ERICA TIPONG MADANG(940419-13-6178) EDU 3033 MURID DAN ALAM
BELAJAR26
Teori merupakan antara perkara asas kepada sesuatu bidang ilmu,
termasuklah bidang psikologi pendidikan. Teori-teori pembelajaran
dalam psikologi pendidikan memberi fokus kepada aspekaspek
pembelajaran dan daripadanya datang idea-idea dan prinsip-prinsip
tertentu. Perkataan teori ini sebenarnya tidak asing bagi kita,
malah adakalanya digunakan dalam percakapan atau perbualan
seharian. Walau bagaimanapun penggunaan perkataan teori dalam
perbualan seharian ini mungkin tidak menepati maksud teori yang
sebenar.Pengertian teori Menurut Stanovich (1992), telah memberi
satu definisi tentang teori, iaitu : set konsep-konsep yang saling
berkait, yang digunakan untuk menjelaskan sesebuah data dan untuk
meramal keputusan kajian-kajian akan datang .
Manakala Cohen, R pula mendefinisikan teori sebagai satu set
pernyataan sejagat yang ada pertalian antara satu sama lain. Ia
mengandungi definisi dan pernyataan yang menggambarkan pertalian
antara dua perkara yang dianggap benar. Ia juga mengandungi
ayat-ayat yang menggambarkan peraturan bagi membentuk satu
pernyataan beru.
Dalam erti kata lain pula kita boleh mendefiniskan teori sebagai
andaian-andaian ataupun hipotesis-hipotesis tentang sesuatu yang
berdokongkan kepada sesuatu kajian.
Maksud teori pembelajaranHipotesis-hipotesis oleh ahli-ahli
Psikologi tentang maksud pembelajaran,
bagaimana ia berlaku dan faktor-faktor yang mempengaruhi proses
pembelajaran.
Manakala menurut William & Anandam(1973) mereka berpendapat
bahawa Pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku kekal yang
dihasilkan daripada pengalaman atau latihan.Manakala keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) boleh didefinisikan
sebagai satu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang
berkualiti dimana proses mengembangkan potensi model insan dari
segi psikomotor, kognitif, dan afektif ke tahap yang optimum.
Pembelajaran merujuk kepada perubahan tingkah laku dan proses
mental yang agak kekal, hasil daripada pengalaman dan latihan yang
diperolehi apabila seseorang berinteraksi dengan persekitarannya
(Ormrod, 2008). Menurut Slavin (1997) pula, pembelajaran adalah
perubahan pada individu hasil daripada pengalaman. Perubahan
tingkah laku yang disebabkan oleh pengaruh dadah, alkohol,
kepenatan dan kematangan tidak boleh dianggap sebagai
pembelajaran.Menurut Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia,
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran itu bermula dari
seorang guru yang memiliki ciri sentiasa berusaha meningkatkan
kualiti hasil pengajarannya dan berupaya untuk membentuk sikap dan
keperibadian murid dengan pelbagai kaedah nilai diri seperti
bermoral, berakhlak mulia, berketerampilan dan mampu menyesuaikan
diri dalam pelbagai situasi.Guru memainkan peranan utama dlaam
mengajar dan memdidik, guru turut berada di saf hadapan untuk
menyemai dan memupuk perpaduan, semangat patriotism, menyampaikan
ilmu pengetahuan dan kemahiran; serta membentuk akhlak dan jati
diri murid bagi melahirkan modal insan cemerlang.(Tan Sri Muhyiddin
Mohd Yassin,Menteri Pelajaran Malaysia Perutusan Perayaan Hari Guru
2009)
Bertitik tolak dari penyataan ini, guru perlu meningkatkan
kemahiran dan kebolehannya dalam pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. Hal ini kerana guru perlu memiliki kemahiran
dan kepakaran dalam mengabungjalinkan dan menyepadukan isi
pembelajaran dengan agenda nasional negara. Oleh yang demikian
terdapat beberapa kepentingan dan implikasi teori-teori
pembelajaran ini dalam meningkatkan proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah.
Antara kepentingan teori-teori pembelajaran dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ialah membantu guru
dalam merancang dan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan yang sesuai dengan tahap pertumbuhan dan perkembangan
diri seseorang murid tersebut. Di samping itu juga, teori-teori
pembelajaran juga dapat membantu guru dalam meningkatkan kemampuan
seorang dalam membantu murid-murid untuk memperkembangkan atau
meningkatkan lagi daya kreativiti, ekspresi dan imaginasi
mereka.
Selain itu, kepentingan teori pembelajaran dalam meningkatkan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) ialah
menitikberatkan penglibatan murid-murid dalam proses pengajaran.
Melalui teori pembelajaran yang banyak memberi cara dan kaedah yang
sesuai akan membantu guru dalam melibatkan kesemua anak muridnya
untuk melaksanakan aktiviti di dlaam bilik darjah khususnya.
Melalui aktiviti seperti bermain, melaksanakan latihan di dalam
kumpulan akan lebih memantapkan minat murid-murid untuk belajar
dengan lebih berkesan kerana pembelajaran boleh berlaku melalui
latihan, kebiasaan dan pengalaman murid-murid itu sendiri.
Di samping itu, kepentingan yang boleh diambil melalui
teori-teori pembelajaran ialah dapat melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan. Hal ini kerana pengaplikasian
teori yang berkesan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
menarik akan menarik minat murid-murid untuk belajar. Kemahiran
sedia ada dan keupayaan guru dalam melaksanakan pengajaran melalui
teknik yang betul dan terkini juga akan memberangsangan otak dan
diri pelajar untuk menggunakan kaedah pembelajaran yang betul.
Sebagai contoh ialah memberi tunjuk ajar yang betul dalam
mendeklamasikan sajak di dalam kelasnya dan murid mendapat kaedah
yang betul dalam mendeklamasikan sajak dan ini akan menarik minat
pelajar untuk belajar dengan lebih tekun lagi bagi mencapai satu
kejayaan yang cemerlang.
Bukan itu sahaja, kepentingan yang boleh diambil melalui teori
pembelajaran ini juga ialah guru mampu mengurus bilik darjah dengan
baik dan membentuk suasana yang lebih kondusif. Satu perkara asas
yang perlu dititikberatkan oleh mana-mana guru atau pendidik dalam
melahirkan modal insan yang berkualiti iaitu melalui persekitaran
bilik darjah yang kondusif dan tenang. Murid mampu belajar dengan
penuh selesa dan meletakkan bilik darjah tersebut seumpama tempat
tinggalnya dan tempat dia menuntut ilmu. Dengan suasana yang baik
itu tadi maka mampu menyeronokkan murid-murid. Sebagai contoh, guru
menghias dan membuat pelan yang sangat menarik dan selesa bagi
meningkatkan semangat murid-muridnya untuk belajar dan sanggup
untuk mengeluarkan dana sendiri bagi mencantikkan bilik darjah
muridnya kerana seorang guru adalah insan yang sangat prihatin
terhadap kebajikan dan keperluan anak muridnya. Dengan keadaan
seperti itu nanti akan mampu memudahkan guru untuk melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam kelas.
Seiringan dengan kepentingan di atas tadi, salah satu lagi
kepentingan teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah ialah guru dapat memantau kemajuan dan prestasi
murid-muridnya. Menilai dan melaporkan secara sistematik pencapaian
setiap murid-murid termasuklah catatan maklumat dan latar belakang
peribadi murid. Selain itu juga, bagi meningkatkan perasaan saying
dan cinta kepada murid guru seharusnya menyayangi murid-muridnya
dan tidak bersikap berat sebelah dalam setiap tindakannya. Hal ini
kerana perbuatan, tuturkata dan tingkahlaku guru yang menggambarkan
sifat penyayang dan nilai baik seperti saling menghormati,
mempercayai, membimbing, memberi sokongan dan pengiktirafan, dapat
menolong dan membantu guru melaksanakan tugasan dengan persaan
gembira, ikhlas dan menyeronokkan.
Teori perkembangan (konstruktivisme) ini pula adalah berkaitan
dengan pengajaran yang berdasarkan kepada penyelidikan dan
pengalaman. Pembelajaran terbina daripada hasil pencatuman maklumat
dengan pengetahuan sedia ada. Proses pembelajaran di bawah teori
ini juga menggalakan pelajar berkomunikasi dengan bahan untuk
mendapatkan jawapan. Murid di beri peluang meneroka sepuas-puasnya
dan mendapatkan jawapan serta kesimpulan sendiri. Tokoh-tokoh yang
terkenal terdiri daripada Jean Piaget, Bruner, Lev Vygotsky dan
John Dewey. Kesemua tokoh-tokoh ini melihat proses pembelajaran
sebagai aktivfiti pembinaan mental yang dicantumkan dengan maklumat
baru. Teori ini menekankan kepada penglibatan pelajar dalam
menyelesaikan masalah. Pelajar akan membina pengetahuan sendiri
untuk menjana idea dengan berdasarkan pengetahuan sedia ada. Semua
maklumat baru yang ada akan diolah dan disesuaikan dengan satu
kerangka maklumat baru yang dinamakan Konstruktivistime.Antara
kepentingan yang boleh diambil melalui teori ini ialah proses
pembelajaran yang berlaku adalah proses sesuatu aktiviti yang
aktif. Selain itu, kepentingan teori ini diaplikasikan ialah semasa
proses pembelajaran berlaku ianya melibatkan aktiviti sosial dan
perkembangan Bahasa sesama murid. Sebagai contoh, aktiviti bermain
galah panjang yang dijalankan secara berkumpulan akan meningkatkan
perkembangan sosial di antara murid-murid.Di samping itu juga,
kepentingan lain yang boleh dikenalpasti ialah murid akan belajar
dan mendapat sesuatu input yang baru semasa proses belajar
berlangsung. Hal ini kerana aktiviti yang dijalankan melibatkan
perkembagan minda, pergerakkan fizikal dan pengetahuan sedia ada
murid. Penglibatan aktiviti secara berkumpulan dan penglibatan
semua murid akan meningkatkan lagi daya pengetahuan murid untuk
memperoleh input yang positif dan peningkatan perkembangan
sosialnya. Di samping itu juga, kepentingan lain ialah guru hanya
sebagai fesilitator sahaja dalam proses aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Murid yang akan mengerakkan aktiviti
tersebut dengan bimbingan gurunya. Tambahan lagi, pengetahuan dan
idea setiap murid akan diguna pakai dalam proses pembelajaran.
Teori pembelajaran (kognitif) juga adalah berkaitan dengan
proses mental yang melibatkan pengamatan, pengetahuan dan
pemahaman. Ahli-ahli psikologis yang terkenal seperti Kohler,
Koffa,Piaget,Brunner, Ausuble,dan Gagne. Mereka semua berpendapat
proses pembelajaran adalah satu proses dalaman yang berlaku dalam
akal fikiran yang tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada
tingkah laku manusia. Proses celik akal, pemprosesan maklumat
menggunakan struktur dalaman kognitif dari pelbagai peringkat umur
dan kebolehan murid. Semua maklumat yang di terima di padankan
dengan makluamat yang sedia ada, diubahsuai dan disusun semula
seterusnya menghasilkan sesuatu maklumat yang baru.Kepentingan
daripada teori pembelajaran ini, prinsip utama teori ini ialah
bahan-bahan pengajaran yang digunakan untuk sesi pembelajaran
disusun dengan cara dari perkara yang mudah kepada yang sukar. Ini
dilakukan untuk menguji minda para pelajar. Kepentingan daripada
mengaplikasikan teori ini ialah murid dapat memahami pembelajaran
dengan lebih baik, cepat daripada menghafal. Ia juga mampu menambah
pengetahuan sedia ada murid untuk diguna pakai dan disesuaikan
dengan pembelajaran yang baru. Di samping itu juga, isi pelajaran
juga perlu disusun engikut pola-pola yang tertentu agar murid mudah
mengingati. Hal ini kerana setiap murid mempunyai perkembangan
individu yang berbeza.
Beralih kepada implikasi teori-teori pembelajaran dalam
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) ia dapat dilihat daripada pelbagai teori dan aspek.
Melalui teori konstruktivisme, ia menjelaskan bahawa proses
pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam
minda manusia. Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan
tidak dapat dipindahkan daripada guru kepada pelajar dalam bentuk
yang serba sempurna. Pelajar perlu bina sesuatu pengetahuan itu
mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil
daripada usaha pelajar itu sendiri dan guru tidak boleh belajar
untuk pelajarnya. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan merupakan
satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh pelajar
sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan.
Fikiran pelajar tidak wujud secara terasing daripada persekitaran.
Pelajar sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman
yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.
Realiti yang diketahui pelajar adalah realiti yang dia bina
sendiri.Antara implikasi yang dapat diperolehi daripada teori
konstruktivisme terhadap pengajaran dan pembelajaran ialah guru
adalah sebagai penolong, pemudah cara dan perancang kepada
muird-muird agar mereka menangkap isi pengajaran dengan mudah
sedangkan peranan murid pula ialah memainkan peranan utama dalam
melaksanakan aktiviti pembelajaran tersebut. Antara pendekatan yang
sesuia digunakan untuk P&P ialah pembelajaran inkuiri,
pembelajaran koperatif, pembelajaran masteri dan penyelesaian
masalah. Dengan bimbingan dan menjadi pemudah cara kepada
murid-murid ini akan dapat menzahirkan pemikiran yang kreatif dan
mampu membina keupayaan murid untuk terus belajar dan berusaha
sehingga berjaya.
Selain itu, pengalaman dan kesediaan murid itu sendiri yang akan
menjadi faktor penting dan mampu mempengaruhi proses pembetukkan
ilmu yang jitu. Keutamaan pembelajaran dalam diri murid-murid
merupakan satu hasil perolehan khasnya dalam zon perkembangan
prokimal. Selain itu, implikasi yang dapat dilihat adalah terhadap
murid itu sendiri. Murid-murid atau kanak-kanak adalah pembina
teori. Menurut teori ini juga, guru perlu menerima hakikat bahawa
murid-murid datang ke kelas dengan berbekalkan pelbagai pengetahuan
yang sedia ada dan nilai-nilai tertentu. Hal ini kerana, mengikut
kefahaman teori konstruktivisme, ilmu pengetahuan itu memang sudah
tersemat pada setiap murid-murid dan guru perlu memainkan peranan
untuk merancang pengajaran dan pembelajaran dengan teliti serta
mengambil kira keupayaan setiap murid.. Ini kerana seseorang murid
itu perlu membina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman
mereka masing-masing.
Selain itu, guru memainkan peranan dengan menggalakkan interaksi
di kalangan murid di dalam kelas. Antara implikasi yang sesuai
ialah apabila guru membuat aktiviti secara berkumpulan dimana akan
melibatkan semua murid-murid untuk berkomunikasi dan mengeluarkan
pendapat masing-masing. Dengan adanya interaksi di antara murid ini
akan mampu memudahkan mereka bertukar-tukar idea dan pembinaan
pengetahuan mereka akan lebih memberangsangkan. Di samping itu,
guru juga perlu berupaya menyesuaikan diri dengan keadaan bilik
darjah yang menggalakkan dan memberangsangkan pembelajaran
kanak-kanak. Bahan-bahan pembelajaran yang mencukupi sebenarnya
banyak mencabar murid dalam membina pengetahuan dan kreativitinya.
Kurikulum yang desediakan juga perlulah fleksibel dan tidak terlalu
padat dan ketat kerana murid-murid juga perlu memenuhi keperluan,
minat dan kebolehan mereka masing-masing.
Selain itu, guru juga perlulah peka dengan keupayaan murid
dengan cara mengenal pasti Zon perkembangan terdekat (ZPD)
murid-murid melalui pelaksanaan aktiviti yang dijalankan. Melalui
aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di sekolah sebenarnya memberi
satu impak yang positif bagi setiap murid-murid bagi meningkatkan
lagi kemahirannya dalam pelbagai bidang. Bukan hanya itu sahaja,
zon perkembangan terdekat (ZPD) yang diperkenalkan oleh Vygotsky
juga mampu membantu guru dalam memastikan pembelajaran berkesan
dapat berlaku. Kemampuan murid untuk melaksanakan sesuatu aktiviti
yang dirancangkan oleh guru dengan baik dapat memberi jawapan yang
tepat pada guru tersebut kerana murid-murid mampu menjalani suatu
cabaran yang besar dan mampu menghadapi cabaran tersebut dengan
Berjaya. Misalnya seperti aktiviti di dalam kelas Sains dan guru
memberi eksperimen berkaitan tentang bahan letupan dan murid mampu
menjalankan eksperimen tersebut dengan baik dan mampu memberi
respon yang positif dan mencadangkan aktiviti yang lagi baik jika
menggunakan bahan tersebut. Murid itu juga mampu memberi contoh
yang bagus dan memberi input kepada murid lain tentang kegunaan
bahan letupan tersebut.Teori yang seterusnya ialah implikasi teori
pembelajaran sosial dan sosial kognitif. Teori pembelajaran sosial
mempunyai ciri-ciri pendekatan behavioris tetapi menekankan
pembelajaran berdasarkan faktor sosial. Prinsip asas teori
pembelajaran sosial adalah berdasarkan kepada pendirian bahawa
pembelajaran merupakan proses kognitif dan afektif berdasarkan
pemerhatian tingkah laku orang lain (model) dan meniru tingkah laku
yang boleh memberi manfaat kepadanya. Pemerolehan pengetahuan dan
gerak balas merupakan dua perkara yang berbeza. Walaupun
pembelajaran telah berlaku, ia hanya akan diperlihatkan dalam
keadaan yang berkesesuaian. Bandura menamakan ini sebagai
pembelajaran pemerhatian atau pembelajaran melalui model.
Pada hemat saya, teori yang diperkenalkan oleh Bandura ini ada
benarnya kerana setiap aktiviti seharian kita memang berdasarkan
kepada contoh orang lain. Kebanyakkan setiap tingkah laku yang
dilakukan oleh kanak-kanak amnya lebih kepada mengikut kepada
tindakan yang diperhatikan olehnya. Kanak-kanak tidak akan lari
untuk tidak mengikut jejak kita sekiranya tingkah laku yang kita
lakukan untuk tidak baik. Hal ini kerana kanak-kanak memang
dilahirkan untuk melihat contoh yang baik dan ia akan menjadi keruh
sekiranya tingkah laku yang negatif yang diperkenalkan oleh orang
yang dewasa daripadanya sejajar dengan teori yang dikatakan oleh
Bandura.
Implikasi teori ini kepada P&P ialah pembelajaran itu
berlaku melalui pemerhatian dan peniruan. Oleh yang demikian guru
perlulah menunjukkan tingkah laku yang boleh dicontohi dan
diteladani. Sehubungan itu, guru perlu memberi tunjuk contoh atau
demonstrasi yang berkesan agar murid dapat memahami dengan mudah.
Rakan sebaya yang cemerlang juga boleh digunakan oleh guru untuk
dijadikan contoh model untuk ditiru oleh murid-murid.
Paparan hasil kerja yng menarik dan cemerlang juga membolehkan
pelajar berkenaan terus berusaha untuk menigkatkan pembelajarannya
dan dapat merangsang pelajar lain untuk berusaha semaksima yang
mungkin seperti yang mereka lakukan. Bukan hanya itu sahaja, guru
juga boleh mengajar nilai murni dan watak bersejarah dengan teknik
main peranan dan simulasi yang menari kdan sesuai bagi menarik
minat murid untuk belajar. Dengan simulasi yang menarik dan kreatif
itu akan memberi rangsangan kepada murid untuk menjadi contoh
kepada dirinya kelak.guru juga perlu memberi peneguhan kepada
pelajar yanh menunjukkan tingkah laku yang diingini. Peneguhan
adalah satu cara yang sangat berkesan kerana ia akan menaikkan
semangat murid-murid itu untuk belajar.
Teori pembelajaran kognitif berfokus kepada perubahan yang
berlaku terhadap cara manusia berfikir daripada peringkat bayi
kepada zaman kanak-kanak dan remaja dan akhirnya alam dewasa. Tokoh
ini mempercayai bahawa pembelajaran adalah satu tugas mental dan
proses dalaman yang melibatkan kebolehan seseorang untuk mengaitkan
berbagai maklumat sehinggalah ia memperolehi pengetahuan baru atau
dapat menyelesaikan sesuatu masalah. Tokoh tersohor dalam teori ini
ialah Jean Piaget. Piaget berpendapat bahawa sepanjang hayat,
manusia melalui satu urutan empat peringkat perkembanga
kognitif.
Rajah 1Remaja dan dewasa berkembanga ke peringkat di mana mereka
boleh mengaplikasikan logic kepada situasi andaian(hypothetical)
dan sebenar.
Berdasarkan rajah di atas, Piaget percaya bahawa manusia
sentiasa mencuba memberi pengertian tentang dunia dengan
membandingkan kefahaman dalaman mereka tentang bagaimana dunia
berfungsi dengan persekitaran luaran. Beliau mencadangkan bahawa
pembelajaran adalah hasil daripada dua proses utama iaitu
organisasi dan adaptasi. Organisasi adalah satu proses berterusan
menyusun maklumat dan pengalaman ke dalam sistem mental atau
kategori. Sistem mental atau kategori persepsi dan pengalaman ini
dinamakan skema. Ia sebenarnya adalah pembinaan asas blok pemikiran
dan pengurusan sistem tindakan atau pemikiran yang membolehkan kita
berfikir. Manakala adaptiasi yang dimaksudkan oleh Piaget pula
merupakan proses mengorganisasi struktur mental kita, kita akan
membuat penyesuaian terhadap persekitaran. Dua proses asas adalah
asimilasi dan akomodasi.
Asimilasi adalah proses memasukkan peristiwa baru ke dalam skema
yang sedia ada. Ini hanya seperti menambahkan data baru ke dalam
fail data yang sedia ada. Tetapi data tersebut hendaklah sesuai
dengan skema sedia ada. Dengan ini, asimilasi melibatkan percubaan
memahami sesuatu yang baru dengan cara menyesuaikannya ke dalam
sesuatu yang kita telah ketahui (Woolfolk, 1998). Contoh, pada
peringkat pemulaan, seorang kanak-kanak akan memikirkan seekor
hamster bagai seekor tikus belanda yang kecil. Kanak-kanak tersebut
akan cuba memadankan pengalaman barunya dengan skema yang sedia ada
tentang cara mengenal pasti binatang.
Akomodasi berlaku semasa kita mengubah skema yang ada dalam
memberi respon kepada situasi baru. Ia melibatkan perubahan skema
yang sedia ada atau membentuk skema baru dalam memberi respon baru
kepada maklumat baru. Apabila maklumat baru tidak sesuai dengan
skema yang ada, maka kita perlu sesuaikan pemikiran kita. Seperti
contoh di atas, kanak-kanak tersebut akan tambahkan skema baru
untuk mengenali hamster kepada sistem lain untuk mengenal pasti
binatang. Ini dikatakan akomodasi.Implikasi yang dapat digunakan
ialah guru perlulah menggunakan bahasa yang sesuai dengan tahap
kebolehan murid supaya mudah difahami dan murid memahami objektif
yang hendak dicapai oleh guru. Contohnya, guru perlulah menggunakan
bahasa yang mudah jika mengajar matapelajaran bahasa melayu apabila
menerangkan maksud-maksud yang susah difahami oleh murid. Selain
itu juga, guru perlu bersedia dengan bahan-bahan yang dapat
memberangsangkan minda muird dan sentiasa mengubahsuai cara
pembelajaran mengikut keupayaan murid-murid dan aktiviti yang
dijalankan oleh murid-murid. Di samping itu, penilaian secara
tradisi sangat tidak sesuai digunakan dan teknik pembelajaran
seperti hafazan dan syarahan tidak menjadi begitu efektif
berbanding dengan aktiviti secara berkumpulan.
Manakala menurut teori behaviorisme pula, implikasi yang dapat
dilihat berdasarkan teori ini ialah sebagai seorang pendidik, guru
perlu menetapkan objektif yang khusus bagi setiap langkah
pengajarannya. Ini kerana bagi membantu guru tersebut dapat
mengesan dimana kekuatan dan kelemahan kanak-kanak dan daripada itu
guru dapat membuat kesimpulan dan berusaha untuk memperbaiki segala
kelemahan dan membina strategi yang lebih baik lagi. Contoh yang
paling jelas boleh dilihat pada dokumen standard yang biasa
digunakan oleh guru-guru di sekolah. Setiap isi pengajaran mereka
akan diperincikan dengan jelas dan mencari pendekatan yang sesuai
bagi setiap isi pengajaran tersebut.
Menurut Ivan Pavlov, beliau berpendapat bahawa pembelajaran itu
berlaku akibat daripada rangsangan yang telah diterima oleh
seseorang. Setiap rangsangan yang diterima itu pula akan
menimbulkan suatu gerak balas. Menurut teori ini juga, guru perlu
sedar bahawa rangsangan dan gerak balas mempunyai kaitan yang boleh
dipelajari. Latihan yang banyak dan kerap akan dapat diperkukuhkan
dengan adanya rangsangan dengan gerak balas yang cukup. Misalnya
seperti apabila guru memberi pujian(rangsangan) setiap murid akan
membuat hasil kerjayang baik (gerak balas), maka gerak balas
tersebut akan menjadi berterusan walaupun tanpa pujian daripada
guru.oleh yang demikian, guru perlu untuk memberi rangsangan agar
dapat memperkukuhkan gerak balas terlazim daripada murid-murid.
Selain Pavlov, Watson juga merupakan antara tokoh yang
menghasilkan teori dengan berpendapat bahawa tingkah laku adalah
reflex terlazim iaitu sesuatu gerak balas yang dipelajari melalui
proses pelaziman klasik. Setiap tingkah laku menurut Watson akan
menjalankan kajian terhadap pembelajaran emosi manusia. Menurut
beliau, manusia mewarisi tiga jenis emosi iaitu takut, marah dan
kasih sayang. Menurut beliau, perasaan takut dan respons emosi lain
boleh diperoleh atau dihapuskan melalui pelaziman. Contoh yang
paling jelas ialah berdasarkan pada kajian beliau terhadap seorang
bayi dan seekor tikus putih.
Disamping itu, Watson juga memperkenalkan dua prinsip iaitu
prinsip kekerapan dan prinsip kebaruan. Menurut hipotesis beliau
semakin kerap seseorang itu menunjukkan suatu respons terhadap
sesuatu rangsangan semakin tinggi kemungkinan orang itu akan
memberi respons terhadap rangsangan tersebut. Manakala prinsip
kebaruan pula membawa pengertian bahawa semakin baru respons
seseorang terhadap suatu rangsangan, semakin tinggi kemungkinan
orang itu akan memberi repons terhadap sesuatu rangsangan. Oleh
itu, jelaslah bahawa setiap murid memerlukan ulang kaji yang banyak
agar dapat sempurna akalnya sebelum menempuh peperiksaan bagi
membolehkan mereka mengaplikasikan konsep-konsep yang diulang
kajikan. Oleh itu, seorang guru perlu memberi latihan yang kerap
untuk mengukuhkan ingatan setiap murid.
Selain itu, teori ini juga menggalakkan supaya guru
mengaplikasikan peneguhan yang sesuai di dalam pengajarannya.
Sebagai seorang guru, peneguhan itu sangat penting bagi membina
semangat untuk terus mencuba sehingga berjaya dan sentiasa berusaha
untuk mencapai pencapaian yang baik. Guru juga boleh
mengaplikasikan hukum latihan kepada anak muridnya. Sebagai contoh
guru memberikan banyak latihan yang pelbagai anak murid dan memberi
tempoh yang sesuai bagi mereka untuk disiapkan. Amalkan juga teknik
hukuman dan ganjaran bagi yang berjaya menyelesaikan sesuatu
tugasan. Contohnya ialah guru memberi pujian kepada Stella kerana
berjaya menjawab soalan matematik yang disoal oleh guru di dalam
kelas. Dengan pujian seumpama itu akan menarik minat Stella untuk
berusaha untuk menyelasaikan masalah matematik lagi dan lebih
bersemangat untuk belajar matapelajaran matematik.
Tambahan lagi, menurut fahaman teori humanis, mereka melihat
manusia sebagai makhluk yang istimewa dan mempunyai keupayaan yang
tidak serupa dengan binatang. Humanism percaya bahawa manusia
bertindak atas dasar keperluan, motivasi, minat dan nilai. Selain
itu juga, humanis percaya bahawa setiap individu harus dilihat
sebagai satu entiti. Pendekatan teori humanis ini adalah mereka
melihat bahawa setiap murid-muridnya merupakan insan yang
berpotensi, bermotivasi dan berkeupayaan untuk belajar dan
berkembang.
Menurut Carl Rogers, beliau beranggapan bahawa manusia pada
dasarnya adalah baik dan berpotensi dan mempunyai rmotivasi yang
tinggi untuk mencapai potensi diri. Beliau juga menyenaraikan
seorang inan yang sempurna itu perlulah memiliki kualiti-kualiti
yang berikut:
Berfikiran yang terbuka terhadap pengalaman dunia. Dapat membuat
tanggapan yang betul tentang pengalamannya. Menerima kehidupan ini
seadanya dan mengutamakan perkara yang ada pada hari ini.
Mempercayai pemikiran dan persaan sendiri sebagai sesuatu yang
tepat. Menghargai kebebasan diri dan bertanggungjawab ke atas
tindakan sendiri. Kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti sosial
serta menyumbang khidmat kepada masyarakat mengikut kemahiran
masing-masing.
Bukan hanya itu sahaja, Rogers juga terlibat dalam bidang
pendidikan dan beliau telah mengkategorikan pembelajaran itu kepada
dua iaitu pembelajaran kognitif dan pembelajaran pengalaman. Oleh
itu, implikasi yang boleh dilihat daripada teori ini ialah guru
seharusnya memberi focus utama kepada pelajar bukan kepada subjek
yang hendak diajarkan. Sebagai seorang guru menurut teori ini,
murid perlu dijadikan focus utama dalam membentuk dan menignkatkan
ilmu pengetahuannya. Pelajar perlulah memahami dahulu pengajaran
dan pembelajaran yang diajar barulah guru boleh bergerak kepada
matapelajaran yang lain. Guru perlu meletakan matapelajaran itu
sebagai fokus yang kedua.
Di samping itu, implikasi yang boleh diambil dalam eori humanis
ini ialah guru hendaklah melayani pelajar sebagai insan terlebih
dahulu sebelum melayani mereka sebagai pelajar atau murid-murid.
Sebagai seorang guru, kita adalah ibu dan bapa kepada mereka dan
sememangnya menjadi tanggungjawab kita untuk melayani mereka
seperti melayani anak-anak kita di rumah. Dengan sikap dan nilai
kasih sayang yang baik dan murni yang ditunjukkan akan mampu
menarik perhatian murid-murid untuk belajar. Guru juga perlu
menerima setiap diri pelajar itu tanpa sebarang syarat mengikut
potensi dan keupayaan masing-masing.guru seharusnya melayani mereka
dengan sama rata tanpa ada perasaan berat sebelah.
Bukan hanya itu sahaja, implikasi yang dapat diperolehi ialah
guru hendaklah memberi peluang kepada murid-murid untuk memilih
tugasan dan aktiviti pembelajaran yang mereka suka apabila ada
peluang untuk berbuat demikian. Keutamaan dalam teori ini hendaklah
berfokuskan kepada murid-murid kita. Selain itu juga, membentuk
pembelajaran yang berjaya, guru perlulah bijak untuk melibatkan
murid-murid dalam gerak kerja berkumpulan terutamanya pembelajaran
secara koperatif. Hal ini kerana ia mampu untuk membina hubungan
sosial dan kemahiran emosi yang stabil dan baik.
SOALAN BSaya telah memilih teori behaviorisme sebagai panduan
dalam mengaplikasikannya di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Secara umumnya, Teori Pembelajaran
Behaviorisme lebih menekankan kepada tingkah laku dan persekitaran.
Menurut ahli psikologi behaviorisme ini, pembelajaran adalah
perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang individu
yang disebabkan oleh pengalaman. Proses ini akan mula berlaku
ketika awal lahir sehingga ke peringkat tua. Di dalam teori ini,
terkandung beberapa teori yang dikemukakan oleh beberapa orang
tokoh. Antara teori yang diperkenalkan ialah Teori Pelaziman Klasik
Pavlov. Mengikut teori ini, setiap rangsangan akan menimbulkan
gerak balas. Gerak balas bermaksud apa-apa sahaja tingkah laku yang
timbul akibat sesuatu rangsangan. Contohnya, guru akan silih
berganti masuk keluar kelas. Tingkah laku ini akan terbawa-bawa di
rumah jika guru tersebut terdengar loceng di pintu beliau akan
keluar bilik memerhati ahli keluarganya. Hal ini menunjukkan bahawa
bunyi loceng adalah merupakan faktor rangsangan manakala tingkah
laku guru adalah gerak balas. Mengikut teori ini juga, Pavlov
membuat satu eksperimen dengan menggunakan seekor anjing dalam tiga
peringkat iaitu sebelum pelaziman, semasa pelaziman dan selepas
pelaziman.
Pada amnya, behavioris merujuk kepada perlakuan dan tabiat
seseorang manusia. Setiap tindakan yang dilakukan manusia
sebenarnya mempunyai pengaruhnya yang tersendiri. Menurut William
dan Anandam (1973), mereka berpendapat bahawa pembelajaran adalah
sebagai perubahan tingkah laku kekalyang dihasilkan daripada
pengalaman atau latihan. Bertitik tolak dari penyataan di atas saya
dapat simpulkan bahawa pengalaman seseorang sangat penting bagi
membentuk satu pembelajaran dan perubahan tingkah laku positif pada
seseorang. Ekoran daripada kajian yang dilakukan oleh
pelopor-pelopor teori behaviorisme ini, terdapat banyak
kaedah-kaedah yang sesuai diaplikasikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah.
Antara salah satu aplikasi teori pembelajaran behavioris yang
boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah ialah guru perlu menetapkan matlamat yang khusus
terhadap sesuatu pembelajarannya. Aplikasi ini boleh kita lihat
pada eksperimen yang dijalankan oleh Thorndike dimana beliau
menggunakan makanan sebagai matlamat utama kepada seekor kucing
untuk keluar dari sebuah sangkar. Jelaslah disini kita dapat
melihat bahawa guru perlu menentukan matlamat yang spesifik kepada
setiap pengajaran dan pembelajarannya agar guru lebih mudah untuk
mengatur strategi bagi setiap pengajaran yang dirancangkan.
Selain itu, cara bagi guru untuk mengaplikasikan teori
pembelajaran behaviorisme ini dalam pengajaran dan pembelajaran
ialah dengan cara membuat pecahan pada sesuatu tajuk yang padat
kepada sub tajuk yang lebih kecil dan mudah mengikut tahap umur
murid-murid. Tujuan perkara sebegini dibuat adalah untuk betujuan
memudahkan murid-murid memahami dengan jelas sesuatu perkara yang
diajar oleh guru. Dengan menguasai kemahiran dan kaedah yang mudah
itu tadi maka murid-murid mudah untuk meneruskan pembelajarannya
tanpa rasa kurang faham terhadap pengajaran yang di ajar oleh
guru.
Aplikasi yang ketiga ialah pengukuhan. Pengukuhan adalah satu
cara untuk mezahirkan murid-murid untuk berani bersuara dan
memberikan idea semasa proses pembelajaran berlangsung. Menurut
Mahani Razali, Ramlah Jantan & Shahabuddin Hashim (1979)
menyatakan bahawa pengukuhan merupakan sesuatu yang amat penting
dalam mengekalkan prestasi murid walau dalam apa bidang sekalipun.
Oleh itu, seorang guru perlulah menggunakan pelbagai jenis
pengukuhan bagi memastikan keberkesanan setiap pengukuhan tersebut.
Contoh yang paling jelas ialah sekiranya murid menjawab dengan
betul atau menghasilkan tugasan dengan baik, guru haruslah memberi
pujian ataupun hadiah bagi meningkatkan semangat murid tersebut.
Bukan hanya itu sahaja, murid lain akan menjadikan pengukuhan itu
sebagai satu cabaran untuk dirinya agar dia mampu mendapat hadiah
ataupun pujian daripada gurunya. Sejurus dengan itu, dengan adanya
pengukuhan seperti ini, murid akan lebih berani untuk bersuara dan
mengeluarkan pendapat serta yakin untuk mencuba menjawab soalan
yang diberikan oleh guru.
Tambahan lagi, aplikasi yang sesuai digunakan berdasarkan teori
behaviorisme ialah mengaplikasikan hokum kesediaan, hukum latihan,
dan juga hukum kesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. Menurut teori E.L. Thorndike, hukum-hukum yang
telah dicipta olehnya adalah sangat berguna bagi proses pengajaran
dan pembelajaran serta strategi pengajaran yang berkesan sehingga
sekarang. Jika dilihat pada hukum kesediaan yang dicipta oleh
Thorndike, guru itu perlulah merancang sesuatu pengajaran dan
pembelajaran yang kreatif supaya menarik minat pelajar. Contohnya
dengan menyediakan bahan bantu mengajar(BBM) yang menarik, seuai
dengan topik yang ingin diajar dan mempunyai isi yang tepat serta
huraian yang sesuai dengan sesuatu tajuk yang diajar.
Manakala bagi hukum latihan pula, guru perlulah menyediakan
latihan yang secukupnya kepada muird-murid. Latihan sebenarnya
membantu murid-murid untuk mengingati dengan baik dan mampu
menguasai konsep-konsep baru yang diperkenalkan oleh kementerian di
sekolah. Hukum kesan dan akibat pula akan mendatangkan kesan kepada
kefahaman murid kepada pengajaran yang diajar oleh guru. Oleh itu,
guru adalah insan yang perlu sentiasa peka dan kreatif bagi
melahirkan modal insan yang sentiasa bersemangat untuk menimba ilmu
dan tidak mudah lupa dengan segala pengajaran yang diajar.
Di samping itu, sebagai seorang guru juga dia perlulah
memastikan maklum balas yang baik dan kerap oleh anak muridnya.
Cara yang paling mudah untuk melihat tahap kefahaman murid adalah
menyediakan latihan akhir kepada anak muridnya. Daripada latihan
akhir yang diberikan guru boleh mengenalpasti anak muridnya yang
betul-betul faham ataupun tidak dan dengan cara itu guru boleh
mencari jalan supaya mencari jalaan yang lagi mudah bagi membantu
untuk memberi kefahaman yang baik kepada murid-murid. Bukan itu
sahaja, guru juga perlu membincangkan latihan itu dengan serta
merta dan memberi focus kepada perkara yang dipelajari. Disamping
itu, guru juga boleh melihat kefahaman murid-muridnya berdasarkan
maklum balas yang diberikan berdasarkan soalan yang diberikan oleh
guru.
Akhir sekali, aplikasi yang boleh digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah ialah guru perlulah memastikan
pencapaian yang baik dan cemerlang daripada murid-muridnya. Oleh
yang demikian, guru perlulah menggunakan peneguhan untuk
mengekalkan gerak balas terlazim yang menunjukkan proses
penghapusan iaitu dengan menggunakan ransangan baru bagi membentuk
peribadi murid semasa aktiviti pembelajaran berlangsung. Misalnya,
jika selama ini guru hanya memberi makanan seperti roti,gula-gula
kepada anak muridnya sebagai peneguhan tetapi suatu hari guru
menggantikan roti atau gula-gula tersebut kepada buku rujukan
ataupun pen sebagai peneguhan. Kita boleh melihat proses
penghapusan ini adalah menuju kepada kebaikan kerana buku rujukan
ataupun pun adalah lebih baik berbanding dengan gula-gula.
Jelaslah disini bahawa teori behaviorisme ini lebih mengajar
kita aktiviti yang mampu membentuk peribadi murid-murid sekaligus
memberi motivasi kepada mereka tentang pengajaran dan pembelajaran
di dalam bilik darjah. Justeru itu, saya sebagai bakal guru
perlulah peka terhadap isu berkaitan tentang pengajaran dan
pembelajaran kerana itulah tugas yang saya akan pikul sekiranya
menjadi guru kelak. Secara kesimpulannya, pembelajaran merupakan
segala perubahan tingkah laku yang agak kekal, akibat dari
perubahan dalaman dan pengalaman, tetapi bukan semata-mata
disebabkan oleh pertumbuhan atau kematangan, ataupun disebabkan
oleh kesan sementara seperti penyakit. Prinsip pembelajaran ialah
suatu garis panduan mengenai bagaimana pembelajaran berlaku dan
faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran. Dengan itu guru boleh
merancang dengan lebih sempurna untuk melaksanakan pengajarannya
supaya lebih berkesan.
REFLEKSISemasa saya mendapat kertas soalan bagi kerja kursus
ini, saya telah mula bimbang kerana pengetahuan saya dalam bidang
Murid dan Alam Belajar amat cetek selama ini. Saya ingin
mengucapkan tanda kesyukuran kepada Tuhan kerana saya telah berjaya
menghasilkan kerja kursus pendek Murid dan Alam Belajar ini dengan
jayanya. Saya ingin menggunakan peluang ini untuk mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya
dalam proses menghasilkan kerja kursus ini.Dari aspek kelemahan
saya, saya mengalami masalah susah untuk mengolah idea dengan baik
dan kreatif. Untuk mengatasi masalah ini, saya telah meminjam buku
dari perpustakaan dan melayari internet untuk mencari lebih banyak
maklumat tentang teori ini. Dengan pembacaan buku dan maklumat
daripada laman web tersebut telah membantu saya memahami dengan
jelas tentang teori pembelajaran ini. Saya juga mengalami kekangan
masa yang sangat kuat. Akibat terlalu banyak tugasan yang perlu
dijalankan pada masa yang sama menyukarkan saya untuk menyiapkan
tugasan ini dengan cepat.Semasa melaksanakan tugasan ini, saya
telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya
sebagai bakal guru kelak. Setelah membuat banyak rujukan tentang
teori-teori pembelajaran, saya mula memahami dan mengenali serba
sedikit tentang teori-teori pembelajaran yang digunakan oleh
guru-guru sebagai rujukan semasa di sekolah. Melalui teori-teori
pembelajaran ini juga, sedikit sebanyak telah membantu saya dalam
membuat persediaan dalam menghadapi dunia perguruan pada masa
kini.Melalui tugasan yang saya laksanakan, saya telah mempelajari
tentang matlamat yang ingin dicapai oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia bagi melahirkan modal insan yang berkualiti. Saya banyak
mengkaji tentang ciri-ciri setiap teori-teori tersebut dan berusaha
untuk mengenal kepentingan dan implikasi yang akan berlaku jika
mempelajari tentang teori-teori yang diperkenalkan oleh tokoh-tokoh
bagi setiap teori dalam teori pembelajaran. Disamping itu, saya
mula kenal dan dapat membezakan serba sedikit tentang teori-teori
antara teori behaviorisme, teori kognitif, teori humanis dan teori
konstruktivisme.Di samping itu juga, berdasarkan apa yang saya
faham, kita sebagai guru perlu menggunakan pelbagai kaedah dan
aktiviti yang kreatif dan menarik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Hal ini bukan sahaja untuk
meningkatkan semangat pelajar malah untuk mengelak daripada para
pelajar mengantuk ataupun bosan apabila belajar. Berdasarkan teori
behaviorisme ,tokohnya mengatakan bahawa sebagai seorang guru, kita
perlulah menentukan satu matlamat yang sesuai bagi memulakan setiap
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru juga perlu
sentiasa peka dengan pencapaian murid dan sentiasa berusaha untuk
membentuk modal insan yang cemerlang dan mampu menjadi pemimpin
pada masa akan datang.Beralih kepada kelemahan saya semasa
melaksanakan tugasan ini ialah saya mempunyai masalah berkaitan
tentang apa yang dimaksudkan dengan kepentingan teori-teori
pembelajaran dalam meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Namun, perkara tersebut tidak
mematahkan semangat saya malah saya berusaha sedaya upaya saya
dengan mengkaji sendiri dan bertanya kepada rakan senior saya yang
lain tentang kepentingan yang dimaksudkan dalam tugasan yang
pertama. Setelah dijelaskan lebih lanjut berkaitan tentang
kepentingan teori tersebut barulah saya mula faham.Sehubungan itu,
saya mendapat pelbagai ilmu dan idea yang baru serta kreatif untuk
diaplikasikan di sekolah suatu hari nanti. Saya mendapat tahu
bahawa terlalu banyak aktiviti yang boleh dijalankan di sekolah
semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
berlangsung. Selain itu, saya juga mempelajari tentang cara
penggunaan elemen-elemen penting dalam pengisian kurikulum yang
digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Saya juga mula sedar tentang kepentingan subjek murid dan alam
belajar ini dan saya akan berusaha untuk memahaminya barulah saya
mampu melaksanakan tugas saya sebagai guru nanti dengan sebaik
mungkin bagi melahirkan modal insan yang sempurna.Selain itu, saya
mula faham bahawa kita sebagai guru ini perlu banyak meluangkan
masa dengan para pelajar dan cuba untuk mendekatkan diri dengan
mereka agar mereka merasa disayangi dan diperdulikan.Dalam proses
menyiapkan tugasan kerja kursus ini, saya juga banyak bertanya dan
meminta bantuan daripada rakan yang lain kerana saya bimbang saya
melakukan kesilapan. Dengan cara ini juga, saya secara tidak
langsung dapat menjalinkan hubungan silaturahim antara kami. Sikap
toleransi dan bekerjasama antara pensyarah dan rakan-rakan lain
juga banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Akhir
sekali, saya akan sentiasa berusaha untuk mengkaji dan terus
mengkaji tentang cara untuk mengaplikasi teori-teori dalam
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Rujukan
Fatihah, N. H. (2012). Teori Pembelajaran Sosial. Retrieved from
http://wadahserumpun.blogspot.com/p/noor-hafiz-fatihah.htmlHasan,
A. F. (1994). Pengguna Minda yang Optimum dalam Pembelajaran.
Skudai ,Johor: Penerbit UTM.Meng, E. A. (1994). Psikologi Dalam
Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.Mohamed, M. N. (1990).
Pengantar Psikologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Noriati
A. Rashid, B. P. (n.d.). Murid dan Alam Belajar. Selangor Darul
Ehsan: Herald Printers Sdn.Bhd.SARIF, N. M. (2012, Ogos 30).
Psikologi Pembelajaran. Retrieved from
http://cikgutomei.blogspot.com/2012/08/konsep-pembelajaran.htmlTeori
Pembelajaran Kognitif (september 2009). (2012, Ogos 29). Retrieved
from http://rujuknota.blogspot.com/2009/09/
teori-pembelajaran-kognitif.html