GMGA2013| PERLEMBAGAAN MALAYSIA
1 | 211045
1. PENGENALAN
Malaysia merpakan negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah
pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
sebagai Ketua Negara. Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan mengadakan syarat-
syarat sedemikian untuk membolehkan pelaksanaan sistem ini. Parlimen Malaysia
melambangkan keutuhan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Sistem
Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan maksud Seri
Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah
digubal dengan berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan. Salah satu syarat sistem
Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam
pemerintahan, iaitu:
i) Badan Perundangan, (Legislatif)
Berfungsi sebagai badan yang menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan
kesejahteraan rakyat. Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal
undang-undang di Negara.
ii) Badan Kehakiman ( Judisiari )
Badan Kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah.
dan menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak
badan pelaksana. Badan kehakiman juga berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan
Perlembagaan Negeri seperti pengwujudan Sistem mahkamah oleh Perlembagaan Malaysia
untuk melaksanakan tugas kehakiman di negara ini. Mahkamah mempunyai kuasa
mentafsirkan perlembagaan negara, mentafsirkan undang-undang, mengisytiharkan undang-
undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan mempunyai kuasa
mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang.
GMGA2013| PERLEMBAGAAN MALAYSIA
2 | 211045
\iii) Badan Pentadbiran (Eksekutif)
Jemaah Menteri atau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan. Kabinet
merupakan pembuat dasar tertinggi negara. Tugas Jemaah Menteri atau Kabinet adalah
menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara. Perdana Menteri merupakan Ketua
Jemaah Menteri.
Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi
berasaskan kepada sistem Persekutuan iaitu dengan penggabungan negeri-negeri Perlis,
Kedah, Johor, Terengganu, Kelantan (Federated Malay States-FMS), Pulau Pinang, Melaka,
(Straits Settlements) Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Pahang (Unfederated Malay States-
UMS), Sarawak dan Sabah (Borneo) telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara
Malaysia. Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing,
seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah
tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-
perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa. Sebagai sebuah
negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-
Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda
adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama
Islam di negeri masing-masing.
2. LATARBELAKANG PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183
perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-
undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.
GMGA2013| PERLEMBAGAAN MALAYSIA
3 | 211045
Berikutan kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya Persekutuan pertama pada tahun
1955, Tunku Abdul Rahman Putra telah dipilih sebagai Ketua Menteri Pertama.
Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merupakan langkah pertama
ke arah membentuk Kerajaan sendiri selepas Britain bersetuju untuk memberikan
kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 1956. Untuk tugas penggubalan Perlembagaan,
Kerajaan British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil
Kerajaan British sendiri, penasihat Majlis Raja-Raja dan pemimpin-pemimpin parti. Pada
Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London untuk membincangkan
soal penggubalan Perlembagaan Persekutuan dan merundingkan tarikh kemerdekaan untuk
negara.
Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan
untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya tersebut
telah mendapatkan pandangan parti-parti politik, persatuan-persatuan bukan politik dan
individu tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara ini. Dalam proses rundingcara itu, satu
memorandum daripada parti Perikatan telah mendapat keutamaan. Memorandum berkenaan,
yang disebut sebagai Pakatan Murni, iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan
bersama serta persetujuan menghormati hak-hak orang lain, menyentuh lima perkara utama
iaitu :
1. Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan
Menentukan identiti sesebuah bangsa. Bahasa kebangsaan dijadikan :
i) perhubungan umum
ii) bahasa rasmi
iii) sebagai alat untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara kita
GMGA2013| PERLEMBAGAAN MALAYSIA
4 | 211045
Peruntukan ini termaktub dalam perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Peruntukan ini tidak meghalang penggunaan, pengajaran dan pembelajaran bahasa etnik lain
ataupun bahasa asing
2. Agama Islam sebagai agama utama Persekutuan
Merupakan tunjang kehidupan manusia. Mampu membentuk rakyat berakhlak mulia dan
bermoral tinggi. Prinsip pertama dalam Prinsip Rukun Negara ialah 'Kepercayaan Kepada
Tuhan'. Agama Islam merupakan agama bagi Persekutuan kerana faktor yang berikut:
i) lama bertapak di rantau Asia Tenggara
ii) tidak ditolak oleh penjajah
iii) mempunyai penganut yang ramai
Agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
Setiap orang berhak untuk menganuti, mengamalkan dan mengembangkan agamanya dengan
syarat, iaitu pengembangan agama selain Islam tidak boleh dilakukan terhadap penganut
Islam
3.Kewarganegaraan
Merupakan status yang dimiliki oleh setiap individu untuk hidup dalam sesebuah negara.
Status ini memberikan hak,manfaat dan kemudahan tertentu. Status ini memberikan hak untuk
seorang warganegara:
i) mengundi dalam pilihan raya
ii) mengambil bahagian secara aktif dalam politik seperti bertandingan dalam pilihan raya,
menjadi wakil rakyat, menjadi menteri dan sebagainya.
iii) memiliki harta dan membangunkannya.
iv) bergerak dengan bebas ke mana-mana bahagian Negara.
v) menerima manfaat dan kemudahan seperti pendidikan,bantuan kebajikan, perubatan dan
sebagainya.
GMGA2013| PERLEMBAGAAN MALAYSIA
5 | 211045
Hak kewarganegaraan ini disertai oleh tanggungjawab. Rakyat bertanggungjawab untuk:
i) mematuhi undang-undang negara dan negeri.
ii) memberi khidmat kepada negara apabila diperlukan seperti mempertahankan Negara
apabila diserang musuh dengan menyertai pasukan keselamatan.
iii) menyumbang terhadap produktiviti negara dalam bidang masing-masing.
iv) menyokong dan mengambil bahagian dalam rancangan dan kegiatan negara seperti
menyambut Hari Kebangsaan,membasmi kemiskinan,membantu kerajaan membendung
jenayah dan sebagainya.
4.Kebebasan Asasi
Tiada seseorang pun boleh diambil nyawa atau kebebasan dirinya kecuali menurut undang-
undang.Orang yang bersalah hendaklah dibuktikan di mahkamah sebelum didenda, dipenjara
atau dihukum mati.Orang berkenaan hendaklah diberi tahu tentang kesalahannya dandiberi
peluang untuk membela dirinya. Kebebasan yang diberi tidak bermaksud kita boleh
melanggar undang-undang.
5.Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak
Peruntukan khas ini memberi pertimbangan kepada golongan berkenaan bertujuan untuk
menyamaratakan status pendidikan dan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan
Sarawak dengan kaum-kaum lain. Dengan ini, dapat mewujudkan kestabilan politik dan
ketenteraman awam. Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan
Sarawak, seperti rizab khas bagi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan
atau latihan khas, lesen dan permit perniagaan, diberi melalui Perkara 153 perlembagaan.
Rizab yang diperuntukkan mengikut radar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong
Perlembagaan yang digubal Suruhanjaya Reid ini diiktiraf Jawatankuasa Kerja sebagai
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mulai tarikh kemerdekaan negara iaitu pada 31
Ogos 1957. Apabila Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Tanah Melayu pada tahun
GMGA2013| PERLEMBAGAAN MALAYSIA
6 | 211045
1963, beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan telah dipinda dan nama negara ditukar
kepada Malaysia.
3. KUASA RAJA RAJA SEBELUM MERDEKA DAN PROJEK MALAYAN UNION
Kefahaman mengenai kedudukan raja-raja Melayu tidak menjadi lengkap jika tidak dihayati
falsafah hidup orang-orang Melayu, terutamanya dalam aspek kedirajaan. Ada pandangan
yang menggambarkan Raja-raja Melayu bukan sahaja puncak kepada ketuanan Melayu, tetapi
juga mempunyai ciri-ciri kerabbanian atau bayangan Tuhan di muka bumi.Ringkasnya,
hakikat sejarah bahawa Raja-Raja Melayu merupakan sumber kekuasaan sudah begitu
sinonim dengan falsafah masyarakat Melayu. Kekusaan tersebut dihujahkan oleh sesetengah
penulis sebagai satu warisan yang dirujuk kepada kehendak agama Islam.Walau apa juga
pandangan atau kritikan terhadap perndapat ini, ia menunjukkan kedudukan yang begitu
tinggi bagi dipadankan dengan status raja-raja dalam masyarakat Melayu.
Secara umumnya, kuat atau lemah seorang Raja, menurut sejarah, pentadbiran Negara
dilaksanakan dengan persetujuan baginda. Ini menunjukkan peranan raja begitu penting dalam
pentadbiran.
Tetapi setelah kedatangan British terjadinya campurtangan asing dalam pentadbiran ketika
tersebut namun masih mengekalkan tradisi pemerintahan beraja. Walaubagaimanapun British
dengan sedikit demi sedikit mengubah corak pemerintahan kuasa mutlak Raja atau Sultan
ketika itu dengan memperkenalkan Sistem Residen iaitu penubuhan negeri-negeri Malayu
Bersekutu telah mengurangkan kedudukan serta kuasa Raja-Raja Melayu. Namun sistem ini
dimansuhkan apabila pada tahun 1946 apabila projek Malayan Union diperkenalkan. Akan
tetapi projek Malayan Union ini telah mendapat bantahan keras oleh orang- orang Melayu dan
tidak dapat berahan lama.
GMGA2013| PERLEMBAGAAN MALAYSIA
7 | 211045
Asalnya projek tersebut dibawa oleh British ke Tanah Melayu adalah untuk
menjadikan semua negeri-negeri Melayu di Semenanjung sebagai tanah jajahan (koloni)
British secara langsung, dan ini sekali gus akan memansuhkan kepelbagaian sistem-sistem
pentadbiran yang wujud di Tanah Melayu sebelum perang iaitu Negeri negeri Selat, FMS dan
UMS kecuali Singapura kerana British berkehendakkan pulau tersebut dibawah kawalannya
atas kepentingan secara langsung iaitu dari segi ekonomi dan politik yang staratergik Oleh
yang demikian, maka semua penduduk di Tanah Melayu akan menjadi subjek British dan
mendapat kedudukan serta taraf yang sama, manakala Raja-Raja Melayu pula akan
kehilangan sebahagian besar kuasa politik dan kedaulatan mereka. Mereka hanya akan
berkuasa dalam hal-hal yang menyentuh mengenai agama Islam dan adat-istiadat Melayu
sahaja dan perjanjian yang telah dibuat dengan Raja-Raja Melayu sebelum ini yang menjamin
bahawa kedudukan dan kedaulatan mereka akan terpelihara dan dilindungi sekali gus akan
terbatal.
Orang-orang Melayu telah bersatu dengan penubuhan UMNO (United Malays
National Organization atau UMNO) , telah menentanng secara total projek Malayan Union
tersebut memaksa British akur akan permintaan orang-orang melayu dan megembalikan
kuasa-kuasa pemerintah Raja Melayu seperti sebelumnya. Penentangan orang-orang Melayu
ke atas projek Malayan Union didorong oleh dua sebab utama. Pertamanya, dengan
perlaksanaan Malayan Union, maka orang-orang bukan Melayu yang rata-ratanya tiba di
Tanah Melayu pada akhir abad yang ke-19 akan diberikan kerakyatan berdasarkan prinsip Jus
Soli yang sekali gus akan menjadikan taraf mereka dari segi politiknya sama dengan orang-
orang Melayu yang sejak lama diiktiraf sebagai penduduk asal negara ini. Kedua, Raja-Raja
Melayu yang sejak sekian lama merupakan pemerintah berdaulat, simbol identiti dan status
politik orang-orang Melayu akan kehilangan kedudukan dan kuasa mereka setelah projek
Malayan Union dikuatkuasakan. Sebaliknya, Raja berdaulat baru bagi Tanah Melayu ialah
GMGA2013| PERLEMBAGAAN MALAYSIA
8 | 211045
Raja atau Permaisuri England. Raja-Raja Melayu juga akan terpaksa akur kepada Mahkota
kuasa di England yang lebih berdaulat daripada mereka. Ini menjadikan kedudukan Raja-Raja
Melayu semakin tidak releven dari segi jangka panjangnya. Oleh kerana inilah , orang-orang
Melayu telah menentang projek tersebut.
Dalam pada itu, selepas penolakan projek Malayan Union, British telah membuat
cadangan untuk memperbaharui perlembagaan yang digunakan pada kertika itu. British
diwakili oleh Suruhanjaya Reid yang terdiri daripada lima orang hakim kanan daripada
negara-negara Komanwel iaitu Sir Ivor Jennings dari Britain, Sir William Mckell dari
Australia, Mr. B. Malik dari India, Justice Abdul Hamid dari Pakistan dan Lord Reid dari
Britain selaku Pengerusi telah mengadakan 118 perundingan dengan pelbagai pihak di Tanah
Melayu untuk mendapatkan pandangan mereka tentang perlembagaan baru yang akan
digubal. Hasilnya, seiring dengan Kemerdekaan Tanah Melayu, daripada rundingan tersebut
maka lahirlah Perlembagaan Persekutuan dan digunapakai sehingga hari ini di mana
mempunyai lima ciri utama iaitu :
(i) Perkara 1 Perlembagaan Malaysia telah meletakkan bahawa sebagai sebuah negara
persekutuan yang bernama Malaysia terdapat peruntukan untuk kemasukan lain-lain negeri
ke dalamnya. Lain-lain perakara memperuntukkan pembahagian kuasa antara Parlimen
Persekutuan dan Dewan-dewan Negeri.
(ii) Perkara 32 (1) yang harus dibaca bersama dengan Perkara 40 mengagaskan kewujudan
sistem Raja Berpelembagaan; di mana Pemerintah Tertinggi bagi Persekutuan akan memakai
gelaran Yang di Pertuan Agong.
(iii) Bab 4 Bahagaian IV menggariskan kewujudan sistem demokrasi berparlimen.
(iv) Perkara 3 memperuntukkan bahawa Islam sebagai agama bagi Persekutuan tetapi lain-lain
agama boleh terus diamalkan dengan aman dan harmoni di mana-mana bahagaian
GMGA2013| PERLEMBAGAAN MALAYSIA
9 | 211045
Persekutuan. Walau pun Islam sebagai agama rasmi, tetapi Malaysia bukanlah sebuah negara
teokratik.
(v) Pelbagai perkara lain menggariskan sistem kerajaan berparlimen ala Westminster yang
tidak memisahkan badan legislatif dan eksekutif. Bagaimanapun badan kehakiman kekal
bebas dan terasing.
4. BIDANG KUASA YANG DIPERTUAN AGONG DALAM PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN
Dengan penjelasan melalui latar belakang sejarah penubuhan perlembagaan di atas kita
mengetahui sedikit sebanyak berkaitan kuasa-kuasa Raja Raja Melayu dan campurtangan
kuasa asing sehingga hampir menghapuskan sekali gus hak-hak istimewa pemerintah ulung
Tanah Melayu tersebut. Dengan, penggubalan Perlembagaan Persekutuan yang telah
dimeterai, kuasa Raja- Raja yang dikenali sebagai Yang diPertuan Agong selepas merdeka
telah menyelamatkan hak istimewa walaupun tidak memperoleh kuasa mutlak seperti Raja-
Raja Melayu sebelum kedatangan British.
Dalam perlembagaan tersebut telah disenaraikan bidang-bidang kuasa YDPA seperti :
a) Perlembagaan Persekutuan meletakkan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua utama
negara(Perkara 32), yang secara undang-undangnya menganggotai tiga badan kerajaan, iaitu
badan Perundangan (Legislatif), Badan Pemerintah (Eksekutif) dan Badan Kehakiman
(Judisiari).
b) Perkara 44 meletakkan Yang di-Pertuan Agong sebagai satu daripada tiga unsur Parlimen.
Baginda mempunyai kuasa memanggil, menangguh dan membubarkan Parlimen (Perkara 55)
serta meletakkan cop mohor kepada Rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Badan
Perundangan dalam proses penggubalan undang-undang (Perkara 66).
c) Baginda merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera (Perkara 41). Yang di-
Pertuan Agong berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman (Perkara 42).
GMGA2013| PERLEMBAGAAN MALAYSIA
10 | 211045
Baginda bertangjungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang
Melayu serta kepentingan bangsa lain (Perkara 153).
d) Melalui kuasa budi bicara, menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat
bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan Raja-Raja
Melayu (Perkara 40(2)(c) ),
e) Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau
Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah (Perkara 3).
f) Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri
daripada mana-mana ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat
kepercayaan (Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) ). Baginda juga boleh menggunakan kuasa budi
bicara untuk membubar Parlimen sekiranya terdaapt permintaan Perdana Menteri (Perkara
40(2)(a)(b) ).
g) Baginda mempunyai kuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan
Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri (Perkara 43(5) ).
h) Yang di-Pertuan Agong boleh membuat pengisytiharan darurat (Perkara 150) dan juga
membuat undang-undang (ordianan) darurat sekiranya kedua-dua Dewan Parlimen tidak
bersidang secara serentak (Perkara 150(2B). Atas nasihat Perdana Menteri, baginda
mempunyai kausa melantik ahli suruhanjaya-suruhanjaya yang ditubuhkan oleh
Perlembagaan, seperti Suruhanjaya Polis (Perkara 140), Pelajaran (Perkara. 141A). Baginda
juga melantik Peguam Negara atas nasihat Perdana Menteri (Perkara 145).
i) Selain daripada kuasa dan peranan, kedudukan institusi raja dijamin oleh Perlembagaan.
Antaranya, Walaupun ahli Dewan Parlimen mempunyai kebebasan untuk membuat apa-apa
pernyataan berkaitan raja-raja Melayu, namun, mereka tidak dibenarkan untuk menganjurkan
atau mencadangkan pemansuhan institusi raja dalam apa juga prosiding Parlimen (Perkara
63(5)). Pindaan Perlembagaan terhadap apa juga peruntukan berkaitan Majlis Raja-Raja
GMGA2013| PERLEMBAGAAN MALAYSIA
11 | 211045
(Perkara 380 dan keutamaan raja (Perkara. 70) juga tidak boleh dilaksana tanpa perkenan
Majlis Raja-Raja (Perkara 159(5)).
Dalam aspek perundangan, kedudukan raja-raja Melayu agak terselamat bukan sahaja atas
kapasiti kedudukan umum, tetapi juga keselamatan diri. Di samping peruntukan
Perlembagaan sepertimana yang telah disebut di atas, undang-undang jenayah negara juga
menjaga kedudukan raja-raja Melayu. Undang-undang yang begitu relevan ialah Kanun
Keseksaan. Tindakan menentang Raja, yang dikategorikan sebagai kesalahan terhadap negara,
adalah kesalahan yang boleh dihukum penjara seumur hidup ataupun hukum bunuh. Misalnya
kesalahan berperang melawan Raja-Raja. Hukuman bunuh juga boleh dikenakan ke atas
mana-mana orang yang didapati bersalah melakukan kesalahan terhadap tubuh badan Raja
atau bakal pengganti raja. Sementara itu penjara seumur hidup atau denda boleh dikenakan ke
atas mana-mana orang yang dibuktikan sebagai merancang untuk memecat atau melucutkan
raja daripada takhta mereka.
5. KESIMPULAN
Malaysia sebuah negara yang berdaulat, mempunyai keluruhan Perlembagaannya yang
tersendiri. Pelembagaan Persekutuan yang dijunjung oleh rakyat warganegara Malaysia
merupakan faktor keharmonian dan keselamatan yang dikecapi hingga kini.
Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan bahawa kuasa dijalankan oleh 3 badan
perundangan, eksekutif dan kehakiman. Perkara-perkara yang tersurat dan tersirat dalam
Perlembagaan Persekutuan dan perlaksanaannya adalah pada peringkat Kerajaan Persekutuan
dan Kerajaan Negeri yang diwakili oleh ketiga-tiga badan tersebut dan keseluruh jentera
pentadbiran kerajaan hingga ke kampung telah menjalinkan satu jalinan kompleks sehingga
mampu mewujudkan dan mempertahankan sebuah negara yang demokratik.
GMGA2013| PERLEMBAGAAN MALAYSIA
12 | 211045
Bagi menjamin kelangsungan tradisi institusi raja, sudah tentu perubahan perlu berlaku dalam
institusi raja. Ini akan menjadikan kedudukan institusi tersebut selaras dengan selaras dengan
tuntutan masa. Sikap tekun memajukan diri, berkongsi kekayaan dan membuat penegasan
dalam beberapa perkara adakalanya sangat diperlukan. Walaupun kedudukan institusi raja
dalam Perlembagaan dan sistem perundangan negara agak menyerlah, kita tidak boleh
mengharapkan apa yang terpahat dalam undang-undang itu tidak terhakis. Ini kerana apa yang
disebut mengenai Perlembagaan ialah, ia undang-undang organik yang boleh diubah serta
bergantung dan berpunca kepada tatarajah politik. Selain daripada itu, sistem monarki dan
beperlembagaan tidak patut dijadikan alasan menyekat sumbangan raja kepada negara.
Melonjakkan kredibiliti sebagai raja; mendekatkan diri dengan masalah rakyat serta
meningkat taraf hidup rakyat adalah juga boleh ditakrifkan sebagai maksud tersirat dalam raja
berperlembagaan. Raja beperlembagaan bukan hanya merujuk kepada raja yang bertindak
mengikut nasihat Jemaah Menteri semata-mata hatta dalam hal yang begitu jelas bermotifkan
politik. Raja berperlembagaan harus bijaksana mempastikan konsep constitutionlism
terutamanya penyalahgunaan kuasa dilaksana sepenuhnya.
GMGA2013| PERLEMBAGAAN MALAYSIA
13 | 211045
Rujukan.
1. International Law Book Services ( 2014 ) , Perlembagaan Persekutuan, Golden Books
Centre sdn. Bhd, SELANGOR.
2. https://cikgumahfuzah.files.wordpress.com/2012/02/bab-5-ting-31.ppt.
3. https://hikmatun.wordpress.com/2007/01/08/bidang-kuasa-yang-di-pertuan-agong/
4. http://ms.wikipedia.org/wiki/Yang_di-Pertuan_Agong
5. http://www.slideshare.net/muhammadnannuar/majlis-rajaraja-dan-peranan-ydpa
6.http://pengajianammalaysia.blogspot.com/2010/08/tugas-tugas-lain-yang-di-pertuan-
agong.html
7. http://cikgurazak.blogspot.com/2013/04/nota-sej-bab-7-t5.html
8. http://www.parlimen.gov.my/pengenalan.html?view=235&uweb=p