1.0 PENGENALAN
Tugas dan tanggungjawab guru dalam pengajaran dan pembelajaran
bukan sekadar mengajar dan mendidik. Sebagai seorang guru adalah
perlu untuk mendapat maklum balas tentang berkesan atau tidak
proses pengajaran dan pembelajaran yang telah berlangsung . Di
sekolah ,guru mengajar berdasarkan objektif yang pengajaran yang
dipilih oleh guru berlandaskan mata pelajaran dan rancangan tahunan
mengikut tahun yang diajar,contohnya Bahasa Melayu Tahun 5 atau
Bahasa Melayu Tahun 6. Jika pengajaran dan pembelajaran seorang
guru itu mencapai objektif, pengajaran dan pembelajaran guru telah
berjaya. Jesteru itu,agar setiap pengajaran dan pembelajaran dapat
dipastikan tercapai objektifnya maka seseorang guru memerlukan
petunjuk yang sah . Petunjuk yang sah ialah dengan pentaksiran dan
penilaian yang sesuai.
Penilaian bukan sekadar menialai pencapaian dan dan peningkatan
prestasi dalam pelajaran tetapi merangkumi seluruh perkembangan
mental dan fizikal, minat,bakat,sikap dan emosi serta sosial
pelajar.
2.0 KONSEP PENTAKSIRAN ,PENGUJIAN DAN PENILAIAN
2.1 Definisi Pentaksiran Menurut Kamus Dewan (Edisi Keempat)
pentaksiran daripada kata dasar taksir yang bermaksud i- tidak
mengendahkan (pekerjaan dll), kurang ingat-ingat, alpa,lalai:
jangan ~ dairpada memeriksai alat rakyatmu supaya sentosakerajaan
engkau; berlepas ~ membebaskan diri daripada kesalahanorang;
mentaksirkan melalaikan, mengalpakan.ii- kira, hitung, nilaian: ~
kasarnya bolehlah didapati dgn mengirabunga biasa dgn kadar 4%;
salah ~ salah kira (hitung); kurang ~hilang laba prb pekerjaan yg
dibuat tidak dgn hati-hati akanmendatangkan kerugian; menaksir -
mengira atau menghitung banyaknya sesuatu (hargadll):
ditaksir-taksir Solihin perongkosan yg harus dikeluarkannya dan
penaksiran pula perihal menaksir. 2.2 Konsep Pentaksiran
Pentaksiranialah terjemahan perkataan Inggeris assessment yang
berasal daripada perkataan Latin assidere yang membawa maksud duduk
di sisi.Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan
seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses
pendidikan. Maklumat yang diperoleh berkaitan dengan butir-butir
seperti topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan hal-hal
seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala
produk pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Maklumat
merupakan bukti mengenai prestasi pelajar dalam sesuatu perkara
yang ditafsir.Produk dalam konteks pendidikan merupakan pengetahuan
, kemahiran dan nilai yang diperoleh setelah menjalani proses
pendidikan. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu
aktiviti yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod,
memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil
pembelajaran seorang pelajar yang bagi tujuan tertentu. Pentaksiran
juga merupakan gambaran prestasi pembelajaran seseorang pelajar
dalam sesuatu pembelajaran. Proses mendapatkan gambaran tentang
prestasi seseorang dalam pembelajaran, aktiviti dijalankan semasa,
aktiviti dijalankan secara berterusan dan aktiviti yang bertujuan
untuk mendapatkan pembelajaran yang baik. Menurut Azizi Ahmad Mohd
Isa Awang dalam bukunya pula Pengukuran dan Penilaian Pendidikan,
pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat untuk
membuat pertimbangan tentang produk sesuatu pendidikan.Lembaga
Peperiksaan Malaysia (2000) dalam artikelnya, Pentaksiran dan
Penilaian dalam Pendidikan Khas, mentakrifkan pentaksiran sebagai
suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai,
mengumpul, merekod (pengujian), memberikan skor atau markah
(pengukuran) dan menterjemah maklumat (penilaian) tentang
pembelajaran seseorang murid bagi tujuan tertentu. Daripada
penerangan ini, kita boleh mengatakan bahawa pentaksiran merangkumi
pengujian, pengukuran dan penilaian.
Pentaksiran merupakan sesuatu proses yang meliputi pelbagai
kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang
diperolehi seseorang individu. Pentafsiran juga merupakan satu
proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam
pembelajaran, aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan
pembelajaran. Kesimpulannya pentaksiran merupakan sebuah proses
yang menentukan peringkat pencapaian dan prestasi seseorang
individu atau murid.
2 1.1 Tujuan PentaksiranTujuan pentaksiaran adalah untuk membuat
pengelasan terhadap pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran dan
membantu guru mendapatkan gambaran tentang prestasi murid-murid
dalam pembelajaran. Seterusnya pentaksiran digunakan untuk menilai
aktiviti yang dijalankan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.Melalui pentaksiran guru boleh mendapatkan maklumat
secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran seterusnya
boleh memperbaiki pengajaran-pembelajaran. Selain itu membolehkan
guru merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun
dan sistematik yang bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
Selepas membuat pentaksiran guru dapat merancang dan melaksanakan
aktiviti tindakan susulan yang berkesan yang membolehkan guru
memperbaiki pengajaran dan pembelajaran agar lebih berkesan.2.2
Pengujian Pengujian adalah satu proses atau prosedur yang
sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat
secara bertulis. Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan
set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen
bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah
laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.Menurut
Cronbach (1970)Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk
memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan
menjelaskannya dengan batuan skala bernombor, atau satu sistem yang
berkategori.Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan
perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang
dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan
dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. (Raminah
1991:2)Menurut Tuckman (1975) ujian ialah satu jenis atau kumpulan
alat pengukuran yang biasanya digunakan untuk mengetahui tentang
seseorang. Manakala Gagne (1970) pula mendefinisikan bahawa ianya
adalah cara yang sistematik untuk mengukur tingkah laku seseorang
individu (perkaitan dengan pembelajaran)Proses pengujian lazimnya
bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan atau
pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan.
Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada
pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan,kemahiran atau sikap
yang ingin disampaikan guru. Ia juga merupakan satu kaedah dalam
pengukuran dan dijalankan dengan carayang sistematik. Pengujian
juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang
individu,pelajar atau murid yang dilaksanakan dalam tiga peringkat
iaitu:a) Sebelum sesuatu pengajaranb) Semasa sesuatu pengajaranc)
Selepas sesuatu pengajaran Dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis atautercetak atau terakam
yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatukemahiran
bahasa. Contohnya, guru membina ujian kloz bagi menguji
kefahamanmembaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar.
Namun, perludiingat bahawa ujian mungkin menjadi kurang baik jika
pentadbir ujianmenggunakannya dan menginterpretasinya secara tidak
jujur. Oleh itu, ujianperlulah digunakan sesuai dengan perkara yang
hendak diuji itu. Contohnya, jika guru menguji tahap kefahaman
murid Tahun 4 dengan menggunakan bahanbacaan yang layak untuk tahun
6, sudah semestinya keputusan pelajar initidak menggalakkan. Proses
pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti
pelaksanaan atau pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan
skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui
sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan, kemahiran
atau sikap yang ingin disampaikan guru. Hasil daripada pemarkahan
jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai markah akan
diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap
berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji.Markah diberikan dalam
bentuk numerik ketepatannya. 80% hingga 100 % mendapat gred A,
manakala 60 % hingga 79% mendapat gred B.
2.2.1 Tujuan PengujianTujuan pengujian ialah untuk menentukan
pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran disamping
mengesan kemajuan , pencapaian atau penguasaan pelajar terhadap
suatu bidang pelajaran. Merupakan alat pengukuran dari segi
kognitif, psikomotor dan afektif murid-murid. Melalui proses
pengumpulan maklumat, membuat analisis, selepas peperiksaan dan
pentaksiran guru mesti buat tindakan selanjutnya. Mengukur
perubahan tingkah laku seseorang individu supaya dapat menempatkan
pelajar dalam kumpulan belajar yang sesuai. Biasanya dilaksanakan
melalui pemerhatian, ujian bertulis, ujian lisan. Ia dilaksanakan
selepas satu atau beberapa topik pembelajaran.Berdasarkan ujian
murid-murid akan ditempatkan mengikut kumpulan yang sesuai markah
yang diperolehSelain itu, pengujian menggalakkan murid
mengulangkaji pelajaran ,guru dalam bilik darjah. Justeru itu,
kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah sama
pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar
bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
2.3 Penilaian
Penilaian dalam pendidikan merupakan suatu sistem atau proses
yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi
dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan
keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya yang
dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Menurut Stufflebeam et.al.(1971)menyatakan penilaian sebagai the
proses of delineating,obtaining and providing useful information
for judging decision alternatives. Menurut Terry D. TenBrink (1974)
pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan
maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang
seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.Penilaian merupakan
satu proses dapat pengumpulan maklumat, Proses membuat analisis
supaya memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran,
kaedah mengajar seseorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum.
Ia boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi
pengajaran guru. Ia membolehkan guru membuat tiidakan selanjutnya
selepas sesuatu penilaian. Terry D. TenBrink (1974:8) pula
menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan
maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang
seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.Penilaian merupakan
satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah satu
proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan
membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat
tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru
dan keberkesanan sesebuah kurikulum. Pentafsiran penilaian
berdasarkan data kuantitatif dan penghuraian kualitatif. Ia boleh
dijalankan sebelum, semasa atauselepas satu sesi pengajaran guru.
Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau
kepada keseluruhan kurkulum Secara kesimpulannya pengujian ialah
satu teknik untuk mendapatkan maklumat satu alat yang dapat
mencapaian tujuan si pengguna. Mengukur perubahan tingkah laku
seseorang individu supaya dapat menempatkan pelajar dalam kumpulan
belajar yang sesuai. Biasanya dilaksanakan melalui pemerhatian,
ujian bertulis, ujian lisan. Ia dilaksanakan selepas satu/beberapa
topik pelajar diajar.pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar
seseorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum. Ia boleh
dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru.
Ia membolehkan guru membuat tiidakan selanjutnya selepas sesuatu
penilaian.
2.3.1 Tujuan Penilaian
Tujuan menggunakan sistem penilaian dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran ialah:
a) Guru dapat mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan
asas yang sedia ada pada murid-murid dalam perkara-perkara yang
hendak diajar. b) Untuk mengumpul maklumat tentang pencapaian
murid-murid selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya
guru dapat membuat pentafsiran dan mengambil tindakan yang
sewajarnya. c) Menentukan kekuatan dan kelemahan murid-murid dalam
pelajaran sesuatu kemahiran supaya merancang aktiviti pengayaan dan
pemulihan.d) Tujuan mengadakan penilaian boleh menolong guru
mengetahuai sejauh manakah pelajar mereka telah dapat menguasai
pembelajaran yang telah disampaikan.e) Seterusnya, membolehkan guru
merancang strategi pengajaran yang lebih berkesan. f) Membolehkan
guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.
g) Memberi peluang kepada murid-murid untuk mengetahui kelemahan -
kelemahan mereka dalam kemahiran atau bidang tertentu dan boleh
segera memperbaikinya. Membolehkan guru menentukan pencapaian
objektif pelajaran yang ditetapkan untuk merancang aktiviti
pengajaran dan pemnbelajaran pada masa akan datang. g)
Membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan kawan sekelas
atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.Membandingkan
pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang subjek dengan bidang lain.
h) Bertujuan untuk meneliti maklumat tersebut dapat digunakan untuk
pemulihan dan keperluan lain.3. TAKSONOMI BLOOMTaksonomi ialah
kajian tentang prinsip,peraturan dan amalan dalam pengelasan
organisma berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4(2005). Mula diperkenalkan oleh
Benjamin S. Bloom (1956). Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah
satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang
pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif- objektif pendidikan yang
melibatkan bidang-badang seperti pengetahuan,sikap dan psikomotor.
Terdapat tiga domain utama dalam pendidikan:1. Domain kognitif2.
Domain Afektif3. Domain PsikomotorDefinisi domain (Kamus Dewan
Bahasa -edisi keempat) : 1. kawasan yang dimiliki (dikuasai, di
tadbirkan ) oleh seseorang atau sesuatu pihak, kawasan kekuasaan,
mandala: dia tidak akan keluar dari ~ kekuasaan itu; 2. lapangan
atau bidang (seperti kegiatan, pemikiran, pengetahuan ), mandala:
tumpuan hanya akan diberikan kepada perspektif pendidikan dan
penerbitan buku dalam ~ sains dan teknologi sahaja; ruang bagi
tiap-tiap bidang atau ~ itu hendaklah dinyatakan secara eksplisit;
3. (Komp) kumpulan medan bagi fail dalam model sistem pengurusan
pangkalan data; 4. (Komp) kawasan liputan bagi masalah yang hendak
diselesaikan. 3.1.1Domain Kognitif Domain kognitif membincangkan
pengingatan semula atau pengecaman pengetahuan dan perkembangan
kebolehan intelek dan kemahiran. Objektif kognitif berubah-ubah
daripada mengingati kembali dengan mudah bahan-bahan yang telah
dipelajari hinggalah kepada menggabung serta mensintesiskan idea
dan bahan baru dengan cara yang asli dan kreatif. Domain juga
membincangkan pengetahuan seperti mengenal fakta-fakta, perangkaan,
teori-teori dan kefahaman. Merupakan domain yang utama berkaitan
dengan kebanyakkan perkembangan pengujian masa kini. 3.1.2 Domain
Afektif Domain afektif menekankan nada rasa, emosi atau satu darjah
penerimaan atau penolakan. Berubah-ubah daripada perhatian biasa
terhadap fenomena yang tertentu hinggalah kepada ciri-ciri dalaman
bagi perwatakan dan suara hati yang konsisten tetapi
kompleks.Domain afektif dinyatakan dalam hasil-hasil penulisan
sebagai minat, sikap, apresiasi, nilai, dan set emosi atau bias
(bayangan perasaan).
3.1.3 Domain Psikomotor Domain psikomotor menekankan kemahiran
otot atau motor, beberapa pengendalian bahan dan objek yang
dimanipulasi atau beberapa tindakan yang memerlukan koordinasi otot
saraf. Biasa dikaitkan dengan tulisan tangan dan pertuturan dalam
mata pelajaran bahasa Melayu. Kesimpulannya domain kognitif
melibatkan perkembangan pemikiran pelajar, domain afektif
melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar dan domain
psikomotor melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar. 4.
TAKSONOMI BLOOMI KONSEP TAKSONOMI BLOOMTaksonomi Bloom
menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.Bercorak hierarki
(tahap rendah ke tahap tinggi).Soalan dibuat pelbagai aras untuk
menguji tahap berfikir pelajar.ARAS TAKSONOMI BLOOMDalam Taksonomi
Bloom,terdapat domain kognitif yang mempunyai 6 aras iaitu
pengetahuan,pemahaman,aplikasi,analisis,sintesis dan analisis.
Jadual Taksonomi Kognitif Bloom (1956 Taksonomi Bloom amat
penting kepada sistem pembelajaran dan pengajaran kerana ia
menerapkan pemahaman,pengetahuan,konsep, kaedah, aplikasi dan
sebagainya.
4.1 Aras PengetahuanAras pengetahuan ialah aras yang paling
ringkas dalam domain kognitif. Soalan aras ini memerlukan pelajar
untuk mengingat setiap mata pelajaran yang diajar oleh guru.
Perkataan yang biasa digunakan untuk merujuk kepada soalan aras ini
ialah siapa,apa,dimana,bila dan beri definisi. Aras ini menguji
sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau
pengetahuan telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras
pengetahuan ini :a. Pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan
istilah berbentuk perkataan atau symbol.b. Pegetahuan tentang cara
mengendalikan sesuatu yang meliputi pengetahuan tentang proses,
aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu
dalam menyelesaikan masalah. c. Pengetahuan tentang perkara yang
bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang. Contonya;
siapa,apa, di mana, bila, beri definisi, senaraikan, dan
nyatakan.
Ciri-ciri soalan aras pengetahuan:I. Pelajar perlu menggunakan
proses mental.II. Pengetahuan yang diminta hendaklah sama dengan
pengajaran guru.III. Soalan tidak memerlukan pelajar mengubah
pengetahuan dalam bentuk baru.IV. Jawapan dapat ditentukan dengan
mudah sama ada salah atau betul. Dalam aras pengetahuan murid perlu
mengingat atau menghafal sesuatu yang telah dipelajari. Murid boleh
mendapat butiran jawapan secara terus daripada petikan.Contoh
soalan : Siapakah yang menulis surat itu?
4.2 Aras PemahamanObjektif domain ini ialah kefahaman yang
bermaksud pelajar perlu menjelaskan pengetahuan secara bermakna.
Soalan ini memerlukan proses mental berkait dengan kefahaman
contohnya terjemahan, tafsiran. Perkataan yang kerap digunakan
untuk soalan jenis ini ialah huraikan,bandingkan,nyatakan,bezakan
dan nyatakan dalam perkataan anda sendiri. Kefahaman ini terbahagi
kepada tiga:I. Penterjemahan Menterjemah bahasa lain ke bahasa lain
tanpa mengubah makna asal.II. Mentafsir (Interpretasi) Mentafsir
idea/ mesej tersirat dan tersurat.Menerangkan idea dalam ayat
sendiri.Ekstrapolasi Membuat inferens tentang apa yang akan berlaku
pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberikan/ terima.
Ciri-ciri soalan aras Pemahamana ) Proses mentalb ) Maklumat
asas telah diajarc) Perlu bahan atau alat komunikasid) Pelajar
menyatakan kefahaman mereka sendiri.Murid perlu memahami mkasud
atau mkna sesuatu bahan yang diberikanPerkataan yang sering
digunakan dalam soalan bagi aras pemahaman ini anataranya jelaskan,
huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan, dan kelaskan
.Contoh soalan: Apakah yang cuba tujuan Hari Anugerah Kecemerlangan
itu diadakan?
4.3 Aras Aplikasi.Pada peringkat ini,pelajar perlu benar-benar
memahami konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan kaedah am
untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Soalan ini
melibatkan 3 frasa iaitu prinsip,menyelesaikan masalah dan dalam
situasi baru. Perkataan ang sering digunakan ialah
pilih,buat,kira,selesaikan.Aras ini menguji keupayaan pelajar
menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum, dan prosedur. Aras ini
memerlukan pelajar benar-benar memahami segala konsep, teori,
hukum, untuk menyelesaikan masalah. Perkataan yang sering digunakan
dalam soalan bagi aras aplikasi antaranya kirakan, selesaikan,
susunkan, dan gunakan.
Ciri-ciri soalan aras aplikasia. Menggunakan proses mental
aplikasi. Melibatkan 3 frasa iaitu, prinsip, menyelesaikan
masalah,dalam situasi baru. b. Hendaklah berkaitan dengan masalah
dalam situasi baru yang tidak sama dengan masalah yang dibancangkan
dalam bilik darjah. Contohnya mengaitkan peristiwa masa kini dengan
peristiwa masa lalu. c. Menyelesaikan masalah matematik dengan
menggunakan rumus yang bersesuaian.Dalam aras ini murid boleh
menggunakan pengetahuan yang telah ada untuk disesuaikan atau
digunakan dengan situasiatau bahasa yang diberi. Contoh soalan
:Tuliskan sebuah cerita berdasar peribahasa Seperti Aur dengan
Tebing yang telah dibincangkan tadi.
4.4 Aras AnalisisPeringkat Analisis menekankan kepada keupayaan
pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan struktur yang mengaitkan
unsur-unsur tersebut bagi sesuatu dokumen/kes yang diberikan.
Situasi mestilah baru,tidak biasa atau berbeza dengan situasi
semasa. Soalan ini memerlukan pemikiran kritik tetapi bukan
mengulang pengetahuan yang dipelajari. Perkataan yang kerap
digunakan untuk soalan ini ialah mengapa,kenapa, apakah
faktor,buatkan rumusan dan buktikan. Aras ini mengkehendaki pelajar
untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan
memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan
keupayaan pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan struktur yang
mengaitkan unsur-unsur.Perkataan yang sering digunakan dalam soalan
bagi aras ini ialah kenapakah, mengapa, apakah faktor, buatkan
rumusan dan buktikan.
Ciri-ciri soalan aras analisisa. Soalan menggunakan proses
mental analisisb. Situasi masalah berbeza daripada pengalaman dalam
bilik darjah.c. Situasi, dokumen perlu dianalisisd. Soalan
memerlukan fikiran kritik, bukan mengulang pengetahan yang
dipelajari.Murid boleh memecahkan dan mencerakinkan sesuatu bahan
kepada bahagian-bahagian kecil supaya dapat memahami keseluruhan
bahan dengan lebih jelas. Contoh soalan: Apakah cara-cara yang
bolehkita lakukan untuk mengatasi pencemaran alam?
4.5 Aras SintesisSintesis bermaksud keupayaan menggabungkan
unsur-unsur dan bahagian-bahagian supaya sesuatu dokumen itu
menjadi lebih teratur dan berstruktur. Soalan dalam aras ini tidak
perlu teliti kerana akan membataskan kreativiti. Perkataan yang
kerap digunakan ialah ramalkan,hasilkan,tuliskan dan cadangkan apa
yang akan berlaku.Aras ini memerlukan keupayaan pelajar untuk
menggabungkan sesuatu struktur kepada yang lebih jelas.Jenis-jenis
soalan aras sintesis.a. Sintesis penyampaian menghurai dan menarik
minat.b. Sintesis himpunan satu himpunan perlakuan.c. Sintesis
cadangan cadangan melalui andaian, analisis dan hubungan yang
abstrak.Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini
ialah ramalkan, hasilkan, tuliskan, cadangan, dan apa akan berlaku.
Dalam Aras Sintesis memerlukan murid boleh merumus atau membuat
kesimpulan tentang bahan-bahan yang telah dicerakinkan supaya
mendapat satu kesimpulan atau rumusan tertentu. Contoh soalan:
Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh penulis melalui
sajaknya?4.6 Aras PenilaianDalam aras ini,pelajar perlu membuat
pertimbangan untuk sesuatu soalan. Situasi yang hendak dinilai
mestilah baharu dan tidak pernah disentuh. Aras ini menguji
keupayaan pelajar menilai sesuatu perkara berasakan kriteria yang
perlu diketahui. Pelajar perlu membuat pertimbangan tentang nilai
sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau
sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti
tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Perkataan
yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah
pertimbangkan, rumuskan, nilaikan, kritikkan, buktikan, dan
huraikanPenilaian adalah cara menguji kebolehan calon, membuktikan,
menilai, mengesahkan, mengritik, memberi pendapat mengenai sesuatu
penyataan. Tujuannya adalah untuk membuat penilaian dan
pertimbangan berdasarkan kriteria tertentu. Menguji kebolehan,
membuktikan,mengkritik .Membuat penilaian dan pertimbangan
berdasarkan kriteria. Perkataan . Contohynya, mengenalpasti
ketepatan,kecukup-cukup dan kerelevanan data. mengenalpasti sama
ada data,metodologi dan perbincangan menyokong suatu dapatan atau
kesimpulan yang dibuat.Murid boleh membuat pertimbangan atau
menilai sesuatu bahan.Contoh soalan:Pada pendapat kamu adakah
undang-undang sekolah anda terlalu ketat? Berikan pendapat kamu
tentang kebaikan dan keburukan internet terhadap
pelajar?5.TAKSONOMI KRATHWOHLKrathwohl dan rakan-rakan, (1964)
adalah antara penyelidik yang julungkali menggunakan terminologi
afektif (affective) dalam memperkenalkan satu lagi domain penting
dalam hidup manusia. Ia digunakan sebagai satu lagi objektif
pengajaran di samping aras-aras yang terdapat dalam domain kognitif
yang telah diperkenalkan oleh Bloom dan rakan-rakan pada tahun
1956. Krathwohl mengkategorikan domain afektif sebagai terdiri
daripada; penerimaan (receiving), tindak-balas (responding),
menilai (valuing), menyelaraskan sistem nilai (organizing a value
set), dan mengamalkan sesuatu mengikut sistem nilai yang kompleks
(characterizing by value complex).Diasaskan oleh, David R.
Krathwohl. Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan
sikap.Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk
mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik.Pembelajaran dapat
dijalankandengan berkesan dengan adanya murid yangdapat membentuk
sikap positif.
5.1ARAS TAKSONOMI KRATHWOHL
5.1.1 PenerimaanBerhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi
perhatian. Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau
perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang
berhubung dengan domain afektif.Konteks pengajaran menekankan
kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal
bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap. Konteks
pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan
soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan
lengkap.Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini iaitu :(a)
Kesedaran - pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa
jika berlaku semasa kehadiran mereka.(b) Kesudian untuk menerima -
sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam satu suasana atau
keadaan yang bermakna dan menarik.(c) Perhatian yang terkawal atau
terpilih pelajar membezakan keseluruhan keadaan kepada 2 bahagian
atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih satu
daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian.
5.1.2 Gerak balasMelibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu
dan mendapat kepuasan daripadanya. Pada aras ini, murid-murid
bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu
objek atau situasi.Pelajar melibatkan diri secara aktif terhadap
sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya. Pada aras gerak balas
ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah
terhadap sesuatu objek atau situasi.5.1.3 PenilaianPada peringkat
ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah
dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung
menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika
kepercayaan itu boleh dipratikkan.Kesanggupan untuk dinilai oleh
orang lain berdasarkan idea, bahan atau situasi. Kebolehan membuat
penilaian dan memberi penghargaan.Penilaian berdasarkan penghayatan
satu set nilai spesifik dalam tiga kategori iaitu penerimaan,
pilihan dan penglibatan. 5.1.4 Organisasi Kesanggupan
menghubungkait sesuatu perkara dengan nilai yang dipegang. Pelajar
boleh membezakan nilai dan situasi yang berbeza.Ini bermaksud
membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai
dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar
terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara
nilai-nilainya.
5.1.5 PerwatakanKesanggupan bertindak dengan konsisten selari
dengan nilai yang dipegang.Perubahan tingkah laku selepas sesi
pengajaran dan pembelajaran.Tidak membiarkan murid untuk menerima
ilmu sekadar dari segi luaran yang tidak mempunyai nilai.
Meningatkan murid untuk bertindak balas terhadappembelajaran dengan
menilai,merancang dan membuka minda murid mereka cenderung dalam
sesuatu bidang. Mencari cara pengajaran yang merangsang minat
pembelajaran murid. Pengajaran yang tidak hanya tertumpu pada
sesuatu topik yang tidak berkait dengan minat murid.Tidak
membiarkan murid untuk meneriam ilmu sekadar dari segi luaran yang
tidak mempunyai nilai.Meningatkan murid untuk bertindak balas
terhadappembelajaran dengan menilai,merancang dan membuka minda
murid mereka cenderung dalam sesuatu bidang. Mencari cara
pengajaran yang merangsang minat pembelajaran murid. Pengajaran
yang tidak hanya tertumpu pada sesuatu topik yang tidak berkait
dengan minat murid.Kesanggupan bertindak dengan konsisten selari
dengan nilai yang dipegang. Perubahan tingkah laku selepas sesi
pengajaran dan pembelajaran. Seseorang mematuhi sesuatu sistem
nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup.
6.JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)Sebagai seorang guru seharusnya
membina soalan yang berkualiti untuk menilai pencapaian pelajar.
Soalan yang dibina juga mestilah memenuhi aras yang telah
ditetapkan bagi memberi keadilan kepada semua pelajar. JSU
hendaklah dibuat sebelum Pengajar menggubal soalan tetapi terdapat
juga guru atau tenaga pengajar melakukan penyalahgunaan JSU iaitu
dengan membuat JSU selepas soalan selesai dibina. Walau
bagimanapun, mulai sekarang kita harus bergerak dilandasan yang
betul bagi meneruskan kelangsungan pendidikan kita yang bermutu.6.1
Konsep JSUJadual penentuan ujian (JPU) dan sekarang dikenali
sebagai jadual spesifikasi ujian (JSU), adalah satu senarai
objektif pengajaran dan aras pemahaman yang hendak diuji dan
menjadi satu panduan untuk menghasilkan satu set soalan yang
mempunyai item-item soalan. Ia juga menghurai aspek-aspek
pencapaian yang hendak diukur serta memberi panduan untuk
mendapatkan satu sampel item-item soalan. Jadual Spesifikasi Ujian
diwujudkan bertujuan untuk menghasilkan soalan yang berkualiti
iaitu tidak membantuk soalan secara spontan atau soalan tidak tahu
aras. Soalan yang dihasilkan tidak mempunyai kesahan atau tiada
keutuhan.6.2 Ciri-ciri Jaduan Spesifikasi Ujian i. Kandungan ujian
iaitu topik-topik pelajaranii. Aras kemahiran yang bergantung
dengan taksonomi objektif pendidikan.iii. Pemberatan (%) pada
kandungan aras kemahiran berdasarkan tempoh masa mengajar dan
kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar. iv. Bentuk soalan :
objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain.v. Bilangan item
yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.vi. Kepayahan/
kesukaran item ( 20%- 80%)
6.3 Langkah-Langkah Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
1.Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji dan mengira jumlah
masa bagi setiap tajuk yang diajar.2.Menentukan soalan yang ingin
dibina.Contohnya; soalan subjektif atau soalan objektif (bergantung
kepada format) dan meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik.3.
Menentukan aras kesukaran, menentukan model aras kesukaran model
(JSU)dan lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan
Bloom.4.Memastikan jenis ujian yang akan atau hendak diuji dan
Jenis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan
lain- lain. bergantung kepada format.5.Menentukan bilangan soalan
bagi setiap komponenPenentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah
kepada soalan susah) dan menetapkan pemarkahan.6. Menyatakan mata
pelajaran, kelas dan susunan nomnor soalan mengikut tajuk. 6.4
Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)Antara kepentingan
penyediaan JSU adalah seperti dapat membina dan menyediakan soalan
ujian secara lebih terangcang dan sistematik. Selain dapat
mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan. JSU akan menjamin
kesahan dan kebolehpercayaan soalan, ini berdasarkan kesahan dari
segi pensampelan sukatan pelajaran dapat dijamin. Pembinaan JSU
juga dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa
ke semasa walaupun dibina oleh pembina solan yang berbeza. Soalan
yang akan dibina juga pastinya mengikuti taburan tajuk secara
seimbang dan meliputi keseluruhan pelajaran. Maka dengan itu,
perbandingan dapat dibuat diantara satu ujian dengan ujian yang
lain.
Jadual Spesifikasi Ujian
Bahasa Melayu Tahun 518 Soalan ObjektifBilBentuk Soalan -
ObjektifAras TaksonomiJumlah Item
Item Tatabahasa 123456
1Kata nama11
2Kata adjektif11
3Kata seru11
4Kata hubung11
5Sinonim11
6Antonim11
7Bandingan Semacam11
8Kata Ganda11
9Kata Imbuhan11
10Menentukan Jawapan11
11Membina Soalan11
12Kata ganda11
13Kesalahan Tatabahasa11
14Soalan Petikan 111
15Soalan Petikan 111
16Peribahasa11
17Petikan 211
18Petikan 311
Jumlah Soalan
33333318
7. PEMBINAAN SOALAN OBJEKTIF BAHASA MELAYU BERASASKAN TAKSONOMI
BLOOM DAN JSU
7.1Aras pengetahuanIsi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah
dengan jawapan yang paling sesuai.1. __________ itu menyoal seorang
pesalah di mahkamah.A DoktorB JuruteraC PeguamD Akauntan2.
Seseorang yang berusaha pasti akan memperoleh kejayaan.A malasB
beratC rajinD baru3. ____________ , cantik sungguh pemandangan yang
dapat dilihat dari atas Gunung Mat Chincang ini!A HaiB WahC OhlD
Wahai !
7.2 Aras Kefahaman4.Kami akan bertolak ke Ipoh esok _________
lusa. -----aras senangA. danB. atauC. sertaD. tetapi
5.Para pekerja sedang mencantas reranting pokok di sepanjang
jalan itu.Perkataan seerti bagi perkataan bergaris ialahA
.mengeratB .memotongC .memangkasD .mencencang
6.Rumah saya terletak di suatu kawasan yang berbukit.Perkataan
berlawan bagi berbukit ialahA .berpayaB .rataC. berlekuk-lekakD
.berteres
7.3 Aras aplikasi7.Budak yang ___________________ itu sering
ditipu oleh rakan-rakannya.A .rajin seperti semutB .malas seperti
keldaiC .lurus seperti bendulD .garang seperti singa sederhana
8._________________ peliharaan Pak Samad telah dihalau masuk ke
kandang.A .Jentik-jentikB Pijat-pijatC. Umang-umangD .Biri-biri
sederhana
9. Sekolah kami akan mengadakan _____________ ke kilang mengetin
nenas di Pontian, Johor.A. pelawatB. lawatanC .lawatkanD .dilawati
katabberimbuhan sederhana
7.4 Aras analisisPilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan
yang diberikan.
10. Bagaimanakah kamu boleh terjatuh ke dalam longkang ?A .Kaki
saya terseliuh kerana terjatuh.B .Basikal saya rosak kerana
terlanggar seketul batuC. Basikal yang saya tunggang terlanggar
seketul batu yang besar.D.Saya tidak akan terlanggar seketul batu
sewaktu menunggang basikal.
Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.11.
Wanita itu pengsan sebaik-baik sahaja mendengar berita tentang
kematian suaminya.A .Di manakah wanita itu pengsan sebaik-baik
sahaja mendengar berita tentang kematian suaminya?B .Bagaimanakah
keadaan wanita itu sebaik-baik sahaja mendengar berita tentang
kematian suaminya?C .Siapakah yang menyampaikan berita tentang
kematian suaminya kepada wanita itu?D. Bilakah wanita itu mendapat
berita tentang kematian suaminya?
Aras susah12.Pilih ayat yang betulI Sudah berbulan abang ke
SabahII Neneknya sedang sakit tenatIII Dia tidak pengawas
sekolah.IV Baju itu dijahit oleh saya.A .I sahajaB. I dan II
sahajaC .III dan IV sahajaD .I, II, dan IV sahaja aras susah
7.5 Aras Sintesis
HARI KANTIN SEKOLAH KEBANGSAAN SERI
SELAMATGeraiHasilKutipanMarkah Gerai Tercantik
Persatuan Bulan SabitMerah MalaysiaRM150RM74383
PengakapRM300RM45080
PuteriIslamRM150RM62595
Persatuan SilatGayungRM100RM42175
13. Gerai yang manakah mendapat hasil kutipan terbanyak?A.
Persatuan Bulan Sabit Merah MalaysiaB .Pergerakan PengakapC.
Pergerakan Puteri IslamD. Persatuan Silat Gayung
14.Gerai ______________memperoleh kutipan paling kurang.A.
Persatuan Bulan Sabit Merah MalaysiaB. Pergerakan PengakapC.
Pergerakan Puteri IslamD .Persatuan Silat Gayung
15.Pada pendapat kamu, siapakah yang bertanggungjawab mengadakan
Hari Kantin Sekolah Kebangsaan Seri Selamat?A. Penguasa KantinB.
GuruC. Jawatankuasa PIBG SK Seri SelamatD. Unit Uniform SK Seri
Selamat.
7.6 Aras Penilaian16. Pemuda itu tercengang-cengang apabila
pertama kali sampai ke Kuala Lumpur.Peribahasa yang paling sesuai
dengan frasa di atas adalah :A Seperti rusa masuk kampungB Seperti
kumbang putus taliC Seperti kucing kehilangan anak D Seperti kera
mendapat bunga Baca puisi di bawah,kemudian jawab soalan-soalan
berikutnya.
Bacalahsuara itu bergema lagikesedaran terasa
terpanggilmenyentuh rimba rasamereka yang menghayati kenikmatan
membaca.Anak-anakmubakal mewarisi cakerawala inikalau diberikan
seribu matanamun tertutup hatinya untuk membacajadilah dia manusia
papaterpenjara dalam kejahilan sepanjang usia.Anak-anakmubakal
mewarisi cakerawala inibekalkan mereka dengan ilmudigali daripada
sumber bukuwaktu pasti tidak menantibiduk terus berlalu mengisi
ruang wawasan
17.Mengapakah agaknya puisi ini ditulis?A Untuk menimbulkan
kesedaran kepada semua pihak tentang kepentingan amalan membacaB
Untuk menyatakan bahawa amalan membaca mempunyai faedah tersendiriC
Untuk menyedarkan semua pihak agar menjaga anak-anak dengan baikD
Untuk mengingatkan semua pihak tentang kepentingan masaBaca puisi
di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
NIKMAT ALAM
Syukur akuDilahirkan di siniDilahirkan di siniSuasana nyaman
indah sekaliPerutmu sarat dengan hasil bumiYang pastinya mampu
meningkatkanEkonomiSyukur akuDibesarkan di siniHidup bersama
pelbagai faunaYang jarang-jarang kita temuiYang kadang-kadang
menimbulkanMisteriSyukur akuMiliki pertiwi iniYang membiakkan flora
yang amat berertiSelain menjadi sumber rezekiPelbagai penyakit, kau
ubatiAkan kupertahankan khazanah iniAkan kucantas tangan-tangan
liarYang berhasrat menguburkan hayatmuKerana kuamat
menghargaiJasamu nan luhur dan abadi.18. Apakah kesan jika kita
tidak menjaga dan memelihara alam sekitar?A Flora dan fauna tidak
dapat hidup dengan sempurnaB memastikan pelbagai penyakit dapat
diubati oleh alam sekitarC Untuk memastikan apa-apa yang ada dapat
dinikmati oleh generasi akan datangD Khazanah yang ada dapat tidak
disaksikan oleh generasi akan datang,
Dalam pembinaan soalan yang baik adalah berdasarkan tahap-tahap
Kognitif Bloom mestilah mempunyai aras kesukaran soalan
Penggunaan Kognotif Bloom amat penting bagi Pengajar. Pemahaman
tentang tahap kognitif Bloom amat penting khasnya dalam menyediakan
item(soalan) dalam peperiksaan dan Ujian. Sebagai Pengajar kita
harus boleh membezakan aras kesukaran soalan yang dibina samada
soalan objektif atau subjektif.Setiap item yang dibina perlu
menepati aras kognitif Bloom kerana ia amat penting untuk
memastikan taburan aras kesukaran adalah tepat dan adil pada setiap
pelajar. Biasanya menggunakan kaedah 5:3:2 iaitu setiap 10 soalan
perlu ada 5 arasnya rendah, 3 arasnya sederhana dan 2 arasnya
tinggi. Ini bertujuan untuk bersikap adil kepada pelajar dan
memastikan ujian yang dibina bukan hendak memerangkap pelajar untuk
gagal.
Aras kognitif Bloom perlu dirancang oleh Pengajar berdasarkan
Jadual Spesifikasi Ujian(JSU) di mana pengagihan item berdasarkan
topik dan masa perlu diambil kira.
Jadual Taksonomi Kognitif Bloom (1956)PengetahuanIngat kembali,
mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh,
peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran lepasContoh Ayat
:Nyatakan, Terangkan, Namakan,. Labelkan
KefahamanMengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk
yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri,
menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan menterjemah
draf.Contoh Ayat: Pilih,. Terangkan,. Tulis semula
Penggunaan / AplikasiMenggunakan maklumat dalam situasi yang
baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah,
hukum, teori, formula. Bina graf daripada data dan lain-lain.
Contoh Ayat 1. Selesaikan, Ramalkan, Cari, Kesilapan,.
AnalisisSesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan
fakta daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian, kenali
struktur organisasi.Contoh Ayat 1. Bezakan, Pasti, dan.
PilihSintesisMenyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha
tersendiri menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat
klasifikasi.Contoh Ayat:Bina, Hasilkan, Susun, dan
KembangkanPenilaianMembuat pertimbangan, termasuk memberi rasional,
atas alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik.Contoh
Ayat: Pilih, Berikan, Alasan, Kritikan, dan Buktikan
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) merupakan aspek penting dalam
penyediaan sesuatu ujian. Ujian yang tidak mempunyai perancangan
yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan
yang tinggi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah
dengan menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item
atau soalan. Dalam sesebuah penilaian, JSU mempunyai peranan yang
menentukan item, bilangan soalan dan aras kesukaran.
NOMBORSOALANMAKLUMAT SOALANARAS SOALANTABURAN JAWAPANCATATAN
KOD SOALANSENANGSEDERHANASUSAHABCD
ITEM TATABAHASA
12Kata Ganti Nama111
24Kata Adjektif111
34Kata Adjektif111
43Kata Kerja111
53Kata Kerja111
65Kata Hubung111
77Kata Bantu111
85Kata Hubung111
920Kata Yang Tepat111
1018Kata Berimbuhan111
1112Kata Arah111
1218Kata Berimbuhan111
1319Kata Majmuk111
1420Kata Yang Tepat111
1520Kata Yang Tepat111
1619Kata Majmuk111
1729Penjodoh Bilangan111
1821Kata Ganda 111
1921Kata Ganda 111
2028Menentukan Jawapan111
2133Membina Soalan111
2222Kata Seerti (Sinonim)111
2323Lawan Kata (Antonim) 111
2424Kata Banyak Makna111
2524Kata Banyak Makna111
2625Ayat Sama Maksud111
2725Ayat Sama Maksud111
2834Kesalahan Tatabahasa111
2934Kesalahan Tatabahasa111
3034Kesalahan Tatabahasa111
ITEM PETIKAN
3135Soalan Petikan 1111
3235Soalan Petikan 1111
3335Soalan Petikan 1111
3435Soalan Petikan 1111
3535Soalan Petikan 1111
3636Soalan Petikan 2111
3736Soalan Petikan 2111
3836Soalan Petikan 2111
3936Soalan Petikan 2111
4036Soalan Petikan 2111
Jumlah151510811101140
Peratus37.537.525.02027.52527.5100
.34