SURYATI BT. UDAI701016135770002
1.0.PENGENALANMenurut Haslinda Madon (2009), menggambar
didefinisikan sebagai satu persembahan visual sesuatu imej yang
dihasilkan di atas permukaan yang rata; ia mengandungi komposisi
artistik yang dihasilkan dengan penggunaan warna pada permukaan
rata; menggambar adalah gambaran mental yang jelas dan
pemberitahuan imej mental seseorang individu; ilustrasi yang
digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu
objek; gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik;
representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk dua dimensi dan
gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan
terhadap sesuatu imej atau objek.Bidang menggambar adalah satu
daripada empat bidang dalam Pendidikan Seni Visual yang menegaskan
perkembangan persepsi murid terhadap aspek melukis serta kegiatan
menggambar menggunakan pelbagai media dan teknik yang menekankan
aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Bidang ini juga
memperkenalkan murid kepada pelbagai bahan dari segi sifat dan
fungsinya. Kegiatan menggambar juga memberi peluang kepada murid
mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman menggambar dengan kesan
yang berbeza apabila menggunakan media serta teknik yang
berlainan.Bidang menggambar merangkumi beberapa kegiatan seperti
lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan, resis, percikan
dan mozek. Dalam tugasan ini, saya akan menghasilkan buku skrap
bagi menggambarkan kegiatan-kegiatan tersebut. Buku skrap ini
nanti, akan menerangkan enam daripada aktiviti-aktiviti dalam
menggambar iaitu jenis lukisan, catan, kolaj, cetakan, resis, dan
percikan.
2.0.BUKU SKRAP
2.1.LukisanKegiatan lukisan merupakan kegiatan awal menghasilkan
kesan garisan bagi menimbulkan sesuatu imej menggunakan media
kering atau basah (bukan sapuan). Kegiatan lukisan adalah kegiatan
menggunakan media sama ada kasar, halus, lembut, keras atau tajam.
Media yang sering digunakan adalah seperti pensel, pen, kapur,
arang, krayon, pastel, marker pen, dan pensel warna. Bahan media
tulis yang biasa digunakan akan meninggalkan kesan-kesan garisan
dipermukaan yang digunakan. Penggunaan warna dalam lukisan adalah
terhad. Bagi menghasilkan sesuatu lukisan, beberapa teknik boleh
digunakan seperti teknik gurisan, lorekan, lakaran, titikan,
gosokan, contengan dan lain-lain lagi. Teknik yang hendak
digunakan, harus sesuai dengan media pilihan. Kesan-kesan garisan
pula dipengaruhi oleh pilihan bahan dan tekanan pada permukaan yang
digunakan. Hasil daripada penggunaan media tertentu akan
meninggalkan kesan garisan yang berlainan. Berikut adalah contoh
lukisan.
Rajah 1: Contoh kegiatan lukisan bertajuk Pemandangan sebuah
rumah di tepi sungai.
2.1.1.TajukTajuk bagi kegiatan lukisan di atas ialah Pemandangan
sebuah rumah di tepi sungai yang bertemakan lukisan
lanskap.2.1.2.KategoriKategori lukisan ini adalah lukisan lanskap
yang ditiru imejnya berdasarkan pemandangan di luar
studio.2.1.3.Perasaan terhadap tajuk/idea tersebutPengkarya merasa
seronok dan gembira semasa proses membuat kegiatan ini kerana
aktiviti melukis dijalankan di luar studio. Kegiatan ini
membolehkan kanak-kanak melakukan pemerhatian terhadap objek alam
serta membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan
imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus
menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah
perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.2.1.4.Bentuk, warna,
corak, garisan, ton dan jalinanBentukLukisan ini berbentuk ilusi
iaitu hanya boleh dilihat sahaja dan ia tidak dapat dirasa oleh
deria sentuh. Jalinan dan ruang telah menimbulkan ilusi bentuk
dalam karya berbentuk dua dimensi ini.WarnaWarna yang digunakan
adalah terdiri dari skema warna harmoni, dari biru, biru hijau,
hijau, dan kuning hijau. Warna ini berjaya mempengaruhi emosi kita
kerana ia terdapat pada alam semulajadi.Corak berulang-ulang
ditunjukkan pada daun-daun pokok dan rumput.GarisanGarisan jelas
ditunjukkan dalam lukisan pemandangan ini. Terdapat bermacam-macam
jenis garisan yang digunakan. Pemilihan jenis garisan untuk
pemandangan ini adalah terdiri dari garisan-garisan tebal, nipis,
beralun, dan juga bertitik. Garisan-garisan mewujudkan kesan ruang
seperti yang tergambar pada garisan tersembunyi di alam sekeliling.
Kesan ruang dapat dilihat melalui barisan pokok. Manakala, garisan
menegak pada tebing sungai, rumah dan pokok jelas menunjukkan ruang
kedalaman.
TonSangat pandai bermain dengan ton warna. Penampilan warna
sejuk dalam karya lukisan ini juga menarik dan sesuai serta
menyebabkan objek pokok kelihatan undur ke belakang ataupun berada
pada jarak yang jauh seperti halnya dengan latar gambar pemandangan
di atas. Warna sejuk ini juga membuatkan seolah-olah kita berada di
alam persekitaran yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan hijau, kita
akan berasa segar dan tenang. JalinanKesan jalinan pada lukisan
menimbulkan jisim, rupa, bentuk dan ruang pada pokok, daun, rumput,
dan rumah. Kesan jalinan juga berjaya menjadikan karya ini
kelihatan lebih menarik dan realistik. 2.1.5.Kadar banding, saiz
dan susunan corakKadar bandingSubjek utama dalam lukisan ini ialah
rumah. Rumah ditempatkan di bahagian kiri iaitu lebih kurang 1/3
daripada ruang kertas lukisan. Semak dan barisan pokok serta tebing
sungai dan sampan di sebelah kanan menyeimbangkan lukisan itu.
Rumah, pokok, rumput, batuan, tebing sungai dan sampan telah
dilukis dengan kadar banding yang sesuai. Lukisan objek-objek
tampak harmoni dan seimbang.SaizSaiz objek yang dihasilkan di dalam
lukisan ada dipengaruhi faktor jarak. Objek pokok berdekatan dengan
rumah misalnya, dilukis besar kerana objek itu berada dekat dengan
pengkarya. Manakala objek sebaris pokok yang berada di tempat yang
jauh kelihatan kecil kerana berada di bawah garisan kaki
langit.Susunan corakDalam lukisan pemandangan ini terdapat struktur
tidak formal pada susunan corak yang diketengahkan. Corak yang
dihasilkan adalah secara bebas dan secara tindanan. Corak ini jelas
ditampilkan pada objek seperti pokok dan rumput.2.1.6.Penggunaan
alat dan bahanPengkarya menghasilkan lukisan dengan menggunakan
alat media kering seperti pensel dan oil pastel. Pensel di gunakan
pada peringkat lakaran asas kemudian barulah diaplikasikan oil
pastel ke atas lakaran gambar pemandangan yang telah siap. Bahan
lain yang digunakan ialah kertas lukisan biasa, yang mempunyai
permukaan yang sesuai untuk pensel dan oil
pastel.2.1.7.Teknik-teknik dalam aktiviti yang dijalankanTeknik
melukis yang digunakan oleh pengkarya ialah teknik garisan
menyilang tidak menentu. Teknik yang menggabungkan olahan alat atau
media oil pastel ini telah berjaya menimbulkan kesan estetik pada
lukisan. Teknik ini juga mampu memberikan pencahayaan dan bayangan
pada lukisan, yang merupakan elemen penting untuk menimbulkan
bentuk sesuatu objek yang dilukis. Misalannya, berdasarkan gambar
lukisan wujud ketentuan cahaya dari sebelah kanan ke arah kiri
gambar.2.1.8.Usaha anda terhadap hasil kerja tersebutTempoh masa
menyiapkan lukisan pemandangan ini mengambil masa lebih kurang dua
jam setengah. Alat dan bahan mudah didapati serta berpatutan
harganya. Penghasilan lukisan dengan oil pastel sangat mudah dan
tidak rumit. Semasa menjalankan aktiviti di luar studio, apa yang
guru-guru perlu ingatkan kepada murid-murid ialah mengenai
penekanan kepada pemokusan dengan menggunakan tetingkap, dan
melihat dari aspek perspektif serta pencahayaan. Aspek pengamatan
juga perlu antaranya aspek ruang dan objek, subjek dan latar
belakang serta saiz dan kadar banding.2.1.9.Cara-cara bagaimana
idea tersebut boleh digunakan dalam berlainan mediaAktiviti lukisan
ini boleh juga diaplikasikan dengan media lain, misalannya media
oil pastel boleh digantikan dengan pensel warna. Penggunaan media
pensel warna juga mudah serta berpatutan harganya. Pensel warna
boleh didapati dalam dua jenis, iaitu jenis berkarbon (mata) keras
dan jenis berkarbon (mata) lembut. Jenis keras tidak sesuai
menggunakan teknik basuhan kerana warnanya tidak larut berbanding
pensel warna jenis berkarbon lembut. Ada beberapa teknik yang boleh
diaplikasikan dalam media pensel warna antaranya ialah teknik
garisan silang, teknik garisan silang tidak menentu (pelbagai),
teknik campuran warna, teknik garisan dan teknik basuhan.
2.2.CatanKegiatan catan merupakan proses melukis dengan
menggunakan bahan pewarna yang diaplikasikan pada permukaan atau
perantara seperti kanvas, kertas dan dinding. Media yang sering
digunakan dalam catan adalah seperti cat air, cat minyak, akrilik
dan tempera. Terdapat beberapa teknik mewarna dalam proses catan.
Antaranya, teknik menggunakan warna cair seperti basah atas kering
dan basah atas basah. Selain itu , teknik menggunakan warna pekat
atau legap seperti impasto, scumbling, hard edge dan glazing turut
menjadi pilihan ramai pelukis. Berikut adalah contoh catan.
Rajah 2: Contoh kegiatan catan bertajuk
Buah-buahan.2.2.1.TajukKegiatan catan ini bertajuk
Buah-buahan.2.2.2.KategoriKategori catan yang dihasilkan ini adalah
berdasarkan tema aktiviti yang diketahui dan dilihat oleh
pengkarya.2.2.3.Perasaan terhadap tajuk/idea tersebutKanak-kanak
merasa seronok dan gembira semasa proses membuat kegiatan ini
kerana aktiviti ini membolehkan mereka menghasilkan gambar
buah-buahan yang mereka gemari. Pengalaman kanak-kanak terhadap
subjek adalah luas kerana subjek itu mudah dilihat dan didapati di
sekitar mereka. Pengetahuan sedia ada membantu mereka menyelaras
idea dan menggambar imej.
2.2.4.Bentuk, warna, corak, garisan, ton dan jalinanBentuk catan
yang dihasilkan ini adalah berbentuk ilusi yang bersifat dua
dimensi.WarnaKombinasi warna di dalam catan di atas sangat menarik.
Warna harmoni dihasilkan dengan kombinasi warna yang mempunyai suhu
dan ton warna yang sama. Objek yang dihasilkan mudah dikenali
melalui warnanya seperti hijau buah pisang dan oren buah oren.
Warna-warna ini menimbulkan suasana dan perasaan yang selesa dan
tenang. Warna latar yang digunakan memberikan penegasan kepada
subjek yang digambarkan.Corak Corak buah-buahan yang menjadi subjek
dan kajian utama diulang-ulang dalam dalam catan ini, misalannya
corak buah pisang dan buah oren.GarisanCatan di atas mengandingkan
sifat dan jenis garisan yang pelbagai seperti garisan tebal, nipis
dan kasar. Olahan jenis-jenis garisan yang pelbagai ini telah
menimbulkan bentuk buah-buahan itu seolah-olah mempunyai berat dan
jisim. Sementara garisan yang berbeza dari segi saiz dan jarak
telah mewujudkan ton gelap dan cerah. TonPengkarya berjaya
menampilkan ton warna yang menarik. Ton warna merah dan oren pada
buah oren yang dicampur dengan warna putih mendapatkan kesan
terang, begitu juga halnya dengan warna hijau yang dicampur dengan
warna putih untuk buah pisang. Sebaliknya warna latar yang
menggandingkan warna coklat tua, warna coklat muda, dan warna putih
akan mendapatkan kesan gelap apabila dicampukan dengan warna hitam.
Berdasarkan gambar catan wujud kesan pencahayaan yang amat berguna
untuk mencipta ruang dan bentuk.JalinanPelbagai kesan jalinan
menggunakan media cat air diperoleh pada hasil catan ini. Karya
catan ini menampilkan kesan jalinan tampak. Jalinan-jalinan warna
pada buah-buahan membuatkan objek-objek kelihatan lebih cantik dan
menarik.2.2.5.Kadar banding, saiz dan susunan corakKadar
bandingSubjek utama yang ditampilkan adalah buah-buahan. Buah
pisang di tempatkan di tengah-tengah kertas lukisan dengan taburan
buah oren di kanan dan hadapannya. Sementara di sebelah kiri buah
pisang ditempatkan sebiji bakul. Kehadiran buah oren dan bakul
menyeimbangkan catan ini.SaizBuah-buahan terdapat dalam pelbagai
saiz dengan susun atur yang sesuai. Buah pisang yang bersaiz besar
ditempatkan di belakang sementara buah oren yang bersaiz kecil
berada di hadapan. Objek bakul pula ditempatkan di belakang buah
pisang. Susun atur sebegitu dapat menampakkan saiz sebenar
buah-buahan. Susunan corakSusunan buah-buahan dalam catan adalah
secara struktur tidak formal. Corak buah oren yang sama di susun
bertindih dan bebas. Begitu juga dengan buah
pisang.2.2.6.Penggunaan alat dan bahanCatan ini dihasilkan
menggunakan alatan seperti berus lembut dengan saiz 3 dan saiz 6.
Bahan warna dalam karya ini ialah pewarna dalam bentuk tiub. Kertas
yang digunakan ialah kertas cat air serta pallet pembancuh
warna.2.2.7.Teknik-teknik dalam aktiviti yang dijalankanLakar
subjek pada kertas lukisan terlebih dahulu sebeluam sapuan warna
dilakukan. Teknik pada catan adalah teknik basah atas kering yang
melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan kering untuk
menghasilkan kesan legap. Kemudian digunakan warna yang basah dan
disapukan ke atas lapisan warna yang telah kering untuk mendapatkan
kesan lutsinar. 2.2.8.Usaha anda terhadap hasil karya tersebutKarya
catan ini dihasilkan lebih kurang lima jam dengan mengambil kira
masa cat air kering sebelum aktiviti mewarna semula dilakukan.
Menggambar melalui kegiatan catan agak rumit sedikit kerana
terpaksa melakukan proses mencampur warna untuk menghasilkan warna
yang sesuai yang diinginkan oleh pengkarya itu. Sikap kesabaran dan
ketekunan seseorang individu boleh mempengaruhi hasil sesuatu
catan. Peralatan, bahan dan media pula mudah didapati dipasaran
dengan harga yang berpatutan. Terpulang kepada pengkarya untuk
memilih bahan dan media yang difikirkan sesuai untuk karya
catannya.2.2.9.Cara-cara bagaimana idea tersebut boleh digunakan
dalam berlainan mediaAktiviti catan ini boleh juga diaplikasikan
dengan media lain, misalannya media cat air boleh digantikan dengan
cat poster. Penggunaan media cat poster agak mahal harganya.
Peralatan yang diperlukan ialah warna poster dalam bentuk tiub atau
botol, berus jenis lembut dan keras, pallet pembancuh warna, kertas
cartridge yang tebal dan berpermukaan licin serta bekas air. Catan
dengan media ini menghasilkan jalinan legap, tebal dan berlapis.
Air yang digunakan dalam jumlah yang sedikit berbanding dengan
catan menggunakan cat air. Warna cerah diperolehi dengan mencampur
warna dikehendaki dengan warna putih atau warna terang yang lain.
Untuk mendapatkan ton gelap, perlu dicampurkan dengan warna hitam.
Warna latar didahulukan semasa proses catan dan sekiranya berlaku
kesilapan warna diserap keluar dengan tisu atau pastikan warna
tersebut kering kemudian barulah ditutup dengan warna lain.
2.3.KolajKolaj bermaksud mengumpul dan menampal bahan-bahan
seperti perca kain, kertas, gambar, bahan-bahan kutipan dan
sebagainya di atas permukaan tertentu mengikut rekaan corak atau
menggambar yang dirancang. Tampalan untuk menghasilkan kolaj boleh
disusun dan ditindih pada permukaan mengikut gambar atau rekaan
corak yang hendak dihasilkan. Di bawah ialah contoh kolaj.
Rajah 3: Contoh kegiatan kolaj bertajuk Harimau.2.3.1.Tajuk
Tajuk bagi kegiatan kolaj ialah Harimau.2.3.2.KategoriKategori
lukisan ini adalah di peringkat tahap realistik.2.3.3.Perasaan
terhadap tajuk/idea tersebutSungguhpun aktiviti ini agak rumit dan
cerewet untuk disudahkan namun pengkarya berasa seronok dan gembira
melihat hasil kolaj yang menarik dan cantik. Pengkarya mampu
meluahkan perasaan secara factually oriented yang berasaskan
kepekaannya terhadap persekitaran dan pengalaman. Aktiviti ini juga
semestinya membuatkan pengkarya teruja kerana ia memerlukan
kordinasi tangan dan mata serta sifat ketekunan dan kesabaran yang
tinggi. 2.3.4.Bentuk, warna, corak, garisan, ton dan
jalinanBentukKolaj di atas adalah berbentuk ilusi yang bersifat dua
dimensi (2-D) melalui kegiatan kolaj. Teknik kolaj ini berjaya
menggabungkan unsur-unsur seni seperti warna, jalinan, ruang,
bentuk dan lain-lain untuk menimbulkan bentuk ilusi Harimau yang
dikehendaki oleh pengkarya.WarnaWarna yang ditampilkan pada kolaj
adalah warna harmoni yang memberi kesan kesatuan, ketenangan dan
kelihatan selesa di pandang mata. Kombinasi warna oleh pengkarya
juga berjaya menimbulkan bentuk, kesan jalinan, kesan ruang dan
rupa, sinonim dengan objek alam sekeliling.Corak carikan, potongan
dan tindihan kertas warna dilakukan berulang-ulang mengikut
kehendak pengkarya.GarisanPengkarya mengaplikasikan kesan garisan
tebal dan kasar dalam kolajnya. Penggunaan pelbagai teknik seperti
carikan kertas warna menghasilkan garisan yang pelbagai saiz,
sementara teknik potongan kertas warna pula menghasilkan garisan
yang tebal. Teknik tindihan kertas warna menggunakan mata pensel
pula menghasilkan titik-titik halus. Kesan garisan ini secara tidak
langsung mewujudkan bentuk, rupa, jalinan dan ruang sinonim dengan
objek alam sekeliling.
TonKolaj yang dihasilkan ada menunjukkan unsur ton warna,
misalannya pada subjek utama iaitu harimau. Digunakan warna kuning
gelap dan kuning cerah pada bulu harimau. Kemudian di tampal warna
hitam gelap untuk menimbulkan corak belang pada badan harimau.
JalinanAktiviti kolaj ini menampakkan unsur jalinan tampak daripada
garisan untuk memberi kesan ton, bentuk, ruang dalam karyanya
sehingga membuatkan objek objek tersebut cantik dan
menarik.2.3.5.Kadar banding, saiz dan susunan corakKadar
bandingSubjek utama dalam lukisan ini ialah harimau. Harimau
ditempatkan di tengah ruang kertas lukisan. Rumput dan pokok di
letakkan di sebelah kiri dan kanan subjek bagi menyeimbangkan kolaj
itu. Di masukkan juga objek awan dan tanah untuk melengkapkan unsur
harmoni dan seimbang pada kolaj. Semua ruang kertas digunakan oleh
pengkarya dengan sesuai dan menarik sekali.SaizSaiz subjek utama
(harimau) lebih besar berbanding dengan pokok dan objek lain sesuai
dengan tajuk atau tema kolaj. Ia digubah sedemikian rupa untuk
menunjukkan faktor jarak. Begitu juga halnya dengan saiz rumput
lebih besar daripada awan untuk menunjukkan jarak dekat sementara
awan pula bersaiz kecil bagi menunjukkan jarak jauh sesuatu objek
itu.Susunan corakCorak yang ditampilkan dalam kolaj adalah jenis
struktur tidak formal yang merujuk kepada susunan corak yang tidak
mengikut garisan grid. Dengan erti kata lain susunan corak dibuat
secara tindanan dan corak bebas.2.3.6.Penggunaan alat dan bahanAlat
dan bahan yang digunakan untuk aktiviti ini adalah seperti gam,
pensel, gunting, kerta warna dan kertas lukisan.
2.3.7.Teknik-teknik dalam aktiviti yang dijalankanAktiviti kolaj
bertemakan Harimau ini, dimulakan dengan penyediaan koyakan,
guntingan bahan kertas warna. Pelbagai kertas warna diguna untuk
menimbulkan kesan jalinan, harmoni, bentuk, ton, dan kontra pada
kolaj. Tindihan kertas menggunakan mata pensel juga digunakan.
Lakaran objek di buat pada kertas lukisan untuk memudahkan
kerja-kerja menampal. Sapuan gam pada permukaan kertas di buat
secara beransur-ansur mengikut bahagian objek yang hendak
ditampalkan dengan bahan-bahan kolaj. Pengkarya menampal cebisan
kertas mengikut gaya tersendiri untuk mendapatkan hasil corak yang
baik dan menarik.2.3.8.Usaha anda terhadap hasil kerja
tersebutMedia seperti kertas warna dan bahan seperti kertas lukisan
di dapati dengan mudah dan murah di pasaran. Gam yang digunakan
hanyalah gam biasa sahaja. Kerja-kerja menampal media agak rumit
serta memerlukan ketelitian.2.3.9.Cara-cara bagaimana idea tersebut
boleh digunakan dalam berlainan mediaKegiatan kolaj menggunakan
media kertas warna ini boleh diaplikasi dengan media daripada
campuran biji kekacang yang mempunyai bentuk dan warna yang
menarik. Misalannya warna biji jagung, padi, dan kacang hitam untuk
bulu harimau, kacang hijau untuk daun pokok dan rumput manakala
kacang merah untuk tanah. Teknik kolaj ini memerlukan alat dan
bahan yang berlainan dari idea kolaj asal, contohnya gam gel,
kertas kolaj papan pengalas dan hard board. Gabungan teknik sapuan
warna pada latar kolaj juga boleh dilakukan dengan menggunakan cat
air bagi mencantik dan memberi kesan harmoni pada kolaj.
2.4.ResisKegiatan resis ialah satu proses menghasilkan corak
dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak bercampur di antara satu
dengan lain seperti cat air dengan cat minyak dan cat air dengan
krayon atau lilin. Beberapa teknik yang mudah dan menarik boleh
dijalankan dengan menggunakan pelbagai bahan yang diubahsuai.
Contoh teknik resis ialah krayon resis dengan warna air, warna
poster, warna tempera, dan dakwat basah. Selain itu juga boleh
menggunakan teknik kertas lilin resis; resis dengan kain; krayon
resis batik; resis warna air dengan lilin biasa; kapur dan lilin
(cara positif) serta kapur dan lilin (cara negatif). Alat dan media
yang digunakan pula ialah pelbagai lilin seperti lilin biasa, lilin
paraffin dan krayon lilin; pelbagai kertas seperti kertas lukisan,
kertas tebal, kertas kadbod dan manila kad; pelbagai kain seperti
cotton poplin, cotton cambrich, rayon/fuji dan cotton lawn kima;
pelbagai pensel, pelbagai warna dan dakwat basah.
Rajah 4: Contoh kegiatan resis bertajuk Flora
2.4.1.TajukTajuk bagi kegiatan resis di atas ialah
Flora.2.4.2.KategoriKategori resis ini adalah pada tahap
pengenalan.2.4.3.Perasaan terhadap tajuk/idea tersebutPengkarya
pasti merasa seronok dan gembira semasa proses membuat kegiatan ini
kerana aktiviti ini berbeza daripada proses menggambar yang telah
diterangkan sebelum ini. Lagipun kegiatan menggambar yang lain pada
kebiasaannya menggunakan alatan seperti pensel semasa membuat
lakaran tetapi dalam aktiviti resis, alatan utamanya ialah lilin.
Oleh itu pasti aktiviti ini tidak akan membosankan kerana ia
membawa kelainan dan pembaharuan dalam hasil kerja seseorang
pengkarya.
2.4.4.Bentuk, warna, corak, garisan, ton dan
jalinanBentukKegiatan resis ini adalah berbentuk ilusi bersifat dua
dimensi (2-D) melalui gabungan pelbagai garisan yang pelbagai saiz
dan arah.WarnaWarna yang diaplikasikan dalam resis ini adalah
gabungan warna harmoni dan warna penggenap. Warna harmoni yang
ditampilkan menyatakan emosi pengkarya yang selesa dan tenang,
namun dengan kehadiran warna penggenap memungkinkan perasaan
pengkarya pada masa itu bercampur baur antara ketenangan dengan
ketegangan. Walaubagaimanapun warna penggenap menimbulkan kesan
kontra dan pergerakan pada hasil resis.Corak Pengulangan corak
flora berlaku dalam karya resis, misalannya garisan-garisan beralun
mewakili rumput dan garisan bujur serta bulat mewakili daun.
GarisanGarisan yang wujud dalam karya resis ini amat menarik
sekali. Garisan bermotifkan flora ini telah menghasilkan corak
berulang. Garisan juga telah di lakar dalam pelbagai saiz. TonKesan
warna terang dan sedikit gelap menimbulkan ton warna pada karya.
Penggunaan warna terang seperti merah, kuning, jingga dan hijau
kuning memberi kesan terang dan garang seperti api serta merangsang
pandangan seperti matahari. JalinanJalinan garisan yang terdapat
pada hasil karya resis ini merupakan jalinan tampak dengan
menggunakan media lilin campuran rosin (damar), paraffin (lilin
putih) dan minyak kelapa. Canting yang pelbagai saiz corong telah
menghasilkan jalinan garisan yang tebal dan nipis serta halus.
2.4.5.Kadar banding, saiz dan susunan corakKadar
bandingKeseimbangan ditunjukkan pada karya. Objek berbentuk daun
yang besar saiznya di tempatkan di tengah-tengah kertas lukisan
sementara di bahagian atas dan bawah ditempatkan jalinan garisan
tebal dan halus dalam pelbagai arah memenuhi ruang kertas.
Keseimbangan ini menampakkan keharmonian pada karya.SaizJalinan
garisan yang pelbagai saiz membentuk pelbagai saiz flora yang
dikehendaki oleh pengkarya. Saiz daun lebih besar dari rumput bagi
membanding beza kedua jenis flora ini. Saiz yang pelbagai ini
berjaya mewujudkan ruang dan bentuk yang menjadikan karya resis ini
menarik dan cantik.Susunan corakSusunan corak yang ditampilkan oleh
pengkarya adalah secara struktur tidak formal. Taburan corak daun
dan rumput adalah secara bebas dan bertindan.2.4.6.Penggunaan alat
dan bahanAlatan dan bahan yang digunakan untuk aktiviti resis ini
ialah canting, periuk atau kuali, dapur atau plat pemanas, kertas
lukisan, pelbagai jenis berus dan cat air. 2.4.7.Teknik-teknik
dalam aktiviti yang dijalankanKegiatan ini menggunakan teknik resis
dari warna air dan lilin campuran rosin (damar), paraffin dan
minyak kelapa. Lakaran pensel dibuat terlebih dahulu untuk
memudahkan kerja-kerja melakar bentuk objek flora menggunakan
canting. Kemudian sapuan dan campuran warna dilakukan ke atas
kertas mengikut kehendak pengkarya. 2.4.8.Usaha anda terhadap hasil
kerja tersebutHasil karya ini dihasilkan dalam tempoh masa lebih
kurang tiga jam. Proses mencanting memerlukan ketelitian supaya
bentuk dan garisan yang dikehendaki memenuhi citarasa pengkarya.
Bahan dan peralatan untuk kegiatan ini agak berpatutan harganya
namun terdapat alternatif lain bagi menggantikan alat seperti
canting dengan alat buatan sendiri yang jauh lebih murah.
Misalannya, canting boleh ditukarkan dengan bahan buangan seperti
bekas aluminium penutup tin.2.4.9.Cara-cara bagaimana idea tersebut
boleh digunakan dalam berlainan mediaKegiatan resis dari media
lilin dan cat air ini boleh juga diaplikasi dengan menggunakan
media lain. Misalannya, media krayon digabung dengan warna poster.
Krayon adalah bahan yang kalis air dan sama fungsinya dengan lilin
untuk kegiatan resis. Warna poster pula bertindak sebagai bahan
ganti kepada cat air. Proses penghasilan karya melalui teknik
krayon resis dengan warna poster adalah sama, malah lebih senang
dan tidak serumit media asal tadi.
2.5.PercikanKegiatan percikan adalah salah satu teknik hiasan
catan dengan mendetik, mengetuk atau menjentik bahagian bulu berus
yang akan menghasilkan kesan a speckled granite-style finishyang
akan kelihatan lebih moden daripada kesan warna yang lain. Berikut
ialah contoh percikan.
Rajah 5: Contoh kegiatan percikan bertajuk Kuda laut.
2.5.1.TajukTajuk bagi kegiatan percikan ini ialah Kuda
laut.2.5.2.KategoriKategori lukisan ini adalah tahap
pertengahan.
2.5.3.Perasaan terhadap tajuk/idea tersebutAktiviti percikan
sungguh menggembira dan menyeronokkan. Aktiviti ini memberi
kebebasan kepada pengkarya untuk melakukan percikan pada permukaan
yang dikehendaki. Di sekolah murid-murid akan membuat aktiviti ini
dengan dibimbing oleh guru dan mengikut tema atau tajuk yang
diberi. 2.5.4.Bentuk, warna, corak, garisan, ton dan jalinanBentuk
catan yang dihasilkan ini adalah berbentuk ilusi yang bersifat dua
dimensi.WarnaWarna yang ditampilkan dalam kegiatan percikan ini
adalah warna penggenap iaitu warna oren dan biru. Kombinasi dua
warna ini adalah bertentangan antara satu sama lain yang
menimbulkan kesan kontra dan pergerakan. Warna ini juga
menggambarkan suasana yang tegang dan tegas. CorakPercikan
menghasilkan corak titik dan garis halus secara berulang-ulang dan
berselerak pada permukaan kertas. Corak titik halus dan rapat di
sekeliling objek menonjol dan menegaskan imej bayangan putih yang
menjadi tema atau tajuk percikan. GarisanAda terdapat gambaran
pergerakan dalam percikan yang diwujudkan oleh garisan pepenjuru
halus secara putus-putus pada sekeliling objek. Terdapat juga
garisan tebal dan halus di kiri dan kanan subjek yang terbina dari
gabungan teknik percikan dan tiupan. Garisan-garisan ini
menggambarkan imej rumpair laut.TonKesan ton warna dihasilkan oleh
jalinan titik-titik dan garisan-garisan putus. Ton warna gelap
diwakili oleh sifat rapat antara titik dan garisan, Manakala ton
cerah diwakili oleh jarak titik-titik dan garisan.JalinanPelbagai
kesan jalinan menggunakan media cat air diperoleh pada hasil
percikan ini. Karya percikan ini menampilkan kesan jalinan tampak.
Sungguhpun hanya dua warna digunakan namun jalinan-jalinan garisan
dan titik dalam kegiatan ini membuatkan objek-objek kelihatan
cantik dan menarik.
2.5.5.Kadar banding, saiz dan susunan corakKadar bandingSubjek
utama serta objek lain dalam hasil percikan ini adalah seimbang
kedudukannya pada ruang kertas lukisan. Semua ruang kertas
digunakan dengan baik malahan gabungan unsur-unsur seni seperti
bentuk, jalinan dan warna menyebabkan pengkarya berjaya menimbulkan
kesatuan dalam karyanya.SaizAda unsur jarak yang menggambar
kedudukan jauh dan dekat, misalannya objek rumpair di kiri dan
kanan ruang kertas di gambarkan besar menunjukkan objek berada
dalam kedudukan dekat. Manakala subjek utama bersaiz kecil dari
rumpair untuk menunjukkan kedudukannya di celah rumpair dan nampak
seolah-olah terapung bagi menggambarkan suasana seolah-olah subjek
bergerak di dalam air.Susunan corakSusunan corak yang
dipersembahkan oleh pengkarya adalah secara struktur tidak formal.
Taburan corak titik-titik halus sekeliling objek serta
garisan-garisan rumpair adalah secara bebas dan
bertindan.2.5.6.Penggunaan alat dan bahanAlat dan bahan yang
digunakan ialah berus gigi, kertas lukisan, straw dan warna
air.2.5.7.Teknik-teknik dalam aktiviti yang dijalankanHasil karya
ini menggabungkan teknik percikan dan teknik bayangan putih untuk
menghasilkan imej kuda laut. Teknik bayangan putih dihasilkan
dengan cara bahagian imej dibuang atau tidak dipakai dan hanya
bahagian luar objek digunakan. Percikan dimulakan untuk mendapat
bentuk kuda laut. Kegiatan ini menggunakan berus gigi yang berbagai
saiz bagi menghasilkan percikan. Berus gigi dicelupkan di dalam
warna dan lalukan pada ranting kayu halus bagi menghasilkan
percikan pada permukaan kertas. Percikan yang dihasilkan adalah
secara tidak langsung dan tidak sekata. Kemudian setelah warna air
kering barulah dititikkan warna basah ke atas kertas. Dengan
menggunakan penyedut minuman tumpukan hujung penyedut minuman pada
setiap percikan atau titikan warna lalu ditiup kuat ke pelbagai
arah mengikut kehendak pengkarya maka terbentuklah objek
rumpair.
2.5.8.Usaha anda terhadap hasil kerja tersebutBahan seperti
kertas lukisan, warna air di dapati dengan mudah dan murah di
pasaran. Sementara alatan berus gigi adalah antara bahan terbuang
yang mudah didapati. Kerja-kerja membentuk imej bayangan putih agak
rumit serta memerlukan ketelitian. Begitu juga halnya dengan
aktiviti percikan. Kawalan penting semasa melakukan percikan agar
semburan warna yang dikehendaki memuaskan pengkarya.Hasil kerja ini
boleh diguna untuk membuat kad ucapan hari jadi, hari guru dan
sebagainya dalam kegiatan membentuk dan membuat
binaan.2.5.9.Cara-cara bagaimana idea tersebut boleh digunakan
dalam berlainan mediaKegiatan percikan boleh diaplikasikan dengan
media lain selain cat air seperti yang telah dibincangkan. Media
lain yang sesuai untuk aktiviti ini ialah dakwat berwarna.
Cara-cara yang sama diaplikasikan sepanjang proses percikan.
Mula-mula disediakan bentuk kuda laut menggunakan teknik bayangan
putih. Bentuk yang telah siap di letakkan di atas kertas lukisan.
Berus gigi dicelupkan di dalam dakwat berwarna dan lalukan pada
ranting kayu halus bagi menghasilkan percikan pada permukaan
kertas. Percikan yang dihasilkan adalah secara tidak langsung dan
tidak sekata. Setelah dakwat berwarna kering barulah dititikkan
dakwat ke atas kertas. Dengan menggunakan penyedut minuman tumpukan
hujung penyedut minuman pada setiap percikan atau titikan dakwat
lalu ditiup kuat ke pelbagai arah mengikut kehendak pengkarya maka
terbentuklah objek rumpai
2.6.CetakanKegiatan cetakan adalah kesan daripada gubahan yang
dihasilkan pada sesuatu permukaan mengikut imej pada blok atau plat
yang dipindahkan ke atas kertas. Beberapa ulangan dan salinan imej
dapat dihasilkan dengan menggunakan blok yang sama. Corak dapat
dihasilkan melalui ulangan cetakan timbulan (blok kayu dan
linoleum), cetakan benam (plat logam yang nipis dan licin), cetakan
litografi dan cetakan stensilan. Berikut ialah contoh kegiatan
cetakan.
Rajah 6: Contoh kegiatan cetakan bertajuk Daun.
2.6.1.TajukTajuk bagi kegiatan cetakan ini ialah
Daun.2.6.2.KategoriKategori lukisan ini adalah tahap
pengenalan.2.6.3.Perasaan terhadap tajuk/idea tersebutPengkarya
merasa seronok dan gembira semasa proses membuat kegiatan ini
kerana aktiviti ini menggalak seseorang individu itu berinteraksi
dengan objek alam sekeliling. Aktiviti yang melibatkan penerokaan
alam sekeliling membantu menajamkan pengamatan malah boleh
mengembangkan idea sesorang pengkarya.2.6.4.Bentuk, warna, corak,
garisan, ton dan jalinanBentuk Kegiatan cetakan ini adalah
berbentuk ilusi bersifat dua dimensi (2-D).WarnaPengkarya lebih
banyak menggunakan warna cerah seperti merah, jingga dan kuning.
Warna yang ditampilkan juga adalah terdiri dari warna penggenap
yang menyebabkan wujudnya kesan aktif dan berkontra. Sifat warna
seperti ini merangsang mata yang memandang karya ini. Warna yang
dipilih oleh pengkarya agak tidak sesuai serta menyukarkan
pengamatan kepada unsur bentuk yang hendak ditonjolkan.Corak daun
yang menjadi subjek utama diulang-ulang dalam dalam cetakan ini.
GarisanGarisan-garisan yang membentuk daun adalah garisan
semulajadi yang ada pada daun tumbuh-tumbuhan. Daun-daun yang
berlainan menghasilkan jalinan garisan yang berbeza. Jalinan
garisan semulajadi yang pelbagai pada daun-daun mewujudkan corak
yang menarik. Batang pula dibentuk menggunakan cetakan batang
tumbuhan. Jalinan garisan pada batang tumbuhan dapat dilihat
perbezaannya daripada jalinan garisan pada daun. Jalinan garisan
dari cetakan batang tumbuhan adalah tebal manakala manakala jalinan
garisan dari cetakan daun lebih nipis dan halus. Garisan kasar juga
jelas kelihatan pada latar cetakan. Kesan ini berasaskan jenis
berus serta sapuan warna yang tidak rata. Seelok-eloknya, sapuan
warna untuk latar dibuat sebelum cetakan dilakukan.TonTon warna
yang ditunjukkan dalam karya adalah dari warna harmoni. Ton warna
juga terhasil berdasarkan kekuatan tekanan pada daun semasa cetakan
dilakukan. Selalunya bahagian daun yang tidak berwarna akan
menghasilkan warna asal pada kertas atau warna latar lain yang di
sapu sebelum cetakan dimulakan. Ton warna yang wujud ini memberi
kesan pencahayaan pada objek tumbuh-tumbuhan yang menjadi kajian
utama pengkarya. JalinanJalinan yang ditunjukkan melalui hasil
karya ini ialah jalinan tampak. Aktiviti cetakan ini mewujudkan
jalinan berbentuk rapi dan berjarak. Jalinan berbentuk rapi jelas
dilihat daripada cetakan batang tumbuhan manakala jalinan berjarak
boleh di lihat daripada cetakan daun. Jalinan berbentuk rapi dan
berjarak mampu mewujudkan kesan ton dan bentuk dalam karya cetakan
ini.
2.6.5.Kadar banding, saiz dan susunan corakKadar bandingImej
tumbuhan yang di hasilkan adalah tidak seimbang kerana berlaku
pemberatan objek di sebelah kiri ruang kertas. Pada sebelah kanan
ruang kertas perlu di tambah lagi cetakan objek daun agar karya
yang di hasilkan seimbang dan harmoni.Saiz daun-daun pada karya
terdiri daripada saiz kecil dan besar sinonim dengan susunan daun
yang boleh dilihat pada objek alam. Susunan corakSusunan corak daun
pada cetakan adalah secara struktur tidak formal dengan kata lain
cetakan dilakukan secara bebas sinonim dengan objek alam. Susunan
daun-daun dicetak mengikut urutan daun besar di bawah dan daun
kecil ke atas.2.6.6.Penggunaan alat dan bahanAlat dan bahan yang
diperlukan ialah pisau, kertas lukisan, cat air dan berus
warna.2.6.7.Teknik-teknik dalam aktiviti yang dijalankanTeknik
cetakan tumbuh-tumbuhan dimulakan dengan pemilihan daun yang
berjalinan, tahan untuk dicetak dan senang dipegang semasa
mencetak. Warnakan latar pada kertas lukisan terlebih dahulu
sekiranya pengkarya mahukan warna latar yang berbeza selain warna
putih kertas lukisan. Apabila sapuan warna latar kering barulah
memulakan cetakan. Warna pekat hendaklah disapu rata di permukaan
corak. Cetakan batang dilakukan dahulu diikuti dengan cetakan daun.
Cetakan daun dan batang dibuat mengikut kehendak pengkarya.
2.6.8.Usaha anda terhadap hasil kerja tersebutKegiatan ini mudah
dilakukan serta tidak mengambil tempoh yang lama untuk
menyudahkannya. Bahan dan alat juga mudah diperolehi. Dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah kanak-kanak boleh membawa
peralatan dan bahan sendiri dari rumah. 2.6.9.Cara-cara bagaimana
idea tersebut boleh digunakan dalam berlainan mediaAktiviti cetakan
menggunakan media daun ini boleh diaplikasi dengan media lain.
Bahan sayur-sayuran seperti ubi kentang boleh diguna menggantikan
media daun. Ubi kentang mempunyai permukaan rata apabila dibelah
dua. Permukaan rata ini di ukir bentuk daun terlebih dahulu untuk
menghasilkan bentuk timbul. Sapuan warna pekat sesuai pada
permukaan ubiuntuk menghasilkan cetakan yang menarik. Proses
cetakan adalah sama seperti penghasilan cetakan daun
tadi.3.0.PENUTUPKegiatan menggambar mendedahkan kanak-kanak kepada
pelbagai alat, bahan dan media untuk lukisan, catan, kolaj, resis,
percikan serta cetakan. Begitu juga halnya dengan teknik-teknik
bagi setiap enam bidang menggambar ini. Setiap kegiatan menggambar
mempunyai pelbagai aktiviti-aktiviti mengikut perkembangan murid,
daripada aktiviti tahap pengenalan kepada tahap lanjutan. Maka
terpulanglah kepada guru-guru untuk memperkembang dan menggalakkan
kanak-kanak supaya berlatih dan mencuba setiap medium yang
diperkenalkan dalam buku skrap ini. Dalam buku skrap ini, terdapat
beberapa teknik yang bertujuan untuk membolehkan kanak-kanak
melihat perkaitan antara satu teknik dengan teknik yang lain.
Disamping itu di huraikan juga unsur-unsur seni yang asas dalam
bidang menggambar iaitu garisan, warna, jalinan, bentuk, ton dan
corak. Unsur seni merupakan asas yang digunakan untuk menghasilkan
sesebuah reka bentuk dalam seni tampak. Maka oleh itu pengetahuan
tentang bidang menggambar dapat menyediakan asas yang kukuh yang
akan berkembang secara semula jadi kepada tiga lagi bidang-bidang
dalam Pendidikan Seni Visual iaitu bidang membentuk dan membuat
binaan, bidang membuat rekaan dan corak serta bidang kraf
tradisional.
BIBLIOGRAFI
Chong Hon Woon (2008). Teori Seni Visual Edisi Kedua. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Haslinda Madon (2009). Menggambar. Kuala Lumpur: Universiti
Terbuka Malaysia.
Kathleen Chee (2008). Pendidikan Seni Visual SPM. Bangi:
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Prof. Dr. Haji Abdul Shukor Hashim, et. al. (2007). Perkembangan
Seni dan Kanak-kanak.Kuala Lumpur: Universiti Terbuka Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum (1998). Pendidikan Seni Visual:
Modul Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2000). Huraian Sukatan Pelajaran:
Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Bahan dan Media. Dipetik dari
http://esenivisual.blogspot.com/2008/09/bahan-dan-media.htmlpada 28
Oktober 2009.
LAMPIRAN
1.Contoh kegiatan lukisan bertajuk Pemandangan sebuah rumah di
tepi sungai.2.Contoh kegiatan catan bertajuk Buah-buahan.3.Contoh
kegiatan kolaj bertajuk Harimau.4.Contoh kegiatan resis bertajuk
Flora.5.Contoh kegiatan percikan bertajuk Kuda laut.6.Contoh
kegiatan cetakan bertajuk Daun.
HBAE 140322MENGGAMBAR