Top Banner
BAB 1 KAJIAN FIZIKAL DAN PERSEKITARAN PETEMPATAN SETINGGAN DI KG.SEMBULAN LAMA, KOTA KINABALU , SABAH Oleh : SURIANA BINTI NINTIN 2011104327
28

BAB 1 (FS)

Jan 30, 2023

Download

Documents

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: BAB 1 (FS)

BAB 1

KAJIAN FIZIKAL DAN PERSEKITARAN PETEMPATAN SETINGGAN DI KG.SEMBULAN

LAMA, KOTA KINABALU , SABAH

Oleh :

SURIANA BINTI NINTIN

2011104327

Page 2: BAB 1 (FS)

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN WILAWAH

FAKULTI SENIBINA, PERANCANGAN DAN UKUR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (PERAK)

SERI ISKANDAR

SENARAI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

ABSTRAK

PENGHARGAAN

ISI KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Penyataan Masalah

1.3 Tujuan dan Objektif Kajian

1.4 Skop Kajian

1.5 Metodologi Kajian

1.6 Kesimpulan

Page 3: BAB 1 (FS)

BAB 2 KAJIAN FIZIKAL DAN PERSEKITARAN PETEMPATAN

SETINGGAN DI KG.SEMBULAN KOTA KINABALU

2.1 Pengenalan

2.2

Page 4: BAB 1 (FS)
Page 5: BAB 1 (FS)
Page 6: BAB 1 (FS)
Page 7: BAB 1 (FS)

MEMBAIK PULIH PETEMPATAN SETINGGAN DI KG.SEMBULAN , KOTA KINABALU ,

SABAH

I. Tajuk

II. Pengenalan

Page 8: BAB 1 (FS)

III. Penyataan Masalah

IV. Tujuan dan Objektif Kajian

V. Skop Kajian

VI. Kawasan Kajian

VII. Kajian Literatur

VIII. Metodologi Kajian

IX. Kesimpulan

X. Rujukan

1.0 PENGENALAN

Page 9: BAB 1 (FS)

Manusia dan rumah tidak dapat dipisahkan kerana rumah merupakan tempat

manusia berlindung dan berteduh dari segala bahaya dan ancaman. Rumah

merupakan keperluan asas yang amat penting kepada manusia selain dari

makanan dan minuman untuk hidup. Maka tidak hairanlah terdapat

pelbagai jenis dan bentuk tempat berlindung untuk didiami manusia

mengikut kesesuaian kawasan setempat dan juga taraf kehidupan

seseorang itu, Rumah setinggan merupakan salah satu dari jenis rumah

yang didiami manusia sebagai tempat berlindung, namun begitu setinggan

merupakan perumahan haram yang didirikan tanpa kebenaran dari pihak

berkuasa. Setinggan diumpamakan perumahan haram disebabkan segala yang

berkaitan dengan pendirian rumah setinggan itu yang tidak mendapat

kelulusan dari pihak berkuasa termasuklah tanah tempat perumahan

setinggan didirikan dan bentuk serta binaan rumah yang dibina tidak

mengikut spesifikasi serta bahan binaan yang telah ditetapkan.

Perkampungan setinggan ini biasanya didapati di kawasan seperti

pinggir bandar, kawasan bandar, serta berdekatan dengan tempat

komersial dan kawasan perindustrian di mana ia mampu memberikan

peluang pekerjaan dan lain-lain kemudahan kepada penduduk yang

mendiami kawasan setinggan. Ini kerana penghuni setinggan ini

kebanyakkannya terdiri daripada mereka yang berhijrah ke bandar untuk

mencari rezeki.

Walaubagaimanapun, kewujudan setinggan ini memberikan masalah yang

serius di bandar. Kepesatan pembangunan dan pertambahan penduduk di

bandar telah menyebabkan permintaan tempat kediaman semakin meningkat.

Oleh yang demikian, perkara ini telah menyebabkan satu keadaan yang

tidak seimbang apabila permintaan perumahan lebih tinggi berbanding

daripada jumlah perumahan yang boleh dibina di sesuatu kawasan.

Page 10: BAB 1 (FS)

Hal ini telah menyebabkan berlakunya persaingan kepada penduduk bandar

untuk mendapatkan kawasan perumahan bagi memastikan mereka tinggal di

bandar yang boleh menjanjikan pendapatan yang lebih lumayan berbanding

di tempat asal. Oleh kerana jumlah perumahan yang dibina terlalu mahal

serta tidak mencukupi dan ditambah dengan ketidakmampuan penghuni

bandar untuk memiliki rumah menyebabkan mereka mencari alternative

lain untuk membina kawasan kediaman iaitu setinggan. Rumah adalah satu

keperluan, tetapi bila dilihat dari aspek bandar, rumah bukan sahaja

keperluan tetapi ia telah menjadi kehendak. Ia dapat dilihat apabila

pemaju sendiri lebih suka membina rumah jenis sesebuah berbanding

rumah teres kos rendah sedangkan senario sekarang menunjukkan bahawa

penduduk yang berhijrah ke bandar bukanlah semuanya dari golongan yang

berkemampuan untuk membeli rumah mampu milik, apatah lagi nilai tanah

di kawasan bandar amat tinggi dan berpotensi untuk dibangunkan sebagai

kawasan selain daripada perumahan seperti komersial dimana ia

menjanjikan pulangan yang lebih besar untuk jangka masa panjang.

Bagi penghuni setinggan, keperluan mereka sudah dipenuhi kerana motif

atau matlamat mereka ke bandar bukan untuk membeli rumah tetapi untuk

mencari pekerjaan, walaupun kediaman itu tidak selesa. Pada mereka,

tempat tinggal hanyalah untuk berteduh, berlindung dari panas dan

hujan. Akan tetapi keinginan mereka untuk mendapat rumah yang selesa

tidak dapat dipenuhi menyebabkan bandar dan penghuni bandar itu

sendiri mendapat kesan yang buruk tidak hanya dari segi imej bandar

yang terjejas malah kesihatan, keharmonian dan keselamatan mereka juga

boleh tergugat. Permasalahan ini akan lebih dijelaskan dengan lebih

menyeluruh di bab yang lain.

Masalah setinggan ini wujud dengan banyaknya di negeri-negeri yang

pesat membangun seperti Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan tidak

Page 11: BAB 1 (FS)

ketinggalan juga Negeri Sabah. Masalah setinggan ini lebih berlaku di

kawasan bandar berbanding kawasan kampung. Begitu juga dengan bandar

Kota Kinabalu yang merupakan ibu negeri bagi negeri Sabah tidak

ketinggalan menghadapi masalah setinggan ini. Ia memberikan kesan

kepada pembangunan bandar tersebut apatah lagi bandar Kota Kinabalu

telah dinaiktaraf sebagai bandaraya pada 02 Februari 2001. Oleh itu,

kewujudan setinggan ini bagaikan satu cabaran kepada bandar dan

penghuni bandar itu sendiri kerana setinggan ini boleh mengakibatkan

masalah yang teruk pada masa akan datang jika tidak dibendung.

2.0 Penyataan Masalah

Terdapat beberapa masalah yang berlaku akibat daripada penempatan dan

perwujudan kawasan setinggan di Sembulan, Sabah. Berikut merupakan

kenyataan masalah bagi kajian setinggan ini.

Page 12: BAB 1 (FS)

i. Mewujudkan masalah pemandangan yang tidak menarik

Oleh kerana rumah setinggan tersebut dibina dengan tidak

tersusun dan diperbuat dari bahan binaan yang tidak elok, maka

pemandangan di kawasan setinggan berhampiran pusat bandar itu

telah terjejas. Bagi menjimatkan kos dan mempercepatkan penduduk

setinggan itu tinggal di kawasan perniagaan, jenis bahan binaan

yang digunakan untuk membina rumah adalah tidak berkualiti dan

cara mereka membina rumah juga tidak sempurna.

ii. Masalah sistem saliran dan pembuangan sampah yang tidak

sistematik

Keadaan sistem saliran kurang memuaskan disebabkan oleh ketiadaan

sistem perparitan yang sempurna. Longkang-longkang yang tersumbat

menyebabkan air larian tidak dapat mengalir dengan sempurna.

Kaedah bakar dan tanam masih digunakan untuk menghapuskan sampah

sarap. Hal ini menyebabkan risiko kebakaran semakin tinggi,

disamping kawasan menjadi tidak bersih akibat sampah sarap yang

dimakan oleh haiwan liar. Selain itu, sebilangan penduduk

membuang sampah sarap ke dalam sungai yang berhampiran.

Page 13: BAB 1 (FS)

3.0 Matlamat dan Objektif Kajian

3.1 Matlamat kajian

Matlamat kajian ini dijalankan adalah untuk membantu meningkatkan

taraf hidup penduduk setinggan di kawasan Kampung Sembulan Sabah.

3.2 Objektif Kajian

i. Mengenalpasti isu dan masalah yang dialami oleh penduduk di

kawasan kajian dari aspek fizikal yang wujud iaitu

susunatur rumah, keadaan bangunan dan kemudahan

infrastruktur.

ii. Mengenalpasti kewujudan petempatan setinggan terhadap aspek

alam sekitar dari segi pengurusan sampah sarap dan sistem

perparitan.

iii. Mengkaji fenomena petempatan setinggan dari segi profil

sosio-ekonomi.

4.0 Skop Kajian

Skop kajian ini untuk mengkaji perkara-perkara berikut:

Page 14: BAB 1 (FS)

i. Meneliti aspek-aspek fizikal petempatan setinggan yang wujud

dari segi usia, jenis bahan binaan yang digunakan, bentuk

dan kedudukan setiap bangunan.

ii. Masalah yang wujud daripada aspek sanitasi seperti sistem

pembuangan najis, sampah sarap dan sisa buangan dari

penggunaan domestik.

iii. Mengenalpasti data asas ekonomi melalui soal selidik seperti

jumlah penduduk, kaum, pekerjaan, taraf pendidikan,

tanggungan dan pendapatan isi rumah.

5.0 Kawasan Kajian

Kawasan kajian ini merupakan satu kawasan perumahan setinggan di

Sembulan yang terletak di kawasan pusat bandar bersebelahan dengan

Hotel Beverly bertaraf 4 bintang serta berhampiran dengan Sutera

Harbour Golf Club yang bertaraf 5 bintang.

Kawasan kajian ini berada dalam jarak lingkungan 1.5 km dari pusat

Bandaraya Kota Kinabalu. Kebanyakkan yang menghuni kawasan setinggan

ini ialah pendatang haram dan terdapat juga penduduk tempatan.

Kewujudan perkampungan setinggan ini perlu diambil berat kerana ia

menimbulkan banyak masalah kepada penduduk sekitarnya. Masalah ini

memberi kesan dari segi pembangunan fizikal dan pemandangan kawasan

itu sendiri. Kawasan kajian yang berada di bawah pentadbiran Dewan

Bandaraya Kota kinabalu ini telah wujud lebih dari sepuluh tahun dan

Page 15: BAB 1 (FS)

merupakan antara kawasan setinggan terawal di Sabah. Oleh kerana,

kawasan setinggan ini dibina berhampiran dengan pusat bandar, maka

kesan hasil pembinaan setinggan ini semakin ketara. Diharap kajian ini

nanti dapat memberi cadangan yang bernas bagi mengatasi masalah

setinggan di Sembulan.

Pelan Kunci

Page 16: BAB 1 (FS)
Page 17: BAB 1 (FS)

Pelan Lokasi

Page 18: BAB 1 (FS)

6.0 Kajian Ilmiah

Definisi Setinggan

Abraham Charles (1964), beliau menyatakan setinggan dalam bentuk

berikut: ” Setinggan adalah proses penggunaan tanah tanpa hak, dengan

tidak mengambil kira kegunaannya sama ada untuk tujuan perumahan,

pertanian dan lain-lain”. Dalam buku tersebut juga beliau menyatakan

bahawa di dunia ini terdapat beberapa pengkelasan bentuk dan jenis

setinggan yang pernah wujud.

Di dalam kamus pula menerangkan setinggan adalah merupakan orang-orang

yang tinggal di sesebuah kawasan baru iaitu kawasan awam, di tanah-

tanah yang tidak bernama seperti tanah kerajaan ataupun orang-orang

yang mengambil tanah-tanah milik persendirian tanpa meminta kebenaran

ke atas segala premis ( seperti tanah, bangunan dan semua harta tanah)

yang tidak berpenghuni atau dimiliki oleh sesiapapun.

Setinggan didefinisikan sebagai tanah yang diduduki secara haram,

samaada tanah itu dimiliki oleh seseorang atau tidak. Dalam konteks

perancangan fizikal terdapat juga istilah ”slum” yang kadangkala

disalahertikan sama seperti istilah setinggan.

Walau bagaimanapun, setinggan tidak boleh disamakan sebagai ”slum”. Di

mana menurut Portes Alenjandro (1972), menyatakan bahawa istilah

petempatan setinggan tidaklah juga bercanggah dengan istilah ”slum”,

tetapi beliau juga memberikan contoh di Amerika latin yang mana tidak

semua kawasan ”slum” disebabkan oleh setinggan dan tidak semua

petempatan setinggan mempunyai ciri-ciri ”slum”

Steward Murray, (1972) menyatakan;

Page 19: BAB 1 (FS)

”There are no uniformly accepted definition of slums, though there

would be general aggreement that they represent cluster of

obsolescent and overcrowded housing, lacking in basic facilities,

generally undermantained”

Ini bermakna, kawasan setinggan sekarang telah mempunyai kemudahan.

Oleh itu, kawasan setinggan juga lebih baik dari kawasan yang

mengalami keadaan ”slum”.

Beliau juga menambah dalam bukunya di mana merujuk kepada ’Housing Act

of 1937’, beliau menulis ’slum can be defined as any area where

dwellings predominate which , by reason of dilapidation, over crowded,

faulty arrangement or design, lack of ventilation, light, or

sanitation facilities or any combination of these factors, are

detrimental to safety, health or morals. Slum dwellings are usually

filthy and vermin infested and are fire hazards’.

Oleh yang demikian,berdasarkan kenyataan diatas,dapat dirumuskan

bahawa apa yang cuba disampaikan oleh Steward yang menyatakan tidak

semua kawasan setinggan memiliki ciri-ciri ’slum’ adalah jelas dengan

kenyataan beliau bahawa senario sekarang di mana bukan sahaja di

Malaysia malah di negara-negara lain yang mengalami masalah setinggan

biasanya mempunyai kawasan setinggan yang lebih baik dari kawasan yang

mengalami ’slum’ dan ia dapat dilihat dari segi keadaan bangunan,bahan

binaan bangunan,pencahayaan dalam bangunan dan lain-lain jika

dibandingkan dengan bangunan di kawasan ’slum’.

2.1 Jenis Setinggan

Page 20: BAB 1 (FS)

Menurut Charles Abraham (1964), terdapat beberapa jenis setinggan yang

wujud di kawasan-kawasan tertentu di dunia. Penjenisan setinggan juga

boleh diklasifikasikan melalui pemerhatian terhadap jenis bangunan

yang dibina oleh penduduk setinggan, ini kerana jenis bangunan rumah

yang dibina oleh penghuni setinggan berbeza bergantung kepada bahan

yang digunakan.

I. Pemilik setinggan

Penjenisan setinggan bagi pemilik setinggan ini bermaksud penghuni

setinggan yang mencari tempat kediaman atau tempat berlindung di

mana-mana sahaja tanah kosong yang mereka dapati dan boleh didirikan

rumah di atas tanah itu. Biasanya tanah kosong yang mereka perolehi

adalah dimiliki oleh kerajaan yang belum dibangunkan atau tanah

milik perseorangan yang terbiar. Mereka tidak perlu membayar sewa

kepada tuan tanah kerana bagi tanah kerajaan, tanah tersebut akan

terus dibiarkan sehinggalah sesuatu projek pembangunan dijalankan di

atas tanah tersebut.

II. Tuan tanah setinggan

Tuan tanah setinggan agak berbeza dari segi penduduknya kerana

terdiri dari golongan yang mempunyai harta dan berkemampuan untuk

memiliki sebuah rumah setinggan yang lain. Rumah selain dari yang

mereka diami akan dijadikan sebagai rumah sewa untuk penduduk

setinggan yang lain. Rumah itu biasanya dipecahkan kepada beberapa

bahagian dan ruang yang mana boleh menampung beberapa individu.

Penyewa rumah ini akan membayar sewa kepada tuan rumah tersebut dan

pendapatan mereka adalah bergantung kepada bayaran sewaan bilik-

bilik yang disewakan kepada penghuni lain.

Page 21: BAB 1 (FS)

III. Penyewa setinggan

Penghuni setinggan jenis ini merupakan golongan setinggan yang

paling miskin dari penghuni jenis setinggan yang lain kerana mereka

tidak membina rumah mereka sendiri tetapi menyewa di kawasan

setinggan itu dari penghuni yang tinggal di kawasan setinggan

tersebut. Mereka biasanya adalah penghuni yang baru datang di

kawasan setinggan serta menyewa dan tinggal sekali dengan tuan

rumah. Mereka akan menetap di kawasan setinggan untuk tempoh yang

lama dengan harapan dapat membina atau mempunyai sebuah rumah di

kawasan setinggan itu.

IV. Spekulator setinggan

Golongan yang mendiamai kawasan setinggan ini terdiri dari golongan

yang bijak pandai dan professional. Bagi mereka setinggan bukan

hanya sebuah kawasan kediaman yang biasa tetapi mampu mendatangkan

keuntungan kepada mereka. Golongan ini akan membuat kawasan

setinggan dengan harapan agar kerajaan atau tuan punya tanah akan

memberikan kemudahan kepada kawasan kediaman mereka. Kemudahan yang

dimaksudkan adalah seperti bekalan air dan elektrik. Penduduk

setnggan ini tidak hanya terdiri dari pendatang haram, tetapi juga

penduduk tempatan yang berhijrah dari tempat asal mereka. Mereka

amat berani dan bijak semasa membuat bantahan dan amat degil apabila

diusir.

V. Semi setinggan

Penduduk bagi setinggan jenis semi setinggan ini membina rumah

setinggan di atas sebidang tanah secara curi-curi atau senyap-senyap

tanpa pengetahuan tuan tanah, biasanya di waktu malam dan setelah

Page 22: BAB 1 (FS)

rumah itu siap, barulah mereka akan berbincang dengan tuan punya

tanah tersebut. Mereka dikenali dengan nama ini kerana biasanya tuan

tanah bersetuju dengan kedatangan mereka tetapi pembinaan rumah

tidak mengikut undang-undang yang ditetapkan.

1.2Penempatan setinggan

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perkembangan kawasan

setinggan di bandar-bandar besar terutama sekali bandar-bandar di mana

kawasan yang merupakan kawasan paling pesat sekali pembangunannya di

Malaysia dengan pembukaan kawasan perusahaan baru yang menyediakan

peluang-peluang pekerjaan yang banyak di samping terdapat berbagai

kemudahan dan tempat hiburan. Faktor-faktor yang mempengaruhi

perkembangan kawasan setinggan boleh dikatakan serupa sahaja di negara

yang terdapat kawasan setinggan dan ianya boleh disenaraikan seperti

berikut :

i) Pertambahan penduduk yang pesat di bandar-bandar besar

menyebabkan bilangan penduduk menjadi semakin ramai pada satu

jangka masa yang singkat dan menyebabkan berlakunya kesesakan

di pusat bandar. Kegagalan menyediakan keperluan asas kepada

mereka seperti rumah telah mendorong mereka yang tidak

mempunyai rumah untuk mendirikan rumah haram.

ii) Penghijrahan beramai-ramai penduduk luar bandar ke bandar

besar telah menyebabkan bilangan penduduk di bandar-bandar

besar yang mereka tuju menjadi semakin meningkat. Terdapat

Page 23: BAB 1 (FS)

pelbagai kemudahan yang disediakan di bandar dan juga peluang

pekerjaan yang disediakan dalam pelbagai sektor seperti

perindustrian, perkhidmatan dan perdagangan di mana ianya

telah menarik minat penduduk luar bandar untuk berhijrah ke

bandar. Tambahan pula, keadaan hidup yang mendesak dengan

pendapatan yang tidak terjamin di kampung asal mendorong

mereka untuk berhijrah ke bandar bagi mendapatkan pekerjaan

yang lebih baik. Walaupun mereka sedar akan kekurangan pada

diri mereka tetapi memandangkan keadaan hidup di bandar lebih

menarik mereka lupakan saja implikasi yang bakal timbul.

iii) Sebab utama yang mendorong perkembangan kawasan setinggan di

bandar besar adalah bersebab dari kegagalan pihak yang

berkenaan (Kementerian Perumahan dan Alam sekitar),

Menyediakan tapak rumah dan juga rumah-rumah kos rendah untuk

memenuhi permintaan . Masalah ini berpunca daripada ketidak-

seimbangan yang berlaku di antara rumah yang disediakan olehsektor awam dan swasta dengan permintaaan terhadap rumah kos

rendah dan sederhana di kawasan bandar.

7.0 Kaedah kajian

Kajian perletakkan penempatan baru rumah setinggan inidijalankan mengikut beberapa peringkat untuk menyempurnakan kajianyang dijalankan dan perlu dilakukan dengan teliti. Ini penting bagimenyiapkan kajian mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. Secaraamnya terdapat enam peringkat utama untuk menyempurnakan kajian iniiaitu :

Kajian awalan

Page 24: BAB 1 (FS)

Kajian teoritikal Pengumpulan data Analisis penemuan Pembentukan Cadangan

i Peringkat pertama : Kajian Awalan

Pada peringkat ini ,penghasilan matlamat objektif kajian dan

skop kajian adalah penting di dalam membuat kajian kerana ia

dapat mengawal atau dapat membuat pengkaji memahami konteks

sebenar tujuan yang ingin dikaji dan dicapai. Manakala pada

peringkat ini juga, pemahaman awalan kajian juga diperlukan

untuk mengetahui serba sedikit tentang kawasan kajian dan

masalah yang dihadapi.

ii Peringkat kedua : Kajian Literature

Pada peringkat kedua ini pula, kajian teoritikal memainkan peranandalam memahami definisi rumah setinggan dan kajian tentangperletakkan petempatan baru rumah setinggan dengan lebih jelas lagi.Di mana kebanyakan maklumat akan diperolehi melalui datasekunder dan data primer. Data-data sekunder diperolehi melaluibuku-buku ilmiah manakala data primer diperolehi melaluipengumpulan maklumat dari Dewan Bandarraya Kota Kinabalu dansebagainya.

iii Peringkat Ketiga : Pengumpulan Data

Di dalam peringkat ini,adalah satu peringkat dimana

pengumpulan maklumat dilakukan berdasarkan data-data yang

diperolehi dari dua kaedah iaitu data primer dan data

sekunder.

Page 25: BAB 1 (FS)

Antara dua kaedah tersebut ialah:

i) Data Primer

Data primer ialah data atau maklumat yang diperolehi ketika

berada di tapak.Ini bermaksud data yang belum diolah dan

belum ditafsir oleh mana-mana pihak.Data primer ini didapati

melalui kaedah pengamatan dan kaedah soal selidik yang

dibuat oleh pengkaji. Kaedah ini adalah bertujuan untuk

mendapatkan maklumat daripada responden yang terdiri

daripada penduduk setinggan dan penduduk yang berdekatan

dengan kawasan setinggan tersebut.

ii) Data Sekunder

Data sekunder pula ialah data yang diperolehi dari jabatan-

jabatan kerajaan dan agensi-agensi yang terlibat. Selain itu

juga,bahan atau data-data yang diperlukan juga boleh

didapati menerusi media massa seperti surat khabar,majalah-

majalah,artikel,internet dan lain-lain.

iv Peringkat Keempat : Analisis

Apabila data-data yang diinginkan telah diperoleh dari

kajian tapak melalui pengamatan dan sesi soal selidik maka

bahan tersebut telah menjadi rujukan pengkaji untuk membuat

analisis maklumat .Ini kerana maklumat yang diperolehi

ketika ke tapak kajian dan maklumat yang diperolehi selepas

ke tapak kajian tidak bercanggah. Manakala hasil dari

analisis ini, data tersebut akan dibentangkan atau

dipersembahkan menerusi analisis graf,carta dan lain-lain.

v Peringkat Kelima : Cadangan

Page 26: BAB 1 (FS)

Pada peringkat akhir ini,setelah semua maklumat atau data

yang telah diperolehi dan telah dianalisis maka berdasarkan

kesemua penemuan dari kawasan kajian akan terhasil satu

pembentukan cadangan menerusi penemuan tadi.Ini

bermaksud,berdasarkan penemuan yang ditemui maka boleh

menghasilkan cadangan yang baru dan bernas dalam mengatasi

dan menyelesaikan isu dan masalah tersebut.Cadangan yang

dihasilkan mestilah menepati atau berkaitan isu dan masalah

tersebut.

8.0 Metodologi Kajian

Analisis Data

Kaedah Analisis

SWOT ,Analitikal Diagram, dan lain-lain

Penemuan

Kajian Awalan

Kajian Literature

Data SekunderPengumpulan Data

Skop KajianObjektif KajianMatlamat Kajian

Data Primer

Page 27: BAB 1 (FS)

9.0 Penutup

Secara kesimpulannya, perumahan setinggan boleh

mendatangkan banyak masalah kepada pembangunan di sesebuah negara.

Sekiranya pembangunan setinggan tidak dibendung oleh kerajaan, maka

kualiti hiudp serta kemajuan sesebuah negara akan terbantut. Pihak

kerajaan juga terpaksa mengeluarkan kos yang besar untuk melakukan

aktiviti merobohkan perumahan setinggan.

Selain itu, kehidupan masyarakat dan keselamatan penduduk

juga akan terganggu kerana keadaan fizikal setinggan yang tidak kukuh

serta mengundang banyak masalah sosial seperti peras ugut,mencuri dan

lain-lain lagi.

Oleh yang demikian, cadangan-cadangan dan pendapat perlu

dikemukakan bagi mewujudkan kawasan perumahan setinggan yang tersusun

Isu dan Masalah,

Kekuatan dan Kelemahan,

Cadangan

Pembentukan Pelan Konsep,

Pelan Induk dan Pelan

Penyediaan Laporan Cadangan

Pemajuan

Rajah 1.1 : Carta Alir

Page 28: BAB 1 (FS)

dengan kemudahan infrastruktur yang baik agar bandar Kota Kinabalu

mendapat imej pembangunan yang baik.

Pihak berkuasa perlu mengambil langkah drastik bagi

melaksanakan cadangan dengan segera agar pembangunan perumahan

setinggan dapat dinaiktaraf agar tidak mencacatkan imej pembangunan

sesebuah negeri.

10.0 Senarai rujukan

1. Abraham, Charles (1964), Man’s Struggle For Shelter In an

Urbanising World. Cambridge : The MIT Press.

2. Alenjandro, Portes (1972), The Urban Slum in Chile : Types and

Correlates, London.

3. Kamus ’Oxford english, Hardback’, England, 1989.

4. Murray, Stewart (1972), The City : Problem of Planning’ Penguin

Educator.

5. Payne, Geofferey K. (1977), Urban Housing In The Third World’.

London : Leonard Hill.