INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS SULTAN ABDUL HALIM08000 SUNGAI
PETANI
NAMA : SENPAVALI : ROSMINI BT ABDUL WAHAB : SELINA BT MAT : AINI
HAYATI BT AHMAD TAJUDIN
KOD KURSUS : WAJ 3073 KURSUS : SENI DALAM PENDIDIKAN KUMPULAN :
PSV I AMBILAN FEBRUARI 2012
PENSYARAH : PN TAN BO JI
TARIKH SERAHAN : 14 MAC 2015
JADUAL PELAKSANAAN DEMONTRASI
STESENJENIS PERGERAKANAKTIVITI /KEMAHIRANALATAN
1BUKANLOKOMOTORMEMUSINGKAN KEDUA-DUA BELAH TANGAN DENGAN
MEMEGANG KAYUKAYU
2LOKOMOTORBERJALAN DENGAN MENGAYUN KAYU
KAYU
3BUKANLOKOMOTORMENGILAS BADAN DENGAN MEMEGANG KAYU
KAYU
4LOKOMOTORBERLARI PERLAHAN-LAHAN DENGAN KAYUKAYU
5
BUKANLOKOMOTOR
BENGKOKKAN BADANKE ATAS DAN KE BAWAH DENGAN KAYU
KAYU
6LOKOMOTORBERGERAK KE BELAKANG DENGAN MEMEGANG KAYU
KAYU
7BUKANLOKOMOTORMEMUSINGKAN BADAN DI SATU TEMPAT DENGAN KAYU
KAYU
8LOKOMOTORBERJALAN DENGAN MEMBENGKOKKAN BADAN DENGAN
KAYUKAYU
9BUKANLOKOMOTORLOMPAT SETEMPAT DENGAN MEMEGANG KAYU
KAYU
10
LOKOMOTOR
LARI KUDA DENGAN MEMEGANG KAYU
KAYU
11BUKANLOKOMOTORBERDIRI SAMBIL MEMBALING KAYU
KAYU
12LOKOMOTORBERJALAN SISI DENGAN MEMEGANG KAYU
KAYU
13BUKANLOKOMOTORBERDIRI DAN MENUKAR KAYU DENGAN
BERGILIR-GILIR
KAYU
14LOKOMOTORLARI ZIG-ZAG DENGAN KAYU
KAYU
15BUKANLOKOMOTORMEMUSINGKAN KAYU ATAS KEPALA
KAYU
16LOKOMOTORBERJALAN CEPAT DENGAN KAYU
KAYU
17
BUKANLOKOMOTOR
BERDIRI MENGHANTAR KAYU DI BAWAH KAKI
KAYU
18LOKOMOTORBERLARI LOMPAT KANGARU DENGAN KAYU
KAYU
19BUKANLOKOMOTORDUDUK DAN MENUKAR KAYU
KAYU
20LOKOMOTORBERLARI CEPAT DENGAN KAYU
KAYU
LAMPIRAN
PENGENALANPergerakan lokomotor dan bukan lokomotor merupakan
asas kepada pergerakan kanak-kanak. Pergerakan lokomotor seperti
berjalan, berlari, melompat seharusnya dititikberatkan pada
pendidikan awal kanak-kanak lagi. Kanak-kanak gemar melakukan
aktiviti yang mencabar. Sekiranya mereka mempunyai asas pergerakan
ini, berkemungkinan mereka tidak akan menghadapi masalah kelak.
Namun, ibu bapa serta guru tidak seharusnya mengabaikan kepentingan
pergerakan bukan lokomotor. Banyak faedah yang boleh diperolehi
melalui pergerakan bukan lokomotor. Ia mengajar kanak-kanak
menguasai keseimbangan tubuh badan dan sebagainya.
2.0 OBJEKTIF PERGERAKAN LOKOMOTORAntara objektif pergerekan
lokomotor dan bukan lokomotor ialah dapat memberi kesedaran kepada
guru pelatih tentang potensi tubuh badan mereka dalam melakukan
pelbagai pergerakan. membantu guru pelatih menguasai semua
kemahiran pergerakan asas dengan berkesan, memperkembangkan
kebolehan dalam diri setiap guru pelatih bagi membentuk pergerakan
yang kreatif, memahami dan meningkatkan kemahiran kepimpinan bakal
guru dalam membuat perancangan dan strategi, dan mampu membentuk
keperibadian, sikap, akhlak, dan disiplin sebagai seorang bakal
guru. Disamping itu, objektifnya adalah untuk meneroka cara
pergerakan dengan menggunakan berbagai-bagai bahagian tubuh badan,
melakukan kemahiran motor dengan cara yang betul untuk menjaga
postur yang baik, bergerak secara kreatif dengan menyerapkan empat
aspek pergerakan iaitu ruang, masa, beban dan aliran, mengamalkan
aktiviti fizikal sebagai rutin harian, mengkoordinasi bahagian
tubuh badan bagi manipulasi alatan, melahirkan perasaan dengan
menginterpretasi idea secara simbolik melalui pergerakan, sentiasa
berasa riang, seronok dan yakin melakukan pergerakan, dan sentiasa
mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
3.0 MATLAMAT PERGERAKAN LOKOMOTORTerdapat pelbagai tujuan
tugasan ini dilaksanakan. Antara tujuannya adalah untuk memberi
pendedahan, peluang, dan pengalaman berkaitan pergerakan asas
kepada individu khususnya guru pelatih. Tujuan utama pengajaran dan
pembelajaran Pergerakan Asas adalah bagi membolehkan bakal guru
menguasai sesuatu kemahiran atau beberapa kemahiran yang terdapat
dalam pergerakan asas ini. Pergerakan asas merupakan salah satu
proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi pendedahan kepada
pelajar berkaitan dengan tiga pergerakan utama iaitu lokomotor dan
bukan lokomotor. Pergerakan ini juga dapat menguji ketahanan
jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Selain itu, melalui
aktiviti seperti ini ia mampu untuk memupuk semangat toleransi dan
kerjasama, di samping dapat membentuk kepimpinan serta sahsiah yang
baik sebagai seorang bakal guru. Selain itu, matlamat pergerakan
ini ialah dapat memberi pendedahan dan latihan kemahiran pergerakan
lokomotor, meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakan
kanak-kanak, mendorong kanak-kanak untuk memahami pertalian antara
pergerakan asas dengan elemen-elemen pergerakan ( ruang, masa,
kuasa ), dan meningkatkan kecergasan fizikal dan mental
kanak-kanak.
4.0 DEFINISI PERGERAKAN LOKOMOTORPergerakan lokomotor ialah
pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia
berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan
lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan
berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan
beredar. Sebagai contoh, meniru pergerakan keretaapi. Pergerakan
yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah
kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor juga
adalah dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut
pergerakan. Sebagai contoh,berjalan, berlari, melompat, melompat
ketingting, lari sisi, skip, merangkak, guling hadapan, guling
balak, guling sisi dan galop.Manakala, pergerakan yang tidak
mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa beredar pula dikenali
sebagai pergerakan bukan lokomotor. Pergerakan bukan lokomotor
lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi
buka-tutup dan pusing putar. Sebagai contoh, melambung, membaling,
menggolek (menggunakan bola) dan menampar alatan kecil atau besar
(menggunakan kompang). Pergerakan bukan lokomotor bermaksud
keupayaan untuk menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa beralih
tempat. Selain itu, pergerakan ini juga merupakan kebolehan
bergerak menggunakan otot-otot kecil kerana ia lebih tertumpu
kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan
pusing putar. Tambahan pula, pergerakan bukan lokomotor tidak
mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Sebagai contah,
melambung, membaling, menggolek (menggunakan bola) dan menampar
alatan kecil atau besar (menggunakan kompang). Pergerakan ini dapat
diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian
ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Pergerakan bukan
lokomotor adalah seperti mengilas badan, memusing,
meregang,menunduk, menghayun, mengangkat, menolak, manarik,
menjatuh, mengongcang, melantun, membuai badan, dan lain-lain
lagi.Pergerakan-pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi
manipulasi dengan alatan seperti melambung, membaling, menggolek
dan menampar alatan kecil atau besar. Pergerakan-pergerakan ini
dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas
seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi.Bagi
meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan
khasnya menginterpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang
dilahirkan secara simbolik, pendekatan pergerakan kreatif
digunakan. Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembang
kesedaran dan kefahaman tentang konsep-konsep pergerakan.
5.0 CONTOH-CONTOH PERGERAKAN LOKOMOTOR
5.1MelompatKetika melompat berat badan berada diatas kedua-dua
belah kaki. Cara melompat ialah dengan melonjakkan kaki daripada
lantai dan mendarat kedua-dua belah kaki dengan serentak.
5.2LompatSkipMerupakan gabungan antara aktiviti berjalan dan
melompat ketingting. Cara melakukan ketingting ialah dengan langakh
satu kaki ke depan, kemudian ketingting menggunakan kaki yang sama.
Seterusnya langkah kaki sebelah lagi ke depan dan ketingting
menggunakan kaki yang sama. Corak pergerakannya ialah dengan
memindahkan berat badan di atas kaki secara berselang seli.
5.3 Lompat GalopLompat gallop merupakan pergerakan ke depan
dengan menggunakan satu kaki mendahului pergerakan secara
cepat.
5.4 MelantunPergerakan melantun ini berlaku apabila badan
bergerak ke atas dan ke bawah atau badan bergerak ke depan dan ke
belakang secara beritama pantas dan di lakukan secara berterusan.
Sebagai contoh permainan bola tampar.
5.5 MelungsurPergerakan melungsur adalah dengan melangkah
menggunakan satu kaki dan diikuti dengan sebelah kaki lagi. Berat
badan dipindahkan dari kaki depan dan ditutup dengan kaki belakang.
Kaki yang sama akan sentiasa dijadikan kaki yang mendahului
pergerakan.
6.0 DEFINISI PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTORPergerakan bukan
lokomotor ialah keupayaan untuk menggerakkan tubuh badan tanpa
beralih tempat. Pergerakan kategori ini melibatkan pergerakan yang
tidak mengubahkan dasar menyokong pelaku pergerakan. Pergerakan
bukan lokomotor lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh
badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Selain itu,
pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah
kedudukan disebut bergerak tanpa beredar. Contohnya melambung,
membaling, menggolek(seperti menggunakan bola) dan menampar alatan
kecil atau besar (seperti menggunakan kompang). Oleh yang demikian
pergerakan bukan lokomotor merupakan pergerakan yang tidak mengubah
dasar menyokong pelaku pergerakan.Antara contoh pergerakan bukan
lokomotor ialah berdiri, duduk, gusti tangan, enjet-enjet semut,
tarik naik pasangan, tepuk amai-amai, menaik setempat, mengilas
sambil tepuk tangan, tarik dan tahan rakan serta tekan tubi dan
sebagainya. Malah terdapat perbezaan antara lokomotor dan bukan
lokomotor ialah lokomotor merupakan kebolehan menggunakan otot-otot
kasar seperti melompat, berjalan dan sebagainya. Manakala bukan
lokomor pula merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-otot
kecil. Disini Pergerakan Bukan Lokomotor adalah kestabilan iaitu
sesuatu kemahiran. Kemahiran ini adalah kemahiran yang melibatkan
pergerakan setempat atau tidak bergerak dari suatu tempat ke tempat
lain. Seperti membengkok, meregang, mengilas, memusing, menghayun,
berbuai buai, rebah, bangkit, menolak, menarik, mendekam dan
sebagainya.
7.0 CONTOH CONTOH PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR
7.1 MenghayunMenghayun ialah satu pergerakan bulat atau separuh
bulat mengelilingi satu titik tengah yang tetap. Menghayun adalah
pergerakan lentikan pergi dan balik semula yang dilakukandengan
tubuh badan, tangan atau kaki. Selain itu, menghayunkan juga boleh
menggunakan tangan dan kaki ke kiri dan ke kanan ataupun dari depan
ke belakang
7.2 MembengkokMembongkokkan badan ke bawah dan secara perlahan
lahan menegakkan badan
7.3 MemusingMemusingkan tangan bermula dari depan ataupun dari
belakang. Pelajar yang dalam keadaan duduk dan memusingkan badan
mengikut pergerakan arah jam ataupun sebaliknya. Pelajar
memusingkan badan pada aras pinggang bermula dari arah kiri ataupun
dari arah kanan.
7.4 MendekamTerdapat tiga jenis dekam iaitu dekam dengan satu
kaki lurus ke hadapan. Lompat dekam setempat dan dekam dengan
tangan menyentuh lantai
7.5 MenyokongDalam pergerkan bukan lokomotor menyokong adalah
penting kerana adanya kestabilan. Terdapat beberapa teknik
menyokong iaitu antaranya ialah sokongan kaki, sokongan sisi,
sokongan dua lutut, sokongan pada lantai, sokongan pada kerusi,
sokongan satu lutut, sokongan dua tangan satu kaki, sokongan
belakang, sokongan satu tangan satu kaki, sokongan dengan rakan
seperti aktiviti kereta sorong dan sebagainya.
7.6 MembengkokPergerakan ini membawa bahagian-bahagian badan
rapat antara satu sama lain. Kapasiti bahagian badan yang boleh
bengkok bergantung kepada strukrtur sendi terlibat. Sendi engsel
membenarkan bahagian badan dibongkok ke hadapan dan ke belakang
sahaja. Jenis sendi ini terdapat di jari tangan, kaki, siku dan
lutut. Manakala sendi bola dan soket terdapat di pinggul dan sendi
yang menghubungkan lengan atas dan bahu.
7.7 MeregangMeregang adalah ekstensi atau hiperektensi
bahagian-bahagian badan. Ekstensi bermaksud pengembalian bahagian
badan ke kedudukan rentang selepas ia difleksibel atau dilipat.
Hiperektensi pula ialah renyangan melebihi 180.
7.8 MengilasMengilas berlaku apabila bahagian atas badan
berpusing dan bahagian bawah hanya berada di satu tempat sahaja.
Sementara itu, pusingan berlaku apabila seluruh badan berputar dia
ats suatu tapak. Selain itu, mengilas adalah pusingan badan atau
bahagian badan mengelilingi paksi panjang tanpa menheraakn dasar
menyokong. Mengilas hanya boleh berlaku da;am arah bulatan sahaj.
Sebagai contoh, badan boleh dikilas pada paksi panjang.
7.9 MemusingMemusing adalah pergerakan memusingkan bahagian
badan. Apabila seluruh badan berpusing, dasar menyokong berubah
tempat.
7.10 Menolak dan MenarikMenolak ialah menurunkan kuasa badan ke
atas kuasa rintangan. Menolak menjauhkan objek dari badan atau
menjauhkan badan dari objek. Pergerakan ini dilakukan dengan
menggunakan tangan dan lengan, tapak dak kaki, bahu, dan pinggul.
Manakala menarik adalah mendekatkan atau merapatkan objek kepada
badan. Biasanya pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan
tangan.
7.11 RebahBadan bergerak dari aras tinggi ke rendah. Boleh
dilakukan sama ada pergerakan cepat dan perlahan. Rebah yang
berlaku secara tiba-tiba jika tenaga menokong badan dilepaskan
dengan cepat. Sebaliknya jika rebah keseluruhan terjadi apabila
pergerakan ke bawah berlaku secara berterusan sehingga dasar
menyokong baru didapati.
7.12 BangkitBangkit seharusnya mempunyai imbangan, sokongan yang
stabil dan tenaga yang cukup untuk mengatasi tarikan pusat
bumi.
7.13 MelantunMelantun berlaku apabila badan bergerak ke atas dan
ke bawah, atau ke belakang dan ke depan secara beritma pantas dan
berterusan.Secara kesimpulannya mengikut Burton(1977), kesemua
pergerakan merupakan variasi 18 pergerakan asas. Sebagai contoh,
pergerakan berikut adalah kombinasi pergerakan-pergerakan di atas
antaranya Merangkak dan membongkok dan berjalan. Membaling dan
hayunan dengan tangan dibengkokkan dengan satu atau lebih langkah
berjalan atau berlari. Mendekam dan rebah serta membongkok, menolak
dan menyokong. Menguak dan menolak serta menarik ke kiri dan
kanan.
8.0 NILAI-NILAI POSITIF DARI PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN
LOKOMOTORPelbagai aktiviti boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan
pembelajaran pergerakan asas iaitu pergerakan lokomotor dan bukan
lokomotor. Dalam aktiviti pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor
mempunyai kebaikan dan nilai-nilai positif akan dapat dipupuk dalam
diri kanak-kanak tersebut sama ada yang melibatkan aktiviti
berkumpulan, kelas mahupun individu boleh digunakan dalam
melaksanakan sebarang aktiviti. Pendidikan pergerakan asas
lokomotor dan bukan lokomotor bukan sahaja memberi manfaat kepada
kesihatan malah ia juga dapat menerapkan nilai-nilai positif dalam
diri kanak-kanak. Antara nilai-nilai positif yang boleh diperoleh
dari aktiviti lokomotor dan bukan lokomotor ialah kerjasama,
disiplin, berani, semangat berpasukan, bantu-membantu, gembira dan
banyak lagi.
8.1 KerjasamaMenurut Kamus Pelajar kerjasama bermaksud kerja
yang dibuat bersama-sama dan dengan tolong-menolong atau
gotong-royong. Selain itu, ia juga boleh didefinisikan sebagai
kerja atau usaha dan sebagainya dengan bersama-sama atau saling
membantu antara dua atau beberapa pihak, atau sumbangan pelbagai
rupa yang bersifat bantuan tenaga, sokongan, persefahaman, dan
lain-lain lagi dari satu pihak kepada pihak yang lain untuk faedah
bersama (Kamus Dewan Edisi 3). Pergerakan asas lokomotor dan bukan
lokomotor merupakan satu cara yang boleh digunakan untuk menerapkan
nilai kerjasama dalam kalangan murid-murid. Ini kerana pendidikan
pergerakan asas boleh dijalankan secara berkumpulan serta
berpasangan. Murid-murid akan membuat satu-satu aktiviti itu dengan
saling bekerjasama antara satu sama lain untuk memenangi permainan
dan aktiviti tersebut. Maka dari situ secara tidak langsung
kerjasama antara murid dapat ditingkatkan dan sekali gus
mengeratkan hubungan antara mereka.
8.2 KeberanianMerujuk kepada Tesaurus Bahasa Melayu Dewan
(1998), keberanian bermaksud kegagahan, keperkasaan, ketabahan,
kepahlawanan, keteguhan, keperwiraan, kelaki-lakian dan kejantanan.
Manakala menurut Kamus Pelajar pula keberanian bermakna mempunyai
sifat-sifat berani. Nilai keberanian sememangnya dapat diterapkan
dalam aktiviti pergerakan asas iaitu apabila murid-murid diberi
peluang untuk mencuba melakukan pelbagai aktiviti dan seterusnya
dapat mencungkil kebolehan yang ada pada diri masing-masing.
Contohnya ialah melalui aktiviti lokomotor seperti melompat dari
satu tempat yang tinggi. Murid-murid yang mempunyai sikap berani
dalam diri mereka akan cuba untuk melakukan lompatan tersebut dan
begitu pula sebaliknya. Apabila mereka berjaya melakukannya secara
tidak langsung mereka akan lebih beryakinan dengan kemampuan mereka
sendiri malahan sekiranya tidak berjaya, mereka akan berasa rendah
diri dan malu dengan kawan-kawan yang lain.
8.3 Semangat BerpasukanSemangat berpasukan boleh ditakrifkan
sebagai kemahuan untuk melakukan sesuatu secara berkumpulan (Kamus
Dewan Edisi 3). Dalam pendidikan pergerakan asas, semangat
berpasukan juga dapat dipupuk di kalangan murid-murid. Semangat
bantu-membantu dan tolong menolong dapat disemai dalam kerja yang
dihasilkan. Semangat berpasukan ini dapat disemai apabila
murid-murid melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor
secara berkumpulan. Melalui aktiviti berkumpulan ini, secara tidak
langsung murid akan menunjukkan nilai saling bantu-membantu dan
semangat berpasukan antara satu sama lain.
8.4 BerdisiplinMerujuk daripada Kamus Pelajar, berdisiplin
bermaksud menurut atau mengikut tatatertib (peraturan,
undang-undang dan lain-lain) atau menurut Kamus Dewan patuh (taat)
pada (peraturan dan lain-lain). Dalam melaksanakan aktiviti
pergerakan asas murid-murid melakukan setiap pergerakan yang
dipelajari mengikut cara yang betul dan ini sekali gus mengajar
mereka untuk berdisiplin. Setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru
adalah aktiviti yang mempunyai peraturan dan syarat dalam
permainan. Bagi menyempurnakan dan membolehkan permainan tersebut
berjalan dengan lancar seperti yang dirancang, maka murid-murid
perlu mengetahui dan mengikuti peraturan dalam satu-satu aktiviti.
Keadaan ini akan membuatkan murid-murid lebih berdisiplin kerana
terpaksa patuh dengan peraturan permainan tersebut. Sikap
berdisiplin ini secara tidak langsung akan dipupuk dalam diri
murid-murid.
8.5 GembiraPelbagai cara boleh dibuat dalam mempelajari sesuatu
kemahiran, bukan itu sahaja malah guru juga boleh menggunakan
pelbagai alatan yang sesuai dan ini sudah semestinya akan
menjadikan sesuatu aktiviti yang dijalankan itu menjadi lebih
menarik. Kanak-kanak khususnya merupakan individu yang gemar dengan
pelbagai aktiviti yang melibatkan pergerakan seluruh anggota badan,
mengadakan aktiviti yang memerlukan alatan yang berwarna-warni,
mengadakan aktiviti sama ada di dalam mahupun di luar kelas,
bermain beramai-ramai dan guru turut serta dalam sesuatu aktiviti
serta aktiviti yang melibatkan komunikasi antara satu sama lain.
Mereka akan tidak bosan dan berasa gembira serta seronok dengan
aktiviti yang melibatkan perkara-perkara tersebut. Oleh yang
demikian, murid-murid dapat meneroka setiap kemahiran yang
dilakukan dengan rasa seronok.
9.0 PERBEZAAN ANTARA PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
Pergerakan lokomotor merupakan pergerakan yang menyebabkan
kedudukan seseorang akan berubah dari satu tempat ke satu tempat
yang lain. Pergerakan lokomotor juga adalah dasar yang menyokong
seseorang berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut
bergerak dan beredar. Pergerakan bukan lokomotor pula merupakan
pergerakan yang hanya menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa
mengubah kedudukan seseorang atau pergerakan tanpa beralih arah.
Pergerakan ini juga tidak mengubah dasar menyokong pelaku
pergerakan seperti melambung, membaling dan melayang. Pergerakan
yang melibatkan dan kebolehan seseorang menggunakan otot-otot atau
motor kasar melalui pergerakan seperti melompat dan berlari.
Pergerakan lokomotor merupakan kebolehan bergerak menggunakan
otot-otot kecil. Ianya lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian
tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Pergerakan
lokomotor juga merupakan pergerakan yang banyak menggunakan ruang.
Hal ini kerana, pergerakan ini memerlukan kedudukan pelaku berubah
dan menyebabkan ruang yang digunakan adalah besar. Berbeza dengan
pergerakan bukan lokomotor yang kurang memerlukan ruang kerana
pelaku hanya kekal di tempat yang sama atau statik sahaja. Walaupun
begitu, pergerakan ini memerlukan ruang tetapi hanya sedikit
sahaja
5.1.1 JENIS-JENIS PERGERAKAN
GAMBAR RAJAH 1
GAMBAR RAJAH 2
GAMBAR RAJAH 3
GAMBAR RAJAH 4
GAMBAR RAJAH 5