7/27/2019 Assignment Cmp 2011 (30 Nov 2012)
1/41
7/27/2019 Assignment Cmp 2011 (30 Nov 2012)
2/41
SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN BAHARU,13700 PERAI,
PULAU PINANG.
KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORMPERINGKAT SEKOLAH 2012
ANJURAN:
JAWATANKUASA KOKURIKULUMSK JALAN BAHARU
7/27/2019 Assignment Cmp 2011 (30 Nov 2012)
3/41
KERTAS KERJAPERKHEMAHAN PENDIDIKAN BADAN BERUNIFORM
SEK KEB JALAN BAHARU, PERAIPULAU PINANG.
______________________________________________________________________
1. TAJUK
Kertas Kerja Perkhemahan Unit Beruniform, Peringkat Sekolah Kebangsaan
Jalan Baharu Perai, Pulau Pinang.
2. TUJUAN, MATLAMAT DAN OBJEKTIF
2.1 Tujuan
Kertas kerja disediakan dan dikemukakan kepada Tuan Guru Besar untuk
mendapat kelulusan melaksanakan aktiviti Perkhemahan Badan Beruniform
dan memohon peruntukkan kewangan daripada pihak sekolah.
2.2 Matlamat
(i) Membuka laluan minda bagi menilai keupayaan diri serta
mengetahui kelemahan diri untuk bergerak ke depan.
(ii) Menyedarkan dan menginsafi diri murid-murid dalam penggunaan
masa untuk melahirkan generasi yang tahu menghargai dan
menguruskan masa dengan baik dan bersistematik.
(iii) Menyampaikan mesej hubungan antara manusia dengan alam
sekitar dengan penerapan mata pelajaran, khususnya Kajian
Tempatan, Sains, Agama Islam untuk melahirkan generasi yangtahu menghargai alam.
7/27/2019 Assignment Cmp 2011 (30 Nov 2012)
4/41
2.3 Objektif
(i) Mengetahui, memahami serta mempraktikkan teknik berkhemah
yang betul merangkumi pemilihan tempat, pemasangan dan
penjagaan khemah, penyediaan bekalan makanan serta aspek
keselamatan diri.
(ii) Menghayati, melindungi dan menghargai alam sejagat ciptaan
Tuhan melalui konsep perlindungan bersepadu menerusi
penerapan aktiviti alam sekitar.
(iii) Menanam sikap toleransi, kerjasama dan bermuafakat dalam
segala perkara serta menghindarkan segala perasaan dengki, iri
hati dan mementingkan diri sendiri.
3. BUTIRAN PERKHEMAHAN
3.1 Tarikh
27 dan 28 Oktober 2012
3.2 Hari
Sabtu dan Ahad ( 2 hari 1 malam )
3.3 Bilangan Peserta
Semua peserta terdiri daripada murid Tahun 6
Bilangan peserta :
Lelaki : 35
Perempuan : 35
Jumlah : 70 orang
3.4 Tempat Perkhemahan
Padang Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu, Perai Pulau Pinang.
7/27/2019 Assignment Cmp 2011 (30 Nov 2012)
5/41
4. JAWATANKUASA
4.1 Jawatankuasa Pengelola:
Unit Ko-Kurikulum Sek Kebangsaan Jalan Baharu, Perai Pulau Pinang.
4.2 Jawatankuasa Induk :
Penasihat : Pn. Zaitun bt Yahaya
Pengerusi : Pn. Faizah Hanum bt Abdullah
Penyelaras : Pn. Noris bt Kassim
Kem Komandan : En. Nasir bin Ibrahim
Pen. Kem Komandan : : En. Bohari bin Ishak
Setiausaha : Pn Azizah bt Hashim
Bendahari : Pn Zainah bt Mohamed
4.3 Pengerusi Jawatankuasa Kecil
Urusetia : En. Hisham bin Salleh
Pengurus Peserta : Ketua Unit-Unit Beruniform
Tapak Perkhemahan : En Sawira bin Osman
Khemah & Peralatan : En Hasrul bin Ismail
Aktiviti : En Ahmad Radhafizal bin Abd Manaf
Makan & Minum : Pn Norhayati bt Mamat
Kerohanian : En Wan Ahmad Pauzi bin Wan Abas
Keselamatan/ Kecemasan : En Mohd Nur Azrul bin Ismail
Siaraya & Dokumentasi : En Mohd Hamedan bin Embong
Persembahan : Cik Hadibah bt Mohamad Darus
Hadiah & Cenderamata : Pn Rohana bt Jusoh
7/27/2019 Assignment Cmp 2011 (30 Nov 2012)
6/41
4.4 Jawatankuasa Kecil :
7/27/2019 Assignment Cmp 2011 (30 Nov 2012)
7/41
JAWATANKUASA BIDANG TUGAS
KETUA PERKHEMAHAN /KEM KOMANDAN :
En. Nasir bin Ibrahim
Bertanggungjawab ke atas semua aktivitidan kelancaran perkhemahan
Bertanggungjawab di atas disiplin peserta.
Mengeluarkan peraturan perkhemahan.
Menguatkuasakan peraturan perkhemahan
PEN KETUA PERKHEMAHAN /
PEN. KEM KOMANDAN:
En. Bohari bin Ishak
Membantu sepenuhnya tanggungjawabdan tugas ketua perkhemahan.
Menjalankan tugas ketua perkhemahansemasa ketiadaannya.
URUSETIAPengerusi : En. Hisham bin Salleh
AJK1 En Rizalme b Sani2. En Anas b Abu Bakar3. Pn Amirah bt Desa
4. Cik Nurul Nadiah bt Mohd Razali5. Pn Wahida bt Muhammad
Menyediakan jadual aktiviti perkhemahan
Menyelaras perjalanan aktiviti danpertandingan
Sentiasa menghebahkan maklumat terkini.
Mengambil pendaftaran peserta dan jugamencatat kehadiran guru bertugas
Membuat laporan setiap aktiviti yangdijalankan
Mengendalikan acara majlis penutup
Menyediakan kain rentang perkhemahan
PENGURUS PESERTA:Semua Ketua Unit BeruniformTKRSPengakapPBSMPuteri IslamTunas Puteri
Menyediakan murid untuk menyertaiPerkhemahan.
Menyediakan borang kebenaran ibu bapabagi setiap peserta unit masing-masing
Menyediakan jadual guru bertugas unit
Masing-masing. Memastikan penyediaan senarai semak
peralatan yang perlu dibawa lebih awal
TAPAK PERKHEMAHANPengerusi :En Sawira bin Osman
AJK:1. En Mohd Zubir b Samsuri2. En Hairul b Hashim
Menyediakan pelan tapak perkhemahan
Menyelaras pembahagian tempat tapakmengikut unit.
Menentukan bilik-bilik yang akan digunakanoleh perserta jika hari hujan.
Menentukan tandas/bilik air yang akandigunakan oleh peserta
Memastikan semua bilik/tempat yangdigunakan sentiasa dalam keadaan bersih
KHEMAH & PERALATANPengerusi :
7/27/2019 Assignment Cmp 2011 (30 Nov 2012)
8/41
MAKANAN DAN MINUMANPengerusi :Pn Norhayati bt Mamat
AJK:1. Pn Zanariah bt Omar2. Pn.Fatimah Wati bt Salleh3. Pn Tn Syarifah Azura bt Abdullah
Menyediakan makanan dan minuman yangbagi semua guru yang terlibat dan murid.
Menyediakan jadual serta menu masakansetiap hari perkhemahan.
Memastikan semua aktiviti memasak dikalangan peserta berjalan lancar.
Menguruskan segala perkara berkaitanmakan dan minum disepanjangperkhemahan.
1
KEROHANIANPengerusi :En Wan Ahmad Pauzi bin Wan Abas
AJK:1. En Lukman bin Ismail2. Pn Rohaiza bt Remli
Menyediakan jadual bertugas imammengikut waktu solat.
Memimpin bacaan Yasin. Mengendalikan kuliah Maghrib dan Subuh.
KESELAMATAN DAN KECEMASANPengerusi :En Mohd Nur Azrul bin Ismail
AJK:1. En Mohd Abd Hafizdiin b Ismail2 Pn Noraziah bt Omar
3. Pengawal keselamatan sekolah
Memastikan tahap keselamatan pesertadan segala peralatan berada dalamkeadaaan yang amat baik.
Menubuh unit kawalan.
Menyediakan bekalan ubat-ubatan sertapeti rawatan yang sempurna danmencukupi.
Menyediakan jadual pengawasan dankawalan keselamatan kawasanperkhemahan.
PERSEMBAHANPengerusi :Cik Hadibah bt Mohamad
AJK:1. Cik Nor Hashimah bt Mohd Razali
2 Cik Rahayu bt Said
Menentukan jenis persembahan dansyarat-syaratnya.
Memberi taklimat kepada peserta sebelumaktiviti dijalankan
Melantik hakim-hakim persembahan danmenyediakan borang penghakiman, jika
persembahan tersebut dijalankan secarapertandingan
Mengurus perjalanan aktiviti persembahan
7/27/2019 Assignment Cmp 2011 (30 Nov 2012)
9/41
ELEKTRIK, SIARAYA DANDOKUMENTASI1Pengerusi :
2En Mohd Hamedan bin Embong
AJK:1. En Ismail bin Awang Lah2 Pekerja sekolah
3
Menyediakan kemudahan elektrik danperalatan siaraya yang sempurna di seluruh
tapak perkhemahan sepanjang tempoh kemdiadakan
Mengemaskini peralatan yang telahdigunakan dan disimpan pada tempat yangsesuai
Mengurus dan menyediakan peralatansiaraya untuk sebarang bentukpersembahan/aktiviti (jika diperlukan)
HADIAH DAN CENDERAMATAPengerusi :Pn Rohana bt Jusoh
AJK:1. Pn Norliza bt Ismail@Chik2 Pn Noraziah bt Manab
1
Menyediakan hadiah kepada pesertaberdasarkan pertandingan yang dijalankan.
Menyediakan lain-lain hadiah dan cenderamata
Menguruskan majlis penyampaian hadiah
7/27/2019 Assignment Cmp 2011 (30 Nov 2012)
10/41
7/27/2019 Assignment Cmp 2011 (30 Nov 2012)
11/41
5. ANGGARAN PERBELANJAAN
(RM : SATU RIBU EMPAT RATUS LIMA SAHAJA)
BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH
1 Makan Minum Murid
Makan Tengahari (Jumaat)
Minum Petang (Jumaat)
Makan Malam (Jumaat)
Minum Malam (Jumaat)
Sarapan (Sabtu)
Minum Pagi (Sabtu)
Makan T/Hari (Sabtu)
Minum Petang (Sabtu)
RM3.00 x 70 orang = RM210.00
RM1.00 x 70 orang = RM 70.00
RM3.00 x 70 orang = RM210.00
RM1.00 x 70 orang = RM 70.00
RM1.00 x 70 orang = RM 70.00
RM1.00 x 70 orang = RM 70.00
RM3.00 x 70 orang = RM210.00
RM1.00 x 70 orang = RM 70.00
RM980.00
2Hadiah
Tempat Pertama
Tempat Kedua
Tempat Ketiga
RM20.00 x 5 = RM100.00
RM15.00 x 5 = RM 75.00
RM10.00 x 5 = RM 50.00
`RM225.00
3 Peralatan Bahan api
Tali
Racun serangga
RM100.00
4 Kecemasan Ubat-ubatan RM100.00
JUMLAH BESAR RM1405.00
7/27/2019 Assignment Cmp 2011 (30 Nov 2012)
12/41
6. TENTATIF PROGRAM
MASA /HARIHARI PERTAMA
SABTU27 OKTOBER 2012
HARI KEDUAAHAD
28 OKTOBER 2012
5.30 PAGI Bangun, Siap Diri , Solat Subuh
8.00 PAGI Sarapan Pagi
8.30 PAGI Pendaftaran Peserta
Mendirikan Khemah
Taklimat Umum
Aktiviti 5:
Pertandingan memasak
10.00 PAGI Minum Pagi
10.30 PAGIAktiviti 1 :
Penyediaan Gejet &
Anyaman Daun kelapa
Aktiviti 6 :
Pemeriksaan Khemah
12.30 THARI Rehat, Makan Tengahari danSolat Zohor Rehat, Makan Tengahari,Solat Zohor
2.30 PETANGAktiviti 2 :
Pertandingan Kawad
Aktiviti 7 :
Persembahan Kebudayaan
4.00 PETANG Solat Asar/Minum Petang
5.00 PETANGAktiviti 3:
Sukaneka
Perasmian Penutup& Penyampaian Hadiah
6.30 PETANGMandi, Makan MalamSolat Maghrid & Isyak
BERSURAI
9.00 MALAMAktiviti 4:
Kembara Malam
10.30 MALAM Minum Malam
11.00 MALAM Tidur
7/27/2019 Assignment Cmp 2011 (30 Nov 2012)
13/41
7. JADUAL TINDAKAN
7/27/2019 Assignment Cmp 2011 (30 Nov 2012)
14/41
8. PENUTUP
Adalah diharapkan agar perkhemahan yang dirancang ini dapat dilaksanakandengan sempurna dan jayanya. Jua diharapkan agar ianya mendapat sokongansepenuhnya daripada pihak pengurusan dan semua guru agar semua objektifdan matlamatnya tercapai.
HARI PERTAMA : SABTU ( 27 OKTOBER 2012 )
MASA AKTIVITI TINDAKAN
8.30 pagi Pendaftaran Urusetia9.00 pagi Mendirikan khemah Ketua & Guru Unit
10.00 pagi Taklimat umum Kem Komandan
10.30 pagi Minum pagi JK Makanan/Minuman
11.00 pagiAktiviti 1 :Penyediaan Gejet dan
Anyaman Daun KelapaJK Aktiviti
12.30 thari Makan Tengahari , Solat ZohorJK Makanan & JKKerohanian
2.30 petang Aktiviti 2 :Pertandingan Kawad Kaki
JK Aktiviti
4.00 petang Solat Asar JK Kerohanian
5.00 petang Aktiviti 3 :Sukaneka JK Aktiviti
6.30 petangMakan Malam,Solat Maghrib & Bacaan Yasin
JK Makanan &JK Kerohanian
9.00 malam Aktiviti 4 :Kembara Malam
JK Aktiviti
10.30 malam Minum malam JK Makanan
11.00 malam Tidur Urusetia & JK Keselamatan
HARI KEDUA : AHAD ( 28 OKTOBER 2012 )
Masa Aktiviti Tindakan
5.30 pagi Siap diri, Solat & Kuliah Subuh JK Kerohanian
8.00 pagi Sarapan Pagi JK Makanan8.30 pagi
Aktiviti 5 :Pertandingan Memasak
JK Aktiviti
10.00 pagi Minum pagi JK Makanan
10.30 pagiAktiviti 6 :Pemeriksaan Khemah JK Pertandingan
12.30 t/hari Makan Tengahari , Solat ZohorJK Makanan, KerohanianKeselamatan
2.30 petang Aktiviti 7 :Persembahan Kebudayaan
JK Persembahan & Siaraya
4.00 petang Solat Asar JK Kerohanian
5.00petangPerasmian Penutup &
Penyampaian Hadiah
Urusetia & JK Hadiah&
Semua Guru6.00 petang BERSURAI
7/27/2019 Assignment Cmp 2011 (30 Nov 2012)
15/41
Disediakan oleh:
PN NORIS BINTI KASSIMPenyelarasPerkhemahan Unit BeruniformSek Keb Jalan Baharu,13700 Perai,Pulau Pinang.
Disemak oleh;
PN REVATHI A/P KURUSAMY PILLAYGuru Penolong Kanan Ko-KurikulumSek Keb Jalan Baharu,13700 Perai,Pulau Pinang.
7/27/2019 Assignment Cmp 2011 (30 Nov 2012)
16/41
2.(b) Refleksi Pelaksanaan Perkhemahan Pendidikan Luar
2.1 Laporan Aktiviti Perkhemahan Pendidikan Luar
LAPORANPROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
2012
Tarikh : 27 Oktober 2012 hingga 28 Oktober 2012
Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu,
Perai, Pulau Pinang.
Laporan Hari Pertama : 27 Oktober 2012 (Sabtu)
Pada jam 8.30 pagi seramai 70 orang peserta telah mendaftar untuk menjalani
program ini. Setelah selesai proses pendaftaran, para peserta dibekalkan
dengan khemah dan peralatan-peralatan yang berkaitan. Pada jam 9.00pagi,
aktiviti mendirikan khemah dimulakan. Sejam kemudian, semua khemah siap
didirikan.
Pada jam 10.00 pagi, satu sesi taklimat umum untuk para peserta telah berikan
oleh Kem Komandan. Para peserta dimaklumkan tentang peraturan yang mesti
dipatuhi sepanjang program. Para peserta seterusnya diberikan minum pagi
pada jam 10.30 pagi .
Aktiviti pertama bermula pada jam jam 11.00 pagi. Aktiviti tersebut ialah
penyediaan gejet dan juga membuat anyaman menggunakan daun kelapa untuk
dijadikan hiasan khemah masing-masing. Semua peserta mengambil bahagian
dengan semangat kerjasama yang cukup tinggi. Peserta berhenti tepat jam
12.30 tengah hari untuk makan di khemah pusat yang disediakan dan solat
Zohor di surau sekolah.
7/27/2019 Assignment Cmp 2011 (30 Nov 2012)
17/41
Program disambung semula pada jam 2.30 petang untuk aktiviti kedua, iaitu
Pertandingan Kawad Kaki . Aktiviti ini telah dijalankan di perkarangan sekolah
dan dikendalikan dengan begitu baik oleh Jawatankuasa Aktiviti . Pertandingan
kawad telah tamat pada jam 4.00 petang. Semua peserta berhenti rehat untuk
minum petang dan solat Asar.
Pada jam 5.00 petang, aktiviti ketiga telah dijalankan. Mengikut perancangan
awal, slot ini adalah aktiviti Jungke Tracking. Namun begitu, atas faktor
keselamatan peserta, ianya terpaksa ditukar kepada aktiviti sukeneka kerana
cuaca tidak mengizinkan. Hujan turun agak lebat dengan tiupan angin yang
agak kencang. Aktiviti sukaneka telah dijalankan di dewan sekolah dan
dikendalikan oleh Ketua Aktiviti En Ahmad Radhafizal dengan dibantu tiga
pembantunya
Aktiviti ditamatkan pada jam 6.00 petang untuk memberi ruang kepada peserta
mandi. Jam 6.30 petang peserta diberikan makan malam dan bersedia untuk
solat Maghrib, bacaan Surah Yasin serta solat Isyak berjemaah di dewan
sekolah yang dipimpin oleh Ustaz Wan Ahmad Pauzi selaku Ketua
Jawatankuasa Kerohanian.
Jam 9.00 malam, semua peserta menyertai aktiviti keempat iaitu Kembara
Malam. Peserta dilepaskan berjalan secara berpasangan dengan dibekalkan
sebatng lilin. Semua peserta dikehendaki melalui laluan yang gelap dan sunyi
untuk menguji kekuatan semangat mereka. Aktiviti tamat jam 10.30 malam dan
peserta diberikan minum malam.
Selepas itu, semua peserta balik ke khemah masing-masing untuk berehat dan
tidur. Jawatankuasa Keselamatan telah mengambil alih tugas untuk
memastikan keselamatan semua peserta dalam keadaan yang terkawal.
7/27/2019 Assignment Cmp 2011 (30 Nov 2012)
18/41
L aporan Hari Kedua : 28 Oktober 2012 (Ahad)
Aktiviti bermula pada jam 5.30 pagi . Para peserta bangun dan mandi untuk solat
Subuh dan kuliah Subuh. Solat dan kuliah telah dipimpin oleh Ustaz Abd
Hafizdin. Seterusnya semua peserta berkumpul di padang untuk senaman pagi
dan dikendalikan oleh En Kamal selaku Ketua Jawatankuasa Riadah..
Jam 8.00 pagi semua peserta bersarapan. Tepat jam 8.30 pagi aktiviti kelima
dijalankan iaitu pertandingan memasak. Peserta dikehendaki menyediakan
jemput-jemput pisang. Pada jam 10.00 pagi, peserta berhenti rehat dan diberi
minum.
Tepat jam 10.30 pagi, satu pemeriksaan khemah-khemah peserta telah
dilakukan. Pada ketika ini, sebahagian peserta melakukan latihan untuk aktiviti
persembahan.
Jam 12.30 tengahari, peserta makan tengahari. Selepas itu, pada jam 1.30
petang, peserta ke surau untuk solat Zohor. Selepas itu, persembahan
kebudayaan diadakan. Jam 4.00 petang, peserta diberi minum dan menunaikan
solat Asar. Jam 4.30 petang, khemah-khemah diturunkan dan tapak
pekhemahan dibersihkan.
Pada jam 5.30 petang, majlis penyampaian hadiah dan perasmian penutup telah
diadakan. Majlis telah disempurnakan oleh Pn. Zaitun bt Yahaya, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu. Selesai majlis penutup, semua peserta telah
di arah berkumpul dan bersalaman dengan para peserta dan guru-guru bertugas
sebelum mereka pulang .
Program tamat tepat pada jam 6.00 petang setelah semua peserta pulang kerumah masing-masing.
7/27/2019 Assignment Cmp 2011 (30 Nov 2012)
19/41
2.2 Kekuatan dan Kekurangan Program
Kekuatan:Kejayaan pelaksanaan program perkhemahan Unit Beruniform kali ini amat
bergantung kepada elemen seperti berikut :
1 i) Peserta Program
2 Kesemua peserta program adalah pelajar dari Tahun 6 dan kebanyakkan
daripada mereka ini adalah pelajar yang sememangnya mempunyai karisma
dan keterampilan yang tersendiri. Oleh yang demikian tidak ada masalah disiplin
yang berlaku sepanjang program ini berlangsung dan kesemua mereka taat danikut perintah yang diberikan.
3ii) Kem Komandan / Pen. Kem Komandan
4Pemilihan Kem Komandan dan juga Pen. Kem Komandan yang berpengalaman
dan berkarisma serta bijak mengurus perjalanan program, seseorang Kem
Komandan perlu memiliki ketegasan dalam memberi arahan dan mudah
menerima teguran daripada para fasilitator dan juga para urusetia. Kem
Komandan juga perlu percaya kepada kebolehan semua pegawai di bawah
pentadbirannya dan tidak sesekali menjatuhkan air muka pegawai di bawahnya
di hadapan peserta.
5
6iii) Urusetia yang berpengalaman
7Perjalanan program tidak mungkin berjaya tanpa sumbangan bakti daripada
urusetia yang mahir dan berpengalaman. Urusetia yang baik dapat menjalankan
tugas dengan cemerlang bersama-sama. Kem Komandan dan semua pengerusi
dan ahli jawatankuasa kerja
7/27/2019 Assignment Cmp 2011 (30 Nov 2012)
20/41
iv) Kemudahan prasarana yang lengkap
Tempat program dijalankan sememangnya lengkap dengan semua
kemudahan asas terutamanya padang tapak khemah yang luas, punca air
dan elektrik, tempat beriadah. Ini semua dapat membantu melancarkan
perjalanan program.
1 v) Hubungan baik pihak dan Pengerusi JKKR, RELA dan Polis.
2 Kerjasama dan hubungan yang baik antara pihak pengurusan JKKR, RELA dan
pihak polis telah banyak membantu melicinkan perjalan program terutamanya
dalam aspek keselamatan peserta program, terutamanya pada waktu malam.
Pihak RELA dan polis telah bergilir-gilir melakukan rondaan di sekitar kawasan
perkhemahan.
3 vi) Peruntukan program yang mencukupi
4 Tanpa peruntukan kewangan yang mencukupi program seperti ini tidak dapat
dijayakan dengan sempurna. Tidak dapat dinafikan pada hari ini semua perkara
yang hendak dijayakan memerlukan kos yang mencukupi. Oleh yang demikian,
kejayaan program kali ini juga banyak bergantung kepada peruntukkan
7/27/2019 Assignment Cmp 2011 (30 Nov 2012)
21/41
Kekurangan:
Antara kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti adalah seperti berikut :
i) Khemah rosak
Beberapa buah khemah peserta yang telah siap dipasang didapati bocor. Di
samping itu, terdapat khemah yang peralatannya tidak lengkap. Ianya
terpaksa digantikan semula dengan khemah lain. Ini telah menimbulkan masalah
dan merugikan masa peserta.
1
2 ii) Kemudahan rawatan kecemasan
3 Walaupun ada urusetia bahagian ini namun terdapat kekurangan pegawai. Bagi
kes-kes kecemasan, pihak Kem Komandan terpaksa menghantar peserta terus
ke hospital. Diharapkan agar pada program yang akan datang urusetia bahagian
ini perlu ada sepanjang masa program ini berlangsung.
4
5 iii) Makan dan minum pegawai tidak mencukupi
6 Pegawai yang lewat tiba untuk sarapan pagi , makan tengah hari dan makan
malam tidak dapat makan dan terpaksa makan di luar. Hal ini berlaku kerana
pihak Jawatankuasa Makanan hanya menghidangkan makanan mengikut
jumlah guru yang ada di meja makan ketika itu dan tidak menyediakan makanan
seperti mana jumlah yang ditempah.
7
8v) Tandas dan bilik air yang jauh
1 Para peserta terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk ke bilik air dan
tandas kerana ianya terletak agak jauh dari tapak perkhemahan. Ini sebenarnya
telah mengganggu program-program lain.
Apa yang diharapkan moga segala masalah yang dilaporkan ini dapat diambiltindakan untuk diatasi agar program yang bakal dilaksanakan pada tahun
berikutnya dapat dilaksanakan dengan cemerlang.
7/27/2019 Assignment Cmp 2011 (30 Nov 2012)
22/41
Disediakan oleh ,
(EN. NASIR BIN IBRAHIM) 31 OKTOBER 2012
Kem KomandanPerkhemahan Unit Beruniform 2012Sek Keb Jalan Baharu,Perai, Pulau Pinang.
7/27/2019 Assignment Cmp 2011 (30 Nov 2012)
23/41
2.3 Cadangan penambahbaikan
Berdasarkan beberapa kelemahan dan kekurangan yang telah dikenalpasti dalam
pelaksanaan program perkhemahan unit beruniform, dikemukakan beberapa
cadangan untuk penambahbaikan program berkenaan pada masa akan datang.
Cadangan :
i) Pemeriksaan khemah
Beberapa hari sebelum program dijalankan, pihak Jawatankuasa Khemah perlu
membuat pemeriksaan ke atas semua khemah yang akan digunakan. Ini adalah
bagi mengenaplasti khemah yang rosak dan tidak sesuai digunakan.
9ii) Kemudahan rawatan kecemasan
Dalam hal berkaitan rawatan dan kecemasan, dicadangkan agar sekurang-
kurangnya seorang pegawai/pembantu kesihatan yang bertauliah berada di tapak
perkhemahan dalam satu-satu masa. Ini bertujuan memberikan pertolongan
bantu mula dan bantuan segera sekiranya berlaku sebarang masalah. Maka tidak
perlulah Kem Komandan menghantar peserta terus ke hospital/klinik. Selain itu,diharapkan pada program yang akan datang urusetia bahagian ini perlu ada
sepanjang masa program ini berlangsung.
iii) Bilik air dan tandas
Bilik air dan tandas sementara perlu disediakan berhampiran kawasan
perkhemahan untuk mengelakkan peserta mengambil masa terlalu lama untuk ke
bilik air dan tandas yang agak jauh. Ianya akan dapat menjimatkan masa dan
melicinkan serta melancarkan perjalanan program.
7/27/2019 Assignment Cmp 2011 (30 Nov 2012)
24/41
MINIT MESYUARAT PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN BAHARU, PERAI TAHUN 2012
Tarikh : 26 September 2012 (Rabu)
Masa : 1.45 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Jalan Baharu
Kehadiran :
En. Nasir bin Ibrahim
En. Bohari bin Ishak
Pn Azizah bt Hashim
Pn Zainah bt Mohamed
En. Hisham bin Salleh
En. Sawira bin Osman
En. Hasrul bin Ismail
En. Ahmad Radhafizal bin Abd Manaf
Pn Norhayati bt Mamat
En Wan Ahmad Pauzi bin Wan Abas
En Mohd Nur Azrul bin Ismail
En Mohd Hamedan bin Embong
Cik Hadibah bt Mohamad Darus
Pn Rohana bt Jusoh
En Rizalme b Sani
En Anas b Abu Bakar
Tidak hadir:
En Azuan bin Shafie
Pn Azniza bt Daud
Pn Maznah bt Omar
En Mohd Zubir b Samsuri
En Hairul b Hashim
Pn Amirah bt Desa
En Ahmad b Rosli
En Mohd Nur Azrul bin Ismail
En Mohd Abd Hafizdin b Ismail
En Adib bin Musa
Pn Noriada bt Abd Rahman
Pn Suria bt Mohamed
Pn Mazuini bt Zulkifli
Cik Nurul Nadiah bt Mohd Razali
Pn Wahida bt Muhammad
7/27/2019 Assignment Cmp 2011 (30 Nov 2012)
25/41
Turut hadir :
Pn. Faizah Hanum bt Abdullah (PK 1)
En. Nasir bin Ibrahim (PK HEM)
Pn. Revathi A/P Kurusamy Pillay (PK KK)
Pn. Noris bt Kassim (Penyelaras)
1. Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi memulakan dengan ucapan selamat sejahtera dan selamat
datang kepada semua ahli jawatankuasa unit beruniform.
1.2 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran yang sangat
memuaskan.
1.3 Pengerusi menyatakan bahawa tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk
membincangkan perkhemahan unit beruniform yang akan diadakan.
Tindakan: Makluman
2.Perbincangan Pelaksanaan Kertas Kerja Perkhemahan
2.1 Setiausaha unit beruniform menyatakan bahawa dalam kertas kerja yang akan
dibuat, mestilah mengandungi maklumat-maklumat penting seperti tajuk, aktiviti
yang akan dijalankan, keselamatan, kos perbelanjaan, cadangan tarikh, tempoh
pelaksanaan program, lokasi yang strategik untuk perkhemahan, kumpulan
sasaran, makanan dan senarai AJK pelaksanaan program.
Tindakan: Makluman
3. Perbincangan Tentang Perkhemahan Tahunan
3.1. Tempat, Tarikh, Bilangan Hari dan Kumpulan yang terlibat
3.1.1 En. Nasir mencadangkan lokasi perkhemahan diadakan di Padang SK
Jalan Baharu, Perai.
Tindakan: Pengerusi.
3.1.2 Pn. Wahidah pula mencadangkan bahawa lokasi perkhemahan
diadakan di Lata Sedim, Kulim.
Tindakan: Pengerusi.
7/27/2019 Assignment Cmp 2011 (30 Nov 2012)
26/41
3.1.3 Rundingan membincangkan dan sebulat suara memilih Padang SK
Jalan Baharu, Perai sebagai lokasi perkhemahan.
Tindakan: Makluman.
3.1.4 Ahmad Radhafizal mencadangkan tarikh pada 27 Oktober 2012 dan 28
Oktober 2012 ini bagi perkhemahan unit beruniform.
Tindakan:Pengerusi
3.1.5 Cik. Nurul Nadiah mencadangkan kumpulan yang terlibat bagi
perkhemahan ini ialah ahli-ahli unit beruniform yang berada dalam tahun 6
supaya mereka didedahkan dengan satu pengalaman dan ilmu tentang
perkhemahan dan sebagai program terakhir kepada mereka berada di
sekolah rendah.
Tindakan: Makluman
3.2. Pelantikan AJK pelaksanaan
3.2.1 Pengerusi mencadangkan AJK pelaksanaan perkhemahan kepada
beberapa unit iaitu :
AJK tapak perkhemahan
AJK makanan dan minuman
AJK keselamatan dan kecemasan
AJK sukan dan riadah
AJK kerohanian
AJK urusetia
AJK hadiah dan cenderamata
AJK kewangan
AJK elektrik, siaraya dan dokumentasi
AJK persembahan
AJK pengurus peserta
7/27/2019 Assignment Cmp 2011 (30 Nov 2012)
27/41
Tindakan: Makluman
4. Perbincangan mengenai perbelanjaan
4.1 Perbelanjaan / keperluan program :
4.1.1 Makanan :
Makan Tengahari (Jumaat)
Minum Petang (Jumaat)
Makan Malam (Jumaat)
Minum Malam (Jumaat)
Sarapan (Sabtu)
Minum Pagi (Sabtu)
Makan T/Hari (Sabtu)
Minum Petang (Sabtu)
Tindakan : Makluman
4.1.2 Peralatan untuk perkhemahan :
Khemah (10 buah)
Tali
Lampu picit (6 unit)
Kompas (6 unit)
Komputer riba , LCD dan skrin putih
Peti kecemasan (2 kotak)
7/27/2019 Assignment Cmp 2011 (30 Nov 2012)
28/41
Kain putih 5 meter
Cat jenis pelaka (merah, biru, kuning)
Tindakan : Makluman
7/27/2019 Assignment Cmp 2011 (30 Nov 2012)
29/41
4.1.3 Penghargaan :
Cenderamata diberikan kepada guru besar dan guru-guru
pengiring.
Hadiah kepada kumpulan para peserta yang menangdalam pertandingan yang dianjurkan.
Tindakan : Makluman
4.2 Keselamatan :
4.2.1 Setiap murid akan dilindungi oleh insurans berkelompok.
Keselamatan setiap murid juga akan dijaga oleh guru pengiring.
Tindakan : Makluman
5. Aktiviti yang dirancang untuk dilaksanakan semasa perkhemahan bersepadu
5.1 Antara aktiviti yang telah dibincangkan dan ingin dilaksanakan.
Penyediaan Gejet & Anyaman Daun kelapa
Pertandingan Kawad
Senaman pagi
Sukaneka
Kembara Malam
Pertandingan Memasak
Pemeriksaan Khemah
Persembahan Kebudayaan
Tindakan : Makluman
5.2 Majlis perasmian
5.2.1 Program Perkhemahan Unit Beruniform ini akan dirasmikan oleh
Puan Zaitun bt Yahaya, Guru Besar SK Jalan Bharu, Perai.
Tindakan : Makluman
7/27/2019 Assignment Cmp 2011 (30 Nov 2012)
30/41
6. Hal-hal lain
6.1 Ucapan Pengerusi
6.1.1 Pengerusi ingin membuat mesyuarat kecil dengan semua ahli
jawatankuasa pelaksanaan pada 4 Oktober 2012 untuk memastikan
segala yang dirancang berjalan dengan jayanya.
Tindakan : Makluman
6.1.2 Pengerusi berharap segala yang dirancang akan berjaya dengan
baik dan berharap kerjasama dari semua pihak bagi memastikan
perancangan projek ini akan berjaya.
Tindakan : Makluman
6.1.3 Wakil bendahari menyatakan bahawa baju t-shirt berharga RM21.00
bagi baju yang berlengan panjang dan RM20.00 bagi yang berlengan
pendek untuk semua peserta program. Bayaran baju ini termasuk dengan
bayaran yuran keseluruhan individu perkhemahan ini.
Tindakan : Makluman
7. Penutup
7.1 Ucapan Penutup Pengerusi
7.1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang
hadir dan memberi kerjasama dalam melaksanakan projek perkhemahan
ini.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.45 petang.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
.. .
(Noris binti Kassim) (Zaitun binti Yahaya)
Penyelaras Unit Beruniform, Guru Besar
Sek. Keb. Jalan Baharu, Sekolah Keb. Jalan Baharu,
13700 Perai, 13700 Perai,
7/27/2019 Assignment Cmp 2011 (30 Nov 2012)
31/41
Pulau Pinang. Pulau Pinang.
TEKS PENGERUSI MAJLISPERASMIAN PENUTUPAN PERKHEMAHAN
TARIKH : 28 OKTOBER 2012TEMPAT : PADANG SK JALAN BAHARU, PERAI
BIL ACARA TEKS UCAPAN CATATAN
Apabila Perasmitiba
Mengumumkan ketibaan Pn. Zaitun bt Yahaya, GuruBesar Sekolah Kebangsan Jalan Baharu, Perai.
1. Protokol majlis Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dansalam sejahtera.
Yang Berbahagia, Pn. Zaitun bt Yahaya Guru BesarSekolah Kebangsaan Jalan Baharu.
Yang dihormati,En. Nasir bin Ibrahim Kem KomandanPerkhemahan Unit Beruniform.
Yang dihormati, En. Bohari bin Ishak Penolong KemKomandan.
Yang Berusaha, para urusetia Perkhemahan unitBeruniform.
Fasililator-fasililator Perkhemahan, para pesertaPerkhemahan,
Serta hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.
Apabila VIP
bersedia
2. Menyatakankesyukuran
Sirih berlipat siri pinang,Sirih dari Pulau Mutiara,Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana
dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita sama-samaberkumpul di dalam Perasmian Program PerkhemahanUnit Beruniform peringkat sekolah.
7/27/2019 Assignment Cmp 2011 (30 Nov 2012)
32/41
3. Bacaan doa Para hadirin yang mulia,
Menadah tangan tanda kerendahan,
Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan
Untuk memberkati majlis pada petang ini, dengan
sukacitanya dijemput Al-Fadhil ustaz Hasrul untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Setelah selesai bacaan doa...........
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al-Fadhilustaz atas bacaan doa sebentar tadi.
4. Ucapanalu-aluan olehwakil peserta.
Sebagai pembuka persada ucapan, majlis denganhormatnya mempersilakan adik Wan Zairul bin Wan
Ahmad, wakil peserta perkhemahan untuk memberiucapan. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
(pause)
Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan itu tadi.
5. Ucapan olehperasmi
Sidang dewan yang mulia,
Kini tibalah waktu yang dinantikan iaitu ucapanPerasmian Penutupan Program Perkhemahan UnitBeruniform peringkat sekolah.
Sehubungan dengan itu majlis mempersilakan Pn.Zaitun bt Yahaya, Guru Besar Sek. Keb. Jalan Baharuuntuk menyampaikan ucapan seterusnya
menyempurnakan penutupan rasmi ProgramPerkhemahan Unit Beruniform.
Dengan penuh takzimnya dipersilakan.
Setelah selesai ucapan ...
7/27/2019 Assignment Cmp 2011 (30 Nov 2012)
33/41
Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian
yang berusaha Pn Zaitun bt Yahaya, Guru Besar SK
Jalan Baharu, atas ucapan dan kesudian beliau
menutup rasmi program Perkhemahan Unit Beruniform
itu tadi
6. Nyanyian Lagu-
lagu rasmi
Hadirin dan hadirat sekalian,
Majlis pada hari ini telah sampai ke penghujungnya.
Merdu bertingkah alunan suara,
Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.
-Sekian, saya akhiri majlis dengan lafaz suci
wabilahi............
7. Dengan bismillah kita mulai ,Alhamdulillah wassala tanabi,Dengan takdir Illahi Rabbi,Selesailah sudah upacara merasmi.
Songket biru tampak berseri,Tenunan indah buat arjuna,Tersilap bicara harap maafi,Ketemu lagi, di lain acara
8. Majlis mengumumkan Yang Berbahagia Pn. Zaitun btYahaya meninggalkan majlis.
Sekian, saya akhiri majlis dengan lafaz suciwabillah.....wassalamualaikum w.b.t.
7/27/2019 Assignment Cmp 2011 (30 Nov 2012)
34/41
Contoh Peraturan-Peraturan Keselamatan Perkemahan
1. Semasa perkhemahan, tuan/puan hendaklah menjalinkan silaturahim, kenal-mengenali dan hormat-menghormati antara satu sama lain.
2. Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yangditetapkan oleh kem komandan.
3. Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiapprogram.
4. Menjaga segala peralatan yang disediakan . Dilarang merosakkan ataumemindahkan peralatan ke tempat lain.
5. Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok dalamkawasan perkhemahan dan membuang sampah di merata-rata tempat.
6. Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat dalamkawasan perkhemahan.
7. Tidak dibenarkan memberi sebarang makanan kepada binatang-binatang.
8. Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dandemikian juga sebaliknya tanpa kebenaran.
9. Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai selipar ataukain pelikat sama ada ke dewan makan atau keluar daripada kawasanperkhemahan.
10. Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali .
11. Setiap peserta, tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing,
selepas jam 12.00 tengah malam.
12. Tidak dibenarkan memancing, berburu dan menangkap binatang tanpakebenaran semasa perkhemahan.
13. Peserta yang melanggar peraturan keselamatan ini akan dikenakan tindakanoleh Jawatankuasa Keselamatan/Urusetia.
14. Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman dari luar semasaperkhemahan.
15. Tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktivitirasmi.
16. Penjagaan diri/peralatan/harta persendirian perlu diberi keutamaan.
17. Aktiviti penggunaan air dan api perlu dijalankan di bawahpenyeliaan/pengawasan danmendapat kebenaran dari pihak berkenaan.
18. Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah di bawah penyeliaan danpengawasan pihak bertanggungjawab.
7/27/2019 Assignment Cmp 2011 (30 Nov 2012)
35/41
19. Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihakpenganjur.
20. Peraturan-peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan darisemasa ke semasa jika difikirkan perlu.
7/27/2019 Assignment Cmp 2011 (30 Nov 2012)
36/41
Lampiran 1
Contoh Surat Pemberitahuan Tentang Perkhemahan Tahunan Pasukan PakaianSeragam Peringkat Sekolah 2003.
Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu, Rujukan Tuan:Rujukan Kami: SKJB/05/PPS/2012(11)
13700 Perai. Tarikh : 20 September 2012Pulau Pinang.
Kepada SemuaIbu Bapa/Penjaga Pelajar Tahun 6Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu.
Tuan / Puan,
Pemberitahuan Tentang Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah 2012.
Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk
2. Sehubungan itu dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakanPerkhemahan Unit Beruniform sepertimana yang tersebut di atas. Butir-butir mengenaiperkhemahan tersebut adalah seperti berikut:-
2.1 Tajuk : Perkhemahan Unit Beruniform PeringkatSekolah 2012.
2.2 Tarikh : 27 Hingga 28 Oktober 2012.
2.3 Masa : 8.00pg hingga 4.30ptg.
2.4 Tempat : Kawasan Padang SK Jalan Baharu.
2.5 Sasaran : Pelajar Tahun 6, SKJB.
2.6 Penyertaan : 70 pelajar dan 45 guru.
Sekian untuk makluman tuan, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
.............................................( PN ZAITUN BT YAHAYA )Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu.
s.k 1. Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah.2. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
7/27/2019 Assignment Cmp 2011 (30 Nov 2012)
37/41
Lampiran 2
Contoh Surat Memohon Kebenaran Mengadakan Perkhemahan Kapada GuruBesar
Setiausaha, Rujukan Tuan:Jawatankuasa Pelaksana, RujukanKami:PPS/10/SU/2012(12)Perkhemahan Pasukan Unit Beruniform, Tarikh :20 September 2012Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu.
Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu,13700 Perai, Pulau Pinang.
Tuan,
Memohon Kebenaran Mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat
Sekolah 2012.
Sukacita perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan itu dipohon kebenaran tuan untuk kami mengadakanperkhemahan tersebut pada ketetapan berikut :
2.1 Tarikh : 27 hingga 28 Oktober 2012.2.2 Hari : Sabtu hingga Ahad.2.3 Masa : 8.00 pg 4.30 ptg.2.4 Tempat : Kawasan Padang SK Jalan Baharu.
3. Bersama-sama ini dilampirkan kertas cadangan perkhemahan untuk maklumandan tindakan tuan.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
.................................( REVATHI A/P KURUSAMY PILLAY )
Penolong Kanan Kokurikulum,Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu,MerangkapSetiausaha,Jawatankuasa Pelaksana Perkhemahan Unit Beruniform.
s.k. 1, Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah2. Fail Perkhemahan
7/27/2019 Assignment Cmp 2011 (30 Nov 2012)
38/41
Lampiran 3
Contoh Surat Kelulusan Daripada Guru Besar Bagi Mengadakan PerkhemahanPeringkat Sekolah
Setiausaha, Rujukan Tuan:
Jawatankuasa Pelaksana, RujukanKami:PPS/10/SU/2012(12)Perkhemahan Pasukan Unit Beruniform, Tarikh :25 September 2012Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu.
Setiausaha, Jawatankuasa Pelaksana, Perkhemahan Pasukan Unit Beruniform,Peringkat Sekolah 2012,Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu,13700 Perai,Pulau Pinang.
Tuan,
Perkhemahan Pasukan Unit Beruniform,Peringkat Sekolah 2012.
Sukacitanya perkara di atas adalah dengan hormatnya dirujuk
2. Sehubungan itu dimaklumkan bahawa pihak sekolah sedia maklum dan tiadahalangan untuk tuan mengadakan perkhemahan tahunan tersebut selagi perkara-perkara tersebut di bawah dipatuhi :
2.1 Tiada unsur-unsur paksaan.
2.2 Mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga murid.2.3 Memastikan langkah-langkah keselamatan dan kebajikan pelajar
diutamakan2.4 Segala kutipan kewangan telah mendapat kelulusan Jawatankuasa
Pelaksana dan persetujuan Ibu Bapa/Penjaga.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
...........................................( ZAITUN BT YAHAYA )Guru BesarSekolah Kebangsaan Jalan Baharu.
s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah2. Fail Perkhemahan
7/27/2019 Assignment Cmp 2011 (30 Nov 2012)
39/41
Lampiran 4
Contoh Surat Kebenaran Ibu Bapa/Penjaga
Nama dan Alamat Ibu Bapa/Penjaga
-------------------------------------------------- Tarikh :
--------------------------------------------------
No.Telefon: .....................................
Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu,13700 Perai.Pulau Pinang.
Tuan / Puan,
Kebenaran Untuk Menyertai Aktiviti Perkhemahan Unit Beruniform PeringkatSekolah 2012
Saya .. No K/P
Ibu / Bapa / Penjaga kepada
Tahun . memberi kebenaran kepada anak/anak jagaan sayamengambil bahagian dalam perkhemahan tersebut di atas.
Sesungguhnya saya mengetahui dan faham bahawa pihak SK Bandar Jalan Baharu,
Perai akan mengambil langkah-langkah keselamatan namun demikian saya mengakutidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang atau mahkamah terhadappihak atau wakilnya yang berkaitan dengan apa-apa kehilangan harta, kemalangan,kecacatan anggota atau sebarang kecederaan lain terhadap anak/anak jagaan sayayang berlaku sepanjang perkhemahan tersebut.
Saya juga memberi kebenaran kepada pihak sekolah/pengelola/wakilnya memberirawatan kecemasan atau pertolongan perubatan kepada anak/anak jagaan saya jikadidapati perlu.
Sekian, terima kasih.
Pengakuan dibuat oleh: Saksi:
..Tandatangan TandatanganNama: Nama:No. K/Pengenalan: No. K/Pengenalan:Tarikh: Tarikh:
7/27/2019 Assignment Cmp 2011 (30 Nov 2012)
40/41
Lampiran 5Contoh Surat Memohon Khidmat Hakim Pertandingan
Sekolah Kebangsan Bandar Baru Uda 2, Rujukan Tuan:Jalan Padi Mahsuri, RujukanKami :SKJB/5/PPS/2012(15)
13700 Perai, Tarikh : 12 Oktober 2012Pulau Pinang.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai,Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah,Polis Diraja Malaysia,Pulau Pinang.
Tuan,
Permohonan Khidmat Hakim Pertandingan Kawat Kaki Sempena PerkhemahanUnit Beruniform Peringkat Sekolah 2012.
Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan itu dimaklumkan bahawa pihak kami akan mengadakanPertandingan Kawat Kaki sebagai satu aktiviti dalam Perkhemahan Unit BeruniformPeringkat Sekolah 20123. Oleh yang demikian bagi menjayakan Pertandingan Kawat Kaki tersebut dipohon
jasa baik tuan untuk memberikan pegawai-pegawai berikut pelepasan dari tugas daripejabat tuan untuk bertugas sebagai hakim dalam pertandingan tersebut yang akandiadakan pada ketetapan berikut:
3.1 Tarikh : 27 Oktober 20123.2 Masa : Mulai 3.30 petang
3.3 Tempat : Padang Kawat SK Jalan Bharu, Perai.
4. Anggota-anggota yang dicadangkan adalah L/Kpl 1047873 Abu Bakar bin AbuTalib dan Kpl 572137 Abd Khalib bin Abd Hamid
5. Kerjasama serta sokongan tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapanribuan terima kasih.
Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
...........................................( ZAITUN BT YAHAYA )Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu.s.k 1. Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai.
2. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah3. Fail Perkhemahan
7/27/2019 Assignment Cmp 2011 (30 Nov 2012)
41/41
Lampiran J1Contoh Surat Perlantikan Dalaman
Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu, Rujukan Tuan:RujukanKami:
SKJB/5/PPS/2012(20)81200 13700 Perai, Tarikh : 20 Oktober 2012Pulau Pinang.
En. Ahmad Radhafizal,Guru Penasihat Pasukan Pengakap,Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu,13700 Perai, Pulau Pinang.
Tuan / Puan,
Surat Pelantikan Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah 2012
Sukacita perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.
Sehubungan itu tuan/puan dengan ini dilantik sebagai __________________________
____________________________________________________dalam PerkhemahanUnit Beruniform Peringkat Sekolah 2012 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut: -
Tarikh : 27 hingga 28 Oktober 2012.Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 petangTempat : Kawasan Padang Jalan Baharu, Perai.
Bersama ini dilampirkan panduan tugas untuk makluman serta tindakan tuan
4. Kerjasama serta sokongan tuan amat dihargai dan didahului dengan ribuanterima kasih.
Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
...........................................( ZAITUN BT YAHAYA )Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu.
s.k. 1. Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai.