1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Tuangan merupakan satu proses menuang logam lebur kedalam acuan yang telah disediakan mengikut bentuk tertentu. Lazimnya proses kerja tuangan banyak digunakan dalam industri pengeluaran produk logam. Dalam industri pengeluaran produk logam, proses tuangan amat penting kerana banyak kelebihan yang ada. Antara kelebihan proses tuangan ialah bentuk yang rumit dan sukar boleh dihasilkan, kos proses yang murah, bahan buangan boleh dikitar semula dan sesuai untuk kerja pengeluaran semasa. Proses tuangan telah diketahui selama beribu-ribu tahun dan digunakan secara meluas untuk patung, terutamanya tembaga, perhiasan dan alat. Teknik tradisional termasuk tuangan lilin dan tuangan pasir. Sebelum memulakan proses tuangan, terdapat beberapa proses yang perlu dilakukan. Antara proses-proses yang diperlukan ialah membuat corak. Antara masalah-masalah yang dihadapi untuk membuat corak menggunakan kayu ialah sumber kayu semakin berkurangan. Pada masa kini, kayu amat sukar untuk didapati kerana hutan semakin berkurangan akibat pembangunan yang semakin pesat. Selain itu, untuk membuat corak menggunakan kayu ia memerlukan masa yang lama. Hal ini kerana, proses pengukiran dan pemotongan yang tepat perlu dilakukan terlebih dahulu. Dalam proses pembuatan corak, jarak juga diambil kira untuk memudahkan proses tuangan. Sekiranya jarak terlalu rapat, penekapan corak pada pasir tidak dapat bentuk yang diingini. Seterusnya, kayu mudah rosak dan patah akibat serangga perosak seperti anai-anai dan lebah.
53
Embed
BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN of making... · Fibreglass adalah sebuah produk bahan kimia yang ... mudah terbakar, dan merupakan ketone yang paling mudah. Aseton merupakan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN
Tuangan merupakan satu proses menuang logam lebur kedalam acuan
yang telah disediakan mengikut bentuk tertentu. Lazimnya proses kerja
tuangan banyak digunakan dalam industri pengeluaran produk logam.
Dalam industri pengeluaran produk logam, proses tuangan amat penting
kerana banyak kelebihan yang ada. Antara kelebihan proses tuangan ialah
bentuk yang rumit dan sukar boleh dihasilkan, kos proses yang murah,
bahan buangan boleh dikitar semula dan sesuai untuk kerja pengeluaran
semasa. Proses tuangan telah diketahui selama beribu-ribu tahun dan
digunakan secara meluas untuk patung, terutamanya tembaga, perhiasan dan
alat. Teknik tradisional termasuk tuangan lilin dan tuangan pasir. Sebelum
memulakan proses tuangan, terdapat beberapa proses yang perlu dilakukan.
Antara proses-proses yang diperlukan ialah membuat corak.
Antara masalah-masalah yang dihadapi untuk membuat corak
menggunakan kayu ialah sumber kayu semakin berkurangan. Pada masa
kini, kayu amat sukar untuk didapati kerana hutan semakin berkurangan
akibat pembangunan yang semakin pesat. Selain itu, untuk membuat corak
menggunakan kayu ia memerlukan masa yang lama. Hal ini kerana, proses
pengukiran dan pemotongan yang tepat perlu dilakukan terlebih dahulu.
Dalam proses pembuatan corak, jarak juga diambil kira untuk memudahkan
proses tuangan. Sekiranya jarak terlalu rapat, penekapan corak pada pasir
tidak dapat bentuk yang diingini. Seterusnya, kayu mudah rosak dan patah
akibat serangga perosak seperti anai-anai dan lebah.
2
1.2 PENYATAAN MASALAH
Dalam proses tuangan, corak adalah replika objek yang akan dibuang,
digunakan untuk menyediakan rongga dimana bahan cair akan dituangkan
semasa proses tuangan. Corak yang digunakan dalam mampatan pasir boleh
dibuat daripada kayu, logam, plastik atau bahan lain. Antara masalah yang
sering dihadapi untuk membuat corak menggunakan kayu ialah :
i. Sumber kayu yang semakin berkurangan akibat pembangunan dan
Kayu mudah rosak dan patah akibat serangga perosak.
ii. Memerlukan masa yang lama untuk membuat corak pada kayu.
iii. Pemotongan, pengukiran dan jarak pada corak yang dibuat
menggunakan kayu hendaklah secara tepat.
1.3 OBJEKTIF
Objektif utama kajian ini dilakukan ialah seperti berikut :
i. Merekabentuk corak yang sesuai pada kayu dan bahan alternatif.
ii. Menghasilkan corak menggunakan tiga bahan alternatif.
iii. Menguji bahan alternatif yang dihasilkan.
1.4 SKOP KAJIAN
Secara umumnya, skop kajian projek ini ialah :
i. Saiz berukuran panjang 39 cm, lebar 16 cm.
ii. Menggunakan aluminium dan kayu.
iii. Menggunakan campuran resin dan cecair pengeras.
iv. Menggunakan campuran polisterin dan aseton.
v. Menggunakan silikon.
3
1.5 KESIMPULAN
Kesimpulan bagi bab ini menunjukkan penggunaan kayu untuk membuat corak
mempunyai pelbagai masalah yang dihadapi. Objektif kajian ini diperlukan untuk
memastikan projek berjalan dengan lancar. Selain itu, skop kajian menerangkan
jenis-jenis bahan dan ukuran yang diperlukan untuk menghasilkan projek ini.
Seterusnya, pemilihan bahan untuk menjalankan projek ini perlu dipertimbangkan
bagi memudahkan proses pembuatan corak.
4
BAB 2
KAJIAN LITERATURE
2.1 PENGENALAN
Corak adalah model untuk objek yang akan dituang. Corak membuat
kesan pada acuan, logam cecair dicurahkan ke dalam acuan dan logam
menguatkan dalam bentuk corak asal.
Membuat corak tidak semudah yang digambarkan oleh definisi. Di
samping membentuk rongga acuan, corak mestilah memberikan dimensi yang
tepat, mempunyai cara keluar dari rongga acuan tanpa memecahkannya,
mengimbangi penyusutan pengecutan dan penyimpangan dan memasukkan
sistem makan pintu dan risers untuk menghantar logam cecair ke acuan.
Kecacatan yang berlaku boleh mengakibatkan kegagalan ketika proses
tuangan.
Mendapatkan semua faktor yang betul memerlukan ketepatan dan lebih
daripada beberapa pengiraan. Setiap corak direka dan dibina dengan berhati-
hati.
Terdapat berbagai teknik untuk membuat corak atau produk yang
menarik dan berguna. Kaedah atau teknik yang digunakan pada zaman
terdahulu mungkin ada pada masa sekarang. Cara ini sangat memenatkan
dan memerlukan banyak proses yang rumit dan sukar.
5
Corak atau produk yang dibuat pada zaman terdahulu kebanyakannya
lebih kepada logam, tembaga dan seramik. Terdapat beberapa cara atau jenis
yang dilakukan untuk menghasilkan sesuatu corak atau produk.
2.2 PROSES TUANGAN
Proses tuangan adalah satu proses pengeluaran di mana bahan yang
diperlukan, dipanaskan sehingga lebur dan kemudiannya dituangkan ke
dalam acuan dan dibiarkan memejal melalui penyejukkan tersendiri sebelum
dikeluarkan untuk dibersihkan atau di mesin semula. Terdapat beberapa
jenis tuangan. Antaranya ialah :
i. Menggunakan Sand Casting
Satu teknik pembuatan produk di mana logam di cairkan dalam tungku
peleburan kemudian di tuang ke dalam rongga cetakan. Tuangan pasir
digunakan untuk membuat bahagian-bahagian besar seperti besi, gangsa dan
aluminium. Logam yang telah dileburkan akan dituang kedalam rongga
acuan yang terbentuk daripada pasir. Pasir yang digunakan terdiri daripada
dua iaitu semulajadi dan sintetik.
Rajah 2.1 sand casting
6
ii. Menggunakan Investment Casting
Dalam proses ini, logam lebur dituangkan ke dalam acuan yang dibuat
oleh bahan rintangan haba yang dibuat dengan lilin. Acuan induk yang
dibuat oleh aloi tembaga melalui proses pemesinan, telah digunakan untuk
menghasilkan corak lilin dengan ketepatan, kemudian ditutup dengan
buburan, dikeringkan dan dikuatkan. Logam cair dituangkan dalam acuan
dan mengisi rongga tersebut. Secara amnya, ia digunakan untuk
menghasilkan komponen kunci, senjata dan sebagainya. Dua teknik yang
digunakan dalam block acuan ialah mold block atau flask dan mold shell.
Rajah 2.2 investing casting
7
iii. Menggunakan Die Casting
Proses ini adalah untuk bahan-bahan yang mempunyai suhu lebur yang
rendah seperti aloi, aluminium dan zink tetapi bukan untuk besi. Proses ini
dikendalikan dengan suntikan logam cair ke dalam tekanan acuan logam.
Logam lebur atau logam cair separuh ditekan atau disuntik ke rongga acuan
dengan tekanan 20 hingga 2000 kg/cm dan tekanan kekal sehingga logam
menjadi keras. Jenis acuan yang digunakan adalah acuan kekal yang dibuat
oleh logam dan dua bahagian tetap dan boleh alih keluar. Acuan juga
mempunyai ventilasi udara untuk mengusir udara terperangkap dalam acuan
apabila proses tuangan berlaku. Mesin tuangan dibahagi kepada lima
bahagian iaitu untuk membuka dan menutup acuan mekanisme, untuk
menolak atau menyuntik logam ke acuan, untuk mengunci acuan sehingga
logam menguatkan mekanisme, untuk memasukkan dan mendapatkan teras
mekansime secara automatik dan pin peluru untuk mengeluarkan produk
baru daripada acuan. Terdapat dua jenis mesin tuangan (casting) iaitu hot
chamber machine dan cold chamber machine.
Rajah 2.3 Die Casting
8
2.3 Jenis-Jenis Bahan Untuk Membuat Corak Dalam Proses Tuangan
Logam
Terdapat beberapa bahan yang boleh digunakan untuk melakukan
proses tuangan logam dalam mendapatkan corak atau sesuatu produk.
Sesetengah bahan-bahan ini mudah untuk didapati dan harganya juga tidak
terlalu mahal.
2.3.1 Logam
Rajah 2.4 Corak logam
Corak yang diperbuat daripada bahan logam
mempunyai ketahanan yang lebih lama. Oleh itu, corak
logam menjadi pilihan untuk digunakan apabila melakukan
tuangan dalam kuantiti yang banyak. Corak logam ini
digunakan untuk mengekalkan ketepatan hasil corak untuk
kuantiti yang besar. Corak logam tidak mudah rosak apabila
digunakan proses tuangan sand casting. Logam yang
digunakan dalam pelbagai cara. Untuk logam tahan haba
boleh digunakan pada besi tuang, keluli tuang dan aloi
tembaga. Bahan-bahan ini sesuai digunakan sebagai corak
dalam pembuatan acuan kulit dan aluminium digunakan
sebagai bahan corak untuk percetakan buatan tangan.
9
2.3.2 Kayu
Gambar rajah 2.5 Corak kayu
Corak kayu mempunyai sifat kurang tahan geseran atau
lasak. Corak jenis ini biasanya digunakan dalam kuantiti
pengeluaran yang kecil. Kayu yang digunakan untuk
membuat corak ini haruslah tahan lasak dan kukuh. Corak
kayu mempunyai kelebihan dari segi kos murah, masa
pembuatan yang cepat dan proses pembuatan yang lebih
mudah daripada corak logam. Kayu mempunyai fungsi yang
pelbagai. Kayu digunakan secara meluas untuk perabot,
pembinaan bangunan, hingga alat musik. Kewujudannya
bukan sahaja memberi sokongan secara fungsional tetapi juga
dapat memberikan sentuhan estetik. Banyak produk kayu
yang datang dalam pelbagai ukiran menarik tetapi tidak
semua jenis kayu yang boleh diukir. Kayu yang terlalu keras,
mudah retak dan rapuh tidak sesuai untuk membuat ukiran.
Hanya jenis kayu tertentu sahaja yang boleh digunakan untuk
proses pengukiran. Yang dimaksudkan dengan kekerasan
kayu ialah suatu ukuran kekuatan kayu menahan gaya yang
membuat takik atau lekukan padanya. Juga dapat ditakrifkan
sebagai kemampuan kayu untuk menahan kikisan (abrasi).
10
Jadual 2.1 Sifat Kayu
2.3.3 Lilin
Gambar rajah 2.6 Corak lilin
Dalam proses tuangan lilin, satu acuan utama (master
mold) diperbuat daripada aloi loyang dengan operasi
memesin. Acuan ini kemudiannya digunakan untuk membuat
corak lilin (wax pattern) yang tepat lalu dibalut dengan
pelekat seramik (slurry). Seterusnya ia akan dikeringkan dan
dikeraskan. Bentuk corak lilin kemudiannya akan dileburkan
lalu mengalir keluar dan meninggalkan satu acuan seramik.
Sifat Fizikal
Keadaan Pepejal
Keteguhan Lentur Pada Batas Patah 551,985 kg/cm²
Tegangan Serat Pada Batas Proporsi 483,996 kg/cm²
Keteguhan Tarik Sejajar Serat 408,849 kg/cm²
Ketumpatan Relatif 1.1 g/cm³
Keteguhan Pukul 7,670 kgm/cm²
11
Cecair logam dimasukkan ke dalam acuan dan mengisi ruang
kosong di bawah tekanan dengan beberapa cara.
2.3.4 Plastik
Rajah 2.7 Corak plastik
Corak plastik biasa digunakan pada pengeluar dengan
kuantiti yang banyak dan memerlukan ketelitian ukuran
yang tinggi. Proses pembuatan semula corak baru untuk
corak plastik ini lebih mudah dan cepat tetapi corak ini
jarang digunakan.
2.4 Bahan Lain Untuk Menghasilkan Corak
Terdapat pelbagai jenis bahan lain yang boleh menggantikan bahan
yang sedia ada pada masa kini untuk membuat corak. Ia juga dapat
memudahkan proses membuat corak sebelum proses tuangan. Antara bahan-
bahan lain yang boleh menggantikan kayu ialah :
12
2.4.1 Resin
Rajah 2.8 Resin
Fibreglass adalah sebuah produk bahan kimia yang
disebut resin, untuk penguatnya disebut serat kaca atau
pengeras. Semua bahan ini boleh dicipta atau diubahsuai
menjadi sebarang objek seperti jadual, kerusi, ukiran, atau
barang permainan. Untuk membuat atau mencipta objek yang
kompleks, kita mesti mempunyai satu bentuk atau produk
yang telah dibuat terlebih dahulu. Bentuk atau produk ini
boleh diperbuat dari logam, kayu, plastik, tanah liat dan
sebagainya. Resin berfungsi melekatkan keseluruhan badan
pada sesuatu permukaan. Resin dasarnya adalah polimer di
mana pada suhu bilik. Ia adalah cecair, melekit dan likat.
Terdapat banyak jenis resin seperti minyak asli, ayld, nytro
seliosa, polister, melamin, akrilik, epoksi dan lain-lain.
Berikut adalah jadual bagi ujian kekerasan untuk resin :
13
Jadual 2.2 Kekerasan Resin
Bacaan 1 Bacaan 2 Bacaan 3 Purata
Resin
Industri
121.2
HRM
116.6
HRM
118.4
HRM
118.7
Resin
Fenolik
124.3
HRM
125
HRM
124.9
HRM
124.7
2.4.2 Polisterin
Rajah 2.9 Polisterin
Polisterin adalah polimer dengan monomerstyrene, sebuah
hidrokarbon cecair yang dibuat secara komersil daripada
petroleum. Pada suhu bilik, polisterin biasanya termoplastik
pepejal, boleh dicairkan pada suhu yang lebih tinggi.
Polisterin asli/tulen adalah plastik yang tidak berwarna
dan keras dengan kelenturan terhad yang boleh dibentuk
menjadi pelbagai produk dengan terperinci. Penambahan getah
14
semasa pempolimeran boleh meningkatkan fleksibiliti dan
rintangan kejutan. Polisterin jenis ini dikenali sebagai High
Impact Polystyrene (HIPS). Polisterin digunakan secara
meluas dalam produk elektronik.
2.4.3 Silikon
Rajah 2.10 Silikon
Silikon dikenali sebagai polysiloxanes, adalah polimer
yang termasuk sebatian sintetik. Sintetik yang terdiri daripada
unit siloksana yang berulang yang merupakan rangkaian atom
silikon dan atom oksigen yang bergantian. Silikon mempunyai
sifat tahan panas dan seperti getah. Kebiasaannya silikon
digunakan dalam bahan pelekat, pelincir, peralatan memasak,
penebat haba dan elektrik. Beberapa bentuk boleh didapati
seperti minyak silikon, getah silikon, resin silikon dan silikon
caulk.
15
2.4.4 Aseton
Rajah 2.11 Aseton
Aseton (yang bernama propanone) adalah sebatian
organik dengan formula (CH3) 2CO. Ia adalah cecair yang
tidak berwarna, tidak menentu, mudah terbakar, dan
merupakan ketone yang paling mudah. Aseton merupakan
salah satu pelarut yang sangat penting. Aseton dipakai untuk
menghasilkan ubat-ubatan dan kandungan kimia.
Aseton boleh larut dalam air dan bertindak sebagai pelarut
penting dengan haknya sendiri, biasanya untuk tujuan
pembersihan di makmal. Sekitar 6.7 juta tan dihasilkan di
seluruh dunia pada tahun 2010, terutamanya untuk digunakan
sebagai pelarut dan pengeluaran metil metakrilat dan
bisphenol A. Ia adalah blok bangunan biasa dalam kimia
organik.
16
2.5 Jenis-jenis corak
Jenis corak dalam proses tuangan bergantung kepada bahagian yang akan
dihasilkan. Corak tuangan pasir akan mudah dikeluarkan dari acuan tanpa
sebarang kerosakan dalam produk acuan. Ia didasarkan pada bahan corak reka
bentuk dan banyak lagi. Jenis corak yang berbeza seperti berikut :
i. Solid pattern in casting proses
Rajah 2.12 Corak pepejal
Jenis corak pepejal adalah kaedah yang paling mudah untuk
tuangan bentuk mudah. Corak ini boleh dibuat tanpa sebarang bahagian
atau sendi dalam bahagian acuan. Dalam corak jenis ini hanya
menghasilkan bentuk yang mudah dan ditarik balik dengan sangat
mudah dari acuan. Corak pepejal diletakkan di kedudukan seret. Itu
digunakan untuk membuat permukaan yang rata sebagai alat ganti, blok
persegi dan lebih banyak corak pepejal yang dibuat bergantung kepada
corak reka bentuk bahan, bentuk dan banyak lagi.
17
ii. Split pattern (or) two piece pattern
Rajah 2.13 Split pattern (or) two piece pattern
Apabila kontur pembuatan tirai. Corak tuangan pasir yang
membuat pengeluaran dari acuan sukar apabila kedalaman bahagian
terlalu tinggi dalam tuangan. Coraknya terbahagi kepada dua bahagian.
Untuk satu setengahnya terdapat dalam seret dan satu lagi dalam
menghadapi. Untuk bahagian yang rumit dibuat dengan menggunakan
dua atau lebih corak. PIN digunakan untuk menyusun bersama. Jenis
corak ini dikenali sebagai corak perpecahan. Corak perpecahan adalah
kaedah biasa bagi bahagian tuangan yang rumit untuk
menghasilkannya. Kedua-dua bahagian corak diselaraskan dengan
betul menggunakan pin dowel. Ia diletakkan di bahagian atas corak.
Corak perpecahan adalah di atas angka.
18
iii Multi piece pattern
Rajah 2.14 Multi piece pattern
Ia adalah satu jenis corak. Apabila bahagian rumit dibentuk
bersama, memerlukan corak tuangan pasir lebih daripada dua
bahagian untuk proses penuangan dengan mudah pengeluaran dan
acuan. Corak ini mengandungi tiga atau lebih corak berdasarkan reka
bentuk. Untuk contoh berikut corak pelbagai potongan. Ia mempunyai
corak tiga keping. Bahagian atas adalah mengatasi, bahagian bawah
seret dan bahagian tengah kotak penyaringan dipanggil cek. Ia adalah
tiga corak yang akan dihubungkan dengan menggunakan pin-pin dan
kotak acuan yang dikunci dengan menggunakan pengapit.
19
iv Cope and drag type of pattern
Rajah 2.15 Cope and drag type of pattern
Dalam jenis corak ini digunakan untuk menyediakan produk
yang rumit. Bahagian yang lebih rumit akan dibuat, corak tuangan
pasir yang lengkap menjadi terlalu berat untuk dikendalikan oleh satu
pengendali tunggal. Dalam jenis Cope dan seret corak ini dibuat
dalam dua bahagian, yang berasingan dibentuk dalam kotak acuan
yang berbeza. Selepas proses pencetakan selesai untuk membentuk
rongga acuan lengkap. Apabila satu bahagian diseret dan satu lagi
menangguhkan. Ia Dipanggil menangani dan seret. Ia berbeza
daripada corak perpisahan kerana corak seret dan mengatasi kedua-
duanya dibentuk secara berasingan dalam kedudukan yang dipasang.
Jenis corak dan seret corak seperti rajah di atas.
20
V Match plate type pattern
Rajah 2.16 Match plate type pattern
Jenis corak plat perlawanan mempunyai dua bahagian, satu untuk
satu sisi dan satu lagi untuk corak sisi lain. Ia dipanggil corak plat
perlawanan. Corak tuangan pasir membuat dua helai. Ia juga
mempunyai pintu dan pelari dilampirkan dengan corak. Proses
pengacuan selesai selepas plat pertandingan dipadamkan bersama,
gating diperolehi untuk menyertai daya seret. Ia merupakan corak yang
utama digunakan untuk tuangan logam, biasanya aluminium dipesin
dalam kaedah ini dengan berat ringan dan mesin. Ia sepatutnya
digunakan untuk pengeluaran besar-besaran tuangan kecil dengan
ketepatan dimensi tinggi. Ia juga digunakan untuk mencetak mesin. Kos
akan menjadi lebih tinggi daripada pencetakan tetapi ia mudah untuk
dikompensasi dengan kadar pengeluaran yang tinggi dan lebih tepat.
21
vi Gated pattern
Rajah 2.17 Gated pattern
Untuk membuat pelbagai bahagian dalam acuan tunggal dan
corak tunggal untuk semua bahagian rongga acuan. Acuan berbentuk
rongga disediakan satu acuan pasir tunggal yang membawa banyak
rongga. Gerbang digunakan untuk menyambungkan corak satu sama
lain. Pintu atau saluran yang sesuai disediakan untuk memakan logam
cair ke dalam rongga. Semua rongga adalah makanan dengan
menggunakan pelari tunggal. Ia terutamanya mempertimbangkan
untuk masa pengacuan yang rendah dan memberi makan seragam
logam cair. Ia digunakan untuk pengeluaran besar-besaran tuangan
kecil.
22
vii Skeleton pattern
Rajah 2.18 Skeleton pattern
Saiz tuangan sangat besar tetapi mudah dibentuk dan hanya
boleh dilakukan untuk sejumlah kecil bahagian yang dibuat, juga
tidak ekonomik dengan kuantiti yang kecil dari corak padat saiz yang
besar. Pada peringkat ini corak terdiri daripada bingkai kayu dan
jalur dibuat. Ia dipanggil corak rangka. Acuan diisi dengan betul.
Lebihan pasir dibuang bersama-sama dengan alat pemukul.
23
viii Sweep pattern sand casting Method
Rajah 2.19 Sweep pattern sand casting Method
Satah itu diputar kira-kira paksi dengan 360⁰ dipanggil simetri.
Dalam pola sapuan pasir tuangan ini menyediakan acuan pasir
dengan menggunakan kaedah ini. Ia dipanggil corak penyapu. Ia
boleh menjimatkan wang dan membuat corak penuh kerana simetri.
Dalam corak ini digunakan untuk mempersiapkan cetakan tuangan
simetri yang besar dengan min siling. Corak tuangan pasir terdiri
daripada asas yang diletakkan di atas jisim pasir, gelendong menegak
dan templat kayu dipanggil menyapu. Hujung luar penyapu yang
bersesuaian dengan bentuk memerlukan tuangan. Rongga yang
dibentuk bersama-sama, dari sapu diputar pada paksi. Sapu dan
gelendong dikeluarkan dari rongga untuk meninggalkan pangkal di
pasir. Penyingkiran gelendong, dalam hal ini untuk menyediakan
lubang dan ditampal dengan mengisi pasir. Ia menyapu corak pasir
tuangan.
24
ix Segmental pattern
Rajah 2.20 Segmental pattern
Corak segmental digunakan untuk menyediakan acuan tuangan
pekeliling yang lebih besar untuk mengelakkan penggunaan corak
pada saiz yang tepat. Ia sama dengan corak penyapu, tetapi
perbezaan dari corak Sweep, corak menyapu memberi gerakan
pusingan berterusan untuk menghasilkan bahagian, corak segmental
itu sendiri dan acuan disediakan. Dalam pembinaan corak segmental
ini haruslah menyelamatkan bahan untuk membuat corak dan mudah
dibawa.
Corak segmental dipasang pada poros tengah dan acuan dalam
satu kedudukan untuk selepas menyediakan acuan segmen itu
dipindahkan untuk kedudukan seterusnya. Itu adalah mengulangi
bersama dengan acuan lengkap.
25
x Loose piece pattern
Rajah 2.21 Loose piece pattern
Sekeping tunggal dibuat untuk mempunyai sekeping longgar
dengan mudah untuk membolehkan pengeluaran dari acuan proses
pencetakan selesai, selepas corak utama ditarik meninggalkan dari
sekeping itu di dalam pasir. Selepas pengeluaran sekeping dari acuan,
rongga itu secara berasingan dibentuk oleh corak. Ia corak sekeping
longgar adalah pekerjaan yang sangat mahir dan mahal.
xi Follow board type pattern
Rajah 2.22 Follow board type pattern
Dalam proses tuangan beberapa bahagian strukturnya lemah. Ia
tidak disokong dengan betul dan boleh ditembusi di bawah daya
serpihan. Pada tahap ini corak khas untuk membolehkan acuan itu
mungkin seperti bahan kayu.
26
xii Shell pattern
Rajah 2.23 Shell pattern
Corak shell digunakan untuk membentuk produk bentuk
berongga dengan melengkung atau lurus. Ini bermakna kerja paip
dilakukan. Corak biasanya diperbuat daripada logam. Pola itu
berpisah bersama dengan garisan tengah dan kedua-dua bahagian
disambungkan.
2.6 Corak yang bersesuaian dengan bahan kayu
Corak yang dipilih berdasarkan jenis bahan yang digunakan iaitu
kayu. Jenis corak yang sesuai untuk kayu ialah Follow board type pattern.
Berikut adalah rajah bagi corak Follow board type patter :
Rajah 2.24 Follow board type pattern
27
Dalam proses tuangan beberapa bahagian strukturnya lemah. Ia tidak
disokong dengan betul dan boleh ditembusi di bawah daya serpihan. Pada
tahap ini corak khas untuk membolehkan acuan itu mungkin seperti bahan
kayu.
2.7 Kesimpulan
Kesimpulan bagi kajian literatur ini menunjukkan terdapat beberapa
kaedah proses tuangan. Selain itu, kajian literatur ini menerangkan tentang
bahan-bahan yang sedia ada untuk membuat corak dan menjelaskan bahan-
bahan alternatif untuk membuat corak dengan lebih mudah. Ia juga dapat
mengetahui fungsi-fungsi bahan yang digunakan. Akhir sekali, dapat
mengetahui jenis-jenis corak yang bersesuaian dengan produk.
28
BAB 3
METODOLOGI
3.1 PENGENALAN
Kaedah merekabentuk atau metodologi merupakan satu kaedah yang
diguna pakai dalam membangunkan atau merekabentuk sesuatu projek.
Metodologi yang digunakan adalah untuk membantu menghasilkan satu
projek yang kreatif dan inovatif untuk mencapai objektif penghasilan dalam
projek pada semester akhir ini. Reka bentuk bagi projek “Alternative of
Making Pattern in Sand Casting” adalah direka sendiri berdasarkan
cadangan dan juga pandangan semua ahli kumpulan serta selepas
perbincangan dan persetujuan penyelia projek.
Rekaan bagi projek ini mengambil kira segala aspek dan juga mestilah
mengikut kehendak pengguna sebagai hiasan berdasarkan corak yang
sesuai. Reka bentuk yang telah dihasilkan tidak begitu rumit.