Top Banner
18 JANUARI 2017 11.30 pagi Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam Sila layari laman web rasmi IRMI di http://irmi.uitm.edu.my/ ATURCARA PROGRAM RESEARCH SUMMIT DAY 2017 18 JANUARI 2017 (RABU) DEWAN AGUNG TUANKU CANSELOR (DATC) 1. Bintang MyRA Fakulti 2015 2. Bintang MyRA HiCoE/CoE 2015 3. Anugerah Jurnal Berindeks MyCite 4. Anugerah Jurnal Berindeks ERA 5. Anugerah Jurnal Berindeks Scopus 6. Anugerah Kecemerlangan Harta Intelek 7. Anugerah Inovasi 8. Anugerah Perunding Cemerlang 9. Anugerah Penilai Geran Teraktif 10. Anugerah Geran Antarabangsa > Kategori Jumlah Tertinggi 11. Anugerah Geran Antarabangsa > Kategori Bilangan Tertinggi 12. Anugerah Geran Penyelidikan Luaran/Industri > Kategori Jumlah Tertinggi 13. Anugerah Geran Penyelidikan Luaran/Industri > Kategori Bilangan Tertinggi 14. Anugerah Penerbitan Berindeks Tertinggi 15. Anugerah Sitasi Tertinggi 16. Anugerah Penyelia Cemerlang 17. Anugerah Mentor Terbaik 18. Anugerah Khas Penyelidikan > Kategori UiTM Negeri 19. Anugerah Penyelidik Cemerlang MASA ATURCARA Pameran Penyelidikan dan Jualan Bermula AMANAT TAHUN BARU NAIB CANSELOR 2017 Sesi Pertukaran Program Pelaporan Prestasi Penyelidikan UiTM 2014-2016 Halatuju Penyelidikan UiTM 2017-2020 oleh Prof. Ir. Dr. Hj. Abdul Rahman Omar Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Sesi Pelancaran PURE (UiTM Researcher Portal) 9.30 pg 11.30 pg 8.30 pg - 3.00 ptg 11.45 pg - 12.30 tgh 12.30 tgh - 12.40 tgh 12.40 tgh - 1.30 ptg 1.30 ptg 3.00 ptg Dasar & Garis Panduan Penyelidikan UiTM oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hassan Said Naib Canselor UiTM Sesi Penyampaian Anugerah Penyelidikan UiTM oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hassan Said Naib Canselor UiTM Diikuti dengan sesi bergambar mengikut kategori anugerah Bersurai Pameran Penyelidikan dan Jualan Tamat Senarai Anugerah RESEARCH SUMMIT DAY 2017 “Driving Visibility Through Research Excellence”
2

ATURCARA PROGRAM RESEARCH SUMMIT DAY 2017 Senarai … · Senarai Anugerah RESEARCH SUMMIT DAY 2017 “Driving Visibility Through. Pembuka Bicara Prof. Dr. Hadariah Bahron Penolong

Sep 06, 2019

Download

Documents

dariahiddleston
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: ATURCARA PROGRAM RESEARCH SUMMIT DAY 2017 Senarai … · Senarai Anugerah RESEARCH SUMMIT DAY 2017 “Driving Visibility Through. Pembuka Bicara Prof. Dr. Hadariah Bahron Penolong

18 JANUARI 201711.30 pagi

Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC)Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Shah Alam

Sila layari laman web rasmi IRMI dihttp://irmi.uitm.edu.my/

ATURCARA PROGRAMRESEARCH SUMMIT DAY 2017

18 JANUARI 2017 (RABU)DEWAN AGUNG TUANKU CANSELOR (DATC)

1. Bintang MyRA Fakulti 2015

2. Bintang MyRA HiCoE/CoE 2015

3. Anugerah Jurnal Berindeks MyCite

4. Anugerah Jurnal Berindeks ERA

5. Anugerah Jurnal Berindeks Scopus

6. Anugerah Kecemerlangan Harta Intelek

7. Anugerah Inovasi

8. Anugerah Perunding Cemerlang

9. Anugerah Penilai Geran Teraktif

10. Anugerah Geran Antarabangsa

> Kategori Jumlah Tertinggi

11. Anugerah Geran Antarabangsa

> Kategori Bilangan Tertinggi

12. Anugerah Geran Penyelidikan Luaran/Industri

> Kategori Jumlah Tertinggi

13. Anugerah Geran Penyelidikan Luaran/Industri

> Kategori Bilangan Tertinggi

14. Anugerah Penerbitan Berindeks Tertinggi

15. Anugerah Sitasi Tertinggi

16. Anugerah Penyelia Cemerlang

17. Anugerah Mentor Terbaik

18. Anugerah Khas Penyelidikan

> Kategori UiTM Negeri

19. Anugerah Penyelidik Cemerlang

MASA ATURCARA Pameran Penyelidikan dan JualanBermula

AMANAT TAHUN BARU NAIB CANSELOR 2017

Sesi Pertukaran Program

• Pelaporan Prestasi Penyelidikan UiTM 2014-2016

• Halatuju Penyelidikan UiTM 2017-2020

oleh Prof. Ir. Dr. Hj. Abdul Rahman Omar Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)

Sesi Pelancaran •

PURE (UiTM Researcher Portal)•

9.30 pg

11.30 pg

8.30 pg - 3.00 ptg

11.45 pg - 12.30 tgh

12.30 tgh - 12.40 tgh

12.40 tgh - 1.30 ptg

1.30 ptg

3.00 ptg

Dasar & Garis PanduanPenyelidikan UiTM

oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hassan SaidNaib Canselor UiTM

Sesi Penyampaian AnugerahPenyelidikan UiTM

oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hassan SaidNaib Canselor UiTM

Diikuti dengan sesi bergambar mengikut kategori anugerah

Bersurai

Pameran Penyelidikan dan Jualan Tamat

Senarai Anugerah RESEARCH SUMMIT DAY 2017

“Driving Visibility Through Research Excellence”

Page 2: ATURCARA PROGRAM RESEARCH SUMMIT DAY 2017 Senarai … · Senarai Anugerah RESEARCH SUMMIT DAY 2017 “Driving Visibility Through. Pembuka Bicara Prof. Dr. Hadariah Bahron Penolong

Pembuka BicaraProf. Dr. Hadariah BahronPenolong Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)

Seulas Pinang

Prof. Ir. Dr. Hj. Abdul Rahman OmarTimbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)

Sekapur SirehProf. Emeritus Dato’ Dr. Hassan SaidNaib Canselor UiTM

Penyelidikan ialah matawang atau curren-cy alam akademik dan penyelidik ialah salah satu aset utama universiti yang mampu memartabatkan nama UiTM, meningkatkan kredibiliti dan imej kita di mata pemegang taruh dan masyarakat amnya. Salah satu dari amanah tugasan staf akademik ialah melakukan penyelidikan demi menjana ilmu terkehadapan, mendidik pelajar dan melahirkan bakat cemerlang, seterusnya mencapai beberapa KPI penting universiti. Staf UiTM secara keseluruhannya terbukti mempunyai semangat dan keghairahan akademia yang tinggi dalam menyam-but amanah yang diberikan. Saya berbangga dengan pencapaian penyelidikan UiTM sepanjang tahun 2016 kerana ia terhasil berkat kesungguhan, keikhlasan dan iltizam seluruh lapisan warga UiTM. Jutaan terima kasih saya rakamkan. Oleh yang demikian, amat sesuailah Research Summit Day (RSD) 2017 dianjurkan, demi menghargai segala usaha dan pencapaian penyeli-dikan yang telah digarap sepanjang 2016. Tahun 2017 pula merupakan tahun yang amat mencabar bagi UiTM kerana situasi ekonomi Negara dan sejagat yang memerlukan daya kreativ-iti dan kesungguhan warga yang tinggi. Ia memberi-kan makna yang amat mendalam bagi frasa ‘doing more with less’ bagi melahirkan golongan akademia UiTM yang produktif, intelektual dan seterusnya memacu UiTM sebagai sebuah hab inovasi yang unggul. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Institut Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (IRMI) yang telah menjayakan program Research Summit Day 2017. Saya amat berharap agar program ini menjadi titik tolak perjalanan UiTM ke arah kecemer-langan penyelidikan yang lebih bermakna di masa akan datang.

Research Summit Day (RSD) 2017 dianjurkan buat julung kalinya di UiTM tahun ini oleh Institut Pengu-rusan Penyelidikan dan Inovasi (IRMI) untuk mengiktiraf kejayaan penyelidik UiTM yang telah menyumbang dengan setia dan gigih bagi meningkatkan prestasi penyelidikan UiTM. Antara anugerah yang disam-paikan ialah Anugerah Bintang MyRA, Anugerah Tokoh Penyelidik Cemerlang, Anugerah Perolehan Geran, Anugerah Penerbitan, Anugerah Sitasi, Anugerah Inovasi, Anugerah Mentor, Anugerah Pengindeksan Jurnal dan Anugerah Khas Penyelidikan. Penganjuran program ini juga merupakan suatu usaha mewartakan secara mega kepada seluruh warga UiTM tentang tahap pencapaian penyelidikan kita sehingga tahun 2016. RSD meraikan pencapaian, namun tidak lupa menganalisis secara kritis dan membangun tentang perkara-perkara yang perlu diperkukuhkan dan diperkasakan. Tanpa mem-pelajari dan mengambil iktibar dari kekurangan dan kelemahan masa kini, tidak mungkin kita boleh mene-mpa kecemerlangan di masa akan datang. Sekalung tahniah saya persembahkan kepada semua penerima anugerah penyelidikan pada kitaran ini dan diharapkan agar mereka terus cemerlang dalam penyelidikan di masa hadapan. Semoga penganugerahan ini dapat memberi inspirasi, menyuntik semangat dan motivasi kepada rakan penyelidik yang lain untuk sama-sama cemerlang dalam bidang penyelidikan. Tahniah dan berbanyak terima kasih saya rakamkan kepada semua kakitangan UiTM amnya, dan kakitangan IRMI khasnya sebagai jawatankuasa Research Summit Day 2017 kerana telah berjaya mere-alisasikan program ini. Dengan izin Allah, Research Summit Day akan dijadikan acara tradisi tahunan demi melakar dan melonjakkan kecemerlangan penyeli-dikan UiTM.

Seiring dengan hasrat UiTM untuk menjadi sebuah universiti tersohor menjelang 2020, pelbagai inisiatif telah dirangka dan dilaksanakan sepanjang RMKe-10. Kini, menjejak kaki ke RMKe-11 yang mensa-sarkan status Universiti Keusahawanan Berintensifkan Penyelidikan, UiTM telah mengorak langkah ke era pecutan dalam segala aspek, terutama kecemerlan-gan penyelidikan yang sangat kritikal untuk mencapai cita tersebut. Hari Kemuncak Penyelidikan UiTM atau Research Summit Day (RSD) 2017 yang julung kalinya dilakukan pada tahun ini merupakan wadah komuni-kasi untuk menyampaikan kepada semua warga tentang prestasi dan perkembangan terkini penyeli-dikan UiTM. RSD juga dilaksanakan untuk menghargai, mengiktiraf dan memberikan motivasi kepada semua warga UiTM, seterusnya melonjakkan agenda penyeli-dikan UiTM di persada tempatan dan antarabangsa. Penganugerahan kepada para penyelidik cemerlang semestinya akan meningkatkan motivasi dan ketampakan UiTM di persada global dengan melahirkan lebih ramai ikon akademik yang mampu memacu dan meletakkan nama universiti di peta dunia. Penganjuran program RSD secara tidak langsung boleh memangkinkan peningkatkan kedudukan UiTM untuk menjadi sebuah universiti tersohor ke arah penarafan universiti dunia di kedudu-kan 500 teratas dengan sepuluh buah fakulti berada dalam penarafan bidang menjelang 2020. Saya ingin melahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Institut Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (IRMI) atas segala usaha demi menjayakan RSD yang akan menjadi acara tahunan UiTM untuk menyuburkan dan melestarikan ekosistem penyelidikan UiTM.