1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Ulam nasi kerabu dan laksa terdiri daripada pelbagai jenis ulam ulaman seperti daun kesum, serai , kobis , kacang panjang, bunga kantan, daun selom dan sebagainya. Ulaman akan dipotong kepada saiz tertentu dan digaul bersama. Dalam proses melakukan ulam ulaman untuk sesuatu masakan perlu ada spesifik memerlukan bantuan dari pada mesin pemotong ulam. Malah dengan mengggunakan cara lama iaitu tanganakan mengambil masa yang lama dan potongannya tidak sekata disamping boleh menjejaskan kebersihan persekitaran. Sebagai contoh persekitaran di dapur bersepah, ulam ulaman bertaburan di lantai, pisau tidak tersusun dengan teratur dan sebagainya. Dengan menggunakan mesin pemotong ulam akan dapat menyelesaikan masalah-masalah tersebut. Kebersihan persekitaran dapur akan menjadi bersih dan teratur. Malah, dengan menggunakan mesin, peralatan dapur juga tersusun seperti pisau, papan pemotong dan sebagainya. Selain itu, mesin pemotong ulam dapat meningkatkan masa yang singkat kerana menggunakan automatik, pemotongan lebih teratur dan seragam.Selain itu, dengan menggunakan manual atau pisau akan berlakunya kemalangan. Sebagai contoh, jari terluka akibat terkena pisau. Oleh itu, dengan menggunakan mesin pemotong ulam keselamtan terjamin kerana mesin ini mempunyai pelindung mata alat atau pisau untuk melindung tangan mahupun mata alat mesin.
63
Embed
BAB 1 PENGENALANdmeinnovationproject.com/pdf.php?pdf=Binder...Dalam proses melakukan ulam ulaman untuk sesuatu masakan perlu ada spesifik memerlukan bantuan dari pada mesin pemotong
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN
Ulam nasi kerabu dan laksa terdiri daripada pelbagai jenis ulam ulaman seperti
daun kesum, serai , kobis , kacang panjang, bunga kantan, daun selom dan sebagainya.
Ulaman akan dipotong kepada saiz tertentu dan digaul bersama. Dalam proses
melakukan ulam ulaman untuk sesuatu masakan perlu ada spesifik memerlukan
bantuan dari pada mesin pemotong ulam. Malah dengan mengggunakan cara lama
iaitu tanganakan mengambil masa yang lama dan potongannya tidak sekata disamping
boleh menjejaskan kebersihan persekitaran. Sebagai contoh persekitaran di dapur
bersepah, ulam ulaman bertaburan di lantai, pisau tidak tersusun dengan teratur dan
sebagainya. Dengan menggunakan mesin pemotong ulam akan dapat menyelesaikan
masalah-masalah tersebut. Kebersihan persekitaran dapur akan menjadi bersih dan
teratur. Malah, dengan menggunakan mesin, peralatan dapur juga tersusun seperti
pisau, papan pemotong dan sebagainya. Selain itu, mesin pemotong ulam dapat
meningkatkan masa yang singkat kerana menggunakan automatik, pemotongan lebih
teratur dan seragam.Selain itu, dengan menggunakan manual atau pisau akan
berlakunya kemalangan. Sebagai contoh, jari terluka akibat terkena pisau. Oleh itu,
dengan menggunakan mesin pemotong ulam keselamtan terjamin kerana mesin ini
mempunyai pelindung mata alat atau pisau untuk melindung tangan mahupun mata
alat mesin.
2
1.2 PENYATAAN MASALAH
Pelbagai masalah sering timbul ketika memotong ulam ulaman dengan
menggunakan pisau. Antaranya ialah pemotongan yang tidak seragam. Hal ini
keranaianya bergantung kepada seseorang individu sama ada seorang yang pakaratau
tidak pakar. Masalah yang seterusnya ialah kaedah pemotongan menggunakan pisau.
Inikerana, dengan menggunakan kaedah ini masa yang diambil untuk memotong ulam
mengambil masa yang lama. Sebagai contoh, dengan menggunakan kaedah ini dapat
memotong 5kghingga 10kg dalammasa 30minit. Selainitu, masalah yang seterusnya
ialah kebersihan persekitaran dapur. Hal ini kerana ketika memotong ulamakan
terjatuh di atas lantai dan dapur akan menjadi berselerak.
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
Di dalam membina dan menyiapkan projek ini terdapat beberapa objektif yang
ditetapkan untuk dicapai. Antaranya objektif bagi kajian dijalankan ialah:
i. Mereka bentuk alat yang boleh memotong ulam-ulaman.
ii. Memfrabikasikan prototaip pemotong yang boleh memotong pelbagai jenis
ulam.
iii. Menguji keberkesanan prototaip yang dihasilkan.
1.4 SKOP KAJIAN
Skop kajian atau had projek perlu dibuat sebagai rujukan bagi memastikan
setiap perlaksanaan projek tidak terkeluar dari objektif yang ingin dicapai. Skop
perlaksanaan projek ditetapkan berdasarkan objektif atau matlamat projek. Oleh itu,
projek ‘mesin pemotongan ulam ulaman’ ini mestilah tidak melampaui matlamat dan
fungsinya. Diantaranya :
i. Alat ini dapat memotong kurang 5kg per 30minit.
ii. Berat maksimum yang dapat mesin ini tamping adalah seberat 5kg
iii. Mesin ini bersaiz 35cm x 20cm x 10cm.
iv. Menggunakan 1 bilah dan 2 motor AC
3
1.5 RUMUSAN BAB
Kesimpulannya, daripada perlaksanaan projek ini dapat belajar cara yang
sesuai untuk sesuatukajian dengan menggunakan topic-topik diatas. Objektif
merupakan satu kajian untuk menetapkan sesuatu matlamat sesebuah projek dan
matlamat itu harus dicapai setelah mesin siap dicipta. Seterusnya penyata masalah
adalah satu kunci untuk mencipta sesebuah projek. Hal ini kerana daripada penyata
masalah boleh mencipta atau memberi kemudahan daripada permasalahan yang
terdapat daripada masalah orang ramai. Selain itu, skop kajian adalah satu kajian yang
membataskan sesuatu projek dimana dengan skop kajian memudahkan mencapai
objektif dan matlamat sebuah projek.
4
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 PENGENALAN
Ulam merupakan gelaran kepada tumbuhan yang dimakan secara mentah atau
sekadar dicelur (direndam sekejap dalam air panas) sebelum dimakan bersama nasi.
Ulam juga biasanya dimakan bersama dengan perasa seperti budu, cencaluk atau
sambal belacan, sebelum dimakan bersama nasi. Ulam sudah terkenal sebagai
hidangan harian utama di kalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Ulam
diambil daripada pelbagai bahagian tumbuhan yang boleh dimakan. Ini termasuklah
pucuk, daun, umbut, biji, buah, ubi, dan kadang-kadang bunga. Sayur-sayuran biasa
boleh dianggap ulam apabila dimakan sebegitu sahaja. Ini termasuklah sayur-sayuran
seperti timun, kubis, dan terung. Selain daripada sayur-sayuran biasa, terdapat satu
lagi kumpulan ulam ialah ulam tradisional. Ulam tradisional lebih meluas
penggunaannya termasuk digunakan sebagai ulam biasa, sebagai bahan masakan
seperti dalam penyediaan nasi ulam atau nasi kerabu dan masakan sayur lemak serta
sebagai bahan perubatan seperti penyakit kencing manis atau darah tinggi.
2.2 JENIS-JENIS ULAM
Terdapat pelbagai jenis ulam yang dimakan untuk setiap jenis hidangan
antaranya untuk Nasi Kerabu. Ulam yang digunakan ialah daun pegaga, timun, kacang
panjang, bunga kantan, kacang botol, dan sebagainya. Manakala untuk Laksa Pahang,
5
ulam yang digunakan seperti timun, taugeh, kacang panjang, daun kesum dan daun
selasih.
Rajah 2.1: Timun
Nama saintifik bagi timun ialah Cucumis sativus. Khasiat mengandungi
banyak nutrien seperti protein, kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A,
B1,B2 dan C. Ia mengandungi racun alkoholis jenis hipoxanti yang berkesan untuk
merawat kanak-kanak kecacingan. Ia juga membantu marawat sakit tekak akibat
batuk. Ia juga dapat mengubati penyakit berak berdarah. (Rujuk rajah 2.1)
Rajah 2.2: Kacang panjang
6
Nama saintifik bagi kacang panjang ialah vigna unguiculata sesquipedalis.
Khasiat kacang panjang adalah sumber protein yang baik, vitamin A, thiamin,
riboflavin, besi, fosfor, kalium, vitamin C, folat, magnesium, dan mangan.
Penggunaan selain sebagai masakan, kacang Panjang juga dapat digunakan sebagai
bahan ubat-ubatan untuk mengubati beberapa penyakit seperti anti kanser, kanser
payudara, leukemia, antibakteri, antivirus, antioksidan, gangguan saluran kencing,
peluruh kencing, batu ginjal, mencegah kelainan antibodi, meningkatkan fungsi limpa,
meningkatkan penyatuan DNA dan RNA, meningkatkan fungsi sel darah merah, beri-
beri, demam berdarah, kurang darah, sakit pinggang, rematik, pembengkakan,
meningkatkan nafsu makan, dan sukar buang air besar. Rujuk rajah 2.2
Rajah 2.3: Salad
Nama saintifik bagi salad ialah lactuca sativa. Khasiat buah jering dimakan untuk
merawat kencing manis. Daunnya pula digunakan untuk merawat pelbagai jenis
penyakit kulit dan gatal-gatal. Daun salad atau nama sainsnya Lactuca sativa,
merupakan penawar kepada masalah insomia atau gangguan tidur. Tumbuhan ini kaya
dengan zat besi, kalsium,fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C, mangnasium
dan zink itu mengandungi sejenis kompaun yang dikenali sebagai lactucarium yang
bertindak sebagai sedatif. Penggunaan salad dimakan sejuk dan mentah di dalam
hidangan salad, hamburger, taco, lain lain hidangan. (Rujuk rajah 2.3)
7
Rajah 2.4: Kacang botol
Nama saintifik bagi kacang botol ialah (Psophocarpus tetragonolobus). Khasiat
kacang botol muda mempunyai banyak kalsium,besi dan vitamin A. mempunyai
banyak protein. air bancuhan daun kacang botol dapat digunakan untuk mencuci mata
yang bengkak dan bisul yang bernanah. daun kacang botol ini juga boleh dimakan
untuk mengubati ulser kulit dan mengandungi 30% kandungan karbohidrat. (Rujuk
rajah 2.4)
.
Rajah 2.5: Daun pegaga
Nama saintifik bagi daun pegaga ialah Centella asiatica. Khasiat pegaga ialah
untuk masalah tekanan darah rendah dan awet muda. Selain itu, ia juga dapat menjadi
penawar alahan, merawat asthma dan sesak nafas, anti kanser, penawar batu karang,
kencing berdarah, ulser dan merawat cirit birit. Penggunaan pegaga biasanya dijadikan
ulam dalam hidangan masyarakat Melayu. Ia juga dijadikan ekstrak minuman herba
atau jamu. Bagi masyarakat India, ekstrak daun pegaga dijadikan minuman musim
8
panas yang dicampur ais iaitu 'thandaayyee'. Pegaga juga digunakan dalam perubatan
Cina dan kaedah Ayurvedic di India. (Rujuk rajah 2.5)
Rajah 2.6: Selom
Nama saintifik bagi selom ialah Oenanthe javanica. Khasiat daun selom
mengandungi banyak kandungan air, protein, karbohidrat dan serabut. Daun dan
batang selom dapat meredakan penyakit seperti bisul, terkenan gigitan ular, kala
jengking dan bengkak kerana kanser. Air rebusan selom boleh diminum sebagai
penawar demam selsema, susah buang air kecil dan berak berdarah. Biji selom
dijadikan penawar jika didapati terlalu banyak darah dalam saluran darah. Buah selom
dijadikan perangsang buang air dan membantu mengeluarkan angin dalam perut dan
usus. (Rujuk rajah 2.6)
Rajah 2.7: Daun Kaduk
9
Nama saintifik daun kaduk ialah Piper sarmentosum. Khasiat daun kaduk
merupakan antioksidan dan kaya dengan vitamin dan mineral.Penggunaan. Dijadikan
bahan penaik rasa bagi makanan seperti udang kering, telur, ikan dan daging. Ini
kerana daun kaduk mempunyai sedikit aroma herba dan rasa yang berlada dan sedikit
pahit. Selain dari dibuat ulam bersama sambal belacan, daun kaduk juga dijadukan
bahan alam nasi ulam, pucuk tempoyak, laksa dan otak-otak Penang. (Rujuk rajah 2.7)
Rajah 2.8; Kobis
Nama saintifik bagi kobis ialah Brassica Oleracea. Khasiat sayur ini
mengandungi belerang atau sulfur, iaitu sejenis zat galian yang penting untuk
kesihatan. Kobis bukan sahaja berkesan untuk mengubati penyakit ulser dan barah
malahan juga berkesan untuk mengubati masalah–masalah lain di usus. Kobis yang
kaya dengan kalsium, fosforus, zat besi, sodium, potasium dan vitamin A, B-
Kompleks dan C dapat meredakan masalah di bahagian perut dan hati seperti yang
dialami oleh mereka yang lali arak. (Rujuk rajah 2.8)
2.3 KAEDAH PEMOTONGAN ULAMAN
2.3.1 Kaedah penggunaan pisau
10
Kaedah pemotongan ulam yang terdapat ialah menggunakan pisau atau secara
manual. Penggunaan secara manual merumitkan kerja pemotongan kerana
melambatkan proses pemotongan dan jika ulam dibiarkan lama akan menjadi lebam
dan rosak. (Rujuk rajah 2.9)
Rajah 2.9: Cara pemotongan menggunakan pisau
2.3.2 Kaedah pemotongan menggunakan mesin
Bagi pemotongan secara mesin atau penggunaan teknologi dapat menjimatkan
masa dan proses pemotongan. Oleh itu, ulam ulaman tidak mudah lebam dan rosak.
Rajah 2.10 menunjukan jenis-jenis mesin sayur.
Rajah 2.10: Mesin pemotong sayur
11
Rajah 2.11: Vegetable cutter
Merujuk rajah 2.11 Vegetable Cutter, Mesin Pemotong Sayuran, Mesin
Pemotong Singkong.Mesin Perajang sayur, Mesin pencacah sayur, Mesin pemotong
sayur, Indonesia sebagai salah satu negara tropis, memiliki berbagai potensi alam
berupa sayur dan buah. Menariknya,buah dan sayur tak hanya lazat dan bergizi untuk
dimakan. Ternyata buah dan sayur juga lazat dinikmati sebagai pencuci mulut yang
berupa kerepek sayur dan buah. Produk kerepek buah dan sayur ini, menjadi produk
yang meningkatkan daya jual buah dan sayur itu sendiri.Produk kerepek buah dan
sayur, dapat dibantu menggunakan mesin sederhana bernama vegetable cutter.
Vegetable Cutter atau mesin pemotong buah dan sayur ini berfungsi untuk memotong
buah dan sayur. Selain buah atau sayur, mesin ini juga boleh digunakan untuk
memotong kentang. Terdapat mata pisau yang berbeda untuk hasil potongan yang
berbeza. Vegetable cutter ini dapat memotong lobak dan buah- buahan, selainnya
dengan potongan yang sama antara satu sama lain sehingga hasil akhir sayur atau
buah yang dipotong menjadi lebih baik. Selain itu, dengan menggunakan vegetable
cutter ini, kerja memotong sayur dan buah dapat menjadi lebih efisyen dari segi waktu
mahupun kos. Mesin Pemotong Sayur dari Ramesia ini memiliki pisau yang diperbuat
dari besi tahan karat untuk kekuatan dan daya tahan yang lebih baik. Beberapa alat
luar biasa termasuk pisa yang lebih tajam dan pegangan yang baik untuk menjaga
keselamatan penggunaannya. Mesin pemotong sayur ini adalah alat yang sempurna
untuk kegiatan memotong berbagai macam jenis sayuran. Tidak hanya sayuran sahaja,
mesin ini juga dapat digunakan untuk memotong buah-buahan. Dengan jaminan
12
selama 1 tahun dan penyediaan alat ganti yang mudah diperoleh dan mesin ini
merupakan pilihan terbaik pengguna.
2.3.3 Kelemahan sistem semasa
Sistem yang sedia ada hanya menggunakan tenaga manusia sepenuhnya dan
tidak menggunakan sebarang mesin untuk proses pemotongan. Alat memotong yang
digunakan juga adalah alat yang sama iaitu pisau untuk memotong sayur yang sama
jenis.
2.3.4 Kadar pemotongan
Bagi kadar pemotongan secara manual mendapati masa yang diambil untuk
memotong ulam ulaman adalah selama 30 minit hingga satu jam untuk 5-10kg. Bagi
pemotongan secara automatik pula masa yang diambil adalah selama 15 minit hingga
30 minit bagi 5-10kg.
2.4 JENIS BAHAN YANG DIGUNAKAN
2.4.1 Pengertian tali pinggang penghantar dan bahagian-bahagiannya
Belt conveyor dapat digunakan untuk mengengkut material baik yang berupa
“unit load” atau “bulk material” secara menegak ataupun mengiring. Yang dimaksud
dengan “unit load” adalah benda yang biasanya dapat dihitung jumlahnya satu per
satu, misalnya kotak, kantong, balok dll. Sedangkan “Bulk Material” adalah material
yang berupa butir-butir seperti serbuk, pasir, simen dan lain-lain