PENGENALAN Ajaran-ajaran Islam yang diyakini oleh umat Islam mengandung nilai-nilai Islam yang memiliki peran yang sangat penting di dalam mengembangkan kebudayaan Islam. Di samping itu, ajaran-ajaran islam juga membumikan ajaran utama (yang sebagai syariah) sesuai dengan kondisi dan kebutuhan hidup umat manusia. Manusia sering dikatakan sebagai mahluk yang paling tinggi dibandingkan dengan lainnya. Tingginya harkat dan martabat manusia kerana manusia mempunyai akal budi. Dengan adanya akal budilah, manusia mampu menghasilkan kebudayaan yang cenderung membuat manusia menjadi lebih baik dan lebih maju. Dengan kebudayaan tersebut manusia memperoleh banyak kemudahan dan kesenangan hidup. Akal budi pun mampu menciptakan dan melahirkan ilmu pengetahuan , teknologi , seni dan keseluruhan yang dihasilkan akal budi tersebut dapat dikelolakan untuk menghasilkan produk-produk yang dapat dimanfaatkan oleh manusia guna menuju peradaban yang modern. Seiring dengan berkembangnya IPTEK manusia akan lebih dapat memilah-milah bagian-bagian yang positif dan negatif untuk diri peribadi dan orang lain. Dengan peradaban manusia yang semakin modern maka pola pikir manusia akan lebih berkembang. Apabila dikiatkan dengan sejarah peradaban Islam maka manusia merupakan suatu fungsi yang digunakan untuk meneruskan peradaban di masa lalu untuk menjalankan 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PENGENALAN
Ajaran-ajaran Islam yang diyakini oleh umat Islam mengandung nilai-nilai Islam
yang memiliki peran yang sangat penting di dalam mengembangkan kebudayaan Islam.
Di samping itu, ajaran-ajaran islam juga membumikan ajaran utama (yang sebagai
syariah) sesuai dengan kondisi dan kebutuhan hidup umat manusia. Manusia sering
dikatakan sebagai mahluk yang paling tinggi dibandingkan dengan lainnya. Tingginya
harkat dan martabat manusia kerana manusia mempunyai akal budi. Dengan adanya akal
budilah, manusia mampu menghasilkan kebudayaan yang cenderung membuat manusia
menjadi lebih baik dan lebih maju. Dengan kebudayaan tersebut manusia memperoleh
banyak kemudahan dan kesenangan hidup. Akal budi pun mampu menciptakan dan
melahirkan ilmu pengetahuan , teknologi , seni dan keseluruhan yang dihasilkan akal
budi tersebut dapat dikelolakan untuk menghasilkan produk-produk yang dapat
dimanfaatkan oleh manusia guna menuju peradaban yang modern. Seiring dengan
berkembangnya IPTEK manusia akan lebih dapat memilah-milah bagian-bagian yang
positif dan negatif untuk diri peribadi dan orang lain. Dengan peradaban manusia yang
semakin modern maka pola pikir manusia akan lebih berkembang. Apabila dikiatkan
dengan sejarah peradaban Islam maka manusia merupakan suatu fungsi yang digunakan
untuk meneruskan peradaban di masa lalu untuk menjalankan peradaban modern. Sejarah
peradaban Islam digunakan sebagai pedoman agar manusia tidak terjerumus dalam hal-
hal yang negatif dan manusia dapat memahami betapa pentingnya Al-Quran bagi
perkembangan jaman , makalah ini akan kami beri judul “Pentingnya Al-Quran dalam
Sejarah Peradaban Islam Menuju Peadaban Modern”.
1
PERAYAAN ORANG MELAYU /ISLAM
Hari Raya Aidilfitri / I’dulfitri
Pada tanggal 1 Syawal tahun Hijrah, seluruh masyarakat Islam di dunia akan
menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di Malaysia, sambutan hari raya ini disebut juga
sebagai Hari Raya Puasa. Hari raya ini merupakan hadiah kemenangan setelah berjaya
melawan nafsu selama sebulan berpuasa di bulan Ramadan.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini akan ditentukan harinya apabila anak bulan Syawal
(rukyah) dapat dilihat pada penghujung bulan Ramadan. Ini mengikut hisab berdasarkan
Takwim Tahun Islam. Kebiasaannya, apabila sudah ditentukan 1 Syawal itu, pada
malamnya, umat Islam akan beramai-ramai bertakbir hari raya di masjid atau pun surau.
Keesokan harinya, semua umat Islam, lelaki dan perempuan akan ke masjid untuk
menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri secara berjemaah. Di negara kita,
sambutan Hari Raya Aidilfitri ini disambut secara meriah pada setiap tahun.
Bermula seawal bulan Ramadan lagi, umat Islam akan membuat persiapan tertentu
untuk menyambut kedatangan hari raya ini. Antara tradisi umat Islam di negara ini,
menjelang kedatangan 1 Syawal ini, adalah dengan menyediakan pakaian baru dan bersih
untuk keluarga, menghias rumah, dan membuat berbagai-bagai jenis kuih tradisi untuk
dihidangkan kepada para tetamu yang datang berkunjung ke rumah. Jika tiada pakaian
baru, maka pakaian yang terelok.
Selain itu juga, umat Islam diwajibkan membayar zakat fitrah bagi setiap anggota
keluarga. Kadar nilai zakat ini ditentukan oleh harga semasa beras, iaitu makanan asasi
rakyat di negara kita. Kebiasaannya mereka akan menziarahi kubur sama ada sebelum
atau selepas hari raya.
Masyarakat Islam di Malaysia, biasanya mengambil peluang cuti pada hari raya ini
untuk pulang ke kampung dan menyambut hari raya bersama-sama keluarga dan ibu-bapa
2
masing-masing. Pada pagi hari raya pertama, umat Islam disunatkan bersembayang Sunat
Aidilfitri / I’dulfitri dan mendengar khutbah. Umat Islam akan mengambil kesempatan
untuk memohon ampun dan maaf kepada ibu bapa, suami atau isteri dan dari yang muda
kepada yang tua. Selepas itu, dalam tradisi kunjung-mengunjung ke rumah sanak saudara
dan sahabat handai juga, umat Islam akan mengambil kesempatan untuk bermaaf-maafan,
di samping mengeratkan silaturrahim.
Pada hari raya Aidilfitri juga, umat Islam akan meyediakan berbagai-bagai jenis
juadah tradisional seperti lemang, ketupat, nasi himpit, dodol, rendang dan lain-lain lagi
untuk tetamu yang datang berkunjung dan beraya di rumah mereka. Bagi kanak-kanak
pula, mereka amat gembira kerana dapat bergaya dengan pakaian yang baru serta
mendapat duit raya apabila beraya dengan orang dewasa. Amalan memberi duit raya ini
adalah suatu tradisi yang diamalkan oleh masyarakat Islam di negara kita pada hari raya,
iaitu untuk bersedekah dan menggembirakan anak-anak yang masih muda.
Selain itu, pada hari raya juga, umat Islam di Malaysia mengambil kesempatan untuk
berkunjung ke pusara ahli keluarga dan saudara mara. Kemeriahan sambutan Hari Raya
Aidilfitri di Malaysia lebih bermakna pada hari ini dengan konsep rumah terbuka yang
dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu. Ucapan yang sering dilafazkan apabila bertemu
semasa mereka ialah ‘Selamat Hari Raya’ atau ‘Selamat Aidilfitri / I’dulfitri ketika
berjabat tangan. Manakala lafaz yang disunatkan dalam islam ialah ‘Taqabbalallahu
Minna Waminkum’ dan dijawab ‘Minna Waminkum Taqabbal Ya Karim’.
Kerajaan juga telah mengadakan rumah terbuka peringkat kebangsaan untuk meraikan
hari raya Aidilfitri ini dengan berbagai-bagai acara dan juadah istimewa kepada seluruh
masyarakat yang hadir. Konsep rumah terbuka ini dapat menyatupadukan seluruh rakyat
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk bersama-sama menyambut perayaan
ini dengan penuh rasa gembira dalam suasana harmoni.
3
Hari Raya Aidiladha / I’duladha / Hari Raya Qurban
Hari Raya Aidiladha atau juga disebut Hari Raya Korban dan Hari Raya Haji
merupakan perayaan agama yang disambut oleh seluruh umat Islam di dunia pada 10
hingga 13 Zulhijjah. Hari raya ini menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat
haji di Mekah, iaitu sehari selepas jemaah haji mengerjakan wukuf di Arafah.
Orang-orang Islam menyambut Aidiladha pada tanggal 10 Zulhijjah pada setiap tahun.
Malah, bulan ini merupakan bulan terakhir dalam kalendar Hijrah Islam.
Perkataan 'Aidiladha' berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud 'hari
penyembelihan korban'. Ini sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S
yang diperintahkan oleh Allah S.W.T agar menyembelih anaknya, iaitu Nabi Ismail A.S.
Pada bulan itu juga, umat Islam yang berkemampuan pergi ke Makkah untuk menunaikan
ibadat haji yang menjadi salah satu Rukun Islam yang wajib dilaksanakan.
Walaupun dengan hati yang amat berat, Nabi Ibrahim terus taat dengan suruhan Allah
untuk menyembelih anaknya. Walau bagaimanapun, Allah telah menggantikan Nabi
Ismail dengan seekor kibas.
Sehubungan dengan itu, sebagai mengingati perintah Allah kepada Nabi Ismail ini,
masyarakat Islam yang berkemampuan digalakkan menyembelih binatang seperti
kambing, unta, lembu dan seumpamanya sebagai korban pada hari raya dilakukan
daripada 10 Zulhijjah sehingga selepas Asar pada 13 Zulhijjah. Daging qurban tersebut
akan disedekahkan kepada fakir miskin dan jiran-jiran yang beragama Islam.
Sambutan Hari Raya Aidiladha di Malaysia, biasanya dimulakan dengan bacaan takbir
dan tahmid secara berjemaah di masjid. Selepas itu, disusuli pula dengan sembahyang
sunat Aidiladha pada waktu pagi. Kemudian bacaan khutbah akan diperdengarkan yang
berkisarkan tentang pengorbanan dan perjuangan Nabi Ibrahim.
Selepas habis mendengar khutbah, umat Islam akan mengambil kesempatan
berkunjung ke rumah saudara mara dan sahabat handai untuk mengeratkan silaturahim
4
sambil menjamu selera dengan juadah istimewa. Acara penyembelihan korban pula akan
diadakan selepas itu dan tiga hari berikutnya, iaitu pada 11, 12, dan 13 hari Tasyrik.
Seluruh masyarakat akan bersama-sama membuat kerja-kerja penyembelihan tersebut.
Sambutan Hari Raya Aidiladha di Malaysia, biasanya disambut meriah oleh masyarakat
di pantai timur, berbanding dengan masyarakat Islam di sebelah pantai barat yang
menyambutnya dengan cara yang agak sederhana.
Maulidur Rasul
Perkataan 'maulid' berasal daripada Bahasa Arab yang bermaksud hari lahir seseorang.
Apabila disebut 'Maulidur Rasul', umum memahami ungkapan ini bermaksud hari
keputeraan Junjungan Besar, Nabi Muhammad S.A.W. Nabi Muhammad S.A.W.
dilahirkan di Tanah Suci Makkah pada 20 April tahun Masihi 571 bersamaan 12
Rabiulawal Tahun Gajah. Perayaan ini disambut di peringkat kebangsaan, negeri, daerah
dan kampung.
Oleh yang demikian, hari maulid ini dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia.
Negara kita turut memuliakan dan merayakan hari maulid. Hari maulid ini menjadi hari
cuti umum di negara kita kerana agama Islam merupakan agama rasmi di negara ini.
Maulidur Rasul disambut dan dirayakan dengan berbagai-bagai cara di negara kita.
Setiap kerajaan negeri akan mengadakan sambutannya secara besar-besaran.
Lazimnya, mengadakan syarahan memperingati Junjungan Besar Nabi Muhammad
S.A.W, orang ramai berselawat, perarakan, dan lain-lain. Di kalangan masyarakat pula,
mereka mengadakan majlis berselawat dan jamuan. Sambutan ini diadakan di rumah dan
masjid. Di sesetengah tempat pula, mereka mengadakan majlis membaca riwayat maulid,
iaitu sebuah kitab yang ditulis khas tentang riwayat hidup Nabi Muhammad S.A.W
5
KESENIAN ORANG MELAYU
Tarian Kaum Melayu
Tarian Asli
Tarian Asli merupakan kumpulan tarian yang dicipta berasaskan lagu-lagu asli Melayu.
Wujud daripada rentak dan irama lagu Dondang Sayang tetapi Tarian Asli tidak diiringi
dengan adegan berbalas pantun seperti dalam Dondang Sayang. Perkembangan
seterusnya ialah kemunculan tarian-tarian asli yang dicipta daripada lagu-lagu seperti
lagu Makan Sireh, Gunung Banang, Asli Sapu Tangan, Asli Selendang, Bentan Telani,
Asli Abadi dan lain-lain lagi. Tarian Asli popular di seluruh Malaysia terutama
Semenanjung Malaysia.
Tarian Inang
Tarian Inang merupakan versi moden bagi tarian tradisional rakyat iaitu Tarian Mak
Inang. Ia sering dipersembahkan di majlis-majlis sosial. Tarian ini ditarikan mengikut
laju tempo rebana, biola dan gendang. Para penari terdiri daripada pasangan lelaki dan
perempuan yang berpakaian lengkap mengikut pakaian tradisional Melayu. Semasa
menari, para penari melambaikan sapu tangan yang berwarna-warni.
Tarian Ayam Didik
Tarian Ayam Didik merupakan sejenis tarian Melayu dikatakan berasal daripada gerakan
berlaga ayam, iaitu sejenis sukan yang diminati oleh orang Melayu pada masa lampau.
Tarian ini dicipta oleh ahli tarian di negeri Perlis dan masyhur di kalangan masyarakat
terutama di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan bahagian utara Perak.
Tarian Ayam Didik ini berasal daripada gerakan perlawanan melaga ayam iaitu satu
permainan tradisional orang-orang Melayu dahulu. Tarian ini telah dicipta oleh satu
kumpulan penari di Kangar, Perlis. Untuk mempersembahkan tarian ini, lagu Ayam
Didik akan dimainkan bagi mengiringi tarian. Antara alatan muzik yang digunakan