BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Projek akhir ini merupakan ilham yang tercetus berdasarkan masalah yang wujud di rumah pada masa kini. Idea merekabentuk alat pembersih bilah kipas ini adalah jalan penyelesaian yang produktif dan bersesuaian dengan keperluan di rumah ataupun pejabat. Alat pembersih yang sedia ada seperti penyapu , bulu ayam dan kain tuala memerlukan tenaga yang banyak untuk menjalankan kerja pembersihan. Pengguna akan mempunyai masalah untuk menjalankan kerja pembersihan kerana apabila mereka menggunakan kain tuala dan bulu ayam, tangga diperlukan. Tujuan membina alat ini adalah kerana kesukaran untuk membersihkan bilah kipas atas factor ketinggian dan keselamatan pengguna. Alat ini direka khas bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan kotoran di bilah kipas. 1.2 PENYATAAN MASALAH Pada masa kini, semua rumah dilengkapi dengan kipas siling. Kipas siling ini dipasang di bahagian dalam dan luar rumah kerana rekabentuknya dapat mengurangkan suhu panas. Masyarakat menggunakan kipas siling untuk mendapatkan keselesaan.
35
Embed
BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN 1-3...lampu yang diambil semasa pemasangan kipas siling. Menjelang Perang Dunia Pertama kebanyakan kipas siling menggunakan empat bilah berbanding
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BAB 1
PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN
Projek akhir ini merupakan ilham yang tercetus berdasarkan masalah yang wujud
di rumah pada masa kini. Idea merekabentuk alat pembersih bilah kipas ini adalah jalan
penyelesaian yang produktif dan bersesuaian dengan keperluan di rumah ataupun pejabat.
Alat pembersih yang sedia ada seperti penyapu , bulu ayam dan kain tuala
memerlukan tenaga yang banyak untuk menjalankan kerja pembersihan. Pengguna akan
mempunyai masalah untuk menjalankan kerja pembersihan kerana apabila mereka
menggunakan kain tuala dan bulu ayam, tangga diperlukan.
Tujuan membina alat ini adalah kerana kesukaran untuk membersihkan bilah
kipas atas factor ketinggian dan keselamatan pengguna. Alat ini direka khas bagi
memudahkan kerja-kerja pembersihan kotoran di bilah kipas.
1.2 PENYATAAN MASALAH
Pada masa kini, semua rumah dilengkapi dengan kipas siling. Kipas siling ini
dipasang di bahagian dalam dan luar rumah kerana rekabentuknya dapat mengurangkan
suhu panas. Masyarakat menggunakan kipas siling untuk mendapatkan keselesaan.
Ketinggian bilah kipas ini dari lantai menjadikannya sukar untuk dibersihkan
tanpa menggunakan alat tambahan seperti tangga. Pembersih bilah kipas ini direka untuk
membantu pengguna bagi memastikan kekotoran di bilah kipas dapat dibersihkan.
Pembersih yang terdapat dipasaran secara amnya mempunyai panjang yang
terbatas, yang hanya dapat membersihkan sebahagian daripada bilah kipas sahaja.
Semasa proses pembersihan ini juga, debu-debu dari bilah kipas mudah jatuh ke atas
lantai.
Seorang suri rumah hendak mencuci bilah kipas menggunakan tangga dan kain
buruk. Semasa proses pembersihan, tangga boleh tumbang dan boleh menyebabkan dia
terjatuh ke bawah. Habuk habuk juga boleh masuk ke dalam badan dan akan
mendatangkan pelbagai penyakit. Keselamatan boleh terjejas akibat daripada proses itu.
1.3 OBJEKTIF
i. Merekabentuk sebuah alat pembersih bilah kipas..
ii. Membangunkan alat pembersih bilah kipas secara automatik yang menggunakan motor.
iii. Menguji kestabilan alat pencuci kipas, motor yang sesuai digunakan dan kadar
penyerapan span.
1.4 SKOP
i) Menentukan komponen-komponen bagi membina alat pembersih bilah kipas
bermotor.
ii) Merekabentuk alat pembersih bilah kipas yang bersesuaian dengan konsep yang
dinyatakan melalui lakaran dan juga perisian.
iii) Alat ini hanya digunakan di dalam rumah, pejabat serta bangunan-bangunan yang
mempunyai kipas siling.
1.5 KEPENTINGAN PROJEK
Sesuatu kajian itu perlu dilaksanakan kerana kajian adalah elemen penting bagi
mengumpulkan data serta memastikan sesuatu bahan yang dihasilkan itu mencapai
objektifnya. Selain itu, untuk melihat sejauh mana keberkesanan sesuatu bahan yang
dihasilkan itu. Ia juga bagi memastikan sesuatu bahan itu dapat dihasilkan dengan
jayanya
BAB 2
LITERATUR
2.1 Pengenalan
Kajian literatur atau kajian ilmiah, boleh didefinasikan sebagai satu proses kajian
terdahulu bagi membantu di dalam proses rekabentuk terhadap sesuatu objek yang akan
dihasilkan. Kajian literatur diperlukan bagi membantu dalam menghasilkan sesuatu
produk. Tanpa membuat kajian ini, sesuatu produk yang hendak dihasilkan tidak
mengikut keperluan serta penggunaan pada masa kini. Oleh itu, kajian ini amat penting
bagi menentukan produk yang dihasilkan dapat diguna pakai dengan baik.
Melalui kajian ini, kekurangan yang terdapat pada produk yang sedia ada dapat
dikenal pasti. Oleh itu, alat yang direka merupakan ciptaan baru untuk memenuhi
kehendak tanpa menimbulkan sebarang masalah pada produk.
2.2 Kajian yang pernah dijalankan
Pembersih bilah kipas merupakan satu alat untuk membersih bilah kipas daripada
kekotoran. Ia digunakan didalam rumah, pejabat serta tempat-tempat yang mempunyai
kipas siling. Rajah-rajah dibawah menunjukkan alat yang digunakan untuk membersih
bilah kipas sebelum terciptanya Pembersih Bilah Kipas.
Rajah 2.1 Kain tuala Rajah 2.2 Penyapu
Merujuk kepada rajah 2.1, Kain tuala digunakan untuk mengelap bilah kipas dengan bantuan
tangga.
Merujuk kepada rajah 2.2, penyapu digunakan untuk membersihkan bilah kipas tetapi boleh
menyebabkan habuk berterbangan.
Merujuk rajah 2.3,bulu ayam digunakan untuk
membersih dengan bantuan tangga tetapi tidak
dapat menghilangkan kotoran.
Rajah 2.3 Bulu Ayam
2.3 Sejarah Kipas Siling
Kipas siling terawal muncul pada awal tahun 1860an dan 1870an di Amerika
Syarikat. Pada masa itu, kipas siling tidak digerakkan oleh motor elektrik, sebaliknya
menggunakan turbin yang menggerakkan sistem tali sawat yang menggerakkan kipas serta
mendapat kuasa daripada aliran air sungai. Sistem ini mampu menggerakkan beberapa buah
kipas sekaligus, serta popular di kedai, restoran dan pejabat.
Kipas siling elektrik dicipta pada tahun 1882 oleh Philip Diehl. Diehl mengguna
pakai motor elektrik daripada Singer terawal pada tahun 1882 untuk kipas siling ciptaannya.
"Kipas Elektrik Diehl", beroperasi seperti kipas siling biasa; setiap kipas mempunyai motor
elektrik sendiri, tanpa memerlukan sistem tali sawat yang mahal dan rumit.
Diehl turut berhadapan dengan persaingan sengit berikutan kejayaan komersial kipas
siling. Namun demikian, dia terus menambah baik ciptaannya, antaranya termasuklah "Diehl
Electrolier", kit lampu yang boleh dipasang pada kipas siling sebagai ganti kepada ruang
lampu yang diambil semasa pemasangan kipas siling.
Menjelang Perang Dunia Pertama kebanyakan kipas siling menggunakan empat bilah
berbanding dua pada kipas terawal. Ia menjadikan kipas siling lebih senyap serta
menyerakkan lebih udara, sekaligus memanfaatkan penggunaan motor secara lebih cekap.
Di negara-negara Asia, penggunaan kipas siling sangat popular berikutan kos