PENGAJIAN KURIKULUM BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
PENGAJIAN KURIKULUM BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHBMM3101
1.0 PENGENALAN Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk
melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan
inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi,
perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan
dan kerohanian, sikap dan nilai.Kurikulum Standard Sekolah Rendah
berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan
Kebangsaan. KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru
Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna
pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk
mengetahui (learning to know), belajar untuk bertindak (learning to
do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan
belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).
Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk
melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi
untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial,
dan urusan harian. Objektif pada akhir pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu sekolah rendah murid dapat mendengar pengucapan
dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam
konteks perbualan harian dan situasi formal ; bertutur petah
menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalampelbagai situasi ;
berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan
masalah,mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu
perkara; membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur
pengetahuan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan
untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis ;
memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya
pembelajaran berterusan; memperkembang kekuatan imaginasi,
kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui
aktiviti bertutur, membaca, dan menulis; mengenali dan menghasilkan
pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan
menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai
dan betul; menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata,
tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar,
bertutur, membaca,dan menulis; menghargai dan menghayati keindahan
bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu; dan
menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat
patriotisme , dan perasaan cinta akan negara.
Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal dengan memberikan
fokus kepada Hasil Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid.
Hasil Pembelajaran ini berteraskan kemahiran bahasa, iaitu
Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran
Menulis. Hasil Pembelajaran juga menggabungkan peraturan dalam
Sistem Bahasa dan disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum. Konsep
tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan satu bentuk
pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini
berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial.Enam tunjang dikenal pasti
mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada
pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif.
Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan penstrukturan secara
eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai
murid. Setiap tunjang saling berhubung kait dan bersepadu.
Hasil Pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada
objektif kurikulum bahasa. Pernyataan Hasil Pembelajaran merupakan
petunjuk yang jelas tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh
murid. Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa yang
terdapat dalam setiap hasil pembelajaran. Justeru, Hasil
Pembelajaran dapat membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber,
dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan. Dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, Hasil Pembelajaran
dapat dicapai dengan menggabungjalinkan keempat-empat kemahiran
bahasa, sistem bahasa dan pengisian kurikulum. Pendekatan yang
berfokus kepada gaya pembelajaran yang pelbagai juga dapat membantu
murid mencapai Hasil Pembelajaran. Selain itu, HasilPembelajaran
juga dapat membantu dalam membuat pengukuran dan penilaian
pencapaian murid.
Pengisian Kurikulum terdiri daripada elemen yang menggabungkan
perkembangan terkini dalam pendidikan yang meliputi aspek ilmu,
nilai, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran
bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara
belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kajian masa
depan, kecerdasan pelbagai ,pembelajaran konstruktivisme, dan
kontekstual. Semua elemen ini dapat diaplikasikan oleh murid dalam
dunia pekerjaan. Di samping itu, pendidikan nilai, kewarganegaraan,
dan patriotisme diberi penekanan selaras dengan matlamat negara
membangunkan masyarakat madani. Elemen merentas kurikulum yang
baharu, iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, serta Teknologi
Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti sebagai pelengkap kepada
usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR. Guru hendaklah
memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan secara
efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan
insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Hubungan elemen merentas kurikulum yang sedia ada dan baharu dalam
pembangunan insan yang seimbang digambarkan melalui rajah di
bawah.
2.0 ESEI AKADEMIK YANG MENGHUBUNGKAITAN PENYERAPAN EMK DALAM
BAHASA MALAYSIA DENGAN MATLAMAT KURIKULUM KSSR BAHASA MELAYU DAN
FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN._____________________________________________________________
Elemen Merentas Kurikulum dalam Bahasa Melayu ialah unsur nilai
tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini
diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal
insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan
masa hadapan. Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalah
seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai
Murni dan Patriotisme. Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu
Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dikenal pasti sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan
kualiti pelaksanaan KSSR Bahasa Melayu.
Justeru, tiga elemen nilai tambah telah diperkenalkan dalam KSSR
iaitu elemen kreatif dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat
dan komunikasi (ICI) yang bertujuan memenuhi keperluan murid dalam
membangunkan modal insan yang holistik, berpengetahuan, berfikiran
kreatif, kritis dan berinovasi, berkemahiran tinggi serta
berkeperibadian mulia. Elemen nilai tambah yang diperkenakan di
dalam KSSR ini antara lain, adalah langkah pertama kementenan
membentuk modal insan yang berpontensi untuk merealisasikan
dasar-dasar negara seperti Wawasan 2020, Cabaran Abad ke-21,dan
Model Ekonomi Baru pada masa hadapan.Guru hendaklah memastikan
kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan secara efektif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan yang
dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jika kita merujuk
kepada elemen merentas kurikulum (EMK) dalam Bahasa Melayu, ia
mempunyai kaitan dengan matlamat kurikulum KSSR Bahasa Melayu dan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pertama sekali elemen merentas kurikulum diterapkan bersesuaian
dengan tajuk mata pelajaran yang diajar. Keluwesan diberi kepada
guru untuk menyerapkan EMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran
mengikut tajuk atau topik yang bersesuaian. Dalam matlamat KSSR
Bahasa Melayu Sekolah Rendah, ia digubal untuk membolehkan murid
berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk
memenuhi keperluan diri,memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran,
maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan
harian. Perkaitan dengan penyerapan EMK dalam Bahasa Melayu dengan
matlamat kurikulum KSSR BM ialah bertujuan sesuatu kandungan
kurikulum dibuat adalah untuk perkembangan potensi murid dari aspek
intelek, sosial, emosi dan fizikal. Jika kita lihat elemen
keusahawanan ia dapat membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan
sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid. Selain itu, ia
dapat diterapkan melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dalam proses membudayakan keusahawanan dalam Bahasa
Melayu.
Seterusnya elemen TMK dapat dikaitkan dengan matlamat kurikulum
KSSR BM adalah bagi memastikan murid dapat mengaplikasi dan
mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang dipelajari,
menggalakkan kreativiti dan menyediakan pembelajaran yang menarik
dan menyeronokkan serta menjana pemikiran kritis dan kreatif,
berinovatif serta meningkatkan kualiti pembelajaran. Sebagai
contohnya, pengajaran dan pembelajaran dijalankan menggunakan
perkakasan dan perisian TMK bersesuaian dengan topik yang hendak
diajar oleh guru seperti menggunakan perisian aplikasi, CD-ROM atau
bahan muat turun daripada Internet. Pelajar dapat menulis karangan
menggunakan perisian pemprosesan perkataan seperti MS Word. Murid
boleh memasukan imej untuk menjadikan karangan lebih
menarik.Mencari maklumat melalui Internet untuk mengukuhkan lagi
karangan murid.
Justeru itu, hubungan elemen kreativiti dan inovatif dengan
matlamat kurikulum KSSR BM adalah pemikiran keatif amat penting
untuk membentuk warganegara yang tahu dan mampu menggunakan
pemikiran mereka dalam menghadapi pelbagai cabaran, tekanan dan
perubahan manakala pemikiran inovatif dapat membentuk individu agar
mempunyai daya kreativiti yang baik, ideal, imaginatif dan
mempunyai unsur-unsur humanistik dan artistik yang tinggi. Sebagai
contohnya, murid dapat menjana dan menyampaikan idea kreatif secara
lisan, bahasa isyarat dan tulisan, mengaplikasi pengalaman bahasa
dan sastera untuk membuat perkaitan yang baharu antara idea,
pengalaman, teks dan perkataan ,menghasilkan pelbagai bentuk
penulisan, mempersembahkan idea kreatif melalui pelbagai seni
bahasa seperti bercerita, lakonan, puisi dan nyanyian, menggunakan
pendekatan kreatif untuk mensintesis idea dan menyelesaikan masalah
serta membuat keputusan. Jika kita rujuk kepada falsafah pendidikan
kebangsaan ia juga berhubungkait dengan penyerapan elemen merentas
kurikulum. Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke
arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta member sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Hubungan penyerapan
elemen merentas kurikulum dalam Bahasa Malaysia dengan falsafah
pendidikan Malaysia dapat melahirkan insan seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani intelektual dan sosial. Yang disebut sebagai
JERIS.
Jelaslah terbukti bahawa FPK menggariskan norma-norma yang
seharusnya diamalkan demi pelaksanaan sistem pendidikan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang. Falsafah ini penting dalam
penghasilan individu yang menjadi hasrat negara. Ia sememangnya
mempunyai hubungan yang rapat dengan penyerapan elemen merentas
kurikulum dalam bahasa Malaysia khasnya dalam beberapa aspek.
Antaranya ialah rohani, jasmani, bakat, akhlak , sosial dan
nilai-nilai estetika. Di sini jelas Elemen Merentas Kurikulum
Bahasa Melayu berperanan dalam melahirkan insan yang berintelek
tinggi dan berketerampilan. Sesuai dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang bermatlamatkan melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, jasamani, rohani.
Sebelum kita melihat dengan lebih lanjut kaitan antara Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dengan strategi pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu, adalah lebih baik kita lihat bentuk-bentuk strategi
pengajaran dan pembelajaran. Penggabungjalinan memainkan peranan
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses
ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga
dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran.
Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang
terdapat dalam kemahiran berbahasa, atau kemahiran daripada mata
pelajaran lain. Dalam pengajaran Bahasa Melayu, unsur-unsur ilmu
dan nilai-nilai murni juga boleh diserapkan. Penyerapan ini
mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti Sains, Matematik, Sejarah
dan lain-lain.
Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, program pengayaan
perlu diberi penekanan kerana keadaan murid yang berbeza dari segi
kebolehan, keupayaan, bakat dan minat. Bahan-bahan yang berbeza
hendaklah diberi kepada murid-murid sama ada untuk digunakan secara
bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan-bahan seperti bahan
bacaan tambahan, kad-kad kerja, permainan dan bahan-bahan aktiviti
boleh diberikan kepada murid-murid yang telah menguasai
kemahiran-kemahiran dalam jangka masa yang telah ditetapkan atau
lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.
Murid-murid yang belum menguasai kemahiran-kemahiran asas dalam
tempoh yang telah ditetapkan disedikan dengan program atau aktiviti
pemulihan. Bahan-bahan untuk program ini terdiri daripada kad-kad,
carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh
digunakan berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang
lebih sukar. Perlaksanaan program ini adalah mengikut kadar
kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.
Penilaian merupakan sesuatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat
yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran
dan pembelajaran. Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada
proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlulah
dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan
susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk
menjalankan pemulihan atau pengayaan. Setelah itu barulah dapat
dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang
sesuai bagi murid-murid. Dengan cara yang sedemikian, selain
mengetahui tahap pencapaian, kelemahan murid dapat dipulihkan
sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran terkumpul di tahap yang
lebih tinggi.
Oleh sebab itu, Elemen Merentas Kurikulum dalam Bahasa Malaysia
berperanan membantu para guru bagi merancang pengajaran secara
tersusun, dan terancang bagi melahirkan insan atau pelajar yang
mempunyai intelek yang tinggi dan mampu berfikir secara kritis dan
kreatif. Mampu menjadi seorang insan yang berdaya fikir yang tinggi
dan mampu bersaing di antara satu sama lain bagi mencapai cita cita
dan Dasar Pendidikan negara kita. Seterusnya dapat melahirkan insan
yang berinovatif tinggi.
Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan begitu menekankan aspek
rohani dan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu boleh menekankan
aspek rohani ini ke dalam jiwa kanakkanak atau muridmurid. Aspek
nilainilai murni berkait rapat dengan rohani ini. Dalam pengajaran
Bahasa Melayu, nilainilai murni boleh diterapkan ke dalam diri
muridmurid seperti nilainilai kasih sayang, bekerjasama, disiplin,
toleransi, bertolak ansur, kesyukuran, dan pelbagai lagi. Jika
nilainilai ini dapat disemat ke dalam diri muridmurid, muridmurid
akan bersikap lebih keronahian dari segi tingkah laku dan akhlak
mereka. Mereka bersikap lebih baik, menunjukkan kesopanan dan tidak
melakukan perkaraperkara negatif. Dengan kata lain, sikap mereka
akan lebih menjadi positif dan bertambah mulia.
Jika kita melihat elemen keusahawan, TMK, Kreatif dan Inovatif
ini boleh dikaitakan dengan FPK yang dapat melahirkan insan yang
seimbang darisegi jasmani, emosi, rohani, intelek dan ssosial.
Dalam kalangan muridmurid kita mempunyai bakatbakat tertentu
seperti menyanyi, berlakon, bersyair, bersajak, menari, dan
pelbagai lagi. Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga menekankan
elemen bakat ini. Dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu
misalnya, pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan. Antaranya aktiviti lakonan, mendeklamasi sajak, main
peranan, bersyair, dan pelbagai lagi. Dengan ini, bakat muridmurid
akan dapat dicungkil. Tambahan pula, banyak pertandingan seperti
bercerita, nyanyian, pidato, berbalas pantun dan pelbagai lagi
dianjurkan, sama ada di peringkat zon, daerah, negeri, mahu pun
kebangsaan, bagi mencungkil bakat secara kreatif dan invatif.
Dalam pengajaran Bahasa Melayu juga boleh menekankan aspek
jasmani. Di samping rohani murid yang sihat, aspek fizikal jasmani
murid pula perlu sihat dan cergas. Guru boleh menggabungjalinkan
mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dalam bahasa Melayu
dengan menyelitkan elemenelemen kesihatan. Contohnya pengajaran
tentang petikan kesihatan berkaitan penjagaan diri, kebersihan
diri, makanan seimbang ataupun mengajar tentang pergerakan yang
melibatkan pergerakan fizikal seperti melakukan lompatan, angkat
tangan, memegang sesuatu, dan pelbagai lagi
Sosial juga penting dan harus diserap ke dalam diri muridmurid
sekolah. Sosial ini boleh dilakukan dengan menjalankan aktiviti
seperti lakonan, perbincangan, dan lainlain lagi. Guru perlu
menggalakkan para pelajar bergaul mesra dengan rakanrakan, dengan
guruguru, dan dengan sesiapa sahaja supaya pergaulan atau aktiviti
sosial mereka lebih baik. Apabila sosial mereka baik dengan
persekitaran dan masyarakat mereka dapat bergaul mesra dan dapat
berkomunikasi dengan baik. Sifat pemalu dapat dihindari dari dalam
diri sesetengah murid. Jadi kesimpulanya, ia dapat menekankan
elemen keusahawan dalam diri pelajar-pelajar.
Selain daripada itu ,PPPM (2013-2025) iaitu enam aspirasi
kemenjadian murid juga dapat melahirkan modal insan masa hadapan
sebab elemen merentas kurikulum ,BM KSSR dan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan saling berhubungkait dalam melahirkan modal insan yang
seimbang.Untuk maju, Pelan Pembangunan Pendidikan akan terus
menggunakan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi
membangunkan pendidikan seimbang sebagai asas pencapaian aspirasi
setiap murid. Pelan ini juga merujuk sistem pendidikan berprestasi
tinggi yang dicapai oleh negara lain bagi mengenal pasti kemahiran
khusus yang boleh diterapkan kepada murid bagi membolehkan mereka
menerajui pembangunan ekonomi global. Enam ciri utama yang
diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat
global ialah pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin,
kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional.
Keenam enam aspirsi ini memainkan peranan dalam penyerapan elemen
merentas kurikulum dalam Bahasa Malaysia dengan matlamat kurikulum
KSSR BM dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Aspirasi pengetahuan mendedahkan dengan pengetahuan am yang
menyeluruh tentang Malaysia, Asia dan dunia menerusi matapelajaran
Sejarah,Kemanusiaan dan Geografi. Murid juga digalakkan untuk
menambah ilmu dan kemahiran dalam bidang lain seperti Seni, Muzik
dan Sukan. Aspirasi pengetahuan ini dapat mengkukuhkan lagi elemen
merentas kurikulum. Aspirasi kedua kemahiran berfikir dapat
menyerapkan EMK melalui menguasai pelbagai kemahiran kognitif
termasuk penyelesaian masalah, penaakulan dan pemikirankreatif dan
inovatif. Dalam sistem pendidikan, bidang ini kurang diberi
perhatian menyebabkan murid kurang berupaya untuk mengaplikasi ilmu
pengetahuan dan berfikir secara kreatif di luar konteks ini.
Aspirasi ketiga iaitu kemahiran memimpin pula berkaitan dengan
EMK secara empat dimensi, iaitu keusahawanan, berdaya tahan,
kecerdasan emosi, dan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan.
setiap murid mencapai potensi sepenuhnya dengan mewujudkan peluang
yang formal dan bukan formal, bekerja dalam pasukan dan mengamalkan
ciri kepimpinan. Aspirasi keempat pula kemahiran dwibahasa dimana
ia dapat menguasai sekurang-kurangnya bahasa Malaysia sebagai
bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan, serta bahasa Inggeris
sebagai bahasa komuniksai antarabangsa yang boleh mengkukuhkan lagi
pengisian kokurikulum.
Seterusnya , PPPM juga memperkenalkan aspirasi etika dan
kerohanian serta identiti nasional bagi meluaskan lagi pengisian
kurikulum ini. Kedua-dua aspirasi ini membentuk individu penyayang
yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan negara dan
mewujudkan identiti nasional yang sebenar, semangat kukuh cintakan
tanah air diperlukan. Identiti nasional akan dapat dicapai bukan
hanya melalui belajar memahami, tetapi juga menerima serta
menghayati hakikat kepelbagaian. Ini adalah keenam-enam aspirasi
yang diperkenalkan oleh PPPM untuk menguatkan lagi pengisian
kurikulum KSSR Bahasa Malaysia.
Pendekatan modular yang diterapkan dalam KSSR berupaya membantu
guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
terancang dan murid dapat mencapai standard pembelajaran yang
ditetapkan. Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran,
guru-guru disaran menggunakan pendekatan didik-hibur yang
berpusatkan kepada murid agar menjadikan suasana pembelajaran
menjadi sangat menyeronokkan. KSSR akan menimbulkan minat kepada
murid untuk belajar. Pendekatan didik-hibur yang digunakan dapat
menjadi dorongan untuk murid terlibat aktif dalam setiap waktu
pembelajaran selain menyerlahkan semangat kerjasama dan menghayati
nilai-nilai murni ketika melakukan aktiviti kelas.
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia dibina berasaskan enam
tunjang iaitu tunjang Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai;
Kemanusiaan; Literasi Sains dan Teknologi; Fizikal dan Estetika;
dan Keterampilan Diri. Enam tunjang tersebut merupakan domain utama
yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan
pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan
untuk membangunkan modal insan yang seimbang, berpengetahuan dan
berketerampilan. Beberapa penamahbaikan telah dibuat dalam standard
kurikulum Bahasa Malaysia. Antara penambahbaikan ialah penekanan
aspek tatabahasa yang diajarkan secara khusus dalam waktu yang
diperuntukan dan aspek Seni Bahasa diperkenalkan untuk membolehkan
murid mengapresiasi keindahan seni dalam bahasa melalui unsur didik
hibur. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia ini dijelmakan dalam
standard kandungan dan standard pembelajaran yang lebih memfokuskan
keupayaan murid berkomunikasi.
Pengajaran yang berpusatkan murid serta kemahiran bernilai
tambah dapat memantapkan penguasaan kemahiran bahasa dan mereka
berkemampuan untuk meneroka ilmu pengetahuan dengan lebih luas.
Standard kurikulum ini juga memberi penekanan kepada penerapan
nilai murni dalam membentuk insan yang sempurna dan berkembang
secara menyeluruh daripada aspek jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial melalui pengajaran secara teori dan amali. Pengajaran
dan pembelajaran yang dijalankan dalam suasana yang kondusif perlu
untuk membantu merangsang dan meningkatkan kreativiti dan minat
murid untuk belajar dengan berkesan. Standard kandungan ini
mengutamakan pendemokrasian pendidikan kepada semua murid sekolah
rendah ke arah merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum
diterapkan secara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran
demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.Sebagai guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa
Malaysia saya, yakin dan percaya bahawa matlamat pendidikan negara
sebagaimana yang dihasratkan dalam FPK iaitu membina warganegara
yang baik boleh dicapai. Sebagai guru, saya sedar bahawa setiap
murid yang saya didik mempunyai potensi yang berbagai. Potensi
tersebut merupakan modal insan yang dapat dibentuk dan dikembangkan
lagi untuk mengupayakan setiap murid nanti memberikan sumbangan
kepada pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Modal
insan yang dinyatakan di dalam FPK mencakupi kecerdasan intelek,
rohani, emosi dan kecergasan jasmani. Saya yakin, dengan
mengaplikasikan secara berterusan, menyeluruh, bersepadu dan
seimbang terhadap pengetehuan,kemahiran, nilai dan EMK menerusi
mata pelajaran Bahasa Malaysia, pembangunan modal insan boleh
dicapai.
3.0 MEMBINA AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MALAYSIA
DENGAN MENYERAPKAN ELEMEN MERENTAS KURIKULUM BERDASARKAN STANDARD
PEMBELAJARAN YANG DIPILIH SEJAJAR DENGAN MATLAMAT KURIKULUM KSSR BM
DAN FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN.___________________________________________________________________
Tema: KebudayaanTajuk: Makanan KitaTahap/Tahun: Tahap 1 / Tahun
2Matapelajaran: Bahasa MelayuStandard Kandungan: 1.4
Bertutur,berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara
daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal
secara bertatasusila
Standard Pembelajaran: 1.4.4 Bertutur dan menyatakan permintaan
dengan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara dalam situasi
tidak formal secara bertatasusila
Objektif : Pada proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid
akan dapat :- i ) bertutur dan menyatakan sesuatu perkara daripada
pelbagai sumber ii ) bertutur dan menyatakan permintaan dengan
intonasi yang betul dalam tidak formal secara bertatasusilaISI
PELAJARANAKTIVITI PENGAJARAN &PEMBELAJARANELEMEN MERENTAS
KURIKULUM (EMK)
Isi perbualan :- Penjual: Boleh, saya tolong Encik?Pembeli : Ya.
Saya nak 2 bungkus nasi lemak?Penjual : Baik encik.Pembeli :
Berapakah harga 2 bungkus nasi lemak ini adik?Penjual : Dua ringgit
encik.Pembeli : Baik lah. Ini duitnya.Penjual : Terima kasih .
Encik. Datang lagi.Pembeli : sama-sama.
Contoh ayat permintaan:-
i) Boleh saya tolong Encik ?ii) Berapakah harga 2 bungkus nasi
lemak?Set induksi:
1. Guru memperdengarkan satu sesi perbualan antara pelanggan dan
penjual berinteraksi dalam situasi jual beli di kedai makanan.
2. Guru bersoal jawab tentang sesi perbualan tersebut dan
meminta murid memberi contoh dialog yang biasa didengar oleh mereka
semasa pelanggan menyatakan permintaan ketika membeli.
3. Guru mencatat sesi perbualan tersebut pada papan tulis
4. Murid dikehendaki membaca dialog yang telah dicatat pada
papan tulis.
5. Guru membimbing murid cara membuat permintaan yang betul
ketika berurusan dengan orang lain dengan memberi contoh pembeli
berurusan dengan penjual semasa meminta barang yang dibeli
Ilmu : Kajian Tempatan
Nilai : Bertanggungjawab
5.9 Teknologi maklumat dan komunikasi.(Belajar melalui TMK)
EMK : KeusahawananEK 1 :1.1.4 Sikap boleh membina jaringan
sosial
Contoh ayat permintaan
i) Encik/Puan boleh saya bantu ?ii) Encik/Puan hendak memesan
makanan apa?
KAD AKamu menjadi penjual di kantin sekolah kamu. Lakonkan cara
kamu melayan pembeli secara bertatasusila
KAD BKamu menjadi pembeli. Lakonkan cara kamu membuat
permintaansemasa memesan barang daripada penjual di kaunter sekolah
secara bertatasusila.
Murid yang menjadi pelanggan membuat pesanan dengan beberapa
contoh :-i) Saya minta tolong untuk bungkus nasi goreng ayam.ii)
Apakah menu yang menarik hari ini?iii) Tolong bungkuskan 3 jenis
kuih ini.
Contoh perbualan:
Penjual : Boleh saya tolong adik?Pembeli : Saya hendak membeli 2
karipap makcik.Penjual: Baiklah adik. Tunggu Sekejap.Pembeli :
Berapakah harga Makcik ?Penjual : 40 sen adik.Pembeli : Ini duitnya
makcik.Penjual : terima kasih adik.Pembeli : sama-sama
makcik.Langkah 2 :
Murid akan melakonkan situasi yang diberikan oleh guru . Murid
yang menjadi peniaga melayan pelanggan dengan cara bertatasusila
seperti :-
1. Guru memilih beberapa orang murid untuk menjalankan aktiviti
dimana memainkan peranan berjual beli di kantin sekolah.
2. Guru memberi kad situasi kepada murid yang telah dipilih:-
Kad A peniaga melayan pelanggan.Kad B pelanggan membuat
pesanan.
3. Guru meminta murid yang dipilih memainkan peranan seperti
yang terdapat pada kad situasi dengan menggunakan dialog yang
sesuai dan bertatasusila.
4. Guru dan murid berbincang tentang kesesuaian dialog yang
menggunakan dalam aktiviti main peranan dan makanan yang biasa
digemari oleh murid sekolah.
Langkah 3 :
1. Guru memperdengarkan beberapa dialog cara murid membuat
permintaan untuk membeli barang daripada penjual di kantin
sekolah.
2. Guru meminta murid mengecam dialog-dialog mengandungi ayat
permintaan yang bertatasusila.
Ilmu : Pendidikan Moral
Nilai : Kerajinan
EMK : Keusahawanan ( berjual beli secara bertatasusila)(EK 3
3.1,3.2,3.3 & 3.4)
Tatabahasa : kosa kata
Media : kad situasi dan petikan diaolog
Ilmu : Kajian Tempatan : Pendidikan Moral
Nilai : Berdikari , Semangat Bermasyarakat.
EMK : Keusahawanan( EK2- 2.1,2.2, 2.3,2.4)
Tatabahasa : Ayat permintaan
Murid memberi respons pada akhir pengajaran dan pembelajaran
dengan memaparkan gambar
Langkah 4 :
1. Guru memaparkan gambar pembeli dan penjual di sebuah
gerai.
2. Murid diminta membina dialog-dialog yang sesuai dan
bertatasusila berdasarkan rakaman yang didengar.
3. Guru menilai ketepatan dialog yang dibina secara lisan
4. Guru membimbing murid menuturkan ayat bertatasusila yang
disediakan oleh guru sebagai latihan
5. Murid membina, menuturkan dan menulis ayat bertatasusila
berdasarkan gambar yang diberi oleh guru.
Ilmu : Pendidikan Moral
Nilai : Bertanggungjawab
EMK : Keusahawanan
Tatabahasa : kosa kata
Media : kad situasi dan petikan diaolog
Guru membuat rumusan mengenai pengajaran yang telah diajar dan
menanyakan soalan kepada murid akan apa yang mereka telah
pelajari.
Guru juga menanyakan nilai- nilai murni yang terdapat semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran .
Penutup;-
1. Murid digalakkan supaya mengumpul maklumat tambahan daripada
bahan- bahan yang lain bagi menambahkan pengetahuan mereka.
2. Murid juga menyatakan nilai-nilai murni yang telah dipelajari
pada hari tersebut.
Nilai-nilai murni : -Bertanggungjawab-Semangat
Bermasyarakat-Berdikari-Kerajinan
HURAIAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PERTAMA:- Dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran kumpulan kami memilih standard
pemebelajaran 1.4.4 Bertutur dan menyatakan permintaan dengan
intonasi yang betul tentang sesuatu perkara dalam situasi tidak
formal secara bertatasusila . Terdapat beberapapa Elemen Merentas
Kurikulum (EMK) dalam aktiviti pengajaran kumpulan kami. Elemen
Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam
standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan
mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan
serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan.
Antara EMK yang terdapat dalam aktiviti pengajaran kami adalah
5.9 Teknologi Maklumat dan Komunikasi disini pelajar telah belajar
melalui TMK. Murid-murid telah diberi peluang untuk mendengar audio
tersebut melalui radio atau komupter riba. Nilai murni yang
diterapkan adalah bertanggungjawab.Mereka akan bertanggungjawab
dalam pertanyaan guru tentang sesi perbualan tersebut dan meminta
murid memberi contoh dialog yang biasa didengar oleh mereka semasa
pelanggan menyatakan permintaan ketika membeli. Elemen keusahawanan
juga diterapkan masuk ialah 1.1.4 sikap boleh membina jaringan
sosial. Selepas murid-murid diperdengarkan soalan-soalan menerusi
dialog yang guru sediakan ,murid boleh diminta untuk menuturkan
semula ayat-ayat permintaan dengan cara mereka tersendiri dan guru
menjelaskan kepada carayang betul dalam menuturkan ayat-ayat
permintaan agar orang yang diminta akan memberi apa yang kita minta
dengan sukarela.
EMK yang kedua dalam aktiviti pengajaran kami adalah EK3- ( 3.1
merancang sesuatu projek dengan teliti, 3.2 melaksanakan projek
mengikut langkah-langkah yang boleh disediakan, 3.3 memantau
projek, 3.4 menilai pelaksanaan projek) boleh diterapkan dengan
jelas sewaktu aktiviti main peranan sebagai penjual dan pembeli.
Guru memilih beberapa orang murid untuk menjalankan aktiviti dimana
memainkan peranan berjual beli di kantin sekolah. Guru meminta
murid-murid menjadi untuk menerapkan keupayaan memimpin (EK1 -1.9
Berkeupayaan memimpin) bersama-sama ahli kumpulanya, merancang
bagimana untuk memainkan peranan seperti yang terdapat pada kad
situasi dengan menggunakan dialog yang sesuai dan
bertatasusila.
EMK yang seterusnya adalah EK2- 2.1 Amalan memerhati
persekitaraan dengan sengaja dan bertujuan . Dimana EMK ini
digunakan apabila para pelajar mengetahui tentang dialog cara murid
membuat permintaan untuk membeli barang daripada penjual di kantin
sekolah . Dimana murid-murid murid mengecam dialog-dialog
mengandungi ayat permintaan yang bertatasusila. Sebagai contoh ayat
permintaan (Cik boleh saya bantu, Cik nak kuih apa). EK - 2.2
Seterusnya guru membantu dan membimbing murid menuturkan ayat
bertatasusila yang disediakan sebagai latihan. EK-2.3 Ramai murid
akan memberikan ayat permintaan masing-masing. EK2.4- Guru perlu
menerangkan kepada murid ayat yang lebih sesuai dipilih mengikut
konteks masing-masing.
Ahkirnya, jelaslah kita bahawa EMK penting dalam setiap aktiviti
yang diadakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Ini dapat melahirkan dan membangunkan modal insan yang holistik,
berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi,
berkemahiran tinggi serta berkeperibadian mulia.
4.0 MEMBINA AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MALAYSIA
DENGAN MENYERAPKAN ELEMEN MERENTAS KURIKULUM SEBAGAI UNSUR NILAI
TAMABAH UNTUK MENGUKUHKAN KEMAHIRAN DAN KETERAMPILAN MODAL INSAN
YANG DIHASRATKAN SERTA DAPAT MENANGANI CABARAN SEMASA DAN MASA
HADAPAN.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIANSTRATEGI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARANSJK TAHUN 4
TARIKH:18 OGOS 2013TAHUN:TAHAP 2/ 4 CEMERLANGBIL.MURID:30
MURIDMASA:8.00 HINGGA 9.00 PAGIMATA PELAJARAN:BAHASA
MALAYSIATEMA:EKONOMITAJUK:GERAI BUAH-BUAHAN
STANDARD KANDUNGAN1.4Bertutur,berbual dan menyatakan permintaan
tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi
formal dan tidak formal secara bertatasusila
STANDARD PEMBELAJARAN1.4.1Bertutur tentang sesuatu perkara
daripada sesuatu sumber dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat
majmuk yang gramatis dalam sesuatu situasi tidak formal secara
bertatasusila.OBJEKTIFPada proses pengajaran dan Pembelajaran murid
dapat:i. Bertutur tentang situasi di gerai buah-buahan menggunakan
4 daripada 6 ayat tunggal dalam situasi tidak formal secara
bertatasusila.ii. Bertutur tentang situasi di gerai buah-buahan
menggunakan 4 daripada 6 ayat majmuk dalam situasi tidak formal
secara bertatasusila.ISI PELAJARANAKTIVITI PENGAJARAN
&PEMBELAJARANELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK)
Bertutur i. Apakah pekerjaan yang dilakonkan oleh kawan kamu?ii.
Di manakah tempat pekerja ini bekerja ini?iii. Antara dua jenis
pekerjaan ini, pekerjaan yang manakah yang memerlukan lebih tenaga
dan mengapa?1. Beberapa orang murid diminta melakonkan gaya
beberapa pekerjaan berdasarkan kad arahan.Contoh: doctor yang
sedang memeriksa pesakit, penoreh getah.2. Murid meneka jenis
pekerjaan yang dilakonkan oleh kawan mereka. 3. Murid menjawab
soalan yang dikemukakan oleh guru.
Ilmu: Sains ( mengenal buah-buahan)Nilai: Kerajinan
CK1-1.3Mengenal pasti bagaimana pilihan kerjaya,pendidikan,
kemahiran dan keadaan ekonomi mempengaruhi pendapatan
Mendengar dan Bertuturi. Pada pendapat kamu, antara pekerjaan
bapa Swee Lan dan penjaual buah, pendapatan siapakah yang tetap dan
banyak?ii. Berdasarkan teks, mengapakah penjual mengatakan
pekerjaan ayah Swee Lan lebih baik?iii. Walaupun tidak berpelajaran
tinggi, bagaimana penjual buah itu dapat menyara keluarganya?
1. Guru memaparkan Slaid perbualan ( Lampiran 1) di skrin
komputer.2. Beberapa orang murid diminta berlakon berdasarkan
bantuan slaid (Lampiran 1) dari komputer3. Murid dibimbing oleh
guru berlakon berdasarkan slaid (Lampiran).4. Murid digalakkan
bertutur menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk yang gramatis
dengan cara tersendiri secara bertatasusila.5. Guru bersoal jawab
dengan murid berdasarkan lakonan dialog kawan mereka.
6. Guru mengaitkan pelajaran dengan meminta murid mengenal pasti
pelbagai pekerjaan yang terdapat dalam masyarakat dan pendapat yang
berkaitan.
Ilmu:Matematik
EMK:TMK- belajar menggunakan TMK
CK1Mengenal pasti bagaimana pilihan kerjaya, pendidikan
,kemahiran dan keadaan ekonomi mempengaruhi pendapatan
Contoh:Situasi 1Kamu diminta melakonkan situasi menjual air
kelapa kepada pelanggan sewaktu hujan turun lebat.
Penilaian1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.2. Dalam
kumpulan murid diberi kad arahan.3. Murid setiap kumpulan
melakonkan situasi seperti kad arahan.4. Murid melakonkan urusan
jual beli di gerai air kelapa berdasarkan situasi menggunakan ayat
tunggal dan ayat majmuk dalam kumpulan secara bertatasusila.
Nilai: Bekerjasama sopan santun
CK 1:Mengenal pasti bagaimana pilihan kerjaya,pendidikan,
kemahiran dan keadaan ekonomi mempengaruhi pendapatan.
Pemulihan1. Murid diedarkan Lembaran kerja 2.2. Murid
melengkapkan ayat dengan kata hubung yang sesuai agar menjadi ayat
majmuk.Murid dibimbing bertutur berdasarkan gambar.
EMK: Keusahawanan
Pengayaan1. Murid diedarkan Lembaran Kerja 2.Secara berpasangan,
murid berbual berdasarkan gambar yang diberi secara
bertatasusila.
EMK: Keusahawan
Huraian aktiviti pengajaran dan pembelajaranDalam Kurikulum
Standard Sekolah Rendah Bahasa Melayu bagi SJK Tahap dua salah satu
kumpulan kami telah memilih untuk Rancangan Pengajaran Harian ialah
tahun 4. Dalam standard pembelajaran yang kumpulan kami pilih ialah
1.4.1 Bertutur tentang sesuatu perkara daripada sesuatu sumber
dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk yang gramatis dalam
sesuatu situasi tidak formal secara bertatasusila. Terdapat
beberapa Elemen Merentas Kurikulum sebagai unsur nilai tambah untuk
mengukuhkan kemahiran dan berketrampilan modal insan yang
dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan.
Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapakan
dalam prosese pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapakan
dalam standard kandungan. Penerapam eleman ini bertujuan untuk
mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan
serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Pengisian
kurikulum tersebut merangkumi 9 elemen.Antara EMK yang terdapat
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ialah Nilai Murni. Nilai
murni yang diterapkan dalam proses pengajaran ialah Kerajinan.
Berapa murid murid diminta melakonkan gaya beberapa pekerjaan
berdasarkan kad arahan.Contoh: doctor yang sedang memeriksa
pesakit, penoreh getah. Mereka akan berlakon dengan aktif dan
cepat. Oleh itu, secara automatik mereka akan mengamalkan nilai
kerajinan ketika berlakon dengan kawan masing-masing. Murid
menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru. Mengenal pasti
bagaimana pilihan kerjaya,pendidikan, kemahiran dan keadaan ekonomi
mempengaruhi pendapatan.EMK yang kedua dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran kami ialah Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK). Di mana dalam aktiviti ini murid murid akan belajar melalui
teknologi maklumat. Dengan memaparkan slaid perbualan di skrin
komputer guru telah menerapkan EMK dalam P&P dan murid-murid
diberi peluang untuk menonton dan diminta murid berlakon
berdasarkan bantuan slaid. EMK yang seterusnya ialah elemen didik
hibur. Apabila guru memaparkan dialog perbualan murid-murid akan
didik bagaimana perbualan seseorang sambil menghibur diri mereka.
Penerapan elemen didik hibur ini murid digalakkan bertutur
menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk yang gramatis dengan cara
tersendiri secara bertatasusila.Selain itu, kami juga telah
diterapkan lagi pelbagai EMK sepanjang pengajaran dan pembelajaran.
Antaranya ialah nilai bekerjasa sama, sopan santun. Murid
dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Dalam kumpulan murid diberi
kad arahan.Murid setiap kumpulan melakonkan situasi seperti kad
arahan.Contoh:Situasi 1Kamu diminta melakonkan situasi menjual air
kelapa kepada pelanggan sewaktu hujan turun lebat. Murid melakonkan
urusan jual beli di gerai air kelapa berdasarkan situasi
menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dalam kumpulan secara
bertatasusila.Di samping itu, dalam P&P kami, juga diterapkan
EMK Keusahawanan. Melalui aktiviti P&P ini guru akan terapkan
nilai keusahawanan dalam diri murid supaya membentuksikap
keusahawanan dan dan amalan nilai moral dan etika dalam
keusahawanan. Contohnya, pada masa hadapan murid boleh terlibat
dalam urusan jual beli, boleh menjadi pengurus kilang buah-buahan
yang bertatasusila. Melalui aktiviti ini, murid dapat membentuk
ciri-ciri keusahawanan sehingga menjadi satu budaya kalangan
murid.
5.0 REFLEKSI
REFLEKSI : BHAVANII A/P RAJASEGARNO.KAD PENGENALAN : 831206 -02
-5586
Tugasan Kerja Kursus pendek bagi subjek Pengajian Kurikulum
Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMM3101) ini merupakan satu cabaran
kepada kami. Subjek dibawah kendalian Jabatan Bahasa Melayu ini
banyak memberikan input dalam kemahiran menganalisis unsur-unsur
dalam sukatan pelajaran, menghayati organisasi sukatan pelajaran
serta dalam merancang aktiviti berdasarkan aras pembelajaran yang
sesuai. Pensyarah pembimbing dalam subjek ini ialah Puan.Zainiyah
Binti , melalui perkongsian ilmu yang dicurahkan, beliau
membekalkan kami dengan pelbagai persediaan terutama dari aspek
teori. Bagi subjek ini, secara dasarnya dapat kami katakan
kandungan pelajarannya adalah lebih kepada pemahaman sebagai
seorang guru terhadap sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah. Ia sebagai pendedahan kepada bakal guru siswazah untuk
mengkaji dan menghayati Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu, merancang aktiviti dan membuat langkah-langkah
pengajaran. Selain itu juga ada dibincangkan bagaimana cara-cara
membuat analisis dan menerapkan elemen merentas kurikulum dalam
pengajaran dan pembelajaran harian.Pada peringkat awal pembelajaran
kursus ini,kami banyak didedahkan dengan analisis huraian sukatan
pelajaran Bahasa Melayu tahap satu dan tahap dua. Ini penting bagi
mendedahkan pengetahuan awal sebelum belajar secara lebih mendalam.
Seterusnya kami diperkenalkan dengan kebolehan merancang serta
menghubungkaitkan EMK dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Malaysia dengan matlamat KSSR Bahasa Melayu dan semangat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan serta membuat analisis. Di dalam kelas, kami
telah ditugaskan untuk membuat beberapa aktiviti dan dibentangkan
di dalam kelas sebagai persediaan awal dalam merancang aktiviti
serta membuat langkah pengajaran Setelah pembelajaran teori sewaktu
kuliah,saya telah menerima tugasan KKP BMM 3101. Tugasan
berdasarkan merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
memerlukan kami menyediakan dua aktiviti pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Malaysia berdasarkan dua standard pembelajaran
yang berbeza yang mengandungi penyerapan tiga EMK bagi setiap
aktiviti. Untuk menyiapkan tugasan ini,kami perlu mendapatkan
huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah tahap satu
dan tahap dua. Kami membuat beberapa rujukan dan carian bagi
mendapatkan sukatan pelajaran ini. Ianya sedikit merumitkan apabila
ada yang tidak dapat dimuat turun daripada internet. Setelah itu,
bagi tugasan yang pertama memerlukan kami membuat analisis mengenai
EMK dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dengan
matlamat KSSR Bahasa Melayu dan semangat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Seterusnya ialah merancang dua aktiviti pengajaran dan
pembelajaran,terdapat sedikit masalah dalam merancang aktiviti ini.
Dalam tugasan ini saya juga menghubugkaitkan tentang enam aspirasi
iaitu program PPPM (2013 -2025). Kandungan PPPM ini banyak membantu
saya untuk mengkukuhkan isi-isi penting bagi penyerapan elemen
merentas kurikulum dalam BM KSSR dalam matlamat kurikulum KSSR
Bahasa Malaysia dan Falsafah Pendidikan Malaysia. Setelah membuat
analisis dan rujukan saya memilih untuk merancang aktiviti
berdasarkan sukatan pelajaran tahun dua. Setelah itu,saya memilih
standard kandungan dan standard pembelajaran yang sesuai dengan
aktiviti yang ingin dirancang. Saya merancang aktiviti berdasarkan
standard kandungan dengan menerapkan kemahiran bernilai tambah.
Selepas itu, dalam membuat perancangan aktiviti, saya perlu
mendapatkan beberapa contoh Rancangan Pengajaran Harian yang
lengkap sabagai panduan untuk membuat langkah-langkah pengajaran.
Setelah berjaya mendapatkan contoh RPH saya telah merancang
aktiviti pembelajaran dengan berpandukan kepada standard kandungan
dan standard pembelajaran,penerapan kemahiran bernilai tambah(EMK)
dan menyediakan langkah-langkah pengajaran yang sesuai.
Kesimpulannya, saya telah banyak mendapat pengajaran daripada
kursus ini. Impaknya adalah sebagai seorang bakal guru bersiswazah,
saya bukan sahaja menyiapkan diri saya dengan ilmu dan kemahiran
dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran sahaja tetapi
juga menjadi rol model kepada para pelajar pada masa depan.
Profesion keguruan perlu dipelihara melalui personaliti guru.
SEKIAN TERIMA KASIH......
REFLEKSILOGESWARY A/P RAMASAMY870206-08-5660Bersyukur saya
kepada tuhan kerana saya siapkan tugasan Kerja Kursus Projek
Semester 1 dalam subjek Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah
Rendah BMM3101 ini dalam masa yang yang ditetapkan. Jutaan terima
kasih saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Zainiah
kerana telah memberikan segala bimbingan dan tunjuk ajar yang tidak
berbelah bagi kepada saya. Saya juga ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada ahli kumpulan saya iaitu, Bhavanii yang telah
memberikan kerjasama sepenuh hati dalam menyiapkan tugasan kumpulan
ini. Harapan saya agar tugasan yang kami lakukan ini memenuhi
kreteria-kriteria yang telah ditetapkan.Dalam Kerja Kursus Projek
untuk subjek ini, saya dan rakan perlu mengumpulkan maklumat
tentang penyerapan EMK dalam bahasa Melayu dengan matlamat
kurikulum KSSR BM dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kerja Kursus
Pendek ini merupakan satu cabaran baru kepada saya. Ini disebabkan
kami perlu menyediakan perancangan dua aktiviti dan langkah-langkah
pengajaran yang bersesuai dengan menerapkan beberapa unsur-unsur
Kemahiran Bernilai Tambah. Dalam merangcang aktiviti pengajaran
ini,saya perlu menelaah Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah terlebih dahulu. Saya juga membuat rujukan beberapa
contoh Rancangan Pengajaran Harian(RPH) guru bagi mendapatkan
gambaran yang lebih jelas. Walaupun saya tidak begitu mahir dalam
merancang aktiviti pengajaran ini.namun hasil bimbingan pensyarah
pembimbing berkaliber Pn.Zainiah telah mendedahkan saya dengan
beberapa kemahiran iaitu kemahiran mencari isi kandungan dan
kefahaman maklumat, merancang dan menghubungkait aras pelajaran
serta membuat analisis sehinggalah untuk merangcang aktiviti
pengajaran.Saya dan ahli kumpulan saya Bhavanii telah memilih
Sukatan Pelajaran SK bagi tahun dua dan SJK bagi tahun 4 untuk
aktiviti pengajaran. Setelah mendapat kata sepakat memilih tahun
empat,saya saya telah membuat pengumpulan maklumat dan menganalisis
unsur-unsur terdapat dalam sukatan pelajaran tahun empat.Langkah
pertama yang dilakukan ialah memilih Standart Kandungan dan
Standart Pembelajaran yang sesuai untuk RPH.Ini penting bagi
menentukan hasil pembelajaran supaya perancangan aktiviti menjurus
kepada fokus utama terhadap murid.Berbekalkan bahan yang diedarkan
oleh pensyarah semasa kuliah,antaranya nota-nota serta penerangan
kuliah yang jelas telah banyak memberikan saya panduan dalam
merancang aktiviti ini.. Selain itu rujukansecara melalui internet
danblog banyak membantu saya. Selain daripada internet,saya juga
membuat rujukan di perpustakaan dengan mendapatkan buku teks Bahasa
Melayu tahun dua dan empat di samping mendapatkan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah. Bahan dari internet yang akan dicantumkan
dengan bahan dari buku teks untuk mendapatkan hasil yang lebih
matang.Selain itu banyak kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan
tugasan ini,antaranya kelajuan talian internet, masa untuk
berbincang dengan pensyarah juga terganggu karana kekangan masa dan
sukar untuk saya berkolaborasi serta tugasan yang bertimpa-timpa
dari mata pelajaran lain. Selain itu talian internet IPG yang
menahan website telah menyukarkan saya kerana ada yang tidak dapat
dibuka untuk dibuat rujukan.Dengan siapnya tugasan ini ia
memberikan saya satu dimensi baru mengenai mata pelajaran ini. Ia
mejadikan saya seorang yang mahir merancang aktiviti pengajaran
berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Standard Kandungan
dan Standart Pembelajaran. Tugasan ini juga menjadikan saya teliti
dan mempunyai sikap menyelidik untuk bagaimana menjadikan proses
pengajaran yang berkesan. Pengetahuan ini akan saya terapkan semasa
saya menjalankan praktikum di sekolah serta setelah saya bergelar
seorang guru nanti.Kesimpulannya, melalui tugasan Kerja kursus
Pendek ini saya dapat menghuraikan falsafah,objektif dan organisasi
kandungan kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selain itu, saya
juga dapat menjelaskan Huraian Sukatan Pelajaran dan Dokumen
Standard Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah mengikut tahap dan
kemahiran-kemahiran bahasa, aspek seni bahasa dan
tatabahasa.Pendekatan,kaedah, dan teknik pengajaran adalah saling
berkait dan menjadi elemen yang menunjangi RPH bagi menjalankan
P&P Bahasa Melayu untuk murid sekolah rendah dan dapat
mengaplikasikan pelbagai strategi pengajaran bahasa Melayu Sekolah
Rendah.Sekian, terima kasih
6.0 RUJUKAN Ahmad Mahmood Musanif (2001). Kamus Pelajar karisma.
Kuala Lumpur: Tinggi Press Sdn. Bhd.
Choong lan Keow (20008). Falsafah dan pendidikan di Malaysia.
Kuala lumpur; : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj Husin (1990) Pedagogi 4. Selangor Darul Ehsan- Siri
pendidikan Longman
Kementerian Pelajaran Malaysia (2003). Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu Tahap 1, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tengku Sarina Aini Tengku Kassim(2006).Kaedah Mengajar Dan
Kemahiran Interpersonal Guru.Selangor Darul Ehsan:PTS
Profesional.
Tuan Jah Tuan Yusof (2011). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia
http://ms.wikipedia.org/wiki/Teori_pembelajaran_dan_pengajaran
dimuat turun pada 17 September 2011
http://www.tutor.com.my/tutor/archives/CADfPP/HSP/UPSR/BM/
dimuat turun pada 18 September 2011
PISMP SEMESTER 1A/ JUN 2013MUKA SURAT 13