BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menekankan bahawa pendidikan adalah suatu usaha yang berterusan dalam melahirkan seseorang individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sahsiah. Pendidikan merupakan proses asas dan utama dalam pembinaan seseorang individu yang seimbang dan baik serta boleh menjayakan hasrat serta hala tuju Negara. Konsep asas yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah mengenai nilai ilmu dan peranan ilmu dalam membangunkan insan dan masyarakat secara am nya. Nilai ilmu bukan sahaja menerangkan kepada manusia mengenai sesuatu perkara, malah hal yang lebih penting adalah bagaimana ilmu tersebut boleh mempengaruhi, mengubah dan membentuk seseorang individu dan masyarakat. Nilai sesuatu ilmu adalah tinggi apabila ia boleh mengubah diri serta masyarakat dan proses ini adalah proses sepanjang hayat. Ini adalah selaras dengan pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang menginginkan pembangunan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berperibadi mulia, berpengetahuan dan berkemahiran
58
Embed
BAB 1 PENGENALAN 1.1 · PDF filebidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana seseorang itu
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menekankan bahawa pendidikan
adalah suatu usaha yang berterusan dalam melahirkan seseorang individu yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sahsiah. Pendidikan
merupakan proses asas dan utama dalam pembinaan seseorang individu yang
seimbang dan baik serta boleh menjayakan hasrat serta hala tuju Negara.
Konsep asas yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah
mengenai nilai ilmu dan peranan ilmu dalam membangunkan insan dan masyarakat
secara am nya. Nilai ilmu bukan sahaja menerangkan kepada manusia mengenai
sesuatu perkara, malah hal yang lebih penting adalah bagaimana ilmu tersebut boleh
mempengaruhi, mengubah dan membentuk seseorang individu dan masyarakat.
Nilai sesuatu ilmu adalah tinggi apabila ia boleh mengubah diri serta masyarakat dan
proses ini adalah proses sepanjang hayat.
Ini adalah selaras dengan pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP) yang menginginkan pembangunan modal insan yang mempunyai jati diri
yang kukuh, berketerampilan, berperibadi mulia, berpengetahuan dan berkemahiran
2
tinggi bagi merealisasikan wawasan 2020 melalui aktiviti pendidikan. Modal insan
yang ingin dihasilkan juga mestilah mampu berfikir secara kritis, kreatif,
menyelesaikan masalah serta mampu mencipta peluang-peluang baru seseuai dengan
persekitaran global yang sering berubah-ubah (Zulfahmi, 2008).
Pendidikan Jasmani melibatkan pemilikan dan penghalusan kemahiran motor
yang diperolehi daripada suatu proses yang yang bertujuan meningkatkan prestasi
manusia melalui aktiviti fizikal. Kementerian Pendidikan Malaysia telah
menetapkan pendidikan jasmani sebagai matapelajaran teras di sekolah menengah
dan sekolah rendah.Menurut Wee Eng Hoe (1994), matapelajaran Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan merupakan mata pelajaran teras dan ianya wajib diajar sama
ada di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Mata pelajaran ini digubal
berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia dirancang untuk
meningkatkan lagi daya pengeluaran negara melalui penglibatan masyarakat dan
tenaga kerja secara produktif berlandaskan teknologi sejajar dengan dasar dan
keperluan negara.
Guru memainkan peranan yang amat penting agar proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan tiada masalah yang timbul. Oleh itu,
golongan pendidik perlulah sentiasa memotivasikan diri untuk menghadapi segala
cabaran yang akan mereka tempuhi. Selain itu, guru juga perlu meningkatkan ilmu
pengetahuan serta kemahiran dalam bidang pendidikan agar mereka dapat
menyesuaikan diri dengan persekitaran kelas yang semakin mencabar. Menurut
Abd. Rahman Yusoff (1997), guru atau pendidikPendidikan Jasmani hendaklah dapat
menggalakkan pelajar menguasai kemahiran berfikir supaya setiap tugasan pelajaran
dapat difahami dan dinilai untuk dilaksanakan. Schwager dan Labate (1993) pula
turut mengakui pendapat ini dengan mengatakan bahawa galakan untuk berfikir
secara kritikal dapat membantu pelajar lebih memahami sesuatu tugasan belajar dan
turut membantu sesuatu pengajaran mencapai objektifnya.
Selain guru yang telah lama berkhidmat dalam bidang pendidikan, bakal guru
atau dikenali juga sebagai guru pelatih yang akan meneruskan perjuangan dalam
3
bidang ini juga tidak terkecuali dalam memastikan pelaksanaan pembangunan
Negara dapat diteruskan dengan jayanya. Sebelum bergelar sebagai guru yang
bertauliah, guru pelatih perlu menghadapi dan menempuhi program latihan mengajar
selama beberapa minggu. Semasa menjalani latihan mengajar, guru pelatih perlu
bersedia menghadapinya dan dapat menjalankan proses pengajaran mereka dengan
baik. Proses pengajaran mereka perlu dilaksanakan dengan penuh berkesan.
Keberkesanan pengajaran guru pelatih semasa latihan mengajar adalah
dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya ialah faktor persediaan, faktor
persekitaran, faktor teknik pengajaran dan faktor penggunaan alat bantu mengajar
serta bahan bantu mengajar.Dalam kajian ini, ia memfokus kepada isu keberkesanan
pengajaran Pendidikan Jasmani di kalangan pelajar sekolah menengah
yangdilaksanakan oleh guru-guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia dalam
bidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan.
1.2 Latar Belakang Kajian
Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana
seseorang itu mengajar akan tetapi mereka turut bersetuju mengenai kemahiran serta
kebolehan pelajar boleh dilatih. Kebolehan mengajar tidak boleh diaggap sebagai
suatu bakat semulajadi dan guru perlu dilatih kerana proses pengajaran yang
berkesan bukanlah suatu proses yang mudah (Norhayati, 2009).
Proses pengajaran yang berkesan memerlukan suatu bentuk latihan dari aspek
teori dan praktikal. Oleh itu program latihan mengajar merupakan komponen yang
penting dalam bidang perguruan. Melalui program latihan mengajar, guru akan
didedahkan dengan pengalaman sebenar mengenai bagaimana menguruskan proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan melalui teori-teori yang telah mereka
pelajari.
4
Kajian awal telah mendapati bahawa terdapat beberapa faktor yang boleh
mempengaruhi kecemerlangan pelajar di dalam proses pengajarandan pembelajaran.
Salah satu faktor adalah interaksi pelajar dengan guru.Pembelajaran yang aktif
adalah pembelajaran yang melibatkan interaksi pelajar dan guru dan bukan
melibatkan guru semata-mata (Khairun Nadwa, 2007). Guru hendaklah memberi
peluang kepada pelajar agar mereka lebih seronok dan lebih menimbulkan minat
dalam diri pelajar serta menjadikan proses pengajaran lebih berkesan.
Gaya pembelajaran guru yang biasanya menggunakan kaedah penerangan
biasanya akan menyukarkan proses pembelajaran pelajar. Oleh itu, guru seharusnya
menggunakan kaedah alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kerana ia amat membantu pelajar dalam memahami maklumat tersebut
dengan lebih mendalam.
Penyelidik juga ingin mengkaji persepsi pelajar terhadap tahap keberkesanan
guru pelatih Pendidikan Jasmani disekolah menengah semasa sesi pengajaran
Pendidikan Jasmani.Di samping itu, penyelidik juga akan merakam sesi pengajaran
dan pembelajaran guru pelatih Pendidikan Jasmani di sekolah dengan menggunakan
perakam video untuk dianalisis.
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian ini mengenai keberkesanan pengajaran guru pelatih yang baru
menimba pengalaman untuk mengajar ketika mengajar Pendidikan Jasmani di
Sekolah Menengah. Proses pengajaran melibatkan penyusunan dan manipulasi
sesuatu keadaan di mana terdapat rintangan dan halangan yang perlu diatasi oleh
individu (Abu Hassan dan Meor Ibrahim, 1997). Sesuatu pengajaran perlu
mempunyai objektif pengajaran yang nyata, jelas dan sesuai pada tempatnya. Adalah
lebih baik jika sesuatu proses pengajaran itu dilakukan melibatkan interaksi antara
guru pelatih dan pelajar supaya pelajar akan memahami apa yang hendak dipelajari.
5
Kebanyakan pelajar dilihat tidak memberi tumpuan serta banyak melakukan
perkara tidak mengikut arahan daripada mengikuti pengajaran oleh guru pelatih.
Sekalipun pelbagai cadangan dan kaedah dilaksanakan namun ia masih tidak
menunjukkan kesan yang positif. Dengan itu, adalah penting masalah ini diselidik
dengan lebih teliti khususnya terhadap pelajar di sekolah berkenaan persepsi mereka
terhadap guru pelatih ini.
1.4 Objektif Kajian
Objektif utama kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji
persepsi pelajar terhadap keberkesanan pengajaran guru pelatih wanita Pendidikan
Jasmani dari aspek berikut.
1.4.1 Menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru pelatih
Pendidikan Jasmani wanita dari aspek pengetahuan guru
dalammenyampaikan isi pelajaran.
1.4.2 Menilaikeberkesanan pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru pelatih
Pendidikan Jasmani wanita dari aspek kemahiran guru dalam menyampaikan
isi pelajaran.
1.4.3 Menilaikeberkesanan pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru pelatih
Pendidikan Jasmani wanita dari aspek sikap guru dalam menyampaikan isi
pelajaran.
6
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Apakah tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru
pelatih Pendidikan Jasmani wanita dari aspek pengetahuan gurudalam
menyampaikan isi pelajaran?
1.5.2 Apakah tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru
pelatih Pendidikan Jasmani wanita dari aspek kemahiran guru dalam
menyampaikan isi pelajaran?
1.5.3 Apakah tahapkeberkesanan pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru
pelatih Pendidikan Jasmani wanita dari aspek sikap guru dalam
menyampaikan isi pelajaran?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini dapat memberikan maklumat mengenai bagaimana pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran oleh guru pelatih wanita di sekolah. Selain itu juga,
kajian ini secara tidak langsung dapat menggambarkan persepsi pelajar terhadap
Pendidikan Jasmani di sekolah mereka. Bagi pihak pengurusan, hasil kajian ini
diharap dapat memberikan satu garis panduan mengenai corak pengajaran
Pendidikan Jasmani di sekolah selaras dengan gaya pelajar semasa.
1.7 Skop Kajian
Skop kajian ini adalah terdiri daripada para pelajar di 4 buah sekolah di
daerah Johor Bahru.
7
1.8 Batasan Kajian
Kajian ini hanya dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Impian Emas 2,
Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Skudai, Sekolah Menengah Kebangsaan
Taman Perling dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sutera Utama. Selain itu,
responden kajian hanya tertumpu kepada para pelajar sekolah menengah iaitu pelajar
tingkatan empat sahaja.
1.9 Definisi Operasi
Berikut merupakan definisi istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini:
1.9.1 Persepsi
Kamus Dewan (2008), mentakrifkan persepsi sebagai tanggapan atau
penerapan yang bermaksud gambaran yang terkandung di dalam pemikiran individu
atau kelompok terhadap sesuatu keadaan atau situasi.
Dalam kajian ini, perkataan persepsi bermaksud tanggapan,pandangan atau
penilaian yang dapat dinyatakan oleh pelajar sekolah menengah terhadap pengajaran
yang dilakukan oleh guru.Biasanya persepsi ini dipengaruhi melalui penglihatan,
pendengaran, pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada.
1.9.2 Pelajar
Menurut Kamus Dewan (2002), pelajar bermaksud orang yang belajar atau
orang yang mengaji. Dalam kajian ini pelajar yang dimaksudkan adalah pelajar-
pelajar tingkatan empat di empat buah sekolah terpilih yang berdekatan dengan
universiti di Johor Bahru.
8
1.9.3 Keberkesanan
Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga (2002), keberkesanan merupakan
sesuatu tindakan itu dapat dilihat daripada hasil yang diperolehi sesudahnya.Dalam
kajian ini, pengajaran guru pelatih itu dapat menghasilkan pembelajaran pelajarnya
yang berkesan apabila pengajaran guru pelatih dapat difahami dengan jelas oleh
pelajar-pelajarnya.
1.9.4 Guru Pelatih
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), guru pelatih adalah seorang
yang sedang menerima latihan dan menjalani latihan praktikal serta orang yang
mendidik dan mengajar pelajar-pelajar di sekolah.
Guru pelatih telah dijelaskan sebagai seseorang yang mengajar di mana dia
berada dalam status diuji kebolehan serta kepandaian atau sedang diuji sesuatu
(berbanding dengan kekuatan, kelemahan dan lain-lain).
Dalam konteks kajian ini, guru pelatih wanita ditujukan kepada pelajar tahun
3 SPS yang menjalani latihan mengajar di dalam tahun ketiga pengajian.
1.9.5 Pendidikan Jasmani
Pendidikan Jasmani adalah merujuk kepada sebahagian daripada mata
pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang diajar di sekolah.Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan bertujuan menjadikan pelajar sihat, cergas dan produktif
dengan pemupukan nilai, sikap,pergerakan dan amalan kesihatan dan kecergasan
dalam kehidupan seharian.
9
1.9.6 Latihan Mengajar
Latihan mengajar adalah suatu program di mana guru pelatih berada dalam
situasi pengajaran dan pembelajaran yang sebenar.Guru pelatih berinteraksi dengan
situasi pengajaran dan pembelajaran di samping berpeluang memupuk kecekapan
mengajar, meluaskan pengalaman serta mendapatkan wawasan dalam teori dan amali
pengajaran dan pembelajaran (Kamaruddin Hj Husin, 1988).Latihan mengajar
membolehkan guru pelatih menguasai dan mengamalkan segala konsep, prinsip,
kemahiran dan nilai yang diperlukan oleh seseorang insan guru yang
profesional.Latihan mengajar juga membantu perkembangan potensi guru pelatih
supaya mempunyai daya ketahanan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran di
sekolah.
1.10 Penutup
Guru memainkan peranan penting dalam menjadikan pengajaran dan
pembelajaran berkesan. Pengajaran dan pembelajaran yang aktif boleh menjadikan
pengajaran menjadi lebih berkesan.Oleh itu, guru mestilah mempraktikkan teori yang
telah dipelajari sebelum ini untuk menjadikan proses pengajaran menjadi lebih
berkesan.
Oleh itu, kajian ini akan dijalakan untuk melihat bagaimana guru pelatih
menggunakan kemahiran yang telah dipelajari untuk diterapkan dalam situasi
sebenar semasa mereka menjalani latihan mengajar.
10
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan
Dalam bab ini akan akan menjelaskan maklumat asas mengenai Pendidikan
Jasmani. Dalam pada itu, bab ini turut menerangkan mengenai teknik-teknik
pengajaran yang ada dalam Pendidikan Jasmani. Selain itu juga, bab ini menjelaskan
penulisan yang telah yang telah dijalankan oleh beberapa pengkaji berkaitan dengan
persepsi pelajar terhadap keberkesanan pengajaran guru di sekolah secara amnya.
Selain itu juga, bab ini juga akan membincangkan mengenai pengajaran berkesan
yang perlu diadapatasikan dalam pendidikan di sekolah amnya dan Pendidikan
Jasmani secara khususnya.
Pendidikan Jasmani merupakan suatu bidang pendidikan yang melibatkan
komponen kecergasan dan ia telah berubah mengikut perkembangan masyarakat
yang berkembang maju. Menurut pandangan Asiah Abu Samah (1983), Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan penting untuk memberi peluang kepada pelajar
mengembangkan kecenderungan mereka dalam bidang sukan dan permainan.
Pendidikan Jasmani ini juga merupakan pembelajaran yang bertujuan untuk
meningkatkan prestasi melalui aktiviti fizikal bagi mencapai keputusan yang
dikehendaki (Ahmad Rodzli, 2009).Ia juga melibatkan proses pengajaran yang
menyeluruh dari segi psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi.
Secara amnya Pendidikan Jasmani terdiri daripada tiga aspek iaitu
psikomotor, kognitif dan afektif. Aspek psikomotor adalah mengenai kemahiran
11
yang diajar, manakala aspek kognitif adalah mengenai pengetahuan yang akan
disampaikan. Aspek afektif adalah melibatkan emosi dan sikap yang diterapkan oleh
guru kepada pelajar. Menurut Capel dan Piotrowaki (2000), Pendidikan Jasmani
adalah suatu proses pembelajaran yang bertujuan untuk membangunkan pengetahuan
tertentu, kemahiran dan kefahaman serta menggalakkan kecekapan fizikal. Oleh itu,
menurut pandangan Capel ini juga, Pendidikan Jasmani menuntut kepada
perkembangan ketiga-tiga aspek asas dalam Pendidikan Jasmani iaitu psikomotor,
kognitif dan afektif.
Pid Song (2006) berpendapat Pendidikan Jasmani bukan sekadar satu aktiviti
pembelajaran yang menyeronokkan dan menyihatkan tubuh badan, malah ia mampu
melatih pelajar menjadi lebih berdisiplin. Kajian yang dijalankan oleh Husaini Mohri
(2002) mengkaji mengenai persepsi guru-guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,
maklumbalas serta kefahaman guru terhadap matapelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan, serta perlaksanaan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah rendah.
Beliau mendapati persepsi guru-guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan menyokong
perlaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta mempunyai
kefahaman tentang pentingnya mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
kepada murid-murid sekolah rendah. Kesimpulan yang dapat dibuat adalah
matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan tidak harus diabaikan dan
seharusnya diberi tumpuan seperti matapelajaran lain.
Dalam meneliti proses pendidikan yang berkesan, guru mestilah memahami
objektif dalam pengajaran Pendidikan Jasmani. Matlamat utama dalam Pendidikan
Jasmani adalah untuk membantu pelajar menjadi cergas melaui aktiviti fizikal. Oleh
itu, beberapa objektif telah digariskan selari dengan matlamat yang telah dikenal
pasti.
Antara objektif yang ingin dicapai dalam pengajaran Pendidikan Jasmani
adalah untuk meningkatkan dan mengekalkan kecergasan murid berdasarkan
kesihatan dan perlakuan motor. Dengan ini, murid akan sentiasa dalam keadaan
cergas dan bertenaga akan tetapi tahap nya adalah berbeza untuk setiap murid.
12
Murid perlulah menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan
mengikut kemampuan diri. Walaupun seseorang pelajar tidak mampu menguasai
sepenuhnya teknik-teknik atau pergerakan sesuatu permainan, melalui Pendidikan
Jasmani ini, diharap pelajar dapat mengetahui tentang asas pergerakan bagi sesuatu
permainan selari dengan bidang yang mereka telah ceburi.
Selain itu juga, murid dapat melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai
rutin harian. Walaupun akiviti Pendidikan Jasmani tidak dilakukan pada setiap hari,
akan tetapi dengan adanya pengajaran mengenai Pendidikan Jasmani ini, pelajar
mampu untuk menjadikan ia nya sebagai aktiviti rutin selari dengan seruan untuk
melahirkan pelajar yang cergas.
Dalam Pendidikan Jasmani, pelajar juga akan didedahkan dengan
pengetahuan mengenai kesihatan dan keselamatan semasa menyertai kegiatan fizikal.
Melalui pendedahan ini, pelajar akan mampu untuk mengaplikasikan apa yang telah
dipelajari apabila meraka berhadapan dengan situasi sebenar.
Seperti yang telah sedia ketahui, Pendidikan Jasmani adalah berkait rapat
dengan sukan dan permainan. Dalam kegiatan sukan dan permainan, sikap serta
sahsiah diri pelajar mudah dibentuk kerana sukan memerlukan pelajar untuk sentiasa
dalam keadaan berdisiplin bagi memastikan meraka akan sentiasa maju dalam sukan.
Oleh itu, secara tidak langsung, Pendidikan Jasmani ini dapat membentuk peribadi
serta sahsiah murid yang mulia selari dengan apa yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
2.2 Pengajaran Berkesan
Menurut Medley (1982), keberkesanan pengajaran seseorang guru boleh
dilihat dari pelakuan muridnya dan bukan gurunya. Oleh itu, prestasi seseorang guru
boleh dirujuk kepada peri lakunya semasa proses pengajarannya dalam kelas. Ini
13
menjadikan keberkesanan pengajaran guru akan meningkatkan pemahaman pelajar
terhadap pelajaran.
Menurut Borich (1996) pula, pengajaran yang berkesan melibatkan perlakuan
untuk melakukan sesuatu dan penyatuan beberapa elemen yang menolong ke arah
mencapai matlamat yang spesifik. Ini menunjukkan guru adalah pemudahcara dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan
penting dalam menentukan medium pengajaran yang perlu digunakan agar
bersesuaian dengan keadaan pelajar dan supaya pelajar dapat menerima maklumat
yang hendak disampaikan dengan berkesan. Selain pemilihan medium, teknik
pengajaran juga memainkan peranan penting dalam penyampaian maklumat. Ini
juga dapat memastikan pelajar dapat menerima maklumat dengan tepat.
Menurut Abdullah Hassan (1989), untuk mencapai keberkesanan dalam
pengajaran, guru perlu memiliki sifat keperibadian unggul, berpengetahuan,
ketokohan dan perwatakan yang sempurna. Para guru seharusnya memiliki ilmu
pengetahuan yang mendalam terutamanya untuk mata pelajaran yang diajar dan juga
mahir dalam mata pelajaran yang lain. Ini supaya para guru tersebut akan lebih
dihormati berbanding guru yang hanya memfokuskan kepada satu mata pelajaran
sahaja. Apabila mereka dihormati oleh pelajar, maka pelajar akan lebih memberi
perhatian dan memberikan persepsi yang positif terhadap pengajaran guru tersebut.
2.2.1 Model Pengajaran Berkesan
Model awal tentang pengajaran berkesan telah dikemukakan oleh Caroll,
(1963) yang menyatakan bahawa pengajaran berkesan boleh dipengaruhi oleh lima
faktor. Kelima-lima faktor tersebut adalah sikap, kebolehan untuk mempengaruhi
pengajaran, ketekunan, peluang dan pengajaran yang berkualiti. Apa yang boleh
disimpulkan mengenai model yang telah dikemukakan oleh Carol ini adalah model
14
ini melibatkan guru dan pelajar secara tersendirinya. Apabila pelajar mempunyai
sikap yang baik serta ketekunan yang tinggi, maka pengajaran akan menjadi
berkesan. Apabila guru pula mempunyai pengajaran yang berkualiti, maka
pengajaran akan menjadi berkesan.
Menurut Shahril (2005), model Caroll ini mempunyai kelemahannya.
Menurut beliau, aspek seperti ketekunan, sikap dan kebolehan adalah dibawah kuasa
pelajar. Manakala aspek pengajaran yang berkualiti adalah dibawah kuasa guru.
Oleh itu, menurut beliau, aspek dibawah kuasa pelajar dan guru perlu seiring untuk
menghasilkan pengajaran yang berkesan.
Oleh yang demikian, Slavin (1994) telah membina model pengajaran yang
berkesan yang hanya menekankan aspek pada guru sahaja. Slavin telah
menggariskan empat aspek dalam pengajaran berkesan iaitu kualiti pengajaran,
kesesuaian tahap pengajaran, insentif dan peruntukan masa untuk pengajaran.
Kualiti pengajaran adalah keupayaan seseorang guru dalam menyampaikan
pengajaran atau konsep yang mudah difahami dan menyeronokkan pelajar (Caroll,
1989). Oleh itu guru perlulah menyampaikan isi kandungan yang terdapat dalam
pengajaran secara tersusun dan sistematik (Kallison, 1986), menggunakan bahasa
yang jelas dan mudah (Land, 1987), penekanan kepada isi-isi penting dan
mengaitkan pengetahuan dengan pengalaman sedia ada pelajar (King & Menke,
1992) dan menggunakan alat bantu belajar bagi membantu dalam menerangkan
sesuatu konsep (Hiebert, 1991). Selain itu, objektif pelajaran hendaklah jelas dan
khusus, isi kandungan adalah mencukupi dan pada akhir sesuatu pelajaran, guru
perlu mengadakan penilaian atau peperiksaan.
Aras pengajaran yang sesuai adalah pengajaran yang bersesuaian dengan
kebolehan dan keupayaan pelajar (Sharil, 2005). Jika aras pengajaran guru adalah tinggi
berbanding pelajar yang akan menerima maklumat tersebut, maka pengajaran tidak akan
menjadi berkesan. Begitu juga keadaannya, jika pelajar yang lebih pandai, manakala
pengajaran yang diberikan lebih rendah berbanding tahap pendidikan mereka, maka
15
pembelajaran tidak akan berlaku. Apabila perkara ini berlaku, akan terjadi kerugian
masa dalam pengajaran sebagaimana model yang telah diperkenalkan oleh Slavin (1994)
yang menyatakan bahawa peruntukan masa adalah salah satu aspek dalam pengajaran
yang berkesan. Dalam permasalahan ini, pihak sekolah sentiasa mengalami masalah ini
kerana terpaksa mengumpulkan pelajar yang pintar dan yang lemah kepada kumpulan
masing-masing dan menyebabkan pelajar lemah merasakan mereka tersisih. Langkah
yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini adalah dengan mengaplikasikan
pembelajaran secara kumpulan iaitu cooperative learnning. Melalui pembelajaran
secara kumpulan ini, pelajar pintar dapat membimbing pelajar lemah disamping guru
dapat meneruskan pengajaran seperti biasa.
Inisiatif bermaksud keupayaan guru untuk memberi motivasi kepada pelajar
untuk terus belajar dan menyiapkan kerja-kerja yang diberi oleh guru. Terdapat dua
cara untuk guru memberikan motivasi kepada pelajar supaya terus belajar (Slavin,
1994). Pertama, guru perlu menyediakan pengajaran yang boleh menarik minat dan
menyeronokkan pelajar dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pelbagai
alat bantu mengajar. Kedua, guru boleh memberi insentif kepada pelajar dengan cara
memberikan ganjaran atau pujian kepada pelajar yang dapat menguasai sesuatu
kemahiran atau memberi denda kepada pelajar yang tidak dapat menguasai sesuatu
kemahiran.
Menurut Nor Azreen (2002), pengajaran yang dibuat oleh guru mestilah jelas
dan selaras dengan keperluan pelajar. Soalan yang ingin dikemukakan kepada
pelajar hendaklah merangkumi pelbagai aras dan melibatkan semua pelajar di dalam
kelas. Guru juga seharusnya mendengar dan menghormati idea pelajar disamping
menggalakkan para pelajar memberikan idea masing-masing. Selain itu juga, guru
perlu bijak dalam menggunakan nada dan intonasi suara serta menggunakan bahasa
yang jelas dan mudah difahami supaya pelajar dapat mendengar dengan jelas dan
dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran yang disampaikan oleh guru. Dalam
pada itu, guru boleh menggunakan kaedah pembelajaran secara berkumpulan yang
melibatkan kumpulan-kumpulan kecil seramai empat hingga lima orang dan guru
akan bertindak sebagai fasilitator. Dengan cara ini, para pelajar akan dapat
16
menyuarakan pendapat mereka dan guru akan lebih fokus kerana kelompok kelas
menjadi lebih kecil.
Menurut Abu Hassan dan Meor Ibrahim (1997), perhubungan murid-murid
adalah berdasarkan kemesraan dan saling menghormati. Malahan suasana bilik
darjah yang sesuai dapat membantu pembentukan sikap positif dikalangan pelajar
dan memudahkan mereka utnuk melakukan aktiviti.
2.2.2 Pengajaran Berkesan Berdasarkan Pengetahuan Guru
Guru adalah medium utama dalam proses pengajaran. Guru sebagai satu alat
pandang dengar (Farrant, 1994) yang muncul dalam setiap proses pengajaran dan
pembelajaran kerana mereka sentiasa dikaitkan dengan beberapa pengalaman emosi.
Oleh itu, mereka perlulah mengaplikasikan pengetahuan pengajaran lepas ke dalam
pengajaran akan datang mereka supaya pengajaran berkesan dapat disampaikan.
Namun yang demikian seseorang guru itu perlu melengkapkan diri mereka
dengan ilmu yang berkaitan untuk disampaikan kepada pelajar mereka. Menurut
Farrant (1994), seseorang guru yang tidak pasti dengan apa yang hendak diajar atau
setelah pelajaran bermula, baru hendak mengumpul alat-alat untuk proses
pengajaran, tidak boleh mengharapkan murid-muridnya berkembang dengan cara
pengajaran yang sedemikian rupa. Ini membawa erti bahawa setiap guru perlu
menyediakan perancangan yang rapi sebelum memulakan tugas nya untuk mengajar
kelas tersebut. Oleh yang demikian, kesediaan seseorang guru adalah penting bagi
memastikan objektif pengajaran dapat dicapai dan pengajaran berkesan dapat
dijalankan.
Selain itu juga, guru tidak harus mempunyai sikap berasa cukup dengan apa
yang ada. Mereka perlu sentiasa berusaha menambahkan pengetahuan yang sedia
ada dan mencari perkara-perkara baru yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran
mereka. Apabila guru benar-benar menguasai pelajaran yang diajar tersebut, pelajar
17
akan menjadi lebih yakin dan tidak akan timbul sebarang keraguan dalam proses
pengajaran mereka.
2.2.3 Pengajaran Berkesan Berdasarkan Sikap Guru
Sikap guru memainkan peranan penting bagi mewujudkan keberkesanan
pengajaran. Diantara sikap guru yang perlu ada adalah seperti minat dan kebolehan.
Minat boleh dikatakan sebagai pendorong seseorang supaya memberi perhatian
kepada sesuatu perkara. Apabila seseorang guru itu mempunyai minat dalam
pengajaran, maka guru tersebut akan memberikan segala perhatiannya kepada
pengajarannya.
Menurut Ahmad Atory (1986), minat memainkan peranan penting dalam
keberkesanan dan kejayaan dalam proses pembelajaran. Menurut Salleh (1992) pula,
seseorang itu memerlukan minat yang mendalam dalam sesuatu pekerjaan yang
diceburinya barulah lahir semangat berdedikasi dalam menjalankan tugas, rajin,
berdisiplin dan bersedia untuk berkorban. Oleh itu, minat seseorang guru terhadap
bidang pengajaran adalah penting dalam mewujudkan pengajaran yang bekesan.
2.3 Implikasi Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran
Setiap guru ada kelemahan dalam pengajaran terutama bagi guru pelatih atau
guru baru. Namun sikap guru berkasar, garang dan menyindir tidak dapat diterima
oleh pelajar sebagai satu cara yang berkesan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Para guru yang bersikap demikian sebenarnya akan mengundang
lebih banyak masalah berbanding menyelesaikan masalah. Jelas di sini bahawa
perspektif yang diberikan ialah berbeza bergantung kepada beberapa faktor seperti
kematangan, tahap pendidikan dan usia pelajar. Andrew (2002) menyatakan bahawa
18
sikap dan latar belakang pelajar sememangnya memberi impak terhadap proses
pengajaran yang berkesan.
2.4 Persediaan Mengajar
Latihan mengajar merupakan aspek penting dalam pendidikan perguruan. Ini
kerana latihan mengajar memberi peluang kepada guru pelatih untuk
mengaplikasikan segala pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan dalam situasi
sebenar didalam kelas. Abdul Raof dan Subahan (1991) turut menjelaskan bahawa
sewaktu menjalani latihan mengajar, guru pelatih mengajar dengan menggunakan
segala teori dan prinsip pendidikan dalam situasi pengajaran sebenar di dalam bilik
darjah. Ringkasnya, latihan mengajar merupakan suatu komponen penting dalam
pendidikan perguruan. Guru pelatih harus dapat menyerap segala ilmu berkaitan
proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menjadi seorang guru yang
cemerlang apabila mengajar di sekolah kelak.
2.6 Penutup
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran boleh ditingkatkan sekiranya
guru dapat memahami sikap pelajar terhadap mata pelajaran diajarinya. Maklumat
yang diperolehi itu boleh digunakan oleh guru untuk merancangkan strategi
pengajaran yang bersesuaian demi mengubah sikap pelajar dan seterusnya membawa
kepada pencapaian yang cemerlang.
19
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan
Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk
menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab
permasalahan kajian. Bagi melaksanakan kajian ini dengan lebih efektif, metodologi
yang dirangka adalah melibatkan pembentukan hipotesis, pemilihan reka bentuk,
kaedah pengumpulan data, penentukan populasi dan pemilihan sampel, ujian rintis
dan kaedah penganalisisan data. Bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan-
persoalan kajian tersebut, kaedah yang betul perlu digunakan. Bab ini akan
membincangkan mengenai langkah-langkah yang diambil bagi menjawab semua
persoalan-persoalan kajian yang telah ditetapkan. Dalam bab ini turut akan
membincangkan mengenai kaedah yang digunakan bagi mendapatkan maklumat
yang diperlukan dan bagaimana data ini diproses bagi mendapatkan jawapan kepada
kajian ini. Menurut Mohd Najib (1999), kegagalan menggunakan kaedah
pengumpulan data yang berkesan akan menghasilkan maklumat yang tidak tepat,
kabur dan boleh menyebabkan beban maklumat.
3.2 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini adalah kajian berbentuk deskriptif dan bertujuan untuk
menganalisis Persepsi Pelajar Terhadap Guru Pelatih Pendidikan Jasmani Wanita di
20
sekolah. Dalam menjalankan kajian, pelbagai kaedah boleh digunakan seperti
kaedah temu bual, pemerhatian dan soal selidik.
Dalam kajian ini, kaedah yang digunakan adalah kaedah soal selidik dan
pemerhatian melalui rakaman video. Antara kelebihan kaedah ini adalah responden
boleh menjawab mengikut masa mereka. Selain itu, kedah ini mudah dijalankan
kerana responden boleh memilih jawapan yang sesuai berdasarkan jawapan yang
telah disediakan. Ini dapat memudahkan analisis data yang akan dijalankan
kemudian.
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian
Kajian ini melibatkan 2 kumpulan sampel iaitu guru pelatih Pendidikan
Jasmani wanita di sekolah negeri Johor yang akan direkod sesi pengajarannya dan
kumpulan pelajar yang terlibat dalam sesi pengajaran guru tersebut yang dikehendaki
menjawab soal selidik yang diedarkan. Seramai empat orang guru pelatih
Pendidikan Jasmani wanita yang mengajar di sekolah sekitar Johor Bahru akan
dipilih secara rawak. Seorang sahaja guru pelatih bagi setiap satu sekolah akan
dipilih sebagai sampel kajian. Responden kajian melibatkan pelajar kelas berkenaan.
3.4 Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik. Oleh itu, instrumen soal selidik
ini telah dibina bagi menjawab persoalan-persoalan kajian. Soalan-soalan yang
dibina adalah berdasarkan kajian lepas oleh Nor’ani, 2010 yang bertajuk Persepsi
Pelajar Terhadap Keberkesanan Pengajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup
Sekolah Menengah, Universiti Teknologi Malaysia dan diubahsuai mengikut
kesesuaian kajian ini. Selain ituinstrumen soal selidik ini juga ditambah mengikut
kesesuaian kajian yangdijalankan oleh penyelidik. Instrumen ini mengandungi satu
21
set soalan yang terbahagi kepada dua bahagian yang perlu di isi oleh pelajar sekolah
tersebut.
Jadual 3.1 : Pembahagian Item Bahagian A Mengikut Maklumat dan Latar Belakang
Responden
Item Latar Belakang
1 Nama Sekolah
2 Jantina
3 Bangsa
4 Tingkatan
Dalam bahagian B terdapat 36 item yang akan dijawab oleh pelajar bagi
menguji keberkesanan pengajaran guru. Item ini mengandungi tiga aspek untuk
menguji keberkesanan pengajaran guru dari segi pengetahuan guru, kemahiran guru
dan sikap guru. Item-item tersebut di susun secara rawak di dalam soal selidik
tersebut mengikut jadual di bawah.
Jadual 3.2 : Susunan Nombor Item Bahagian B bagi 3 Aspek Keberkesanan