Top Banner
Disediakan oleh : Rosdianah @ (Dyan) AYAT MAJMUK PANCANGAN http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
31

Ayat majmuk pancangan ii

Jul 05, 2015

Download

Education

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Ayat majmuk pancangan ii

Disediakan oleh :

Rosdianah @ (Dyan)

AYAT MAJMUK PANCANGAN

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 2: Ayat majmuk pancangan ii

Definisi(Menurut Nik Safiah Karim) Ayat majmuk

pancangan ialah ayat yang terdiri daripadasatu ayat induk dan satu ayat atau

beberapa ayat kecil yang dipancangkanatau menjadi sebahagian daripada ayat

induk itu.

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 3: Ayat majmuk pancangan ii

Menurut Asraf (1997:48) pula menyatakanbahawa ayat pancangan terjadi daripada

dua ayat tunggal sekurang-kurangnya, dengan salah satu ayat tunggal

itu dipancangkan dalam bentuk klausaatau frasa pada ayat tunggal yang satu

lagi.

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 4: Ayat majmuk pancangan ii

• Ayat jenis ini mengandungi klausa-klausa yang tidaksetara dan salah satu daripada klausa dalam ayatmajmuk pancangan itu merupakan klausa tak bebas.Klausa yang satu adalah bebas dan yang satu lagiadalah klausa tak bebas.

• Oleh sebab itu, ayat majmuk pancangan ini disebutsebagai ayat majmuk bertingkat. Contoh:

Pak Mat mengunjungi rumah kami ketika

kami pulang ke kampung.

Klausa 1

Klausa 2

Page 5: Ayat majmuk pancangan ii

•Berdasarkan contoh tersebut, hubunganantara klausa 1 dengan klausa 2 tidak setara.

•Salah satu klausa menjadi bahagian daripadaklausa yang lain atau menduduki fungsitertentu bagi klausa lain.

•Klausa 1 mempunyai kedudukan yang lebihtinggi dan klausa 2 mempunyai kedudukanyang lebih rendah kerana hanya berfungsisebagai keterangan waktu bagi klausa.

Page 6: Ayat majmuk pancangan ii

KATA HUBUNG DALAM AYAT MAJMUK

•Kata hubung subordinat yang digunakanadalah sepertiketika, jika, kerana, sejak, hingga, agar, supaya,bahawa, yang, untuk, dsb.

•Kata hubung dalam ayat majmuk pancanganmempunyai makna tertentu.

Page 7: Ayat majmuk pancangan ii

•Makna kata hubung dalam ayat majmukialah;

Penanda masa ketika, sebelum, sewaktu, setelah , sesudah

Penanda akibat jadi, akibatnya, sehingga

Penanda sebab kerana, sebab, lantaran, oleh sebab, oleh kerana

Penanda harapan agar, supaya

Penanda keadaan walaupun, sungguhpun, meskipun, biarpun

Penanda penjelasan bahawa

Page 8: Ayat majmuk pancangan ii

JENIS AYAT MAJMUK PANCANGAN

I. Ayat majmuk relatif

II. Ayat majmuk komplemen

III. Ayat majmuk keterangan

Page 9: Ayat majmuk pancangan ii

AYAT RELATIF

•Ayat relatif oleh Nik Safiah Karim ialah ayatyang wujud dalam binaan ayat majmukpancangan. Ayat relatif ditandai oleh katayang. Dari segi makna, kata yang menerangkansalah satu unsur yang terdapat dalam klausabebas.

•Dalam ayat, yang digunakan sebagaipenghubung antara salah satu fungsi ayatdengan klausa peluasannya.

Page 10: Ayat majmuk pancangan ii

•Contohnya, dalam ayat

Sebahagian besar pendapatan yang akandiperoleh itu adalah daripada sewaan.

Kata yang berfungsi mnghubungkan subjekayat, iaitu sebahagian besar pendapatan denganklausa peluasannya, iaitu akan diperoleh itu.

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 11: Ayat majmuk pancangan ii

Klausa relatif

Klausa relatif dapat disisipkan ke dalam klausabebas untuk menerangkan dan memperluassubjek, predikat, objek dan keterangan dalam ayatmajmuk.

Peluasan Predikat

Peluasan Objek

Peluasan Keterangan

Peluasan Subjek

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 12: Ayat majmuk pancangan ii

PELUASAN SUBJEK

• Subjek dalam sebuah ayat dapat diperluas denganklausa yang menggunakan kata relatif yang.

Contoh;

Lelaki yang memukul adik saya datang meminta maaf.

• Berdasarkan contoh diatas, klausa relatif berfungsiuntuk menerangkan kata nama atau kata gantidengan lebih jelas.

Page 13: Ayat majmuk pancangan ii

• Subjek diperluas dengan klausa yang memukul adik saya.

• Kata yang bertugas untuk menggantikan frasa nama subjekayat relatif, iaitu lelaki. Klausa tersebut bertindak sebagaipenerang bagi frasa nama subjek.

• Kata inti bagi setiap frasa nama yang berfungsi sebagaisubjek boleh boleh digugurkan dan mewujudkan beberapasubjek ayat:

I. Yang memukul adik saya datang meminta maaf.

II. Yang saya tahu orang itu tidak hadir.

Page 14: Ayat majmuk pancangan ii

PELUASAN PREDIKAT• Menerangkan kata nama dalam predikat.

• Contohnya terdapat dua klausa iaitu anis (ialah)budak dan budak itu baik.

• Klausa Budak itu baik apabila menerima kata yangmenjadikan klausa tersebut yang budak itu baiksebagai klausa tak bebas.

• Perkataan budak boleh digugurkan dan predikatmengalami peluasan.

Page 15: Ayat majmuk pancangan ii

Contoh;

1) Anis budak + Budak itu baik.

2) Anis budak + yang budak itu baik.

3) Anis budak yang baik.

Page 16: Ayat majmuk pancangan ii

PELUASAN OBJEK• Contoh dalam ayat tersebut kehadiran klausa tak

bebas yang tumbang tidak jauh dari situ dan yangmenguntungkan saya menyebabkan frasa nama yangmenjadi objek iaitu pokok dan pekerjaan yangmenjadi peluasan;

1. Bapa menebang pokok yang tumbang tidak jauhdari situ.

2. Saya melakukan pekerjaan yang menguntungkansaya.

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 17: Ayat majmuk pancangan ii

• Kata inti bagi frasa yang berfungsi sebagai objekboleh digugurkan.

• Contoh;

1. Abu mengambil buah yang masak sahaja.

2. Abu mengambil yang masak sahaja.

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 18: Ayat majmuk pancangan ii

PELUASAN KETERANGAN• Fungsi keterangan dapat diperluaskan melalui klausa

dan dapat dilihat melalui contoh yang berikut;

1. Dian berdiri di tepi jalan yang sibuk itu.

2. Saya berjalan kaki di celah-celah orang yang berdiri.

3. Rosdianah berdiri di ruang yang sempit itu.

Page 19: Ayat majmuk pancangan ii

•Dalam contoh tersebut klausa yang sibuk itu,yang berdiri dan yang sempit itu meluaskanketerangan di tepi jalan, di celah-celah orangdan di ruang.

Page 20: Ayat majmuk pancangan ii

AYAT KOMPLEMEN• Nik Safiah Karim menyatakan bahwa ayat komplemen

merupakan bahagian dalam binaan ayat majmuk yangberfungsi sebagai unsur yang melengkapkan ayattersebut.

Contoh;

1. Banyak orang sudah mengetahui bahawa dia tidakbersalah.

2. Untuk kita mempercayai perkara itu memangsukar.

Page 21: Ayat majmuk pancangan ii

• Kedua-dua klausa yang dipisahkan dapat membentukayat komplemen.

• Contoh;

Saya tidak tahu bahawa dia akan ikut.

I. Saya tidak tahu.

II. Dia akan ikut.

Page 22: Ayat majmuk pancangan ii

Frasa nama

Frasa adjektif

Frasa kerjaJenis

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 23: Ayat majmuk pancangan ii

Ayat Komplemen Frasa Nama

• Dalam ayat komplemen frasa nama, klausakomplemen tersebut dapat menjadi frasa namasubjek dan frasa nama objek tepat.

1. Frasa nama subjek

Bahawa dia bersalah adalah tidak benar.

2. Frasa nama objek tepat

Siti mengakui bahawa perkara itu dusta.http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 24: Ayat majmuk pancangan ii

Ayat Komplemen Frasa Kerja

• Ayat komplemen frasa kerja ditentukan oleh katakerja tak transitif.

• Selain itu, ayat yang wujud selepas kata kerja itu tidakdapat dipastikan.

Contoh;

1. Kakak gagal untuk mendapat tempat pertama.

2. Kami beranggapan bahawa cerita itu palsu.

3. Ibu berkata bahawa bapa akan ke Mekah tahun ini.

Page 25: Ayat majmuk pancangan ii

Ayat Komplemen Frasa Adjektif

•Boleh diikuti oleh klausa komplemen.

Contoh;

1. Aku yakin bahawa dia tidak bersalah.

2. Ali sedar bahawa lelaki itu banyak berjasa.

3. Mereka insaf bahawa mereka miskin.

Page 26: Ayat majmuk pancangan ii

AYAT KETERANGAN

•Ayat majmuk keterangan atau ayat keteranganoleh Nik Safiah Karim ialah ayat majmuk yangterdiri daripada satu ayat induk dan satu ataulebih ayat kecil yang berfungsi sebagaiketerangan kepada predikat. Ayat keteranganberfungsi memberikan huraian lanjut ataumempertegas makna kata kerja ayat induk.

Page 27: Ayat majmuk pancangan ii

• Ayat keterangan boleh terdiri daripada klausabebas yang dihubungkan dengan klausa tak bebas.Oleh itu, tugas klausa tak bebas adalah untukmenerangkan klausa bebas. Contoh;

- Aiman datang walaupun dia sakit.

- Mira masih tidur ketika Siska pergi ke bandar.

- Kerana ibunya sakit, Sathya tidak ke sekolah hariini.

Aiman / datang / walaupun dia sakit.

S P ket

Page 28: Ayat majmuk pancangan ii

• Jenis klausa keterangan:

i. Klausa keterangan waktu

ii. Klausa keterangan musabab

iii. Klausa keterangan akibat

iv. Klausa keterangan pertentangan

v. Klausa keterangan syarat

vi. Klausa keterangan cara

vii. Klausa keterangan tujuan

viii. Klausa keterangan harapan

ix. Klausa keterangan perbandingan

x. Klausa keterangan alat

Page 29: Ayat majmuk pancangan ii

• Klausa keterangan waktu menerangkan masa sesuatuperbuatan atau kejadian. Contoh;

Pak Ali datang ketika kami sedang makan.

• Klausa keterangan musabab menerangkan sebab ataualasan. Contoh;

Aiman dibenci orang akibat sifat egonya

• Klausa keterangan akibat menyatakan kesan atau hasil.Contoh;

Rantai itu mahal, jadi kakak tidak membelinya.

• Klausa keterangan pertentangan menerangkan sesuatuyang berlawanan. Contoh;

Mereka datang meskipun tidak diundang.

Page 30: Ayat majmuk pancangan ii

• Klausa keterangan syaratmenjelaskan tuntutanyang mesti dipatuhi. Contoh;

Jika kita tidak berdisiplin, kita tidak akan berjaya.

• Klausa keterangan cara menyatakan caraperlaksanaan atau gaya. Contoh;

Ayah menangkap ikan itu dengan menggunakanjala.

• Klausa keterangan tujuan menyatakan suatu tujuanatau harapan. Contoh;

Demi menegakkan kebenaran, pemimpin itusanggup dipenjarakan.

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 31: Ayat majmuk pancangan ii

• Klausa keterangan harapan menerangkan sesuatuyang diigini atau dihajati. Contoh;

Ibu melihat dari jendela kalau-kalau bapa sudahpulang.

• Klausa keterangan perbandingan menyatakanperbandingan, kemiripan, atau rujukan. Contoh;

Aku akan menolong kamu sebagaimana bapa kamutelah menolong aku.

• Klausa keterangan alat menyatakan alat yangdigunakan. Contoh;

Siti ke Pulau Langkawi dengan menaiki kapal terbang.http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/