Top Banner
SCE 3143 SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT a) Mengumpul data Satu kajian telah dijalankan untuk mendapatkan data tentang air tasik. Kajian juga dijalankan untuk mengenal pasti tahap kualiti air tasik tersebut. Saya telah memilih Taman Tasik Metropolitan, Kepong sebagai lokasi kajian. Terdapat pelbagai aktiviti rekreasi dijalankan di tasik tersebut. Antaranya ialah aktiviti permainan air, senaman dan riadah. Oleh kerana tasik ini merupakan tempat tumpuan bagi orang ramai maka kualiti air di tasik tersebut haruslah bebas daripada organisma patogen dan tidak berbahaya kepada manusia. Air tasik juga perlu bersih daripada segala pathogen agar selamat kepada flora dan fauna yang berada di sekelilingnya. Data tentang air tasik telah diambil selama enam hari bermula dari 28 Ogos 2015 hingga 2 September 2015. Data yang diperlukan untuk kajian kualiti air tasik adalah nilai pH, BOD, kemasinan, benda hidup dalam air, benda hidup di tepi tasik, suhu, kelajuan air dan pemerhatian lain yang diperoleh di sekitar tasik. Lokasi kajian dijalankan adalah seperti rajah 1 berikut. Rajah 1: Lokasi kajian saya 1
22

ASSIGNMENT SCE 3143, SAINS TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

Feb 20, 2016

Download

Documents

ASSIGNMENT SCE 3143, SAINS TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT, PEMULIHARAAN AIR, PENCEMARAN AIR TASIK
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: ASSIGNMENT SCE 3143, SAINS TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

SCE 3143 sains, teknologi dan masyarakat

a) Mengumpul data

Satu kajian telah dijalankan untuk mendapatkan data tentang air tasik. Kajian

juga dijalankan untuk mengenal pasti tahap kualiti air tasik tersebut. Saya telah

memilih Taman Tasik Metropolitan, Kepong sebagai lokasi kajian. Terdapat pelbagai

aktiviti rekreasi dijalankan di tasik tersebut. Antaranya ialah aktiviti permainan air,

senaman dan riadah. Oleh kerana tasik ini merupakan tempat tumpuan bagi orang

ramai maka kualiti air di tasik tersebut haruslah bebas daripada organisma patogen

dan tidak berbahaya kepada manusia. Air tasik juga perlu bersih daripada segala

pathogen agar selamat kepada flora dan fauna yang berada di sekelilingnya.

Data tentang air tasik telah diambil selama enam hari bermula dari 28 Ogos

2015 hingga 2 September 2015. Data yang diperlukan untuk kajian kualiti air tasik

adalah nilai pH, BOD, kemasinan, benda hidup dalam air, benda hidup di tepi tasik,

suhu, kelajuan air dan pemerhatian lain yang diperoleh di sekitar tasik. Lokasi kajian

dijalankan adalah seperti rajah 1 berikut.

Rajah 1: Lokasi kajian saya

Rajah 2: Aktiviti rekreasi yang terdapat di lokasi kajian

1

Page 2: ASSIGNMENT SCE 3143, SAINS TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

SCE 3143 sains, teknologi dan masyarakat

Kaedah pengumpulan data

Data yang dikumpul untuk kajian kualiti air tasik adalah nilai pH, BOD,

kemasinan, benda hidup dalam air, suhu, kelajuan air dan pepejal terampai yang

berada di dalam air. Beberapa alatan telah digunakan untuk mendapatkan data

tersebut.

Rajah 3: pH meter

Saya telah menggunakan pH meter untuk mendapatkan data berkaitan pH air

tasik. Terdapat cara bagaimana untuk menggunakan pH meter iaitu penutup pH

meter di bahagian bawah perlu dibuka. Elektrod perlu dibasuh dengan cara

mengacau pH meter pada air bersih atau dilalukan air kepada elektrod dan lap

dengan kain atau kertas yang menyerap. Setelah itu, butang ‘on’ ditekan untuk

menghidupkan pH meter. Elektrod dimasukkan ke dalam air tasik untuk diukur nilai

pHnya. pH meter dikacau perlahan-lahan sehingga bacaan pH menjadi stabil.

Bacaan pH diambil semasa pH meter direndam ke dalam air tasik.

BOD merupakan kandungan oksigen terlarut di dalam air. Ia adalah ukuran

kualiti air. Alat untuk mengukur BOD adalah DO meter. Alat ini digunakan dengan

merendamkan bahagian besi yang terbuka ke dalam air. Bacaan kandungan oksigen

terlarut dalam air akan dipaparkan pada monitor DO meter.

Rajah 4: DO meter

2

Page 3: ASSIGNMENT SCE 3143, SAINS TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

SCE 3143 sains, teknologi dan masyarakat

Sampel benda hidup di dalam air juga diambil dengan menggunakan jaring.

Jaring yang digunakan adalah bersaiz kecil dan besar. Jaring bersaiz kecil

digunakan untuk mengambil hidupan yang berada di permukaan air. Sementara itu,

jaring bersaiz besar berfungsi untuk mengambil hidupan di dasar tasik.

Rajah 5: Jaring bersaiz kecil dan besar

Suhu air tasik juga perlu diambil dan dicatatkan. Suhu air tasik diukur dengan

menggunakan termometer. Termometer yang digunakan adalah termometer

makmal. Termometer makmal perlu digunakan secara berhati-hati. Bebuli

termometer tidak boleh dipegang kerana haba badan kita akan mempengaruhi

bacaan termometer. Bebuli termometer perlu direndamkan ke dalam air tasik.

Termometer makmal menggunakan aplikasi prinsip pengembangan dan pengecutan

bahan. Suhu air tasik boleh disukat melalui merkuri yang ada di dalam termometer.

Ini kerana merkuri di dalam termometer mengembang apabila panas dan mengecut

apabila sejuk.

Rajah 6: Termometer makmal

Kelajuan air perlu diukur dan dicatatkan. Kelajuan air diukur dengan

menggunakan pita pengukur, jam randik dan kepingan poisterin. Jarak kawasan

kajian ditentukan dan diukur dengan menggunakan pita pengukur. Setelah itu,

kawasan itu ditanda sebagai titik A dan titik B. Kepingan polisterin diletakkan di titik

3

Page 4: ASSIGNMENT SCE 3143, SAINS TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

SCE 3143 sains, teknologi dan masyarakat

A. Jam randik ditekan dan masa mula diambil bagi mengukur kelajuan kepingan

polisterin bergerak dari titik A ke titik B. Pengiraan bagi kelajuan air tasik diukur

dengan menggunakan formula:

Jadual 1: Formula pengiraan kelajuan air

Rajah 7: Kepingan polisterin digunakan

untuk mengukur kelajuan air

Rajah 8: Kepingan polisterin bergerak mengikut aliran air

4

Page 5: ASSIGNMENT SCE 3143, SAINS TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

SCE 3143 sains, teknologi dan masyarakat

Data yang diperoleh sepanjang kajian dijalankan:

Hari/ Data Hari 1 Hari 2 Hari 3 Hari 4 Hari 5 Hari 6pH air 8.1 8.5 8.6 8.5 8.7 8.5

BOD air 6.3 6.2 6.5 6.2 6.4 6.3Suhu 32 33 34 35 33 32

Kelajuan air 18.80 cm/s

15.10 cm/s

12.10 cm/s

10.50 cm/s

14.50 cm/s

10.00 cm /s

Hidupan yang

didapati

-Siput air-Ikan keli-belalang

-Siput air-Ikan kecilpepatung

- Semut- Ikan keli

-Ikan kelipepatung

-Ikan keli-belalang

-Semut-Ikan keli-Burung

pipit

Pemerhatian lain

-Keladi-Rumpai

laut-Terdapat

botol plastik di

dalam tasik

-Keladi-Rumpai

laut Terdapat

botol plastik di

dalam tasik

-Keladi-Rumpai

laut-Masih

terdapat botol

plastik di dalam tasik

-Keladi-Rumpai

laut Terdapat

kon plastik di

dalam tasik

-Keladi-Rumpai

lautTerdapat

botol plastik di

dalam tasik

-Keladi-Rumpai

lautTerdapat

botol plastik di

dalam tasik

Jadual 2: Data air tasik

Analisis data

a. pH air

pH merupakan ukuran keasidan atau kealkalian sesuatu larutan. Ph juga

berfungsi untuk mengukur kepekatan ion hidrogen. Organisma akuatik boleh hidup

di dalam air tasik sekiranya pH adalah 6 hingga 8 sahaja. pH air yang kurang

daripada 5 atau lebih daripada 9 pula berbahaya kepada organisma akuatik.

5

Page 6: ASSIGNMENT SCE 3143, SAINS TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

SCE 3143 sains, teknologi dan masyarakat

Hari 1 Hari 2 Hari 3 Hari 4 Hari 5 Hari 67.87.9

88.18.28.38.48.58.68.78.8

GRAF pH LAWAN HARI

Nilai pH air

Graf 1: Graf nilai pH air tasik sepanjang enam hari kajian

Graf menunjukkan nilai pH air tasik yang dicatatkan selama enam hari kajian

dilakukan. Pada hari pertama, nilai pH air tasik ialah 8.1. Pada hari kedua kajian

pula, nilai pH air tasik adalah 8.5. Pada hari ketiga kajian dijalankan, nilai pH air tasik

adalah 8.6. Nilai pH air tasik pada hari keempat adalah 8.5. Ini diikuti oleh nilai pH

8.7 pada hari kelima kajian dijalankan. Ini merupakan nilai pH yang tertinggi

dicatatkan sepanjang enam hari kajian. Nilai pH air tasik pada hari keenam kajian

pula adalah 8.5. Purata nilai pH air tasik adalah 8.5.

Kelas IKA Kegunaan airKelas 1 >92.7 Dalam keadaan semulajadi

Kelas IIA 85.0-92.7Air memerlukan rawatan

konvensional

Kelas IIB 76.5-85.0Air boleh digunakan untuk

rekreasi

Kelas III 51.9-76.5Air memerlukan rawatan

intensif

Kelas IV 31.0-51.9Hanya untuk tujuan pengairan.

Kualiti air sedang

Kelas V <31.0 Air yang tercemar teruk

Jadual 3: Piawaian kualiti air di Malaysia

6

Page 7: ASSIGNMENT SCE 3143, SAINS TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

SCE 3143 sains, teknologi dan masyarakat

Jadual 3 merupakan piawaian kualiti air yang telah ditetapkan oleh Jabatan

Alam Sekitar. Indeks Kualiti Air (IKA) merupakan standard yang digunakan oleh

Jabatan Alam Sekitar Malaysia untuk mengukur kebersihan dan kualiti bekalan

air yang boleh digunakan untuk kegunaan domestik, akuakultur dan pengairan.

Hasil daripada kajian yang dijalankan didapati saya telah mencatatkan purata

bagi nilai pH air adalah 8.5 iaitu pada kelas IIA. Oleh itu, air di Taman Tasik

Metropolitan, Kepong didapati tidak terlalu tercemar. Namun begitu, air tasik

tersebut perlu dirawat secara konvensional jika ingin digunakan bagi kegunaan

domestik.

b. BOD air

BOD merupakan kandungan oksigen terlarut di dalam air. Ia adalah ukuran

kualiti air.

Hari 1 Hari 2 Hari 3 Hari 4 Hari 5 Hari 66.05

6.1

6.15

6.2

6.25

6.3

6.35

6.4

6.45

6.5

6.55

GRAF BOD AIR LAWAN HARI

Nilai BOD Air

Graf 2: Graf nilai BOD air tasik sepanjang enam hari kajian

7

Page 8: ASSIGNMENT SCE 3143, SAINS TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

SCE 3143 sains, teknologi dan masyarakat

Graf menunjukkan nilai BOD air tasik yang dicatatkan selama enam hari

kajian dilakukan. Pada hari pertama, nilai BOD air tasik ialah 6.3 mg/l. Pada hari

kedua kajian pula, nilai BOD air tasik adalah 6.2 mg/l. Pada hari ketiga kajian

dijalankan, nilai BOD air tasik adalah 6.5 mg/l. Ini merupakan nilai BOD air yang

tertinggi dicatatkan sepanjang enam hari kajian. Nilai BOD air tasik pada hari

keempat adalah 6.2 mg/l. Ini diikuti oleh nilai BOD air 6.4 mg/l pada hari kelima

kajian dijalankan. Nilai BOD air tasik pada hari keenam kajian pula adalah 6.3 mg/l.

Purata nilai BOD air tasik adalah 6.3 mg/l.

Berdasarkan nilai BOD air tasik yang dikumpulkan, didapati air tasik berada

pada kelas IIA. Oleh itu, air tasik ini perlu dirawat secara konvensional jika ingin

digunakan bagi kegunaan domestik.

c. Suhu air

Suhu berkaitan dengan darjah kepanasan atau kesejukan sesuatu bahan.

Lokasi kajian terletak di kawasan khatulistiwa. Ini bermakna air tasik adalah tidak

terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.

Hari 1 Hari 2 Hari 3 Hari 4 Hari 5 Hari 60

5

10

15

20

25

30

35

40

GRAF SUHU LAWAN HARI

Suhu

Graf 3: Graf suhu air tasik sepanjang enam hari kajian

Graf menunjukkan suhu air tasik yang dicatatkan selama enam hari kajian

dilakukan. Pada hari pertama, suhu air tasik ialah 32oC. Pada hari kedua kajian pula,

suhu air tasik adalah 33oC. Pada hari ketiga kajian dijalankan, suhu air tasik adalah

8

Page 9: ASSIGNMENT SCE 3143, SAINS TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

SCE 3143 sains, teknologi dan masyarakat

34oC. Suhu air tasik pada hari keempat adalah 35oC. Ini merupakan suhu air tasik

yang tertinggi dicatatkan sepanjang enam hari kajian. Ini diikuti oleh suhu air 33 oC

pada hari kelima kajian dijalankan. Suhu air tasik pada hari keenam kajian pula

adalah 32oC. Purata suhu air tasik adalah 33oC. Kajian telah dijalankan pada pukul

6.30 petang selama enam hari berturut-turut. Oleh itu, suhu yang dicatatkan adalah

pada suhu yang sederhana. BOD air atau oksigen terlarut dalam air mempengaruhi

suhu. Apabila BOD meningkat, suhu air akan menurun. Begitu juga sebaliknya. Jika

BOD menurun, suhu air akan meningkat.

d. Kelajuan air

kelajuan air menentukan keadaan angin pada masa kajian dijalankan.

Hari 1 Hari 2 Hari 3 Hari 4 Hari 5 Hari 60

5

10

15

20

25

30

35

GRAF KELAJUAN AIR LAWAN HARI

Kelajuan air

Graf 4: Graf kelajuan air tasik sepanjang enam hari kajian

Graf menunjukkan kelajuan air tasik yang dicatatkan selama enam hari kajian

dilakukan. Pada hari pertama, kelajuan air tasik ialah 18.80 cm/saat. Ini merupakan

kelajuan air tasik yang tertinggi dicatatkan sepanjang enam hari kajian. Pada hari

kedua kajian pula, kelajuan air tasik adalah 15.10 cm/saat. Pada hari ketiga kajian

dijalankan, kelajuan air tasik adalah 12.10 cm/saat. Kelajuan air tasik pada hari

keempat adalah 10.50 cm/saat. Ini diikuti oleh kelajuan air 14.50 cm/saat pada hari

kelima kajian dijalankan. Kelajuan air tasik pada hari keenam kajian pula adalah

10.00 cm/saat. Purata kelajuan air tasik adalah 13.50 cm/saat. Ini menunjukkan

9

Page 10: ASSIGNMENT SCE 3143, SAINS TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

SCE 3143 sains, teknologi dan masyarakat

lokasi kajian tidak terlindung dengan angin dan merupakan laluan angin. Pergerakan

angin dapat mempengaruhi BOD air di mana oksigen akan terserap masuk ke dalam

air semasa air bergerak ditiup angin.

Rajah 9: Pergerakan air semasa angin bertiup

e. Hidupan dalam air

Hidupan dalam air yang didapati daripada kajian ini adalah siput air, ikan kecil

dan ikan keli. Ikan keli merupakan jenis ikan yang banyak didapati di dalam tasik ini.

Ikan keli mudah didapati di lokasi yang berair keruh.

Rajah 10: Ikan keli yang terdapat di dalam tasik

Siput yang dijumpai terdiri daripada siput yang bersaiz kecil. Siput ini dijumpai

di celah-celah rumput panjang yang hidup di dalam air. Siput ini berfungsi untuk

mengurangkan kekeruhan air tasik. Ikan kecil juga dikenalpasti sebagai hidupan air

di dalam tasik tersebut. Ini menunjukkan kadar oksigen terlarut (BOD) di dalam air

tasik menggalakkan pembiakan hidupan di habitat tersebut. Ini kerana terdapat

banyak hidupan air yang dijumpai di dalam air tasik.

f. Hidupan di tepi tasik

Terdapat beberapa hidupan yang dijumpai di tepi tasik. Lokasi kajian

ditumbuhi pokok buluh dan tumbuhan renek. Terdapat haiwan seperti belalang,

pepatung dan semut dijumpai di lokasi kajian. Terdapat juga burung pipit yang

dijumpai pada hari kelima kajian dijalankan.

10

Page 11: ASSIGNMENT SCE 3143, SAINS TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

SCE 3143 sains, teknologi dan masyarakat

Rajah 11: Pepatung yang terdapat di sekitar tasik

Rajah 12: Semut hitam yang terdapat di pokok tepi tasik

Rajah 13: Burung pipit yang dijumpai di tasik

Pelbagai jenis hidupan seperti haiwan boleh dijumpai di lokasi tasik. Ini

kerana lokasi ini subur dengan pelbagai sumber makanan. Lokasi ini dipenuhi

dengan tumbuhan seperti pokok buluh dan kayu reput yang boleh menjadi sumber

makanan haiwan.

11

Page 12: ASSIGNMENT SCE 3143, SAINS TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

SCE 3143 sains, teknologi dan masyarakat

Rajah 14: Kayu reput yang terdapat di tepi tasik

Rajah 15: Pokok buluh yang terdapat di sekitar tasik

g. Pemerhatian lain di lokasi kajian

Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat, didapati terdapat pokok keladi di

sekitar tasik dan rumpai laut di dalam tasik. Namun begitu, agak mencacatkan

penglihatan apabila terdapat botol plastik terapung di permukaan tasik pada hari

pertama, kedua, ketiga dan kelima kajian dilaksanakan. Lebih menyedihkan apabila

saya menjumpai kon plastik terapung di permukaan tasik pada hari keempat kajian.

Walaupun, tidak terdapat banyak sampah sarap dijumpai di tasik ini namun, hasil

penemuan saya sedikit menjejaskan tasik yang berfungsi sebagai tempat rekreasi

dan riadah keluarga.

12

Page 13: ASSIGNMENT SCE 3143, SAINS TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

SCE 3143 sains, teknologi dan masyarakat

Rajah 16: Pokok keladi yang terdapat di sekitar tasik

Rajah 17: Botol plastik yang dijumpai di dalam tasik

Rajah 18: Kon plastik yang dijumpai di dalam tasik

Berdasarkan analisis data yang telah dibuat, dapat disimpulkan bahawa

kualiti air di Taman Tasik Metropolitan, Kepong adalah agak baik walaupun terdapat

beberapa sampah sarap dijumpai di dalam air tasik. Saya mendapati air tasik di

lokasi kajian berada dalam kelas IIA. Oleh itu, air di tasik ini perlu dirawat secara

konvensional. Setelah rawatan dibuat terhadap air ini, ia boleh digunakan bagi

tujuan domestik seperti mandi manda.

13

Page 14: ASSIGNMENT SCE 3143, SAINS TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

SCE 3143 sains, teknologi dan masyarakat

b) Laporan

Air amat penting dalam kehidupan manusia. Tanpa air manusia tidak boleh

melakukan pelbagai aktiviti seperti makan, mandi, minum, membasuh dan

sebagainya. Oleh kerana kepentingan air ini maka kajian dijalankan untuk

mengambil data dan membuat analisis terhadap air tasik. Saya telah memilih Taman

Tasik Metropolitan, Kepong sebagai lokasi kajian. Terdapat pelbagai aktiviti rekreasi

dijalankan di tasik tersebut. Antaranya ialah aktiviti permainan air, senaman dan

riadah. Kajian telah dilaksanakan selama enam hari bermula dari 28 Ogos 2015

hingga 2 September 2015.

Data yang diperlukan untuk kajian kualiti air tasik adalah nilai pH, BOD,

kemasinan, benda hidup dalam air, benda hidup di tepi tasik, suhu, kelajuan air dan

pemerhatian lain yang diperoleh di sekitar tasik. Pengumpulan data telah dilakukan

dengan menggunakan beberapa peralatan. Antaranya ialah pH meter, DO meter,

termometer makmal, jaring bersaiz kecil dan besar, kepingan polisterin, pita

pengukur dan jam randik.

Dapatan dari kajian yang telah dijalankan adalah seperti berikut:-

Hari/ Data Hari 1 Hari 2 Hari 3 Hari 4 Hari 5 Hari 6pH air 8.1 8.5 8.6 8.5 8.7 8.5

BOD air 6.3 6.2 6.5 6.2 6.4 6.3Suhu 32 33 34 35 33 32

Kelajuan air 18.80 cm/s

15.10 cm/s

12.10 cm/s

10.50 cm/s

14.50 cm/s

10.00 cm /s

Hidupan yang

didapati

-Siput air-Ikan keli-belalang

-Siput air-Ikan kecilpepatung

- Semut- Ikan keli

-Ikan kelipepatung

-Ikan keli-belalang

-Semut-Ikan keli-Burung

pipit

Pemerhatian lain

-Keladi-Rumpai

laut-Terdapat

botol plastik di

dalam tasik

-Keladi-Rumpai

laut Terdapat

botol plastik di

dalam tasik

-Keladi-Rumpai

laut-Masih

terdapat botol

plastik di dalam tasik

-Keladi-Rumpai

laut Terdapat

kon plastik di

dalam tasik

-Keladi-Rumpai

lautTerdapat

botol plastik di

dalam tasik

-Keladi-Rumpai

lautTerdapat

botol plastik di

dalam tasik

Jadual 2: Data air tasik

14

Page 15: ASSIGNMENT SCE 3143, SAINS TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

SCE 3143 sains, teknologi dan masyarakat

Kesimpulan yang dapat dibuat daripada dapatan di atas ialah purata nilai pH

air tasik adalah 8.5 iaitu pada kelas IIA. Oleh itu, air di Taman Tasik Metropolitan,

Kepong didapati tidak terlalu tercemar. Namun begitu, air tasik tersebut perlu dirawat

secara konvensional jika ingin digunakan bagi kegunaan domestik. Purata nilai BOD

air tasik pula adalah 6.3 mg/l. Oleh itu, didapati air tasik berada pada kelas IIA juga.

Dapatan ini juga menunjukkan air tasik ini perlu dirawat secara konvensional jika

ingin digunakan bagi kegunaan domestik.

Selain itu, purata suhu air tasik adalah 33oC iaitu sederhana. Ini

membolehkan pelbagai hidupan hidup di dalam air tasik tersebut. Purata kelajuan air

tasik pula adalah 13.50 cm/saat. Ini menunjukkan lokasi kajian terletak di laluan

angin. Pergerakan angin dapat mempengaruhi BOD air di mana oksigen akan

terserap masuk ke dalam air semasa air bergerak ditiup angin.

Seterusnya, hidupan dalam air yang didapati daripada kajian ini adalah siput

air, ikan kecil dan ikan keli. Ikan keli merupakan jenis ikan yang banyak didapati di

dalam tasik ini. Ikan keli mudah didapati di lokasi yang berair keruh. Hidupan seperti

siput dan ikan kecil juga banyak didapati di lokasi kajian. Ini menunjukkan kadar

oksigen terlarut (BOD) di dalam air tasik menggalakkan pembiakan hidupan di

habitat tersebut.

Terdapat beberapa hidupan yang dijumpai di tepi tasik. Lokasi kajian

ditumbuhi pokok buluh dan tumbuhan renek. Terdapat haiwan seperti belalang,

pepatung dan semut dijumpai di lokasi kajian. Terdapat juga burung pipit yang

dijumpai pada hari kelima kajian dijalankan. Ini berlaku kerana lokasi ini subur

dengan pelbagai sumber makanan. Lokasi ini dipenuhi dengan tumbuhan seperti

pokok buluh dan kayu reput yang boleh menjadi sumber makanan haiwan.

Namun begitu, terdapat penemuan beberapa sampah sarap yang

mencacatkan pemandangan di lokasi kajian. Terdapat botol plastik terapung di

permukaan tasik pada hari pertama, kedua, ketiga dan kelima kajian dilaksanakan.

Saya juga menjumpai kon plastik terapung di permukaan tasik pada hari keempat

kajian. Hasil penemuan ini meyakinkan saya untuk mencadangkan cara bagi

memperbaiki kualiti air di Taman Tasik Metropolitan, Kepong dan meningkatkan

penggunaan tempat itu untuk rekreasi.

15

Page 16: ASSIGNMENT SCE 3143, SAINS TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

SCE 3143 sains, teknologi dan masyarakat

c) Cadangan untuk memperbaiki kualiti air tasik

Air perlu dirawat untuk memenuhi keperluan manusia di seluruh dunia.

Rawatan air perlu agar segala keperluan domestik manusia seperti mandi, air

minuman dan juga keperluan industri dapat dipenuhi. Rawatan air bertujuan untuk

mengurangkan dan mengatasi kesan pencemaran air yang disebabkan oleh sikap

manusia sendiri.

Rawatan air yang paling sesuai digunakan untuk merawat air tasik di lokasi

kajian adalah rawatan air secara konvensional. Proses yang terlibat dalam rawatan

air ini adalah saringan, sistem pengudaraan, suntikan bahan pengental,

pengasingan koloid berbuku, turasan pasir dan pembasmian kuman (Kosmo, 2 Mei

2015). Ketika proses saringan dijalankan bahan seperti sampah dan pasir

diasingkan. Setelah itu, bahan pengental seperti tawas dimasukkan agar bahan

halus atau koloid berbuku dapat diasingkan. Air akan menjadi jernih setelah melalui

proses pengasingan dan turasan. Akhir sekali, air dibasmikan daripada kuman

dengan menggunakan klorin.

Selain itu, bagi meningkatkan penggunaan lokasi kajian sebagai tempat untuk

rekreasi, lebih banyak tong sampah perlu disediakan oleh pihak berkuasa tempatan

seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Tong sampah perlu dihias dengan

menarik agar dapat meningkatkan penggunaannya secara optimum. Ini dapat

membantu mendidik masyarakat untuk membuang sampah di tempat sepatutnya.

Rajah 19: Contoh tong sampah menarik

Penambahan aktiviti rekreasi juga dapat membantu meningkatkan

penggunaan lokasi kajian sebagai tempat untuk rekreasi. Antara aktiviti rekreasi

menarik yang dapat dilaksanakan di Taman Tasik Metropolitan ialah menyediakan

16

Page 17: ASSIGNMENT SCE 3143, SAINS TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

SCE 3143 sains, teknologi dan masyarakat

bot solar bagi kemudahan pengunjung taman tasik ini. Ini bukan sahaja dapat

menarik lebih ramai pengunjung malah dapat membantu pihak pengurusan taman

tasik untuk mendapatkan sumber kewangan alternatif.

Rajah 20: Contoh bot solar

Lokasi kajian juga dapat ditingkatkan penggunaannya sebagai tempat

rekreasi dengan menceriakan kawasan taman tasik. Antara keceriaan yang boleh

dibuat ialah mengecat bangunan seperti bilik janakuasa elektrik yang terdapat di

taman tasik tersebut. Bilik tersebut boleh dicat dengan warna yang menarik dan

dilukis dengan lukisan graftiti agar dapat menarik golongan remaja bersama-sama

menjaga keindahan dan kebersihan taman tasik.

Rajah 21: Contoh lukisan graftiti menarik di bangunan

Aktiviti gotong royong juga dapat membantu meningkatkan penggunaan

taman tasik sebagai tempat untuk rekreasi. Pihak berwajib boleh melaksanakan

program gotong royong bagi meningkatkan penglibatan komuniti untuk menceriakan

lokasi kajian. Program seperti ini boleh menimbulkan kesedaran kepada komuniti

tentang tanggungjawab untuk bersama-sama menjaga keceriaan dan kebersihan

taman tasik khususnya air di Taman Tasik Metropolitan, Kepong.

17

Page 18: ASSIGNMENT SCE 3143, SAINS TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

SCE 3143 sains, teknologi dan masyarakat

18