BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN Projek alat penyah bau najis kucing merupakan projek untuk meneutralkan bau busuk yang tidak menyenangkan. Bau busuk tersebut terhasil dari najis kucing yang terdapat di dalam sangkar kucing atau rumah kucing. Reka bentuk rumah kucing untuk alat penyah bau najis kucing di ambil sedikit daripada sangkar kucing yang digunakan untuk membawa kucing menaiki kereta untuk dibawa berjalan jauh bagi menetapi citarasa orang ramai dan orang ramai menyukainya. Kelebihan alat penyah bau najis kucing ini berbanding sangkar kucing yang biasa adalah, rumah kucing ini diubah suai dan di inovasi sendiri bagi menjimatkan kos dan mencetuskan idea yang menarik supaya boleh menarik minat peminat kucing untuk membeli rumah tersebut bagi memberi keselesaan kepada orang lain. Selain itu, rumah kucing ini juga mempunyai alat yang di gunakan untuk menyedut dan mengeluarkan udara yang wangi menggunakan kipas ekzos bagi keselesaan pengguna dan kawasan sekitarnya. Bahan semulajadi digunakan sebagai pewangi yang mudah didapat dan boleh di buat sendiri dengan tambahan beberapa barang lain. 1.2 PENGENALAN MASALAH Hasil tinjauan yang dapati di setiap kawasan perumahan terdapat dua atau tiga buah rumah yang membela haiwan peliharaan iaitu kucing. Di situ terdapat beberapa masalah yang di lihat. Antaranya, pencemaran bau najis kucing dan pembuangan najis
23
Embed
BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN - DME Innovation … 6771479442… · 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN Projek alat penyah bau najis kucing merupakan projek untuk meneutralkan bau
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 PENGENALAN
Projek alat penyah bau najis kucing merupakan projek untuk meneutralkan bau
busuk yang tidak menyenangkan. Bau busuk tersebut terhasil dari najis kucing yang
terdapat di dalam sangkar kucing atau rumah kucing. Reka bentuk rumah kucing untuk
alat penyah bau najis kucing di ambil sedikit daripada sangkar kucing yang digunakan
untuk membawa kucing menaiki kereta untuk dibawa berjalan jauh bagi menetapi citarasa
orang ramai dan orang ramai menyukainya. Kelebihan alat penyah bau najis kucing ini
berbanding sangkar kucing yang biasa adalah, rumah kucing ini diubah suai dan di
inovasi sendiri bagi menjimatkan kos dan mencetuskan idea yang menarik supaya boleh
menarik minat peminat kucing untuk membeli rumah tersebut bagi memberi keselesaan
kepada orang lain. Selain itu, rumah kucing ini juga mempunyai alat yang di gunakan
untuk menyedut dan mengeluarkan udara yang wangi menggunakan kipas ekzos bagi
keselesaan pengguna dan kawasan sekitarnya. Bahan semulajadi digunakan sebagai
pewangi yang mudah didapat dan boleh di buat sendiri dengan tambahan beberapa barang
lain.
1.2 PENGENALAN MASALAH
Hasil tinjauan yang dapati di setiap kawasan perumahan terdapat dua atau tiga
buah rumah yang membela haiwan peliharaan iaitu kucing. Di situ terdapat beberapa
masalah yang di lihat. Antaranya, pencemaran bau najis kucing dan pembuangan najis
2
kucing di merata tempat. Oleh itu, kami mahu menyelesaikan masalah tersebut dengan
membina sebuah alat penyah bau najis kucing.
1.3 PENYATAAN MASALAH
i. Pencemaran bau seperti masalah bau najis kucing yang tidak menyenangkan di
kawasan kediaman.
ii. Memerlukan reka bentuk yang bersesuaian untuk mengatasi masalah bau.
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif projek adalah sangat penting sebagai garis panduan bagi tujuan sesuatu
produk dihasilkan. Ia merujuk kepada pernyataan masalah yang berlaku untuk mencari
penyelesaian terhadap masalah tersebut. Berikut adalah objektif untuk menghasilkan alat
penyah bau najis kucing.
i. Mereka bentuk sesuatu alat untuk menyahbau najis kucing menggunakan bahan
semulajadi sebagai bahan pewangi untuk alat nyah bau.
ii. Memfabrikasi rumah kucing.
iii. Mengkaji keberkesanan alat penyah bau najis kucing pada rumah najis kucing.
1.5 SKOP
Skop kajian ini meliputi kaedah dan teori, terutamanya pada aspek fungsi dan
keadaan. Berikut adalah skop projek untuk menghasilkan sebuah alat penyah bau najis
kucing. Antara skop projek :
i. Alat ini hanya boleh digunakan untuk seekor kucing pada satu masa dan boleh
dikendalikan oleh setiap peringkat umur.
ii. Menggunakan penapis bau daripada bahan semulajadi seperti arang kayu, serai
3
wangi dan daun pandan.
iii. Diameter salur udara mudah alih sepanjang 213cm digunakan sebagai penyedut
udara.
iv. Menggunakan kipas ekzos arus terus bervoltan 12V.
4
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 PENGENALAN BAB
Bab ini membincangkan tentang konsep projek alat penyah bau najis kucing
secara menyeluruh. Kajian yang di jalankan termasuklah dari internet, pemerhatian,
perbincangan bersama pensyarah dan pengalaman. Kajian projek terdahulu juga didapati
di dalam bab ini. Tujuan perbincangan ini untuk menerangkan perspektif dan kaedah
yang digunakan dalam rekabentuk.
2.2 TENTANG KEDIAMAN KUCING
Di kawasan rumah kediaman tuan rumah akan memelihara haiwan peliharaan
seperti kucing. Kadang kala mereka akan membiarkan kucing bermain pada sekitar
kawasan rumah dan keadaan itu menyebabkan kucing membuang najis merata-rata.
Situasi itu akan menyebabkan pencemaran bau berlaku pada kawasan kediaman rumah.
Bagi menyelesaikan masalah itu, tuan rumah akan menyediakan sangkar kucing sebagai
tempat kediaman kucing untuk berehat dan sebagainya. Contohnya seperti dalam rajah
2.1, sebagai tempat bermain, membuang najis, tempat berehat, makan dan min
Rajah 2.1 : Sangkar kucing
Sumber : http://www.pocatz.com/product-category/beg-sangkar-kucing
5
2.3 PENERANGAN TENTANG AKSESORI DI DALAM SANGKAR KUCING
Kebiasaannya, sangkar kucing yang di beli daripada kedai haiwan, keadaan
sangkar itu hanyalah sangkar sangkar biasa yang tidak mempunyai sebarang peralatan
yang menarik. Oleh itu, tuan empunya kucing menghiasi kawasan di dalam sangkar itu
supaya kelihatan lebih menarik dan dapat menarik perhatian haiwan peliharaan untuk
mendiami sangkar tersebut. Lebih terperinci lagi, sangkar kucing akan di hiasi takungan
pasir, takungan najis, dan takungan air untuk kucing bermain atau membuang najis dan
tempat makan haiwan tersebut seperti dalam rajah 2.2, rajah 2,3 dan rajah 2.4.
Rajah 2.2 : Bekas makanan kucing
Sumber : http://www.priceza.com.my/s/Bekas-Makanan-Kucing
Rajah 2.3 : Bekas minuman kucing
Sumber : http://www.priceza.com.my/s/Bekas-Makanan-Kucing
6
Rajah 2.4 : Pasir yang digunakan untuk kucing
Sumber : http://www.priceza.com.my/s/Bekas-Makanan-Kucing
2.4 PENGGUNAAN BAHAN SEMULA JADI
Bahan-bahan yang terlibat dalam pengunaan alat kami ini ialah bahan semulajadi.
Diantara bahan yang kami gunakan adalah arang kayu, daun pandan dan serai wangi.
Bahan-bahan ini bukan sahaja mudah untuk di cari malahan kos amatlah murah. Bukan
itu sahaja, bahan semulajadi ini banyak kelebihannya. Oleh itu, kami akan menerangkan
satu persatu bahan yang digunakan.
a. Arang Kayu
Bahan yang pertama adalah arang kayu. Maksud terperinci bagi arang kayu ialah
arang adalah residu hitam berisi karbon yang dihasilkan dengan menghilangkan
kandungan air dan komponen volatil dari haiwan atau tumbuhan. Arang umumnya
didapatkan dengan memanaskan kayu, gula, tulang, dan benda lain. Arang yang hitam,
ringan, mudah hancur, dan meyerupai batu bara ini terdiri dari 85% sampai 98% karbon,
sisanya adalah abu atau benda kimia lainnya. Arang kayu sesuai untuk kami gunakan
untuk meresap bau busuk seperti najis kucing.
Arang ialah bahan bakar yang paling asas dalam dunia masakan. Arang merujuk
kepada kayu yang telah dibakar tetapi belum hangus sepenuhnya. Kelebihan arang kayu
adalah ia tidak mengeluarkan asap seperti kayu basah, dengan itu amat sesuai untuk
memasak. Arang mungkin dari kayu biasa atau kayu bakau. Di Malaysia, arang kayu
7
digunakan untuk membuat kuih bahulu, membakar sate dan memanggang ikan. Kayu
bakau yang diperolehi dari hutan di tepi pantai lebih sesuai untuk dijadikan arang yang
bermutu tinggi. Ini kerana kayu bakau lebih lurus, saiz yang hampir sama dan diperolehi
dari satu kawasan paya air masin sahaja. Harganya juga murah. Di Malaysia , pekan Batu
Arang yang terletak dengan bandar Rawang merupakan pengeluar arang batu kepada
Malaysia suatu ketika dahulu.
Arang kayu seperti dalam rajah 2.5 adalah arang yang terbuat dari bahan dasar
kayu. Arang kayu paling banyak digunakan untuk keperluan memasak seperti yang
dijelaskan sebelumnya. Sedangkan penggunaan arang kayu yang lainnya adalah sebagai
penjernih air, penggunaan dalam bidang kesihatan dan masih banyak lagi. Bahan kayu
yang digunakan untuk dibuat arang kayu adalah kayu yang masih elok, dalam hal ini kayu
belum membusuk.
.
Rajah 2.5: Arang kayu
Sumber: http://ms.m.wikipedia.org/wiki/arang_kayu
b. Manfaat Arang Kayu
Meskipun masyarakat dunia telah menggunakan arang kayu sejak ribuan tahun,
kegunaannya lebih banyak digunakan untuk bahan bakar memasak. Kerana
perkembangan teknologi yang memanfaatkan sumber gas alam, dan eletrik sebagai bahan
bakar, sehingga menyebabkan penggunaan terhadap arang semakin berkurang. Bahkan,
akhir-akhir ini permintaan arang kayu di pasaran dalam dan luar negeri semakin menurun
kerana masyarakat sudah banyak yang beralih kepada bahan bakar gas dan eletrik.
8
Setelah diabaikan selama beberapa tahun terakhir, kini arang kayu mulai menarik
perhatian setelah munculnya penemuan baru yang menyatakan produk arang banyak
manfaatnya bagi kehidupan manusia. Kemajuan teknologi moden telah meningkatkan
ilmu pengetahuan untuk meneliti manfaat arang bagi kepentingan manusia dengan
pelbagai kegunaan.
Hasil penelitian di Jepun menyatakan, arang yang mengandung karbon itu dapat
diolah menjadi pelbagai produk yang berkhasiat bagi kesihatan. Di samping digunakan
untuk bahan campuran pakaian dan pertanian.
Arang mempunyai banyak ciri menarik seperti mempunyai rongga-rongga kecil
yang sangat banyak arah sehingga 1 gram arang mempunyai luas permukaan sekitar 250
meter persegi. Rongga-rongga ini dapat melekatkan zat-zat yang berlainan pada
dindingnya, yang kemudian nantinya dilepaskan.
Misalnya arang menyerap air dari udara lembab, kemudian melepaskannya pada
keadaan yang kering. Sehingga membuatnya berfungsi pengatur kelembapan yang baik.
Selain itu, arang juga mempunyai manfaat menyerap bau ruangan yang tidak sedap dan
zat-zat merugikan. Arang menghasilkan ion-ion negatif yang membuat orang lebih santai.
Infra merah yang keluar dari pembakaran arang memberikan efek bagi kelancaran
peredaran darah, penjernihan air, alat untuk menjaga sayur dan makanan sentiasa segar,
penambah kualiti tanah, pengatur kelembapan dinding dan lantai rumah dan ubat penyah
bau. Arang yang digunakannya itu berasal dari kayu keras (kayu ek holm) yang lama
terbakar.
Sementara itu, arang buluh mempunyai lebih banyak rongga, sehingga dapat
menyerap banyak bau dan air daripada arang kayu. Sedangkan cuka kayu, cairan yang
dibuat dengan mendinginkan titsan air dari asap tempat pembakaran, digunakan mulai
dari alat untuk antibakteria, pembasmi ulat di tapak pertanian hingga ubat penghilang bau
serta bahan tambahan untuk mandi dan produk-produk yang dapat meningkatkan
kecantikan.
9
Arang yang digunakan untuk penjernih air, dicuci dulu lalu disteril dalam air
mendidih, kemudian dikeringkan dibawah matahari. Jika menggunakan arang sebagai
pengatur kelembapan dan menyerap bau, maka memerlukan 8 kg untuk ruangan yang
luasnya sekitar 10 hingga 13 meter persegi.
c. Serai Wangi
Jadual 2.1: Spesifikasi serai wangi
Sumber : http://ms.m.wikipedia.org/wiki/Serai_wangi
Serai wangi
Pengelasan Saintifik
Alam Plantae
Tiada Peringkat Angiosperms
Tiada Peringkat Monocots
Tiada Peringkat Commelinids
Order Poales
Famili Poaceae
Genus Cymbopogon
Spreng.
Spesies C. nardus
Nama binomial Cymbopogonnardus
(L.) Rendle
10
Serai wangi, nama saintifiknya Cymbopogon nardusatau ‘citronella’ merujuk
kepada rajah 2.6 ialah tumbuhan famili rumput Poaceae, berasal dari kawasan tropika
Asia. Serai wangi biasanya ditanam di kawasan rumah atau secara komersial untuk
penghasilan minyak pati. Serai wangi juga dapat digunakan untuk menghalau serangga.
Serai wangi adalah spesies serai perubatan dalam penjagaan kesihatan.
Khasiat Serai Wangi tak terkira. Serai wangi ialah rumput saka yang tinggi dan berbau
wangi. Purata saiznya ialah 60cm panjang x 2.5cm lebar.
Daun serai wangi tirus dan hujungnya runcing. Daunnya berwarna hijau muda,
kasar dengan urat yang selari dan mempunyai aroma yang lebih kuat jika dibandingkan
dengan serai sayur. Serai wangi jarang berbunga dan hanya berbunga bila sudah cukup
matang iaitu pada peringkat umur melebihi lapan bulan. Khasiat Serai Wangi
Menambahkan aroma hidangan serta membantu meringankan keadaan keracunan
makanan. Campuran dengan rempah ratus mempunyai khasiat bagi merawat kesihatan
sistem dalaman badan. Membantu melawaskan dan melancarkan pembuangan air kecil.
d. Manfaat Serai Wangi
i. Membantu mengubati masalah sakit perut dan memecahkan gumpalan angin
serta melepaskan angin melalui dubur (kentut) dan mulut (sendawa).dapat
membantu mengimbangkan kestabilan hormon.
ii. Campuran pada rempah ratus dijadikan pes bagi merawat bengkak-bengkak
sendi dan otot.air rebusan daun serai (lebih baik jika dicampurkan dengan daun
sirih dan gandarusa) digunakan bagi mandian ibu dalam pantang selepas
bersalin dan untuk penyakit lemah otot dan sendi.
iii. Menambahkan aroma hidangan serta membantu meringankan keadaan
keracunan makanan.campuran dengan rempah ratus mempunyai khasiat bagi
merawat kesihatan sistem dalaman badan.Membantu melawaskan dan
melancarkan pembuangan air kecil.
iv. Daun serai dan jintan hitam digiling menjadi pes dan ditampal di dahi untuk
untuk melegakan sakit kepala seperti angin meroyan dalam pantang bersalin.