ISI KANDUNGANISU KANDUNGAN1
PENGHARGAAN4
TUGASAN 1:5
PENDAHULUAN5
DEFINISI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH5
1. Al-Imam Ibnu Hazam 5
2. Abu Al-Muzaffar Al-Asfaraini 6
3. Imam Al-Thohawi 7
4. Al-Qadi Abu al-Az 7
KELEBIHAN DAN KEKUATAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH7
1. Al-Wasatiyyah () 8
2. Assawad Al-Aazam ( )8
3. Pendekatan Bermazhab 9
KENAPA SELAIN DARIPADA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH TIDAK
DITERIMA10
DASAR-DASAR FAHAMAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DAN KRITIKAN
TERHADAPNYA11
Dasar Fahaman 1: Mengisbatkan Hakikat-hakikat Dan Ilmu. 11
Dasar Fahaman 2:Dasar Mengiktikadkan Bahawa Alam Ini Baru 12
Dasar Fahaman 3: Dasar Mempercayai Bahawa Segala Kejadian Ada
Penciptanya Dan Pencipta Alam Ialah Pencipta Segala Jisim Dan
Segala Aradh.13
Dasar Fahaman 4: Dasar Mengiktikadkan Bahawa Sifat-Sifat Ilmu,
Kudrat, Hayat, Mendengar, Melihat Dan Kalam Ini Merupakan
Sifat-Sifat Azali Dan Ciri-Ciri Abadi Allah S.W.T. 13
Dasar Fahaman 5: Dasar Yang Menetapkan Bahawa Nama-Nama Allah
14
Dasar Fahaman 6: Dasar Yang Mengiktikadkan Bahawa Allah Taala
Adalah Pencipta Segala Jisim Dan Segala Aradh Dan Dialah Yang
Mencipta Segala Perbuatan Manusia Dan Tiada Pencipta Yang Lain
Daripada Allah. 14
Dasar Fahaman 7:Dasar Yang Mengiktikadkan Bahawa Para Rasul Itu
Adalah Utusan Daripada Allah Kepada Manusia17
Dasar Fahaman 8:Dasar Yang Mengiktikadkan Bahawa Nabi Itu
Mestilah Mempunyai Suatu Mukjizat Yang Membuktikan Kebenarannya.
17
Dasar Fahaman 9:Dasar Yang Mengiktikadkan Bahawa Islam Dibina
Atas Lima Rukun Iaitu Mengucap Dua Kalimah Syahadah, Solat, Zakat,
Puasa Dan Haji. 17
Dasar Fahaman 10: Dasar Membahagikan Perintah Dan Larangan Allah
Kepada Lima Hukum Iaitu Hukum Wajib, Haram, Sunat, Makruh Dan
Harus17
Dasar Fahaman 11:Dasar Yang Mengiktikadkan Bahawa Allah Berkuasa
Memusnahkan Alam Seluruhnya17
Dasar Fahaman 12:Dasar Yang Mengiktikadkan Umat Islam Wajib
Menegakkan Khalifah 18
Dasar Fahaman 13: Dasar Yang Menetapkan Bahawa Asas Keimanan
Ialah Makrifah Dan Tasdik (Kebenaran) Di Dalam Hati Dan Nama Iman
Tidak Terlucut Dengan Sebab Dosa Yang Lain Daripada Dosa Kekafiran.
18
Dasar Fahaman 14: Dasar Yang Menetapkan Bahawa Para Malaikat
Maksum Dari Dosa Dan 10 Orang Sahabat Nabi S.A.W. Telah Ditetapkan
Allah Akan Dimasukkan Ke Dalam Syurga Iaitu Khalifah Yang Empat,
Talhah, Zubir, Saad B. Abi Waqas, Said B. Zaid, Abdul Rahmah B. Auf
Dan Abu Ubaidah B. Al- Jarrah.19
Dasar Fahaman 15: Dasar Yang Menentukan Hukum-Hukum Terhadap
Musuh-Musuh Islam. 20
DEFINISI MUKTAZILAH21
PRINSIP AJARAN MUKTAZILAH22
1) Konsep Tauhid atau keesaan Allah, 22
2) Keadilan (adl), 22
3) Perkara yang berkait dengan hukuman atau balasan tuhan
(Al-Wad wa Al- Waid) 22
4) Manzilah Bayna al-Manzilatayn (satu kedudukan diantara dua
tempat).23
5) Al-amr bil maruf wa al-nahy an al-munkar 23
KRITIKAN PARA ULAMA TERHADAP AJARAN MUTAZILAH23
1. Syeikh Syed Ab. Rahman b. Mohamad Ba'Alwi23
2. Muhammad Bin Abdul Qadir al-Razi24
3. Abdullah bin Abdul Hamid al-Athari24
4. Muhammad bin Ismail Al-Sonani24
5. Drs. Wagino Hamid Hamdani25
Tokoh-Tokoh Mu'tazilah dan Beberapa Pemikirannya 26
PANDANGAN ULAMA TERHADAP FAHAMAN AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
DAN MUKTAZILAH BERKENAAN 27
1. PELAKU DOSA BESAR28
2. IMAN DAN KUFUR28
3. PERBUATAN ALLAH ( )28
4. PERBUATAN MANUSIA ( )30
5. SIFAT-SIFAT ALLAH ( ) 30
TUGASAN 2: WAWANCARA32
JUSTIFIKASI PERLU TOLAK AJARAN SESAT35
1) Bahaya Terhadap Agama35
2) Bahaya Terhadap Negara35
CARA PENYELESAIAN35
1. Saranan Kepada Pihak Kerajaan 35
2. Media Massa Sebagai Agen Penyebar Maklumat Yang
Berkesan36
3. Peranan Guru Pendidikan Islam dan Setiap Individu
Muslim36
PENUTUP37
RUJUKAN38
PENGHARGAAN . . .Segala puji bagi Allah S.W.T serta selawat dan
salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah,
dengan limpah kurnia serta izinNya dapat juga saya menyiapkan
tugasan yang telah diamanahkan. Di sini, saya ingin merakamkan
jutaan terima kasih kepada pensyarah bagi subjek ini di atas
bimbingan serta tunjuk ajar beliau sepanjang tempoh
pembelajaran.Seterusnya, tidak lupa juga kepada rakan-rakan
seperjuangan yang begitu cekal dan tabah sepanjang tempoh
menyiapkan tugasan ini kerana banyak berkorban masa, tenaga dan
kewangan. Ribuan terima kasih juga ditujukan kepada individu dan
institusi yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak
langsung kerana telah memberikan kerjasama yang positif dan jitu.
Begitu juga kepada ahli keluarga yang banyak memberi sokongan dan
nasihat yang membina, kerana banyak dugaan serta cabaran yang telah
saya tempuhi sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini.Oleh yang
demikian, saya mengharapkan agar maklumat yang diperolehi ini dapat
memberi sedikit sebanyak sumbangan dan maklumat kepada pembaca
ataupun kepada individu yang berminat. Semoga tugasan yang tidak
seberapa ini dapat menyumbang kepada perkembangan ilmu-ilmu Islam
hendaknya. Wallahu alam.
TUGASAN 1:PENDAHULUANMasyarakat Islam di Malaysia ini telah lama
menerima dan mengamalkan Islam berdasarkan pendekatan Ahli Sunah
Wal Jamaah. Dalam aspek Akidah pegangan yang dihayati dan sebati
ialah fahaman Asyacirah dan maturidiah. Fahaman ini sinonim dengan
Ahli Sunnah. Natijahnya telah menampakkan kesan yang baik kepada
kestabilan rohani dan masyarakat. Tetapi perkembangan sunnah alam
tidak mungkin dapat disekat. Dalam zaman langit terbuka dan bumi
ilmu tanpa batas, keresahan tetap timbul bila fahaman-fahaman lain
ditonjolkan di dalam masyarakat Islam walaupun fahaman-fahaman itu
pada hakikatnya masih di bawah payung Ahli Sunah. Masyarakat Islam
yang terus ligat mencari hakikat Ahli Sunah tidak harus disalurkan
ke dalam jalur yang sempit menerusi doktrin dan tokoh-tokoh
tertentu sahaja. Natijahnya seperti biasa, melahirkan percanggahan
dan keresahan. Pemahaman tentang Ahli Sunah secara tradisi harus
diubah kepada fahaman melalui manhaj, matlamat dan objektif yang
tersurat dan tersirat berdasarkan Syariah dan sejarah Ahli Sunah.
Di Malaysia berpegang kepada manhaj Ahli Sunah tetap diperlukan. Ia
perlu dipertahankan dan disuburkan menerusi kefahaman yang betul
dan tepat untuk menghapus penyelewengan yang boleh menghakisnya.
Bagi menjamin kestabilan rohani, keutuhan masyarakat Islam di
Malaysia maka kefahaman betulkepada manhaj Ahli Sunah amat
penting.
DEFINISI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH1. Al-Imam Ibnu Hazam Ahli sunnah
ialah mereka yang kita panggil Ahlul Hak (kumpulan yang berada
diatas landasan yang benar) dan yang lain daripada mereka ialah
ahli bidah (kumpulan yang sesat), maka sesungguhnya mereka terdiri
daripada para sahabat dan siapa sahaja yang mengikuti jalan mereka
daripada kalangan tabiin. Kemudian para ahli hadis dan yang
mengikut mereka daripada kalangan ulama Fiqah dari satu generasi ke
generasi berikutnya hinggalah ke hari ini, begitulah juga orang
yang mengikut mereka daripada kalangan orang awam di segenap
pelusuk dunia.Menurut Ibn Hazm dalam kitabnya al-Fasl, Ahl
al-Sunnah ialah pendokong kebenaran (ahl al-haqq) dan selain mereka
disebut sebagai pendokong bidaah (ahl al-bidaah). Mereka terdiri
daripada para sahabat Rasulullah s.a.w dan orang-orang yang
menuruti jejah langkah mereka dari kalangan para ulama tabiin
terpilih, golongan ahli hadis dan orang-orang yang menuruti jejak
langkah mereka daripada kalangan fuqaha dari satu generasi ke satu
generasi hingga ke hari ini dan orang-orang yang menuruti jejak
langkah (panduan) mereka dari kalangan orang-orang awam di belahan
timur dan barat dunia ini. (Ibn Hazm, 1985) Kesimpulan yang dapat
dirumuskan iaitu mereka yang berpegang dengan Quran dan Sunnah,
akidah mereka sesuai dengan keterangan yang terdapat di dalam
kedua-duanya mengikut fahaman salaful soleh daripada para sahabat,
tabiin dan yang mengikut mereka daripada kalangan para imam dan
ulama mazhab yang muktabar. (Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin,
1983).2. Abu Al-Muzaffar Al-Asfaraini Ketika mengulas hadis
Rasulullah SAW yang menjelaskan sifat golongan yang terselamat
iaitu: : : " " : : " " ( )Dari Anas bin Malik RA: rasulullah SAW
bersabda: Umat ini akan berpecah kepada 73 kumpulan. Kesemua
kumpulan ini akan masuk neraka kecuali satu kumpulan sahaja. para
sahabat bertanya: Siapakah kumpulan itu. Jawab Rasulullah SAW:
Mereka adalah golongan yang mengikut aku dan para sahabatku. Beliau
mengatakan sifat ini (mengikut jalan Rasulullah dan para sahabat)
menepati sifat ahli Sunnah, kerana merekalah yang menyampaikan
hadis-hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah dan para sahabat.
Dengan demikian tidak termasuk dalam ungkapan golongan yang
terselamat seperti yang terdapat dalam hadis yang disebutkan,
golongan yang mencaci para sahabat Rasulullah SAW daripada kalangan
puak Khawarij dan Rafidhah. (Mohd Sulaiman Yasin, 1997)
3. Imam Al-Thohawi Ajaran yang menjadi ikutan kita ialah sunnah
dan jamaah, yang kita jauhi ialah pendapat yang ganjil, menyalahi
sunnah dan berpecah (daripada jamaah). (Harun Nasution, 1996).4.
Al-Qadi Abu al-Az Yang dimaksudkan dengan sunnah ialah cara
beragama yang diajar oleh Rasulullah SAW. Manakala jamaah pula
ialah jamaah umat Islam yang terdiri daripada para sahabat dan
golongan yang mengikut mereka hingga ke hari kiamat. Al-Qadi Abu
al-Az seterusnya menyebut beberapa nas bagi mengukuhkan keterangan
di atas antaranya sabda Nabi SAW: : : : " ( )Dari Abu Amir Abdullah
bin Luhay berkata: Kami melakukan ibadah haji bersama Muawiyah bin
Abu Sufiyan. Apabila kami tiba di Mekah sewaktu Solat Zuhur, maka
Muawiyah berdiri lalu berkata: sesungguhnya Rasulullah SAW
bersabda: Sesungguhnya golongan ahli dua kitab berpecah dalam agama
mereka kepada tujuh puluh dua puak, dan umat ini akan berpecah
kepada tujuh puluh tiga iaitu mengikut nafsu kesemuanya dalam
neraka kecuali satu kumpulan iaitu yang mengikut jemaahDaripada
dalil-dalil yang dihuraikan oleh para ulama dapat disimpulkan
bahawa kepentingan pegangan ahli Sunnah Wal Jamaah adalah sama
dengan kepentingan Islam itu sendiri dalam melaksanakan tuntutan
illahi supaya kita berpegang dengan agama yang benar dan diredhai
olehNya serta tidak berpecah belah. Dan mempertahankan pegangan
ahli Sunnah bermakna mempertahankan kesucian Islam yang diamanahkan
kepada kita sebagai umat Muhammad s.a.w. dan pengikut kepada para
Khulafa ar-Rasyidin selepasnya. (Muhammad 'Uthman El-Muhammady,
1996).KELEBIHAN DAN KEKUATAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAHManhaj Ahli
Sunnah Wal Jamaah mempunyai kelebihan-kelebihan dan kekuatan yang
menyebabkan ia tersebar luas dan mampu menghadapi pelbagai cabaran
pada setiap zaman hingga ke hari ini. Antara kelebihan-kelebihan
tersebut ialah :1. Al-Wasatiyyah () Manhaj Al-Imam al-Asyari
merupakan mazhab yang wasaf dan adil antara faham muztazilah yang
keterlaluan menggunakan akal hingga menjadikannya sebagai neraca
dalam menentukan kebenaran nas dan menganggap naql sebagai pengikut
semata-mata kepada aqla yang menjerumuskan sebahagian mereka ke
lembah kekufuran dan antara manhaj sebahagian Hanabilah yang
keterlaluan dalam berpegang dengan zahir nas hingga menjerumuskan
mereka ke lembah tasybih dan tajsim.2. Assawad Al-Aazam ( )Ahli
Sunnah Wal Jamaah merupakan golongan yang disebut dalam Hadis
sebagai Assawad Al-Aazam (kumpulan terbesar). Dalam beberapa hadis,
Rasulullah SAW memerintah umatnya berada bersama golongan ini
ketika wujud perbezaan dan khilaf di kalangan umat Islam antaranya
ialah : ( )
Sesungguhnya umatku tidak akan sekata (ijmak) dalam perkara yang
sesat, apabila kamu melihat perbezaan pendapat maka hendaklah kamu
berada bersama kumpulan terbesar (Assawad AlAazam).
( ) Sesungguhnya umatku sama sekali tidak akan bersepakat
menerima perkara yang sesat, dan pertolongan Allah bersama jemaah,
maka hendaklah kamu sekalian mengikuti kumpulan terbesar, sesiapa
yang memencilkan diri (daripada Kumpulan terbesar), ia akan
terpencil dalam neraka.Daripada hadis-hadis di atas dapat diambil
kesimpulan bahawa Assawad Al-Aazam merupakan tali penyelamat ketika
berhadapan dengan gelombang pemikiran, aliran fahaman dan mazhab
yang berkecamuk di tengah-tengah masyarakat pada setiap
zaman.(Muhammad Abdul Hadi al-Mishri, 1992)
3. Pendekatan Bermazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah menggunakan
pendekatan bermazhab dalam memahami dan mengamalkan ajaran Quran
dan Sunnah dan dalam melaksanakan prinsip ijtihad. Muhammad Said
Ramadhan Al-Buthi yang telah mempertahankan pendekatan ini daripada
serangan golongan Lamazhabiyyah dengan mengatakan satu hakikat yang
diketahui dan diijmak oleh umat Islam dari generasi ke generasi
ialah bahawa mazhab-mazhab ini merupakan pati dan hakikat Islam.
Mazhab-mazhab inilah yang telah menerangkan hukum-hukum Islam
kepada kaum Muslimin di setiap zaman dan memudahkan mereka
berpegang dengan kitab Allah dan Sunnah Nabi SAW. (Dr Abdul Halim
El-Muhammady, 1992)
KENAPA SELAIN DARIPADA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH TIDAK DITERIMA
Rasulullah s.a.w. bersabda seperti yang diriwayatkan dalam hadis
At-Tirmidzi yang bermaksud:
Dan umatku akan menjadi 73 golongan (millah), semua mereka itu
dalam neraka melainkan satu golongan (yang tidak masuk neraka).
Para sahabat bertanya: (siapakah mereka dalam) millah yang satu itu
wahai Rasulullah? Sabda Baginda (mereka itu adalah golongan yang
mengikuti) perjalanan hidupku dan para sahabatku.
Berdasarkan hadis ini para ulama membuat kesimpulan bahawa
maksud mereka yang mengikuti sunnah Rasul dan para sahabat ialah
golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana pegangan hidup beragama yang
dibawa oleh golongan Ahli Sunnah menepati sepertimana yang dibawa
oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat dan
golongan inilah yang dikenali sebagai golongan yang selamat,
perjalanan mereka benar-benar terjamin dan juga dikenali dengan
perjalanan yang putih, terang benderang, tidak ada kekeliruan di
dalamnya. (Syeikh Syed Ab. Rahman b. Mohamad Ba'Alwi,
1960).Sementara 72 golongan yang lain adalah tergolong di dalam
golongan mereka yang keliru dan menyeleweng. Mereka mempunyai
kecenderungan yang tidak baik yang memungkinkan diri mereka ke arah
kebinasaan. Antara 72 golongan itu ialah:
GOLONGANALIRAN
Syiah22
Khawarij20
Muktazilah20
Murji'ah5
Najariah3
Jabariyah1
Mushabihah1
JUMLAH72
Menurut Imam Abdul Qahir al-Baghdadi menyatakan kita tidak dapat
menemui kumpulan-kumpulan yang mengikuti para sahabat selain
daripada golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah, sedangkan
kumpulan-kumpulan Rafidhah, Qadariyah, Khawarij, Jahmiyah, Najariah
dan sebagainya tidak termasuk dalam golongan ini. Sebagai contoh,
kita ambil kumpulan Qadariyah, mereka tidak boleh dimasukkan ke
dalam golongan yang mengikuti para sahabat kerana ketua mereka
iaitu Al-Nadham mencerca kebanyakan sahabat, memfasik iaitu
mengugurkan sifat A'dalah Abdullah Ibnu Mas'ud dan menuduh beliau
sebagai sesat kerana meriwayatkan beberapa hadis yang tertentu.
Al-Nadham menolak fatwa-fatwa Saidina Umar, Ali, Uthman dalam
perkara-perkara yang tertentu dan menuduh Abu Hurairah sebagai
pembohong kerana beliau banyak meriwayatkan hadis-hadis daripada
Rasulullah s.a.w. yang bertentangan dengan mazhab Qadariyah. Di
samping itu Al-Nadham juga menolak ijmak sahabat, sementara
pemimpin mereka yang bernama Wasil b. Ataa, meragui sifat Adalah,
Ali dan dua puteranya Hasan dan Husain, Abu Abbas dan semua sahabat
yang menyertai peperangan Jamal daripada kedua-dua pihak. (Ahmad
Amin, 1964).DASAR-DASAR FAHAMAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DAN KRITIKAN
TERHADAPNYA
Menurut Haji Abdul Hamid @ Yusoff bin Yunus (2005) yang
mengemukankan pendapat Imam Abdul Qahir Al-Baghdadi (w.299H),
bahawa ulama daripada kumpulah ahli sunnah telah menggariskan
dasar-dasar yang menjadi kata sepakat mereka dalam akidah sebanyak
15 dasar:
Dasar Fahaman 1: Mengisbatkan Hakikat-hakikat Dan Ilmu. Menurut
mereka hakikat-hakikat dan ilmu itu merupakan konsep-konsep yang
wujud dalam tanggapan para ulama, mereka membahagikan ilmu itu
kepada 3 bahagian:i. Ilmu-ilmu Badihi iaitu ilmu yang dicapai
secara tersendiri tanpa difikirkanii. Ilmu-ilmu Hissi iaitu ilmu
yang diperolehi melalui lima pancainderaiii. Ilmu lstidlali iaitu
ilmu-ilmu yang dicapai melalui proses mengambil dalil dengan
menggunakan akal.
Kritikan1. Jadi sesiapa yang menolak ilmu yang pertama dan kedua
maka ia adalah orang yang degil, tetapi kalau menolak ilmu ketiga
maka perlu dilihat dulu, jika tolak dan ingkar, sedangkan ilmu itu
boleh diterima oleh akal secara langsung maka ia adalah kafir
mulhid, hukumnya seperti Dahri iaitu yang mengisbat kekal wujud
alam dan menafikan ada penciptanya, tetapi jika berfahaman kepada
akal dalam perkara-perkara yang boleh difahami dengan akal, tetapi
tidak menerima qiyas dalam masalah furu' hukum syarak seperti ahli
Mazhab Zahiriyah, maka ia tidak kafir.2. Mereka membahagikan pula
kumpulan hadis yang wajib diamalkan kepada 3 jenis:a. Hadis-hadis
Mutawatir b. Hadis-hadis Ahadc. Hadis Pertengahan di antara hadis
Mutawatir dan hadis Ahad3. Oleh kerana hadis-hadis mutawatir
diriwayatkan melalui saluran-saluran yang banyak, yang mustahil
diadakan secara dusta, maka ia wajib dianggap benar. Adapun
hadis-hadis Ahad diriwayatkan jika sanad-sanad betul dan isi
kandungannya tidak mustahil mengikut tanggapan aqliyah, maka ia
wajib diamalkan dan dengan kumpulan hadis-hadis Ahad inilah para
fuqaha Ahli Sunnah Wal Jemaah menghasilkan kebanyakan cabang-cabang
hukum syarak mengenai cara-cara ibadat, muamalah dan halal haramnya
sesuatu perkara. 4. Mereka memandang kumpulan Rafidhah, Khawarij
dan kumpulan yang berpedomankan hawa nafsu sebagai
kumpulan-kumpulan sesat kerana mereka tidak mewajibkan beramal
dengan hadis-hadis Ahad, sementara hadis-hadis pertengahan atau
mustafidh iaitu hadis yang diriwayatkan melalui lebih daripada satu
saluran tetapi tidak sebanyak saluran-saluran hadis mutawatir, maka
hadis-hadis itu berkongsi dengan hadis-hadis mutawatir, dari segi
ia mensabitkan ilmu dan mewajibkan beramal dengannya. 5. Tetapi
mutu ilmu yang dihasilkan oleh hadis-hadis ini berlainan daripada
mutu yang dihasil oleh hadis muntawatir kerana ilmuilmu yang
dihasilkan daripada hadis pertengahan itu merupakan ilmu secara
nazari tetapi ilmu yang dihasilkan dari hadis muntawatir merupakan
ilmu secara dharuri. 6. Kumpulan hadis-hadis pertengahan ini kita
dapat mengetahui berbagaibagai mukjizat Rasulullah s.a.w. seperti
bulan terbelah dua, anak batu bertasbih di dalarn tangannya dan
sebagainya, juga mengetahui perkara-perkara syafaat, hisab, haudh,
sirat, neraca amalan, azab kubur, soal dua malaikat dalam kubur,
nisab-nisab zakat, hukum hudud dalam kesalahan minum arak, hukum
rejam dan sebagainya. Mereka menghukumkan kumpulan yang engkar
perkara-perkara ini sebagai sesat. 7. Bahkan mengkafirkan golongan
yang ingkarkan rukyah Allah, adanya haudh,syafaat nabi ada azab
kubur. Ahli Sunnah Wal Jarnaah telah ijmak bahawa sumber-sumber
hukum syarak iaitu al-Quran, al-sunnah dan ijmak al-salaf, oleh
kerana itu mereka telah mengkafirkan kumpulan-kumpulan yang
mempertikaikan sumber-sumber tersebut seperti Rawafidh, Khawarij
dan al-Nadzdzam.
Dasar Fahaman 2: Dasar Mengiktikadkan Bahawa Alam Ini Baru
Kritikan1. Ahli Sunnah telah ijmak bahawa alam ini adalah segala
sesuatu yang lain daripada Allah dan lain daripada sifatnya yang
azali adalah makhluk dan pencipta alam ini bukanlah makhluk dan
bukan pula daripada jenis alam yang dijadikan.2. Mereka telah ijmak
bahawa juzuk-juzuk alam ini ada dua bahagian iaitu jauhar-jauhar
dan aradh. Mereka mempercayai makhluk-makhluk malaikat, jin dan
syaitan selaku makhluk alam yang hidup.3. Mereka telah mengkafirkan
ahli falsafah dan penganut-penganut Batiniah yang mengengkarkan
makhluk-makhluk tersebut.
Dasar Fahaman 3: Dasar Mempercayai Bahawa Segala Kejadian Ada
Penciptanya Dan Pencipta Alam Ialah Pencipta Segala Jisim Dan
Segala Aradh.Mereka mengkafirkan Ma'mar dan pengikut-pengikutnya
dari Qadariyyah kerana mereka berpendapat bahawa Allah hanya
mencipta jisim sahaja dan tidak menciptaaradh dan yang mencipta
aradh menurut mereka adalah jisim itu sendiri.
Kritikan1. Menurut Ahli Sunnah, kejadian yang belum lagi
dilahirkan ke alam wujud belum merupakan sesuatu apa, ia ticlak
berupa bahan, tidak pula berupa jisim dan tidak pula berupa aradh.
Ini bertentangan dengan pendapat Qadariyah yang mendakwa bahawa
kejadian yang belum wujud adalah berupa sesuatu, juga bertentangan
dengan penganut Qadariyah di Basrah yang menyatakan bahawa segala
jisim dan segala aradh yang belum wujud itu adalah berupa jisim dan
aradh. 2. Pendapat-pendapat ini membawa kesimpulan bahawa alam ini
adalah qadim dan mana-mana kesimpulan yang membawa kepada kekafiran
adalah kafir.3. Ahli Sunnah Wal Jamaah telah ijmak bahawa Allah
tidak mengandungi tempat dan tidak pula dilalui zaman. Ini
bertentangan dengan pendapat kumpulankumpulan Syihamiyah dan
Karamiyah yang menyatakan bahawa Allah bersentuh dengan arasy.
Dalam hal ini Saidina Ali r.a. berkata: Allah telah menciptakan
arash untuk mendzahirkan kudratNya bukan untuk menjadi tempat
baginya. Beliau berkata lagi: Bahawa Allah Taala telah wujud tanpa
bertempat dan begitulah keadaan yang wujud sehingga sekarang.
Dasar Fahaman 4: Dasar Mengiktikadkan Bahawa Sifat-Sifat Ilmu,
Kudrat, Hayat, Mendengar, Melihat Dan Kalam Ini Merupakan
Sifat-Sifat Azali Dan Ciri-Ciri Abadi Allah S.W.T.
Kritikan 1. Dasar ini bertentangan dengan pendapat kumpulan
Muktazilah yang menafikan sifat-sifat itu daripada Allah. 2.
Pendapat ini telah dijawab oleh ahli sunnah bahawa penafian
terhadap mausuf (yakni Allah). 3. Ahli Sunnah juga ijmak bahawa
kalam Allah merupakan sifat azali bagi Allah, dan bukan bersifat
makhluk dan baru. 4. Ini bertentangan dengan pendapat kumpulan
Muktazilah yang mendakwa kalam Allah adalah makhluk dan baru.
Dasar Fahaman 5: Dasar Yang Menetapkan Bahawa Nama-Nama
Allah
Kiritikan1. Dasar ini diambil dari al-Quran atau dari sunnah
yang sahih atau dari ijmak al-ummah dan tidak boleh ditentukan
dengan qias, mengikut keterangan hadis yang sahih berkenaan nama
Allah sebanyak 99. 2. Ini bertentangan dengan pendapat kumpulan
Muktazilah di Basrah yang mengharuskan penentuan nama-nama Allah
dengan qias.
Dasar Fahaman 6: Dasar Yang Mengiktikadkan Bahawa Allah Taala
Adalah Pencipta Segala Jisim Dan Segala Aradh Dan Dialah Yang
Mencipta Segala Perbuatan Manusia Dan Tiada Pencipta Yang Lain
Daripada Allah.
Kritikan1. Dasar ini bertentangan dengan pendapat kumpulan
Qadariyah yang menyatakan bahawa Allah tidak menciptakan sebarang
perbuatan manusia malah merekalah yang menciptakan perbuatan
manusia, juga bertentangan dengan pendapat kumpulan Jahmiyah yang
mendakwa bahawa manusia tidak berkuasa mencipta perbuatan mereka.2.
Sesiapa yang mendakwa bahawa manusia berkuasa, menciptakan
perbuatan, maka ia adalah pengikut Qadariyah yang mempersekutukan
Allah, sebaliknya sesiapa yang mendakwa bahawa manusia tidak
berkuasa menciptakan perbuatannya maka ia adalah seorang pengikut
kumpulan Jabariyah, dan sesiapa yang berpendapat bahawa manusia
mengusahakan perbuatannya dan Allah menciptakan maka ia adalah
seorang pengikut ahli sunnah.3. Ahli Sunnah telah ijmak bahawa
manusia boleh mengusahakan gerak diam, kehendak dan kemahuan,
bercakap, berfikir dan sebagainya dari aradh yang telah disebutkan
itu. Dari segi hidayah daripada Allah menurut ahli sunah boleh
dicapai melalui dua cara. i) Melalui penerangan, dakwah dan
penampilan dalil-dalil. Hidayah dengan cara ini boleh disandarkan
kepada para Rasul dan kepada para pendakwah kerana merekalah yang
berusaha menunjukkan manusia ke jalan Allah dan inilah maksud
firman Allah yang ditujukan kepada Rasulullah S.A.W. dalam ayat 52
surah al-Syura :Maksudnya: Dan demikianlah Kami wahikan kepada mu
(wahai Muhammad) AI Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati)
dengan perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelumnya
diwahikan kepadamu): apakah Kitab (AI-Quran) itu dan tidak juga
mengetahul apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan AI-Quran:
cahaya yang menerangi, Kami beri pertunjuk dengannya sesiapa yang
Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami dan sesungguhnya engkau
(wahai Muhammad) adalah memberi pertunjuk dengan AI-Quran itu ke
jalan yang lurus.ii) Melalui limpah kurnia Allah yang menciptakan
hidayah di dalam hati manusia sebagaimana diterangkan di dalam
firman-Nya surah Al-An'aam, ayat: 125 : Maksudnya: Maka sesiapa
yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah pertunjuk kepadanya
nescaya la melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima
Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya,
nescaya la menjadikan dadanya sesak sempit sesempit - sempitnya,
seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah
payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang
yang tidak beriman.4. Hidayah jenis pertama terbuka kepada
sebahagian orang mukallaf sedangkan hidayah jenis kedua merupakan
hidayah istimewa dari limpah kurnia Allah kepada orang-orang yang
dikehendaki-Nya menerima hidayah sebagaimana ditetapkan dalam surah
Yunus, ayat 25:
Maksudnya: (Itulah dia kesudahan kehidupan dunia), dan
sebaliknya Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat
sentosa, dan Dia sentiasa memberi pertunjuk hidayah-Nya kepada
sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya)
ke jalan yang betul lurus (yang selamat itu).5. Pendapat Ahli
Sunnah mengenai ajal seseorang ialah setiap orang yang mati secara
tabie atau dibunuh bererti mati mengikut ajal yang telah ditetapkan
Allah kepadanya. Ini bertentangan dengan pendapat kumpulan
Qadariyah yang menyatakan orang yang mati kerana dibunuh itu adalah
dipotong ajalnya.6. Pendapat Ahli Sunnah mengenai rezeki ialah
sesiapa yang makan dan minum sesuatu maka bererti ia mengambil
habuan rezekinya samada apa yang dimakan dan diminum itu adalah
halal atau haram. Ini bertentangan dengan dakwaan kumpulan
Qadariyah yang menyatakan bahawa seseorang itu kadangkadang makan
rezeki orang lain.
Dasar Fahaman 7: Dasar Yang Mengiktikadkan Bahawa Para Rasul Itu
Adalah Utusan Daripada Allah Kepada Manusia.
Kritikan1. Perbezaan antara Rasul dan Nabi ialah Nabi adalah
seorang yang menerima wahyu daripada Allah melalui Malaikat dan
disokong dengan sesuatu mukjizat yang ada mencarikkan adat,
sedangkan Rasul adalah seorang yang mempunyai sifat yang sama
dengan Nabi tetapi secara khusus ia ditugaskan membawa suatu
syariat yang baru iaitu ditugaskan membatalkan setengah-setengah
peraturan syariat yang telah diturunkan sebelumnya. 2. Bilangan
para anbia sangat ramai, sedang bilangan para Rasul adalah sebanyak
313 orang. Rasul yang pertama adalah Adam dan Rasul yang terakhir
ialah Muhammad s.a.w. Ini bertentangan dengan pendapat kumpulah
Khamiyah yang menyatakan Rasul itu dibangkitkan berturut tanpa
akhir.3. Ahli Sunnah mengiktikadkan bahawa Isa a.s. tidak mati
dibunuh malah beliau diangkat ke langit dan akan turun semula ke
bumi selepas keluarnya, dajal dan beliaulah yang akan membunuh
dajal dan babi, mencurahkan arak, mendirikan solat dengan mengadap
kiblat, menegakkan syariat Muhammad s.a.w. dan menghidupkan apa
yang dihidupkan oleh al-Quran, mematikan apa yang dimatikan oleh
al-Quran.4. Menurut Ahli Sunnah, para anbia lebih tinggi darjatnya
daripada malaikat. Ini bertentangan dengan pendapat kumpulan
Qadariyah yang melebihkan darjat malaikat daripada para anbia.
Dasar Fahaman 8: Dasar Yang Mengiktikadkan Bahawa Nabi Itu
Mestilah Mempunyai Suatu Mukjizat Yang Membuktikan
Kebenarannya.
Kritikan1. Apabila berlaku sesuatu mukjizat yang membuktikan
kebenarannya maka wajiblah kaumnya mempercayai dan mematuhinya. Ini
bertentangan dengan dakwaan kumpulan Qadariyah yang menyatakan
bahawa Nabi tidak memerlukan mukjizat yang lebih daripada kelulusan
syariat yang betul yang dibawanya. 2. Ahli Sunah mengharuskan
berlakunya keramat kepada para wali bertentangan dengan kumpulan
Qadariyah yang mengengkari berlaku kekeramatan para wali. 3. Ahli
Sunnah menyatakan mukjizat al-Quran adalah pada susunannya,
bertentangan dengan Qadariyah. (Haji Abdul Hamid @ Yusoff bin
Yunus, 2005)
Dasar Fahaman 9: Dasar Yang Mengiktikadkan Bahawa Islam Dibina
Atas Lima Rukun Iaitu Mengucap Dua Kalimah Syahadah, Solat, Zakat,
Puasa Dan Haji.
Kritikan1. Mengikut Ahli Sunnah, sesiapa yang menggugurkan
kewujudan salah satu rukun Islam itu maka dia menjadi kafir. Ahli
Sunnah mewajibkan solat Jumaat dan mengkafirkan kumpulan Khawarij
dan Rafidhah yang menyatakan bahawa solat Jumaat tidak diwajibkan
sehingga zahir Imam ghaib yang ditunggu mereka. 2. Menurut Ahli
Sunnah, bulan Ramdhan ditentukan dengan rukyah anak bulan Ramadhan
atau dengan genapnya 30 hari bulan Syaaban, begitu juga bagi akhir
bulan Ramadhan ditentukan dengan rukyah anak bulah Syawal atau
dengan genapnya 30 hari bulan Ramadhan. 3. Mereka mewajibkan jihad
fi sabilillah untuk menentang musuh Islam sehingga mereka memeluk
Islam atau membayar jizyah.
Dasar Fahaman 10: Dasar membahagikan perintah dan larangan Allah
kepada lima hukum iaitu hukum wajib, haram, sunat, makruh dan
harus.
Dasar Fahaman 11: Dasar yang mengiktikadkan bahawa Allah
berkuasa memusnahkan alam seluruhnya, juga berkuasa memusnahkan
sebahagian dan mengekalkan sebahagian yang lain, juga mengatakan
manusia dan seluruh binatang yang telah mati akan dibangkitkan
kembali pada hari akhirat. Menurut Ahli Sunnah, nikmat syurga kekal
kepada penghuninya dan azab neraka adalah kekal kepada orang
musyrikin, munafiqin dan orang kafir.
Dasar Fahaman 12: Dasar Yang Mengiktikadkan Umat Islam Wajib
Menegakkan Khalifah
Kritikan1. Iaitu mengadakan pemerintahan, mengendalikan urusan
pengadilan dan pentadbiran, urusan pertahanan negara, urusan
peperangan, pembahagian harta rampasan perang dan pemerintah itu
hendaklah dilantik menerusi pilihan dengan menggunakan ijtihad.2.
Menurut Ahli Sunnah, tidak ada satu nas pun daripada Nabi s.a.w.
yang menentukan seorang imam yang tertentu sahaja. Ini bertentangan
dengan dakwaan kumpulan Rafidhah yang mendakwa bahawa Nabi s.a.w.
telah menentukan Ali sebagai imam al-ummah dengan nas yang sahih,
sedangkan tidak terdapat hadis-hadis seperti itu. 3. Menurut Ahli
Sunnah, syarat Imam Mahdi adalah dari pada keturunan Quraisy, ini
bertentangan dengan kumpulan Dharawiyah bahawa jawatan imam Mahdi
itu adalah layak dipegang oleh mana-mana bangsa samada Arab atau
bukan Arab.4. Menurut Ahli Sunah syarat yang harus wujud kepada
seseorang imam itu ialah berilmu, adil dan berkebolehan dalam
menjalankan siasah dan imam itu hendaklah seorang sahaja di seluruh
bumi Islam kecuali ia dipisahkan oleh lautan dan kekuatan musuh
yang tidak dapat ditentang. Penduduk Islam di dua tempat itu tidak
dapat membantu antara satu sama lain. Apabila wujud keadaan yang
seperti ini maka setiap tempat dibolehkan mengadakan pemerintahan
masing-masing.
Dasar Fahaman 13: Dasar Yang Menetapkan Bahawa Asas Keimanan
Ialah Makrifah Dan Tasdik (Kebenaran) Di Dalam Hati Dan Nama Iman
Tidak Terlucut Dengan Sebab Dosa Yang Lain Daripada Dosa
Kekafiran.
Kritikan1. Oleh itu sesiapa yang melakukan dosa yang bukan dosa
kekafiran, ia masih disifatkan sebagai seorang mukmin, walaupun ia
telah menjadi fasik disebabkan maksiat yang dilakukannya. Ini
bertentangan dengan dakwaan kumpulan Qadariyah dan Khawarij bahawa
nama mukmin akan terlucut daripada sesiapa yang melakukan dosa.2.
Menurut Ahli Sunnah seorang mukmin tidak halal dibunuh melainkan
dengan sebab salah satu daripada tiga kesalahan iaitu:i) Murtadii)
Berzina dalam keadaan mohseniii) Qisas kerana membunuh3. Pandangan
ini bertentangan dengan dakwaan kumpulan Khawarij yang mengharuskan
membunuh setiap orang yang melakukan penderhakaan terhadap
Allah.
Dasar Fahaman 14: Dasar Yang Menetapkan Bahawa Para Malaikat
Maksum Dari Dosa Dan 10 Orang Sahabat Nabi S.A.W. Telah Ditetapkan
Allah Akan Dimasukkan Ke Dalam Syurga Iaitu Khalifah Yang Empat,
Talhah, Zubir, Saad B. Abi Waqas, Said B. Zaid, Abdul Rahmah B. Auf
Dan Abu Ubaidah B. Al- Jarrah.
Kritikan1. Menurut Ahli Sunnah semua sahabat yang menyertai
peperangan Badar adalah tetap menjadi ahli syurga2. Begitu juga
sahabat-sahabat yang menyertai peperangan Uhud kecuali seorang yang
bernama Quzman kerana ia dikatakan munafik 3. Semua sahabat yang
menyaksikan Perjanjian Setia Bai'ah Al Ridzuan Hudaibiah adalah
ahli syurga dan mengikut hadis yang sahih di mana terdapat 70,000
umat Islam dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab dan setiap orang
daripada mereka dapat memberi syafaat kepada 70,000 orang pula. 4.
Termasuk dalam golongan ini ialah Ukasyah bin Muhsin. Termasuklah
umat Islam yang meninggal dunia dalam agama Islam dan yang sebelum
kematiannya berada dalam bidaah daripada kesesatan pengikut hawa
nafsu yang sesat. (Abdul Shukor Haji Husin, 1998)
Dasar Fahaman 15: Dasar Yang Menentukan Hukum-Hukum Terhadap
Musuh-Musuh Islam.
Kritikan1. Terdapat dua jenis musuh-musuh agama Islam iaitu
musuh yang wujud sebelum Islam dan musuh yang lahir di dalam negara
Islam yang berselindung di sebalik tabir Islam, sedangkan mereka
bekerja secara diam-diam untuk melakukan tipu daya terhadap kaum
muslimin. 2. Musuh yang wujud sebelum Islam adalah terdiri daripada
berbagai jenis. Di antaranya ialah penyembah-penyembah berhala,
penyembah-penyembah sesama manusia seperti penyembah-penyembah
Maharaja Namrud bin Kanan,3. Maharaja Fir'aun dan sebagainya,
penyembah bintang-bintang dan planet-planet, penyembah-penyembah
malaikat, penyembah-penyembah syaitan, penyembah-penyembah lembu
dan api. Oleh kerana itu kaum muslimin diharamkanmemakan sembelihan
mereka dan berkahwin dengan perempuan-perempuan mereka.4. Para
fuqaha' Ahli Sunnah telah ijmak menghalalkan sembelihan orang-orang
Yahudi asal dan Kristian asal dan mengharuskan berkahwin dengan
perempuan-perempuan mereka. 5. Adapun musuh yang lahir dalam negara
Islam dan berselindung di sebalik nama Islam adalah terdiri
daripada berbagai kumpulan sesat seperti kumpulan-kumpulan pelampau
Rafidhah, Hululiliyah, Batiniah, Khawarij, Hallajiyah, Qarmiliyah
dan sebagainya dan hukum kumpulankumpulan ini adalah sama dengan
kumpulan orang-orang murtad yang tidak dihalalkan sembelihan mereka
dan tidak dihalalkan berkahwin dengan perempuan-perempuan mereka.
6. Adapun kumpulan-kumpulan yang mengikut hawa nafsu seperti
kumpulan Jarudiyah, Hisyamiyah, Najariyah, Jahmiyah dan kumpulan
Imamiah yang mengkafirkan sahabat-sahabat juga kumpulan Qadariyah,
Dharawiyah, Musyabbihah dan Khawarij maka kami mengkafirkan mereka
sebagaimana mereka mengkafirkan Ahli Sunnah. Oleh itu sembelihan
mereka tidak halal dimakan dan perempuan mereka tidak halal
dikahwini.
DEFINISI MUKTAZILAH
Nama Mu'tazilah yang diberikan kepada mereka berasal dari kata
Itazala, yang bererti mengasingkan diri. Menurut suatu teori, nama
itu diberikan atas dasar ucapan Hasan Al-Basri, setelah melihat
Washil memisahkan diri. Hasan Al- Basri diriwayatkan memberi
komentar sebagai berikut : Itazala anna (ia mengasingkan diri dari
kami). Orang-orang yang mengasingkan diri disebut Mu'tazilah.
Mengasingkan diri mungkin bermaskna mengasingkan diri dari majlis
kuliah Hasan Al- Basri, atau mengasingkan diri dari pendapat
Murjiah dan pendapat Khawarij. Menurut teori lain nama Mu'tazilah
bukan berasal dari ucapan Hasan Al-Basri, tetapi dari kata Itazala
yang dipakai terhadap orang-orang yang mengasingkan diri dari
pertikaian politik yang terjadi pada zaman Utsman bin Affan dan Ali
bin Abi Thalib. Kata Itazala dan Mu'tazilah menurut penulis sejarah
al-Thabari dan Abu al-Fuda3 Memang sudah dipakai pada zaman itu.
Golongan yang tidak mau turut campur dengan pertikaian politik,
mengasingkan diri dan memusatkan perhatian pada ibadah dan ilmu
pengetahuan. (Ahmad Amin, 1964)..Di antara orang-orang demikian
terdapat cucu Nabi Muhammad, Abu Husein, Abdullah dan al-Hasan bin
Muhammad bin al-Hanafi. Ada anggapan bahwa kata Mu'tazilah
mengandung arti tergelincir, dan kerana tergelincirnya aliran
Mu'tazilah dari jalan yang benar, maka ia diberi nama Mu'tazilah,
yaitu golongan yang tergelincir. Sebenarnya kata Itazala berasal
dari kata akar azala yang berartimemisahkan dan tidak mengandung
erti tergelincir. Kata yang dipakai dalam bahasa Arab untuk
tergelincir memang dekat bunyinya dengan azala iaitu zalla. Tetapi
bagaimanapun, nama Mu'tazilah tidak berasal dari kata zalla.
Orang-orang Mu'tazilah sendiri meskipun mereka menyebut diri Ahl
al-Tauhid wa ahl al-Adl, tidak menolak nama Mu'tazilah itu. Bahkan
dari ucapan-ucapan pemuka Mu'tazilah dapat ditarik kesimpulan bahwa
mereka sendirilah yang menimbulkan nama itu. Menurut al-Qadhi Abdul
Jabbar, seorang pemuka Mu'tazilah yang buku-bukunya banyak ditemui
kembali pada abad kedua puluh Masehi ini, di dalam teologi terdapat
kata Itazala yang mengandung arti mengasingkan diri dari yang salah
dan tidak benar. Dengan demikian kata Mu'tazilah mengandung arti
pujian. Menurut keterangan seorang Mu'tazilah lain, Ibn
Al-Murtadha, nama Mu'tazilah itu bukan diberikan oleh orang lain,
tetapi orang-orang Mu'tazilah sendirilah yang menciptakan nama
itu.
Prinsip Ajaran Muktazilah
Muktazilah merupakan aliran yang sangat terkenal dengan akidah
Islam. Ia mempunyai manhaj atau pendekatan tersendiri dalam
memahami dan menanggani dasar akidah Islam. Mereka mempunyai lima
doktrin iaitu asas agama utama atau dikenali juga sebagai usul
Khamsah, yang menjadi pegangan seluruh ahlinya iaitu:
1) Konsep Tauhid atau keesaan Allah, Sebagai contoh : keesaan
yang dianuti oleh golongan Muktazilah ialah keesaan yang mutlak
kerana menurut pendekatan akal hakikat keesaan hakiki yang sesuai
bagi Allah haruslah dijelaskan dari sebarang unsur atatu aspek yang
boleh mengelirukan. Muktazilah menafikan sifat Allah berasingan
dari Zat walaupun al-Quran sendiri menyatakan bahawa Allah bersifat
dengan sifat-sifat tersebut. Muktazilah menetang kuat tentang
banyaknya sifat-sifat Allah apabila diasingkan dari zat. Sifat
azali yang dimiliki Allah seperti sifat ilmu, hidup, mendengar,
melihat yang bukan Zatnya. Bagi mereka kewujudan sifat-sifat yang
azali dan berasingan daripada zat boleh membawa kepada pengisbatan
hakikat azali yang banyak, sedangkan ia bertentangan bahawa Allah
bersifat mutlak iaitu tidak berbilang-bilang.Muktazilah tidak
menafikan nusus-nusus Quran yang menjelaskan tentang sifat-sifat
tersebut tetapi mereka menolak adanya sifat-sifat Allah yang azali
berasingan dari zat-Nya. Oleh itu mereka takwilkan maksud
nusus-nusus tersebut mengikut kefahaman akal.
2) Keadilan (adl), sebagai contoh : hanya tuhan sahaja dan tuhan
tidak menindas makhluk yang diciptaNya. Allah Maha Adil dan
keadilanNya mengharuskan manusia memiliki kekuasaan untuk membuat
sesuatu mengikut kehendaknya sendiri.
3) Perkara yang berkait dengan hukuman atau balasan tuhan
(Al-Wad wa Al- Waid) Ia juga diberi maksud janji dan ancaman. Janji
dan ancaman Allah adalah sesuatu kepastian adanya Contohnya: Tuhan
telah memastikan ganjaran kepada orang yang melakukan ketaatan
kepadaNya dan menentukan hukuman atau balasan kepada orang yang
tidak mentaatiNya, dan ia juga adalah tidak pasti tentang itu.
4) Manzilah Bayna al-Manzilatayn (satu kedudukan diantara dua
tempat).Maksudnya orang yang Fasiq, (contoh, seseorang yang telah
melakukan satu dosa besar seperti minum arak, berzina, atau penipu
dan sebagainya). Mengikut kedua-dua kepercayaan, percaya mereka
tetap mukmin dan bukan kafir. Fisq ialah orang tengah atau
perantara antara kepercayaan atau kecurangan.
5) Al-amr bil maruf wa al-nahy an al-munkar Iaitu cuba untuk
buat benda yang baik menurut undang-undang, dan mengerunkan apa
yang dilakukan kesalahan dan bukan kerana undang-undang. Muktazilah
menempatkan pelaku dosa besar dalam keadaan antara mukmin dan
kafir, iaitu fasik. Menurut pandangan Muktazilah tentang kewajipan
Islam ialah:1. Bahawa syariah tidak memberi makna yang khusus atau
mengenalpasti tentang perkara makruf dan munkar. Ini membolehkan
manusia memberi sebab, sekurang-kurangnya sikap berat sebelah, dan
bebas dalam mengenalpasti pelbagai kebaikan yang terdapat pada
perkara-perkara makruf dan mungkar. 2. Pelaksanaan kewajipan ini
bukan sahaja memerlukan adanya Imam atau ketua, dan ia adalah
meliputi kewajipan bagi semua yang bergelar muslim, tidak kira
samaada Imam atau ketua pada masa sekarang ataupun bukan. Hanya
sesetengah kategori yang terdapat pilihan Imam atau penguasa bagi
orang-orang muslim, sepertimana yang melibatkan hukuman (hudud)
yang telah ditentukan oleh syariah, pengawalan sempadan
negara-negara Islam dan masalah-masalah lain mengikut pemerintahan
Islam.
KRITIKAN PARA ULAMA TERHADAP AJARAN MUTAZILAH1. Syeikh Syed Ab.
Rahman b. Mohamad Ba'AlwiPada ajaran Mutazilah at-Tauhid dikatakan
bahawasanya Mereka menafikan/ meniadakan sifat-sifat Allah sebab
bila Allah bersifat dan sifatnya itu bermacam-macam, pasti Allah
itu berbilang. Sudah dijelaskan di Al-Quran bahwa Allah mempunyai
sifat wajib yang sebanyak 20, iaitu wujud, qidam, baqa,
muqalafatililqawatisi, dsb. Jadi sangat jelas bahwa ajaran
at-Tauhid ini menyimpang dengan esensi Al-Quran. Pada kes ini,
orang-orang Mutazilah salah menafsirkan sifat-sifat Allah. Sifat
yang banyak tidak bererti Allah berbilang-bilang. Allah tetap Esa
dengan segala sifat-sifatnya. (Syeikh Syed Ab. Rahman b. Mohamad
Ba'Alwi, 1960).
2. Muhammad Bin Abdul Qadir al-RaziAt-Tauhid juga mengajarkan
bahwa Allah tidak dapat diterka dan dilihat mata walaupun di
akhirat nanti. Ajaran ini juga tidak sesuai dengan Al-Quran, karena
di Al-Quran dikatan barang orang-orang soleh akan berjumpa dengan
Allah nanti di akhiat. Aliran Mutazilah juga tidak menyebutkan atas
dasar apa ajaran ini dikeluarkan, jadi kefalidannya tidak jelas.
(Muhammad Bin Abdul Qadir al-Razi, 1994)
3. Abdullah bin Abdul Hamid al-AthariAjaran ketiga aliran
Mutazilah adalah janji dan ancaman yang di dalamnya tertulis bahwa
di akhirat tidak akan ada Syafaat karena syafaat berlawanan dengan
al-Wadu wal Waid (janji dan ancaman). Di dalam Al-Quran dijelaskan
bahawa siapa yang selalu berselawat atas Nabi maka di hari akhir
akan mendapat Syafaatnya. Memang Syafaat ini hanya untuk
orang-orang yang taat, jadi orang-orang yang berbuat dosa besar dan
meninggal sebelum bertaubat sudah dipastiakan tidak akan mendapat
Syafaat di hari akhir. Sesuai dengan Al-Quran, Syafaat ada di hari
akhir, jadi sekali lagi ajaran ini menyimpang dari dasar-dasar
agama Islam. (Abdullah bin Abdul Hamid al-Athari, 2001).
4. Muhammad bin Ismail Al-SonaniSelanjutnya iaitu ajaran tentang
tempat di antara dua tempat, tempat bagi orang Fasik, yaitu
orang-orang Mutazilah yang melakukan dosa besar tetapi tidak
Musyrik, nanti akan ditempatkan disuatu tempat yang berada di
antara surga dan neraka. Ajaran ini sangat membingungkan, kerana
Mutazilah sendiri tidak mendiskripsikan bagaimana keadaan tempat
tersebut. Mungkin tempat yang setengah surga dan setengah neraka,
atau mungkin juga tempat yang setengah panas dan setengah indah.
Kalau difikir secara logic sangat tidak rasional. Tidak adil juga
jika orang yang berbuat dosa besar tidak disiksa dalam neraka,
padahal dikatakan dalam Al-Quran, jangankan dosa besar, dosa
sekecil man saja akan dipertanggungjawabkan iaitu berupa siksa api
neraka.Dalam ajaran amar maruf nahi munkar, Mutazilah mengatakan
bahwa Orang yang menyalahi pendirian mereka dianggap sesat dan
harus dibenarkan atau diluruskan. Tercatat oleh sejarah bahwa kaum
Mutazilah pernah membunuh ulama-ulama Islam diantaranya ulama Islam
yang terkenal Syekh Buwaithi, seorang ulama pengganti Imam Syafii
dalam suatu peristiwa Quran Makhluk. Pada ajaran ini kaum Mutazilah
menggunakan dasar al-Hadist yang artinya siapa diantaramu yang
melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tanganmu. Nampaknya salah
penafsiran terjadi kembali pada ajaran ini. Hadist mengatakan
ubahlah dengan tanganmu sendiri maksudnya tidak dengan kekerasan
tangan (membunuh) seperti yang dilakukan kaum Mutazilah tersebut.
Namun bagaimana kita bertindak untuk membenarkan mereka yang salah
dengan halus dan sopan seperti cara Rasul menyebarkan ajaran Islam.
Dari sini dapat disimpulkan bahwa yang dinamakan amar maruf atau
menyuruh kebaikan itu dimaksudkan hanya maruf (kebaikan) bagi kaum
Mutazilah, iaitu hanya pendapat mereka bukan maruf (kebaikan) yang
sesuai dengan Quran. (Muhammad bin Ismail Al-Sonani, 1996)
5. Drs. Wagino Hamid HamdaniWalaupun golongan Mutazilah
mengalami berbagai perpecahan dan paham yang berbeda, sesama mereka
dalam masalah akidah, seperti halnya Syiah dan Khawarij, namun
mereka memiliki asas atau prinsip yang mengikat mereka dalam suatu
golongan (firqah) dan yang karena ini, mereka disebut sebagai
golongan Mutazilah. Selagi mereka berpegang pada lima prinsip
gelaran tersebut tetap melekat pada mereka walaupun dalam masalah
rinciannya mereka berselisih. Dalam zaman washil, baru empat
prinsip yang telah dirumuskan, yaitu: tauhid, keadilan Allah,
manzilah baina al-manzilataini, dan penilaian bahwa ada yang salah
antara pihak yang bertarung. Siapa yang bersalah dalam
peristiwa-peristiwa yang berdarah itu. Dengan empat prinsip ini,
golongan ini menjadi lebih jelas perbedaannya dengan golongan lain.
(Drs. Wagino Hamid Hamdani. 2007)
Tokoh-Tokoh Mu'tazilah dan Beberapa Pemikirannya
1. Washil Ibn Atha' Abu Huzaifah ibn A'tha al-Ghazali(nama
lengkap), lahir di Madinah tahun 80 H, dan wafat pada tahun 131 H.
Mengenai pemikiran dan pendapat-pendapat Washil ibn Atha', yaitu
tentang faham al-manzilah bain almanzilatain, dikarenakan ia
menghindar atau tidak sependapat ketidak tuntasan golongan Murjiah
serta berlebih-lebihannya golongan Khawarij. Yang kedua adalah
faham qodariah yang dianjurkan oleh Mabad dan Ghailan tuhan itu
bersifat adil dan tak dapat berbuat jahat atau dzalim, dan
manusialah yang menciptakan perbuatan baik atau buruknya. Yang
ketiag yaitu tentang nafy al-sifat dalam arti bahwa apa-apa yang
disebut sifat tuhan sebenarnya bukanlah sifat yang mempunyai wujud
diluar zat Tuhan, etapi sifat adalah esensi Tuhan itu sendiri.
2. Abu al-Huzail al- Allaf Nama lengkapnya adalah Abu al-Huzail
Muhammad ibn Abdillah ibn Makhul al-Allaf, ia lahir pada tahun 135
H, dan wafat pada tahun 235 H, dan banyak hubungannya dengan
falsafah yunani. Beliau menjelaskan tentang apa arti dari nafy
al-sifat, menurut beliau sifat tuhan itu adalah dzat tuhan,
sehingga persoalan adanya yang qodim selain Tuhan menjadi hilang
dengan sendiinya. Selanjutnya Abu Huzail berpendapat bahwa dengan
akalnya manusia dapat dan wajib mengetahui Tuhan.
3. Al-Nazzam Nama lengkap Abu Ishaq Ibrahim ibn Sayyar ibn Mani'
al-Nazzam, lahir di Basrah pada tahun 185 H dan wafat pada tahun
221 H. ia adalah murid Abu Huzail al-Allaf, seorang tokoh
Mu'tazilah di Basrah. Keduanya pernah sama-sama menghadiri majelis
al-Makmun. An-Nazzam mempunyai pemikiran yang sangat menarik, yaitu
bahwa Allah tidak bisa disifati dengan al-qudrah untuk berbuat
jahat dan maksiyat. Perbuatan tersebut tidak ada dalam kekuasaan
Tuhan. Dan berlawanan dengan pendapat para sahabat yang menyatakan
bahwa tuhan kuasa melakukannya. Tapi tidak melakukannya karena
perbuatan tersebut termasuk buruk, melainkan Tuhan tidak sanggup
berbuat yang tidak baik, tuhan yang wajib berbuat hanya bagi
manusia. Menurut An-Nazzam, bahwa yang menjadi hakekat manusia
adalah jiwanya, badan hanya sebagai alat saja. Jiwalah yang
mempunyai daya, kemampuan kehidupan dan kehendak.
4. Al-Jubba'i Abu Ali Muhammad ibn Abdul Wahab ibn Khalid ibn
Imran ibn Aban al-Jubba'I, di lahirkan di Jubba', daerah
Khuzistan,pada tahun 235 H dan wafat pda bulan sya'ban tahun 303 H.
Diantara pemikiran yang menonjol iaitu : a. Tentang zat Allah dan
sifat-sifatnya. Mengenai peniadaan sifat Tuhan, beliau berpendapat
bahwa Tuhan mengetahui melalui esensi-Nya, demikian pula berkuasa
dan hidup melalui esensinya.
b. Perbuatan Manusia perbuatan yang diciptakan manusia yaitu
kebaikan atau kejahatan, ketaatan atau kemaksiatan, itu semua
karena kebebasannya dan adanya kemampuan sebelum berbuat.
c. Kedewasaan, Akal dan Ilmu Kedewasaan manusia tidak tergantung
pada umumnya, tetapi tergantung pada kesempurnaan akalnya. Yang
juga disebut (al-bulugh takammulul al'aql).
PANDANGAN ULAMA TERHADAP FAHAMAN AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
DAN MUKTAZILAH
1. PELAKU DOSA BESARMuktazilah1. Pada aliran mutazilah tidak
menentukan status yang pasti pada bagi pelaku dosa besar, apakah ia
tetap mukmin atau kafir, kecuali dengan sebutan al-manzilah bain
al-manzilatun .2. Setiap pelaku pelaku dosa besar, menurut
mutazilah,berada diposisi tengah antara posisi mukmin dan kafir.
Jika pelakunya belum sempat bertaubat, ia akan dimasukkan dalam
neeraka selama-lamanya. Namun siksanya lebih ringan daripada seksa
orang kafir. 3. adi, menurut muktazilah yang dimaksud dengan dosa
besar adalah segala perbuatan yang ancamannya disebutkan secara
tegas dalam nas, sedangakan dosa kecil adalah sebaliknya
Ahli Sunnah1. Dosa besar menurut aliran asyariyah adalah pelaku
dosa besar masih tetap sebagai beriman, akan tetapi apabila ia
beranggapan bahawa dosa ini dibolehkan (halal) dan tidak diharamkan
maka ia dipandang kafir. 2. Adapun balasan di akhirat kelak apabila
ia meninggal tidak sempat bertaubat maka, hal itu diserahkan kepada
kehendak Allah dan mendapatkan syfaat Nabi SAW, sehingga bebas dari
seksaan neraka atau kebalikannya. 3. Meskipun begitu, ia tidak akan
kekal di neraka seperti orang kafir lainnya. Dan boleh masuk
syurga.2. IMAN DAN KUFURMuktazilah1. Aliran mutazilah sepakat
bahawa amal perbuatan merupakan salah satu unsur terpenting dalam
konsep iman. 2. Kerana itu merupakan salah satu dari prinsip
muktazilah (alwaad wa al waid) dan marifah (pengetahuan dan akal)
dalam masalah iman,yang merupakan persoalan teologi iaitu iman
seseorang dapat berkurang dan bertambah tergantung pada amal
ibadahnya.Ahli Sunnah1. Aliran asyariyah mendefinisikan iman dalam
berbagai macam. Iman adalah qawl dan amal dan dapat bertambah dan
berkurang.Dalam al-luma iman maksudnya sebagaitashdiq billah2.
Jadi, bagi asyariyah dan juga al-asari sendiri iman hanyalah
tashdiq yang juga diluahkan dalam bentuk syahadatain. (Muhammad Bin
Shalih Al-Utsaimin, 1983)
3. PERBUATAN ALLAH ( )Muktazilah1. Aliran muktazilah, sebagai
aliran kalam yang bercorak rasional, berpendapat bahawa perbuatan
tuhan hanya sebatas pada hal-hal yang baik. 2. Namun , ini tidak
bererti bahwa tuhan tidak mampu melakukan perbuatan buruk kerana
Tuhan mengetahui keburukannya. didalam al-quran pun dijelaskan
bahwa tuhan tidaklah berbuat zalim. 3. Tentang keadilan tuhan,
muktazilah berpendapat bahwa tuhan mempunyai kewajipan-kewajipan
terhadap manusia. iaitu berbuat baik terhadap manusia.Macam-macam
faham kewajipan Allah:i. kewajiban tidak memberikan beban diluar
kemampuan ii. kewajiban diutuskan rasuliii. kewajiban menepati
janji (al-waad) dan ancaman (al-waid)
Ahli Sunnah1. Ulama al-ghazali mengatakan bahawa Allah tidak
berkewajipan berbuat baik dan terbaik kepada manusia.2.
Perbuatan-perbuatan Allah bersifat (jaiz)dan tidak satupun darinya
yang mempunyai sifat wajib. Dengan demikian Allah maha berkehendak
terhadap makhukNya. 3. Kerana percaya pada kekuasaan mutlak Tuhan.
Maka, al-asyari mengatakan dalamal-luma, bahwasannya tuhan dapat
meletakkan beban yang tidak dapat dipikul oleh manusia. 4. Aliran
asyariah memaklumi bahawa diutuskan rasul-rasul mempunyai erti
penting, kerana mereka banyak bergantung pada wahyu untuk
mengetahui tuhan dan alam ghaib. 5. Bahkan juga untuk mengetahui
hal-hal yang bersangkutan dengan hidup di dunia. Namun, semuanya
dikembalikan pada kekuasaan dan kehendak mutlak Allah. 6. Apabila
Allah menghendaki manusia hidup dalam kekacauan. Tuhan dalam hal
ini tidak berbuat untuk kepentingan manusia.7. Tentang kewajiban
menepati janji dan menjalankan ancaman yang tersebut dalam al-quran
dan al-hadis, alasyariah berpendapat bahwa, semua lafaz yang
berertisiapa diertikan sebagai sebagian orang bukan keseluruhan. 8.
Dengan kata lain yang diancam itu bukanlah semua orang tetapi
sebahagian orang . adapun sebahagiannya akan terlepas dari ancaman
atas dasar kekuasaan dan kehendak Allah. (Muhammad 'Uthman
El-Muhammady. 1996)
4. PERBUATAN MANUSIA ( )Muktazilah1. Aliran mutazilah
berpendapat bahwa manusia mempunyai daya yang besar dan bebas. Oleh
kerana itu, manusialah yang menciptakan perbuatan-perbuatannya. 2.
Manusia sendirilah yang berbuat baik dan buruk. Ketaatan dan
kepatuhannya adalah kehendak dan kemahuannya sendiri,
daya(al-istithaah) untuk mewujudkan kehendak terdapat dalam diri
manusia sebelum adanya perbuatan . meskipun berpendapat bahwa Allah
tidak menciptakan perbuatan dan tidak pula menentukannya, kalangan
muktazilah tidak memungkiri adanya ilmu azali Allah yang mengetahui
segala apa yang akan terjadi dan diperbuat manusiaAhli Sunnah1.
Dalam fahaman asyari dikenal teorialkasb(perolehan) yaitu segala
sesuatu yang terjadi dengan perantaraaan daya yang diciptakan,
sehingga menjadi peolehan bagimuktasibyang memperoleh kasab untuk
melakukan perbuatan sebagai konsekuensi nya ,manusia kehilangan
daya dalam perbuatannya. (Haji Abdul Hamid @ Yusoff bin Yunus,
2005)
5. SIFAT-SIFAT ALLAH ( ) Muktazilah1. Aliran muktazilah
berpendapat bahwa Allah tidak mempunyai sifat. Alah bersifat
negatif .Tuhan tidak mempunyai pengetahuan, kekuasaan dan hajat.2.
Aliran memberikan daya yang besar kepada akal bahawa Allah tidak
mempunyai sifat-sifat jasmani.oleh sebab itu mutazilah menafsirkan
ayat-ayat yang memberikan kesan bahwa Tuhan bersifat jasmani secara
metaformosis.3. Selanjutnya muktazilah berpendapat bahawa Allah
bersifat (ghaib). Allah tidak mengambil tempat sehingga tidak dapat
dilihat. Bila Allah dapat dillihat maka Allah dapat tampil didunia
ini, sedangkan kenyataanya belum ada yang melihatnya.4. Mengenai
hakikat al-quran, aliran muktazilah berpendapat bahawa al-quran
adalah makhluk sehingga tidak kekal,Ahli Sunnah1. Aliran asyariyah
berpendapat bahawa Allah mempunyai sifat-sifat, dan sifat-sifat
Allah itu unik kerana tidak dapat dibandingkan dengan sifat-sifat
manusia. 2. Sifat-sifat Allah berbeza dengan allah sendiri,
Alasyariyah menolak bahwa Allah itu mempunyai sifat-sifat jasmani.
3. Namun ayat-ayat al-Quran menggambarkan sifat-sifat tersebut
tidak boleh ditakwilkan dan diterima secara harfiahnya saja, namun
semua itu dikatakanlayukayyaf wala yuhadd( tanpa di ketahui
bagaimana cara dan batasnya).(Drs. Wagino Hamid Hamdani. 2007)
TUGASAN 2: WAWANCARA
BIODATA TOKOHNAMA
PEKERJAAN
ALAMAT TEMPAT KERJA
KELULUSAN AKADEMIK
BILSOALANJAWAPAN
1Boleh jelaskan apakah maksud ajaran sesat?Iaitu sesuatu ajaran
itu didapati bertentangan dengan al-Quran, al-Sunnah, Ijmak dan
Qiyas. Mana-mana ajaran yang bertentangan dengan sumber di atas
secara automatik tertolak. Dan boleh diklasifikasi sebagai ajaran
salah atau sesat. Contohnya, seseorang mendakwa mendapat wahyu dari
malaikat dan mengaku diri sebagai nabi yang diutuskan selepas
kenabian Muhammad SAW.Dakwaan ini adalah sesat lagi menyesatkan
kerana al-Quran, al-Sunnah dan Ijmak secara tegas menjelaskan
bahawa Nabi Muhammad SAW itu adalah penutup Nabi-Nabi dan para
Rasul.
2Boleh berikan beberapa ciri ajaran sesat ini?1. Sembarangan
Dalam Pengambilan Hukum Dan FatwaAktiviti ajaran sesat secara
asasnya berdasarkan kepada nafsu dan semangat amalan semata-mata.
Mereka tidak menjadikan ilmu sebagai wacana teras dalam ajaran
mereka. Situasi ini menjadikan kepercayaan atau tindakan mereka
tidak berpaksikan kepada sumber ilmu yang jelas. Malah, ia dilihat
sebagai keputusan akal yang bebas dari individu atau kumpulan
tertentu sahaja. Hasilnya, segala ketentuan hukum seperti wajib,
sunat, harus, haram dan makruh diabaikan. Malah batasan hukum
dilanggar dan dipermainkan dengan sewenang-wenangnya.Contohnya,
ajaran terdapat ajaran yang mendakwa gurunya seorang Wali. Para
pengikutnya terdiri dari kelompok yang istimewa dan tidak perlu
lagi mendirikan solat. Malah kelompok mereka hanya perlu beratib
beramai-ramai di atas rakit dengan menyusuri sungai sahaja.
Sedangkan ketentuan mendirikan solat adalah wajib ke atas setiap
orang Islam yang mencukupi syarat-syaratnya. Dan tiada sesiapapun
yang boleh menafikan kewajipannya. Sebarang penafian rukun agama
menyebabkan seseorang itu dihukum kafir dan murtad dari
Islam.Kesimpulannya, ternyata ajaran ini dan selainnya menjadikan
hukum-hakam agama sebagai mainan dalam ajaran mereka. Berbeza
dengan tradisi Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadikan syariat itu
sebagai jalan kehidupan untuk menuju Allah.
2. Bersifat Tertutup Dan Banyak BerahsiaAjaran sesat
kebiasaannya disebarkan secara tertutup. Mereka yang menganggotai
sesuatu ajaran kebanyakannya mempunyai pertalian erat antara satu
sama lain. Contohnya, hubungan di antara Ketua dengan orang
kanannya adakalanya melibatkan adik-beradik, sepupu, saudara
terdekat atau kenalan terdekat.Hal ini dilihat penting bagi mereka
supaya segala maklumat ajaran dapat dirahsiakan dari pengetahuan
awam. Dan modus operandi mereka juga tidak dapat dihidu
sewenang-wenangnya oleh pihak berkuasa. Keadaan ini membolehkan
mereka menyebarkan ajaran ini dengan selesa tanpa sebarang gangguan
dari pihak berkuasa.Selain itu, mereka juga menjadikan
tempat-tempat yang berlokasi strategik sebagai markas ajaran
mereka. Kebiasaanya, lokasi yang dipilih adalah kawasan pedalaman,
kawasan terpencil lagi sunyi, perumahan mewah, flat tertentu,
kawasan hutan, tanah milik individu sebagai pusat aktiviti.Penganut
sesuatu ajaran pula kebiasaanya bersikap pasif. Mereka kelihatan
tidak suka bergaul dengan masyarakat. Bahkan tidak mengambil peduli
terhadap isu-isu yang berlaku. Apa yang penting bagi mereka ialah
ajaran mereka dapat diamalkan tanpa diganggu gugat oleh sesiapa.
Situasi ini berbeza dengan prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah yang
menggalakkan kita mengambil berat urusan dunia demi tujuan akhirat.
Kesimpulannya, sikap seseorang yang mempelajari sesuatu secara
rahsia dan tertutup boleh mengundang tafsiran yang salah terhadap
agama. Dan kemungkinan besar sikap sebegini memberi peratusan yang
tinggi untuk seseorang terlibat dengan ajaran sesat. Metod ini
sengaja dipergunakan oleh ketua atau pemimpin ajaran sesat supaya
operasi mereka tidak diganggu masyarakat dan pihak berkuasa.
3Apakah punca timbul ajaran sesat1. Kurang mengambil berat
tentang sumber-sumber utama ajaran Islam yang sebenar telah
mendorong seseorang individu itu mempelajari mengenai Islam dari
sumber yang tidak wajar sehingga ia membuat kesimpulan dan
kefahaman yang salah tentang Islam. Hasil dari kefahaman yang salah
tersebut, diajarkan pula kepada orang lain. 2. Pengetahuan agama
Islam yang cetek dan amalan agama yang kurang. Rata-rata mereka
yang terpengaruh kepada ajaran sesat ini didapati tidak mempunyai
asas agama yang kukuh dan longgarnya pegangan iman.3. Jahil tentang
ilmu-ilmu seperti Aqidah, Feqah, al-Quran, al-Hadis dan usul fiqh
yang membantu kepada proses kefahaman yang betul dan tepat terhadap
al-Quran dan as-Sunnah.
JUSTIFIKASI PERLU TOLAK AJARAN SESAT
1) Bahaya Terhadap Agama1. Merosakkan Aqidah Seseorang2. Gejala
Pencemaran Aqidah Dan Murtad Berleluasa3. Masa Terbuang Dengan
Aktiviti Tidak Berfaedah4. Mengganggu Agenda Pembangunan Islam
2) Bahaya Terhadap Negara1. Minda Tertutup Dan Dikongkong2.
Kehidupan Tidak Stabil3. Tanggungjawab Terabai Runtuhnya Institusi
Kekeluargaan4. Mengancam Keselamatan Negara5. Menggugat Kestabilan
Politik Dan Ekonomi Negara
CARA PENYELESAIAN1. Saranan Kepada Pihak Kerajaan Kerajaan juga
diharap dapat mengawal sebarang bentuk penyiaran am dari
unsur-unsur khurafat dan bidaah di media massa agar tidak menjadi
idea pencetus ke arah berlanjutannya ajaran sesat Kerajaan digesa
supaya dapat mengadakan seminar atau forum kepada penerbit-penerbit
filem agar memahami unsur-unsur syirik dan bahaya amalan ajaran
sesat, bidaah serta ajaran sesat terhadat agama dan negara. Setiap
umat islam khususnya perlulah menimba ilmu yang mendalam melalui
tokoh tokoh ulama yang mempunyi asas asas pengajian islam yang
lengkap yang ditimba dari tokoh ulama yang berwibawa(mempunyai
salasilah pengajian yang jelas) serta melalui kitab kitab yang
muktabar serta mempelajari dari pelbagai tokoh agar luas
pemikiran.
2. Media Massa Sebagai Agen Penyebar Maklumat Yang BerkesanIklan
dan maklumat perlulah disebarkan melalui alat sebaran am sama ada
media cetak atau elektronik kepada seluruh warga muslim dan rakyat
negara ini agar tidak terikut-ikut dengan gejala ajaran sesat yang
bertentangan dengan ajaran Islam.Tokoh-tokoh agama hendaklah
sentiasa peka dengan keadaan ini dan sentiasa memberikan pengajaran
kearah bahayanya keterlibatan dengan gejala khurafat dan ajaran
sesat terhadap dan negara. Sebagai umat Islam dan rakyat dalam
sesebuah negara islam, kita seharusnya melihat bahawa amalan dan
fahaman ajaran sesat dan bidaah adalah virus besar kepada agama dan
negara, oleh itu kita sepatutnya melaporkan kejadian-kejadian
khurafat yang berlaku di dalam masyarakat kepada pihak berkuasa
agar terhapusnya gejala mungkar seperti yang dikehendaki oleh
agama.
3. Peranan Guru Pendidikan Islam dan Setiap Individu MuslimBukan
sahaja guru Pendidikan Islam malah setiap individu muslim perlulah
menjadi ejen penyebar mewakili para ulama dan Jabatan Agama Islam
kepada setiap individu-individu yang terlibat dengan ajaran
khurafat, caranya dengan menghadiri majlis ilmu dan memahami
persoalan-persoalan serta ajaran yang menyimpang dari islam
seterusnya menyampaikan kepada setiap kenalan dan umat Islam. Satu
talian Bebas Tol dan Kaunter Aduan perlu diadakan agar setiap aduan
dapat ditangani segera oleh penguatkuasa yang dilantik bagi
membendung dan seterusnya menghapuskan kemungkaran yang
berlaku.
PENUTUPMasyarakat Islam di Malaysia ini telah lama menerima dan
mengamalkan Islam berdasarkan pendekatan Ahli Sunah Wal jamaah.
Dalam aspek Akidah pegangan yang dihayati dan sebati ialah fahaman
Asyacirah dan maturidiah. Fahaman ini sinonim dengan Ahli Sunah.
Natijahnya telah menampakkan kesan yang baik kepada kestabilan
rohani dan masyarakat. Tetapi perkembangan sunnah alam tidak
mungkin dapat disekat. Dalam zaman langit terbuka dan bumi ilmu
tanpa batas, keresahan tetap timbul bila fahaman-fahaman lain
ditonjolkan di dalam masyarakat Islam walaupun fahaman-fahaman itu
pada hakikatnya masih di bawah payung Ahli Sunah. Masyarakat Islam
yang terus ligat mencari hakikat Ahli Sunah tidak harus disalurkan
ke dalam jalur yang sempit menerusi doktrin dan tokoh-tokoh
tertentu sahaja. Natijahnya seperti biasa, melahirkan percanggahan
dan keresahan. Pemahaman tentang Ahli Sunah secara tradisi harus
diubah kepada fahaman melalui manhaj, matlamat dan objektif yang
tersurat dan tersirat berdasarkan Syariah dan sejarah Ahli Sunah.
Di Malaysia berpegang kepada manhaj Ahli Sunah tetap diperlukan. Ia
perlu dipertahankan dan disuburkan menerusi kefahaman yang betul
dan tepat untuk menghapus penyelewengan yang boleh menghakisnya.
Bagi menjamin kestabilan rohani, keutuhan masyarakat Islam di
Malaysia maka kefahaman betul kepada manhaj Ahli Sunah amat
penting.
RUJUKANIbn Hazm, Ali bin Ahmad (1985). al-Fasl fi al-Milal wa
al-Ahwa wa al-Nihal. Juz. 2, Beirut: Dar al-Jayl.
Muhammad Bin Shalih Al-Utsaimin. (1983). Aqidah Ahli Sunnah Wal
Jamaah. Riyad: Pusat Penelitian Ilmu Pengetahuan, Fatwa, Dakwah,
dan Bimbingan
Mohd Sulaiman Yasin. (1997). Ahlis-Sunnah Wal-Jamaah, Bangi:
Yayasan Salman
Muhammad 'Uthman El-Muhammady. (1996). Sejarah dan Konsep Ahli
-Sunnah wal Jama'ah. Kuala Lumpur: BAHEIS, JPM
Muhammad Abdul Hadi al-Mishri. (1992). Manhaj dan Aqidah
Ahlussunnah wal Jamaah Menurut Pemahaman Ulama Salaf: Jakarta: Gema
Insan Press
Dr Abdul Halim El-Muhammady. (1992). Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah
dalam Dinamika Dakwah. Petaling Jaya: Budaya Ilmu Sdn Bhd,
Drs. Wagino Hamid Hamdani. (2007). Aqidah Ahli Sunnah Wal
Jamaah. Bandung Propinsi Jawa Barat: Yayasan P3i Husnul
Chotimah
Haji Abdul Hamid @ Yusoff bin Yunus. (2005). Mengenal Ahli
Sunnah Wal Jamaah. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM)
Abdul Shukor Haji Husin. (1998). Ahli Sunah Waljamaah :
Pemahaman Semula. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia
Syeikh Syed Ab. Rahman b. Mohamad Ba'Alwi. (1960). Bughyatul
Mustarsyidin Kaherah: Darul Maarif
Ahmad Amin. (1964). Fajr Al-Islam , Dar Al-kitab Al-hadits,
Kairo,
Ibnu Manzur Al-Afriki. tt. Lisan al-Arab Beirut : Dar
al-SoodirMuhammad Bin Abdul Qadir al-Razi . (1994). Mukhtar
al-Sihah. Beirut: Maktabah Lubnan.Abdullah bin Abdul Hamid
al-Athari. (2001). Al-Wajiz Fi Aqidah al-Salaf al-Soleh. Arab
Saudi: Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan
IrsyadMuhammad bin Ismail Al-Sonani. (1996). Al-Insaf Fi Hakikat
al-Auliya Wa Ma Lahum Min al-Karamah Wa Altaaf . Kaherah: Darul
Maarif
Harun Nasution. (1996). Teologi Islam: Aliran-aliran Sejarah
Analisa Perbandingan. Jakarta: UI-Press.
3