SURYATI BT. UDAI 701016135770002 1.0. PENGENALAN Dalam konteks pendidikan di Malaysia, pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) adalah sebahagian daripada manifestasi reformasi pendidikan. Ia menitikberatkan strategi-strategi pengajaran bagi membawa perubahan besar kepada orientasi dan kandungan kurikulum serta sistem pendidikan di Malaysia. Oleh itu pengajaran Pendidikan Kesihatan perlu dilaksanakan berdasarkan strategi yang mempunyai hala tuju ke arah mencapai matlamat KBSR. Keadaan ini menuntut supaya guru dapat memahami dan melaksanakan peranan guru sebagai perangsang kearah mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan berasaskan isi dan konsep yang relevan dan bermakna dalam kehidupan seharian murid disamping berperanan juga sebagai pencetus aktiviti berfikir dalam amalan pedagogi bilik darjah. Penguasaan Pendidikan Kesihatan merujuk kepada peri pentingnya pemahaman individu dalam konsep-konsep kesihatan. Hakikat ini tidak dapat dinafikan kerana penguasaan Pendidikan Kesihatan penting dalam memacu pembangunan negara. Pelajar perlu dibangunkan dengan asas-asas Pendidikan Kesihatan yang kukuh. Pelajar perlu menguasai isi kandungan Pendidikan Kesihatan dengan penuh rasa motivasi yang tinggi serta dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Justeru, ini membawa kepada pentingnya teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah HBHE 1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
SURYATI BT. UDAI701016135770002
1.0. PENGENALAN
Dalam konteks pendidikan di Malaysia, pelaksanaan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) adalah sebahagian daripada manifestasi reformasi pendidikan.
Ia menitikberatkan strategi-strategi pengajaran bagi membawa perubahan besar kepada
orientasi dan kandungan kurikulum serta sistem pendidikan di Malaysia. Oleh itu
pengajaran Pendidikan Kesihatan perlu dilaksanakan berdasarkan strategi yang
mempunyai hala tuju ke arah mencapai matlamat KBSR. Keadaan ini menuntut supaya
guru dapat memahami dan melaksanakan peranan guru sebagai perangsang kearah
mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan berasaskan isi
dan konsep yang relevan dan bermakna dalam kehidupan seharian murid disamping
berperanan juga sebagai pencetus aktiviti berfikir dalam amalan pedagogi bilik darjah.
Penguasaan Pendidikan Kesihatan merujuk kepada peri pentingnya pemahaman
individu dalam konsep-konsep kesihatan. Hakikat ini tidak dapat dinafikan kerana
penguasaan Pendidikan Kesihatan penting dalam memacu pembangunan negara. Pelajar
perlu dibangunkan dengan asas-asas Pendidikan Kesihatan yang kukuh. Pelajar perlu
menguasai isi kandungan Pendidikan Kesihatan dengan penuh rasa motivasi yang tinggi
serta dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Justeru, ini membawa kepada
pentingnya teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah yang
akan dapat menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian seterusnya menerapkan sesuatu
konsep secara berkesan kepada pelajar (Mok, 2002) serta merangsang mereka
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Antara strategi yang dilihat berwibawa
untuk mencapai matlamat ini ialah pembelajaran secara kontekstual.
Pendidikan sekarang juga memerlukan guru-guru mahir yang boleh menjadikan
pelajarnya berfikir berkaitan perkara yang disampaikan dalam disiplin ilmu masing-
masing, maka dengan itu hal ini turut dititikberatkan dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Kesihatan. Adalah menjadi peranan utama guru supaya dapat menyediakan
persekitaran dan iklim yang memungkinkan wujudnya suasana berfikir di dalam kelas.
Penelitian melalui inovasi kurikulum ini memperlihatkan penegasan dalam aspek
pembangunan kognitif yang mencakupi penguasaan kemahiran berfikir kritis dan
keamahiran berfikir kreatif. Keberkesanan strategi kemahiran berfikir di sekolah banyak
HBHE 1203PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
1
SURYATI BT. UDAI701016135770002
bergantung pada sejauh mana guru memahami amalan pedagogi bagi menyampaikan
sesuatu isi kandungan pelajaran itu.
Sewaktu berhadapan dengan pelajar di dalam bilik-bilik darjah, guru mempunyai
pelbagai pilihan strategi yang boleh digunakan. Ini kerana terdapat pelbagai jenis pelajar
dengan latar belakang yang berbeza-beza. Sesuatu strategi yang dipilih dan dirancang
mungkin tidak sesuai kepada semua pelajar, tetapi segolongan sahaja. Kemahiran guru
menggunakan sesuatu strategi juga berbeza bergantung kepada jenis teori pembelajaran
yang didukung. Namun, walau apa pun strategi, baik pembelajaran secara kontekstual
maupun kemahiran berfikir yang dipilih dan ingin digunakan, guru perlu tahu dengan
mendalam segala langkah dan prosedur yang perlu diikuti. Tambahan pula tiada bukti
yang mengatakan hanya suatu strategi sahaja yang terbaik dan dapat menyelesaikan
semua masalah pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu guru perlu pandai menyesuaikan
strategi yang digunakan dengan isi pelajaran yang perlu disampaikan.
2.0. PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL
Konsep pendekatan pembelajaran secara kontekstual dalam pembelajaran
Pendidikan Kesihatan bermakna ianya haruslah berdasarkan konteks kegiatan dan
kejadian harian. Oleh itu, konsep Pendidikan Kesihatan perlu dikaitkan dengan
kehidupan harian pelajar secara eksplisit. Kegiatan belajar melalui pengalaman sendiri,
mengkonstruk pengetahuan, kemudian memberi makna pada pengetahuan itu dapat
menggalakkan pelajar mengaplikasikan pembelajaran secara kontekstual secara
bermakna. Oleh itu, pendekatan pembelajaran kontekstual membolehkan pelajar
menghayati kerelevanan pembelajaran Pendidikan Kesihatan dengan kehidupannya
sendiri.
2.1. Maksud pembelajaran secara kontekstual
Menurut Dr. Zolazlan Hamidin (2001), kontekstual jika diambil daripada ayat
asalnya dalam Bahasa Inggeris (asal bahasa Latin con = with + textum=woven)
bermaksud mengikut konteks atau dalam konteks. Konteks pula membawa maksud
keadaan, situasi dan kejadian.
HBHE 1203PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
2
SURYATI BT. UDAI701016135770002
Secara umum, kontekstual membawa pengertian:
1. Yang berkenaan, releven, ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut konteks.
2. Yang membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningful).
Oleh itu, kaedah kontekstual iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual
itu sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan
konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka, dan juga memberi makna dalam
kehidupan seharian mereka.
Dengan kata lain, pendekatan kontekstual ialah strategi pengajaran dan
pembelajaran yang menggabungkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu,
masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit
yang melibatkan aktiviti “hands-on” (aktiviti) dan pemikiran iaitu “minds-on” (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2001).
2.2. Kepentingan pembelajaran secara kontekstual dalam pengajaran dan
pembelajaran
Dalam pendekatan kontekstual, pengajaran dan pembelajaran perlu melalui proses
motivasi, pemahaman, aplikasi serta imbasan kembali dan penilaian. Kebolehan
melakukan (hands-on) dan berfikir (minds-on) merupakan asas pendekatan kontekstual.
Paduan kedua-duanya akan mendorong naluri ingin tahu murid dan menjadikan
pembelajaran suatu aktiviti bermakna kepada mereka. Oleh itu pembelajaran secara
kontekstual ini sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran berikutan
kemampuannya untuk merangsang pelajar belajar dengan penuh motivasi, bekerjasama
dan dapat melihat kerelevanan apa yang dipelajari dengan kehidupan seharian. Sesuatu
konsep yang abstrak akan dapat dipelajari dengan lebih mudah kerana guru akan mereka
bentuk suasana pembelajaran yang lebih konkrit menjurus kepada pembelajaran
bermakna.
Pembelajaran secara kontekstual menggalakkan pendidik memilih dan membina
persekitaran pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak bentuk pengalaman
yang boleh termasuk aspek sosial, fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil
pembelajaran yang diinginkan. Dalam persekitaran sedemikian, pelajar menemui
perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks
HBHE 1203PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
3
SURYATI BT. UDAI701016135770002
alam yang nyata. Konsep dihayati melalui proses penemuan, pengukuhan dan
menghubungkaitkan.
Pengajaran pembelajaran secara kontekstual juga merupakan satu konsepsi
pengajaran dan pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang
dipelajari dengan situasi dunia sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat
perkaitan antara pengetahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai
ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja. Contohnya, satu kelas Tahun 6 mungkin
sedang mempelajari konsep asas dengan mempelajari penyebaran AIDS atau cara
bagaimana menghadapi dan mengatasi masalah yang membawa kepada penyakit AIDS.
Pendekatan pembelajaran kontekstual juga adalah penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Kesihatan kerana ianya
menggunakan situasi dan kaedah yang paling berkesan dan bermakna kepada pelajar.
Konsep yang disampaikan dalam situasi berkonteks yang spesifik di mana pelajar dapat
mengalami dan membuatnya sendiri dan ini menjadikan pelajaran Pendidikan Kesihatan
lebih menarik dan mudah difahami oleh mereka.
Komponen utama yang boleh dilihat dalam pembelajaran kontekstual ialah
aktiviti hands on dalam konteks yang relevan pada pelajar. Pendidikan Kesihatan yang
menggunakan kaedah konteks adalah suatu set bahan-bahan pengajaran yang berkaitan
terus kepada kehidupan seharian. Modul-modul pengajaran ini membantu para pelajar
mendapat pendidikan secara mantap dan kontekstual dan ini seterusnya membantu serta
memotivasikan pelajar mencapai kejayaan.
2.3. Proses REACT dalam pembelajaran secara kontekstual
Menurut modul yang dikeluarkan Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), dalam
pembelajaran kontekstual, pelajar akan melalui satu atau lebih daripada bentuk
pembelajaran yang berikut di dalam Rajah 1.
Rajah 1: Proses pembelajaran secara kontekstual
HBHE 1203PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
4
SURYATI BT. UDAI701016135770002
Prinsip REACT ini amat penting untuk difahami guru dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual. Menurut Noor Azizah (2002), elemen
menghubung kait iaitu ‘Relating’ bermakna mempelajari sesuatu dalam konteks
pengalaman hidup. Kurikulum yang cuba menempatkan pembelajaran dalam konteks
pengalaman hidup mesti menumpukan perhatian pelajar kepada taakulan, peristiwa dan
keadaan harian. Kemudiannya taakulan, peristiwa dan keadaan harian itu dikaitkan
dengan maklumat baru untuk menyelesaikan sesuatu masalah (Noor Azizah, 2002).
Pelajar juga perlu digalakkan dan dibimbing untuk mengaitkan pengetahuan sedia ada
dengan apa yang dipelajari atau yang akan dipelajari.
Elemen mengalami atau ‘Experiencing’ pula merujuk kepada pembelajaran secara
aktif iaitu pelajar sendiri yang mengalami atau membentuk pengalaman mereka. Prinsip
ini penting untuk membolehkan pelajar meneroka dan menemukan pengetahuan dengan
sendiri dan dapat membuat perkaitan melalui pengalaman yang dialami. Walaupun
pelajar-pelajar boleh dimotivasikan dengan strategi pengajaran dan pembelajaran seperti
video, aktiviti berasaskan teks dan lain-lain, tapi bentuk ini masih merupakan bentuk
pembelajaran yang pasif secara bandingan (Noor Azizah, 2002).
Unsur ketiga dalam prinsip REACT ialah aplikasi atau ‘Applying’. Aplikasi
selalu berdasarkan kepada aktiviti pekerjaan dalam pembelajaran secara kontekstual
(Noor Azizah, 2002). Guru harus memastikan setiap pelajar dapat melihat adanya
perkaitan antara apa yang dipelajari dalam kelas dengan dunia luar. Menurutnya lagi,
sekolah boleh melakukan aktiviti seperti dalam teks, video, makmal, amali, lawatan
kilang, 'mentoring' dan latihan kerja.
Elemen seterusnya ialah ‘Cooperating’ iaitu bekerjasama. Pengalaman
bekerjasama bukan sahaja membantu kebanyakan pelajar mempelajari bahan pengajian,
malah ia juga konsisten dengan fokus dunia tentang pengajaran kontekstual (Tan, 2003).
Melaluinya, selain daripada pelajar mendapat pengetahuan, mereka juga dapat belajar
untuk ‘cope’ dengan pelbagai situasi seperti pembahagian tugas, kawalan emosi semasa
perbincangan, semasa membentang dan seumpamanya. Kemahiran interpersonal yang
merupakan salah satu daripada kecerdasan pelbagai juga dapat digilap. Sekaligus, potensi
pelajar dapat diperkembang dengan lebih menyeluruh merangkumi pelbagai aspek.
HBHE 1203PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
5
SURYATI BT. UDAI701016135770002
Yang terakhir sekali, elemen ‘Transfering’ iaitu memindahkan. Secara lazimnya,
kebanyakan pelajar menghadapi situasi pembelajaran yang baru tanpa sebarang kaitan
dengan pengetahuan yang sedia ada. Jadi, pemindahan pembelajaran yang lepas adalah
penting dan bagi menggalakkan pemindahan ini, tindak balas dari pelajar adalah
mustahak (Noor Azizah, 2002).
2.4. Dua contoh lembaran kerja pembelajaran secara kontekstual
Lembaran-lembaran kerja dalam proses pembelajaran secara kontekstual yang
disarankan ini mengandungi kemahiran-kemahiran yang terkandung dalam prinsip
REACT. Prinsip REACT ini penting untuk kefahaman guru dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual ( rujuk lampiran I dan lampiran II ).
3.0. KEMAHIRAN BERFIKIR
Manusia yang dicipta oleh Tuhan sebagai khalifah atau pemimpin di muka bumi
ini mempunyai berbagai-bagai keistimewaan dan kelebihan berbanding dengan makhluk
lain. Kelebihan dan keistimewaan ini ialah kerana manusia dikurniakan akal. Akal sering
dikaitkan dengan organ otak manusia. Sekiranya manusia dapat mengeluarkan buah
fikiran, maka ia dikira sebagai telah memanfaatkan akal dan otaknya. Segala keputusan
dan tindakan manusia ada kaitan dengan kemahiran berfikir. Sekiranya keputusan dan
tindakan itu membawa natijah positif kepada dirinya dan orang lain, ia dikatakan
keputusan yang bijaksana. Sebaliknya, jika keputusan tidak bermanfaat kepada diri,
orang lain dan alam sekelilingnya, keputusan itu dikatakan tidak bijak atau tidak
berhikmah.
HBHE 1203PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
6
SURYATI BT. UDAI701016135770002
Rajah 2: Operasi hemisfera kiri dan kanan otak
3.1. Maksud kemahiran berfikir
Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses
pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam
menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau
keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.
Menurut Beyer (1984), berfikir ialah kebolehan manusia untuk membentuk
konsep, memberi sebab atau membuat penentuan. Menurut Mayer (1977), pula
berpendapat bahawa berfikir melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang
berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan untuk menyelesaikan
masalah. Berdasarkan pengertian tadi, bolehlah disimpulkan bahawa berfikir merupakan
suatu proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman
terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah.
Terdapat beberapa jenis pemikiran, antaranya ialah pemikiran kritis, pemikiran