Azhar bin Aziz dilahirkan pada 20 Februari 1966 di Pekan, Pahang. Mula bertugas sebagai pendidik pada tahun 1990 di SK(LKTP) Chini 3&5, Pekan, Pahang. Beliau pernah menjadi guru muzik sambilan di Tadika Tengku Fahd, Istana Abu Bakar, Pekan. Pada tahun 2009 beliau telah menerima anugerah Guru Cemerlang Muzik. Sepanjang perkhidmatan, pelbagai jawatan dan tugas pernah disandang seperti Pengerusi Teknik Kokuria Daerah dan Negeri, penggubah lagu dan pemuzik untuk konsert DiRaja Orkestra Jabatan Pelajaran, Jurulatih Utama Negeri (Muzik) dan Ahli Karyawan Seni Negeri Pahang. Beliau juga turut dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian daripada Sultan Pahang. Dalam bidang penulisan, beliau pernah menulis modul pembelajaran muzik khas bagi guru sekolah rendah dengan sebuah penerbit swasta. Linawati@Lina binti Adiman yang dilahirkan pada 23 Ogos 1972 merupakan anak kelahiran Lahad Datu, Sabah. Beliau pernah bertugas sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SK Saujana Impian Sekolah Berprestasi Tinggi Kajang, Selangor sebelum bertugas di SK Jalan Bukit (Satu) Kajang sebagai Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum. Pemegang Diploma Pendidikan dalam bidang Matematik dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Matematik Rendah ini turut melanjutkan pelajaran dalam bidang Sarjana Kurikulum dan Pedagogi di Universiti Kebangsaan Malaysia. Berbekalkan minat yang sangat mendalam dalam bidang muzik, beliau mengikuti kelas muzik di Yamaha Music School dan telah mengajar Pendidikan Muzik selama 25 tahun di sekolah rendah. Pengalaman yang luas memberi peluang beliau memimpin Koir Guru Peringkat Negeri Sabah, mencipta lagu sekolah SK Sepagaya Lahad Datu dan menjadi Jurulatih Utama Muzik lantikan PPD Lahad Datu.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.