Top Banner
27

Bab 1 Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

Mar 22, 2016

Download

Documents

Azamri Mansor

 
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Bab 1 Kesepaduan Dalam Kepelbagaian
Page 2: Bab 1 Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

HASIL PEMBELAJARANHASIL PEMBELAJARANMenjelaskan konsep perpaduan

dalam kepelbagaian. Menjelaskan konsep kesepaduan

sosial. Menjelaskan dinamika hubungan

etnik di Malaysia.

Page 3: Bab 1 Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

PENGENALANPENGENALANDi Malaysia, sepanjang 55 tahun

merdeka, yang dihighlight adalah konflik. Namun hubungan etnik yang positif sebenarnya lebih banyak.

Oleh itu, konsep kesepaduan sosial diutarakan untuk menjelaskan fenomena yang berlaku di Malaysia.

Page 4: Bab 1 Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

Konsep perpaduan Dalam Konsep perpaduan Dalam KepelbagaianKepelbagaian

1. Maksud ‘perpaduan dalam kepelbagaian’ (unity in diversity) dari perspektif :

Psikologi Sosial - rasa kesatuan’ yang merentas pemisahan fizikal dan psikologikal, yang meliputi juga konteks metafizikal

Antropologi-sosiologi - suatu rumusan yang menyimpulkan dan mengartikulasikan bagaimana manusia mengurus dan menyusun, dari segi abstrak dan nyata, perbezaan sosial yang sedia ada dalam kalangan mereka

Ontologikal - perlunya mengurus dan menyusun perbezaan ini adalah, pada umumnya, atas keinginan untuk mewujudkan keadaan aman dan stabil dalam sesebuah masyarakat yang rencam keanggotaan kelompok sosialnya agar dapat meraih kesenangan dan mungkin juga kemewahan material.

Page 5: Bab 1 Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

Maksud Perpaduan: Proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta memiliki perasaan cinta dan bangga kepada tanah air.

unity is uniformity atau 'perpaduan‘ ialah keSAMAan atau keSATUan -- satu bangsa, satu agama, satu bahasa, satu negara, yang juga merupakan kata-kata slogan. unity is uniformity hanyalah suatu gambaran tentang suatu masyarakat yang sempurna yang tidak boleh menjadi kenyataan

Page 6: Bab 1 Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

Konsep Kesepaduan SosialKonsep Kesepaduan SosialSuatu fenomena sosial yang

dipacu oleh idaman mendalam terhadap perpaduan yang seharusnya pula mempengaruhi para anggota masyarakat tersebut untuk merungkai pelbagai ikhtiar dan kegiatan yang dianggap sebagai prasyarat mencapai perpaduan.

Page 7: Bab 1 Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

Memahami konsep ‘kesepaduan sosial’ menerusi pemahaman konsep ‘takrifan harian’ (everyday define), sebelum perpaduan dapat dicapai.

'takrifan harian' lebih berkesan daripada 'takrifan autoriti', kerana setiap anggota masyarakat majmuk adalah bebas untuk bertindak dan berprilaku prokeamanan, prokeharmonian dan antikeganasan demi survival diri, keluarga dan kelompok sosialnya.

sekiranya timbul sebarang konflik, anggotanya akan segera mencari jalan penyelesaian melalui perundingan dalam pelbagai cara dan bentuk

Page 8: Bab 1 Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

Konsep kesepaduan adalah lebih realistik dalam konteks Malaysia.

Oleh itu, konsep kesepaduan sosial diutarakan untuk menjelaskan fenomena yang berlaku di Malaysia.

Page 9: Bab 1 Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

Perbandingan: Malaysia & Sri Lanka1. Cerita Malaysia: umumnya aman dan

stabil tapi ranjau sepanjang jalan tetap ada

Era Konflik 1945-1960 Era ‘Tegang tapi Stabil 1961-1970 Era Kesepaduan Sosial 1971- 2011

2. Punca Kesepaduan Sosial3. Rakyat yang matang

Page 10: Bab 1 Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

Pasca Perang Dunia Kedua (PD2)◦ Rusuhan etnik - konflik etnik antara etnik Cina dengan

Melayu yang tercetus daripada tindakan Bintang Tiga selama 14 hari selepas tamatnya penaklukan Jepun

◦ Huru-hara Buruh - Pemimpin kesatuan sekerja yang terlibat mengorganisasi rusuhan dan mogok ini telah ditangkap dan pertubuhan mereka diharamkan dan Penglibatan Bintang Tiga dengan membunuh tiga orang pengurus ladang keturunan Eropah di Sungai Siput sehingga diisytiharkan darurat dan tamat pada 1960.

Tiang seri pembinaan semula◦ Keselamatan◦ Pembangunan Lima Tahun 1950-1955◦ Perundingan Etnik – penggubalan perlembagaan

A | ERA KONFLIK (1945 – 60)A | ERA KONFLIK (1945 – 60)

Page 11: Bab 1 Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

Pembentukan Malaysia 1963: Perjanjian 20 perkara dengan Sabah dan Perjanjian 18 Perkara dengan Sarawak

Konfrontasi 1963-66 – Malaysia-Indonesia (neo-colony) Konflik etnik terbuka 1964 & 1969

◦ Julai& September 1964, Singapura (dlm Malaysia)◦ 13 Mei 1969, di Kuala Lumpur & 3 tempat lain

Singapura & Malaysia berpisah 9 Aug. 1965 Cara atasi

◦ Majlis Perundingan Rakyat◦ Jabatan Perpaduan, Rukun Negara◦ Dasar Ekonomi Baru

B | ERA TEGANG TAPI B | ERA TEGANG TAPI STABIL (1961 – 70)STABIL (1961 – 70)

Page 12: Bab 1 Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

40 tahun keamanan dan kestabilan, kecuali pada 2011 peristiwa Kg. Medan yang mengingatkan bahawa faktor ekonomi sangat penting untuk kesepaduan sosial.

Harapan untuk ‘perpaduan’ tetap ada: 1Malaysia

Apakah anak kunci kesepaduan sosial Malaysia: Hubungan stabil, sama ada di Peringkat Masyarakat, Negara, Pasaran = M+N+P- meskipun sewaktu krisis global.

Masyarakat Malaysia yang matang:◦Suka bertikam lidah tetapi tidak

berparangan◦Konflik wujud, namun masih hidup dalam

kesepaduan

C | ERA KESEPADUAN SOSIAL C | ERA KESEPADUAN SOSIAL (1971-2011) (1971-2011)

Page 13: Bab 1 Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

ANTARA KONFLIK SOSIAL & KESEPADUAN SOSIAL| ANTARA KONFLIK SOSIAL & KESEPADUAN SOSIAL| perbandingan Malaysia & Sri Lanka (1945-2011)perbandingan Malaysia & Sri Lanka (1945-2011)

1948 - 1960

MALAYSIA

SRI LANKA

20111945

1940-1950 1951-1960 1961-1970 1971-1980 1981-1990 1991-2010

1969 20011964

KEAMANAN ditakrif sebagai “the absence of violence” (GPI 2011). Konflik berdarah berlaku di Malaysia dan Sri Lanka semenjak 1945. Bukti menunjukkan bahawa keadaan kesepaduan sosial mendominasi hidup di Malaysia di Sri Lanka didominasi oleh pertumpahan darah, meragut lebih dari 100,000 nyawa. Untuk sebuah analisis perbandingan terbaik sila lihat, Sirimal Abeyratne, “Economic Development and Political Conflict: Comparative Study of Sri Lanka and Malaysia, “ South Asia Economic Journal 9:2(2008): 393-417

Page 14: Bab 1 Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

MASYARAKAT PELBAGAI

ETNIK - MALAYSIA

Kumpulan etnik,

Subetnik, Suku,

Kumpulan Bahasa & Dialek -

Semenanjung

Kumpulan etnik, Subetnik,

Suku, Kumpulan Bahasa & Dialek -

Serawak

Kumpulan etnik, Subetnik,

Suku, Kumpulan Bahasa & Dialek - Sabah

Page 15: Bab 1 Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

Potret Hubungan Etnik di Malaysia• Negara Malaysia dengan kerencaman

demografi terus kukuh, maju dan membangun malah disegani oleh jiran tetangga dalam konteks negara berbilang etnik.

• Keadaan yang aman damai telah melahirkan suatu bentuk kestabilan politik, ekonomi dan sosial yang baik.

• Malaysia berjaya mencapai tahap negara berpendapatan sederhana dalam tempoh kurang daripada 50 tahun.

• Keunikan tadbir urus negara mengurus perpaduan dalam kepelbagaian amat penting.

Page 16: Bab 1 Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

Global Peace Index (2011)Global Peace Index (2011)Negara Kedudukan Negara Paling Aman di DuniaNew Zealand 1Iceland 2Jepun 3Denmark 4Republik Czech 5Austria 6Finland 7Kanada 8Norway 9Slovenia 10Ireland 11Qatar 12Sweden 13Belgium 14Jerman 15Switzerland 16Portugal 17Australia 18Malaysia 19Hungary 20

Page 17: Bab 1 Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

Hubungan Etnik dari Perspektif Konflik

Terdapat pandangan - masyarakat yang memiliki kerencaman budaya, bahasa, agama seperti di Malaysia akan terpisah dan terasing mengikut kumpulan etnik masing-masing.

Perbezaan etnik akan melahirkan persaingan antara kumpulan etnik dan berlaku kepupusan ciri-ciri etnik.

Etnik yang dominan menguasai etnik minoriti.

Media massa kerap memotretkan hubungan etnik di Malaysia dalam perspektif yang sempit - membangkitkan sentimen etnik atau agama dalam laporan berita.

Page 18: Bab 1 Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

Kebanyakan kajian tentang hubungan etnik di Malaysia menggunakan paradigma konflik untuk menganalisis dan memahami setiap permasalahan yang wujud dalam masyarakat.

Pandang sedemikian mengandaikan masyarakat Malaysia sentiasa berada dalam persengketaan, saling bersaing khususnya antara kumpulan yang berlainan etnik dan agama.

Hakikat mengangkat paradigma konflik sebagai teras memahami permasalahan masyarakat di Malaysia adalah kurang tepat kerana realitinya, masyarakat hidup dalam aman dan stabil.

Page 19: Bab 1 Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

Menelusuri Hubungan Etnik Menelusuri Hubungan Etnik daripada Perspektif Konflikdaripada Perspektif KonflikPembentukan ilmu kolonial yang sarat

dengan nuansa ideologi orientalisme pada asasnya adalah untuk “membezakan” kumpulan dalam masyarakat agar wujud sempadan binari yang jelas antara mereka yang menjajah dengan mereka yang terjajah.

Mereka yang terjajah pula dikategorikan secara pukul rata melalui perbezaan yang berdasarkan ciri-ciri fisiologi, budaya, bahasa, agama dan etnik yang diesensialisasi dan diitlakkan secara mudah dan cetek.

Ditambah dengan konflik 13 Mei, darurat

Page 20: Bab 1 Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

Masyarakat Malaysia terhasil daripada perkongsian sejarah – membina struktur sosial, ekonomi, politik dan budaya.

Masyarakat Malaysia bersifat dinamik – membina kesepaduan sosial melalui interaksi dan amalan harian secara langsung dan tidak langsung secara berterusan.

Kesepaduan sosial juga terbina menerusi proses akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi – mekanisme untuk mengekalkan toleransi.

Page 21: Bab 1 Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

Menelusuri Hubungan Etnik Menelusuri Hubungan Etnik daripada Perspektif Konflikdaripada Perspektif KonflikParadigma alternatif ini bukan bertujuan untuk

menafikan bahawa tiada konflik tetapi sebagai satu cara pandang yang memberi tempat yang lebih wajar kepada sisi positif dalam menganalisis dan memahami hubungan etnik.

Pemahaman terhadap situasi ini adalah wajar kerana hakikatnya aspek yang lebih dominan dalam kehidupan seharian dalam kalangan masyarakat awam di Malaysia bukan berasaskan konflik tetapi didasari oleh kesepaduan sosial.

Page 22: Bab 1 Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

Hubungan Saling Terkait dan Hubungan Saling Terkait dan Saling BergantunganSaling BergantunganJalinan hubungan sosial secara

berterusan terbina dalam kalangan anggota masyarakat Malaysia merentas etnik, agama, budaya dan bahasa menerusi interaksi sesama mereka.

Umpamanya, nasi yang dimakan oleh

pelajar selepas keluar dari bilik kuliah melibatkan pelbagai etnik

Page 23: Bab 1 Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

Takrifan Autoriti dan Takrifan Takrifan Autoriti dan Takrifan HarianHarianParadigma kesepaduan sosial lebih

memberi tumpuan kepada takrifan terhadap interaksi seharian yang dibentuk oleh anggota masyarakat itu sendiri berbanding dengan takrifan yang dibentuk oleh autoriti

Takrifan autoriti seperti negara, misalnya, cenderung bersifat tetap dengan sempadannya yang tidak boleh diubah. contohnya, takrifan Melayu oleh negara sebagaimana yang termaktub dalam Artikel 160.

Page 24: Bab 1 Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

Takrifan Autoriti dan Takrifan Takrifan Autoriti dan Takrifan HarianHarianTakrifan harian oleh masyarakat awam

kemungkinannya lebih anjal, cair, rencam, pelbagai dan terdapat tolak ansur, akomodasi serta saling memahami dalam kalangan mereka untuk memastikan kehidupan seharian mereka dapat diteruskan dengan aman tanpa sebarang konflik.

Kesepaduan sosial memberi pengiktirafan terhadap takrifan harian oleh anggota masyarakat dan takrifan harian dalam konteks hubungan etnik ialah pelekat sosial yang menjadikan masyarakat Malaysia yang majmuk, pelbagai dan rencam ini secara sosialnya bersepadu.

Page 25: Bab 1 Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

Kesepaduan Sosial Melalui Kesepaduan Sosial Melalui Akomodasi, Akulturasi, Akomodasi, Akulturasi, Amalgamasi dan AsimilasiAmalgamasi dan Asimilasi

Dalam proses rundingan sosial, unsur-unsur seperti akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi sentiasa berlaku di peringkat yang berbeza sebagai mekanisme untuk terus mengekalkan toleransi etnik, penerimaan terhadap perbezaan dan kesepaduan sosial yang wujud pada hari ini.

Rakyat Malaysia di peringkat masyarakat awam tidak mudah terpengaruh untuk bertindak secara melulu, emotif dan menggunakan kekerasan terhadap isu-isu yang ditimbulkan.

Masyarakat Malaysia di peringkat awam telah pun sedikit sebanyak terikat dengan suatu bentuk kesepaduan sosial yang baik dan organisasi sukarelawan masyarakat dan individu daripada pelbagai etnik dan agama

Page 26: Bab 1 Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

Kesepaduan Sosial Melalui Kesepaduan Sosial Melalui Akomodasi, Akulturasi, Akomodasi, Akulturasi, Amalgamasi dan AsimilasiAmalgamasi dan Asimilasi

takrifan yang diberikan oleh anggota masyarakat dalam acuan besar bercirikan Malaysia adalah merujuk kepada interaksi dan hubungan sehari-hari yang berlaku antara mereka melalui proses rundingan sosial yang berterusan.

Proses ini ditunjangi oleh unsur-unsur akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi yang merupakan inti pati penting untuk memahami hubungan etnik di Malaysia dari perspektif kesepaduan sosial.

Page 27: Bab 1 Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

KesimpulanKesimpulanKesepaduan sosial boleh wujud dan bercambah,

terutama jika terdapat usaha sedar berpunca daripada tindakan authority-defined dan topdown yang dapat melengkapkan dan menjamin kelangsungannya dan meningkatkan daya ketahanan dalam sesebuah masyarakat majmuk itu

adalah lebih tepat untuk kita mengungkapkan keadaan ini sebagai “kesepaduan dalam kepelbagaian” (cohesion in diversity) dan bukan “perpaduan dalam kepelbagaian” (unity in diversity).