1 BAB 1 PENGENALAN Air merupakan sumber tenaga bagi tumbuh–tumbuhan bagi melancarkan sistem fotosentesis. Air juga merupakan sumber yang penting didalam sektor pertanian sejak dari dahulu lagi . Kajian pertanian dikenali sebagai sains pertanian. Pertanian adalah merupakan tunggak asas kepada kehidupan manusia baik dari segi sumber makanan, kewangan dan ekonomi. Slogan „pertanian adalah perniagaan‟ sememangnya ada kebenaran. Situasi yang membolehkan aktiviti pertanian itu menjadi satu perniagaan boleh terjadi apabila pengeluaran hasil pertanian pekebun atau peniaga ini tadi bukan sahaja telah melebihi keperluan sara hidup diri, malahan telah dapat memberi keuntungan kepada pengusahanya. Hidroponik merupakan dua ungkapan Greek iaitu hidro yang bererti air dan phonos bererti kerja. Ia bermaksud aktiviti pertanian yang dijalankan dengan menggunakan air sebagai medium menggantikan tanah. Teknik ini telah digunakan sejak tamaddun awal sebelum masehi lagi. Taman Tergantung Babyloon antara sistem tanaman secara hidroponik yang masyur diikuti dengan Tamaddun Aztez di Mexico di mana masyarakat Indian menanam secara terapung di permukaan tasik yang cetek atau dapat di katakan sebagai sistem rakit. Dalam Tamaddun Mesir juga terdapat aktiviti penanaman secara hidroponik dijalankan. Pada masa kini seperti yang kita tahu kemerosotan ekonomi yang melanda negara kita amat lah kritikal. Ianya secara tidak langsung memberi kesan dan impak yang negatif kepada kita dari segi kewangan dan di sektor pertanian,maka dengan ini kita digalakkan untuk berjimat-cermat. Kajian projek ini dilakukan adalah merangkumi satu teknik penjimatan pembaziran air dan polibag dengan menghasilkan satu projek yang mudah dan berkos efektif kerana pada masa kini susah untuk mencari tempat untuk bercucuk tanam. Maka dengan ini terhasilnya idea projek Sistem Hidroponik DIY.
47
Embed
BAB 1 PENGENALAN...atau berkebun yang dilakukan sendiri tanpa bantuan pekerja professional. Istilah ini mula digunakan pada tahun 1960an oleh seseorang penyampai TV Britain, Barry
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
BAB 1
PENGENALAN
Air merupakan sumber tenaga bagi tumbuh–tumbuhan bagi melancarkan sistem fotosentesis.
Air juga merupakan sumber yang penting didalam sektor pertanian sejak dari dahulu lagi . Kajian
pertanian dikenali sebagai sains pertanian. Pertanian adalah merupakan tunggak asas kepada
kehidupan manusia baik dari segi sumber makanan, kewangan dan ekonomi. Slogan „pertanian
adalah perniagaan‟ sememangnya ada kebenaran. Situasi yang membolehkan aktiviti pertanian itu
menjadi satu perniagaan boleh terjadi apabila pengeluaran hasil pertanian pekebun atau peniaga ini
tadi bukan sahaja telah melebihi keperluan sara hidup diri, malahan telah dapat memberi
keuntungan kepada pengusahanya.
Hidroponik merupakan dua ungkapan Greek iaitu hidro yang bererti air dan phonos bererti
kerja. Ia bermaksud aktiviti pertanian yang dijalankan dengan menggunakan air sebagai medium
menggantikan tanah. Teknik ini telah digunakan sejak tamaddun awal sebelum masehi lagi. Taman
Tergantung Babyloon antara sistem tanaman secara hidroponik yang masyur diikuti dengan
Tamaddun Aztez di Mexico di mana masyarakat Indian menanam secara terapung di permukaan
tasik yang cetek atau dapat di katakan sebagai sistem rakit. Dalam Tamaddun Mesir juga terdapat
aktiviti penanaman secara hidroponik dijalankan.
Pada masa kini seperti yang kita tahu kemerosotan ekonomi yang melanda negara kita amat
lah kritikal. Ianya secara tidak langsung memberi kesan dan impak yang negatif kepada kita dari
segi kewangan dan di sektor pertanian,maka dengan ini kita digalakkan untuk berjimat-cermat.
Kajian projek ini dilakukan adalah merangkumi satu teknik penjimatan pembaziran air dan polibag
dengan menghasilkan satu projek yang mudah dan berkos efektif kerana pada masa kini susah
untuk mencari tempat untuk bercucuk tanam. Maka dengan ini terhasilnya idea projek Sistem
Hidroponik DIY.
2
1.1 PERNYATAAN MASALAH
Sesuatu inovasi itu selalunya datang dari pelbagai masalah. Wujudnyanya masalah,
lahirnya inovasi bagi menyelesaikan masalah tersebut. Oleh itu, projek hidroponik DIY ini
mengenalpasti beberapa masalah, diantaranya :
1.1.1 Ruang Untuk Berkebun
Ruang untuk berkebun adalah masalah utama yang kami dapati, kerana ianya mustahil
bagi penduduk tinggal dikawasan Bandar ataupun di perumahan yang ruang tanahnya
terhad.
1.1.2 Tidak Ramai Yang Mengetahui Sistem Ini
Setelah dikaji di internet malah membuat sedikit soal selidik didalam kelas kami dapati
masih ramai yang tidak mengetahui sistem ini , ada juga yang sekadar pernah
mendengar tetapi tidak tahu bagaimana ianya berfungsi dan sebagainya.
1.1.3 Pembaziran Air Dan Polibag Untuk Bercucuk Tanam
Seperti yang kita sedia ketahui, jika hendak bercucuk tanam ,kita mestilah menyiram
tanaman setiap hari dan hamper rata-rata pengguna menggukan polibag untuk
memulakan penamanan, secara tidak langsung ianya akan menyukarkan kerja kita dan
mengganggu aktiviti seharian kita. Bagi yang berkerjaya dan tiada masa lapang ianya
amatlah sukar untuk menyiram pokok setiap hari.
1.1.4 Halaman Rumah Yang Kotor
Penanaman yang biasa adalah menggunakan tanah , ini secara tidak langsung akan
menyebabkan kawasan ataupun halaman yang kita gunakan untuk bercucuk tanam akan
menyebabkan kekotoran daripada tanah tersebut.
3
1.2 PENYELESAIAN MASALAH
Setiap permasalahan haruslah mempunyai penyelesaiannya, antara penyelesaian masalah
yang kami dapati adalah seperti berikut :
i. Mereka bentuk satu struktur yang kukuh untuk membina sistem tanaman yang
mudah pasang iaitu Sistem Hidroponik DIY (Do It Yourself)
ii. Meminimumkan medium tanah bagi mengurangkan kotoran tanah semasa
bercucuk tanam.
iii. Menggunakan pasu bunga mini untuk menggantikan polibag sebagai pasu
bunga.
iv. Mengurangkan pembaziran air semasa bercucuk tanam.
1.3 OBJEKTIF PROJEK
Merujuk kepada penyataan masalah yang berlaku untuk mencari penyelesaian terhadap
masalah tersebut, antara objektif untuk menghasilkan projek ini adalah :
i. Merekabentuk sistem tanaman hidroponik jenis DIY.
ii. Membina satu sistem hidroponik menggunakan paip jenis pvc yang mudah untuk
dipasangkan.
iii. Menguji dan menganalisa kadar aliran air serta sudut keboleh aliran air dalam
sistem hidroponik ini.
4
1.4 SKOP KAJIAN
Sistem Hidroponik DIY ini sesuai untuk pengguna yang terhad kawasan tanaman dan
untuk orang yang mahu berkebun secara kecil-kecilan. Sistem ini juga menggunakan
paip jenis pvc bersaiz 1 inci untuk rangka dan 3 inci untuk tempat tanaman,pam yang
akan digunakan adalah jenis submersible dan 1 tangki bersaiz serdahana untuk air
daripada paip limpahan jatuh. Tanaman yang sesuai untuk sistem ini adalah sawi, daun
bawang,kangkung, kucai , serta tanaman kekacang
1.5 KEPENTINGAN KAJIAN
Sesuatu kajian itu perlu dilaksanakan kerana elemen penting bagi mengumpulkan data
serta memastikan sesuatu bahan yang dihasilkan itu mencapai objektifnya. Selain itu, untuk
melihat sejauh manaa keberkesanan sesuatu bahan yang dihasilkan. Ianya juga bagi
memastikan ssesuatu bahan yang dihasilkan itu dapat dihasilkan dengan jayanya.
5
BAB 2
KAJIAN LITERATURE
2.1 PENDAHULUAN
Tajuk umum, isu atau bidang yang menjadi tumpuan perlu dikenalpasti seterusnya
menyediakan konteks yang sesuai untuk tinjauan literatur. Istilah “literatur” bermaksud artikel
kajian yang dirujuk untuk memahami dan mengkaji permasalahan kajian. Kajian
literatur.digunakan untuk memberikan konteks kajian dengan melihat kajian yang telah dijalankan
dalam bidang kajian tersebut dan bukan sekadar meringkaskan kajian yang telah dijalankan oleh
penyelidik lain. Trend keseluruhan tajuk, cadangaan dalam teori, metodologi, bukti dan
kesimpulan. Kajian yang dijalankan termasuklah dari internet, buku-buku rujukan,pemerhatian
serta pendapat dari penyelia projek kami.
Kajian ini dijalankan dengan mengkaji kaedah dan sesuatu yang belum pernah dihasilkan
sebelum ini. Harga juga mestilah berpatutan serta sesuai dengan fungsi serta kos yang digunakan
untuk menghasilkan penambahbaikan terhadap projek.
Kajian yang telah dijalankan mestilah dibandingkan dengan kesemua data untuk
memperoleh maklumat yang sahih boleh diguna pakai. Ianya bertujuan untuk memastikan projek
yang akan dihasilkan dapat memberimanfaat kepada pengguna.
6
2.1.1 Hidroponik
Pada masa kini masih ramai yang tidak mengetahui bahawa sistem penanaman
hidroponik adalah kaedah penanaman yang baru dalam dunia pertanian. Hidroponik dianggap
hal baru kerana memang hanya segelintir orang yang tahu dan paham tentang metode
ini.Sementara untuk skala komersial, metode hidroponik belum begitu popular. Hidroponik
adalah kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pohon kedalam air baja (nutrien) tanpa
mengunakan tanah. Kaedah ini menggunakan bahan seperti bulu mineral, sabut kelapa, pasir,
batu bata pecah, habuk kayu dan lain-lain menggantikan tanah.
Penanaman secara hidroponik dilakukan oleh individu sebagai hobi dan juga secara
besar-besaran untuk tujuan komersil. Di negara Singapura misalnya, oleh kerana kekurangan
tanah, bumbung-bumbung bangunan dijadikan tempat untuk menanam sayur-sayuran
seperti bakchoy, sawi, kailan dan bayam dimana semuanya menggunakan kaedah hidroponik.
Begitu juga, untuk penerokaan angkasa lepas, angkasawan boleh bercucuk tanamsayur-sayuran
di dalam kapal angkasa.
Kaedah yang sama digunakan oleh tentera di atas kapal perang, mahu pun kapal
selam.Dengan cara ini mereka tidak perlu membawa bekalan makanan yang terhad. banyak,
hanya sekadar membawa benih-benih sayur-sayuran dan boleh ditanam semasa dalam
perjalanan. Rujuk rajah dibawah untuk penerangan ini.
Pam adalah alat yang paling utama didalam projek ini kerana ianya digunakan untuk
melengkapkan Sistem Hidroponik DIY. Ianya amat penting untuk mengetahui jenis-jenis pam
yang sesuai mengikut spesifikasi yang diberikan.Spesifikasi pam air biasanya tertera dibelakang
kotak. Setiap pam mempunyai spesifikasi yang tersendiri dengan harga yang berlainan, jadi ianya
amat penting untuk mengetahui spesifikasi pam yang sesuai dengan harga yang berpatutan. Jadual
dan rajah dibawah menunjukkan contoh spesifikasi dan jenis pam air yang sesuai untuk sistem
hidroponik ini .
Jadual 2.4 : spesifikasi pam air yang sesuai untuk sistem hidroponik
Saiz dan pemilihan pam perlu dikira mengikut saiz sistem dan ketinggian sistem hidroponik itu
sendiri. Ini kerana semakin tinggi sistem semakin tinggi spesifikasi pam yang diperlukan.
26
Rajah 2.15 : pam air jenis mini
Rajah 2.16 : pam air pelbagai saiz dan spesifikasi
27
BAB 3
METODOLOGI
3.1 PENGENALAN
Metodologi kajian merupakan suatu perancangan yang rapi dari segi perjalanan projek
semester akhir ini. Bagi melancarkan perjalanan projek akhir, metodologi haruslah disusun
dengan sebaik mungkin. Dengan ini, setiap peringkat perjalanan projek tidak akan terkeluar dari
landasan yang telah ditetapkan atau dengan lebih tepat lagi, hasil diakhir kajian akan menepati
kehendak permasalahan yang hendak diselesaikan. Justeru itu, amatlah penting untuk
mengetahui dan memahami dengan mendalam setiap proses yang terdapat dalam struktur
metodologi kajian. Antara yang perlu dilakukan ialah dengan mendapatkan semua matlamat yang
berkaitan dengan jenis-jenis sistem Hidroponik. Langkah berikutnya ialah proses pengubahsuaian
dan penambahbaikan pada reka bentuk sistem Hidroponik.
Secara umumnya kaedah atau langkah kerja yang akan dilakukan untuk menyiapkan projek
dibahagikan kepada beberapa peringkat yang utama. Antara peringkat-peringkat tersebut adalah
seperti yang dinyatakan :
a) Kajian literature
b) Menghasilakn pengubahsuaian dan membuat penambahbaikan sistem Hidroponik
c) Melaksanakan ujian-ujian kadar alir air dan kesuburan tanaman yang telah dilaksanakan
Di dalam projek ini, kami menggunakan konsep ‘PRIME’ sebagai rujukan untuk
menyelesaikan projek .
28
3.2 Konsep kerja yang dilakukan
Projek ini menggunakan konsep kerja PRIME.
3.2.1 P - Problem statement ( penyataan masalah )
Masalah perlu dikenalpasti terlebih dasulu sebarang usaha dapat dilakukan untuk
menyelesaikan. Permasalahan yang terdapat dari pemerhatian ialah tiada ruang untuk berkebun.
Selain itu, tidak ramai yang mengetahui sistem ini. Seterusnya, pembaziran air dan polibag untuk
bercucuk tanam serta halaman rumah menjadi kotor.
3.2.2 R - Research ( penyelidikan )
Daripada kajian-kajian yang dilakukan dalam projek akhir ini adalah melalui kaedah temuramah
dengan setiap pihak yang berkaitan dengan projek akhir kami ini. Dalam kaedah ini, satu hari telah
ditetapkan untuk menjalankan proses temuramah ini. Proses ini dijalankan bersama ahli kumpulan
projek akhir. Selain itu, kaedah pencarian maklumat di Internet juga dilakukan untuk memudahkan
kerja pemasangan dan penanaman.
3.2.3 I - Invention (ciptaan/ pembuatan )
Memulakan projek dengan maklumat yang ada melalui hasil pencarian yang dilakukan.
3.2.4 M - Modification ( pengubahsuaian )
Melakukan pengubahsuaian apabila terdapat kegagalan atau permasalahan pada projek yang
telah diuji. Setelah pengubahsuaian dilakukan, projek tersebut diuji semula.
3.2.5 E - Evaluation ( penilaian )
Proses pengujian adalah amat penting dalam proses penghasilan sesuatu rekabentuk
projek.Pengujian juga menentukan kestabilan, keupayaan, kebolehgunaan, objektif yang
ditetapkan dan keselamatan projek yang dihasilkan. Kerja-kerja pemasangan dan ujikaji bagi
projek ini adalah dilakukan selepas proses pengukuran dan proses pemotongan dilakukan.
29
Kerja pemasangan yang dilakukan adalah mengikut perancangan yang dilakukan pada peringkat awal. Selain itu, ujikaji adalah amat penting dan bertujuan untuk memastikan setiap pengukuran yang dilakukan adalah tepat dan menjamin kestabilan dan keselamatan struktur projek.
3.3 Lakaran
Rajah 3.1 : Lakaran awal
Pada permulaannya kami memilih untuk meletakkan Sistem Hidroponik DIY ini pada dinding
rumah pengguna sahaja,akan tetapi untuk menampakkan lagi sistem ini supaya lebih menarik kami
memerlukan struktur rangka pada sistem ini kerana ianya berkemungkinan akan menarik minat
pembeli dan tidak menampakkan sistem ini biasa-biasa sahaja. Kemudian setelah berbincang
untuk kali kedua maka terhasillah lakaran kedua dan ketiga.
30
Rajah 3.2 : lakaran kedua
Rajah 3.3 : lakaran ketiga
Konsep lakaran kedua dan ketiga adalah dengan menggunakan „software adobe cs
photoshop’,Pada lakaran kedua, set diy ini menggunakan paip pvc jenis petak dan mempunyai
paip limpahan dan tangki yang besar,begittu juga dengan lakaran ketiga konsepnya sama tetapi
strukturnya berbentuk pyramid supaya Nampak lebih menarik.
31
3.3.1 Lakaran Akhir
Rajah 3.4 : Lakaran akhir
3.3.2 Lukisan Berkomputer
Konsep lakaran ketiga terhasil apabila setelah berbincang bersama penyelia kami untuk membuat
3 jenis set Sistem Hidroponik DIY. Pada konsep lakaran ini , iaanya menggunakan 3 set dengan
menggunakan 1 jenis pam dan 1 tangki untuk menampung air kepada ketiga-tiga set ini.
32
3.4 Pemilihan idea dengan menggunakan jadual penilaian bermatrik
Pemilihan konsep ini dilakukan dengan membuat perbezaan konsep dengan konsep rujukan
(Datum). Penilaian dan pemilihan ini dilakukan dengan menilai setiap konsep yang terdapat untuk
menentukan konsep yang terbaik. Langkah ini dinamakan Matrix Evaluation Method (Jalil,
M.K.A,2000) seperti yang ditunjukkan dijadual 3.1 dibawah. Keputusan yang diperolehi
ditentukan berdasarkan kelebihan dan kekurangan yang terdapat. Oleh itu, sebarang kelemahan
yang terdapat dalam rekabentuk yang dipilih boleh ditambah baik. Jadual 3.1 dibawah
menunjukkan perbandingan di antara rekabentuk konsep 1,2,3 dengan konsep rujukan.
Jadual 3.1 : Kaedah Pengiraan Matrik
NO KRITERIA KRITERIA
MINAT
KONSEP
1
KONSEP
2
KONSEP
3
Konsep
Rujukan
1 Rekabentuk
komersial
4 - + + D
A
T
U
M
2 Kos 5 + - -
3 Mudah alih 5 - - +
4 saiz 4 - - +
5 berat 4 + + -
6 bahan 4 + - +
7 Jumlah + 3 2 4 0
8 Jumlah -
9 Jumlah
Keseluruhan
Jadual 3.1 diatas, ( - ) mewakili bagi kriteria kurang memuaskan manakala ( + ) mewakili bagi
kriteria yang memuaskan. Konsep 3 mendapat pilihan memuaskan iaitu 8. Konsep 1 mendapat
keputusan sebanyak 4 manakala konsep 2 mendapat keputusan 0. Konsep 3 menjadi pilihan
rekabentuk.
3 4 2 0
4 0 8 0
=
=
=
33
3.5 Carta Alir
Rajah 3.5 : Carta alir kerja
34
3.6 Bahan Utama
Jadual 3.2 : Peralatan yang digunakan didalam projek ini
Bil Bahan Kegunaan
1 Tangki
Digunakan untuk menyimpan dan pengumpulan air
2 Paip Tanaman
Digunakan untuk meletakkan tanaman berserta pasu di dalam lubang berukuran 20 mm.
3 Mata penebuk (hole saw)
Mata bersaiz 20 mm dan digunakan untuk menebuk lubang pada paip tanaman.
35
4 Pam Akuarium
Digunakan untuk mengepam air dari tangki ke paip tanaman
5 Penyambung Tee dan Elbow
Penyambung Tee
Digunakan untuk menyambung paip bercabang yang sama diameter pada sudut 90 darjah kepada paip utama dan paip perkhidmatan.
Elbow 90 darjah
Digunakan untuk mengubah arah sambungan batang paip yang sama diameter pada sudut 90 darjah
6 Paip rangka
Diguanakan untuk membuat rangka kerana ia lebih ringan padat dan tahan panas.
36
7 Pasu tanaman
Digunakan untuk meletakkan tanaman
8 Gam paip
Digunakan untuk memperkemaskan lagi bahagian-bahagian paip yang bercantum.
37
3.6.1 Peralatan bengkel yang digunakan
Alatan bantuan yang diperlukan untuk melaksanakan projek dan juga semasa proses untuk
membina projekyang dilakukan.Tanpa alat bantuan kerja ini , projek yang dilakukan tidak akan
dapat dibuat dan tidak akan dilakukan dengan sempurna.
Jadual 3.3 : Peralatan dan kegunaan
PERALATAN KEGUNAAN
Gergaji
Digunakan untuk memotong paip rangka dan
paip tanaman .
Mata
Penebuk
(Hole
Saw)
Digunakan untuk menebuk lubang pada bahan
kerja iaitu paip paip pvc bewarna putih .
38
Mesin
Gerudi
Digunakan untuk menebuk lubang pada bahan
kerja .
Mata Gerudi
(step drill)
Digunakan untuk menebuk lubang pada paip pvc
supaya mudah untuk paip lutsinar kecil
dimasukkan
Pita
Pengukur
Alat ini digunakan untuk mengukur paip dengan
tepat sebelum dipotong.
39
Sesiku L
Alat digunakan untuk mengukur sudut 90
Pembaris
besi
Digunakan untuk mengukur dan membuat garisan
panjang pada paip tanaman.
40
Kikir
Digunakan untuk mengikir bahan kerja.Kikir
digunakan bagi tujuan mengikir tempat yang
mempunyai lebihan besi atau paip selepas
dipotong.Kerja ini dilakukan bagi tujuaan
kekemasan projek dan kekemasan lubang besar
yang ditebuk .
41
3.6.2 Anggaran Kos
Jadual 3.4 : Anggaran kos
BIL. BAHAN KUANTITI HARGA(RM)
1 Elbow 36 18.00
2 Penyambung T 23 16.10
3 Paip PVC 3inchi 9 40.50
4 Penutup (plug) 20 6.00
5 Endcap 18 54.00
6 Pam 1 30.00
7 Pita paip 1 2.00
8 Gam paip 1 2.70
9 Paip lutsinar 1 6.00
10 Tangki 1 19.90
11 Pasu 2set 21.80
TOTAL RM217.00
42
3.7 PEMBUATAN ( Langkah kerja proses pembuatan model )
3.13.1 Langkah 1
Pemotongan paip dilakukan bagi membina rangka dan paip tanaman dengan menggunakan
gergaji dan pita pengukur sehingga mencapai ukuran yang tepat.
Rajah 3.5 : proses pemotongan bahan kerja
3.13.2 Langkah 2
Apabila semua paip siap dipotong, proses pemasangan paip rangka dilakukan berlandaskan
formula berikut untuk mendapatkan sudut yang tepat
43
3.13.3 Langkah 3
Seterusnya, tebuk lubang bersaiz 2mm untuk meletakkan pasu. Setelah siap menebuk,
untuk kelihatan lubang yang ditebuk lebih kemas seharusnya melicinkan dengan menggunakan
alat pengikir.
Rajah 3.6 : proses menebuk lubang pada paip
3.13.4 Langkah 4
Kemudian pasang endcap pada paip tanaman. Jikalau ada kebocoran letakkan gam pada
endcap dan paip tanaman.
44
Rajah 3.7 : proses memasang endcap
3.13.5 Langkah 5
Akhir sekali, memasangkan kesemua sekali untuk dijadikan suatu projek. Lakukan
pengujian sudut kecerunan dan kadar alir air supaya ianya tepat dengan pengiraan.
Rajah 3.8 : pemasangan kesemua bahan
45
3.8 CARTA GANTT
46
3.9 Borang Ujilari Analisis Tumbuhan
Jadual 3.5 : rekod yang akan diambil pokok bawang
JENIS HARI TUNAS POKOK (cm) AKAR POKOK (cm)
TANPA
BAJA
BAJA
A/B
Jadual 3.6 : rekod yang diambil untuk mendapat sudut yang sesuai
SUDUT KECERUNAN(°) TINGGI PAIP KELAJUAN AIR
Jadual 3.7: rekod ujikaji flowrate
Bil. Masa (s) Isipadu (ml)
47
Jadual 3.7 : rekod ujikaji penyejatan air setiap hari