Top Banner
B10.2 : ELEKTRIK & TELEKOMUNIKASI
17

B10.2#:#ELEKTRIK#&TELEKOMUNIKASI# - …jpbdselangor.gov.my/.../B10.2_Elektrik-Telekomunikasi.pdf · iii. Pencawang Elektrik (PE) - 15,000 buah Jadual B10.20menyenaraikan jumlah PMU

Feb 06, 2018

Download

Documents

doanbao
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: B10.2#:#ELEKTRIK#&TELEKOMUNIKASI# - …jpbdselangor.gov.my/.../B10.2_Elektrik-Telekomunikasi.pdf · iii. Pencawang Elektrik (PE) - 15,000 buah Jadual B10.20menyenaraikan jumlah PMU

B10.2#:#ELEKTRIK#&#TELEKOMUNIKASI#

Page 2: B10.2#:#ELEKTRIK#&TELEKOMUNIKASI# - …jpbdselangor.gov.my/.../B10.2_Elektrik-Telekomunikasi.pdf · iii. Pencawang Elektrik (PE) - 15,000 buah Jadual B10.20menyenaraikan jumlah PMU

BIDANG B PERANCANGAN SPATIAL

B1.0 Guna Tanah Dan Fizikal

B2.0 Petempatan Bandar Dan Desa Serta Koridor Pembangunan

B3.0 Pertanian, Perhutanan Dan Perlombongan

B4.0 Perindustrian

B5.0 Perumahan Dan Kejiranan Hijau

B6.0 Kemudahan Masyarakat, Rekreasi Dan Sukan

B7.0 Pelancongan

B8.0 Perniagaan dan Perkhidmatan

B9.0 Perhubungan Dan Pengangkutan

B10.0 BEKALAN AIR, ELEKTRIK, GAS, TELEKOMUNIKASI DAN JALUR LEBAR

B11.0 Saliran Dan Perparitan

B12.0 Sistem Pembentungan

B13.0 Pengurusan Sisa Pepejal Dan Toksid

B14.0 Alam Sekitar Dan Pengurusan Sumberjaya

B15.0 Pemeliharaan Warisan

kajian rancangan struktur negeri selangor 2035

laporan tinjauan

Page 3: B10.2#:#ELEKTRIK#&TELEKOMUNIKASI# - …jpbdselangor.gov.my/.../B10.2_Elektrik-Telekomunikasi.pdf · iii. Pencawang Elektrik (PE) - 15,000 buah Jadual B10.20menyenaraikan jumlah PMU

LAPORAN TINJAUAN Bekalan Air, Elektrik, Gas, Telekomunikasi danJalurLebar

B10-28

B10.2 BEKALAN ELEKTRIK Sistem bekalan elektrik secara amnya terdiri dari peringkat penjanaan, transmisi dan

juga pengagihan. Laporan ini akan memberi maklumat berkaitan proses bekalan dengan

penekanan terhadap aspek keupayaan dan juga permintaan dan juga isu-isu yang

berkaitan.

B10.2.1 Keupayaan dan Permintaan Bekalan Elektrik

Keupayaan penjanaan elektrik untuk Negeri Selangor dibekalkan oleh tiga buah loji TNB

dan sebuah loji janakuasa persendirian. Loji-loji tersebut ialah:

i. Loji janakuasa Connought Bridge, Klang; kapasiti 832 MW

ii. Loji janakuasa Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Kapar; kapasiti 2,420 MW

iii. Loji janakuasa Putrajaya, Serdang; kapasiti 625 MW

iv. Loji janakuasa IPP Genting Sanyen (persendirian); kapasiti 720 MW.

Keupayaan keseluruhan penjanaan tenaga elektrik loji-loji tersebut ialah sekitar 12,000

MVA.

Permintaan keseluruhan bekalan elektrik di Negeri Selangor dianggarkan 4,400 MW.

Jumlah ini merupakan 25% daripada permintaan di seluruh Semenanjung Malaysia yang

dianggarkan pada 13,000 MW. Sektor industri adalah pengguna utama dari segi

permintaan dengan anggaran 50% daripada permintaan keseluruhan. Ini diikuti oleh

sektor perumahan pada 30% dan komersial pada 20%. Terdapat reserve margin yang

tinggi secara relatif, di mana permintaan dibandingkan dengan keupayaan. Dengan itu,

tidak terdapat isu bekalan pada masa kini.

B10.2.2 Penyampaian Bekalan Elektrik ke Negeri Selangor

Secara keseluruhan, kategori pencawang dan jumlahnya di negeri Selangor adalah

seperti berikut:

i. Pencawang Masuk Utama (PMU) / Stesen Suis Utama (SSU) - 70 buah

ii. Pencawang Pembahagian Utama (PPU) / Stesen Suis (SS) - 190 buah

iii. Pencawang Elektrik (PE) - 15,000 buah

Jadual B10.20menyenaraikan jumlah PMU dan PPU, dan juga keupayaan dipasang

(installed capacity) dan permintaan maksimum (maximum demand, MD) bagi setiap zon

TNB di Negeri Selangor:Reserve margin bagi setiap zon TNB masih lagi selesa dan

dijangkakan tidak akan berlaku isu kekurangan bekalan untuk tempoh terdekat. Zon-zon

yang didapati menghasilkan permintaan yang tinggi ialah Klang, Shah Alam, Petaling Jaya

dan Subang Jaya. Sementara itu, zon Kuala Selangor merupakan yang terendah.

Page 4: B10.2#:#ELEKTRIK#&TELEKOMUNIKASI# - …jpbdselangor.gov.my/.../B10.2_Elektrik-Telekomunikasi.pdf · iii. Pencawang Elektrik (PE) - 15,000 buah Jadual B10.20menyenaraikan jumlah PMU

LAPORAN TINJAUAN Bekalan Air, Elektrik, Gas, Telekomunikasi danJalurLebar

B10-29

Jadual B10.19: Keupayaan dan Permintaan Bekalan Elektrik Mengikut Zon Zon Jumlah

PMU Jumlah

PPU Installed

Capacity (MVA) Maximum

Demand (MW) Bandar Baru Bangi 5 17 1200 350 Banting 4 13 660 140 Cheras 2 9 570 200 Klang 7 18 1500 520 Kuala Selangor 4 8 510 112 Petaling Jaya 4 32 2010 470 Pelabuhan Klang 3 9 700 210 Rawang 6 15 1220 270 Shah Alam 10 20 1800 500 Subang Jaya 3 26 1600 460

Sumber: Tenaga Nasional Berhad, 2013

Rajah B10.5 menunjukkan laluan grid nasional dan kedudukan infrastruktur elektrik

utama untuk Negeri Selangor.Penyampaian bekalan elektrik adalah melalui PMU dan

PPU yang disambung terus ke talian grid tersebut. Penyampaian bekalan elektrik kini

menyeluruhi Negeri Selangor.

Walaupun tidak terdapat isu penyampaian yang ketara, terdapat situasi pihak TNB tidak

dapat melaksanakan pemasangan rentis yang baru di sebabkan faktor-faktor bukan

teknikal. Antaranya ialah projek Central Area Reinforcement (CAR) di Rawang yang

merupakan projek sistem back-up bekalan elektrik dan juga talian rentis di Mahkota

Cheras.

B10.2.3 Potensi Pemakaian Teknologi Hijau di dalam Sistem Bekalan Elektrik

Pemakaian teknologi hijau dalam sistem bekalan elektrik bertumpu kepada aspek

pengurangan pengunaan tenaga melalui cara-cara tertentu seperti menggunakan lampu

LED, teknologi janakuasa yang mesra alam dan juga penggunaan tenaga diguna semula

ataupun renewable energy (RE) sebagai alternatif kepada sistem konvensional tenaga

elektrik.

Negeri Selangor berpotensi mengamalkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui

(renewable energy), terutamanya tenaga solar sebagai alternatif kepada bekalan elektrik

konvensional.Disebabkan kos awalan yang tinggi dalam memasang kelengkapan tenaga

solar seperti panel dan bateri storan, insentif perlu diberikan oleh pihak berkuasa

terhadap pemunya bangunan supaya terdapat pulangan balik yang menarik terhadap

pelaburan terhadap kuasa solar ini. Penggunaan kaedah Feed In Tariff (FIT) dicadangkan

di mana lebihan kuasa yang dijanakan oleh bangunan-bangunan terlibat boleh dijual

kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada kadar premium. Segala garis panduan

tentang kaedah FIT ini hendahlah merujuk kepada Sustainable Energy Development Authority (SEDA).

Page 5: B10.2#:#ELEKTRIK#&TELEKOMUNIKASI# - …jpbdselangor.gov.my/.../B10.2_Elektrik-Telekomunikasi.pdf · iii. Pencawang Elektrik (PE) - 15,000 buah Jadual B10.20menyenaraikan jumlah PMU
Page 6: B10.2#:#ELEKTRIK#&TELEKOMUNIKASI# - …jpbdselangor.gov.my/.../B10.2_Elektrik-Telekomunikasi.pdf · iii. Pencawang Elektrik (PE) - 15,000 buah Jadual B10.20menyenaraikan jumlah PMU

LAPORAN TINJAUAN Bekalan Air, Elektrik, Gas, Telekomunikasi danJalurLebar

B10-31

Tenaga boleh diperbaharui boleh juga diperolehi menggunakan biojisim (biomass) yang

kini diamalkan oleh sesetengah industri, namun bukan dengan skala yang besar. Selain

dari itu, sisa pepejal terutamanya bahan plastik boleh juga digunakan sebagai bahan

untuk tenaga. Ianya kini dipraktikkan di loji RDF di Semenyih, Hulu Langat dimana sisa

plastik dalam bentuk fluffdigunakan sebagai bahan api untuk menghasilkan stim bagi

menggerakkan turbin dan menjanakan elektrik. Tenaga elektrik dihubung ke grid

normal, terletak di dalam kawasan loji. Di samping itu, gas metana daripada tapak

pelupusan juga boleh dijadikan sebagai sumber bekalan elektrik.

Walaubagaimanapun, beberapa faktor perlu diambil kira apabila menggunakan kaedah

alternatif dalam menghasikan bekalan elektrik. Antaranya ialah impak terhadap alam

sekitar, seperti potensi untuk lepasan gas beracun seperti dioxin dan furan dan juga

faktor kos kapital dan kos penyelenggaraan.

B10.2.4 Pembangunan Komited Pihak TNB telah mengenal pasti cadangan talian penghantaran yang memerlukan rizab

laluan yang baru dan juga menaik taraf talian sedia ada. Cadangan-cadangan adalah

seperti berikut:

i. Talias atas 275kV dari Kapar – Kuala Selangor – Sungai Besar – Hutan Melintang

– Air Tawar

ii. Talian atas 500kV dari Tanjung Leman – Hulu Langat

iii. Talian atas 500kV dari Olak Lempit – Tanjung Rhu

iv. Talian atas 132kV dari Tanjung Rhu – Pulau Indah

v. Talian atas 132kV dari Paya Jaras – Batu arang

vi. Talian atas 500kV dari Bentong – Lenggeng

vii. Talian atas 500kV dari Tapah – Bentong

viii. Talian atas 132kV dari Bukit Kapar – Klang

ix. Talian atas 500kv dari stesen Janakuasa Jimah ke PMK Olak Lempit

B10.2.5 Unjuran

Permintaan bekalan elektrik sehingga tahun 2035 diunjur berdasarkan rujukan kepada pihak TNB dan juga merujuk kepada unjuran bilangan rumah, ruang lantai industri dan juga komersial. Pihak TNB juga membuat enyemakan berkala tentang permintaan dan mengambil langkah susulan mengikut keadaan.

Unjuran mendapati sejumlah 7,918 MW bekalan elektrik diperlukan untuk menampung keperluan menjelang tahun 2035. Keperluan ini masih dapat ditampung oleh kapasiti bekalan sedia ada yang berjumlah 11,000 MW (Jadual B10.20 dan Rajah B10.6).

Page 7: B10.2#:#ELEKTRIK#&TELEKOMUNIKASI# - …jpbdselangor.gov.my/.../B10.2_Elektrik-Telekomunikasi.pdf · iii. Pencawang Elektrik (PE) - 15,000 buah Jadual B10.20menyenaraikan jumlah PMU

LAPORAN TINJAUAN Bekalan Air, Elektrik, Gas, Telekomunikasi danJalurLebar

B10-32

Jadual B10.20: Unjuran Keperluan Bekalan Elektrik Sehingga Tahun 2035

Tahun 2010 2015 2020 2025 2030 2035

Daerah Penggunaan (MW) Sabak Bernam 48 56 66 80 99 111

Kuala Selangor 138 159 186 216 249 284

Hulu Selangor 277 338 437 460 545 577

Gombak 497 581 708 784 847 980

Hulu Langat 852 1024 1216 1410 1509 1642

Petaling 1529 1653 1793 1849 1924 2048

Klang 719 846 984 1068 1196 1278

Kuala Langat 245 292 362 429 500 545

Sepang 175 208 273 331 395 454 Jumlah Penggunaan (MW) 4,479 5,157 6,026 6,629 7,264 7,918

Unjuran TNB 3,748 4,164 4,909 5,382 5,832 5,990 Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor, 2035 Tenaga Nasional Berhad (2013)

Rajah B10.6: Unjuran Keperluan Bekalan Elektrik serta Kapasiti Bekalan

Elektrik Semasa

Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor, 2035 Tenaga Nasional Berhad (2013)

MW Tahun

11000

3748 4164

4909 5382

5823 5990

4474 5157

6026 6629

7264 7918

2010 2015 2020 2025 2030 2035

Kapasiti semasa

Unjuran TNB

Unjuran kajian

Kadar Penggunaan Elektrik (MW)

Tahun

Page 8: B10.2#:#ELEKTRIK#&TELEKOMUNIKASI# - …jpbdselangor.gov.my/.../B10.2_Elektrik-Telekomunikasi.pdf · iii. Pencawang Elektrik (PE) - 15,000 buah Jadual B10.20menyenaraikan jumlah PMU

LAPORAN TINJAUAN Bekalan Air, Elektrik, Gas, Telekomunikasi danJalurLebar

B10-33

B10.2.6 Indikator dan Sasaran

Jadual B10.21: Indikator, Pencapaian dan Sasaran Bekalan Elektrik

Indikator Penanda Aras (Amalan Terbaik)

Pencapaian Semasa (2012)

Sasaran (Tahun 2035)

Keboleharapan (service factor) untuk bekalan elektrik; indeks SAIDI

20 minit/tahun (Singapura)

66 minit/tahun 50 minit/tahun

Minima Reserve Margin untuk bekalan elektrik

- 40% <40%

Kadar liputan perkhidmatan untuk bekalan elektrik

100% 100% 100% (tercapai)

Sumber : Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 Nota: Penanda Aras (Amalan Terbaik) adalah merupakan satu ukuran yang menunjukkan prestasi indikator yang terbaik bagi sesebuah negeri /negara

B10.2.7 Cadangan Am

i. Menampung Bekalan Pada Masa Hadapan Selain daripada perancangan masa panjang, perancangan masa dekat dan sederhana

juga diperlukan. Dengan itu, permintaan dapat dilaksanakan tanpa memberi kesan

terhadap sistem bekalan.

Antara langkah yang perlu diambil ialah menambah rentis utama (back bone line atau

trunk line) 500 kV di Negeri Selangor.Di samping itu, talian 132 kV semasa boleh

dinaiktaraf kepada 275 kV di kawasan-kawasan yang berkaitan. Talian 132 kV pula

boleh dilaksanakan di kawasan yang lebih pedalaman.

Langkah-langkah penjanaan bekalan elektrik menggunakan tenaga yang diperbaharui

(renewable energy) juga harus digalakkan pada skala kecil dan sederhana. Antara lain,

sistem solar dan mini hidro yang merupakan sistem yang mampan boleh

diperkenalkan untuk bekalan bagi skala kecil seperti sistem lampu jalan, sistem lampu

perhentian bas ataupun bekalan elektrik untuk kawasan pedalaman.

ii. Penyediaan talian CAR sebagai sistem 'back up' Meneruskan cadangan penyediaan talian CAR sebagai sistem 'back up'. Ketiadaan

talian ini boleh menjejaskan bekalan ke Lembah Klang sekiranya berlaku kerosakan

atau kemalangan kepada janakuasa-janakuasa tempatan.

Page 9: B10.2#:#ELEKTRIK#&TELEKOMUNIKASI# - …jpbdselangor.gov.my/.../B10.2_Elektrik-Telekomunikasi.pdf · iii. Pencawang Elektrik (PE) - 15,000 buah Jadual B10.20menyenaraikan jumlah PMU

LAPORAN TINJAUAN Bekalan Air, Elektrik, Gas, Telekomunikasi danJalurLebar

B10-34

iii. Penggunaan Rizab Rentis Mengoptimumkan penggunaan rizab rentis dengan aktiviti yang sesuai. Perundingan

hendaklah dibuat di antara pihak-pihak berkenaan tentang penggunaan tanah rizab

talian rentis. Garispanduan penggunaan rizab berkenaan boleh dikaji semula dari masa

ke semasa.

iii. Pelaksanaan Dasar Tanpa Korekan (Common Trenching) Konsep Common Trenching untuk laluan utiliti memberi manfaat dari segi penyediaan

jajaran dan terdapat di dalam Garis Panduan JPBD. Ianya sesuai untuk pembangunan

di kawasan yang baru dibuka di mana belum lagi terdapat kemudahan utiliti.

Koordinasi di antara pelbagai pemilik kabel/saluran utiliti adalah penting terutama

dalam melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan.

Page 10: B10.2#:#ELEKTRIK#&TELEKOMUNIKASI# - …jpbdselangor.gov.my/.../B10.2_Elektrik-Telekomunikasi.pdf · iii. Pencawang Elektrik (PE) - 15,000 buah Jadual B10.20menyenaraikan jumlah PMU

LAPORAN TINJAUAN Bekalan Air, Elektrik, Gas, Telekomunikasi danJalurLebar

B10-35

B10.3 BEKALAN GAS

Hampir kesemua penggunaan gas asli adalah di dalam sektor industri dan kajian

menjurus kepada tahap penggunaan masa kini dan juga prospek penggunaan di masa

hadapan.

B10.3.1 Kemudahan dan Tren Penggunaan Bekalan Gas

Rangkaian paip gas di bawah projek Penggunaan Gas Malaysia Semenanjung merentasi

Negeri Selangor mengikut arah selatan-utara (Rajah B10.7). Kegunaan gas yang tertinggi

adalah untuk janakuasa-janakuasa elektrik terletak di Klang, Serdang dan Kuala Langat.

Anggaran penggunaan untuk tujuan ini ialah pada kadar 96% daripada jumlah

penggunaan.

Saluran paip Petronas bermula dari Paka, Terengganu dan gas disalurkan ke tempat-

tempat tertentu di pantai barat Semenanjung Malaysia dan juga ke Singapura. Paip

Petronas yang bertekanan 60 bar ini disalurkan ke paip Gas Malaysia Berhad (GMB)

bertekanan 18 bar melalui stesen agihan yang terdapat di daerah-daerah di dalam negeri

ini.

Bekalan untuk sektor domestik adalah terhad. Kini terdapat bekalan ke Taman Bukit

Saga, Shah Alam untuk 20 buah rumah. Masalah berkaitan dengan pemasangan peralatan

gas dan juga isu bayaran bil perlu diselesaikan sebelum bekalan ke sektor domestik

boleh dilaksanakan.

Walaupun penggunaan gas sebagai bahan api mempunyai kebaikan dari segi kos operasi

dan juga kurangnya pencemaran, penggunaannya masih lagi tidak menyeluruh. Pihak

Gas Malaysia akan menyediakan infrastruktur gas asli berdasarkan permintaan. Buat

masa ini, penumpuan masih lagi di sektor industri. Pertumbuhan penggunaan di masa

hadapan juga bergantung kepada perkembangan industri yang menggunakan bahan api

dalam sebahagian daripada prosesnya.

Dalam menyediakan kemudahan infrastruktur, konsep common trenching , iaitu dasar

tanpa korekan boleh dilaksanakan di lokasi pembangunan yang baru. Konsep ini

mempunyai kebaikan dari segi kemudahan tadbir urus. Namun demikian, perhatian

perlu juga diberi kepada sistem koordinasi penyelenggaraan dan dari segi teknikal.

Page 11: B10.2#:#ELEKTRIK#&TELEKOMUNIKASI# - …jpbdselangor.gov.my/.../B10.2_Elektrik-Telekomunikasi.pdf · iii. Pencawang Elektrik (PE) - 15,000 buah Jadual B10.20menyenaraikan jumlah PMU
Page 12: B10.2#:#ELEKTRIK#&TELEKOMUNIKASI# - …jpbdselangor.gov.my/.../B10.2_Elektrik-Telekomunikasi.pdf · iii. Pencawang Elektrik (PE) - 15,000 buah Jadual B10.20menyenaraikan jumlah PMU

LAPORAN TINJAUAN Bekalan Air, Elektrik, Gas, Telekomunikasi danJalurLebar

B10-37

Rajah B10.8 menunjukkan penggunaan mengikut sektor industri bagi tahun 2011, yang

mana dipercayai juga menggambarkan situasi di Negeri Selangor memandangkan

Selangor merupakan antara negeri industri utama di Malaysia. Sektor yang dinyatakan

tidak termasuk bekalan untuk penjanaan kuasa elektrik. Industri makanan dan

minuman serta industri berasaskan getah merupakan industri utama yang

menggunakan gas asli.

Rajah B10.8: Pecahan Pelanggan Gas Malaysia di Malaysia, 2011

Sumber: Prospectus, OSK Research, 2011

B10.3.2 Unjuran

Maklumat mengenai penggunaan semasa dan juga unjuran penggunaan di Negeri

Selangor tidak dapat diperolehi daripada Gas Malaysia. Walaubagaimanapun, kajian

(OSK Research, 2011) mendapati penggunaan gas untuk Malaysia mengalami

penambahan pada kadar 7.2% setahun untuk 20 tahun yang kebelakang. Senario ini

dijangka menepati keadaan di Selangor sebagai negeri industri utama, di mana

pengguna-pengguna gas utama terletak di negeri ini. Untuk rekod, penggunaan untuk

Malaysia pada tahun 2010 adalah 1260 bcf (billion cubic feet).

B10.3.3 Potensi Pembangunan

Prospek untuk penggunaan gas sebagai bahan tenaga adalah luas. Jumlah rizab

bekalannya adalah banyak dalam masa jangka panjang di samping dikenali sebagai

bahan bakar yang bersih dan kurang pencemaran. Kos penggunaannya juga adalah

rendah berbanding pilihan bahan tenaga yang lain.

food and beverages

27%

fabricated and basic metal

13% chemicals

8% others 12%

rubber 24%

non-metallic minerals

10%

glass 7%

Page 13: B10.2#:#ELEKTRIK#&TELEKOMUNIKASI# - …jpbdselangor.gov.my/.../B10.2_Elektrik-Telekomunikasi.pdf · iii. Pencawang Elektrik (PE) - 15,000 buah Jadual B10.20menyenaraikan jumlah PMU

LAPORAN TINJAUAN Bekalan Air, Elektrik, Gas, Telekomunikasi danJalurLebar

B10-38

B10.3.4 Cadangan Am

Penggunaan gas asli melalui sistem rangkaian paip dicadang dikembangkan lagi

meliputi sektor perumahan, komersial, institusi. Sementara itu, infrastruktur

secukupnya hendaklah disediakan untuk mengembangkan sektor yang sudah

menggunakan gas asli iaitu industri dan pengangkutan.

B10.4 TELEKOMUNIKASI DAN JALUR LEBAR

Sektor telekomunikasi dan ICT lebih menjurus kepada kategori talian tetap dan juga

jalur lebar. Isu yang berkaitan serta prospek terhadap perkembangan telekomunikasi

dan juga ICT juga dibincangkan.

B10.4.1 Keupayaan Ibu-Ibu Sawat Telekom

Tren penggunaan telefon masa kini lebih menjurus kepada penggunaan talian selular

di mana penggunaan talian tetap mengalami pertumbuhan negatif. Pemasangan talian

tetap yang baru kebanyakannya untuk tujuan pemasangan khidmat jalur lebar. Rajah

B10.9 menunjukkan tren untuk tahun 2012. Kadar penembusan untuk negara

dianggarkan dalam 34.4%, mengikut Laporan SKMM, 2012.

Rajah B10.9Kadar Penembusan DEL Negara Setiap 100 Isi Rumah, Tahun 2012

Sumber: Communication and Multimedia, Pocket Book of Statistics, SKMM

Secara amnya, ibu-ibu sawat Telekom Malaysia yang terletak di Negeri Selangor

mempunyai talian yang berlebihan berbanding permintaan semasa. Tiada maklumat

diperolehi untuk jumlah talian yang sebenar, namun peratus penggunaan

berbandingkeupayaan tersedia adalah sekitar 58% bagi seluruh negara, mengikut

Laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Dipercayai, kadar

untuk Negeri Selangor berada pada tahap yang lebih kurang sama.

Terdapat 81 buah ibu sawat utama di negeri Selangor. Di samping itu, terdapat juga 12

ibu sawat utama di bawah zon yang dinamakan TM MS.

3233343536373839

Q1 Q2 Q3 Q4

Kadar

Page 14: B10.2#:#ELEKTRIK#&TELEKOMUNIKASI# - …jpbdselangor.gov.my/.../B10.2_Elektrik-Telekomunikasi.pdf · iii. Pencawang Elektrik (PE) - 15,000 buah Jadual B10.20menyenaraikan jumlah PMU

LAPORAN TINJAUAN Bekalan Air, Elektrik, Gas, Telekomunikasi danJalurLebar

B10-39

B10.4.2 Perkhidmatan Mudah Alih di Negeri Selangor

Rangkaian mudah alih disediakan oleh syarikat-syarikat pengendali termasuk Celcom

(M) Sdn. Bhd., Maxis Communication Berhad dan Digi Telecommunications Sdn. Bhd.

Hampir keseluruhan Negeri Selangor mendapat liputan sekurang-kurangnya dari sebuah

syarikat pengendali. Dengan itu, perkhidmatan mudah alih tidak menjadi isu.

Maklumat dari SKMM mendapati kadar penembusan bagi Negeri Selangor termasuk

Wilayah Persekutuan Putrajaya untuk talian selular ialah 145.4 bagi setiap 100

penduduk. Ini bermaksud terdapat penduduk yang melanggani lebih daripada 1 talian.

Sebagai bandingan, kadar penembusan untuk Malaysia bagi Q4, 2012 untuk telefon

selular ialah 141.6. Dengan itu, kadar penembusan untuk Negeri Selangor melebihi

daripada kadar nasional.

B10.4.3 Perkhidmatan Jalur Lebar di Negeri Selangor

Kadar penembusan jalur lebar di Negeri Selangor adalah antara yang tertinggi di dalam

negara. Kadar penembusan jalur lebar di Negeri Selangor, 2012 dianggarkan pada tahap

menghampiri 77.6% pada suku ke empat 2012. Kadar ini adalah lebih tinggi daripada

sasaran 60% yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia untuk seluruh negara bagi

penghujung 2011.

Bagi jalur lebar talian tetap, 38 daripada 81 buah ibu sawat utama milik TM Berhad

mempunyai kemudahan untuk jalur lebar kelajuan tinggi, melebihi 4 Mbs (HSBB).

Semua ibu sawat di bawah TM MSC mempunyai kemudahan ini melainkan ibu sawat di

Dengkil.

Untuk tujuan mendapatkan khidmat jalur lebar dengan kelajuan yang lebih tinggi, pihak

TM juga boleh memberi khidmat sewa talian khusus, yang boleh mencapai kelajuan 100

Mbs. Sementara itu, terdapat juga kemudahan internet percuma untuk komuniti yang

disediakan oleh Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri. Jadual

B10.23diperolehi daripada SKMM, mengandungi maklumat jenis serta jenama yang

digunakan untuk khidmat internet komuniti ini.

Page 15: B10.2#:#ELEKTRIK#&TELEKOMUNIKASI# - …jpbdselangor.gov.my/.../B10.2_Elektrik-Telekomunikasi.pdf · iii. Pencawang Elektrik (PE) - 15,000 buah Jadual B10.20menyenaraikan jumlah PMU

LAPORAN TINJAUAN Bekalan Air, Elektrik, Gas, Telekomunikasi danJalurLebar

B10-40

Jadual B10.22: Kemudahan Internet Komuniti 1 Malaysia

Community Broadband Centre

Mini Community Broadband

Centre (Mini CBC)

1 Malaysia Community Broadband

Library (CBL)

Kampong Tanpa Wayar 1 Malaysia

Jumlah pusat

Ahli CBC to Home CBA

12 14,265 6 11 96 59

Sumber: Communication & Multimedia, Pocket Book of Statistics, SKMM

B10.4.4 Unjuran

Unjuran keperluan bekalan talian adalah berdasarkan unjuransektor perumahan,

perniagaan dan perindustrian kajian ini. Unjuran bagi talian tetap adalah seperti Jadual

B10.23. Sejumlah 5,739,031 talian dianggar diperlukan pada tahun 2035.

Jadual B10.23: Unjuran Penggunaan Talian Tetap, 2010-2035 Jumlah Talian\ Tahun 2010 2015 2020 2025 2030 2035

Daerah Jumlah Talian Sabak Bernam 50,885 60,017 71,725 88,694 110,151 123,271

Kuala Selangor 116,185 131,748 153,689 178,583 204,830 229,306

Hulu Selangor 107,558 127,168 159,875 193,195 229,216 257,845

Gombak 350,202 409,937 509,208 616,142 711,615 796,219

Hulu Langat 618,526 724,875 828,559 936,107 1,044,674 1,174,564

Petaling 1,004,772 1,165,493 1,261,148 1,385,354 1,529,944 1,720,599

Klang 465,934 543,278 622,603 693,557 760,986 856,348

Kuala Langat 119,129 140,345 179,666 212,259 248,402 278,868

Sepang 114,877 133,654 183,248 227,013 271,360 302,012

Jumlah Talian 2,948,068 3,436,514 3,969,719 4,530,904 5,111,177 5,739,031 Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negerui Selangor, 2035

Page 16: B10.2#:#ELEKTRIK#&TELEKOMUNIKASI# - …jpbdselangor.gov.my/.../B10.2_Elektrik-Telekomunikasi.pdf · iii. Pencawang Elektrik (PE) - 15,000 buah Jadual B10.20menyenaraikan jumlah PMU

LAPORAN TINJAUAN Bekalan Air, Elektrik, Gas, Telekomunikasi danJalurLebar

B10-41

B10.4.5 Indikator dan Sasaran

Jadual B10.24: Indikator, Pencapaian dan Sasaran Kemudahan Telekomunikasi dan Jalur Lebar

Indikator Penanda Aras (Amalan Terbaik)

Pencapaian Semasa (2012)

Sasaran (Tahun 2035)

Penembusan jalur lebar

100% (Singapore)

77.6% 100%

Peratusan ibusawat utama memberi khidmat HSBB/jumlah ibusawat utama

- 47% 100%

Sumber: Kajian Semula Rancangan Struktur Negerui Selangor, 2012 Nota: Penanda Aras (Amalan Terbaik) adalah merupakan satu ukuran yang menunjukkan prestasi indikator yang terbaik bagi sesebuah negeri /negara

B10.4.6 Potensi Pembangunan

Penekanan adalah untuk peningkatan terhadap penggunaan jalur lebar kelajuan

tinggi. Ini akan mendorong kepada kepada kemajuan sektor ICT. Antara faktor yang

menyumbang terhadap peningkatan ini ialah masyarakat yang lebih terpelajar yang

tinggal di Lembah Kelang dan juga mempunyai pendapatan antara yang tertinggi di

seluruh negara. Penggunaan ICT dalam aktiviti ekonomi akan menjadi sebahagian

daripada pemangkin terhadap pertumbuhan ekonomi. Di samping itu, penerokaan

kepada teknologi baru boleh dikaji dan dicadangkan penggunaan untuk memastikan

perlaksanaan yang lebih berkesan.

B10.4.7 Cadangan Am

Penyediaan rangkaian jalur lebar ke kawasan pertumbuhan hendaklah dilaksanakan

dengan secara agresif. Di samping itu, peningkatan khidmat jalur lebar dari segi

kelajuan pemindahan suara, data, video hendaklah diperluaskan ke seluruh negeri

Selangor.

Kawasan pedalaman tidak harus tertinggal dengan kemudahan internet. Penyediaan

internet percuma mengikut konsep kampung tanpa wayar boleh diperluaskan di

tempat-tempat tertentu. Dengan cara ini, jurang digital di antara kawasan bandar

dan luar bandar akan dapat dikurangkan.

Page 17: B10.2#:#ELEKTRIK#&TELEKOMUNIKASI# - …jpbdselangor.gov.my/.../B10.2_Elektrik-Telekomunikasi.pdf · iii. Pencawang Elektrik (PE) - 15,000 buah Jadual B10.20menyenaraikan jumlah PMU