AURAT : ANTARA KEBEBASAN DAN MARUAH DIRI”...perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya”. Justeru umat Islam
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Khutbah Jumaat 06 Februari 2015: “Aurat : Antara Kebebasan Dan Maruah Diri” Jabatan Agama Islam Selangor
1
“AURAT : ANTARA KEBEBASAN DAN MARUAH DIRI”
:
شريك له والله وحده شهد أنأهدبا عدمحأن م دهأشل ووص مالله .لهوسرو
ini harus disangkal sama sekali. Ia digembar gemburkan oleh musuh-musuh
Islam dengan pelbagai dakyah hingga sebahagian umat Islam terpengaruh
dan mempercayainya. Kita dibuai dengan hiburan dan santapan fesyen
pakaian yang pelbagai rupa dan gaya hingga terkeliru antara yang
dibenarkan dan tidak dibenarkan oleh syarak. Allah SWT mengharamkan lelaki dan wanita mendedahkan aurat bukan
bertujuan menyekat kebebasan tetapi kerana Allah memuliakan dan
menghargai mereka. Tiada lelaki dan wanita yang teraniaya dengan menutup
aurat, sebaliknya dengan mendedahkan aurat ia telah menzalimi diri mereka
dan boleh merosakkan orang lain. Malah Islam memandu mereka ke arah
jalan keredhaan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Menutup ruang-ruang
maksiat dan meningkatkan iman. Inilah kebebasan hakiki yang perlu dicari
setiap insan dalam mencapai mardhatil Allah. Muslimin yang dirahmati Allah sekalian, Pada kesempatan ini juga khatib ingin mengingatkan supaya kita sama-
sama dapat mengambil iktibar terhadapa perkara-perkara berikut;
1. Umat Islam hendaklah mempunyai akidah yang betul dengan meyakini
bahawa menutup aurat itu adalah merupakan tuntutan syariat Islam
yang wajib dipatuhi.
2. Allah SWT mewajibkan lelaki dan perempuan menutup aurat dengan
tujuan untuk meninggi dan memuliakan darjat manusia berbanding
dengan makhluk Allah yang lain.
Khutbah Jumaat 06 Februari 2015: “Aurat : Antara Kebebasan Dan Maruah Diri” Jabatan Agama Islam Selangor
7
3. Wanita hendaklah menutup aurat supaya terhindar daripada gangguan
seksual dan penganiayaan oleh lelaki yang tidak bermaruah dan
bermoral.
4. Ketua keluarga, ketua masyarakat dan pemimpin-pemimpin hendaklah
memastikan diri dan orang di bawah jagaannya benar-benar mematuhi
syariat Allah khususnya dalam menutup aurat.
5. Penaja-penaja dan penganjur-penganjur fesyen pakaian hendaklah
peka dengan setiap rekaan yang mereka tonjolkan dengan mematuhi
syariat Allah SWT.
6. Penutupan aurat tidak hanya sekadar menutup tubuh badan, tetapi
hendaklah takut kepada Allah dan menambahkan ketakwaan kepada
Allah SWT.
Khutbah Jumaat 06 Februari 2015: “Aurat : Antara Kebebasan Dan Maruah Diri” Jabatan Agama Islam Selangor
8
“Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan
sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga,
sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk
memperlihatkan kepada mereka: Aurat mereka (yang sebelum itu tertutup).
Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang
kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan
Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman”. (al-a’raaf- 27).
, آن ولكم بارك اهللا لي نيفعنو نم اتي نيل مقبتو كمنمو التهتووهو, إن وه .