BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Pada zaman era globalisasi ini, terdapat pelbagai jenis kenderaan (kereta) yang berada diatas jalan raya dengan pelbagai jenis jenama yang terkemuka di dunia. Antaranya seperti PERODUA, PROTON, TOYOTA, NISSAN dan macam-macam lagi. Dengan adanya kenderaan seperti ini diatas jalan raya, ianya akan memudahkan bagi pengguna untuk menuju ke suatu destinasi dengan mudah dan tepat pada masanya. Tayar merupakan satu komponen yang membolehkan sesebuah kenderaan untuk bergerak dengan lancar. Tayar secara amnya diperbuat daripada campuran getah yang kuat dan fleksibel dan dipasang pada rim. Campuran yang digunakan untuk membuat tayar tersebut mempunyai 7 lapisan getah yang berbeza. Ianya juga direka khas bagi spesifikasi kelajuan yang tertentu. Masalah yang mudah dihadapi pada tayar adalah kebocoran. Kebocoran yang mengakibatkan pemandu tidak dapat meneruskan perjalanan ke destinasi tepat pada waktunya. Kebiasaannya kebocoran tayar disebabkan beberapa faktor iaitu tertusuk paku, skru mahupun objek tajam yang lain terus menembusi ke dalam tayar. Pemandu akan mengambil masa dan tenaga yang banyak untuk menyelesaikan masalah ini.
42
Embed
BAB 1 PENDAHULUAN - dmeinnovationproject.com PDF14918406684711.pdf · penumpang tanpa diduga. Oleh itu, tayar ini perlu dijaga dengan sempurna agar pergerakan tidak terbatas disebabkan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Pada zaman era globalisasi ini, terdapat pelbagai jenis kenderaan (kereta) yang
berada diatas jalan raya dengan pelbagai jenis jenama yang terkemuka di dunia.
Antaranya seperti PERODUA, PROTON, TOYOTA, NISSAN dan macam-macam
lagi. Dengan adanya kenderaan seperti ini diatas jalan raya, ianya akan memudahkan
bagi pengguna untuk menuju ke suatu destinasi dengan mudah dan tepat pada
masanya.
Tayar merupakan satu komponen yang membolehkan sesebuah kenderaan untuk
bergerak dengan lancar. Tayar secara amnya diperbuat daripada campuran getah yang
kuat dan fleksibel dan dipasang pada rim. Campuran yang digunakan untuk membuat
tayar tersebut mempunyai 7 lapisan getah yang berbeza. Ianya juga direka khas bagi
spesifikasi kelajuan yang tertentu.
Masalah yang mudah dihadapi pada tayar adalah kebocoran. Kebocoran yang
mengakibatkan pemandu tidak dapat meneruskan perjalanan ke destinasi tepat pada
waktunya. Kebiasaannya kebocoran tayar disebabkan beberapa faktor iaitu tertusuk
paku, skru mahupun objek tajam yang lain terus menembusi ke dalam tayar. Pemandu
akan mengambil masa dan tenaga yang banyak untuk menyelesaikan masalah ini.
2
Sehubungan dengan itu, satu alatan khas yang diberi nama PIONT (Punch It On
Tires) dicipta bagi menampal tayar tanpa menanggalkan roda daripada kenderaan.
Projek ini dilaksanakan untuk menampal tayar dengan mudah dan cepat. Selain itu,
ianya juga dapat mengurangkan tenaga sekiranya berlaku masalah kebocoran pada tayar
kenderaan.
1.2 OBJEKTIF KAJIAN
Penyenaraian objektif ini bertujuan untuk mencapai beberapa matlamat dan
keputusan penting selepas projek dilaksanakan. Kajian ini dilakukan bagi memudahkan
lagi proses kerja dijalankan. Selain itu, ianya juga dapat memberi keterangan yang jelas
untuk dicatatkan pada bahagian kesimpulan. Objektif ini juga memberikan penanda aras
sesuatu projek agar projek yang dibincangkan dapat dihasilkan dengan jayanya. Berikut
merupakan objektif dalam membangunkan projek ini :
i. Merekabentuk alatan bagi memudahkan proses menampal tayar.
ii. Menentukan momen lentur pada klopfer ketika proses mencungkil paku
daripada tayar.
iii. Menjimatkan masa proses menampal tayar tanpa perlu membuka tayar.
3
1.3 PENYATAAN MASALAH
Pengguna akan menghadapi pelbagai masalah sekiranya tayar kenderaan
mereka bocor. Kebocoran ini berlaku tidak kira tempat mahupun masa. Antara masalah
yang akan dihadapi oleh pengguna ialah:
i. Masa
Pengguna akan kerugian masa yang banyak sekiranya terjadi kebocoran tayar
ketika perjalanan. Pengguna perlu memberhentikan kenderaan di bahagian sisi jalan
secara tidak langsung telah melambatkan masa untuk sampai ke destinasi yang dituju.
Jika alatan menampal tayar ini tiada, pengguna perlu menukar tayar ganti. Pelbagai
faktor lain yang boleh terjadi dalam situasi ini kerana terlalu banyak masa yang diambil.
ii. Keselamatan
Dari aspek keselamatan pula, pengguna juga terdedah kepada perkara yang
berbahaya atau kejadian yang tidak diingini seperti samun, kemalangan dan sebagainya.
Jika pengguna ingin menukar tayar yang mengalami kebocoran kepada tayar ganti,
kenderaan perlu dinaikkan(jack). Risiko kecederaan adalah tinggi sekiranya tidak
mempunyai pengalaman untuk menukar tayar. Kelalaian ketika menaikkan kereta juga
boleh mengakibatkan kecederaan yang tidak diingini berlaku misalnya jari tersepit pada
jek kenderaan ataupun kenderaan yang dinaikkan pada jek tidak stabil.
iii. Tenaga
Proses yang merumitkan ini memerlukan pengguna mengeluarkan tenaga yang
banyak untuk menukar tayar ganti, kerana ianya dilakukan secara manual. Pengguna
perlu menaikkan kenderaan, membuka nat dan mengangkat tayar. Terlalu banyak
tenaga yang perlu dikerah bagi melakukan kerja- kerja tersebut.
4
1.4 SKOP/BATASAN
Dalam melaksanakan projek ini, beberapa skop atau batasan kajian telah
disenaraikan. Ini bertujuan untuk memastikan projek yang dilaksanakan tidak terkeluar
daripada skop yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama ianya dapat memudahkan
lagi untuk mengukur sesuatu projek. Skop merupakan salah satu bahagian yang dapat
menjadi ukuran bagi setiap projek yang dihasilkan. Seterusnya, skop juga dapat
menghadkan setiap ukuran jika proses ujilari dijalankan, ini kerana dapat membantu
meningkatkan kebolehan yang terdapat dalam sesebuah projek. Justeru itu, dengan
adanya skop ini ianya dapat memudahkan lagi proses pengujian dijalankan. Akhirnya,
proses pengujian dapat dijalankan dengan lancar dan dapat memberikan kesan yang
positif ketika proses pengujian dijalankan. Berikut adalah batasan kajian dalam
melaksanakan projek ini :
i. Rekabentuk projek ini untuk tayar kenderaan kereta sahaja.
ii. PIONT ini dihasilkan untuk menampal tayar yang tidak menggunakan tiub.
iii. Ketinggian minimum bumper belakang dengan tanah 0.2 m
iv. Ketinggian minimum bumper hadapan dengan tanah 0.15 m
v. Klopfer berfungsi untuk mencabut paku yang berkepala.
5
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 PENGENALAN
Tujuan kajian literatur ialah untuk menjelaskan kajian yang akan dijalankan
maklumat dan pengetahuan yang tepat tentang hubung kait isu yang hendak dikaji bagi
merealisasikan projek ini. Selain itu, dapat memberi data-data yang berkaitan adalah
tepat dan dapat menunjukkan hubung kait di antara sejarah awal dan projek. Ini
bertujuan bagi mengelakkan dari tersasar daripada matlamat projek.
Kemajuan teknologi dan sains pada masa kini tiada had dan sempadan. Manusia
telah cuba untuk mecipta pelbagai barangan atau peralatan untuk memudahkan
kehidupan seharian mereka. Jika pergi ke luar negara terdapat pelbagai jenis alat-alat
inovasi yang canggih digunakan bagi memenuhi keperluan pengguna. Kajian literatur
amat penting sebelum memulakan sesebuah projek. Perkara yang diambil kira untuk
melakukan kajian literatur adalah:
i. Sejarah Awal
ii. Idea dan Konsep
iii. Bahan Pembuatan
iv. Jenis Mesin
6
2.1.1 Sejarah Awal
Sebelum bermulanya penggunaan tayar jenis pneumatik, sejarah mendapati
bahawa roda pertama yang digunakan ialah roda kayu. Roda tersebut dipasang pada
gerabak dan gerabak tersebut diikat pada haiwan seperti keldai, kuda dan lembu.
Malangnya roda kayu ini mempunyai banyak kekurangan. Pada tahun 1847, tayar jenis
pneumatik pertama dicipta oleh Scott Robert William Thomson. Walau bagaimanapun,
tayar ini tidak pernah digunakan. Tayar pneumatik pertama digunakan pada tahun 1888.
31 Oktober 1888, corak tayar Dunlop digunakan untuk kegunaan kenderaan ringan
sahaja.
Pada tahun 1892, corak Dunlop diisytiharkan tidak sah kerana seolah seperti
meniru corak daripada Scott Robert William Thomson yang dilupakan. Walau
bagaimanapun, Dunlop telah dikreditkan kerana telah menyedari bahawa getah mampu
menahan tayar dari kehausan, kelusuhan, dan dapat mengekalkan daya tahan. John
Boyd Dunlop dan Harvey du Cros bekerjasama melalui kesukaran yang besar. Pencipta,
Charles Kingston Welch bekerja dan juga memperoleh hak lain dan corak yang
membenarkan mereka mendapat perlindungan terhad untuk perniagaan pneumatik tayar
mereka.
Rajah 2.1 Roda Kayu
Rajah 2.1 : Roda Kayu
7
Pada zaman sekarang, ramai pengguna yang tidak tahu dan mengambil mudah
dalam pemilihan tayar. Disini, kami akan memberikan penerangan tentang asas untuk
mengenal tayar. Kita ambil contoh tayar yang bersaiz (P 215 / 60 R 16)
P : Passenger
215 : Kelebaran tayar dalam (mm)
60 : Peratus ketinggian
R : Radial
16 : Saiz rim
Tarikh keluaran tayar boleh diketahui dengan melihat di bahagian tepi tayar yang
mempunyai empat angka dalam bulatan.
Sebagai contoh:
Dua angka pertama iaitu ‘12’ merujuk kepada minggu keluaran dan ‘09’ merujuk
kepada tahun keluaran. Ini bermaksud tayar ini dikeluarkan pada minggu ke-12, tahun
2009
Rajah 2.2 : Kod Tayar
1209
8
2.1.2 Tayar
Tayar pada zaman ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu “off road” dan “on road”.
Dengan adanya jenis tayar sebegini ia memudahkan para pengguna untuk memilih tayar
yang bersesuaian dengan situasi dan keadaan kenderaan mereka.
Jadual 2.1: Jadual kadar kelajuan
tayar
Speed
Symbol
Km/H MPH
L 120 75
M 130 81
N 140 87
P 150 95
Q 160 100
R 170 105
S 180 113
T 190 118
U 200 125
H 210 130
V 240 150
W 270 168
Y 300 186
Z 240+ 150+
9
Jadual 2.2 Jadual index beban ( sumber : Jabatan Pengangkutan Jalan )
Load
Index
Maximum
Weight
Load
Index
Maximum
Weight
Load
Index
Maximum
Weight
65 290 83 487 101 825
66 300 84 500 102 850
67 307 85 515 103 875
68 315 86 530 104 900
69 325 87 545 105 925
70 335 88 560 106 950
71 345 89 580 107 975
72 355 90 600 108 1000
73 365 91 615 109 1030
74 375 92 630 110 1060
75 387 93 650 111 1090
76 400 94 670 112 1120
77 412 95 690 113 1150
78 425 96 710 114 1180
79 437 97 730 115 1215
80 450 98 750 116 1250
81 462 99 775 117 1285
82 475 100 800 118 1320
10
2.2 JENIS-JENIS TAYAR
Tayar merupakan bahagian yang amat penting selain sistem brek. Keselesaan
memandu juga bergantung pada sistem tayar. Tayar yang tidak sesuai ataupun sudah
tamat tempoh tidak lagi sesuai digunakan untuk pemanduan kerana risiko berlakunya
kemalangan amat tinggi. Tayar juga mempunyai pelbagai jenis. Antaranya :
2.2.1 Tayar off road
Rajah 2.3 : Tayar off road
Tayar jenis off road ini lebih kepada jenis kereta pacuan empat roda. Tayar ini
dicipta khas untuk permukaan jalan yang tidak rata dan sesuai digunakan untuk aktiviti-
aktiviti lasak seperti mendaki bukit, meredah hutan dan sebagainya. Tayar jenis ini juga
terbahagi kepada 4 jenis yang berbeza. Antaranya:
i. Tayar fun road (mesra pengguna)
ii. Tayar extreme road (lasak)
iii. Tayar speed offroad (pecutan)
iv. Tayar adventure (pengembaraan)
11
2.2.2 Tayar On Road
Rajah 2.4 : Tayar on road
Tayar on road ini adalah tayar yang kebiasaannya digunakan oleh semua
pengguna jalanraya. Tayar ini direka untuk permukaan jalan yang rata. Tayar on road
mempunyai pelbagai jenis bunga dan saiz, mengikut kepada kemahuan pengguna dan
cc (isipadu silinder) kenderaan. (Sumber: Leading tire manufacture, May 29 2015).
Antara jenis-jenis bunga yang ada pada tayar adalah:
i. Rotaion
ii. Inside outside
Tayar jenis-jenis ini boleh dikenalpasti dengan melihat di bahagian sisi atau
tepi tayar yang tertera samada tayar tersebut jenis rotaion ataupun inside outside.
Selain itu, bunga tayar juga salah satu cara untuk mengesan jenis tayar tersebut. Tayar
jenis rotation berbunga seperti bentuk V, manakala jenis inside outside pula lebih
kepada bergaris lurus.
12
2.3 TEORI KAJIAN
Setiap perkara yang dikaji perlu mempunyai hubung kait dengan tajuk projek
yang hendak dibangunkan. Kajian literatur yang dijalankan lebih tertumpu kepada
kaedah yang telah sedia ada dipasaran. Berikut merupakan rumus yang terlibat dalam
penghasilan projek ini :
i. 𝑀 = 𝑤𝐿2
Bending moment samadengan berat darab panjang kuasa dua.
ii. . 𝐴 =πd²
4
Luas samadengan pie darab diameter kuasa dua bahagi empat
iii. 𝐹 = 𝑚A
Daya samadengan berat darab luas.
2.3.1 Keselamatan
Tayar merupakan komponen yang sangat penting bagi sesebuah kenderaan. Jika
rosak, ia boleh menyebabkan kemalangan, sekali gus mengancam nyawa pemandu dan
penumpang tanpa diduga. Oleh itu, tayar ini perlu dijaga dengan sempurna agar
pergerakan tidak terbatas disebabkan penjajaran (alignment) tayar kereta tidak
seimbang, bunga tayar botak, pancit dan sebagainya.
Sebagai contoh, perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar
lain terdapat satu penyambung. Jika penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama
dengan bunga, ini bermakna ia perlu ditukar dalam tempoh tiga hingga empat bulan,
bergantung kepada kekerapan penggunaan kenderaan. Pelbagai faktor yang perlu
diambil kira dalam penjagaan tayar. Antaranya ialah:
i. Tekanan angin
ii. Jangka hayat
iii. Pelarasan
iv. Tayar bertampal
13
2.3.2 Tekanan angin
Melakukan tekanan angin kepada tayar kereta mengikut spesifikasi yang betul.
Jika angin terlebih atau kurang, ia akan memberi kesan kepada tayar kereta.
Antara kesannya adalah jika tekanan tayar kereta terlalu tinggi, tayar kereta akan
bermasalah di bahagian tengah dan jika angin tayar terlalu kurang atau tidak sekata,
akan berlakunya permasalahan dibahagian tepi tayar.
2.3.3 Jangka hayat
Pengguna hanya boleh menggunakan tayar dalam tempoh 3 atau 4 tahun sahaja
dari tarikh pengeluaran kilang. Hal ini kerana tayar mempunyai tarikh luput. Tayar yang
telah tamat tempoh akan mengundang kepada bahaya kerana getah tayar yang keras
akan lebih mudah merekah dan risiko untuk tayar tersebut untuk pecah adalah tinggi.
.
2.3.4 Pelarasan
Lakukan pelarasan tayar, penjajaran dan pengimbangan (alignment &
balancing), di pusat servis kereta untuk setiap 10,000km. Dengan melakukan pusingan
tayar kereta ini, pengguna boleh mengekalkan kesamarataan tayar dihadapan dan
dibelakang.
Ini mengelakkan tayar kereta pengguna bergegar jika dipandu dengan kelajuan
yang agak tinggi. Malah, untuk pengujian penjajaran (alignment) pula bagi
mengelakkan kereta pengguna tidak tertarik sebelah jika pengguna lepas tangan dan
berada seimbang ketika memandu.
14
2.3.5 Tayar bertampal
Jika ada masalah tayar bertampal seperti bocor, pancit atau bunga haus,
elakkan daripada diletakkan dibahagian depan kereta kerana tayar depan yang
memacu kenderaan. Ini bagi mengelakkan daripada berlakunya tayar meletup atau
mengundang bahaya ketika pengguna sedang memandu dalam keadaan yang laju.
Jadi, ia boleh dikurangkan masalah ini dengan meletakkan tayar kereta dibelakang.
(sumber: Haikal (2015), Artikel Harian Metro}
2.4 PERALATAN UNTUK MENAMPAL TAYAR
Pada zaman yang serba moden ini mempunyai banyak peralatan untuk
menampal tayar seperti ‘tyre repair kit’,’plug tyre’,cendawan dan ‘tyre guard. Peralatan
ini akan memudahkan setiap pengguna sekiranya kenderaan yang dinaiki oleh pengguna
mengalami kebocoran.
2.4.1 Tyre Repair Kit
Rajah 2.5 Tyre repair kit
Kaedah alatan ini telah lama digunapakai dan masih dipakai sehingga kini
didalam mahupun luar negara. Rajah diatas merupakan antara komponen penting untuk
proses menampal tayar, antaranya;
I II
III
..
IV
.
V
15
i. T-Handle
Alat ini digunakan untuk menebuk kesan kebocoran yang telah dikenal pasti
agar lubang kebocoran lebih besar sesuai dengan saiz plug. Ini memudahkan plug
dimasukkan ke dalam tayar
ii. Plug tire
Plug tire ini merupakan bahan yang digunakan untuk menutup lubang
kebocoran yang terdapat pada tayar, plug tire ini akan dimasukkan kedalam lubang yang
terdapat pada alat yg bernama “Filler insert” terlebih dahulu sebelum di masukkan
kedalam tayar yang mengalami kebocoran,
iii. Gam
Gam ini diratakan pada plug supaya plug yang ingin dimasukkan ke dalam tayar
dapat melekat pada lubang kebocoran dengan baik dan kemas.
iv Pisau lipat
Setelah plug berjaya dimasukkan dan tidak ada lagi udara yang keluar pada
lubang kebocoran, plug yang berlebihan itu haruslah dipotong supaya nampak lebih
kemas.
v. Filler insert
Plug tire akan di masukkan kedalam ruang yang telah direka khas bagi
memudahkan proses untuk menampal kebocoran. Plug akan terkeluar dari ruang yang
telah direka khas tersebut apabila pengguna menarik keluar setelah dimasukkan ke
dalam tayar dan menutupi kebocoran. Setelah plug ditinggalkan pada lubang kebocoran,
pengguna perlulah memeriksa semula dengan menggunakan air sabun ataupun cecair
yang berbuih untuk memastikan lubang kebocoran tersebut berjaya di tampal dengan
baik.
16
2.4.3 Cendawan
Rajah 2.6 : Cendawan
Kaedah ini antara yang terbaru yang berbentuk cendawan yang dipasang dalam
tayar ianya lebih kompleks dan susah seperti jenis yang biasa digunakan. Harga dan
upah yang dikenakan juga lebih mahal berbanding biasa. Jenis ini bersifat kekal dan
lebih kemas. Penampal jenis ini memerlukan tampalan dari bahagian dalam tayar. Tayar
perlu dibuka dari rim berbanding dengan kaedah yang biasa yang hanya memerlukan
tampalan dari luar sahaja. Masa yang lama telah diambil untuk melakukan proses ini
walaupun jenis ini lebih kemas dan bersifat kekal. Disebabkan inilah antara salah satu
faktor kaedah ini kurang digunapakai oleh pengguna. Seterusnya, walaupun upahnya
mahal tetapi hasil yang di terima amat berbaloi kerana jenis ini lebih kemas dan bersifat
kekal dan pada masa yang sama dapat memuaskan hati pengguna jalan raya. Permukaan
tayar juga tidak kelihatan cacat jika dibandingkan dengan penggunaan plug tire
17
2.4.4 Tyre Guard
Rajah 2.7 : Tyre guard
Tyre guard adalah sebuah alat yang khusus untuk melindungi kebocoran pada
tayar kenderaan. Selain itu, tyre guard dapat melindungi tayar apabila terdapat benda
tajam yang terkena pada tayar, ianya juga mempunyai kekurangan iaitu tidak boleh
bekerja dengan maksima apabila kebocoran tersebut terlalu besar. Kebocoran ini
hanya dapat dilindungi dengan sejauh 22 km sahaja dan ianya akan dapat membantu
pengguna untuk meneruskan perjalanan dengan selamat dan lancar untuk seketika.
Selain itu, tyre guard ini juga mempunyai kesan yang positif untuk para pemandu
jalan raya kerana ianya sesuai digunakan ketika waktu biasa dan waktu kecemasan.
Selanjutnya, tyre guard tidak boleh bekerja dengan maksima yang tinggi apabila
kebocoran yang dialami terlalu besar. ( Sumber : Mark Paton ( 2006 ),Asia , Bidvest
Insurance Group)
18
2.5 KAJIAN KOMPONEN
Bahan yang akan digunakan bagi menghasilkan alatan tersebut ialah keluli
lembut (mild steel). Keluli lembut ini terhasil daripada campuran besi dan karbon. Ianya
lebih mudah dibentuk dan dipotong dengan alatan tangan. Selain itu, ianya teguh dan
lebih mudah untuk dipateri. Ketebalan keluli lembut yang akan digunakan bagi
melaksanakan projek ini 20mm dan lebarnya ialah 150mm.
Rajah 2.8 : Contoh keluli Bulat
Rajah 2.9 : Contoh keluli lembut
19
2.6 KESIMPULAN
Setelah mengkaji dan mendalami tentang pembinaan, jenis-jenis dan juga cara
menampal tayar. Selain itu, dapat menyimpul bahawa pelbagai aspek yang perlu
dititikberatkan terhadap tayar dan ianya tidak boleh diambil ringan, kerana tayar
merupakan antara faktor keselamatan yang tinggi dan penting. Seperti yang kita sedia
maklum, tayar mudah mengalami kebocoran kerana tayar diperbuat daripada lapisan-
lapisan getah yang mampu bertahan dalam keadaan panas dan sesuai dengan cuaca di
Malaysia. Penampalan tayar telah direka bagi membantu pengguna menyelesaikan
masalah kebocoran, pengguna boleh memilih cara untuk menampal kebocoran kerana
terdapat pelbagai cara pada harga yang berbeza seperti yang telah diterangkan. Tayar
dapat digunakan selama 5 tahun, bergantung pada cara penjagaan oleh pemandu.
Sekiranya pemandu tidak menitik beratkan tentang keseimbangan dan juga penjajaran
roda, tempoh penggunaan tidak dapat digunakan sehingga tarikh yang telah ditetapkan.
Tayar yang sudah melebihi tempoh tidak digalakkan untuk diguna disebabkan tayar
tersebut telah menjadi keras walaupun bunga tayar masih lagi tebal. Seterusnya,
pengguna yang bijak haruslah mengambil berat tentang semua ini supaya keselamatan
dapat ditingkatkan dan dari segi wang juga dapat dijimatkan daripada membeli tayar
baru dengan kos yang tinggi.
20
BAB 3
METODOLOGI
3.1 PENGENALAN
Tujuan metodologi dijalankan adalah supaya objektif dan matlamat yang
disasarkan dapat dicapai. Selain itu, ia bertujuan untuk memastikan setiap kerja
dilakukan mengikut masa yang tepat sehingga tarikh perbentangan projek akhir.
Metodologi dapat menerangkan setiap satu cara perlaksanaan projek. Tatacara
perlaksanaan mempunyai gambaran juga penerangan yang lebih terperinci.
Selain itu, pemilihan tajuk merupakan langkah yang paling awal ditempuhi
sebelum memulakan kerja-kerja yang berkaitan dengan projek. Tajuk projek yang
dipilih perlulah bersesuaian dengan taraf diploma kerana ianya satu projek akhir
sepanjang pengajian dalam kursus Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) ini.
Selain itu, pemilihan projek yang bersesuaian membantu daya pemikiran yang
kreatif dan inovatif di samping ia melambangkan taraf pemikiran seseorang individu
dan setinggi mana taraf pengetahuan individu tersebut dalam aspek-aspek melibatkan
mekanikal am.
Seterusnya, rangka kerja atau carta alir diperlukan bagi perlaksanaan kerja lebih
teratur dan sistematik. Ini dapat membantu dalam penghasilan kerja tanpa sebarang
masalah dan dapat menjimatkan kos perbelanjaan serta masa.
21
3.2 CARTA ALIRAN PROSES
Rajah 3.0 : Carta aliran proses
YES
NO
MULA
PROBLEM
STATEMENT
RESEARH
IDEA
MODIFICATION
EVALUATION
END
22
3.3 KONSEP KERJA PRIME (PRIME Concept)
Konsep kerja prime dihasilkan untuk membantu proses kerja berjalan dengan
lancar dan baik. Selain itu, kerja akan kelihatan lebih kemas dan teratur kerana carta
aliran proses telah disediakan.
3.3.1 Problem statement (Penyataan masalah)
Penyataan masalah telah dikemukakan terlebih dahulu di dalam bab 1 dengan
teliti dan teratur.
3.3.2 Researh (Penyelidikan)
Penyelidikan telah dibuat dengan terperinci di dalam bab 2. Selain itu,
penyelidikan amat penting sebelum menjalankan sesuatu projek.
3.3.3 Invention (Idea)
i. Percambahan idea
a. Konsep 1
Rajah 3.1 : Contoh reka bentuk 1
Seperti dalam konsep gambar rajah diatas, alatan ini digunakan dengan cara
menekan. Menggunakan konsep “hot glue gun”. Menampal menggunakan sesuatu yang
baru selain kaedah cacing “ plug tire”. Alat ini digunakan dengan bantuan elektronik
iaitu bateri.
23
Jadual 2.3 : Konsep 1
Kelebihan Kekurangan
Kecil dan mudah dibawa Menggunakan tenaga yang tinggi
Menjimatkan masa Kos yang tinggi
Elektronik Mudah rosak
b. Konsep
Rajah 3.2 : Contoh reka bentuk 2
Cara konsep 2 ini bekerja ialah ianya boleh dilaraskan dan muncung pada
bahagian depan itu boleh ditanggalkan.Selain itu, alat ini mempunyai pengikat tayar
yang baik dan ia menggunakan kaedah glue gun untuk menggantikan cacing (plug tire).
Seterusnya, mempunyai batang untuk memegang untuk menolak glue gun masuk ke
dalam tayar.
Jadual 2.4 : Konsep 2
Kelebihan Kekurangan
Mudah dilaras Besar
Penampalan lebih kemas Kos yang tinggi
Menjimatkan masa Sukar diselenggara
24
c. Konsep 3
Rajah 3.3 : Contoh reka bentuk 3
Konsep 3 ini menggunakan konsep seperti hole puncher. Menampal
menggunakan cacing “plug tire”. Mempunyai pelaras dan pengikat. Mengikat alatan
pada rim sebelum membuat kerja.
Jadual 2.5 : Konsep 3
Kelebihan Kelemahan
Mempunyai pelaras Berat
Mempunyai pengikat Proses pembuatan rumit
Menjimatkan masa Kos pembuatan yang mahal
25
d. Konsep 4
Rajah 3.4 : Contoh reka bentuk 4
Konsep 4 menggunakan konsep seperti paku. Paku yang telah diletakkan dengan
filler insert akan dibenam kedalam tayar. Bahan tersebut untuk menampal tayar yang
bocor.
Jadual 2.6 : Konsep 4
Kelebihan Kelemahan
Mudah dikendalikan Pengetuk kecil
Menjimatkan kos Mudah hilang
Mempunyai pengetuk dan penyungkil
26
e. Konsep datum
Rajah 3.5 : Konsep datum
Konsep 5 ini ialah konsep yang telah sedia ada dipasaran. Untuk memasukkan
plug tire kedalam tayar filler insect telah digunakan bagi memudahkan lagi proses
kerja tersebut.
Jadual 2.7 : Konsep datum
Kelebihan Kekurangan
Menjimatkan kos menggunakan tenaga yang banyak.
Mudah dikendalikan
Mudah dibawa
27
ii. Pemilihan idea
a. Jadual Penilaian Bermatrik
Jadual 2.8 : Penilaian bermatrik
No
Kriteria
Kepentingan
Kriteria
Konsep
1
Konsep
2
2
Konsep
3
Konsep
4
Konsep
Rujukan
1
Pemilihan
bahan
5 + + + + D
2 Kos bahan 4 - - - + A
3
Pengguna
an tenaga
5 + - - + T
4
Masa
4 + + - + U
5
Rupa
bentuk
5 + - + + M
6 Total + 4 2 2 5 0
7 Total - 1 3 3 0 0
8 Total overall 3 -1 -1 5 0
9
Total actual 7 -1 1 10 0
28
b. Lukisan berbantu komputer
Rajah 3.6 : Lukisan berbantu komputer
29
iii. Pemilihan Bahan
Bahan yang akan digunakan bagi menghasilkan alatan tersebut ialah keluli
lembut (mild steel). Keluli lembut ini terhasil daripada campuran besi dan karbon. Ianya
lebih mudah dibentuk dan dipotong dengan alatan tangan. Selain itu, ianya teguh dan
lebih mudah untuk dipateri. Ketebalan keluli lembut yang akan digunakan bagi
melaksanakan projek ini 20mm dan lebarnya ialah 150mm.
Rajah 3.7 : Contoh keluli Bulat
Rajah 3.8 : Contoh keluli lembut
30
a. Anggaran kos
BIL BAHAN KUANTITI HARGA (RM)
1 BESI KELULI 1 17
2 ALAT PENAMPAL TAYAR 2 8
3 MATA GRINDER (Pemotong) 4 4
4 MATA GRINDER (Pengasah) 1 5
5 TAYAR 1 40
6 BESI BULAT 1 13
7 TIN PENYEMBUR WARNA 1 5.5
JUMLAH 92.5
Rajah 3.9 : Anggaran kos
IV. Proses Pembuatan
Proses pertama untuk memulakan kerja atau membina projek ini ialah dengan
membuat lakaran bagi tujuan untuk memudahkan lagi proses atau perlaksanaan projek
dijalankan. Seterusnya, secara tidak langsung dapat mempermudahkan pelaksanaan
kerja dalam membina projek ini. Dengan terdapatnya lakaran atau lukisan ini
perbincangan dapat dibuat dengan lebih jelas dan perlaksanaan kerja lebih teratur dan
lebih lancar.
31
Rajah 4.0 : Besi bulat dan besi keluli sebelum dibentuk
Gambarajah diatas menunjukkan besi bulat dan besi sudut sebelum dibentuk.
Ukuran asal besi bulat 10.5 cm x 2.5 cm dan bagi ukuran besi keluli 33.5 cm x 2.5 cm.
Terdapat satu besi bulat dan satu besi sudut.
Rajah 4.1 : Pemotongan besi keluli
Dalam gambarajah kedua, proses pemotongan dilakukan mengikut ukuran dan
bentuk yang telah ditanda diatas besi tersebut. Alat yang digunakan untuk memotong
besi ialah mesin memotong (hand grinder)
32
Rajah 4.2 : Menunjukkan proses pemotongan
Proses pemotongan telah selesai. Pemotongan mengikut dimensi yang telah
ditetapkan. (360mm panjang x 25mm lebar)
Rajah 4.3 : Besi bulat dipotong
Dalam gambarajah diatas menunjukkan besi bulat yang sedang dipotong untuk
dijadikan pengetuk. Ukuran diameternya ialah 25mm
33
Rajah 4.4 : Besi bulat sedang dipotong untuk dijadikan tapak
Proses pemotongan besi bulat dipotong untuk dijadikan sebagai tapak untuk
memasukkan “Plug tire” ke dalam tayar.
Rajah 4.5 : Proses pemotongan ‘filler insert’
Di dalam gambarajah diatas menunjuk proses pemotongan ‘filler insert’
menggunakan pahat dan penukul. Mata ‘filler insert’ yang dipotong akan digabungkan
bersama tapak yang dipotong.
34
Rajah 4.6 : Proses mengimpal sedang dilakukan
Proses pengimpalan besi dijalankan untuk dijadikan satu alat yang dipanggil
‘PIONT.
Rajah 4.7 : Proses penyemburan tin bewarna
Proses yang seterusnya adalah penyemburan tin bewarna di atas besi yang telah
dikimpal. Gambarajah diatas menunjukkan proses penyemburan sedang dijalankan.
Besi-besi yang telah disembur dikeringkan selama satu jam.
35
Rajah 4.8 : Menunjukkan alatan khas untuk menampal tayar
Gambarajah diatas menunjukkan hasil projek selepas proses penyemburan
warna. Kedua - dua besi tersebut digabungkan menggunakan proses kimpalan. Alat ini
telah disempurnakan dan boleh digunakan untuk ujikaji. PIONT telah digabungkan
dengan dua alat iaitu klopher dan pilz. Setiap alat memainkan peranan penting untuk
memulakan sesuatu proses menampal tayar. Pada masa yang sama ianya dapat
memudahkan lagi proses kerja dilakukan. Proses pembuatan adalah salah satu proses
yang menerangkan tentang cara-cara sesuatu projek itu dihasilkan. Pemilihan bahan
juga penting untuk menghasilkan sesuatu projek, ini untuk memastikan bahawa bahan
yang digunakan mampu memberi kesan yang positif ketika proses kerja sedang
dijalankan.
36
3.3.4 Modification
(Pengujian dan penambahbaikan)
a. Pengujian
Pengujian dilakukan pada tayar kereta viva. Pada ujian ini, terdapat
permasalahan yang menyebabkan projek gagal. Antaranya alat tidak mempunyai
muncung yang tajam untuk dimasukkan ke dalam tayar. Hal ini kerana muncung bagi
“filler insert” adalah tidak tajam. Muncung “filler insert” tidak tajam dan sukar untuk
menembusi tayar. Pengujian dilakukan berulang kali demi mencapai objektif projek dan
memperbaiki segala kelemahan yang terdapat pada kegagalan pengujian yang
sebelumnya.
Rajah 4.9 : Proses pengujian dijalankan
37
ii. Pengujian pertama
Permasalahan
a. Rupa bentuk bahagian belakang pengetuk tidak selesa untuk dipegang
dan diketuk.
Kelemahan
b. Kelebaran besi pengetuk tidak sesuai untuk dipegang.
iii. Pengujian kedua
Permasalahan
a. Muncung dibahagian depan filler insert rata dan tidak tajam.
Kelemahan
b. Filler insert tidak dapat menembusi tayar dan tidak selesa digunakan.
iv. Penambahbaikkan
Setelah pengujian dilakukan dan projek berfungsi dengan baik.
Penambahbaikkan dan pengubahsuaian projek dilakukan seperti berikut:
a. Melakukan proses pengikisan semula untuk menepati ukuran yang
telah ditetapkan.
b. Mewarnakan besi projek supaya kelihatan menarik.
38
3.3.5 Evaluation
i. Prosedur Ujilari
Berikut merupakan antara prosedur ujilari;
Rajah 5.0 : Menunjukkan tempat kebocoran
Gambar diatas menunjukkan tayar yang mengalami kebocoran kecil akibat
tusukan paku.
Rajah 5.1 : Menunjukkan proses penanggalan paku.
Gambar ini menujukkan proses untuk mengeluarkan paku dengan menggunakan
alatan yang telah direka khas.
39
Rajah 5.2 : Menunjukkan proses pembesaran lubang
Gambar ini menunjukkan proses pembesaran apabila paku telah dikeluarkan
dari tayar. Proses ini dilakukan untuk memudahkan proses seterusnya dilakukan.
Rajah 5.3 : Proses memasukkan PILZ
Proses ini dilakukan menggunakan Pilz yang telah dimasukkan bersama “plug
tyre”. Seterusnya, Pilz diketuk menggunakan Klopfer supaya Pilz melekat pada tayar.
40
Rajah 5.4 : Proses menggolekkan tayar
Proses ini dilakukan bagi memudahkan Pilz masuk ke dalam tayar dengan cara
menggolekkan tayar tanpa menggunakan tenaga yang banyak.
Rajah 5.5 : Proses mengeluarkan PILZ
Pilz dicungkil keluar menggunakan Klopfer dan “plug tyre” akan melekat dan
menutupi kebocoran pada tayar.
41
Rajah 5.6 : Pemeriksaan menggunakan buih sabun
Proses ini dilakukan untuk memeriksa lubang yang telah ditampal dengan “plug
tyre” dengan menggunakan air sabun bagi memastikan tekanan angin tidak keluar.
ii. Pengrekodan data
Jadual 2.8 : Pengrekodan data
Pengujian Masa(s)
1
2
3
4
42
3.4 KESIMPULAN
Kesimpulannya, bab ini menerangkan mengenai proses kerja untuk
menghasilkan alatan khas untuk menampal tayar (PIONT). Selain itu, data-data yang
terdapat dalam bab ini dapat membantu memudahkan lagi proses kerja yang hendak
dijalankan. Seterusnya, dalam bab ini juga terdapat beberapa percambahan idea yang
dapat dikemukakan dan setiap idea yang dikeluarkan mempunyai kelebihan dan
kekurangannya yang tersendiri. Jadual penilaian bermatrik adalah salah satu jadual
yang dapat membantu menentukan nilai sesuatu projek dan selepas projek tersebut
dinilai maka proses yang seterusnya boleh dijalankan dengan baik. Proses pembuatan
juga telah ditambah dalam bab ini bagi memudahkan proses kerja dilakukan. Selain itu,
pengujian bahan projek telah dibuat bagi memastikan bahan projek yang dihasilkan
mempunyai nilai dan mutunya yang tersendiri. Setelah projek dihasilkan anggaran kos
memainkan peranan penting untuk menentukan harga sesebuah projek yang dihasilkan
sebelum dijual dipasaran. Dengan adanya, produk ini dipasaran ianya akan
memudahkan lagi proses menampal tayar dilakukan oleh setiap pengguna jalan raya.
Akhir sekali, Projek ini dapat dihasilkan dengan jayanya dan memenuhi syarat-syarat