FAKULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES
SUBJEK: HBMT2103TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO
NAMA PELAJAR :AZIMAH BINTI HUSAINNO. MATRIK :760613095084002
ALAMAT BLOG http://azimahmathematics.blogspot.com
NAMA IPG / PPW/ PPT INSTITUT PERGURUAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG.
SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH)
Tajuk : Isipadu Cecair
PENGENALAN
Isipadu cecair merupakan satu tajuk yang akan dipelajari oleh murid – murid tahun 2. Sebagai guru, kita perlu mendedahkan konsep ini dengan betul iaitu dengan menggunakan istilah –istilah yang mudah tidak terkeliru dan dapat membantu pemahaman murid kepada sub- topic yang seterusnya.
Pada peringkat awal ini kita perlu memperkenalkan kepada murid tentang definisi isipadu cecair iaitu jumlah cecair yang boleh memenuhi sesuatu bekas ataupun bermaksud banyaknya muatan cecair atau kapasiti cecair di dalam sesuatu bekas.
Guru perlu menekankan bahawa, isipadu cecair kadang kala sama walaupun bentuk dan saiz sesuatu bekas itu berbeza.
Murid – murid mudah terkeliru dengan bentuk dan
saiz sesuatu bekas iaitu mereka beranggapan bahawa sesuatu bekas yang besar atau tinggi mempunyai kapasiti yang lebih banyak berbanding bekas yang mempunyai bekas yang lebih rendah.
Pada peringkat inilah, kita perlu memastikan murid – murid agar tidak tersalah konsep.
Bagi menerangkan konsep isi padu ini agar murid memahami dengan lebih jelas guru boleh menggunakan bahan maujud atau alat bantu mengajar yang dekat dengan kehidupan seharian murid sebagai contoh beberapa menggunakan cawan, botol minuman, mangkuk dan sebagainya sebagai alat penyukat.
Unit rujukan pula adalah berpandukan alat penyukat yang digunakan.Guru boleh mengajar konsep ini dengan berkesan dengan melakukan aktiviti - aktiviti memberi pengalamann langsung dengan meminta murid menggunakan beberapa bekas seperti botol air mineral, tin minuman ringan, dan lain-lain yang boleh didapati di sekitar mereka.
ALAT BANTU MENGAJAR 1
KELAS : 2 ZamrudMASA : 60 minitMURID SASARAN : Murid berpencapaian rendahHASIL PENGAJARAN: Murid dapat membandingkan
isipadu dua cecair melalui Perbandingan secara langsung.PENGETAHUAN SEDIA : Murid-murid telah
mengetahui nilai lebih atau kurang, Sedikit atau banyak, rendah
atau tinggi, kecil atau besar.MEDIA PENGAJARAN : Mangkuk ,besen yang
berlainan saiz dan gelas plastic.
AKTIVITI 1
BAHAN BANTU MENGAJAR YANG DIGUNAKAN
LANGKAH –LANGKAH
PENGAJARAN 1 ( MURID
BERPENCAPAIAN RENDAH
1. Aktiviti boleh dijalankan di makmal•Guru menunjukkan : Dua besen yang berlainan saiz yang telah dilabel A dan B dan C
2.Sebelum memulakan aktiviti menyukat isipadu air ,guru meminta murid membuat tekaan isipadu dalam bekas manakah yang paling banyak.Guru meminta mengambil air di dalam besen A dan mengisi gelas-gelas yang sama saiz.
•Soal jawab: -Cuba teka bekas manakah yang mempunyai lebih banyak air.- Bekas manakah yang mengisi kurang .
Aktiviti mengisi gelas kosong dan membuat perbandingan
Bekas A
Dapat mengisi 3 gelas penuh
Bekas A
Dapat mengisi 3 gelas penuh
Aktiviti mengisi gelas kosong dan membuat perbandingan
Bekas B
Dapat mengisi 2 gelas penuh
Aktiviti mengisi gelas kosong dan membuat perbandingan
Bekas C
Dapat mengisi 1 1/2 gelas
Bekas C
Dapat mengisi 1 1/2 gelas
•Setelah aktiviti mengisi mengisi air yang terdapat dalam ketiga-tiga
bekas itu selesai, guru menyusun besen A,B dan C sebelah menyebelah.
Guru bersoal jawab dengan murid:
Daripada pemerhatian kamu , bekas manakah yang dapat mengisi •Lebih banyak air •Kurang air
•Murid menjawab soalan berpandukan pemerhatian.
ALAT BANTU MENGAJAR 2
MURID SASARAN Murid berpencapaian tinggi
AKTIVITI P&P Guru membahagikan murid kepada beberapa pasangan.
AKTIVITI 2 KELAS : 2 Baiduri MASA : 60 minit MURID SASARAN : Murid berpencapaian tinggi HASIL PENGAJARAN : Murid dapat membandingkan
isipadu dua cecair melalui perbandingan secara langsung.
PENGETAHUAN SEDIA : Murid-murid telah mengetahui nilai lebih atau kurang,Sedikit atau banyak, rendah
atau tinggi, kecil atau besar
Guru akan membimbing murid dari satu kumpulan ke satu kumpulan tanpa memberi jawapan kepada murid.
LANGKAH PENGAJARAN . Guru membahagikan murid secara berpasangan.2. Setiap pasangan dibekalkan alatan yang berbeza yang
diperlukan seperti yang terdapat dalam rajah dan borang yang akan digunakan untuk merekod.
3. Dalam aktiviti berpasangan ini, salah seorang daripada murid dalam kumpulan itu dikehendaki membuat anggaran kapasiti air yang terdapat dalam bekas masing-masing.Anggaran tersebut direkodkan dalam borang yang dibekalkan.
BEKAS BESEN KECIL BEKAS SILINDER
Anggaran ________ gelas ________ gelas
Sukatan Sebenar
________ gelas ________ gelas
LANGKAH PENGAJARAN4)Kemudian, setiap pasangan diminta untuk mengisi air yang
terdapat didalam bekas masing-masing ke dalam cawan yang disediakan dan merekodkannya ke dalam borang yang disediakan.
.
Pasangan A
- Menuang air yang terdapat dalam bekas silinder dan besen kecil ke dalam gelas
-Banding dan rekodkan
Pasangan A
- Menuang air yang terdapat dalam bekas silinder dan besen kecil ke dalam gelas
-Banding dan rekodkan
LANGKAH PENGAJARAN4)Kemudian, setiap pasangan diminta untuk mengisi air yang
terdapat didalam bekas masing-masing ke dalam cawan yang disediakan dan merekodkannya ke dalam borang yang disediakan.
.
Pasangan B
- Menuang air yang terdapat dalam bekas silinder dan besen kecil ke dalam gelas
-Banding dan rekodkan
LANGKAH PENGAJARAN4)Kemudian, setiap pasangan diminta untuk mengisi air yang
terdapat didalam bekas masing-masing ke dalam cawan yang disediakan dan merekodkannya ke dalam borang yang disediakan.
.
Pasangan C
- Menuang air yang terdapat dalam bekas silinder dan besen kecil ke dalam gelas
-Banding dan rekodkan
Pasangan C
- Menuang air yang terdapat dalam bekas silinder dan besen kecil ke dalam gelas
-Banding dan rekodkan
LANGKAH PENGAJARAN5)Guru meminta semua pasangan untuk membuat
perbandingan antara anggaran dan sukatan sebenar yang telah dibuat.
6)Guru bersoal jawab dengan murid:Adakah anggaran anda tepat?Bekas yang manakah dapat memuatkan lebih banyak
air?Bekas yang manakah yang memuatkan sedikit air?Setelah semua pasangan selesai menyukat dan
merekad isipadu air yang terdapat dalam bekas masing – masing, guru meminta semua pasangan menyusun bekas-bekas itu mengikut turutan.
LANGKAH PENGAJARANGuru menerangkan kepada murid-murid bahawa bekas yang digunakan untuk menyukat air merupakan unit tidak piawai/standart dan memberitahu murid bahawa unit yang digunakan untuk menyukat isipadu adalah unit liter dan milliliter.
Guru bersoal jawab dengan murid dan merumuskan isi pelajaran