ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS
14 OGOS 2014[ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS]
1.0 Pengenalan Isu Dan Trenda Dalam Pendidikan KhasSetiap hari
terdapat ramai murid yang menghadiri sekolah untuk menerima
pendidikan yang disediakan oleh sekolah. Pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan oleh guru berdasarkan topik-topik yang
terkandung dalam sukatan rasmi yang ditetapkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia. Segala topik dalam sukatan yang ditetapkan oleh
setiap mata pelajaran perlu diajar dalam tahun berkaitan. Guru akan
menguji penguasaan pengetahuan dan kemahiran yang telah disampaikan
melalui ujian dan juga peperiksaan di akhir penggal tahun akademik.
Pada amnya, penjelasan di atas memberi sedikit gambaran tentang
sistem pendidikan yang bercorak aliran perdana, dan corak
pelaksanaannya memang bersesuaian dengan kebolehan majoriti murid
dalam sistem persekolahan umum.Namun terdapat segolongan murid yang
akan sudah pasti akan menghadapi kegagalan dalam pengajaran dan
pembelajaran sekiranya mengikuti sistem pendidikan seperti yang
dijelaskan. Golongan murid ini merupakan murid berkeperluan khas
kerana mereka mengalami keadaan kecacatan yang menjadi halangan
kepada penguasaan pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan oleh
guru melalui proses pengajaran dan pembelajaran seperti yang biasa
diamalkan dalam sistem pendidikan aliran perdana. Untuk mencapai
kejayaan dalam pendidikan, pelbagai usaha dan bantuan perlu
disediakan untuk membantu mereka. Oleh yang demikian, corak
pendidikan adalah berbeza dan mempunyai pelbagai ciri-ciri yang
tidak terdapat dalam sistem pendidikan aliran perdana. Pendidikan
yang disediakan untuk golongan berkeperluan khas tersebut dikenali
sebagai pendidikan khas.Oleh hal yang demikian, timbul isu-isu
berkaitan dengan Pendidikan Khas yang melibatkan guru dan juga
pihak-pihak yang berkaitan. Isu-isu ini kadangkala mengganggu
perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran guru dan juga murid
Pendidikan Khas itu sendiri. Antara isu yang sering dilihat dan
berlaku dalam Program Pendidikan Khas ini melibatkan Guru
Pendidikan Khas, Murid Pendidikan Khas, pihak atasan atau pentadbir
sekolah, peruntukan dan dana yang diberi, bahan bantu belajar yang
bersesuaian, penglibatan ibu dan bapa dan kemudahan fizikal yang
disediakan.
2.0 Bahagian A 2.1 Laporan Aktiviti ( Aktiviti Meningkatkan
Kompetensi Sosial)2.1.1 Kekuatan aktiviti yang dirancangAktiviti
yang kami rancang melibatkan aktiviti luar bilik darjah. aktiviti
luar bilik darjah sememangnya sebuah aktiviti yang jarang murid
laksanakan. oleh sebab itu, apabila menjalankan aktiviti ini,
murid-murid menjadi seronok dan ingin menjalankan aktiviti ini
berulangkali. selain itu, jika dilihat daripada langkah-langkah
aktiviti yang kami sediakan, terdapat pelbagai elemen mata
pelajaran lain yang kami serapkan. antara mata pelajaran yang kami
serapkan ialah pendidikan alam sekitar, pendidikan seni, pendidikan
jasmani dan bahasa melayu.Selain itu, aktiviti yang kami jalankan
juga tidak memakan belanja yang banyak. hal ini kerana, bahan yang
digunakan boleh didapati di dalam bilik darjah. alatannya juga
boleh dibawa oleh murid. secara tidak langsung elemen nilai murni
boleh diterapkan di dalam aktiviti ini.
2.1.2 Sebab menjalankan aktivitiAktiviti yang kami rancang
bertujuan untuk meningkatkan tahap kemahiran bersosial murid. di
dalam kumpulan yang kami pilih, terdapat beberapa orang pelajar
yang mengalami kemahiran social yang agak teruk. oleh sebab itu,
kami telah merancang sebuah aktiviti yang memerlukan murid tersebut
berkomunikasi dengan rakannya dalam menyiapkan tugasan yang telah
diberikan.Selain itu juga, terdapat murid yang mempunyai keyakinan
diri yang lemah. oleh sebab itu, kami telah merancang sebuah
aktiviti yang meningkatkan keyakinan murid. keyakinan diri amat
penting bagi seorang murid dalam menjalankan sebuah pembelajaran
supaya pembelajaran seorang murid menjadi sebuah pembelajaran yang
bermakna.Di dalam kumpulan yang kami pilih juga terdapat beberapa
orang murid yang mempunyai disiplin yang teruk. iaitu sikap yang
suka mengganggu rakan. oleh sebab itu, kami telah menjalankan
sebuah aktiviti yang boleh mengurangkan sikap tersebut2.2 Rancangan
Aktiviti(Sila Rujuk Lampiran)
3.0 Bahagian B (Isu-Isu Pengurusan Program Integrasi Pendidikan
Khas)3.1 Pihak Pengurusan Sekolah3.1.1 Isu Kemudahan
InfrastukturKemudahan infrastruktur memainkan peranan yang penting
dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Suasana pembelajaran yang tidak selesa memberi impak yang sangat
mendalam kepada murid. Tambahan pula mereka terdiri daripada
golongan yang kurang upaya dan mempunyai masalah untuk belajar. Isu
yang seringkali timbul mengenai kemudahan infrastruktur adalah
seperti kelas yang sempit dan tidak mempunyai pembahagian, meja dan
kerusi yang tidak mencukupi, tiada ruangan khas seperti sudut
bacaan, kekurangan alatan permainan serta peralatan terapi yang
tidak boleh membantu perkembangan motor halus dan kasar murid.
Di Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi, kemudahan infrastruktur
seperti kelas Pendidikan Khas secara berasingan dengan murid arus
perdana telah disediakan namun kelas yang diberikan berkondisi agak
tidak selesa kerana keadaan kelas yang agak sempit dan tidak
mempunyai pembahagian. Hal ini memberi masalah kepada guru serta
murid apabila sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, murid
dari kelas lain tidak boleh memberi tumpuan terhadap apa yang telah
dipelajari di dalam kelas mereka kerana gangguan dari segi bunyi
dan pergerakan yang mereka boleh perhatikan. Seharusnya pihak
sekolah haruslah lebih peka dengan membuat pembahagian dan
memperluaskan lagi kelas pendidikan khas yang telah disediakan.
Jika perkara seperti ini tidak diberi perhatian sewajarnya,
murid-murid mungkin akan mengalami kekeliruan dari segi penerimaan
maklumat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Disamping itu, kemudahan seperti meja dan kerusi juga tidak
mencukupi. Pihak sekolah hanya menyediakan meja dan kerusi yang
mencukupi untuk murid-murid kelas A, B dan C sahaja, manakala kelas
D hanya diberikan papan putih sahaja. Hal ini menyebabkan
ketidakselesaan kepada murid-murid berkeperluan khas untuk belajar.
Kelas yang dibekalkan meja dan kerusi juga turut mengalami masalah
apabila mereka terpaksa berkongsi meja kerana terdapat meja yang
rosak. Keselesaan murid haruslah dititik beratkkan supaya objektif
pembelajaran tercapai dengan jayanya.Selain itu saya juga dapati
bahawa sekolah ini sangat kekurangan alatan permainan yang sesuai
untuk diberikan kepada murid-murid berkeperluan khas. Seharusnya
alatan permainan untuk kanak-kanak istimewa ini mestilah bersifat
lebih selamat dan tidak merbahaya. Alatan itu mestilah lebih
bersifat ringan dan lembut. Akan tetapi saya dapati, guru di
sekolah ini menggunakan alatan permainan yang keras, tajam dan
berat. Alatan permainan seperti ini jelas tidak memenuhi
spesifikasi keselamatan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Kita
sedia maklum bahawa murid-murid berkeperluan khas tidak semuanya
mampu menggunakan alatan yang serupa dengan murid yang normal.
3.1.2 Isu KewanganIsu kewangan merupakan isu yang paling sensitif
pada masa kini. Hal ini kerana segala-galanya memerlukan wang.
Pihak sekolah telah mendapat peruntukan daripada Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan kemudahan dan menaiktarafkan
kelas Pendidikan Khas. Namun pihak pentadbiran seolah-olah pilih
kasih serta meminggirkan hak mutlak murid-murid Pendidikan Khas
kerana mereka hanya memberikan sebahagian sahaja peruntukan itu
kepada kelas Pendidikan Khas, selebihnya mereka salurkan kepada
hal-hal lain di sekolah. Hal ini juga memberi impak yang negatif
kepada murid Pendidikan Khas kerana kebanyakkan program yang
dirancang tidak diluluskan oleh pihak sekolah kerana isu kekangan
kewangan yang timbul. Seperti semua sedia maklum, program
Pendidikan Khas memerlukan kos yang tinggi kerana banyak terlibat
dalam aktiviti luar seperti program terapi berkuda, terapi hidro
(renang), terapi bowling dan sebagainya. Perkara seperti ini
seterusnya memberi kesan kepada murid itu sendiri apabila terpaksa
mengeluarkan wang saku mereka sendiri untuk melibatkan diri dalam
aktiviti terapi tersebut. Hal ini amat mengasihankan apabila
kebanyakkan mereka terdiri daripada keluarga yang kurang
berkemampuan dari segi kewangan. Akibat daripada itu, maka
kebanyakan program yang dijalankan adalah bersifat dalaman sahaja
kerana memerlukan belanjawan yang rendah. Namun kesan kepada murid
pula mungkin murid akan mudah bosan dengan kaedah yang sama sahaja
digunakan oleh pihak guru di sekolah berkenaan. Hal ini sekaligus
akan menyebabkan tiada peningkatan yang berlaku kepada murid dan
menjejaskan semangat mereka untuk mencapai kecemerlangan setara
dengan murid normal.3.1.3 Isu Penempatan MuridAntara isu lain yang
menarik perhatian saya ialah mengenai isu petempatan kanak-kanak
berkeperluan khas ini ke dalam sistem Pendidikan Khas di sekolah.
Hal ini adalah kerana terdapatnya murid yang tidak layak dimasukkan
ke dalam program intergrasi di sekolah namun atas dasar peribadi
antara ibu bapa dan pihak tertinggi pengurusan di sekolah mereka
diberi peluang untuk mengikuti Program Pendidikan Khas. Murid yang
tidak layak adalah seperti tidak dapat menguruskan diri sendiri
seperti tidak tahu untuk pergi ke tandas dengan sendiri. Hal ini
akan menyusahkan guru dan pembantu pengurusan murid kerana perlu
menguruskan mereka. Murid seperti ini seharusnya tidak dimasukkan
ke kelas Pendidikan Khas dan perlu dihantar ke Pemulihan Dalam
Komuniti terlebih dahulu. Kesilapan penempatan murid dalam
pembahagian kelas juga misalnya mampu kesan buruk kepada murid
berkenaan. Sebagai contoh murid yang mengalami masalah penglihatan
dimasukkan bersama dengan murid masalah pembelajaran. Akibatnya
murid sudah pasti ketinggalan dan tidak mengikuti proses
pembelajaran dan pengajaran dengan sempurna. Di sekolah ini
terdapat seorang murid yang mengalami masalah penglihatan dan
ditempatkan bersama murid-murid bermasalah pembelajaran. Menurut
pemerhatian saya, murid ini tidak mengalami sebarang masalah
berkaitan kognitifnya. Sepatutnya murid ini boleh dimasukkan ke
arus perdana atau sekolah khas untuk murid yang menghadapi masalah
sepertinya. Hal ini memberi kesan kepadanya apabila kelihatan bosan
kerana guru akan mengulangi pembelajaran berulang kali kerana murid
lain belum boleh menguasai apa yang diajar.
3.1.4 Isu Pentaksiran Dan Ujian BulananIsu yang berkaitan
pentaksiran di sekolah ini ialah mengenai ujian bulanan yang
dilakukan oleh pihak sekolah. Apa yang saya dapati, pihak sekolah
membuat ujian bulanan terhadap murid istimewa ini berdasarkan
Rancangan Pengajaran Tahunan. Pada pandangan saya seharusnya ujian
ini perlulah dilakukan berdasarkan pengetahuan sedia ada murid dab
bukannya berdasarkan Rancangan Pengajaran Tahunan yang telah
disediakan oleh pihak sekolah. Kesannya keputusan pentaksiran nanti
mungkin tidak dapat memberi gambaran kebolehan yang sebenar
murid-murid berkeperluan khas. Jadi ketidakjituan dalam memperolehi
keputusan pentaksiran hasil penilaian boleh menyebabkan guru salah
merancang strategi yang sesuai bagi meningkatkan kebolehan murid
itu lagi.Selain itu, Ujian Penilaian Sekolah Rendah juga menjadi
masalah kepada kanak-kanak yang berkeperluan khas ini. Terdapat ibu
bapa yang beranggapan bahawa dengan mengambil ujian ini anak mereka
mungkin dapat berjaya dan menjadi lebih bijak. Memang benar
terdapat murid istimewa memperolehi keputusan yang baik namun hanya
beberapa bilangan sahaja. Sepatutnya ujian ini harus dikaji semula
untuk kanak-kanak khas. Walaupun ujian ini boleh dipilih sama ada
hendak menduduki atau tidak namun kesan pandangan ibu bapa terhadap
Ujian Penilaian Sekolah Rendah ini hendaklah diubah dengan cara
yang lain.3.1.5 Cadangan Mengatasi MasalahAntara cadangan
penambahbaikkan yang perlu diambil perhatian oleh pihak sekolah
ialah dari segi kemudahan infrastruktur. Pihak sekolah haruslah
menyediakan kelas yang lebih luas kepada murid berkeperluan khas.
Hal ini memberi keselesaan kepada mereka untuk belajar. Selain itu,
pihak sekolah juga perlu membuat pembahagian yang sempurna di dalam
kelas bagi mengelakkan kekeliruan murid untuk menerima maklumat
semasa sesi pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Meja dan kerusi
juga haruslah dibekalkan dengan secukupnya supaya semua murid tidak
merasakan diri mereka didiskriminasikan oleh sesetengah pihak. Di
samping itu juga, alatan permainan yang disediakan juga haruslah
lebih selamat untuk digunakan. Pihak sekolah haruslah lebih peka
terhadap keselamatan murid-murid ini memandangkan mereka daripada
golongan yang kurang upaya dan kurang memikirkan tentang bahaya
yang bakal dihadapi. Pihak sekolah juga boleh menyediakan permainan
tambahan yang mempunyai pelbagai fungsi seperti permainan yang
mengandungi unsure-unsur terapi. Selain murid dapat bermain, mereka
juga dapat meningkatkan kemahiran motor kasar dan halus mereka
semasa bermain. Hal ini sekaligus merupakan pembelajaran tidak
langsung kepada mereka.
Dari segi isu kewangan pula, pihak sekolah haruslah memberikan
peruntukan yang secukupnya kepada mereka supaya segala keperluan
mereka dapat dipenuhi. Murid pendidikan khas boleh berjaya
sekiranya diberi perhatian yang khusus kepada mereka. Pihak sekolah
juga seharusnya meluluskan semua program yang telah dirancang oleh
guru Pendidikan Khas kerana hal ini dapat menyumbang kepada
perkembangan psikomotor dan kognitif kanak-kanak khas. Hal
berkaitan kewangan haruslah diagihkan dengan seadilnya supaya tiada
masalah yang timbul di kemudian hari. Penyalahgunaan wang mereka
tidak seharusnya berlaku jika pihak pengurusan mengamalkan system
yang adil dan saksama. Peluang pendidikan kepada murid-murid
Pendidikan Khas sewajarnya diberi perhatian dan tidak boleh
ditindas oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab kerana mereka
juga berhak mendapat pendidikan yang sama rata. Pihak sekolah tidak
boleh sewenang-wenangnya menyekat peruntukan kewangan kepada mereka
supaya mereka boleh berjaya seperti murid normal yang lain.
Seterusnya, dari segi penempatan murid pula, pihak sekolah
haruslah mengkaji dahulu masalah yang dihadapi oleh murid yang
ingin ditempatkan di dalam kelas Pendidikan Khas. Kesilapan
penempatan murid dalam pembahagian kelas juga misalnya mampu kesan
buruk kepada murid dan guru di sekolah tersebut. Kesannya akan
menyusahkan guru terutama dalam menyediakan Pengurusan Tingkah Laku
dan merancang intervensi kepada murid berkenaan. Selain membebankan
guru sudah pastilah guru juga akan mengeluh dan tidak akan memberi
komitmen sepenuhnya kepada murid sedemikian rupa. Jadi kesan buruk
akan berlaku kepada murid itu dan juga guru.
Ujian pentaksiran juga seringkali dilakukan terhadap kanak-kanak
berkeperluan khas. Pentaksiran dilakukan bagi mengukur tahap
kebolehan murid-murid berkeperluan khas. Tujuan pentaksiran juga
adalah untuk memberi pengetahuan akan kebolehan murid-murid
berkeperluan khas. Disinilah guru-guru, ibu bapa dan pihak sekolah
dapat mengenalpasti daya dan kompentensi murid-murid berkenaan.
Dalam hal ini pihak sekolah haruslah menyediakan ujian yang
bersesuaiaan dengan murid-murid berkeperluan khas dan bukanlah
mengikut Rancangan Pengajaran Tahunan semata-mata. Seperti semua
sedia maklum, pengajaran dan pembelajaran terhadap murid pendidikan
khas boleh difleksibelkan mengikut tahap kognitif mereka begitu
juga dengan ujian dan pentaksiran bagi mengukur prestasi
mereka.
4.0 Guru Pendidikan Khas4.1 Kekurangan Guru TerlatihKekurangan
guru dalam bidang Pendidikan Khas dilihat begitu ketara sekali.
Berikutan dengan kekurangan guru tersebut maka, Kementerian
Pelajaran telah membuka peluang kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih
dalam Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Pendidikan Khas mula
menerima guru-guru KPLI ini yang datang dari pelbagai opsyen.
Sedikit sebanyak guru-guru lama merasa agak lega kerana persepsi
mungkin akan berubah apabila Pendidikan Khas mula diajar oleh guru
berijazah. Kita tidak menafikan ada sebahagiannya sangat komited
tetapi bilangan itu sangat sedikit jika dibandingkan dengan
pelbagai masalah lain yang timbul selepas itu. Tidak berminat ,
terpaksa mengajar juga kerana tiada pekerjaan , tidak boleh
memberikan komitmen sepenuhnya dan gagal mengajar dengan baik
adalah antara yang menjadi masalah utama dalam Pendidikan Khas.
Tempoh masa yang diperuntukan untuk melatih mereka ini sangat tidak
relevan untuk menjadi seorang guru lebih-lebih lagi guru Pendidikan
Khas. Kurangnya pengetahuan dan pengalaman menyebabkan proses
pengajaran dan pembelajaran tidak berkesan dan ada sebahagiannya
merasa tidak selesa bersama dengan murid Pendidikan Khas. Inilah
kesannya daripada temuduga yang dijalankan secara tidak telus.
Ramai pegawai atasan menggunakan kuasa mereka memilih saudara-mara
atau ahli keluarga menceburi bidang ini kerana opsyen yang mereka
miliki menyebabkan mereka sukar mendapat pekerjaan lain dalam erti
kata lain menggunakan kabel.Campur tangan yang sedemikian juga
melahirkan ramai guru Pendidikan Khas yang hanya makan gaji dengan
pendidikan tetapi mempunyai komitmen lain seperti perniagaan dan
sebagainya. Seolah-olah mereka tidak mampu berbuat apa dan setiap
hari hanya menunggu masa untuk balik sahaja sama seperti murid
Pendidikan Khas. Jika dulu guru-guru lama membuat semua perkara
dengan sendiri termasuk bahan bantu mengajar dan pengurusan kelas.
Kumpulan guru baru yang ada sekarang sangat terhad pengalamannya
kerana semua kerja-kerja yang sepatutnya tugas guru diserahkan
kepada pembantu pengurusan murid. Maka lahirlah guru-guru yang
tidak berkualiti dan tidak mampu mengurus dengan baik.4.2 Bebanan
Tugas
Menjadi seorang guru memerlukan kesabaran dan ini merupakan
perkara yang seharusnya diketahui oleh guru-guru sejak dari mula
menjejakkan kaki ke bidang ini lebih-lebih lagi mereka yang
terlibat dengan program Pendidikan Khas, namun setiap perkara ada
batasannya kerana guru juga manusia biasa dengan keperluan sama
seperti orang lain. Guru Khas selalunya diberikan dibebankan dengan
waktu ganti kelas aliran perdana. Hal ini akan mengganggu
perjalanan sesi pengajaran guru pendidikan Khas yang terpaksa
meninggalkan kelas kerana menggantikan kelas guru aliran perdana
yang tidak hadir ke sekolah.
Selain itu, guru Pendidikan Khas juga dibebankan dengan
tugas-tugas bukan mengajar kerana dilantik memegang jawatankuasa
yang mempunyai tugasan berat seperti setiausaha sukan di sekolah.
Guru pendidikan khas merupakan guru yang dianggap guru yang paling
mudah bekerja. Tidak perlu menyemak soalan yang berlambak, tidak
perlu memikirkan strategi untuk murid lulus cemerlang, dan hanya
terdapat beberapa orang murid sahaja di dalam kelas. Mungkin tekaan
itu betul jika guru tersebut mengambil mudah apa yang akan diajar
kepada murid pendidikan khas, namun tidak mudah sekiranya guru
tersebut benar-benar ingin mengajar muridnya berilmu dan menerima
sesuatu apabila hadir ke sekolah setiap hari. Maka semua
tugas-tugas penting dipertanggungjawab kepada guru Pendidikan Khas.
Kesibukan dan beban tugas yang bukan hakiki menyebabkan perhatian
ke atas murid dan kelas Pendidikan Khas terabai dan terbiar.
Guru pendidikan khas juga selalu diarahkan oleh pihak sekolah
supaya terlibat dalam melaksanakan tugas-tugas umum seperti menjadi
penganjur bagi sesuatu program, membuat persiapan tempat dan
sebagainya. Pihak sekolah menganggap guru pendidikan khas tidak
mempunyai banyak kerja yang hendak diselesaikan. Sebaliknya, sikap
seperti ini akan memberi kesan kepada murid dan guru pendidikan
khas itu sendiri. 4.3 Cadangan Mengatasi MasalahBagi meningkatkan
profesionalisma guru-guru Pendidikan Khas pihak sekolah, Pejabat
Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri perlu merangka
program-program atau kursus serta bengkel bagi menambah input-input
yang sesuai dengan program pendidikan. Ianya juga perlu dilihat
dari aspek agama atas segala tanggungjawab yang telah diamanahkan
kepada semua golongan guru. Guru perlu memiliki pengetahuan
profesional yang serdahana bagi melaksanakan tugas sebagai guru
dengan jayanya. Pengetahuan profesional ini perlu bagi memandu
pemikiran guru dan bertingkah laku di dalam bilik darjah dan
keputusan tentang pembelajaran dan pengajaran, kurikulum dan
fenomena bilik darjah.Sejajar dengan ini, guru seharusnya sentiasa
mengemaskini perkembangan pendidikan diri dengan bacaan dan inkuiri
diri yang meluas terutama bidang kepakaran masing-masing. Guru juga
disarankan mengamalkan ciri-ciri penyelidikan profesion yang
sentiasa berkembang. Penyelidikan membawa kepada inovasi dalam
pendidikan diri seorang profesional. Guru perlu menganjak dan
merubah paradigma melalui amalan penyelidikan yang kukuh. Guru
bersikap terbuka dan tidak mempunyai tanggapan yang menyulitkan
tentang sebab-sebab dan hubungan sebab musabab melaksanakan tugas
ini. Guru juga perlu menguasai atau mempunyai pengetahuan dasar
minimum yang mencukupi sebagai guru. Antara pengetahuan minimum itu
ialah pengetahuan isi kandungan, pegetahuan pedagogi am,pengetahuan
kurikulum, pengetahuan konten pedagogi, pengetahuan tentang pelajar
dan ciri-ciri diri ,pengetahuan falsafah, matlamat, tujuan, nilai
dan sejarah pendidikan.
Pemilihan dan pengambilan guru pelatih perlu diperketatkan lagi
dengan mengambilkira aspek personalti, minat, latar belakang dan
kegiatan luar. Ini memberi ruang kepada institusi perguruan
membentuk insan guru yang berkualiti dan boleh melaksanakan
dasar-dasar negara. Kementerian pelajaran juga perlu meningkatkan
pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan guru dapat bertugas
dengan dedikasi dan telus. Pemantauan perlu dijalankan secara
sitematik dan berterusan supaya guru sentiasa berusaha dengan lebih
cemerlang dan berkualiti. Bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih tempoh
masa yang ditetapkan untuk mendapatkan ilmu pedagogi tidak
mencukupi. Mereka perlu diberi tempoh masa yang lebih lama supaya
mereka dapat mempelajari tenik-teknik dan pendekatan dalam
pengajaran.
5.0 Murid Pendidikan Khas5.1 Masalah DisiplinMurid pendidikan
khas sangat sinonim dengan masalah kenakalan mereka. Tingkah laku
bermasalah ini timbul kerana kurangnya keupayaan individu dalam
proses mengadaptasi atau akomodasi apabila menghadapi perubahan
situasi dalam alam persekitaran. Ini menyababkan berlakunya
gangguan emosi dan aktiviti kehidupan individu serta seterusnya
mengganggu kestabilan dan keharmonian persekitarannya seperti
pergaduhan dengan pelajar normal, berkeliaran semasa PnP,
terpengaruh dengan masalah disiplin pelajar normal serta kurang
berminat untuk melakukan tugasan yang diberi guru.Guru sering
menghadapi masalah untuk melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran pengurusan tingkah laku. Secara umumnya masalah
tingkah laku atau disiplin bagi murid-murid masalah pembelajaran
mempunyai ciri-ciri tertentu. Antara ciri-ciri yang ada pada
murid-murid yang bermasalah tingkah laku ialah penumpuan yang
singkat, memencil dan menarik diri daripada aktiviti kelas, terlalu
bergantung kepada seseorang, tidak mesra dengan guru dan orang
lain, gopoh dan tidak sabar, motivasi kendiri rendah, agresif,
melanggar perintah, sentiasa mempunyai perasaan negatif, memberi
jawapan sesuka hati, kurang kemahiran mengawal emosi, perlakuan
hiperaktif dan sering resah serta kurang kepercayaan terhadap
kebolehan diri.Masalah tersebut secara umumnya telah dipengaruhi
oleh beberapa faktor. Antara faktor yang mempengaruhi pengurusan
tingkah laku dan disiplin di dalam kelas seperti kedudukan tempat
duduk murid yang jauh dari guru. Susun atur peralatan seperti meja,
kerusi, almari memainkan peranan penting dalam mewujudkan kelas
yang kondusif dan mempunyai ruang untuk murid dan guru bergerak.
Selain itu, alat bahan mengajar yang dipamerkan hendaklah sentiasa
ditukar.5.2 Perlabelan MuridIsu pelabelan terhadap kanak-kanak khas
agak ketara di negara kita. Perkara sedemkian juga wujud di sekolah
yang saya telah jalani praktikum pada kali ini. Hal ini kerana
terdapat murid-murid normal yang memanggil kanak-kanak sindrom down
sebagai orang yang cacat yang mempunyai mata yang sepet. Mereka
menggelarnya sebagai orang sepet. Keadaan ini boleh menyebabkan
kanak-kanak sindrom down tadi berasa rendah diri dan tidak akan
selesa berada di persekitaran sekolah. 5.3 Gangguan SeksualIsu
seterusnya pula merupakan isu gangguan seksual dan
ketidakseimbangan hormon yang berlaku kepada murid-murid khas.
Murid-murid khas yang tidak mengerti apa-apa selalu dijadikan
mangsa gangguan seksual oleh rakan-rakan malah guru Pendidikan Khas
sendiri. Isu ini merupakan isu serius yang perlu diberikan
perhatian kerana ia merupakan satu jenayah yang kejam. Lain pula
dengan ketidakseimbangan hormon yang berlaku sesama murid-murid
Pendidikan Khas. Murid-murid khas juga manusia yang diciptakan oleh
Allah dan mempunyai keinginan untuk berpasangan seperti orang lain,
namun mereka tidak pandai mengawal keterujaan mereka sekiranya
mereka menyukai seseorang. Contohnya, murid daripada kategori
sindrom Down. Isu-isu seperti ini akan membawa kepada
masalah-masalah lain jika tidak dibendung seperti hubungan seks
sesama mereka.
5.4 Cadangan Mengatasi MasalahTerdapat pelbagai cara bagi
mengatasi masalah yang timbul melibatkan murid Pendidikan Khas ini.
Antaranya ialah guru hendaklah peka di dalam penyediaan bahan yang
bersesuaian dengan murid-murid keperluan khas ini. Terdapat
sesetengah guru menggunakan muzik latar semasa membuat aktiviti.
Hal ini menyebabkan kebisingan di dalam kelas, tindakan agresif,
mengada-ngada dan sebagainya. Sekiranya mempelbagaikan suasana
tempat belajar iaitu di luar bilik darjah. Oleh kerana mereka mudah
tertarik kepada persekitaran, mereka akan hilang tumpuan untuk
belajar di luar bilik darjah dan mereka lebih banyak bermain.
Selain itu, guru juga boleh melaksanakan peneguhan negatif kepada
murid seperti mengenakan dendaan dan hukuman kepada mereka. Hal ini
mungkin dapat mendorong mereka supaya tidak lagi melakukan perkara
yang tidak disukai oleh guru.Bagi masalah pelabelan pula, guru
haruslah menasihati murid-murid dari arus perdana supaya tidak
mengejek dan melabel murid-murid Pendidikan Khas dengan perkataan
yang tidak baik. Hal ini perlu diberi perhatian oleh pihak atasan
supaya mengambil tindakan terhadap murid yang cuba mengejek
murid-murid Pendidikan Khas agar mereka tidak sewenang-wenangnya
menghina insan istimewa ciptaan Tuhan ini.Selain itu, masalah
gangguan seksual perlu diatasi dengan memberi pendedahan tentang
seksualiti kepada murid Pendidikan Khas. Mereka haruslah didedahkan
tentang permasalahan ini supaya dapat membezakan antara perkara
yang boleh mereka lakukan dan yang tidak boleh mereka lakukan.
Mereka juga haruslah dikawal dengan lebih ketat dan tidak dibiarkan
merayau-rayau tanpa arah tujuan.
6.0 Ibu Bapa Atau Waris6.1 Penglibatan Ibu BapaPenglibatan ibu
bapa yang kurang turut menjadi isu dalam Pendidikan Khas. Ibu bapa
hanya meletakkan harapan kepada guru untuk membentuk anak-anak
mereka yang sudah sedia maklum bukanlah dari golongan normal. Ibu
bapa sepatutnya menjadi pendamping murid-murid ini kerana ibu bapa
paling rapat dengan insan istimewa ini. Apabila anak mereka ini
dibawa keluar dari sekolah oleh guru untuk mengikuti aktiviti
seperti pertandingan boling, aktiviti perkemahan dan sebagainya,
ada sebilangan ibu bapa yang meradang akibat murid lewat pulang ke
sekolah yang menganggu masa ibu bapa untuk mengambil anak yang
terlibat dengan program tersebut. Ibu bapa ini tidak sedikit pun
berterima kasih kepada guru yang membawa anak-anak keluar dari
kepompong kelas mereka supaya diberi hak untuk sama-sama merasa
aktiviti yang dijalankan seperti rakan-rakan mereka yang normal di
luar sana.Apabila perjumpaan bersama waris diadakan bilangan yang
hadir tidaklah seperti yang dijangkakan kecuali perjumpan itu
melibatkan pengagihan sumbangan wang atau apa saja bentuk kepada
anak-anak mereka, barulah ibu bapa ini hadir untuk menerima elaun
yang dikatakan hak anak-anak mereka. Sesetengah ibu bapa tidak
dapat dapat menerima kenyataan bahawa anak mereka dilahirkan
sebagai insan yang istimewa di atas muka bumi Allah ini. Bagi
mereka yang tidak dapat menerima hakikat, murid-murid ini akan
diberi tanggungjawab sepenuhnya kepada guru untuk membentuk dan
mendidik. Selain itu, ada juga murid yang tidak dipelihara oleh ibu
bapa tetapi oleh keluarga terdekat yang sanggup untuk memelihara.
6.2 Kurang MengambilberatIbu bapa juga kurang mengajarkan anak-anak
mereka tentang kepentingan menguruskan diri terutama membuang air
besar, air kecil dan lebih menyedihkan lagi bagi murid-murid
perempuan yang datang haid. Mereka tidak didedahkan dari rumah asas
kebersihan dan menggunakan keperluan yang bersesuaian semasa
kedatangan haid. Ini bakal mengganggu urusan guru semasa P&P
dan murid-murid lain. 6.3 Penyalahgunaan ElaunKementerian Pelajaran
Malaysia telah pun memberi peruntukan sebanyak RM150 sebulan kepada
setiap kanak-kanak berkeperluan khas. Elaun yang diberi ini adalah
bertujuan untuk membantu golongan kanak-kanak berkeperluan
kanak-kanak yang tidak berkeupayaan ini untuk menampung kos hidup
mereka. Selain itu elaun ini juga bertujuan untuk meringankan
bebanan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang kurang upaya ini.
Seperti yang sedia maklum perbelanjaan untuk menampung kanak-kanak
berkeperluan khas sebenarnya agak memerlukan jumlah wang banyak.
Hal ini termasuklah kos perubatan dan juga terapi yang melibatkan
pertuturan atau pun fisioterapi.Namun begitu, apa yang menjadi isu
di sini ialah penyalahgunaan wang elaun yang diberikan kepada
kanak-kanak berkeperluan khas ini oleh ibu bapa. Ada ibubapa yang
menggunakan wang elaun tersebut untuk urusan peribadi dan kemudahan
keluarga masing-masing. Seharusnya perkara itu tidak harus berlaku
dan perkara ini seharusnya menjadi tanggungjawab ibu bapa sendiri
untuk menjaga wang saku yang diberi oleh kerajaan dengan
sebaiknya.6.4 Sering Menyalahkan GuruIsu lain yang selalu berlaku
ialah,waris sering menyalahkan guru sekiranya berlakunya kecederaan
oleh murid semasa di sekolah. Walhal, anak mereka mempunyai tingkah
laku yang negatif sehingga tidak mampu dibendung oleh guru. Waris
juga sering mendakwa bahawa guru memukul anak mereka. Namun
sebaliknya, murid selalu bergaduh dengan murid lain di dalam kelas.
Malah,terdapat segelintir waris yang sanggup mengambil tindakan
dengan menyaman guru di mahkamah.6.5 Cadangan Mengatasi
MasalahDalam menentukan hala tuju muird-murid Pendidikan Khas, ibu
bapa perlu menjadi tunjang dan penglibatan ibu bapa sangat penting.
Ibu bapa perlu sedar bahawa sokongan dari pihak keluarga terutama
ibu bapa sangat penting. Ibu bapa perlu didedahkan dan menambah
pengetahuan tentang maklumat yang berguna mengenai Pendidikan Khas.
Bukan sahaja untuk lebih mengenali masalah anak-anak tetapi
membantu ibu bapa cara yang betul dan terbaik untuk menguruskan
anak-anak istimewa ini. Kelas kaunseling dan bimbingan perlu
dilaksanakan oleh pihak berkenaan seperti Jabatan Kebajikan
Masyarakat dan juga Pusat Pemulihan dalam Komuniti untuk memberi
maklumat yang berguna mengena keupayaan dan juga kelebihan yang ada
pada anak-anak ini supaya tidak disisihkan. Polisi Rancangan
Pendidikan Individu (RPI) menggalakkan penglibatan ibu bapa. RPI
adalah rancangan pengajaran bertulis disediakan khusus untuk setiap
pelajar. Ia mengandungi garis panduan yang dibentuk khusus bagi
mendidik kanak-kanak istimewa menguasai kemahiran asas
pembelajaran. RPI mengandungi komponen seperti tahap pencapaian
terkini, tahap kefungsian kanak-kanak daripada segi mental,
fizikal, emosi, social, aspek-aspek lain yang berkaitan
pendidikannya, matlamat jangka panjang dan pendek, struktur
perkhidmatan pendidikan dan sokongan penilaian dan tindakan
susulan. Berdasarkan komponen RPI itu, kejayaan RPI yang dijalankan
di kelas khas bermasalah bukan hanya bergantung kepada kecekapan
dan ketabahan guru khas semata-mata, malah merangkumi kerjasama dan
penglibatan ibu bapa itu sendiri. Ibu bapa mesti memberi sumbangan
yang wajar dan memainkan peranan dengan mennyokong usaha guru. Ini
bermakna bagi menentukan kejayaan RPI dan menentukan kejayaan
pembelajaran kanak-kanak bermasalah pembelajaran, ianya perlu
dikongsi bersama. Bagi ibu bapa yang tidak dapat menerima
kenyataan, sesi kaunseling boleh dilaksanakan oleh kaunselor yang
professional agar jiwa ibu bapa ini tenang dan boleh menerima
kekurangan dan kelebihan anak mereka. Anak-anak ini jika diajar dan
dibimbing seperti anak-anak normal yang lain, berkemungkinan besar
mereka juga boleh berjaya, sekurang-kurangnya dapat menguruskan
diri sendiri. Bagi mengatasi masalah isu isu kewangan dalam
Pendidikan Khas seperti isu penyalahgunaan wang elaun oleh ibu bapa
misalnya, satu pemantauan daripada pihak Jabatan Kebajikan
Masyarakat perlulah diwujudkan. Satu sesi perbincangan dan
kaunseling mengenai pengurusan elaun anak-anak mereka perlu
disediakan. Jadi kesedaran yang tinggi dapat dipupuk dalam kalangan
ibu bapa. Mereka juga perlu disedarkan akan tanggungjawab mereka
dan betapa pentingnya wang elaun itu terhadap anak-anak mereka yang
tidak berkeupaayaan itu.Cadangan mengatasi masalah sekiranya
berlakunya isu waris menyalahkan murid ialah, waris sepatutnya
menyelidik terlebih dahulu dan mendapatkan bukti-bukti yang kukuh
sekiranya berlakunya kecederaan kepada anak mereka. Selain itu,
pihak sekolah boleh memperuntukkan kewangan untuk memasang CCTV
sebagai bukti berikutan banyak isu saman menyaman guru timbul pada
masa kini. Seterusnya, adalah penting bagi guru mengumpul semua
maklumat berkenaan murid itu dan menyatakan aktiviti yang guru
rancangkan supaya ianya dapat dikongsi bersama-sama ibu bapa murid.
Guru juga bolehlah menyediakan beberapa contoh hasil kerja murid
dan tunjukkan kepada ibu bapanya. Sekiranya terdapat perbezaan
antara hasil kerjanya dengan rakan yang sebaya dengannya, tunjukkan
juga contoh hasil kerja rakan itu untuk memastikan ibu bapa tidak
salah faham dengan guru tersebut.Seterusnya, sebagai guru, kita
bertanggungjawab mewujudkan persatuan bagi ibu bapa murid
pendidikan khas supaya mereka mendapat peluang beramah mesra dan
bertukar fikiran. Persatuan Sokongan Ibu Bapa dan Guru Pendidikan
Khas adalah usaha bagi menggabungkan semua ibu bapa dan guru yang
mengajar murid pendidikan khas di sekolah itu. Melalui usaha ini,
semua ibu bapa dapat kenal lebih rapat antara satu sama lain. Hal
ini dapat mengurangkan masalah ketidakpuasan hati antara guru dan
ibu bapa.
3.0Bahagian C (Ulasan Kerja Amali)3.1aktiviti 1 (Menayangkan
Gambar)Aktiviti pertama yang kami lakukan ialah menayangkan sebuah
gambar bunga. Kemudian murid perlu meneka jenis bunga tersebut.
Jika dilihat pada aktiviti tersebut, kebanyakkan aktiviti
dimonopoli oleh murid. Guru hanyalah sebagai fasilitator. Oleh itu,
secara tidak langsung, keberanian murid dalam menjawap soalan dapat
dipupuk. Selain itu, perkembangan kognitif murid juga dapat
dikembangkan.3.2aktiviti 2 (Bersiar-Siar Sambil Memetik Daun Dan
Bunga)Semasa aktiviti ini, murid telah dibawa oleh guru
bersiar-siar di kawasan taman sekolah dalam bentuk kumpulan. Selain
itu, murid juga diminta untuk memetik bunga dan daun pokok yang
mereka lihat. Dalam aktiviti ini, guru telah memupuk beberapa sikap
positif. Yang pertama ialah bekerjasama dengan rakan, berdisiplin
dan bergaul mesra dengan rakan. Sikap positif bekerjasama mula
dipupuk apabila murid bekerjasama dengan rakan dalam mencari pokok
bunga yang sesuai dengan tugasan. Kemudian, sikap positif yang
kedua iaitu berdisiplin mula dipupuk apabila mereka bergerak dalam
keadaan yang senyap dan tidak mengganggu rakan-rakan dari aliran
perdana yang sedang belajar. Seterusnya ialah pembentukkan sikap
positif yang ketiga iaitu bergaul mesra dengan rakan dapat dilihat
apabila mereka saling tolong menolong antara satu sama dalam
menjayakan tugasan yang diberikan.3.3Aktiviti 3 (Melekatkan Bunga
Dan Daun Dalam Sehelai Kertas Putih)Semasa aktiviti ini, murid
dikehendaki untuk melekatkan daun dan bunga yang mereka perolehi ke
atas sebuah kertas putih. Melalui aktiviti ini, murid telah diajar
untuk menghormati pandangan orang lain secara tidak langsung. Hal
ini kerana, untuk menghasilkan sebuah kerja berpasukan yang baik,
mereka haruslah menerima setiap pandangan ahli kumpulan. Selain
itu, sikap tolong menolong juga dapat diserapkan ke dalam aktiviti
ini.3.4Aktiviti 4 (Menghasilkan Kolaj Bunga)Melalui aktiviti ini,
murid diminta untuk menggoyak kertas warna menjadi cebisan kecil.
Kemudian meletakkan gam di atas kertas putih seterusnya melekatkan
cebisan kertas yang dikoyak di atas kertas putih dan membentuk
bentuk bunga. Jika kita lihat pada aktiviti ini, kesabaran yang
tinggi amat diperlukan. Oleh itu, aktiviti ini telah membentuk
sikap sabar dalam diri murid. 3.5Penutup (Membentangkan Hasil
Kerja)Aktiviti penutup membolehkan ketua setiap kumpulan untuk
membentangkan hasil kerja mereka kepada kumpulan lain. Melalui
aktiviti ini, sikap yang berani haruslah ada dalam diri murid bagi
membentangkan sebuah hasil kerja. Oleh itu, pembentukan sikap
positif dalam aktiviti ini ialah sikap berani.
4.0 KesimpulanIsu dan trenda dalam Pendidikan Khas sering
berlaku dalam sistem pendidikan pada masa kini. Sekiranya isu
seperi ini tidak dibendung dengan cepat dikhuatiri masalah yang
lebih besar akan timbul dalam sistem pendidikan ini. Sebagai
seorang guru kita perlulah bijak dalam menangani setiap isu yang
datang bagi memastikan proses pembelajaran berjalan seperti yang
dirancang.Namun begitu, kerjasama daripada semua pihak amatlah
diperlukan. Kesimpulannya, semua pihak perlulah sedar tentang
tanggungjawab masing-masing dan sentiasa berfikir untuk
meningkatkan tahap pencapaian murid Pendidikan Khas.
5.0 RujukanBUKUKamarudin Haji Husin ( 1986 ), Panduan Latihan
Mengajar, Selangor : Longman Malaysia Sdn. Bhd. K.A. Razhiyah (
2006 ), Anak Istimewa Panduan Ibu Bapa Membesarkan Anak Istimewa,
Kuala Lumpur : Pts ProfesionalMohd Sharani Ahmad ( 2006 ), Mengurus
Kanak-Kanak Yang Susah Belajar, Kuala Lumpur : Pts Professional Mok
Soon Sang ( 2009 ),Perkembangan Kanak-Kanak, Perak : Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd. Omardin Ashaari ( 2007 ), Pengurusan Sekolah
Suatu Panduan Lengkap, Kuala Lumpur : Utusan Publication &
Distribution Sdn. Bhd. INTERNET
http://shermiemy.blogspot.com/2011/01/isu-dan-trenda-dalam-pendidikan.htmlhttps://sites.google.com/a/ippm.edu.my/jpk/bahan-ilmiahhttp://belognurna.blogspot.com/2011/09/pengenalan-kepada-pemulihan-dalam.htmlhttp://yushazwani.blogspot.com/2011/09/isu-isu-yang-berkaitan-pendidikan-khas.html
JABATAN PENDIDIKAN KHASPage 27