BAGAIMANAKAH GURU DI SEKOLAH MENGGUNAKAN BAHAN P&P SEMASA DI DALAM BILIK DARJAH. 1.0 Pengenalan: Perkembangan pesat era sains dan teknologi dekad ini ternyata memberi pengaruh yang meluas kepada kehidupan seharian. Apa yang lebih membanggakan ia turut memberi impak yang besar dalam sistem pendidikan negara dalam usaha meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran. Bahan pengajaran dan pembelajaran adalah salah satu komponen dalam teknologi pengajaran. Bahan pengajaran merupakan satu alat peneguhan yang perlu ada di dalam proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Menurut Razali(1994), penggunaan bahan pengajaran dapat mempelbagaikan kaedah dan cara penyampaian oleh guru. Ianya penting untuk menarik minat pelajar –pelajar serta menambahkan rangsangan mereka untuk berusaha dan maju, selain memberi peneguhan atau penegasan pada topik atau tajuk yang disampaikan oleh guru. Dalam pengajaran ala tradisional meskipun guru menjadi penggerak utama, penyampaian pengajaran tidak bebas daripada menggunakan.sekurang-kurangnya menggunakan buku teks dan papan kapur untuk menyampaikan maklumat dan mengemudi proses pengajaran dan pembelajaran.
24
Embed
Assgmt Perancangan & Pen Gurus An Program Sumber Pendidikan (KPT 6033)-1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BAGAIMANAKAH GURU DI SEKOLAH MENGGUNAKAN BAHAN P&P SEMASA DI DALAM BILIK DARJAH.
1.0 Pengenalan:
Perkembangan pesat era sains dan teknologi dekad ini ternyata memberi pengaruh
yang meluas kepada kehidupan seharian. Apa yang lebih membanggakan ia turut
memberi impak yang besar dalam sistem pendidikan negara dalam usaha
meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Bahan pengajaran dan pembelajaran adalah salah satu komponen dalam teknologi
pengajaran. Bahan pengajaran merupakan satu alat peneguhan yang perlu ada di
dalam proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Menurut Razali(1994),
penggunaan bahan pengajaran dapat mempelbagaikan kaedah dan cara
penyampaian oleh guru. Ianya penting untuk menarik minat pelajar –pelajar serta
menambahkan rangsangan mereka untuk berusaha dan maju, selain memberi
peneguhan atau penegasan pada topik atau tajuk yang disampaikan oleh guru. Dalam
pengajaran ala tradisional meskipun guru menjadi penggerak utama, penyampaian
pengajaran tidak bebas daripada menggunakan.sekurang-kurangnya menggunakan
buku teks dan papan kapur untuk menyampaikan maklumat dan mengemudi proses
pengajaran dan pembelajaran.
Melalui penggunaan bahan bantu mengajar ini akan dapat membina pengajaran dan
pembelajaran yang menyeronokkan, memudahkan, menjana dan mencabar minda
murid-murid. Ia juga dapat membantu guru untuk menerangkan sesuatu perkara
dengan jelas dan tepat. Di samping itu, dengan penggunaan bahan bantu mengajar ini
juga dapat mencungkil idea murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Ini amat
bersesuaian dengan kehendak Kementerian pelajaran Malaysia agar menggunakan
kemahiran berfikir secara bersepadu. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif ini
akan dapat dilaksanakan dengan teratur dan terancang apabila penggunaan bahan
bantu mengajar dipraktikkan dengan sebaik mungkin di dalam bilik darjah.
2.0 Pengkelasan Media Pengajaran
Secara umumnya pengkelasan bahan pengajaran dan pembelajaran dibuat dengan
meletakkan kumpulan alat atau media berdasarkan saluran deria dalam
penggunaannya. Menurut Abdul Rahim dan Kassim (1990) di Malaysia pengkelasan
bahan pengajaran dan pembelajaran banyak dikelaskan kepada dua jenis iaitu media
cetak dan bukan cetak. Berdasarkan pendapat Razali (1994) dan Muhamad Hassan
(2000) dalam Tunsiah (2001), menyatakan bahawa ada juga bahan pengajaran
dikategorikan kepada tiga jelas pengkelasan dengan mengasingkan media cetak iaitu
media anjuran (peralatan-peralatan elektrik yang dapat menayangkan atau
mengunjurkan satu imej di atas skrin yang besar, contohnya: projector slaid dan
projektor filem bergerak , media bukan anjuran (bahan dua demensi, bahan tiga
demensi, papan pengajaran dan papan pamer) dan media elektronik (audio, video dan
komputer).
Ikhsan dan Norila (2005) mengkategorikan bahan pengajaran dan pembelajaran ialah
i. Maujud dan bukan maujud
Bahan maujud ialah bahan-bahan yang sedia ada di persekitaran.Bagi mata
pelajaran Sains, penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran amat
mudah ditemui antaranya ialah tumbuh-tumbuhan, daun,belalang, lipas,
semut, tikus, katak dan sebagainya adalah bahan maujud yang biasa
digunakan.Benda-benda seperti guli, manik, biji saga dan sebagainya pula
biasa digunakan bagi mata pelajaran Matematik. Manakala kategori bahan
bukan maujud ialah seperti replika organ manusia, replika tulang haiwan,
glob dan sebagainya.
ii. Projeksi dan bukan projeksi
Bahan-bahan projeksi sebagai contoh ialah slaid, transparensi, filem,
powerpoint, hypercard, autoware dan sebagaainya yang boleh ditayangkan
ke skrin.Manakala kategori bukan projeksi adalah yang tidak boleh
ditayangkan sebagai ontoh ialah papan gulung, manila kad, peta, carta dan
sebagainya.
iii. Plug dan unplug
Bahan-bahan yang memerlukan kuasa elektrik dalam penggunaannya
adalah di bawah kategori plug.Manakala yang tidak memerlukan kuasa
elektrik adalah di bawah kategori unplug.
iv. Multimedia dan bukan multimedia.
Bahan multimedia dan bukan multimedia adalah sesuatu yang sering
difikirkan ketika ini. Dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah, banyak
bahan-bahan multimedia digunakan. Multimedia banyak faedahnya baik dari
segi sudut pengajaran mahupun dari sudut pembelajaran, ia mempunyai cirri
interaktif, mudah bawa, mudah dibina dan diubahsuai mengikut keperluan.
Manakala menurut Heinich,Molenda, Russell (1981) dalam Yusuf (1997), media adalah
sebagai penyampai atau pembawa maklumat antara punca dengan penerima seperti
filem, video,radio, gambar foto, risalah,poster dan sebagainya. Pengertian ini lebih
menekankan komunikasi .Media dijangka dapat memudahkan proses komunikasi
antara penghantar dan penerima.
Dalam hal ini terdapat pelbagai pengkelasan media namum maksudnya adalah sama
iaitu sebagai meliputi apa sahaja bentuk alat atau perkakasan atau benda sama ada
konkrit atau abstrak yang dapat digunakan dan dieksplotasi oleh seseorang secara
sistematik untuk membantunya dalam proses penyampaian mesej-mesej pengajaran.
3.0 Peranan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
Kemp dan Smellie (1997), berpendapat bahawa peranan utama bahan pengajaran
dan pembelajaran ialah untuk membantu proses penyampaian isi pelajaran kepada
pelajar-pelajar di mana penggabungan kemahiran, gambar, perkataan dan bunyi yang
dihasilkan boleh membangkitkan emosi,mendorong aksi dan mengubah sikap.
Manakala berdasarkan Romiszowski (1992) dalam Tunsiah (2001), bahan pengajaran
bukan satu cara atau kaedah mengajar kerana ia tidak ia tidak boleh menggantikan
tugas guru tetapi ia membantu dalam pencapaian objektif pengajaran dan
pembelajaran yang sempurna.
Laporan jawatankuasa Kabinet (1974), melalui perakuan ke 1159 (c) menyatakan
bahawa Lementerian Pendidikan harus mengadakan kemudahan di setiap sekolah
untuk kegiatan yang berkaiatan dengan penggunaan bahan pngajaran dan
pembelajaran (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990). Selaras dengan itu, buku
panduam am Kurikulum baru Sekolah Rendah (KBSR) Kementerian Pendidikan
Malaysia (1998) menyatakan dengan jelas kepentingan penggunaan bahan
pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah iaitu:
i. Menolong guru mewujudkan kepelbagaian dan minat dalam satu waktu
pelajaran di samping memberi peluang kepada guru mencuba pendekatan
dan teknik pengajaran yang lain.
ii. Membantu guru menimbulkan situasi yang lebih bermakna untuk
menyampaikan butiran-butiran pelajaran.
iii. Menolong memberi rangsangan kepada guru untuk menggerakkan daya
fikiran hingga dapat melahirkan pertuturan dan pemikiran serta memberi
peluang kepada mereka menggunakan sesuatau atau lebih deria dalam
menyelesaikan sesuatu masalah.
Apabila wujudnya penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah, menurut Kemp dan Smelie (1997), telah menyenaraikan beberapa
sumbangan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah kepada guru
dan murid ialah:
Proses pengajaran dan pembelajaran lebih terancang.
Penglibatan pelbagai deria menjadikan pengajaran lebih menarik dan
berkesan.
Panjangnya massa yang diperlukan untuk pengajaran dapat
dikurangkan.
Perluasan batasan komunikasi seperti filem dan video, acara siaran
langsung di dunia luar menjadikan lebih jelas dan dekat semasa
pelajar menonton aksi yang disiarkan.
Pembelajaran lebih interakstif dan berkualiti.
Ke arah pembelajaran kendiri,program pakej dan pendekatan
bersistem.
Memperkayakan pengalaman dengan pengalaman baru.
Sebagai bank maklumat di manapengajaran boleh diberikan tidak kira
waktu dan di mana perlu.
Penyampaian pengajaran menjadi lebih piawai dan menerima mesej
yang sama.
Media merupakan alat yang dapat membantu guru meningkatkan proses pengajaran
dan menyediakan sumber untuk pembelajaran murid. (lihat rajah 1). Jadi peranan
bahan pengajaran ialah untuk proses komunikasi, menyediakan pelbagai kaedah
atau teknik mengajar, meningkatkan motivasi pelajar dan melahirkan masyarakat
yang bermaklumat serta berfikiran kritis dan tajam.
Rajah 1: Peranan Media dalam pengajaran dan pembelajaran
(sumber: Yusup Hashim: 1997)
4.0 Bagaimana Guru Menggunakan Bahan Pengajaran dan pembelajaran
Dalam Bilik Darjah
Alat pengajaran
Media / Sumber
Sumber Pengajaran
Pelajar
Proses untuk menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian
tidak sepatutnya diabaikan.Ini kerana segala bahan adalah digunakan oleh guru
mahupun pelajar mestilah membawa manfaat kepada kedua-dua pihak. Beberapa
kajian telah dijalankan dalam memastikan ciri-ciri yang sesuai dalam menyediakan
atau menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran.
Berdasarkan pendapat Abdul Rahim (1989) dalam Zaiton Zainal (1991), telah
menyenaraikan beberapa ciri penting dalam membuat pemilihan menggunakan bahan
pengajaran dan pembelajaran. Menurut beliau kesesuaian dari segi tajuk, bahasa,
kandungan dan pengalaman pelajar itu sendiri adalah penting.Begitu juga fakta yang
dikemukan haruslah kemaskini, tepat, tidak berat sebelah dan logik.Teknik seperti
teknik bunyi yang jelas, saiz penglihatan dan warna harus juga diambil kira.Beliau turut
menekankan ciri fizikal seperti selamat digunakan, mudah diguna dan disimpan, tahan
lasak, ringkas dan sentiasa kemas kini. Bahan-bahan ini adalah lebih baik jika diguna
pakai dengan mata pelajaran lain. Kesemua aspek ini amat berguna kepada guru-guru
kerana itu beliau banyak menekankan cara pemilihan yang tepat.
Apabila ingin menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran, seorang guru perlu
tahu beberapa kriteria pemilihan bahan. Razali (1990 ) dalam Zaiton Zainal (1991)
menggariskan beberapa criteria pemilihan bahan iaitu seperti berikut:
i. Tepat dengan tajuk
ii. Tahan lama dan ekonomi
iii. Saiz yang mudah dilihat serta menarik perhatian pelajar
iv. Mudah disimpan dan kepelbagaian penggunaan.
Ikhsan dan Norila (2005) juga ada menyatakan bahawa dalam hal ini, guru-guru juga
perlu banyak memainkan peranan menentukan dan membuat pilihan. Penentuan dan
pilihan yang dibuat oleh guru pula banyak bergantung beberapa faktor seperti tahap
pencapaian murid, peruntukan masa dan ruang, kos penyediaan bahan dan
sebagainya.
Sebagai seorang guru, untuk menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran perlu
juga memahami beberapa garisp panduan bagi memastikan bahan-bahan pengajaran
dan pembelajaran dapat berfungsi dengan berkesan. Ikhsan dan Norila (2005) juga
menyenaraikan beberapa garis panduan iaitu :
Sesuai bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran iaitu sesuai
dengan tajuk dan kurikulum yang ditetapkan.
Praktikal untuk digunakan iaitu merujuk kepada kemudahan untuk dibawa
dan dikeluarkan semula apabila diperlukan.
Menumpukan perhatian murid kepada proses pengajaran dan
pembelajaran.Murid tidak terpegun dengan atau bahan yang digunakan
sehingga tidak memberi tumpuan kepada isi pelajaran.Juga tidak
menjemukan sehingga murid mengalihkan tumpuan keda yang lain.
Mempunyai ciri keberkesanan kos seperti mudah bina atau diperbaiki, tahan
lama, murah dan sebagainya.
Lebih baik jika maujud,konkrit dan kontekstual kerana murid-murid sekolah
rendah mempunyai gaya pemikiran konkrit.
Bersifat interaktif kerana penyesuaian diri kepada persekitaran adalah faktor
yang penting untuk perkembangan kognitif individu.
Kepelbagaian, bagi mengelak jemu atau bosan serta selaras dengan tajuk-
tajuk yang berbeza.
Jumlah yang mencukupi untuk tidak menjejaskan disiplin murid dan kawalan
kelas akibat daripada perebutan bahan atau sebagainya.
Selaras dengan nilai serta budaya yang ada kerana pertembungan nilai dan
budaya boleh menyebabkan konflik.
Bagi melahirkan suasana pembelajaran yang berkesan, guru-guru digalakkan
merancang pengajaran secara sistematik supaya alat dan bahan pengajaran dan
pembelajaran yang digunakan benar- benar memberi kesan kepada proses pengajaran
dan pembelajaran. Dalam hal ini saya memilih satu model yang dirasakan sesuai untuk
penggunaan bahan dengan lebih berkesan iaitu Model ASSURE boleh dijadikan
sebagai panduan untuk merancang penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan Heinich, Molenda, Russell 1989 dalam Yusup (1997).ASSURE
bermaksud memastikan sesuatu itu akan berlaku. Akronim ini direka daripada enam
huruf yang membawa maksud:
A= Analyse learner (analisis pelajar)
S=State objectives ( nyatakan objektif)
S= Select, modify or make media (pilih, baiki atau buat media)