, bangunan dan lain-lain aset.
- Kebaikan modal hutang ialah :a) Status pemilikan tidak akan terhapusb) Lebih banyak pinjaman berpotensi memberikan
pulangan ekuiti yang besar.c) Jika kadar faedah rendah, kos pinjaman juga rendah.
- Keburukan modal hutang ialah :a) Kadar bayaran balik termasuk faedah pinjaman adalah
berterusan dan mest dibayarb) Kemungkinan wujud masalah aliran tunai kerana terpaksa
memenuhi oblogasi pembayaran yang tetap.c) Penggunaan pinjaman yang banyak akan menyebabkan
pertumbuhan dan pembangunan perniagaan terbantut.
Perbezaan antara hutang dengan ekuiti.DIMENSI HUTANG EKUITI
Tuntutan Pihak yang memberi pinjaman berhak membuat tuntutan pembayaran balik kepada pihak yang meminjam walaupun perniagaan tersebut memperoleh keuntungan atau sebaliknya.
Tiada hak untuk membuat tuntutan kerana mereka merupakan sebahagian daripada pemilik perniagaan.
Pulangan Fedah dikenakan ke atas setiap pinjaman yang dibuat berdasarkan jumlah pokok dan kadar bunga.
Agihan keuntungan ditentukan mengikut tempoh akhir kewangan sesebuah perniagaan.
Kuasa Pemberi pinjaman tidak mempunyai kuasa dalam urusan pengurusan sesebuah perniagaan kerana mereka ialah pihak luaran yang yang tidak terlibat dalam hal-ehwal pengurusan.
Sumbangan ekuiti oleh pihak ini akan memberi kuasa ke atas hak pengurusan. Mereka boleh menentukan dasar dan strategi sesebuah perniagaan.
Contoh Pinjaman yang diberikan dalam bentuk wang oleh bank, syarikat kewangan atau syarikat kredit. Pihak pembekal membekal bahan
Pelaburan awal yang dikeluarkan oleh pelabur, keuntungan yang diperoleh perniagaan yang akan digunakan semula dalam
mentah dan pihak lain membeli sijil-sijil berharga.
mengembangkan perniagaan.
► Sumber modal ( Kewangan)
Modal Formal- Sumber modal formal yang diperolehi melalui pembiayaan daripada
institusi kewangan dan bank, syarikat pemfaktor dan jualan saham modal.
- Sumber-sumber modal formal a) Overdraf
- Pengeluaran wang daripada bank lebih daripada apa yang dipunyai oleh seseorang pendeposit.- Pendeposit mesti mempunyai akaun simpanan semasa dalam bank berkenaan. Urusan pengeluaran wang di bank dibuat dengan menggunakan cek.- Jumlah had maksimum yang dibenarkan sebagai overdraf berbeza antara seorang dengan seorang yang lain
bergantung jumlah permohonan oleh pendeposit yang dibenarkan oleh pihak bank.
b) Pinjaman berpenggal.- Pembiayaan jangka panjang (3-10 tahun)- Perlu mencagarkan aset kepada pihak bank atau seorang atau lebih penjamin- Bayaran balik pinjaman adalah berpenggal atau beransur-
ansur.
c) Sewa pajak @ sewa beli- Biasanya membeli aset-aset perniagaan seperti mesin, peralatan, perabut dan sebagainya.
d) Jualan saham modal.- Menerbitkan saham- Tertakluk dibawah Akta Syarikat 1965- Pelabur akan diberi dividen dan jumlah dividen bergantung kepada keuntungan syarikat.
Modal Tidak Formal- Ia tidak melibatkan proses permohonan dan pendokumentasian yang
rumit- Sumber-sumber modal tidak formal :
d) Modal teroka- Modal yang disumbangkan oleh usahawan pada peringkat permulaan perniagaan.- Modal ini dibiayai oleh simpanan pemilik sendiri.
b) Ekuiti- Pendapatan tertahan – keuntungan yang tidak diagihkan kepada pemegang saham. Ia digunakan dalam kitaran operasi syarikat atau dilaburkan semula untuk meningkatkan keuntungan sesebuah syarikat.
c) Hutang- Pinjaman modal daripada rakan atau saudara- mara- Modal venture / pelabur persendirian – usahawan meminjam daripada orang lain (kapitalis venture). Untung yang diperoleh oleh usahawan akan diberikan kepada pemberi pinjaman sebanyak 20- 22 peratus beserta sebanyak dua peratus lagi.
2.7 Kemudahan dan BantuanA Bantuan Kewangan serta Agensi yang Terlibat
► Bantuan kewangan boleh diberi dalam bentuk wang, subsidi dan pinjaman.
► Bantuan pinjaman boleh disalurkan melalui tiga agensi berikut iaitu agensi kerajaan, badan berkanun dan pihak swasta.
► Agensi kerajaan yang menawarkan bantuan kewangan ialah Kementerian Pembanguna Usahawan. Contoh bantuan yang disediakan seperti : Amanah Ikhtiar – pinjaman antara RM 500 hingga RM 10 000 Tabung Bantuan Usahawan Kecil – pinjaman antara RM 10 000 hingga
RM 50 000. Tabung Pemulihan Usahawan menyediakan kemudahan kewangan untuk
usahawan kecil dan sederhana (IKS). Tabung Usahawan Baru Tabung Bantuan Teknikal Perindustrian (ITAF) Tabung Pembangunan Asean – Jepun ; Galakan dalm sektor pembuatan,
pertanian dan pelancongan.
► Badan-badan berkanun – menawarkan bantuan kewangan kepada golongan usahawan seperti berikut : Majlis Amanah Rakyat (MARA) – menyediakan bantuan kewangan untuk
usahawan bumiputera. Bank Pembangunan – Bank Pembanguna Malaysia Berhad, Bank Pertanian
Malaysia Berhad dan Bank Industri Malaysia Berhad. Perbadanan Jaminan Kredit Malaysia (CGC) – Malaysia Credit Finance Bhd,
Public Finance Bhd dan OCBC Finance Bhd.
► Pihak swasta yang menawarkan bantuan kewangan kepada golongan usahawan seperti berikut : Bank Perdagangan – Malayan Banking Bhd, BSN Commercial Bhd dan Bank
Islam Malaysia Berhad Syarikat kewangan berlesen – Am Fiannce Bhd dan Asia Commercial Finance
d) SIRIM – teknikale) MARDI – pertanian dan teknologi makanan.
D Program Pembangunan Usahawan dan Agensi yang Terlibat► Program Pembangunan Vendor – bertujuan membangunkan IKS dan
meningkatkan jumlah usahawan bumiputera dalam sektor pembuatan.
► Program Mentor-Mentee – Syarikat besar (mentor) mmberi latihan, bimbingan dan pendedahan serta nasihat kepada bakal-bakal usahawan bumiputera IKS (mentee supaya boleh bersaing diperingkat antarabangsa dan mampu bersaing.
► Program Pembangunan Francais – program di mana francaisor membantu francaisi dalam pengurusan dan pemasaran, bahan mentah dan modal.
► Program / Projek PROSPER – berkaitan dengan bidang peruncitan. Ia diuruskan
oleh PERNAMA di bawah pengawsan Angkatan Tentera Malaysia.
► Program Teknikal oleh MARA – menyediakan kemudahan latihan keusahawan, bengkel perniagaan, mesin dan peralatan, pembiayaan serta bimbingan dan nasihat projek secara pakej bagi melahirkan usahawan dalam bidang teknikal. Program ini terbuka kepada pelatih-pelatih IKM, Giat Mara dan individu yang layak
E Kemudahan Pemasaran dan Agensi yang Terlibat► FAMA – memasarkan hasil-hasil pertanian
► Kementerian Pembanguan Usahawan (KPU) – kursus, bengkel, seminar dan ekspo. Ini membolehkan usahawan bertemu dengan usahawan lain untuk memperkenalkan produk masing-masing.
► MITI membnatu pemasaran seperti berikut :d) Melalui MATRADE – menyediakan kemudahan promosi pemasaran untuk
ekspo menerusi bahagian perdagangan antarabangsa.e) Program Pembangunan Vendor – menyediakan cara untuk membolehkan
pembekal dan pengilang barang-barang perindustrian, alat mesin dan jentera yang digunakan untuk industri besar dan syarikat antarabangsa
seperti Skim Kompenan Proton di bawah perusahaan Otomobil Bhd (EON), Skim Elektrik dan Elektronik oleh Sapura Holdings Sdn. Bhd, Sony dll.
f) Program pemasaran bersepadu untuk membolehkan IKS menembusi pasaran pada peringkat awal perniagaan kemudiannya menuju kepada pasaran terbuka. Contoh ; syarikat Besta Distributors – produk berasaskan makanan , keperluan rumahtangga dan kosmetik.
2.8 Rancangan PerniagaanA Definisi Rancangan Perniagaan
► Rancangan perniagaan Suatu dokumen bertulis yang dirangkakan oleh usahawan untuk merancang
proses perniagaan yang akan dijalankan pada masa akan datang. RP memperincikan tujuan suatu usaha meneroka perniagaan, menggambarkan
operasi dan menerangkan soal perniagaan yang akan dijalankan.
B Tujuan Rancangan Perniagaan1. Menyediakan garis panduan dalam usaha memulakan perniagaan
- RP menjelaskan secara terperinci tentang misi, matlamat, objektif,belanjawan, dan ramalan kewangan sesuatu aktiviti perniagaan.
- Oleh itu, ia adalah sebagai garis panduan/ sumber rujukan untuk usahawan memulakan perniagaan dalam menentukan hala tuju perniagaan tersebut seterusnya mencapai matalamat yang telah ditetapkan.
2. Menggalakkan penggunaan sumber yang cekap- RP menyenaraikan aktiviti yang akan dijalankan, jenis dan kos yang terlibat.- Ini dapat mengurangkan pembaziran dan membantu mencapai matlamat
perniagaan.
3. Menyakinkan pihak-pihak berkepentingan- Dapat memberi tanggapan positif terhadap aktiviti perniagaan yang akan
dijalankan.- Dapat menyakinkan bank, pelabur dan menjamin perolehan modal yang
mencukupi.
4. Sebagai alat penilaian prestasi- Penilaian prestasi boleh dilakukan semasa atau selepas sesuatu aktiviti itu
dijalankan.- Hasil penilaian prestasi daripada aktiviti yang dijalankan boleh
dibandingkan dengan apa yang telah dirancang.- Hasil penilaian prestasi dapat membantu organisasi untuk mengenalpasti sama
ada matlamat RP telah dicapai atau tidak.
5. Sebagai alat kawalan- RP memudahkan kawalan perjalanan perniagaan mengikut rancangan.
- Ia juga dgunakan untuk mengukur tahap pencapaian organisasi perniagaan dalam suatu tempoh tertentu
- Tindakan pembetulan boleh diambil dengan segera apabila penyelewengan berlaku.
6. Sebagai alat membuat keputusan- RP menyedarkan usahawan tentang masalah yang mungkin timbul dan
persediaan yang perlu dibuat.- Keputusan yang cepat dan tepat dapat dibuat apabila masalah timbul.
C Sasaran atau Pengguna Rancangan Perniagaan (Pihak yang memerlukan RP)► Usahawan sendiri
- sebagai garis panduan untuk menjalankan perniagaan- memahami projek secara keseleluruhannya- tujuan pelaburan dan pembiayaan
► Bakal pelabur dan pemberi pinjaman- Melabur dalam perniagaan dan mengharapkan pulangan- Mengetahui secara terperinci mengenai perniagaan yang akan dijalankan
sebelum membuat pelaburan- Melihat sama ada perniagaan berdaya maju atau tidak
► Pembekal- memberi jualan kredit jika kedudukan kewangan baik- meyakinkan pihak pembekal terhadap kemantapan perancangan perniagaan ke
arah mendapatkan bekalan atau bahan mentah secara kredit.
► Pelanggan- memberi keyakinan kepada pelanggan terhadap produk atau perkhidmatan
yang bakal dikeluarkan.- untuk meyakinkan pelanggan bahawa syarikat mampumengisi keperluan projek
dengan baik dan terancang.
► Pekerja- menarik calon yang bekelayakan dan pekerja mempunyai matlamat yang sama.- Memberi pendedahan kepada pekerja terutamanya pihak pengurusan terhadap
matlamat dan tujuan perniagaan serta peranan mereka dalam mencapai matlamat tersebut.
► Bank / Institusi Kewangan / Pembiaya- meyakin untuk membuat pinjaman- menilai permohonan bagi pembiayaan sesuatu projek sama ada berdaya maju
atau tidak serta mampu membayar balik pinjaman yang bakal diluluskan.
D Format Utama Rancangan Perniagaan► Rumusan Eksekutif
- Memberi satu tanggapan umum kepada pengguna tentang perniagaan yang hendak dimula dan dijalankan.
- Rumusan eksekutif mengandungi misi syarikat, kelebihan dan keunikan jualan, perancangan untuk masa hadapan dan sebagainya.
► Pengenalan- Maklumat asas perniagaan hendaklah dimasukkan supaya pembaca dapat
mengetahui maklumat yang dibincangkan.
- Pengenalan termasuklah nama syarikat, lokasi, jenis perniagaan, barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan.
- Pengenalan menerangkan tentang latar belakang industri perniagaan yang dijalankan seperti jenis industri dan keadaan industri tersebut dari segi perkembangan dan potensi pada masa hadapan.
► Tujuan- Menjelaskan matlamat jangka pendek dan jangka panjang serta bagaimana
matlamat tersebut boleh dicapai.- Contoh tujuan RP adalah untuk mendapat sumber kewangan seperti pinjaman
kewangan daripada pihak bank.
► Latar belakang syarikat- Mengandungi senarai butir latar belakang syrikat.- Contoh jenis milikan perniagaan sama ada tunggal, perkongsian atau syarikat.- Contoh entiti perniagaan syarikat perlu menyenaraikan ahli lembaga pengarah.
► Strukrur organisasi- Menunjukkan kumpulan pengurusan dan struktur organisasi formal bagi
sesebuah perniagaan.- Menyatakan fungsi utama pengurusan, pemasaran, pengeluaran, kewangan dan
sumber manusia.- Contoh perlu menyatakan nama pengurus yang bertanggungjawab dalam