Top Banner
a) Muzik Klasik Barat. Pengenalan Zaman romantik adalah zaman yang wujud selepas zaman klasikal. Iaitu pada awal abad ke 19 dikenali juga sebagai era Romantisme iaitu satu gerakkan yang menekankan emosi, imaginasi dan individualisme. Zaman romantik bermula sekitar tahun 1815 dan berakhir sekitar 1910. Muzik zaman ini mempunyai beberapa ciri penting seperti bentuk muzik yang berbeza, alat muzik, saiz orkestra dan dinamik. Romantisme bertujuan meluaskan sudut kemanusiaan dan pengalaman manusia secara keseluruhan. Sifat emosi yang subjektif menjadi asas kesenian romantik. Golongan romantik menjurus ke alam fantasi. Selain meminati zaman pertengahan yang penuh kepewiraan dan percintaan romantik. Alam sekeliling menjadi sumber inspirasi yang menjana kesenian romantik. Antara pemuzik-pemuzik romantik ternama adalah Franz Schubert, Robert Schumann, Clara Schuman, Frederic Chopin, Franz Liszt, Felix Mendelsohn, Hector Berlioz, Peter Iiyich Tchaikovsky, Bedrich Smentana, Antonin Dvorak, Johannes Brahms, Giuseppe Verdi, Giacomo Puccini, Richard wagner dan Gustav Mahler. Karya-karya yang dihasilkan oleh mereka telah meninggalkan kesan mendalam dan berterusan terhadap muzik hingga ke hari ini. Komposer-komposer romantik masih terus menggunakan ciri-ciri muzik klasikal. Namun terdapat beberapa perbezaan antara muzik romantik dan klasikal dari segi perbendaharaan kata yang lebih 1
20

Assgt mz romantik mei 2012 (Autosaved)

Apr 11, 2023

Download

Documents

Chua Hwee Khim
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Assgt mz romantik mei 2012 (Autosaved)

a) Muzik Klasik Barat.

Pengenalan

Zaman romantik adalah zaman yang wujud selepas zaman

klasikal. Iaitu pada awal abad ke 19 dikenali juga sebagai era

Romantisme iaitu satu gerakkan yang menekankan emosi, imaginasi

dan individualisme. Zaman romantik bermula sekitar tahun 1815 dan

berakhir sekitar 1910. Muzik zaman ini mempunyai beberapa ciri

penting seperti bentuk muzik yang berbeza, alat muzik, saiz

orkestra dan dinamik. Romantisme bertujuan meluaskan sudut

kemanusiaan dan pengalaman manusia secara keseluruhan. Sifat

emosi yang subjektif menjadi asas kesenian romantik. Golongan

romantik menjurus ke alam fantasi. Selain meminati zaman

pertengahan yang penuh kepewiraan dan percintaan romantik. Alam

sekeliling menjadi sumber inspirasi yang menjana kesenian

romantik.

Antara pemuzik-pemuzik romantik ternama adalah Franz

Schubert, Robert Schumann, Clara Schuman, Frederic Chopin, Franz

Liszt, Felix Mendelsohn, Hector Berlioz, Peter Iiyich Tchaikovsky,

Bedrich Smentana, Antonin Dvorak, Johannes Brahms, Giuseppe Verdi,

Giacomo Puccini, Richard wagner dan Gustav Mahler. Karya-karya

yang dihasilkan oleh mereka telah meninggalkan kesan mendalam dan

berterusan terhadap muzik hingga ke hari ini.

Komposer-komposer romantik masih terus menggunakan ciri-ciri

muzik klasikal. Namun terdapat beberapa perbezaan antara muzik

romantik dan klasikal dari segi perbendaharaan kata yang lebih

1

Page 2: Assgt mz romantik mei 2012 (Autosaved)

luas dengan menekankan warna bunyi kod-kod yang tidak stabil.

Bentuk-bentuk baru yang diterokai menghasilkan ciptaan-ciptaan

muzik yang lebih bebas daripada ikatan tradisi. Pengaruh daripada

revolusi Perancis telah menyebabkan komposer-komposer zaman

romantik berfikiran terbuka mereka lebih suka menjadi pemuzik

bebas. Mereka berkarya untuk kepuasan diri. Bagi memenuhi

keperluan masyarakat bandar kelas pertengahan orkestra-orkestra

dan kumpulan opera ditubuhkan. Konsert umum mula berkembang. The

London Philharmonic Society telah ditubuhkan pada tahun 1813, The Paris

Societe Des Concerts Conservatoire pada tahun 1828 dan Vienna Philharmonische

Konzert serta New York Philharmonic pada tahun 1842.

Bermain muzik secara peribadi menjadi kegemaran pada zaman

Romantik. Piano menjadi suatu kemestian bagi setiap rumah kelas

pertengahan dan permintaan untuk gubahan muzik piano semakin

bertambah. Muzik opera dan orchestra digubah dan ditulis semula

untuk dimainkan dengan piano di rumah-rumah. Komposer-komposer

baru muncul dari kelas sosial yang pelbagai contoh Berlioz

merupakan anak seorang doktor, Schumann anak penjual buku manakala

Mendelsohn anak pegawai bank. Komposer baru zaman romantik telah

menolak idea zaman klasik yang mempunyai ciri zaman barok, mereka

berpendapat perubahan harus berlaku dalam muzik.

Kemunculan zaman romantik disebabkan oleh beberapa faktor dan

pengaruh luaran iaitu Revolusi Perancis yang bermula pada tahun

1789 dan berakhir pada 1794. komposer-komposer zaman romantik

mempraktikkan pemikiran terbuka dan semangat nasionalisme. Ramai

komposer telah menyuntik semangat dan identiti nasional. Mereka

2

Page 3: Assgt mz romantik mei 2012 (Autosaved)

menggunakan lagu-lagu rakyat dan tarian serta menggubaha muzik

yang memenuhi cita rasa rakyat.

i) Komposer

Pada zaman romantik juga muncul muzik program iaitu muzik

instrumental yang mempunyai kaitan dengan sesuatu cerita,syair,

atau pun sajak idea dan pemandangan. Muzik program untuk

orchestra seperti “Fantastic Symphony” oleh Berlioz, “Romeo and

Juliet” oleh Tchaikovsky dan “Moldau” oleh Smentana memaparkan

emosi, watak dan kejadian yang berlaku dalam sesuatu cerita serta

bunyi-bunyian dan pergerakkan alami semula jadi. Selalunya

komposer-komposer akan menerangkan jalan cerita yang terkandung

dalam muzik yang akan dipersembahkan dalam kad program pengunjung

konsert. Romanticisme memberi penekanan kepada keupayaan dan

keunikan seseorang komposer secara individu iaitu menekankan ciri-

ciri personaliti mereka dalam setiap karya yang dihasilkan.

Untuk tugasan kali ini saya telah memilih muzik romantik

yang berjudul “Romeo and Juliet” oleh Tchaikovsky. Simfoni

Romeo and Juliet ialah alunan muzik instrumental yang diadaptasi

dari sebuah cerita percintaan romantik pasangan Romeo and Juliet

iaitu sepasang anak muda yang saling jatuh cinta namun terhalang

kerana kedua keluarga mereka saling bermusuhan. Cerita ini untuk

pertama kalinya dipentaskan pada 29 Januari 1595 hasil karya

William Shakespeare. William Shakespeare adalah seorang penulis

Inggeris yang berbakat besar iaitu seorang sasterawan yang hebat.

3

Page 4: Assgt mz romantik mei 2012 (Autosaved)

Beliau telah meninggal dunia pada 1616. Berdasarkan kisah

percintaan yang penuh tragedi ini telah memberi idea kepada

Tchaikovsky menghasilkan muzik program romantik “Romeo And Juliet”.

Nama penuhnya ialah Peter Ilyich Tchaikovsky, berbangsa

Rusia dilahirkan pada tahun 1840 disebuah bandar kecil bernama

Votkinsk, Rusia. Bapanya bertugas sebagai pengawas perlombongan.

Mendapat pendidikan di School of Jurisprudence. Selepas

menamatkan pengajian menjadi kakitangan kerajaan sebagai kerani.

Belajar teori muzik semasa berumur 21 tahun. Ketika menjadi

kerani beliau belajar muzik di Konservatori St. Petersburg iaitu

sebuah pusat pengajian yang bertaraf kolej. Setelah berjaya

menghabiskan pengajianya beliau telah berhenti menjadi kerani dan

bekerja sebagai profesor harmoni di Konservatori Moscow. Beliau

bekerja disitu selama 12 tahun. Beliau sangat gigih dan berjaya

menghasilkan sebuah simfoni, sebuah opera dan sebuah syair

berlagu. Ketika berusia 30 tahun iaitu dalam tahun 1870 beliau

telah mencipta karya orchestra teragung iaitu “Romeo and Juliet”.

Pada tahun 1877 Tchaikovsky telah berkahwin tetapi tidak

bahagia akhirnya mereka bercerai pada tahun yang sama. Setelah

bercerai pada tahun 1877, Tchaikovsky telah mendapat sumbangan

kewangan dari seorang janda kaya Nadezhda Von Meck yang meminati

Tchaikovsky menyebabkan beliau telah meninggalkan jawatan profesor

di Konservatori dan menumpukan terhadap penciptaan muzik. Mereka

menjalinkan hubungan selama 14 tahun tetapi tidak pernah bertemu.

Tetapi secara tiba-tiba Von Meck menghentikan bantuan dan

menamatkan hubungan tanpa alasan. Keadaan ini amat mengecewakan

4

Page 5: Assgt mz romantik mei 2012 (Autosaved)

Tchaikovsky oleh itu beliau telah mengendalikan kerja-kerja yang

membawa kejayaan ke seluruh Eropah. Pada tahun 1891 beliau telah

ke Amerika Syarikat menyertai empat konsert sempena perasmian

Dewan Carnegie di New York serta dua lagi konsert di Baltimore dan

Philadelphia.

Pada 23 Oktober 1893 Tchaikovsky telah mengadakan persembahan

perdana hasil karya agung beliau yang terakhir “Syamphony No. 6”

(Pathetique) dimana muziknya diakhiri dengan rentak perlahan dan

penuh emosi kekecewaan. Sembilan hari kemudian beliau

menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika berusia 53 tahun.

Disebalik kejayaan-kejayaan yang dikecapi tetapi kehidupan

peribadi beliau tidak bahagia.

ii) Genre

Untuk video you tiub yang telah dimuat turun saya telah

memilih Tchaikovsky: Romeo & Juliet / Gergiev · London Symphony

Orchestra · BBC Proms 2007. Menurut kamus pelajar maksud simfoni

sejenis gubahan muzik yang panjang untuk dimainkan oleh kumpulan

orkestra. Manakala maksud orkestra pula ialah pasukan pancaragam yang

besar bilangan pemain muziknya dan mereka memainkan pelbagai jenis

alat muzik (seperti seksofon,biola dan sebagainya) Maka dapatlah

disimpulkan bahawa simfoni orkestra bermaksud sebuah kumpulan muzik

yang mempunyai bilangan ahli melebihi 120 orang dipimpinan seorang

seorang konduktur. “Romeo And Juliet” ialah simfoni orkestra

berbentuk muzik program memaparkan kejadian emosi, watak dan

5

Page 6: Assgt mz romantik mei 2012 (Autosaved)

kejadian yang berlaku dalam sesuatu cerita serta bunyi-bunyian dan

pergerakkan alam semulajadi.

iii) Alat – alat muzik

Terdapat banyak alat muzik yang digunakkan dalam simfoni

orkestra dibawah pimpinan Valery Gergiev ,banyak menggunakan alat

muzik bertali dan tidak langsung menggunakan alat muzik dalam

keluarga elektrofon. Diantara alat muzik tersebut ialah alat

muzik dalam keluarga string iaitu alat jenis alat muzik bertali

yang digesek iaitu Biola, Viola, Celo dan Dubble bass. Lebih

separuh daripada pemuzik dalam orkestra ini memainkan keempat-

empat jenis alat muzik ini, tujuannya ialah untuk menghasilkan

alunan muzik yang lebih merdu dan harmoni . Disamping itu terdapat

juga alat muzik jenis bertali yang dipetik iaitu Harp.

Seterusnya terdapat juga alat muzik dari keluarga woodwind

iaitu Flut, Pikolo, Klarinet, Obone, Basun, Kor Anglis(English

Horn) dan Saksofon peranan alat muzik woodwind dalam orkestra ini

pula bertujuan untuk menghasilkan sesebuah sebuah simfoni yang

hebat.

Simfoni orkestra ini juga terdapat alat muzik dalam keluarga

Brass iaitu Trompet, Trombone, Kornet, Horn dan Tuba. Tujuan alat

muzik Brass digunakan adalah untuk menghasilkan alaunan muzik yang

realistik. Disamping itu terdapat juga alat muzik dalam keluarga

Perkusi seperti Simbal, timpani. Setiap alat perkusi perlu dimainkan

6

Page 7: Assgt mz romantik mei 2012 (Autosaved)

mengikut teknik yang betul agar menghasilkan bunyi yang dinamik

dan berkesan.

Kesimpulannya dalam menghasilkan sesebuah simfoni orkesta

memerlukan gabungan bunyi pelbagai jenis alat muzik yang dari

pelbagai keluarga seperti iaitu Brass, Woodwin, String dan

perkusi. Disamping itu setiap pemuzik juga memerlukan displin yang

tinggi semasa sesi latihan dan semasa persembahan. Ia juga

memerlukan seseorang konduktor muzik yang hebat dan berpengetahuan

luas dalam bidang muzik untuk mengasilkan gubahan yang simfoni

orkestra bermutu, merdu dan harmoni.

iv) Ciri-ciri muzik

Muzik zaman romantik mempunyai ciri-ciri yang khusus. Ciri-

ciri muzik inilah yang membezakan muzik zaman romantik daripada

muzik zaman lain. Komposer-komposer zaman romantik masih

menggunakana ciri-ciri muzik zaman klasikal tetapi mempunyai

sedikit perbezaan kerana muzik romantik mempunyai perbendaharaan

kata yang lebih luas dengan menekan warna bunyi kod –kod yang

tidak stabil. Bentuk-bentuk baru yang diterokai menghasilkan

ciptaan-ciptaan muzik yang lebih bebas daripada ikatan tradisi.

Luahan emosi mendalam yang menjadi ciri romantisme. Karya-karya

yang dihasilkan oleh komposer zaman romantik meninggalkan kesan

yang mendalam dan berterusan terhadap muzik hingga ke hari ini.

Diantara ciri-ciri penting muzik zaman romantik ialah dari

segi dinamik iaitu bersesuaian dengan muzik ini merupakan simfoni

orkestra berkonsepkan muzik program maka terdapat perbagai gaya

7

Page 8: Assgt mz romantik mei 2012 (Autosaved)

dinamik harus digunakan untuk menarik pendengar menikmati alunan

muzik diantaranya ialah pada minit yang pertama permulaan alaunan

muzik dimulakan dengan perlahan untuk mengambarkan suasana yang

tenang iaitu di Verona, Itali. Alunan bunyi alat muzik woodwind

membuka tirai simfoni orkestra. Diikuti dengan bunyi alatan muzik

string untuk mengambarkan suasana harmoni dan tenang. Pada minit

ke 4:34 berlaku sedikit dinamik iaitu gabungan alatan muzik string

woodwin, brass dan perkusi. Perubahan dinamik kembali tenang pada

minit ke 5:06, perubahan dinamik kuat ( f )secara mendadak berlaku

pada minit 5:44 hingga minit 7:06. Apabila sampai ke minit 7:07

dinamik kembali menjadi lembut ( p)kesimpulannya dinamik dalam

simfoni orkestra ini sentiasa berubah-ubah mengikut jalan urutan

cerita kerana ia hendak mengambarkan suasana percintaan Romeo and

Juliet yang penuh emosi dan halangan ini adalah bentuk muzik

program. Alunan muzik diakhiri dengan dinamik yang kuat untuk

mengambarkan betapa agungnya cinta Romeo dan Juliet kerana

pasangan ini meninggal dengan membawa bersama cinta yang suci dan

agung.

Irama lagu ini sangat merdu dan penuh emosi dan mengandungi

jalan cerita yang membuatkan penonton seolah-oleh sedang menontong

teater Romeo dan Juliet. Terdapat tempo yang laju dan perlahan

untuk mengambarkan dan menghidupkan kisah Romeo and Juliet . Irama

yang sentiasa berubah-ubah ini menyebabkan penonton sentiasa

menunggu alunan muzik seterusnya untuk dihayati.

8

Page 9: Assgt mz romantik mei 2012 (Autosaved)

Dari segi harmoni persembahan orkestra ini ialah hasil

gabungan pelbagai alat muzik dari keluarga strings, woodwind,

brass, dan perkusi yang seimbang telah membangkitkan alunan muzik

yang segar dan mengsyikan.

Kekuatan atau Timbre yang terdapat dalam simfoni orkestra ini

ialah pada gabungan alat muzik yang seimbang dan pengguaan alat

muzik yang menepati untuk sesuatu kumpulan simfoni orkestra. Alat

muzik string dan woodwing amat memainkan peranan untuk mengasilkan

harmoni yang seimbang dalam menggambarkan situasi dan persekitaran

kejadian. Perkusi timpani dan simbal digunakan untuk

mengambarkan suasana kemuncak atau saat genting dan konflik

pasangan ini.

Kesimpulannya gabungan alat muzik menyebabkan alaunan simfoni

orkestra ini menjadi hidup sesolah-oleh penonton sedang disajikan

dengan cerita sebenar Romeo dan Juliet. Secara keseluruhannya

persembahan ini sangat memukau penonton untuk menghayati irama

ini.

v) Konsep-Konsep Muzik Yang Terdapat Pada Persembahan

Tersebut

Persembahan simfoni orkestra ini terdapat melodi yang

dimainkan oleh alat muzik string, woodwind, brass dan perkusi yang

dialunkan mengikut urutan penceritaan muzik program. Setiap

pemuzik mengalunkan melodi mengikut bahagian masing-masing

terdapat pic tinggi dan rendah mengikut jalan cerita. Irama yang

9

Page 10: Assgt mz romantik mei 2012 (Autosaved)

dialunkan mudah dihayati dan difahami penonton yang pernah membaca

kisah Romeo and Juliet. Dari segi ekspresi lagu terdapat gabungan

dinamik, tempo dan mud menjadikan alunan muzik lebih beremosi

dengan kualiti ton bunyi yang dikeluarkan contohnya terdapat bunyi

mud sedih, gembira, ketakutan, cinta, kebencian, keberanian serta

suasana tenang. Kesimpulannya didalam persembahan simfoni orkestra

ini terdapat pelbagai konsep muzik yang menjadikan penonton

terpukau dan terpaku untuk menghayati alunan simfoni yang

dipersembahkan.

Kesimpulannya kemunculan zaman romantik telah menjadikan

komposer bebas berkarya dan meluahkan idea dan mengekspresikan

perasaan mereka secara terbuka. Ditambah lagi kemunculan muzik

program menjadikan penonton boleh berimaginasi untuk mengambarkan

cerita yang sedang dimainkan. Zaman romantik juga lahir komposer

dari pelbagai kelas sosial menjadikan muzik boleh dinikmati oleh

semua golongan dan martabat pemuzik juga dipandang tinggi dan

dihormati kerana kebolehan mereka.

(b) Muzik Tradisonal Malaysia

Pengenalan

Muzik tradisional secara amnya digunakan sebagai lambang

budaya sesuatu bangsa selain daripada tujuan untuk hiburan dan

mengiringi upacara-upacara adat tertentu. Pelbagai muzik

tradisional yang terdapat di Semenanjung Malaysia bahkan Sabah dan

Sarawak. Gabungan ritma dan intonasi muzik yang murni bergabung

10

Page 11: Assgt mz romantik mei 2012 (Autosaved)

menjadi suatu melodi yang istimewa. Muzik tradisional Malaysia

mempunyai latar belakang yang menarik,  peralatan muzik yang

berlainan dan dimainkan sesuai mengikut majlis tertentu. Disini

saya telah memilih muzik tradisonal Malaysia iaitu “Caklempong”.

i) Asal usul

Terdapat pelbagai metos mengenai asal usul caklempong

diantaranya ada mengatakan alat muzik caklempong berasal dari

kayangan. Berdasarkan cerita “Hikayat Malim Deman”, kemungkinan

metos ini timbul bertujuan memuliakan alat muzik caklempong

berbanding alat muzik lain. Sejarah muzik tradisional caklempong

di Tanah Melayu (Malaysia) dikatakan telah dibawa oleh masyarakat

Minangkabau dari Sumatera Barat, Indonesia melalui saudagar yang

datang berniaga dan bermastautin di Tanah Melayu terutama di

Negeri Sembilan seawal kurun ke-19, menyebabkan ia dikatakan

berasal dari negeri ini. Masyarakat Minangkabau memanggil

caklempong sebagai talempong.

Caklempong ialah alat muzik tradisional dari keluarga idofon.

Bentuk alat muzik caklempong adalah menyerupai gong atau tetawak

kecil. Ia diletak didalam Tepak iaitu merupakan peti bersegi empat

bujur yang diukir dengan ukiran awan larat. Ditengah-tengah peti

itu diregangkan dua utas tali dimana bonang-bonang caklempong akan

diapungkan mengikut susunan. Caklempong boleh memainkan pelbagai

lagu, tradisonal hinggalah kepada lagu semasa. Di dalam tradisi

terdahulu, selain daripada tujuan untuk berhibur, caklempong turut

11

Page 12: Assgt mz romantik mei 2012 (Autosaved)

memainkan peranan penting di dalam kehidupan seharian masyarakat

Minang seperti menyatupadukan penduduk setempat, upacara

perkahwinan, perasmian, mengiringi persembahan silat, tarian

seperti Tarian Lilin, Tarian Piring, dan Tarian Inai.

Muzik caklempong kini telah diterima oleh masyarakat majmuk

di Malaysia sebagai muzik warisan bangsa milik semua rakyat

Malaysia. Ia tidak lagi hanya bertumpu di Negeri Sembilan sahaja.

Muzik caklempong telah diajar di institut perguruan seluruh negara

dengan tujuan untuk mengetahui salasilah dan asal usul muzik

tersebut selain menyemai semangat kecintaan kepada muzik

tradisional di Malaysia.

ii) Rentak

Didalam video yang dimuat turun dari youtube ini terdapat dua

buah lagu yang dimainkan lagu yang pertama ialah lagu rakyat iaitu

“Lenggang-Lenggang kangkung” mempunyai meter 4/4, rentak

tradisonal, gereteh memainkan melodi manakala sauwa dan tingkah

memainkan kord dan canang memainkan bass, gabungan keempat-empat

jenis alat ini menghasilkan harmoni untuk lagu ini ditambah lagi

dengan paluan gendang yang memainkan rentak tradisonal

menjadikan lagu bertambah merdu. Untuk lagu yang kedua pula pada

minit ke 3.44 lagu dimainkan secara medlay “Lompat si katak

lompat” meter 4/4 gereteh memainkan melodi diikuti dengan sauwa

dan tingkah memainkan kord dan canang memainkan bass. Ditambah

12

Page 13: Assgt mz romantik mei 2012 (Autosaved)

pula dengan iringan tamborin dan gendang serta gong yang mengawal

detik mengikut rentak tradisonal.

iii) Alat-alat muzik iringan

Alat muzik iringan caklempong didalam video ini mempunyai

empat bahagian iaitu Gereteh, Tingkah, Sauwa, dan Canang manakala alat

muzik iringan pula ialah gendang ibu, gendang anak, dan ditambah dengan

alat muzik tamborin. Alat utama untuk caklempong ialah bonang

iaitu diperbuat daripada logam perunggu atau tembaga kekuningan.

Bentuk bonang sama seperti gong tetapi lebih kecil sama besar

dengan sebuah piring. Bonang mempunyai combol bulat ditengah-

tengahnya disitulah ketukan dilakukan. Bonang diketuk mengunakan

kayu pengetuk berukuran kira-kira 22 sentimeter panjang, satu

pertiga daripada kayu pengetuk dibalut dengan tali gasing supaya

diketuk ke cembul bonang hasil bunyinya tidak terlalu nyaring.

Bonang-bonang caklempong akan disusun didalam “Tepak” merupakan

peti bersegi empat bujur yang diukir awan larat. Ditengah-tengah

peti diregangkan dua utas tali dimana bonang-bonang diapungkan

mengikut susunan. Penalaan (tuning) boleh dilakukan dengan cara

mengetuk permukaan bahagian dalam cembul untuk mendapatkan pic

yang tinggi. Penalaan pic yang rendah ialah dengan cara

mengetuk permukaan bahagian luar cembol.

Dalam video ini kumpulan caklempong ini menggunakan

Caklempong terkini iaitu yang mempunyai nada kromatik iaitu

menggunakan sebuah gereteh yang mempunyai 23 bonang yang disusun

13

Page 14: Assgt mz romantik mei 2012 (Autosaved)

mengikut nada kromatik serta bertindak sebagai alat untuk

mengalunkan melodi lagu, Tingkah mempunyai 12 bonang, Sauwa

mempunyai 12 bonang, Tingkah dan sauwa pula bertindak sebagai

iringan kord dalam sesebuah lagu dan Canang mempunyai 12 bonang

yang bertindak sebagai bass dalam kumpulan caklempong ini. Peranan

gendang ibu ialah mengawal tempo dengan cara pukulan melalu

manakala peranan gendang bertindak sebagai peningkah kepada corak

irama gendang ibu.

Kesimpulanya boleh dikatakan walaupun alat yang digunakan

ringkas tetapi kumpulan ini mampu mengalunkan pelbagai jenis lagu

tradisonal dan moden kerana nada caklempong ini dalam komatik.

Iaitu mempunyai satu oktaf barisan not yang lengkap .

iv) Teknik permainan

Bermain caklempong memerlukan teknik dan posisi yang betul

iaitu pemain mestilah bersila mengadap tepak caklempong. Kedudukan

pemain mestilah berada ditengah-tengah tepak supaya memudahkan

permainan tangan kiri dan kanan. Pastikan kayu pemukul(mallet)

dipegang dengan kemas tetapi tidak terlalu kuat. Ketukan dilakukan

dengan hanya menggunakan kekuatan pergelangan tangan.

Pemain gendang biasanya duduk bersila sambil memangku atau

meriba gendang. Jika gendang mempunyai dua permukaan hendaklah

dipukul kedua-dua permukaan gendang menggunakan tangan. Teknik

pukulan adalah sama seperti teknik bermain kompang iaitu

menghasilkan bunyi bum dan pak. Terdapat pelbagai rentak dan14

Page 15: Assgt mz romantik mei 2012 (Autosaved)

teknik memukul gendang mengikut tempo, bit dan irama lagu

mengikut kreativti pemain.

v) Cara Persembahan

Caklempong boleh dimainkan dengan tiga posisi iaitu cara

pertama ialah cara tegak, iaitu dengan bermain secara berdiri

dimana bonang diletakkan didalam tepak berkaki setinggi satu

meter. Tepak disusun mengikut kesesuaian biasanya gereteh akan

diletakkan dibahagian depan diikuti tingkah, sauwa dan canang

dibahagian belakang kemudian diikuti dengan pemain gendang serta

pemain gong. Cara kedua ialah bermain sambil duduk bersila dan

kedudukan tepak berisi bonang diletakkan diatas lantai, dan cara

ketiga ialah “Pacik” bermaksud pegang dalam bahasa Minangkabau

iaitu memainkan caklempong sambil dipegang dan membawanya

berjalan. Dalam permainan ini, bonang dipegang oleh pemain itu

sendiri di mana setiap pemain akan memegang dua bonang dan

dimainkan secara 'meningkah' untuk mencipta satu rangkap melodi

pendek.  Lazimnya dalam permainan 'Pacik', ia akan dianggotai tiga

pemain atau lebih dan sekurang-kurangnya seorang pemain gendang.

Untuk menjadikan kumpulan ini lebih besar bilangan pemain bolehlah

diganda-gandakan mengikut kesesuaian.

15

Page 16: Assgt mz romantik mei 2012 (Autosaved)

1.1Caklempong dalam tepak yang berkaki dimain secara berdiri

1.2 Caklempong yang dimain cara duduk.

1.3 Bonang yang dipegang “Pacik”

vi) Peranan Dalam Masyrakat

Caklempong memainkan peranan yang penting dalam masyarakat

dari dulu hingga kini. Di dalam tradisi terdahulu, selain daripada

tujuan untuk berhibur, masyarakat Minang menjadikan caklempong

sebagai medium untuk menyatupadukan penduduk setempat melalui

aktiviti persembahan caklempong iaitu semasa upacara pertabalan

Sultan, upacara perkahwinan, perasmian, keraaian, muzik iringan

pencak silat, tarian dan sebagainya.

16

Page 17: Assgt mz romantik mei 2012 (Autosaved)

Pada masa kini muzik caklempong tidak tertumpu di Indonesia

sahaja tetapi ia telah berkembang meluas Malaysia. Caklempong kini

telah diterima oleh masyarakat majmuk di Malaysia sebagai muzik

warisan bangsa milik semua rakyat Malaysia. Ia tidak lagi hanya

bertumpu di Negeri Sembilan sahaja. Ia bertujuan untuk berhibur

dan menyalurkan nilai murni. Ia telah dipersembahkan dimajlis

perasmian, persembahan kebudayaan, majlis perkahwinan, muzik

iringan tarian dan lain-lain. Muzik caklempong juga telah diajar

di sekolah dan institut perguruan seluruh negara dengan tujuan

untuk mengetahui salasilah dan asal usul muzik tersebut selain

menyemai semangat kecintaan kepada muzik tradisional di Malaysia.

Vii) Konsep-Konsep Muzik Yang Terdapat Pada Persembahan

Berdasarkan video yang telah dimuat turun ini terdapat

beberapa konsep yang telah dititik beratkan untuk menghasilkan

alunan muzik yang merdu. Kelebihan pada kumpulan caklempong ini

ialah menggunakan caklempong yang terkini iaitu mempunyai nada

kromatik. Iaitu susunan bonangnya sama denga skel piano, jadi

kumpulan ini boleh memainkan sebarang lagu sama ada tradisonal dan

juga lagu moden. Berdasarkan lagu yang dimainkan memenuhi konsep

muzik iaitu meter lagu yang dimainkan dalam meter empat empat

(4/4). Mempunyai corak irama yang sesuai dengan lagu yang hendak

dimainkan iaitu Lenggang Kangkung dan Lompat Katak. Melodi dimainkan

oleh gerteh dimana terdapat not minim yang dimainkan dengan begitu

menarik sekali iaitu ia diketuk menjadi kuaver supaya pendengar

17

Page 18: Assgt mz romantik mei 2012 (Autosaved)

tidak bosan, manakala kord dimainkan oleh sauwa dan tingkah.

Canang memainkan bass. Terdapat juga pergerakkan pic yang

konsisten mengikut irama lagu. Rentak dan detik dimainkan oleh

gendang dan gong mengawal detik serta ditambah dengan tamborin.

Gabungan kesemua alat muzik menjadikan irama yang dialunkan adalah

harmoni dan teratur . Mud kedua-dua lagu riang dan mengadungi

unsur nasihat sesuai untuk semua peringkat umur terutama kanak-

kanak. Tempo kedua-dua lagu yang terdapat dalan video ini

konsisten iaitu tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan

sesuai dengan pemuziknya ialah kanak-kanak sekolah rendah.

Kesimpulannya alunan muzik caklempong adalah salah satu

cabang seni yang terdapat di Malaysia kini kemerduan dan alunan

yang harmoni membuatkan ia mempunyai keunikkan tersendiri. Ia

telah di ajar di sekolah dan istitusi pengajian tinggi terutama

generasi muda supaya cintakan seni budaya dan memupuk disiplin

diri. Langkah ini adalah amat wajar supaya muzik tradisional

Malaysia tidak lapuk dek zaman tak lekang dek panas kerana masih

lagi ada penggemar dan pewaris bangsa yang akan memperjuangkan

irama ini serta dapat memperkayakan lagi khazanah seni budaya

tanah air.

18

Page 19: Assgt mz romantik mei 2012 (Autosaved)

Rujukan

Abbie Manaf (2005) Perlalatan Muzik.Petaling Jaya. Sejati Books

Abbie Manaf(2005) Tokoh Muzik Terkenal.Petaling Jaya, Sejati Books.

Mohd Azam Sulong dan,Pravina Manoharan,(2009) HBMS4203 MuzikTradisional. Open

University Malaysia.

Muzik Tradisional Malaysia: Variasi Alunan Muzik TradisonalMalaysia.Diatas talian.

http://alunanmustika.blogspot.com/

Memori bermain caklempong . diatastalian.http://www.youtube.com/watch?v=baFZ0CK_kEc

Pusat rujukan persuratan melayu DBP. Diatastalian:http://prpm.dbp.gov.my/search.aspx?K=simfoni

Sejarah penulisan romeo dan Juliet.Diatas

talian.http://chamikeyfauziah.blogspot.com/2008/09/

sejarah-penulisan-romeo-juliet.html

Tchaikovsky: Romeo & Juliet / Gergiev · London Symphony Orchestra ·

BBC Proms 2007 . Diatas

19

Page 20: Assgt mz romantik mei 2012 (Autosaved)

talian http://www.youtube.com/watch?v=Cxj8vSS2ELU

YM Raja Azuan Nahar Raja Adnan (2009) HBMS3203 Pengajaran Muzik v.

Open University

Malaysia.

20