Top Banner
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER :JANUARI 2013 HBML2203 PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEPTEMBER 2013 SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG BAHASA MELAYU MATRICULATION NO. : 690307125125001
21

assigment

Feb 04, 2023

Download

Documents

Chua Hwee Khim
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: assigment

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER :JANUARI 2013

HBML2203PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

SEPTEMBER 2013

SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG BAHASA MELAYU

MATRICULATION NO. :

690307125125001

Page 2: assigment

HBML2203PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

SEPTEMBER 2013

IDENTITY CARD NO. :

690307125125

TELEPHONE NO. :

0198697851

E-MAIL :

[email protected]

LEARNING CENTRE : OUM, TAWAU

ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN M/S

1.0 PENGENALAN

2

2.0

SEJARAH PERKEMBANGAN PERISTILAHAN DAN PERANAN PELBAGAI PIHAK

3

2.1 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 42.2 Peranan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) dan

Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia (MBBIM)6

2.3 Peranan Jawatankuasa Istilah Kerajaan (JKI) danJawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM)

6

3.0 PINSIP-PRINSIP PEMBENTUKAN ISTILAH

3.1 Istilah Kata Tungga 83.2 Istilah Kata Terbitan 83.3 Istilah Kata Ganda 93.4 Istilah Benuk Gabungan 9

4.0

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN ISTILAH BAHASA MELAYU 10

4.1 Pemilihan Kata Daripada Bahasa Melayu 104.2 Pemilihan Kata Daripada Rumpun Melayu 11

1

Page 3: assigment

HBML2203PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

SEPTEMBER 2013

4.3 Perbendaharaan Kata Daripada Bahasa Asal 114.4 Penyerapan Istilah Asing 12

4.4.1 Bentuk-bentuk Serapan 12

4.4.2 Istilah Asing Yang Sudah Lazim 13

4.4.3 Ejaan Istilah (ungkapan) Asing Yang Tetap 13

5.0 PEMBENTUKAN ISTILAH PELBAGAI BIDANG

5.1 Pembentukan Istilah Teknologi Maklumat danKomunikasi

145.2 Pembentukan Istilah Undang-Undang 155.3 Pembentukan Istilah Komputer 165.4 Pembentukan Istilah Ekonomi dan Perniagaan 165.5 Pembentukan Istilah Perhotelan 175.6 Pembentukan Istilah Fotografi 175.7 Pembentukan Istilah Matematik dan Statistik 18

6.0 PENUTUP 18

Bibliografi 20

1.0 PENGENALAN

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak

mempengaruhi budaya kehidupan masa kini, dalam bidang pendidikan

khususnya, pengaplikasian teknologi ini dalam pengajaran dan

pembelajaran memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi guru.

Beberapa penyelidikan lepas telah membuktikan bahawa penggunaan

teknologi telah dapat merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah

murid belajar dan secara keseluruhannya cara pendidikan dikendalikan

sesuai dengan era masa kini.

2

Page 4: assigment

HBML2203PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

SEPTEMBER 2013

Masanya juga telah tiba untuk budaya persekolahan berubah kepada

amalan bermaklumat, kreatif, bijak berfikir dan penyayang dengan

mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Sejajar

dengan itu, inisiatif pewujudan Sekolah Bestari pada tahun 1999

merupakan langkah yang diharap dapat memberi tempat dan ruang

seluas-luasnya kepada teknologi komputer dalam sistem pendidikan.

Langkah ini diharap dapat merapatkan jurang digital di antara golongan

berada yang berupaya menggunakan teknologi di rumah dengan golongan

kurang berada. Kemudahan ini dapat memberikan peluang kepada semua

pelajar meneroka, menguasai dan memperkembangkan pelbagai

kemahiran dalam ilmu pengetahuan secara lebih berkesan dan bermakna

dan seterusnya dapat mengaitkan pengetahuan dengan realiti sebenar. Ini

akhirnya akan dapat melahirkan generasi berilmu dan bijaksana yang

berdaya saing untuk merealisasikan wawasan negara 2020, seterusnya

membentuk tamadun yang lebih maju.

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad,

menekankan bahawa Malaysia perlu membangunkan ekonomi dengan

tidak mengabaikan aspek politik, sosial, rohaniah, psikologi dan budaya.

Untuk memastikan matlamat ini tercapai, Malaysia perlu mencapai

sembilan cabaran utama dalam Wawasan 2020. Salah satu matlamat

teknologi maklumat di Malaysia adalah untuk menjadi negara membangun

pada tahun 2020. Cabaran keenam daripada sembilan strategi mencapai

wawasan 2020 adalah menyatakan bahawa Malaysia mesti mewujudkan ;

...masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang inovatif yang“bukan sahaja menjadi pengguna kepada teknologi malah menjadi

penyumbang kepada dunia sains dan teknologi pada masa depan... .”Mahathir Mohamad (1998).

3

Page 5: assigment

HBML2203PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

SEPTEMBER 2013

Pengajaran bahasa dengan menggunakan teknologi maklumat dan

komunikasi adalah antara kaedah pengajaran yang dianggap bersesuaian

dengan keperluan pendidikan kini. Penggunaan komputer dalam

pengajaran bahasa mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru

dan penguasaan kemahiran bahasa pelajar. Menurut Grove et al. (2004),

nilai teknologi di dalam bilik darjah telah menimbulkan isu dan

perdebatan dalam kalangan ahli teknologi pendidikan sedangkan dalam

kajian Roblyer & Schwier (2003) mendapati teknologi telah dibuktikan

dapat meningkatkan produktiviti, menambahkan motivasi, menyokong

pengajaran secara tidak langsung, kebolehan pengajaran yang bersifat

unik, dan meningkatkan literasi maklumat. Menurut Cuban (2001),

justifikasi ini timbul di dalam iklim kritikan berasaskan pelaburan yang

besar dalam teknologi yang diragui keberkesanannya. Dalam hal ini, ahli

teori telah meletakkan diri mereka sebagai penyokong kepada perspektif

yang menjurus kepada efektifnya penggunaan teknologi.

Dalam hal ini, Ertmer (1999) dan Hokanson & Hooper (2004) telah

mengkaji penggunaan secara efektif keperluan teknologi yang semakin

bertambah dan ingin melihat cara guru menggunakan teknologi dan

sebab mereka menggunakannya. Mereka juga memfokuskan peranan

utama pendekatan pedagogi yang digunakan dalam pengajaran di bilik

darjah. Terdapat beberapa isu yang sering dikaitkan dalam pengajaran

menggunakan komputer. Stallard (1998) dalam kajiannya menyatakan

bahawa keadaan yang menjadikan pengajaran tersebut tidak berkesan

ialah kurangnya persediaan guru untuk membangunkan pengajaran yang

berbantukan komputer. Di samping itu, menurut Moersch (1995), terdapat

juga permasalahan dari segi hardware untuk perisian kursus, sikap guru,

pentadbir, latihan, galakan keluarga dan pengaruh komuniti yang

mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan dalam bilik darjah.

Pengajaran Bahasa Malaysia (BM) tidak terkecuali daripada pengaruh

teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Walaupun pelajaran Bahasa

Melayu hanya melibatkan penguasaan kemahiran bahasa yang

kelihatannya agak mudah untuk dikuasai, namun masih terdapat beberapa

isu yang dianggap boleh mengganggu keberkesanan pengajaran . Masalah

4

Page 6: assigment

HBML2203PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

SEPTEMBER 2013

tersebut termasuklah penguasaan kemahiran asas Bahasa Melayu seperti

lisan, membaca dan menulis. Pada tahap yang lebih tinggi, masih

terdapat pelajar yang tidak dapat memahami teks yang dibaca dengan

sempurna. Di samping itu, pada tahap sekolah menengah, penguasaan

menulis juga masih lagi perlu diberi perhatian untuk memastikan objektif

pengajaran Bahasa Melayu tercapai.

Oleh hal yang demikian, penggunaan komputer dalam pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu dilihat sebagai satu usaha yang sesuai untuk

memberikan impak terhadap permasalahan yang dihadapi. Sebagai alat

bantu pengajaran yang terkini sifatnya, penggunaan komputer dilihat

sebagai usaha yang mampu mengubah persepsi pelajar terhadap

pembelajaran Bahasa Melayu. Dalam kajian yang dilakukan oleh Saad Al

Kahtani (1999), menunjukkan penggunaan komputer dalam pengajaran

menulis karangan dapat memberi kesan terhadap pencapaian pelajar.

Manakala Jeong-Bae Son (2006) dalam kajiannya mendapati penggunaan

komputer dalam pengajaran terutama yang melibatkan kursus dalam

talian mampu menarik perhatian pelajar.

Pengenalan mata pelajaran Literasi Komputer pada tahun 1985 diperingkat

sekolah menengah atas menjadi titik tolak kepada bermulanya

penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara menyeluruh dan

bersepadu secara berperingkat termasuk dalam mata pelajaran Bahasa

Melayu. Guru-guru Bahasa Melayu diajar menggunakan teknologi

komputer sebagai satu kaedah proses pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu terkini. Pendekatan pengajaran guru bahasa yang

menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini

dikenali sebagai Kaedah Pemelajaran Bahasa Berbantukan Komputer

(PBBK). Pendekatan PBBK ini menjadikan proses pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu semakin menarik dan efektif. Menurut

Mohammed Sani (1998), penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi

menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efisien tanpa

menganggu objektif pelajaran yang telah ditetapkan. Guru-guru juga perlu

mengintergrasikan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kurikulum

sekolah untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah

ditetapkan.

5

Page 7: assigment

HBML2203PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

SEPTEMBER 2013

Berdasarkan kepada kepentingan penggunaan teknologi dan komunikasi

dalam pembelajaran Bahasa Melayu, maka penulisan ini akan

memperincikan mengenai konsep teknologi maklumat dalam

pembelajaran, mod-mod pembelajaran yang berasaskan teknologi

maklumat dan komunikasi dari sudut pengertian, kelebihan dan

kekurangan serta mengemukan satu set rancangan pengajaran harian

(RPH) yang berpandukan salah satu mod pembelajaran yang

dibincangkan.

Dari sudut pengertian pengistilahan pula, terdapat beberapa istilah dan

konsep penting yang mempunyai hubungan yang rapat dengan pengertian

Teknologi Maklumat Dan Komunikasi yang diberikan tumpuan di dalam

perbincangan ini. Antara yang menjadi fokus utama termasuk istilah dan

konsep teknologi dan teknologi pendidikan. Mengikut 'Technology-Report

of the project 2061, Phase I Technology Panel". American Association for

Advancement of Science (1989) mengatakan bahawa "Technology is the

application of knowledge, tool and skills to solve practical problems and

extend human capabilities". Ternyata pendapat ini adalah selari dengan

kehendak semasa yang menganggapkan bahawa teknologi itu merupakan

alat yang boleh digunakan melalui kemahiran dan kepakaran pengetahuan

yang ada bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi di samping dapat

memberikan kemudahan dan keselesaan melalui penciptaan pelbagai jenis

peralatan untuk memenuhi keperluan pengguna. Daripada kepentingan

peranan teknologi yang amat luas ini bukan sahaja mampu

memperkembangkan keupayaan rutin pengurusan seharian, tetapi juga

dapat melakukan pengawalan dan semakan terhadap kualiti dan

kecekapan serta keberkesanan sesuatu tugasan termasuk proses

pengajaran dan pembelajaran geografi.

Sehubungan ini terdapat satu lagi istilah penting yang mempunyai kaitan

dengan teknologi maklumat dan komunikasi iaitu teknologi pendidikan.

Teknologi Pendidikan merupakan bidang pangajian yang melibatkan

perkembangan, penggunaan peralatan teknologi pendidikan, penilaian

sistem, teknik dan bantuan teknikal dalam proses pembelajaran manusia.

Teknologi Pendidikan juga secara khususnya merupakan aplikasi

6

Page 8: assigment

HBML2203PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

SEPTEMBER 2013

penggunaan peralatan teknologi pendidikan untuk meningkatkan

keberkesanan dan kecekapan pengajaran dan pembelajaran. Untuk

mencapai tahap keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran,

penggunaan sistem teknologi pendidikan biasanya melibatkan lima

komponen utama yang dikenali dengan`Lima M (5M). Antaranya’termasuk, Machine (mesin), Materials (bahan-bahan), Media (media), Men

(orang) dan Method (kaedah).

Kelima-lima komponen utama di atas adalah saling berkaitan dan saling

bantu membantu di antara satu sama lain bagi memenuhi objektif di

sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Machine (Mesin)

merupakan peralatan teknologi pendidikan yang membantu dalam

menyampaikan mesej dan maklumat kepada pengguna. Materials (bahan-

bahan) pula merupakan maklumat dan sumber ilmu yang ingin

disampaikan oleh pengajar melalui mesin yakni peralatan teknologi

pendidikan. Media pula berperanan sebagai perantara dalam

menyampaikan maklumat kepada pelajar. Begitu juga men (orang) iaitu

manusia yang terdiri daripada tenaga pengajar dan pelajar yang

melangsungkan proses pengajaran dan pembelajaran. Akhirnya method

(kaedah) merupakan cara pengajaran yang digunakan oleh pengajar untuk

menyampaikan maklumat dan pengajaran kepada pelajar melalui interaksi

perubahan konsep dan teknik-teknik pengajaran yang bersesuaian.

2.0 KONSEP PENGGUNAAN TEKNOLOGI DAN MAKLUMAT DALAM PROSES

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Konsep penggunaan teknologi dan maklumat dalam proses pengajaran

dan pembelajaran bermaksud menggunakan sumber teknologi dan

maklumat secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan

kecekapan proses dan keberkesanan proses poengajaran dan pembelajaran

yang dijalankan dalam usaha mencapai objektif pembelajaran. Intergerasi

teknologi dan maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini

akan melibatkan hubungan kerjasama antara guru dan pelajar. Ini

7

Page 9: assigment

HBML2203PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

SEPTEMBER 2013

bermakna teknologi dan malumat digunakan sebagai wahana matlamat

proses pengajaran dan pembelajaran dan  bukannya belajar tentang

teknologi dan maklumat.

Menurut Ahmad Fuad (2003), dalam konteks pendidikan, Teknologi

Maklumat merupakan satu rangkaian elektronik untuk mencari,

mengumpul, menyimpan, memproses, menyalur dan menyampai

maklumat secara efektif, pantas dan banyak untuk membantu proses

pengajaran dan pembelajaran. Manakala Halimahtun Saadiah dan Nor

Azilah Ngah (2003) pula mendapati kejayaan ICT dalam pendidikan bukan

hanya terletak pada teknologi tetapi juga faktor lain seperti pendekatan

pedagogi, subjek yang diajar, jenis pelajar, tahap pencapaian pelajar,

keperluan pelajar, guru dan persekitaran bilik darjah.

Dalam hal ini Irfan Naufal Umar (2004) pula mendapati penggunaan

teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan

pembelajaran membolehkan bilik darjah bertemu dengan dunia nyata

serta membolehkan pelajar-pelajar sendiri mencari maklumat dan bahan

asal; memudahkan kolaboratif dan perbandingan global; dan

membolehkan bahan-bahan multimedia dicipta dan disebarkan dengan

mudah. Selain daripada itu, Harris (2000) pula mengkategorikan

penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan

pembelajaran kepada tiga, iaitu:-

(i) Pertukaran interpersonal seperti penyertaan dalam kumpulan

perbincangan eletronik, bilik darjah global yang melibatkan pelajar-

pelajar bertukar pendapat tentang sesuatu topik dan hubungan

elektronik dengan pakar.

(ii) koleksi maklumat yang melibatkan pelajar-pelajar dan guru-guru

berkongsi atrikel, sumber pengajaran dan rancangan pengajaran

atau berkongsi data untuk dianalisis.

(iii) projek yang melibatkan penyelesaian masalah selari yang

melibatkan pelajar daripada pelbagai lokasi meninjau sesuatu dan

kemudiannnya berkongsi kaedah dan dapatan kajian.

8

Page 10: assigment

HBML2203PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

SEPTEMBER 2013

Di samping itu pautan hiperteks dan hypermedia pula membolehkan

pelajar menentukan sendiri arah tuju pembelajaran, kelajuan

pembelajaran dan urutan pembelajaran. Tina & Lim Swee Kim (2004) pula

mendapati penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam

pengajaran dan pembelajaran membolehkan pelajar bersifat aktif dalam

pencarian maklumat dan membina pengetahuan daripada maklumat yang

diperolehnya serta berpeluang menghubungkait pengetahuan merentas

mata pelajaran tanpa disekat oleh masa dan jarak.

Menurut pendapat Ahmad Fuad (2003) hasrat untuk mencapai penggunaan

teknologi maklumat dan komunikasi secara menyeluruh dalam proses

pengajaran dan pembelajaran memerlukan dua jenis perubahan dalam

kalangan guru. Pertama, guru harus diyakinkan bahawa terdapat banyak

kebaikan dan kepentingan penggunaan teknologi maklumat dan

komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kedua, guru perlu

diberikan kemahiran yang mencukupi untuk menggunakan peralatan

teknologi maklumat dan komunikasi secara cekap dan efektif. Mengikut

Sarimah (2003), pula latihan teknologi maklumat dan komunikasi

diperlukan bukan sahaja untuk melatih kemahiran penggunaannya tetapi

juga untuk menyakinkan penggunaannya dalam pengajaran dan

pembelajaran dikalangan guru.

Malah Norizan (2003) dalam kajiannya mendapati wujud perhubungan

yang baik antara kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dengan

amalan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan

pembelajaran. Manakala Mohd Zaaba dan Zurida mendapati guru-guru

masih tidak pasti akan keupayaan mereka untuk menggabungkan

teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran. Kebanyakkan

daripada mereka masih berada ditahap 'perlu belajar' untuk meningkatkan

pengetahuan dan kemahiran dalam teknologi maklumat dan komunikasi.

Keupayaan seseorang untuk menggabungkan teknologi maklumat dan

komunikasi dalam pengajaran bukan berlaku secara automatis.

Pengetahuan dan kemahiran dalam teknologi maklumat dan komunikasi

tidak menjamin pengintergrasiannya dalam kurikulum dan juga

pengajaran. Justeru, adalah penting bagi guru untuk membuat persediaan

9

Page 11: assigment

HBML2203PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

SEPTEMBER 2013

yang mencukupi agar dapat memenuhi tuntutan dan jangkaan masyarakat

untuk menggabungkan teknologi maklumat dan komunikasi dalam

pengajaran. Sikap serta keyakinan dan efikasi yang tinggi membantu

memudahkan proses peningkatan kemahiran dalam pelaksanaan teknologi

maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Dalam konteks penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di dalam

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah secara

khususnya tidak mempunyai satu kaedah atau cara yang terbaik dan

mesti digunakan. Ini disebabkan kepelbagaian perkaedahan pengajaran

adalah lebih baik daripada hanya tertumpu kepada satu-satu kaedah

pengajaran semata-mata. Dalam hubungan ini pendekatan terbaik ialah

cara pemilihan bahan-bahan dan perisian teknologi maklumat dan

komunikasi yang sesuai dengan keperluan pelajar dengan mengharapkan

perolehan hasil dalam jangka masa yang munasabah.

Integrasi penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di dalam

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu mengikut konteks

perbincangan ini secara umumnya melibatkan dua aspek utama iaitu

pertamanya aspek pengajaran (guru menggunakan teknologi maklumat

dan komunikasi) dan keduanya aspek pembelajaran (pelajar mengguna

teknologi maklumat dan komunikasi).

Di dalam aspek pembelajaran, penggunaan teknologi maklumat dan

komunikasi dapat dikategorikan kepada teknologi maklumat dan

komunikasi untuk pembelajaran tutorial, teknologi maklumat dan

komunikasi untuk pembelajaran penerokaan (exploratory), teknologi

maklumat dan komunikasi sebagai alat aplikasi dan teknologi maklumat

dan komunikasi sebagai pemudah komunikasi manakala di dalam aspek

pengajaran pula, teknologi maklumat dan komunikasi digunakan sebagai

alat persembahan, alat demonstrasi dan jaringan pendidikan.

3.0 MOD-MOD PEMBELAJARAN BERASASKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN

KOMUNIKASI

10

Page 12: assigment

HBML2203PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

SEPTEMBER 2013

Peralatan ICT yang biasa digunakan untuk pembelajaran tutorial ialah

komputer dan perisian pendidikan sama ada yang disimpan di dalam CD-

ROM, cakera keras atau laman Web. Kandungan pembelajarannya terlebih

dahulu disusun berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Antara isi

kandungan pembelajaran tutorial yang sering digunakan meliputi:

1. Pembelajaran ekspositari

(http://www.pcma.org/toolbox/ccandmore/toolglossary. htm) iaitu suasana

pembelajaran yang melibatkan guru hanya menyampaikan maklumat

semata-mata kepada pelajar. Pelajar hanya bertindak secara pasif.

2. Demostrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan.

Ini amatbersesuaian dengan Geografi yang menghendaki

kesinambungan bagi menunjukkan proses kejadian sesuatu

fenomena yang sukar diimaginasikan oleh pelajar.

3. Latihan dan latih tubi yang dipersembahkan dan dikawal oleh

sistem. Latihan seumpama ini telahpun dilaksanakan di dalam

pembelajaran Geografi Tingkatan Satu yang menggunakan program

excel untuk merekodkan data dan maklumat serta seterusnya

mempersembahkan dalam bentuk jadual dan graf.

Dalam pembelajaran tutorial, program Computer Assisted Instruction (CAI)digunakan untuk menggambarkan penggunaan komputer di dalam sesuatu

pengajaran dan pembelajaran. Ini diikuti dengan penggunaan sistem

Intelligent Computer AssistedInstruction atau Intelligent Tutoring System.

Perubahan ini seiring dengan perkembangan semasa yang berlaku dalam

ciptaan reka bentuk baru yang mewujudkan perisian pendidikan yang

berupaya menyesuaikan maklumat yang ingin disampaikan dengan

kemampuan dan keperluan pelajar.

Apa yang dapat dilihat pada hari ini kebanyakan perisian ICT adalah

bercirikan multimedia. Secara umumnya, setiap perisian pendidikan yang

11

Page 13: assigment

HBML2203PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

SEPTEMBER 2013

direkacipta mempunyai komponen-komponennya yang tersendiri yang

antaranya termasuk seperti berikut:

( http://www.uwf.edu/coe/tutorial/technolo/coursewa/crsware.htm ) :

a. Mempersembahkan maklumat

b. Membimbing

c. Menyediakan/memberi latihan

d. Menilai pencapaian

Kebanyakan perisian pembelajaran tutorial yang terdapat pada hari ini

lebih tertumpu kepada penggunaan model tradisional pengajaran dan

pembelajaran. Antaranya model transmisi yang melibatkan guru sebagai

penyampai maklumat manakala pelajar pula sebagai penerima. Perisian

pendidikan seumpama ini lebih mudah diubahsuai dan diadaptasi oleh

guru ( Clack & Sun,1996).

Terdapat banyak kelebihan di dalam penggunaan pendekatan ini. Antara

kelebihannya, ia amat sesuai digunakan di dalam kelas yang mengandungi

bilangan pelajar yang ramai dengan kemampuan yang berbeza. Justeru itu

ia dapat membantu pelajar yang lemah mengikuti pengajaran guru

berdasarkan kemampuan kendiri. Dalam proses pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu, guru boleh memberi tumpuan kepada

sebahagian pelajar melaksanakan tugasan-tugasan yang telah ditetapkan,

manakala sebahagian yang lain pula boleh meneruskan menggunakan

komputer. Keadaan ini dapat mempertingkatkan keberkesanan dan kualiti

pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan perisian pendidikan

yang berbeza mengikut tahap kemampuan pelajar. Contoh yang baik

dalam penggunaan pembelajaran tutorial ialah cakera padat yang

dikeluarkan oleh "Times Education Series: GCSE Geography". Ia

mengandungi sukatan pelajaran yang bermula daripada tajuk skala dan

kemudian diikuti arah kompas serta seterusnya simbol peta, grid panduan

garisan kontur, foto kawasan dan tajuk-tajuk lain yang sehubungan

dengannya. Dalam masa yang sama bagi pembelajaran dalam kalangan

pelajar yang lebih cekap diberikan aktiviti pengayaan dengan memberi

peluang melayari laman web yang lebih mencabar minda pelajar. Pelajar

digalakkan menjawab soalan-soalan atau gerak kerja yang terdapat di

12

Page 14: assigment

HBML2203PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

SEPTEMBER 2013

dalam laman web seperti http://members tripod.com/zupie/geografi/html.

Bagi meningkatkan kecekapan pembelajaran mereka.

PEMBELAJARAN PENEROKAAN (EXPLORATORY)Penggunaan ICT untuk pembelajaran penerokaan berlaku apabila ICT

digunakan sebagaimedium untuk :

1. Mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, internet, portal

maklumat

dan seumpamanya.

2. Mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara

simulasi

3. Melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh

dikawal oleh

pelajar.

Dengan kata lain, pembelajaran penerokaan membolehkan pelajar

mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui ICT.

Pendekatan ini adalah berbeza dengan pembelajaran tutorial yang hanya

melibatkan pelajar sebagai penerima bahan pembelajaran yang dikawal

dan ditentukan oleh sistem. Penggunaan pendekatan penerokaan adalah

serasi dan setara dengan pendekatan konstrutivisme

(http://www.gwu.edu/~tip) dengan melibatkan cara pembelajaran yang

memberi penekanan kepada pemupukan pemikiran kritis dan kreatif,

menyediakan panduan dalam penyelesaian masalah, berkongsi

pengalaman pembelajaran yang autentik dan pemupukan pengetahuan

yang luas melalui interaksi sosial. Sebagai contoh yang baik dalam

kalangan pelajar kelas Geografi boleh merujuk kepada maklumat dan

bahan daripada World Facts Book di laman web Central Intelligence

Agency (http://www.cia.gov/cia/publications/factbook/index.html) atau boleh

merujuk kepada ensiklopedia dalam talian seperti Encarta

(http://www.encarta.msn.com). Dalam penggunaan ICT, memang tidak

dapat dinafikan bahawa wujudnya masalah kelambatan capaian. Bagi

mengatasi masalah ini, guru boleh meminta bantuan guru pakar dan

mahir komputer dalam membuat penduan (mirror) kandungan laman ke

dalam cakera keras tempatan dengan menggunakan perisian pendua web

seperti WinHTTrack (http://www.httrack.com). Selain mengakses maklumat

13

Page 15: assigment

HBML2203PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

SEPTEMBER 2013

dan bahan-bahan pembelajaran daripada internet, guru boleh

menggunakan maklumat yang disimpan di dalam CD-ROM seperti

ensiklopedia, pangkalan data dan maklumat lain yang dapat diperoleh di

pasaran dan jabatan atau agensi tertentu. Misalnya maklumat

pembentangan dalam bentuk MS power point seperti ekosistem hutan

bakau, terumbu karang, laut ke lautan dan pencemaran marin boleh

dilayari dari Pejabat Perikanan Negeri Pahang yang dilengkapi dangan

gambar dan grafik yang amat menarik dan berfaedah kepada pengguna.

Memang nyata ICT amat sesuai digunakan untuk kaedah pembelajaran

penerokaan dalam pengajaran dan pembelajaran Geografi. Dalam

pembelajaran berbentuk inkuiri penemuan dan pembelajaran berbentuk

penyelesaian masalah terhadap kehidupan sebenar, penggunaan cakera

padat (CD) "The Times Education Series-A Level Geography " adalah sesuai

untuk dijadikan bahan rujukan. Antara maklumat dan bahan-bahan

pembelajarannya mengandungi sistem atmosfera, proses pergerakan plat

tektonik, kejadian proses sungai, populasi manusia, ekosistem,

persekitaran fizikal, penempatan dan aktiviti industri serta penggunaan

tanah dan penempatan manusia yang amat sesuai dan berguna kepada

pelajar. Dengan ini, kaedah pembelajaran penerokaan melalui penggunaan

ICT dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menentukan haluan

dan kamajuan pembelajaran masing-masing. Melalui kaedah ini para

pelajar turut dirangsang untuk melibatkan diri secara lebih aktif di dalam

pembelajaran masing-masing dan secara langsungnya dapat

menghilangkan rasa bosan dan seterusnya menjadi lebih bermotivasi

untuk mengetahui lebih banyak maklumat selanjutnya. Susulan daripada

ini pihak guru boleh menerapkan pelbagai teori pengajaran dan

pembelajaran moden seperti kostruktivisme, pembelajaran masteri,

multiple intelligence dan lain-lain yang sesuai dengan keadaan

penerimaan pelajar. Pada keseluruhannya, pendekatan ini dapat

mematangkan minda pelajar dalam membuat perbezaan, pemilihan dan

seterusnya mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran geografi untuk

menganalisis, memahami dan menerangkan proses kepentingan geografi

dalam kehidupan seharian mereka.

ICT SEBAGAI ALAT APLIKASI

14

Page 16: assigment

HBML2203PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

SEPTEMBER 2013

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ICT merupakan alat aplikasi

yang dapat membantu pelajar dalam melaksanakan tugasan pembelajaran

selain dijadikan sebagai mekanisma penyaluran maklumat pengajaran dan

pembelajaran. Penggunaan perisian hamparan elektronik untuk memplot

graf, editor grafik, Computer Aided Design (CAD) dan lain-lain merupakan

alat aplikasi yang dapat digunakan untuk membantu pelajar melaksanakan

aktiviti pembelajaran. Penggunaan ICT dalam konteks aplikasi dapat

dipraktikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Geografi di

sekolah. Para pelajar dapat menghasilkan tugasan yang diberikan melalui

proses penyuntingan terus daripada sumber asal dengan melakukan

pengolahan kendiri umpamanya membuat perbezaan skala, mentafsir dan

membuat pembacaan peta atau melakukan perbincangan terhadap satu-

satu tajuk yang ditentukan seperti proses pemendapan sungai , sistem

hutan bakau dan lain-lain yang berkaitan. Secara langsungnya para

pelajar dapat menyelami sendiri pengalaman hidup seharian dalam

konteks pengoperasian teori pembelajaran sosio-budaya (socio-cultural

learning) melalui pembelajaran kolaboratif. Pembelajaran Kolaboratif

setakat ini telah menunjukkan kejayaan dalam meningkatkan pencapaian

prestasi pelajar berbandingkan pembelajaran individu atau pembelajaran

bersaing (Johnson dan rakan-rakan, 1981) Terdapat enam langkah utama

dalam pengajaran kemahiran kolaboratif iaitu:

1. Pelajar harus tahu keperluan kemahiran

2. Pelajar tahu kemahiran yang dipelajari

3. Pelajar perlukan latihan

4. Hubungkait kemahiran dengan aktiviti yang dijalankan

5. Interaksi kumpulan

6. Galakkan pelajar untuk kerap menggunakan kemahiran.

Semasa proses pengajaran, guru menerangkan kemahiran kolaboratif dan

menunjukkan demonstrasi bagaimana dilakukan, manakala proses

pembelajaran kolaboratif berjalan, proses menyiasat, pencarian dan

aplikasi berpusat kepada pelajar bukan kepada penyampaian bahan oleh

guru (Smith dan Mc Gregor,1992). Justeru itu, dengan bantuan aplikasi

ICT, pelajar akan dapat memberikan tumpuan melakukan aktiviti

pembelajaran yang autentik. Katakan dalam suatu kajian Geografi yang

15

Page 17: assigment

HBML2203PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

SEPTEMBER 2013

dilakukan, pelajar perlu mengkaji perkaitan antara dua pembolehubah.

Dalam hal ini kemungkinan banyak graf perlu diplotkan supaya perkaitan

antara dua pembolehubah ini dapat dilihat. Justeru itu, kemahiran

membina graf perlu dikuasai oleh pelajar. Tetapi dalam keadaan sebegini

sepatutnya tumpuan diberikan kepada cara melihat perkaitan di antara

dua pembolehubah itu. Tugas membina graf ini kemungkinan terpesong

daripada perkara yang lebih penting. Oleh itu, perisian aplikasi yang

sesuai boleh digunakan untuk membantu pelajar membina graf-graf yang

diperlukan. Selain itu, pelajar perlu mengkelaskan dan menyisihkan data

yang banyak untuk melihat sesuatu trend daripada data dan maklumat

yang dikumpul itu. Dengan itu, penggunaan ICT merupakan alat yang

ideal untuk digunakan dalam tugas yang tidak autentik (iaitu mengkelas

dan menyisih data yang banyak), manakala pelajar juga boleh

menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas yang autentik (iaitu

melihat dan memikirkan tentang trend yang ada di dalam data terbabit).

Kesimpulannya, kelebihan penggunaan ICT sebagai alat aplikasi dalam

proses pengajaran dan pembelajaran boleh memberikan tumpuan kepada

melakukan aktiviti pembelajaran autentik melalui pengajaran guru yang

boleh mengemukakan masalah yang lebih mencabar minda pelajar. Proses

ini akan melahirkan pelajar yang dapat meningkatkan kecekapan dan

ketepatan hasil pembelajaran yang dirancang.

ICT SEBAGAI ALAT PEMUDAH KOMUNIKASIApakah maksud ICT sebagai alat komunikasi? ICT yang digunakan itu

membolehkan guru dan pelajar dari pelbagai lokasi yang berbeza dapat

menghantar, menerima dan berkongsi pelbagai maklumat dan seterusnya

menyampaikan kembali maklumat yang diperoleh itu kepada orang lain.

Pelbagai mod dapat dilakukan dalam ICT komunikasi seperti teks, grafik,

audio, video dan kombinasi secara integrasi daripada pelbagai mod.

Secara amnya terdapat empat teknik yang digunakan dalam pengajaran

dan pembelajaran melalui ICT komunikasi iaitu :

1. Teknik seorang secara sendirian

2. Teknik seorang dengan seorang yang lain

3. Teknik seorang kepada ramai orang

4. Teknik ramai orang kepada ramai orang yang lain

16

Page 18: assigment

HBML2203PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

SEPTEMBER 2013

Salah satu model pembelajaran terkini yang cenderung menggunakan ICT

sebagai alat komunikasi ialah Pembelajaran Kooperatif. Menurut Johnson,

Johnson & Holubee (1990), pembelajaran ini melibatkan lima prinsip asas

iaitu :

1. SALING PERGANTUNGAN SECARA POSITIFDalam prinsip ini semua ahli kumpulan saling bergantungan di antara

satu sama lain untuk mencapai matlamat yang sama. Ganjaran untuk

kumpulan dipengaruhi oleh ganjaran yang diperoleh oleh ahli kumpulan.

Ganjaran merupakan cara terbaik untuk menggalakkan pergantungan

positif ( Slavin, 1990). Ahli kumpulan saling bergantungan dalam

memainkan peranan masing-masing untuk menyiapkan tugasan yang telah

ditetapkan seperti perakaman, penulisan, pembentangan, pencarian

sumber dan bahan serta penilaian yang dilakukan secara bergilir-gilir.

Aktiviti saling bergantungan dalam perolehan sumber juga berlaku untuk

perkongsian pengetahuan, maklumat, bahan, sumber dan peralatan bagi

melengkapkan sesuatu tugasan.

2. KEMAHIRAN PEMBELAJARAN KOLABORATIFKemahiran seumpama ini adalah sama seperti yang dijelaskan di dalam

prinsip pertama di atas. Rujuk juga di bahagian ICT sebagai alat aplikasi.

3. INTERAKSI SESAMA AHLI KUMPULANPembelajaran berlaku dengan perkongsian idea, kepercayaan dan

penulisan melalui interaksi sesama ahli kumpulan. Proses pembelajaran

ini membantu pelajar menyelesaikan sebarang masalah, membantu

mereka menilai keupayaan kumpulan dan seterusnya berusaha untuk

memantapkan keupayaan kumpulan.

4. KEBERTANGGUNGJAWABAN /AKAUNTABILITI INDIVIDU.Setiap ahli kumpulan memainkan peranan masing-masing dengan

memberi dorongan dan sokongan kepada ahli-ahli yang lain. Walaupun

pelajar mengikuti pembelajaran secara berpasukan, namun ujian yang

diduduki adalah bersifat secara individu. Setiap pelajar mempunyai

peluang yang sama untuk berjaya. Dengan itu, setiap individu pelajar

17

Page 19: assigment

HBML2203PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

SEPTEMBER 2013

perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk meningkatkan

pencapaian masing-masing di samping dapat meningkatkan pencapaian

pasukannya.

5. INTERAKSI SECARA BERSEMUKAPelajar perlu berinteraksi secara bersemuka untuk mendapat perkongsian

idea, sumber dan maklumat. Ini bertujuan untuk menjadikan proses

pembelajaran akan menjadi lebih efektif dan aktif. Ahli-ahli kumpulan

dapat mempelajari sendiri dalam menilai perbezaan individu, menganalisis

dan memberi komen tentang bahan-bahan daripada kumpulan lain.

Penggunaan komunikasi melalui ICT ini mewujudkan situasi yang

memberi kesan terhadap pembelajaran untuk menarik minat pelajar

terhadap Geografi. Proses pembelajaran seperti membolehkan pelajar

bertukar maklumat berkaitan sosio-budaya, cara hidup dan keadaan

geografi setempat membolehkan mereka menganalisis dan membuat

perbandingan pengalaman sesama mereka. Ini seterusnya membolehkan

mereka membuat pelaporan sesuatu projek/kajian/eksperimen dengan

memahami dan seterusnya menerangkan peranan Geografi di dalam

kehidupan mereka seharian. Memang jelas bahawa kelebihan pengajaran

dan pembelajaran yang menggunakan ICT sebagai alat komunikasi akan

membolehkan pembelajaran koperatif dan kolaboratif dilaksanakan seperti

yang ditekankan di dalam kurikulum Geografi. Selain itu, ia dapat

meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran melalui

rakan sebaya yang bersifat global bersesuaian dengan matlamat dan

falsafah pendidikan. Penggunaan pendekatan ini juga dapat melibatkan

pakar di dalam dan di luar negara dalam memantapkan lagi proses

pengajaran dan pembelajaran Geografi di sekolah khususnya di Malaysia.

18

Page 20: assigment

HBML2203PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

SEPTEMBER 2013

Bibliografi

Cuban, L. (2001). Oversold and underused: Computers in the classroom. Cambridge, Mass.:

Harvard University Press.

Ertmer, P. A. (1999). Addressing first- and second-order barriers to change: Strategies for

technology integration. Educational Technology Research and Development, 47(4), 47-61.

Grove, K., Strudler, N., & Odell, S. (2004). Mentoring toward technology use: Cooperating

teacher practice in supporting student teachers. Journal Of Research onTechnology in

Education. 37(1), 85-110.

Hokanson, B., & Hooper, S. (2004). Integrating technology in classrooms: We have met the

enemy and he is us. Paper presented at the annual convention of the Association for

Educational Communications and Technology, Chicago, IL, October 19-23. (ERIC

Document Reproduction Service No. ED485143)

Jeong-Bae Son (2006). Using online discussion groups in a CALL teacher training course.

Regional Language Centre Journal. 37(1), 123-135

Moersch, C. (1995) . Levels of technology implementation (loti): A framework for measuring

classroom technology use. Journal of Learning and Leading With Technology, 23(3). 40-42.

Roblyer, M. D., & Schwier, R. (2003). Integrating educational technology into teaching (Canadianed). Toronto: Prentice Hall.

Saad Al Kahtani (1999). Electronic portfolios in ESL writing: An Alternative Approach. ComputerAssisted Language Learning. 12 (3), 261 268–

19

Page 21: assigment

HBML2203PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

SEPTEMBER 2013

Stallard, C. (1998) . Factors that influence the integration of technology into the secondary

curriculum. http://ed.info.apple.com/education/techlearn/adapt/adaptfactors.html.

20