FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
HBAE3103KRAF TRADISIONAL
BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOUR
NAMA:SHAHARUDIN BIN MOHD AMINNO. MATRIKULASI:820123065319001NO.
KAD PENGENALAN:820123-06-5319NO.
TELEFON:010-5432142E-MEL:[email protected] PEMBELAJARAN:
KUANTAN LEARNING CENTRE
SEMESTER SEPTEMBER 2014
Isi Kandungan Muka Surat1.0 PENGENALAN22.04 JENIS KRAF
TRADISIONAL 32.1Batik 3 2.1.1Motif Ragam Hias
Batik52.2Ukiran62.2.1Motif Ragam Hias Ukiran82.3Tenunan92.3.1Motif
Ragam Hias Tenunan102.4Anyaman112.3.4Motif Ragam Hias Anyaman12
3.0ANALISA PENGARUH ALAM SEKITAR PADA RAGAM 14 HIAS DAn FUNGSI
MOTIF-MOTIF TERSEBUT4.0FUNGSI MOTIF RAGAM HIAS KEPADA
BUDAYA195.0PERKAITAN AKTIVITI MASYARAKAT DENGAN MOTIF 20 RAGAM
HIAS6.0PENUTUP227.0RUJUKAN23
1.0PENGENALANKraf tradisional merupakan warisan peninggalan
nenek moyang kita. Kraf tradisi melambangkan kebudayaan dan
identiti sesebuah masyarakat. Ia merupakan harta yang bernilai yang
perlu kita hargai dan kita pelihara supaya tidak ditelan dengan
perkembangan dunia teknologi sekarang ini. Seni kraf dihasilkan
dengan kerja tangan yang sangat halus dan cantik. Kraf tradisional
boleh didefinisikan sebagai perusahaan kerja sini yang melibatkan
kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat
yang diwarisi sejak turun-temurun ( Open University Malaysia, 2011
). Kraf tradisional yang dihasilkan kaya dengan unsur-unsur budaya
yang boleh dilihat melalui bentuk, sifat, gaya, gerak, garis dan
warnanya. Setiap kraf tradisional yang dihasilkan berfungsi dalam
kehidupan seharian seperti keris, lembing, batik dan
sebagainya.Kraf-kraf ini dihasilkan untuk digunakan di dalam
kehidupan harian dan juga di dalam upacara-upacara keagamaan
semenjak dahulu kala dan berkembang sehingga sekarang.Menurut
William Hunt dalam sebuah buku berjudul An Introduction to The
Malayan Aboriginese mengatakan bahawa budaya kraf dan seni di
Malaysia dibawa oleh pendatang keturunan Melayu dari Gugusan
Kepulauan Melayu, serta pendatang asing dari rantau Asia. Pendapat
ini disokong oleh seorang ahli anthropologi iaitu Gustay Schenk
yang mengatakan bahawa sebahagian kepulauan Indonesia merupakan
tanah besar yang bersambung dengan Australia dan Malaya menjadi
jambatan diantara dua benua. Dato Sulaiman Osman ( 1994) pula
berpendapat sebagai negara berbilang kaum, kraftangan tradisi juga
turut dipengaruhi oleh budaya kaum pendatang yang kaya bentuknya
serta bercampur gaul dengan budaya purba mereka.Kraf tradisional
yang dihasilkan masyarakat Melayu dahulu adalah seperti batik,
tenunan, tembikar, anyaman,gasing, wau dan ukiran. Kehalusan dan
keindahan kraf-kraf yang dihasilkan menjadikan ia semakin
berkembang sehingga sekarang dan telah terkenal di seluruh dunia.
Kecantikan kraf-kraf ini dapat dilihat pada motif ragam hias yang
dihasilkan pada permukaan kraf. Ragam hias ialah bentuk dasar
hiasan yang biasanya akan menjadi pola berulang-rulang dalam
sesuatu seni kraf.Apa yang uniknya kraf tradisional ini ialah
keindahan motif ragam hias yang dihasilkan memberi pelbagai makna
atau gambaran yang menceritakan tentang kisah dalam masyarakat
Melayu sama ada berkaitan adat resam, budaya dan juga
kepercayaan.
2.04 JENIS KRAF TRADISIONAL Kraf tradisional merupakan warisan
bangsa kita. Ia merupakan sesuatu peninggalan yang sangat berharga.
Hasil cipta kraf tradisional ini sangat indah dimana ia kaya dengan
unsur-unsur budaya pada rekaanya yang jelas terzahir melalui
bentuk, sifat, gaya, garis, gerak dan warnanya. Pada setiap kraf
tradisional yang dihasilkan mempunyai motif-motif yang menjadikan
kraf tersebut sangat indah. Motif dalam seni membawa maksud sesuatu
yang ingin disampaikan sama ada berbentuk corak atau reka bentuk
yang bercirikan alam persekitaran seperti flora dan fauna. Terdapat
4 jenis kraf tradisional yang akan kita bincangkan iaitu batik,
tembikar, ukiran dan. Kita juga akan membincangkan motif ragam hias
setiap kraf tradisional tersebut.2.1Batik Batik merupakan satu kraf
tradisional yang cukup terkenal bukan sahaja di kalangan rakyat
negara kita bahkan juga di negara-negara luar. Keindahan seni
lukisnya mempamerkan kreativiti dan kehalusan yang sangat tinggi.
Perkataan batik berasal dari Indonesia yang membawa maksud
rintik-rintik putih yang ada pada kain yang berwarna dan juga
bercorak ( Open University Malaysia, 2011 ). Jika ditafsirkan di
dalam Bahasa Melayu, batik membawa maksud titik. Dipercayai, seni
batik mula wujud semenjak 2000 tahun yang lalu bermula di Mesir dan
Parsi. Namun begitu, ia mula digunakan di China dan Jepun semasa
abad ke 7. Kini, seni batik ini telah mula berkembang di negara
kita dengan negara Kelantan dan Terengganu cukup terkenal dalam
menghasilkan seni ini. Sejarah seni batik di negara kita bermula di
Kota Bahru, Kelantan pada tahun 1914 dan kain batik di Malaysia
mula dicipta oleh Haji Che Su bin Ishak yang berasal dari Kelantan.
Kain yang digunakan untuk membuat seni batik ini dinamakan Kain
Pereira atau Kain Pelangi iaitu sejenis kain sutera tiruan yang
diimport di Siam. Bermula dari situ, seni batik mula berkembang ke
Terengganu dan negeri-negeri yang lain.Seni batik boleh dihasilkan
melalui empat jenis teknik yang berikut iaitu batik skrin yang
menggunakan pemidang skrin dan corak dihasilkan melalui leker. Yang
kedua iaitu batik blok yang menggunakan blok kayu yang kemudiannya
digantikan dengan blok tembaga untuk menghasilkan corak. Yang
ketiga ialah batik pelanggi. Batik ini dihasilkan tanpa menggunakan
lilin. Yang keempat atau yang terakhir iaitu batik tulis atau
canting yang dihasilkan menggunakan alat canting dan melilinkan
bahagian untuk membuat corak.
batik skrin batik blok
batik canting batik pelangi
2.1.1Motif Ragam Hias BatikMotif batik banyak dipengaruhi alam
sekitar seperti flora dan fauna. Motif-motif menunjukkan bahawa
hubungan rapat dan kepekaan masyarakat dengan alam sekitar.
Terdapat 6 jenis motif alam sekitar yang digubah menjadi corak atau
ragam hias yang menarik iaitu : A )Unsur florai. Motif flora
seperti bunga, ranting, pucuk, kudup, putik dan daun digunakan sama
ada secara tunggal atau berterabur untuk menghiaskan kain batik
ela.ii. Untuk menghiasi badan batik sarung, penggunaan motif
seperti bunga, puntik, kuntum, ranting dan pucuk di susun menjalar
datar dengan bentuk lembut. Selain itu, penggunaan motif helaian
daun, kelopok, ranting dan bunga. Bunga disusun berdahan tegak.iii.
Untuk menghiasi bahagian kepala kain, penggunaan motif pucuk rebung
digunakan, reka corak digubah bukan secara realistic tetapi
campuran gaya organik dan geometri. B )Unsur faunai. Penggunaan
motif-motif seperti ikan, burung, rama-rama, dan pelbagai lagi
haiwan.C )Unsur geometrii. Untuk fungsi unsur geometri dalam
menghasilkan batik pula ialah : Hiasan gigi atau kaki kain :
penggunaan susunan garis-garis halus, motif banji atau swastika,
motif parang rosak dan motif pinggir awan. Garis-garis lurus yang
direka dan disusun menjadi motif seperti cengkerang, jarring
bersilang, siput, kisi-kisi,dan sebagainya. Menghiasi batik panjang
: penggunaan motif kawung dalam susunan empat bentuk
bujur.ii.Contoh motif berunsurkan geometri ialah parang rosak,
kawung, jalur, kisi-kisi, swastika, keluk pinggir awan persegi,
pilin berganda, buntut siput.D )Unsur benda buatan manusiai.
Biasanya motif unsur benda buatan manusia digunakan untuk hiasan
batik ela.ii. Contoh motif-motif berunsurkan benda buatan manusia
ialah jaring ikan, wau, dan lain-lain lagiE )Unsur motif iseni.
Isen bermaksud motif pengisi untuk memenuhi kain batik tradisional
atau sebagai latar belakang kepada sesuatu pola corak.ii. Contoh
jenis isen ialah ada-ada, atap, cacah gari, berangan, cecek-cecek,
cecek pitu, cecet sawut daun, gelandangan, mata dara, penutup,
poleng, sisik dan sebagainya.
Contoh motif ragam hias batik
unsur flora unsur fauna unsur geometri
2.2UkiranUkiran kayu tradisional ialah hasil kreativiti
orang-orang Melayu yang sangat indah dan mengagumkan, Ukiran-ukiran
yang indah in iboleh dilihat pada masjid, rumah, istana perabot dan
juga pada barangan kegunaan harian. Apa yang uniknya, ukiran
tradisional ini bukan sahaja dihasilkan oleh masyarakat Melayu
bahkan juga masyarakat yang lain seperti masyarakat Orang Asli,
suku kaum di Sabah dan Sarawak. Menurut pendapat Khairuddin Talib
pada tahun 2011, ukiran membawa maksud sebagai mengukir sesuatu
bahan sebagai contoh kayu diukir dengan menggunakan alat mengukir
seperti pisau wali, carving tool. Sejarah awal ukiran di negara
kita dipercayai berdasarkan maklumat yang dicatatkan pada sebuah
buku Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin yang dikarang oleh Tun
Sri Lanang pada abad ke-17 bahawa tercatat keindahan seni bina
semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah di Melaka pada tahun 1459
hingga 1477.Rakyat Melaka mengelar istana yang terukir indah itu
sebagai Istana Hawa Nafsu . Satu lagi catatan mengenai ukiran
tradisional ini ialah di dalam Hikayat Misa Melayu. Catatan dalam
hikayat tersebut adalah mengenai seni ukir istana yang terletak di
Pulau Indera Sakti,iaitu sebuah tempat di Kuala Sungai Kinta, Perak
semasa pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain pada tahun 1756
hingga 1780. Ukiran kayu zaman dahulu bertahan lama disebabkan
pengukirnya menggnakan kayu-kayu yang berkualiti tinggi seperti
cengal, merbuk dan sebagainya. Kita boleh lihat, banyak
bangunan-bangunan lama yang terdapat di negara kita masih lagi
utuh.Hasil ukiran kebanyakkan berunsurkan alam sekitar. Bentuk
ukiran kayu Melayu mementingkan sifat yang bermula dari sesuatu
punca dan terus timbul perlahan serta berliku-liku. Biasanya ukiran
ini mempunyai imbanagan yang sama ukur di antara bahagian yang
positif dengan yang negatif.
Contoh ukiran-ukiran kayu
2.2.1Motif Ragam Hias UkiranKecantikan sesuatu ukuran juga
terletak pada motif ragam hias yang dihasilkan. Motif ragam hias
yang terdapat pada ukiran kayu ialah : A )Unsur florai.Motif ini
terdiri daripada bunga dan daun. Contoh motif bunga yang selalu
diukirkan ialah ketumbit, cempaka, raya, ros, kedup, lawang,
kemunting, kundur, terantai, tanjung, matahari, cengkin dan
sebagainya.ii. Manakala ukiran menggunakan motif daun seperti
ketola, bayam perasi, bayam kukur, jari buaya, selit, setualang,
ketumbit, kangkung, pucuk paku, pucuk rebung, pucuk kacang, dan
pelbagai lagi.B )Seni khat iaitu ukiran terdiri daripada ayat-ayat
Al-Quran.C )Unsur fauna iaitu motif yang terdiri daripada itik
pulang petang. D )Unsur geometri terdiri daripada motif yang
mempunyai corak berupa bentuk geometri.E ) Unsur kosmo yang terdiri
daripada bulan, matahari, bintang, awan, gunung, bukit dan
sebagainya. F )Unsur Awan Larat yang terdiri daripada awan yang
bergerak di langit. Awan ini melarat-larat ditiup angin sehingga
menghasilkan bentuk yang indah.
Contoh motif ragam hias pada ukiran
Unsur flora Unsur fauna Unsur khat
Unsur geometri Unsur awan larat
2.3Tenunan Tenunan merupakan salah satu kraf tradisional yang
terkenal di Malaysia. Hasil tenunan Malaysia sangat halus dan
tinggi kualitinya mencerminkan bahawa ia dihasilkan oleh tukang
tempatan yang mempunyai kreativiti dan kemahiran tinggi. Perusahaan
tenunan di negara kita sangat terkenal di negeri Kelantan, Pahang
dan Terengganu. A.J Hill ( 1949 ), berpendapat bahawa menenun
adalah perusahaan yang tertua yang dihasilkan di Kelantan dan
Terengganu dengan menggunakan kei berkaki .Menurut definisi
daripada Open University Malaysia, 2011, tenunan membawa maksud
hasilan daripada jalinan benang lonseng ( yang menunggu ) dengan
benang pakan ( yang mendatang ). Seni tenunan sangat terkenal dalam
kebudayaan Nusantara. Ia semakin berkembang disebabkan kedudukan
rantau ini yang strategik dari kedudukan geografinya. Kedudukannya
yang strategik menjadikan ia tempat persinggahan kapal-kapal
pedagang dari negara-negara Arab, India dan China. Antara bahan
dagangan pada ketika itu ialah kain tenunan dan disebabkan itu seni
tenunan banyak dipengaruhi dari negara-negara berkenaan.Songket
Melayu dan Tenunan Pua peribumi Borneo, merupakan antara tenunan
yang cukup terkenal di negara kita. Tenunan awal yang dihasilkan
menggunakan alat tenun duduk yang masih lagi digunakan oleh
masyarakat Iban sampai sekarang. Antara jenis kain tenunan ialah
kain bujang atau samping, kain sarung, kain sarung tenunan corak
berang, kain kampuh, kain lepas dan kain selendang.
tenunan songket
2.3.1Motif Ragam Hias TenunanMotif ragam hias mempengaruhi
keindahan kain tenunan. Motif-motif yang digunakan pada kain
tenunan cenderung kepada motif flora, fauna dan juga geometri. i
)Motif berasaskan floraContoh corak-corak yang digunakan untuk
menghasilkan ragam hias ialah bunga tanjung, bunga cengkeh, pucuk
rebung, bunga gorek, bunga lawang, bunga kunyit dan sebagainya.
ii )Motif berasaskan faunaContoh motif fauna ialah kuda laut,
kupu-kupu, ayam jantan, bunga merak, gigi belalang, dada kaki
lipan, lawi ayam,siku keluang besar, siku keluang kecil.iii )Motif
berasaskan geometriContoh motif geometri ialah mahkota dan bintang
pecah lapan.
Contoh motif ragam hias pada tenunan
Unsur flora Unsur Geometri
2.4AnyamanSeni anyaman merupakan salah satu kraf tradisi
masyarakat Melayu. Kraf ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi.
Anyaman merupakan satu proses penyilangan bahan-bahan daripada
tumbuh-tumbuhan seperti buluh, daun mengkuang, lidi, bertam dan
sebagainya untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh
digunakan. Bahan-bahan yang digunakan mudah dikeringkan dan
dilembutkan. Secara amnya, kebanyakan anyaman yang dihasilkan tidak
banyak perbezaan dan ianya bergantung kepada tumbuh-tumbuhan yang
digunakan. Antara produk yang dihasilkan daripada proses anyaman
ialah bakul, tikar, tudung salji dan sebagainya.Sejarah permulaan
seni anyaman ini dipercayai bermula pada zaman Neolitik dan
kebanyakkan manusia pada masa itu menghasilkan tali, rumah dan
peralatan-peralatan harian. Bahan daripada akar dan rotan merupakan
bahan asas awal yang digunakan untuk menghasilkan anyaman. Siti
Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan
bahawa semasa pemerintahan Long Yunus bermula pada tahun 1756
hingga 1794, anyaman digunakan oleh raja di negeri Kelantan.
Anyaman yang digelar Tikar Raja itu dihasilkan daripada pokok
bemban. Kini, seni anyaman ini sangat popular di serata
negeri-negeri Malaysia. Seni anyaman tidak hanya menghasilkan
produk-produk tradisional tetapi ia dipelbagaikan untuk
menghasilkan produk-produk yang lebih menarik.
anyaman lidi anyaman mengkuang anyaman buluh
anyaman daun sal anyaman rotan
2.4.1Motif Ragam Hias AnyamanTerdapat dua ciri penting dalam
ragam hias anyaman iaitu penciptaan kelarai ( motif ) dan
corak.Kelarai dikhususkan kepada motif yang berbentuk sementara
corak ialah merujuk kepada susunan warna tanpa memperlihatkan
kepada susunan warna dan bentuk motif. Kebanyakkan kelarai
dihasilkan berdasarkan unsur-unsur alam semula jadi iaitu flora dan
fauna. Berikut adalah jenis-jenis kelarai :i.kelarai unsur
floraii.kelarai unsur faunaiii.kelarai unsur geometriiv.kelarai
unsur abstrakv.Kelarai unsur nama tempat dan nama pereka
Contoh motif anyaman kelarai
3.0ANALISA PENGARUH ALAM SEKITAR PADA RAGAM HIAS DAN FUNGSI
MOTIF-MOTIF TERSEBUTKewujudan kraf tradisional berasaskan alam
sekitar telah bermula sejak zaman dahulu. Beberapa penemuan barang
kraf tradisional telah menampakkan penghasilan ragam hias pada
permukaannya bermotifkan alam sekitar. Unsur alam sekitar seperti
flora dan fauna banyak digunakan sebagai motif ragam hias pada
kraf-kraf tradisi. Ini kerana mereka mempunyai hubungan yang rapat
dengan alam sekitar. Menurut satu dapatan kajian yang dijalankan
oleh Hamdzun Othman pada tahun 2002, mendapati bahawa objek-objek
dari alam semulajadi menjadi pilihan bagi menghasilkan motif yang
menjadi unsur utama dalam menghasilkan ragam hias. Motif-motif
dalam alam sekitar ini bukan sahaja mencantikkan kraf yang
dihasilkan tetapi juga mengandungi falsafah tersendiri dan juga
mempunyai pengajaran moral melalui motif yang dihasilkan yang dapat
mendidik masyarakat pada ketika itu. Penghasilan motif-motif dari
alam semulajadi seperti flora dan fauna menggambarkan bahawa
kehidupan masyarakat pada ketika itu sangat rapat dan tidak boleh
dipisahkan dengan alam sekitar. Mereka menjadikan alam sekitar
sebagai sumber makanan, perubatan, sumber ekonomi, kesenian,
pendidikan, adat dan kepercayaan dan pelbagai lagi. Antara sebab
tumbuhan dipilih sebagai motif ialah masyarakat Melayu
menjadikannya sebagai tumbuhan hiasan di halaman-halaman rumah
seperti bunga raya, kekwa, matahari, melor dan sebagainya. Selain
mencantikkan halaman rumah, ia juga ada mengeluarkan bau yang
wangi. Kalau kita lihat, kebanyakkan masyarakat Melayu di
kampung-kampung suka menanam pokok bunga di halaman rumah mereka.
Masyarakat dahulu bergantung pada perubatan tradisional. Ia
terbawa-bawa sehingglah sekarang. Terdapat tumbuh-tumbuhan yang
digunakan dalam perubatan seperti kunyit, daun bunga raya, daun
sireh dan sebagainya. Oleh sebab itu, pengaruh tumbuhan dalam
perubatan telah digunakan sebagai motif ragam hias dalam kraf-kraf
tradisi. Terdapat juga tumbuhan yang digunakan dalam upacara adat
dan upaca ritual. Misalnya, daun kelapa dikibas apabila seseorang
dirasuk. Contoh yang lain, daun sireh digunakan dalam adat
perkahwinan orang Melayu. Maka, pengunaan tumbuhan dalam adat dan
upacara ritual telah mempengaruhi dalam membuat motif ragam hias
pada kraf-kraf tradisi. Berikut adalah contoh-contoh motif ragam
hias yang dipengaruhi alam sekitar yang digunakan pada kraf-kraf
tradisi :
3.1Batik
Sumber dari :
http://rumahkainbatik.blogspot.com/2011/12/motif-daun-sirih.html
Daun sireh cukup sinonim dengan masyarakat Melayu. Masyarakat
Melayu dulu-dulu banyak menanam pokok sirih kerana ia mengandungi
banyak khasiat. Daun sireh digunakan dalam perubatan tradisional
seperti mengurangkan demam panas, mengurangkan sakit disebabkan
gigitan seranga, mengurangkan bau nafas, kembung perut dan
sebagainya. Masyarakt dahulu kala juga menggunakan daun sireh dalam
bidang perbomohan dalam jampi serapah. Ia masih lagi digunakan
sehingga sekarang. Selain itu juga, daun sireh juga digunakan untuk
membuat sireh junjung dalam majlis pertunangan dan perkahwinan.
Bagi kaum wanita, daun sireh juga dipercayai dapat merawat masalah
keputihan. Dalam kehidupan masyarakat Melayu juga, daun sirrh
digunakan sebagai satu bahan yang penting dalam adat ziarah. Tetamu
yang datang akan dijemput untuk menjamah sireh dan pinang. Cara
memakan daun sireh juga mempunyai maksud yang tersirat. Ia
mencerminkan kesopanan dan kelembutan pada orang yang memakannya.
Jari manis melambangkan sesuatu yang indah dan sopan, jadi jari
tersebut digunakan dalam mengadunkan daun sireh dengan kapur.
Selain itu juga, daun sireh digunakan dalam pantun-pantun yang
berbudi. Jadi, penggunaan daun sireh yang cukup sebati dalam
masyarakat Melayu, maka daun ini banyak digunakan sebagai motif
ragam hias dalam menghasilkan batik.
3.2Tenunan
Motif pucuk rebung Sumber gambar :
http://cetera-kucc.blogspot.com/2011/11/kerana-aya-sofya-bab-5.html
Pokok-pokok buluh hidup subur di kawasan-kawasan yang
berhampiran dengan kawasan air terutamanya ditebing-tebing sungai.
Sungai merupakan kawasan penting bagi masyarakat dahulu. Di situlah
tempat tinggal mereka dan juga tempat mereka mencari rezeki. Selain
itu juga, sungai merupakan satu jalan perhubungan antara masyakat
ssebuah kampung dengan sebuah kampung yang lain. Oleh sebab itu,
tumbuhan buluh cukup sinonim dengan masyarakat dahulu kala. Ada
pepatah Melayu menggunakan tumbuhan ini dalam peribahasa iaitu
seperti aur ( buluh ) dengan tebing. Maka, keakraban ini ada
pengkarya mengilhamkan pucuk rebung sebagai motif ragam hias dalam
menghasilkan tenunan seperti songket. Penggunaan motif ini bukan
sahaja pada tenunan , bahkan juga pada kraf tradisi yang lain
seperti tembikar, wau, batik dan pelbagai lagi. Tumbuhan buluh juga
menggambarkan kesuburan. Rebung buluh juga dikaitkan dengan proses
mendidik anak. Agama Islam menekankan proses mendidik anak itu
semenjak dari kecil lagi. Ibarat pepatah Melayu iaitu melentur
buluh biar dari rebungnya . Begitulah eratnya perkaitan antara
tumbuhan buluh dengan masyarakat Melayu.
3.3Ukiran Sama juga dengan kraf-kraf lain, elemen atau unsur
alam sekitar banyak digunakan sebagai motif dalam ukiran Melayu.
Pengaruh alam sekitar sangat kuat disebabkan banyak aktiviti
seharian mereka melibatkan alam sekitar.
Ukiran motif bangau pada perahuSumber dari :
http://adiatsauri.blogspot.com/2010/02/memburu-bangau-di-pulau-gajah-ii.html
Pengukir telah mengilhamkan haiwan bangau sebagai motif ragam
hias yang diletakkan pada hujung perahu atau bahagian laluan perahu
nelayan. Sebenarnya, motif bangau ini telah terkenal sebelum
kedatangan Islam lagi di Tanah Melayu. Ketika itu, orang-orang
Melayu telah menerapkan unsur-unsur keagamaan yang diambil dari
agama Buddha dan Hindu dalam menghasilkan motif ragam hias pada
ukiran. Penggunaan fauna bangau adalah disebabkan bangau merupakan
haiwan yang cekap menangkap ikan. Oleh yang demikian, menurut
kepercayaan mereka dengan meletakkan fauna bangau sebagai motif
ragam hias pada ukiran perahu ia akan membawa rezeki kepada mereka
sebagai nelayan. Selain itu juga, bangau ini akan membawa tuah dan
juga akan melindungi keselamatan mereka semasa berada di laut.
4.0FUNGSI MOTIF RAGAM HIAS KEPADA BUDAYAKebudayaan boleh
ditakrifkan sebagai satu cara hidup. Kebudayaan diwarisi daripada
satu generasi kepada satu generasi. Oleh yang demikian, kebudayaan
mempunyai satu hubungan yang rapat dengan masyarakat. Adanya
masyarakat, maka wujudlah budaya dalam masyarakat tersebut. Budaya
merupakan satu lambang kepada sesuatu masyarakat dan untuk
mengetahui masyarakat tersebut, kita perlu mengenali kesenian yang
dimilikinya,Identiti sesuatu bangsa boleh dilihat pada motif-motif
yang diilhamkan pada kraf-kraf yang dihasilkan. Setiap motif yang
dihasilkan pada setiap kraf tradisi terdapat nilai-nilai ilmu di
sebaliknya. Hubungan yang akrab antara manusia dengan alam akhirnya
menghasilkan pelbagai motif yang berkaitan dengan alam. Menurut
Hamdzun Othman ( 2002 ) dalam kajiannya, flora dan fauna banyak
digunakan oleh masyarakat Melayu dahulu dalam aktiviti-aktiviti
atau upacara-upacara seperti perkahwinan, kelahiran dan juga
kematian. Penggunaan bahan perasa dalam masakan sangat penting bagi
masyarakat Melayu. Ia bertindak sebagai aroma dalam masakan dan
menjadikannya lebih sedap. Bunga lawang, bunga cengkih merupakan
antara bahan-bahan yang diletakkan dalam masakan. Selain itu juga,
bunga cengkih ini digunakan dalam perubatan tradisional dan
pergigian. Oleh itu, bunga lawang dan bunga cengkih ini banyak
digunakan sebagai motif ragam hias pada kraf-kraf tradisi seperti
pada tenunan songket Melayu. Pucuk Rebung, iaitu motif ragam hias
yang sinonim pada batik dan tenunan songket dipercayai
menggambarkan kepercayaan orang Melayu dahulu dalam mendidik anak
biarlah dari kecil agar tidak timbul masalah apabila dewasa. Ia
membawa maksud bahawa rebung bersifat lembut dan akan mengeras
apabila sudah matang atau tua. Secara tidak langsung mesej yang
disampaikan ialah proses mendidik anak lebih mudah pada peringkat
kanak-kanak berbanding apabila mereka sudah dewasa. Peribahasa ini
masih lagi digunakan dalam masyarakat Melayu sampai sekarang. Dalam
perkahwinan masyarakat Melayu terdapat pelbagai adat yang
dijalankan. Ia termasuklah menggunakan daun sireh untuk dijadikan
sireh junjung semasa majlis meminang dan juga semasa majlis
perkahwinan. Penggunaan daun sireh adalah sebagai satu lambang
utama semasa majlis peminangan terutamanya bagi masyarakat Melayu
dahulu, telah memberikan satu inspirasi kepada pengkarya
menjadikannya sebagai ragam hias dalam kraf tradisional. Antara
kraf yang menggunakan ragam hias daun sireh ialah pada batik-batik
tradisional Melayu. Penggunaan daun sireh juga bukan sahaja
digunakan semasa majlis peminangan tetapi juga digunakan dalam
perubatan Melayu tradisional.Ukiran merupakan satu karya yang
dihasilkan melalui kerja tangan yang sangat halus dan mengambarkan
kreativiti yang sangat tinggi yang ada pada pembuatnya. Seni ukir
dapat dilihat pada rumah-rumah orang Melayu, istana-istana di raja,
masjid-masjid dan juga alatan-alatan kegunaan harian. Ukiran-ukiran
yang dibuat juga mempunyai maksud dan nilai yang tersendiri. Siti
Zainon pada tahun 1985 menyatakan bahawa pengaruh kepercayaan agama
Hindu sangat menebal dalam kalangan masyarakat Melayu pada zaman
dahulu sehingga terdapat haiwan-haiwan dijelmakan sebagai tuhan.
Oleh yang demikian, motif-motif berunsurkan haiwan seperti motif
angkuk berbentuk burung dan juga ikan digunakan kerana haiwan itu
dianggap pesuruh yang setia, kuat dan tinggi martabatnya dan
dianggap perantara antara mereka dengan tuhan. Sehinggalah
kedatangan Islam ke Tanah Melayu, ukiran kalimah-kalimah berbentuk
Islamik seperti Allah, Muhammad, dan sebagainya diukir pada
kayu-kayu dan diletakkan pada rumah-rumah dan masjid-masjid. Selain
itu, konsep ukiran teratai sering diletakkan pada mimbar-mimbar
masjid membuktikan bahawa wujudnya penghayatan Islam di kalangan
orang-orang Melayu.
5.0PERKAITAN AKTIVITI MASYARAKAT DENGAN MOTIF RAGAM HIASSeni
kraf tradisional Melayu sudah wujud semenjak zaman Neolitik lagi.
Penggunaan bahan dari alam semulajadi merupakakan bahan utama yang
digunakan untuk menghasilkan kraf tradisional. Pada masa dahulu,
kraf tradisional dihasilkan bertujuan sebagai alat kegunaan harian
seperti tikar, tembikar dan sebagainya. Kepelbagaian bentuk motif
yang dihasilkan daripada pengaruh alam sekitar mewarnai barangan
kraf-kraf tradisional. Terdapat tiga motif utama alam semulajadi
yang diaplikasikan pada permukaan kraf tradisional iaitu motif
flora, motif fauna dan kosmos iaitu berkaitan dengan cakerawala.
Masyarakat Melayu zaman dahulu menjadikan pingiran-pingiran hutan
dan tepi-tepi sungai sebagai penempatan mereka. Mereka akan berburu
ke hutan untuk mencari sumber makanan dan juga mencari sumber
pendapatan seperti rotan, kayu-kayan, haiwan pemburuan dan
sebagainya. Selain itu juga, hutan-hutan juga sebagai tempat mereka
mencari keperluan harian seperti ulam-ulaman, sayur-sayuran,
buah-buahan dan juga bahan-bahan untuk ubat-ubatan. Oleh kerana
itu, motif-motif daripada flora dan fauna dijadikan sumber motif
dalam menghasilkan ragam hias pada permukaan kraf tradisi. Banyak
motif berbentuk flora dan fauna dijadikan ragam hias pada batik,
tembikar, anyaman, ukiran dan sebagainya. Antara motif-motifnya
ialah buluh, rebung, cempaka, anggerik, burung, ikan dan pelbagai
lagi.Selain itu juga, kebanyakkan masyarakat zaman dahulu terlibat
dengan kegiatan ekonomi sara diri seperti menanam padi yang
dijalankan di kawasan bukit dan juga daratan lembah. Terdapat
tukang-tukang kraf menjadikan motif padi sebagai ragam hias dalam
kraf yang mereka hasilkan. Motif ini bukan sahaja menarik tetapi
juga menurut kepercayaan masyarakat Melayu dahulu semangat padi
yang dijaga oleh makhluk halus yang boleh menghasilkan tanaman yang
baik. Motif-motif padi banyak dihasilkan pada permukaan barangan
kraf seperti tikar, tekat dan tembikar.Semua sudah maklum bahawa
tumbuhan-tumbuhan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan
masyarakat dahulu. Pada masa dahulu, kaum lelaki akan masuk ke
hutan untuk mencari sumber makanan dan juga sumber yang boleh
dijadikan pendapatan mereka. Manakala kaum wanita akan duduk di
rumah untuk menjaga anak dan memasak. Kebiasaan kaum wanita akan
menggunakan bahan perasa sebagai aroma bagi menaikkan rasa masakan.
Bunga cengkih dan lawang biasanya digunakan di dalam masakan
Melayu. Maka, kedua-dua perasa ini dijadikan motif yang sering
digunakan di dalam menghasilkan kraftangan tradisional. Ragam hias
yang bermotifkan pandan yang terdapat pada tenunan songket Melayu
misalnya digunakan oleh kaum ibu sebagai pewangi dalam masakan dan
juga sebagai pewarna. Selain itu juga, ada motif-motif daripada
alam semula jadi yang dijadikan ragam hias sering digunakan dalam
upacara adat dan keagamaan. Mereka menjalankan aktiviti ini
bertujuan untuk memperolehi sesuatu hajat. Penggunaan daun kelapa
misalnya dalam upacara ritual dipercayai digunakan untuk menghalau
roh jahat dan juga digunakan semasa kanak-kanak berkhatan yang
dipercayai dapat menghilangkan sakit semasa berkhatan. Daripada
aktiviti keagamaan ini, penghasil kraftangan menjadikannya sebagai
motif ragam hias. Contohnya ukiran-ukiran Wau adalah satu kraf
tradisi negara dan telah dimainkan sejak berzaman sehinggalah
sekarang. Masyarakat Melayu zaman dahulu akan memainkan sukan
tradisi ini apabila berakhirnya musim menuai padi atau apabila
musim tengkujuh tiba. Tempoh masa antara ini, mereka akan
mengadakan majlis-majlis keramaian dan juga perlawanan permainan
tradisional termasuk wau. Ketika itu, masing-masing akan cuba
menghasilkan wau yang berbagai-bagai bentuk dan menghiasainya
dengan ragam hias yang halus dan menarik. Selain itu juga,
permainan tradisional ini juga merupakan satu aktiviti yang
dimainkan oleh masyarakat dahulu pada waktu petang atau masa lapang
setelah penat bekerja sebagai petani dan juga nelayan. Penghasilan
ragam hias wau sedikit sebanyak berkait rapat dengan kegiatan
harian dan ekonomi yang mereka jalankan. Motif-motif berbentuk
flora dan fauna seperti pucuk rebung dan bunga matahari banyak
dihasilkan pada wau.
6.0PENUTUPKraf tradisi merupakan satu peninggalan nenek moyang
kita yang sangat berharga. Ia melambangkan identiti atau kebudayaan
sesuatu bangsa. Kraf tradisi merupakan satu proses penghasilan
hasil seni yang memerlukan kreativiti dan kemahiran yang sangat
tinggi.Kraf-kraf yang dihasilkan cukup indah dan mempunyai pelbagai
maksud yang diterjemahkan melalui motif-motif dan corak-corak yang
dihasilkan. Biasanya, barang-barang kraf tradisi ini dihasilkan
untuk digunakan sebagai peralatan harian, upacara keagamaan atau
upacara adat resam, aktiviti riadah dan pelbagai lagi. Warisan seni
kraf masih lagi diperlihara sehingga kini seperti tenunan songket,
batik, gasing, wau, anyaman, tekat, tembikar, dan perhiasan
diri.Keunikan atau kecantikan sesuatu hasil kraf adalah terletak
pada motif ragam hias yang dihasilkan. Ragam hias yang menghiasi
setiap kraf mempunyai cerita dan maksud tertentu. Reka corak yang
dihasilkan dipengaruhi dengan budaya dan juga aktiviti seharian
masyarakat setempat. Penggunaan motif flora, fauna dan geometri
banyak dijadikan ragam hias pada kraf-kraf tradisi. Begitulah
istimewanya masyarakat Melayu zaman dahulu. Mereka kaya dan
mempunyai pengetahuan yang mendalam berkaitan alam sekitar. Mereka
menggunakan alam sekitar ini untuk melakukan pelbagai aktiviti sama
ada sebagai sumber makanan, perubatan, kesenian, pendidikan, adat
dan kepercayaan, dan sebagainya. Mereka menggunakan bentuk bunga,
haiwan dan kosmos sebagai motif pada kraf-kraf tradisi. Kini, motif
ragam hias ini telah dipelbagaikan bentuk dan rupanya bergantung
pada kreativiti pembuatnya. Kesimpulannya, kraf tradisi ini ia
merupakan satu harta berharga bukan sahaja untuk bangsa Melayu
tetapi juga kepada negara Malaysia. Ia harus sentiasa diperlihara
dari satu generasi ke satu generasi agar ia tidak lupus ditelan
dengan arus kemajuan dan kemodenan pembangunan.
7.0RUJUKANKhairuddin Talib. ( Oktober 2011 ). Kraf
Tradisional.Open University Malaysia : Meteor Doc. Sdn.
Bhd.Khatleen Chee. ( 2006 ). SPM focus U : Pendidikan Seni Visual.
Bandar Baru Bangi : Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Mohamad Nazri
Ahmad. ( 2000 ). Siri Kraf Tangan : Batik & Seni Ukiran Keris.
KualaLumpur : Pustaka Mawar.
Mohamad Nazri Ahmad. ( 2000 ). Siri Kraf Tangan : Seni Anayaman.
Kuala Lumpur : Pustaka Mawar.
1